BaLKaN: JaMBaTaN aNTaRa iSLaM & eRoPaH (BHG XXVII) - MaCeDoNia

>> Saturday, February 20, 2010



Macedonia adalah negara ke-6 yang aku kunjungi dalam ekspedisi aku mengelilingi rantau Balkan. Negara ini disempadani oleh Serbia & Kosovo di bahagian utara, Bulgaria di bahagian timur, Greece di bahagian selatan & Albania di bahagian barat. Nama Macedonia sememangnya amat sinonim dengan nama Alexander the Great yang berkemungkinan kecil sama orangnya dengan Iskandar Zulkarnaen yang disebut namanya oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Di bumi Macedonialah lahirnya manusia yang pernah menguasai hampir suku daripada keluasan dunia itu.


Peta kedudukan Macedonia di dalam Eropah


Peta Macedonia


Bendera Macedonia


Alexander the Great

Macedonia mendapat kemerdekaannya daripada Republik Sosialis Yugoslavia pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, penggunaan nama ‘Macedonia’ oleh negara bekas jajahan Yugoslavia ini telah dipertikaikan oleh negara Greece kerana menurut orang-orang Greek, kerajaan Macedonia yang pernah wujud pada zaman dahulu mengamalkan kebudayaan Greek & menggunakan Bahasa Greek dalam kehidupan seharian mereka. Sementara penduduk negara Macedonia bekas jajahan Yugoslavia ini pula bukanlah daripada bangsa Greek & mereka tidak menggunakan Bahasa Greek dalam kehidupan seharian. Oleh itu, mereka dikatakan tidak layak menamakan negara mereka dengan nama 'Macedonia'. Di dalam negara Greece sendiri pun sebenarnya sudah terdapat sebuah wilayah yang dinamakan wilayah Macedonia. Sebagai jalan penyelesaian & mengelakkan kekeliruan, nama rasmi negara Macedonia ini terpaksa ditukar menjadi Former Yugoslav Republic of Macedonia & ianya kekal sebegitu sehingga sekarang. Walau bagaimanapun, kehangatan isu tersebut sebenarnya masih lagi belum reda.


Peta wilayah Macedonia di dalam negara Greece

Penduduk negara ini berjumlah 2,100,000 orang. Majoritinya adalah daripada bangsa Macedonia. Penduduk minoriti pula kebanyakannya daripada bangsa Albania yang menetap di bahagian barat negara ini. Bahasa rasmi negara ini adalah Bahasa Macedonia yang menggunakan sistem tulisan Cyrillic. 65% daripada penduduk Macedonia menganut ajaran Kristian Orthodox. 33% pula adalah penganut agama Islam yang kebanyakannya daripada bangsa Albania, Turki & Bosniak. Macedonia menduduki tangga ke-5 selepas Turki, Kosovo, Albania & Bosnia & Herzegovina dalam senarai negara-negara yang mempunyai peratusan penduduk Islam tertinggi di benua Eropah. Sementara itu, baki 2% daripada penduduknya pula adalah penganut ajaran Kristian daripada mazhab-mazhab lain. Terdapat lebih daripada 1,200 buah gereja & lebih daripada 400 buah masjid di seluruh negara ini.


Peta demografi penduduk Macedonia

Macedonia mengamalkan sistem pemerintahan Republik yang diketuai oleh Presiden & dibantu oleh Perdana Menteri. Mata wang yang digunakan di negara ini ialah Denar. 1.00 Euro bersamaan dengan 60.00 Denar. 1.00 Ringgit pula bersamaan dengan 12.00 Denar.

Pada zaman dahulu, bumi Macedonia ini berada di bawah kerajaan Paeonia & ia menjadi penempatan orang-orang Thrace & Illyria. Kemudian, pada tahun 336 SM, Raja Macedonia berbangsa Greek yang bernama Philip II of Macedon telah berjaya menawannya. Pemerintahan Philip II of Macedon kemudiannya diwarisi oleh anaknya, iaitu Alexander the Great. Beliau ditabalkan menjadi Raja Macedonia yang baru ketika usianya baru mencecah 20 tahun. Walau bagaimanapun, dalam usia semuda itu, Alexander the Great dengan mudahnya menyatukan seluruh bangsa Greek & kemudiannya memperluaskan wilayah jajahan empayarnya sehingga berjaya membentuk salah sebuah empayar yang terbesar di dunia dalam jangkamasa 13 tahun. Empayarnya menjangkau dari bumi Macedonia sehingga ke barat India.


Peta kerajaan Macedonia sebelum perluasan empayar oleh Alexander the Great


Peta Empayar yang dibentuk oleh Alexander the Great

Beberapa ratus tahun kemudian, selepas kemerosotan tamadun Greek, bumi Macedonia jatuh pula ke tangan Empayar Rom. Selepas kejatuhan Empayar Rom, kerajaan Bulgaria mengambil alih pemerintahannya. Pada waktu itulah orang-orang Slav dari Ukraine mula berhijrah ke sini secara beramai-ramai. Merekalah yang kemudiannya mewujudkan bangsa Macedonia di sini. Mereka memeluk agama Kristian pada kurun ke-9, sewaktu pemerintahan Raja Bulgaria yang bernama Boris I.

Pada tahun 1018, Macedonia berjaya ditawan oleh Empayar Byzantine sewaktu pemerintahan Maharajanya yang bernama Basil II. Walau bagaimanapun, pada awal kurun ke-13, Macedonia berjaya diambil alih semula oleh kerajaan Bulgaria. Namun, selepas kejatuhan kerajaan tersebut pada kurun ke-14, Macedonia dikembalikan kepada Empayar Byzantine buat beberapa ketika sebelum ianya jatuh pula ke tangan Empayar Serbia pada kurun yang sama. Tidak berapa lama selepas itu, Macedonia ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyah & kekal berada di bawah pemerintahan empayar tersebut selama hampir 500 tahun. Dalam jangka masa itulah sinar Islam menerangi bumi Macedonia.

Sewaktu kurun ke-19, berlaku beberapa rusuhan menentang penjajahan Empayar Turki Uthmaniyah di Macedonia. Namun, semua rusuhan tersebut berjaya dipatahkan. Walau bagaimanapun, selepas kekalahan Empayar Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama, Macedonia berjaya dibebaskan & dijadikan sebahagian daripada kerajaan Yugoslavia yang baru dibentuk. Sewaktu Perang Dunia Kedua, Macedonia telah ditawan oleh Kuasa Paksi & dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama diserahkan kepada kerajaan Bulgaria & bahagian kedua diserahkan kepada Albania yang pada waktu itu berada di bawah kekuasaan Itali.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Macedonia sekali lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan Yugoslavia. Akan tetapi, pada kali ini, kerajaan tersebut mengubah sistem pemerintahannya kepada sistem pemerintahan Republik berhaluan Sosialis. Macedonia kekal berada di bawah republik tersebut sehingga ke tahun 1991 apabila republik itu berpecah. Negara Macedonia yang baru kemudiannya dibentuk dengan menjadikan Skopje sebagai ibu negaranya. Tidak berapa lama selepas itu, terjadi beberapa pertelingkahan antara penduduk bangsa Macedonia yang beragama Kristian Orthodox & penduduk bangsa Albania yang beragama Islam. Ketegangan antara kedua-dua bangsa itu masih lagi dirasai sehingga ke hari ini walaupun tiada pertumpahan darah berlaku.

Bersambung...

13 buah komen:

mama ju, Saturday, February 20, 2010 at 9:33:00 AM GMT+8  

Salam anakanda

Seronoknya belajar sejarah hari ni..memang membuka mata. Macedonia mcm dilupakan. Mama tak tau pun ada wilayah mc di Greece.

Dah baca buku 'Benarkah Iskandar bukan Zulqarnain' berbagai telahan..seronok dibaca,sudah diterbitkan di tv..mama minat betullah.

Berkait dgn buku tu ada satu lagi buku'Yakjuj n makjuj'2 buku tu dari PTS.Amat menarik!

Terimakasih atas segala maklumat.Jumpa lagi.

silversarina Saturday, February 20, 2010 at 11:26:00 AM GMT+8  

salam,

thanks jhaz, dapat banyak info about Macedonia... I love the name ..sedap je sebut .. Macedonia .. matawang nya Denar .... ada lagi negara lai tak yang guna denar , best lah pulak .. macam nak ke sana lah pulak :)

zaradgreat Saturday, February 20, 2010 at 9:28:00 PM GMT+8  

salam.

tq. banyak belajar hari nih. info baru banyak dapat. =D

JMR Sunday, February 21, 2010 at 12:16:00 AM GMT+8  

best dpt peluang travel ke tmpt org..hargai nya k..:-)

Darin Sunday, February 21, 2010 at 12:27:00 PM GMT+8  

Hmm Macedonia..memang sejak dulu penuh dengan pertumpahan darah. Artikel yang bagus sahabat. Saya jadi bisa mengenal negara ini lebih jauh :) Salam hangat dari Indonesia :)

rezeki Sunday, February 21, 2010 at 12:40:00 PM GMT+8  

salam jhaz

benderanya dh mcm bendera nippon
he he

♥ shiMawar ♥ Sunday, February 21, 2010 at 8:23:00 PM GMT+8  

wa..bestnye dpt gi byk tmpt menarik n bersejarah..perlukn PA x..? klu perlu, sy nk apply jwtn tu..hehe.. ;)

p/s : dulu stdy kolej MARA Banting ek..? msti kenal dgn Cikgu Razali..die ajar Kimia..

Rizky2009 Sunday, February 21, 2010 at 8:42:00 PM GMT+8  

pengetahuan baru buat aq nih sob, makasih dah share

d tunggu coment dan folow baliknya sob

Finaz Sunday, February 21, 2010 at 10:25:00 PM GMT+8  

Assalam Jhaz,
Alhamdullilah happy sgt dpt info sejarah Macedonia nih. Selama nih tau sikit jer tak detail cenggini. Thnks ya for sharing!

p/s: kalo ada masa boleh tak share apa yg perlu ada dan cam mana nak amik / apply medic course kat Ireland nih? (oh! info nih akak nak bersedia utk anak2 akak. TQ in advance ya jika sudi share bila2 free nti)

Free S Monday, February 22, 2010 at 12:05:00 AM GMT+8  

Tulisan yang luar biasa... sungguh kumplit :)

Noor's blog (inside of me ) Monday, February 22, 2010 at 2:01:00 AM GMT+8  

Wah..terimakasih, infonya sangat menarik dan menambah wawasan saya. Kunjungan balik...senang bisa bersahabat dengan anda...

Salam hangat & sukses selalu...

JHaZKiTaRo Monday, February 22, 2010 at 8:26:00 AM GMT+8  

mama ju:
wsalam.. hahah.. seronok eh belajar sejarah.. ingatkan ramai org tak suke belajar sejarah.. :) yup.. mmg ada wilayah macedonia dalam negara greece.. Buku yg mama ju cakap tu mmg saya tahu.. ingat nak beli nanti.. buku yakjuj n makjuj tu saye dah beli.. tapi tak baca lagi.. hih

silversarina:
wsalam.. sama2.. haha.. sedap eh nama macedonia?? :) negara lain yg guna dinar?? hmm.. tak brape sure pulak.. nanti saye check

zaradgreat:
wsalam.. sama2..

JMR:
insyaAllah

Darin:
thanx for coming by.. do come again k

rezeki:
wsalam.. haha.. btul2

shiMawar:
PA?? hahaha.. mcm tak perlu je.. hihih.. cikgu razali?? baru pindah banting kot

Rizky2009:
sama2.. datang lagi

Finaz:
wsalam.. sama2.. kalau nak info, jgn segan2 tanya

Free S:
thanx

Atan Athen:
:)

Noor's blog:
sama2.. thanx for the wish..

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP