SPRiNG iS CoMiNG To ToWN

>> Monday, April 09, 2007



Alhamdulillah. Cuaca kat Dublin dah agak panas sikit. Ni la baru namenye Spring. Sebelum ni rase mcm dok kat dlm zaman Ice Age jek. Sejuk memanjang. So, semlm, sbg ala2 meraikan ketibaan spring, aku bersama2 dgn 3 org housemates aku iaitu Hanif, Amir & Thani serta member dieorg dari London, Hamizul pegi picnic kat National Botanic Garden & Bray. Sepatutnye aku nak ajak si Shamil, Mior, Syahir & Muhaimin ikut skali. Tapi dieorg gi Galway pulak hari Jumaat lepas. Isnin ni baru balik. Ade prog agama ape ntah. Bagus btul budak2 tu (Shamil, jgn kembang hidong plak ye. Hidong ko dah cukup kembang dah tu. Karang terkoyak).

So, tinggal 5 org je la yg berpicnic semlm. Kiteorg berlime bertolak dari rumah dlm pukul 9.30 pg & sampai ke rumah semula lebey kurang dlm pukul 7.30 ptg. Lame nak mampos picnic. Nak dekat 10 jam. Hahah. Tapi kiteorg mmg enjoy tak ingat dunia la (tapi akhirat kiteorg ingat jugak la sikit2. Hihih). Mlm sebelum picnic, kiteorg (aku, Hanif & Thani jek) bertungkus lumus membuat karipap dgn menggunakan resepi aku. Aku sendiri kagum dgn keupayaan aku membuat membuat karipap. Boleh?? Hahaha..

So, lebey kurang pukul 9.30 pg, kiteorg berlime pun bertolak ke National Botanic Garden dgn bus. Tak jauh mane botanic garden tu. Lebey kurang 20 mins jek naik bus dari rumah kiteorg. Sampai2 jek kat situ, kiteorg pun terus aah jadik cam siamang tak pernah pegang kamera, terutamanya Thani & si Hamizul tu. Bergambar sakan. Berjuta2 pose dieorg buat. Aku lak kontrol macho je la sbb dah beribu kali dah dtg tempat ni. Tapi kadang2 tu enter frame jugak dlm gambar2 dieorg tu. Mane boleh tahan temptation bergambar weh. Hihihihi.. Sedang dok jalan2 dlm garden tu, tibe2 pulak rase nak makan karipap. So, kiteorg melantak la sebijik dua sorang. Yg selebihnye utk bekalan kat Bray nanti.

Spring kat National Botanic Garden
Spring kat National Botanic Garden


Mat2 Bunga
Mat2 Bunga


Para-Para Sakura kat National Botanic Garden
Para-Para Sakura kat National Botanic Garden


Dari kiri: Tanjung, Kemboja, Melati, Kenanga
Dari kiri: Tanjung, Kemboja, Melati, Kenanga


Kaktus2 kat National Botanic Garden
Kaktus2 kat National Botanic Garden


Melantak karipap kat National Botanic Garden
Melantak karipap kat National Botanic Garden

Lepas nak dekat 2 jam kat dlm National Botanic Garden tu (patut sejam je, tapi memandangkan setiap 5 minit kiteorg berenti & pose utk bergambar, maka jadilah 2 jam. Hikhikhik), kiteorg pun terus bergerak menuju ke Bray dgn bus. Perjalanan ke sana ambik masa lebih kurang sejam. Jauh gak. Bray ni adalah sebuah bandar kecik yg terletak di tepi pantai yg menghadap Irish Sea. Ada jugak sebuah bukit di kawasan tu yg selalu didaki oleh pelancong2. Aku actually dah 8 juta kali dah gi Bray. So, ni adalah kali yang ke 8,000,001 kali (mcm ayat Kahuna jek). Bebudak 4 org tu kire first time laa gi Bray.

Sesampainya kat pantai Bray, kiteorg sekali lagi terkinja2 spt tak pernah pegang kamera. Masing2 dgn pose masing2. Hanip dgn posenye memakai sun glasses (konon macho habis la tu), Amir lak dgn posenye yg tak suke bergambar sorang2, Thani dgn posenye yg ade berjuta2 jenis & begitu jugak dgn si Hamizul tu. Aku jek yg kontrol. Maklum la, dah berjuta2 dah gambar aku kat sini. So, aku sekadar menumpang2 gitu je la dlm gambar2 dieorg. Nampak sikit la bukti yg aku ni la yg dok bawak dieorg sampai ke sini. Hahaha.

Tepi pantai Bray
Tepi pantai Bray

Lepas dah dekat setengah jam posing kat tepi pantai tu, kiteorg pon berehat2 sambil menghabiskan karipap yg tinggal. Lepas semua dah habis melantak, kiteorg pun terus mendaki bukit yg ada kat tepi pantai tu. Dgn perut yg penuh dgn karipap, dgn tak melakukan warm up, dgn kasut yg totally tak sesuai utk mendaki bukit, mmg tercungap2lah semue org nak capai puncak bukit tu. Nak dekat setengah jam jugak la kiteorg daki bukit yg curam tu. Nasib baik la takde sape2 yg tercedera ke ape ke. Alhamdulillah. Bile dah sampai kat puncak bukit tu, mmg tak berenti laa kiteorg semue bergambar. Boleh dikatakan setiap sudut kiteorg bergambar dgn menggayakan pelbagai pose. Pose lompat si katak lompat pun ade gak. Hahaha. Tak larat aku melayan budak2 ni.

Bray
Bray


Melantak karipap di Bray
Melantak karipap di Bray


Dalam perjalanan utk ke puncak bukit
Dalam perjalanan utk ke puncak bukit


Dah nak sampai ke puncak bukit dah
Dah nak sampai ke puncak bukit dah


Dah sampai kat puncak bukit akhirnya. Errk? Ade cross??
Dah sampai kat puncak bukit akhirnya. Errk? Ade cross??


On the top of the world!!
On the top of the world!!


Tgh cari sudut sesuai utk pose
Tgh cari sudut sesuai utk pose


Indahnya alam ciptaan Allah
Indahnya alam ciptaan Allah


Lompat Si Katak Lompat 1
Lompat Si Katak Lompat 1


Lompat Si Katak Lompat 2
Lompat Si Katak Lompat 2


Subhanallah
Subhanallah


Indahnya...
Indahnya...

Kiteorg spent mase nak dekat 3 jam kat atas puncak bukit tu. Kiteorg sembahyang Zohor kat atas sana dgn bertayammum. Peh. Dah lama aku tak bertayammum. Last sekali bertayammum mase kat Jabal Musa, Mesir bulan August last year. Lepas solat Zohor, kiteorg pun terus berjalan menuruni bukit tu. Laju jek semue org, especially Thani. Hmm. Kenape agaknya ye? Hihihih. Lepas dah sampai kat kaki bukit tu, kiteorg pun terus ke bus stop utk menunggu bus. Masing2 mcm dah tak bermaya dah. Mcm 10 hari tak makan pun ade. Bile bus dah sampai, kiteorg pun terus masuk ke dlmnya. Lebey kurang dlm pukul 7.30 ptg, kiteorg akhirnya sampai jugak kat rumah. Alhamdulillah. Trip picnic ni mmg sgt best bagi aku. So, kpd Shamil, Mior, Syahir & Muhaimin, sila la jeles ok.. Hihihih..

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP