HARI 3 (JUMAAT, 18 OKTOBER 2013)
Hari ini adalah hari kedua aku di bumi Auckland & juga di bumi New Zealand. Aku seperti masih bermimpi lagi. Seolah-olah seperti tak percaya yang aku berada di sana pada waktu itu. Hahaha. Selepas selesai solat Subuh & mandi membersihkan diri, aku pun mengemas-ngemas barang-barang aku. Subuh di bumi Auckland pada waktu itu masuk lebih kurang pukul 5.05 pagi. Matahari terbit pulak pukul 6.35 pagi. Tempoh waktu siang sudah mulai panjang apabila dah masuk Musim Bunga. Selepas siap berkemas, lebih kurang pukul 8.00 pagi, aku pun terus check-out dari Nomads Fat Camel Hostel yang aku tumpangi malam tadi. Aku lantas terus berjalan kaki menuju ke apartment Raja & dua kawannya itu di The Docks. Tak jauh jaraknya. Cuma 10 minit berjalan kaki je.
Bila dah tiba di The Docks, aku pun menekan button apartmentnya di bawah. Mujurlah Raja dah bangun pada waktu tu. So, lepas pintu bawah dibuka, aku pun terus masuk & menaiki lif untuk ke apartmentnya di Level 3. Pintu dibuka & dia menyambut ketibaan aku & bag-bag aku. Hahaha. Dia baru je bangun dari tidur sebenarnya. Dia mengambil cuti pada hari itu semata-mata nak bawak aku jalan-jalan sekitar Auckland. Hehehe. Natalie & Elliot dah pergi kerja dah seawal pukul 8.00 pagi tadi. Apartment dieorang ni terletak betul-betul di Auckland City Centre. Mudah untuk ke mana-mana. Dari balkoni, panorama pelabuhan dapat dilihat. Cantik jugak. Di hadapan bangunan apartment dieorang ni pulak ada Countdown supermarket, sebuah supermarket yang mempunyai banyak cawangan di seluruh New Zealand & juga di Australia. Pelbagai jenis barangan dijual di sini. Daripada barang makanan sehinggalah ke barang elektronik. Lebih kurang macam Tesco la. Harga barang-barang boleh tahan murahnya. Di Australia, namanya dikenali sebagai Woolworths, sama dengan nama syarikat pemiliknya, iaitu Woolworths Limited yang beribu pejabat di Australia. Woolworths Limited adalah retail company yang terbesar di seluruh Australia & New Zealand. Cawangan supermarket Countdown depan bangunan apartment dieorang ni dibuka 24 jam. Best gile. Bila lapar je, bila-bila masa boleh pergi beli makanan, walaupun tengah-tengah malam. Hehehe.
Lepas Raja mandi & bersiap-siap, kiteorg berdua pun bersarapan pagi dengan sosej, telur & roti di ruang tamu apartmentnya. Dah lama aku tak bersarapan western macam tu. Hahaha. Kat Malaysia boleh kata tiap-tiap pagi makan nasi lemak. Tak pun roti canai. Macam mana tak naik badan. Hehheh. Lepas selesai breakfast, kiteorang berdua pun mula bertolak keluar dengan kereta BMW merah kepunyaannya. BMW second hand. Lebih kurang NZ$5,000 (RM13,000) je. Murah gile kan??? Kat Malaysia mana nak dapat kereta BMW second hand semurah tu??? Mimpi je laa.
Breakfast bersama Raja di apartmentnya, Auckland
Panorama luar dari balkoni apartment Raja, Auckland
Destinasi pertama kiteorang berdua ialah Auckland War Memorial Museum, salah sebuah muzium yang terpenting di bumi New Zealand. Muzium ini mula dibuka pada tahun 1929 & mempamerkan kesan-kesan tinggalan sejarah New Zealand terutamanya di persekitaran Auckland. Ia juga merupakan war memorial bagi memperingati tentera-tentera New Zealand yang telah terkorban dalam Perang Dunia Pertama, Kedua & banyak lagi peperangan yang lain. Bangunan yang bercirikan senibina Neoclassical ini adalah antara ikon utama bandaraya Auckland & terletak di atas puncak sebuah bukit kecil. Kiteorang berdua cuma bergambar sahaja di bahagian luar muzium ini. Tak berminat pulak kiteorg nak masuk ke dalamnya. Kawasan di luarnya sahaja sudah cukup cantik. Rumput-rumputnya tumbuh segar.
Auckland War Memorial Museum, Auckland
Auckland War Memorial Museum, Auckland
Auckland War Memorial Museum, Auckland
Auckland War Memorial Museum, Auckland
Auckland War Memorial Museum, Auckland
Auckland War Memorial Museum, Auckland
Lokasi seterusnya yang kiteorang berdua tujui ialah Eden Park, stadium yang terbesar & yang paling terkemuka di seluruh New Zealand. Stadium ini terletak di persekitaran kawasan Mount Eden, 3 kilometer dari Auckland City Centre. Ia mula dibuka pada tahun 1900 & boleh memuatkan seramai 50,000 orang penonton. Stadium ini selalunya digunakan untuk pertandingan Ragbi pada Musim Sejuk & cricket pada Musim Panas. Ia adalah stadium utama yang digunakan ketika Rugby World Cup 1987 & 2011 yang berlangsung di New Zealand selaku tuan rumah. Stadium ini juga terpilih sebagai venue untuk Cricket World Cup 2015 nanti, di mana New Zealand menjadi tuan rumah bersama Australia. Bangga pulak rasanya bila aku dapat menjejakkan kaki & bergambar di situ.
Stadium Eden Park, Auckland
Stadium Eden Park, Auckland
Stadium Eden Park, Auckland
Destinasi kiteorang berdua selepas Eden Park ialah One Tree Hill. One Tree Hill atau namanya dalam Bahasa Maori, Maungakiekie adalah puncak sebuah gunung berapi kecil setinggi 182 meter yang sudah tidak lagi aktif. Ia adalah sebuah memorial place yang penting bagi kaum etnik Maori kerana kawasan ini pada zaman dahulunya merupakan penempatan terbesar & kubu pertahanan terpenting mereka di Auckland sebelum kedatangan bangsa Eropah. Di atas puncak One Tree Hill, terdapat sebuah obelisk yang diletakkan di tempat persemadian Sir John Logan Campbell, antara tokoh terpenting di Auckland & juga di New Zealand. Beliau adalah antara orang-orang British pertama yang tiba di New Zealand pada tahun 1840 & merupakan antara orang yang bertanggung jawab membuka & memajukan Auckland. Disebabkan itu, beliau diberi gelaran “The Father of Auckland”. Dari atas puncak One Tree Hill, para pengunjung dapat menikmati panorama bandaraya Auckland & pelabuhannya yang sangat menakjubkan. Dihiasi dengan pemandangan persekitarannya yang berumput & berpohon hijau, berserta kambing biri-biri yang sihat-sihat belaka. Begitu indah bumi ciptaan Allah. Subhanallah.
One Tree Hill, Auckland
One Tree Hill, Auckland
One Tree Hill, Auckland
One Tree Hill, Auckland
One Tree Hill, Auckland
One Tree Hill, Auckland
One Tree Hill, Auckland
One Tree Hill, Auckland
One Tree Hill, Auckland
One Tree Hill, Auckland
One Tree Hill, Auckland
Selepas puas menikmati keindahan di persekitaran One Tree Hill, Raja membawa aku dengan kereta BMW merahnya itu ke sebuah kawasan pinggiran pantai yang dinamakan Mission Bay. Perjalanan ke sana memakan masa lama sikit, lebih kurang 20 minit dengan kereta. Tapi memang puas hati la. Dari Mission Bay itu, kiteorang dapat menikmati panorama bandaraya Auckland & pelabuhannya, diserikan lagi dengan kapal-kapal layar. Ya Allah. Cantik sungguh pemandangan. Rangitoto, pulau gunung berapi yang sudah tidak lagi aktif juga terletak sangat hampir & dapat dilihat dengan jelas. Ianya adalah gunung berapi yang terbesar di antara 50 buah gunung berapi yang terdapat di sekitar Auckland. Bumi Auckland sememangnya sangat-sangat cantik. Kiteorang berdua menghabiskan masa lebih sejam di Mission Bay, menikmati keindahan pantai yang bersih & tenang. Rasa tak mahu balik pun ada. Hehehe.
Mission Bay, Auckland
Mission Bay, Auckland
Mission Bay, Auckland
Mission Bay, Auckland
Mission Bay, Auckland
Mission Bay, Auckland
Mission Bay, Auckland
Mission Bay, Auckland
Mission Bay, Auckland
Mission Bay, Auckland
Mission Bay, Auckland
Mission Bay, Auckland
Lepas lebih sejam di Mission Bay, kiteorang pun mula berasa lapar. Matahari sudah berada tegak di atas kepala, menandakan masa untuk makan tengah hari. So, Raja pun membawa aku ke International Food Court di Auckland City Centre, yang terletak di Ponsonby Road. Di situ ada banyak kiosk-kiosk makanan dari pelbagai negara. Ada dari Malaysia (Chinese), India, Bali Indonesia, China, Thailand dan sebagainya. Kiteorang berdua order makanan di kiosk Bali Indonesia kerana ianya halal menurut Raja. Sedap juga rasa makanannya. Sama macam masakan Malaysia. Lepas kenyang, aku meminta Raja membawa aku ke Ponsonby Mosque yang terletak tidak jauh dari situ untuk menunaikan solat Jamak Zohor & Asar. Aku solat seorang diri sahaja kerana Raja ingin menunaikan solat di apartmentnya memandangkan seluar yang dipakainya agak kotor. Ponsonby Mosque ni mula dibuka pada sekitar tahun 1970-an & merupakan masjid yang terpenting di bandaraya Auckland. Kedudukannya agak terpencil, iaitu di kawasan perumahan.
International Food Court, Auckland
International Food Court, Auckland
International Food Court, Auckland
International Food Court, Auckland
International Food Court, Auckland
Ponsonby Mosque, Auckland
Ponsonby Mosque, Auckland
Ponsonby Mosque, Auckland
Selepas selesai solat, kiteorg berdua pun mengambil keputusan untuk pulang semula ke apartment memandangkan kiteorg sudah penat & tidak ada lagi attraction sites yang perlu dikunjungi. Akan tetapi, sebelum tiba di apartment, aku meminta Raja meninggalkan aku di Queen Street kerana aku hendak shopping barang-barang souvenir untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti. Saja beli awal-awal memandangkan aku punyai banyak masa terluang hari itu. Kalau beli lambat-lambat nanti kelam-kabut pulak jadinya kan. So, aku pun menjalankan kerja shopping mopping aku selama 2 jam lamanya seorang diri. Hahahah. Aku ni kalau dah start shopping, memang tak hengat dunia dah. Memang banyak gila la aku shopping. Berkilo-kilo. Dari keychain sampailah ke baju T-shirt. Entah berapa banyak duit habes aku pun tak sempat kira. Hahaha. Teruk kan aku ni. Sebab tu la aku cuba nak elakkan shopping. Sebabnya bila aku dah start shopping memang susah nak berhenti. Tapi memandangkan aku datang ke New Zealand sekali je seumur hidup, terpaksa jugaklah beli barang-barang souvenir untuk diri aku, family & kawan-kawan. Nanti apa pulak kata dieorang. Pergi New Zealand jauh-jauh, balik Malaysia bawa sehelai sepinggang je.
Bila dah habes shopping mopping, aku pun berjalan kaki pulang ke apartment Raja. Aku berehat-rehat di dalam biliknya sambil copy & paste semua gambar-gambar di dalam kamera aku ke dalam external hard disk aku dengan menggunakan komputernya sebagai medium. Saja buat back-up. Mana tau, if anything happens to my camera nanti. At least gambar-gambar aku di Auckland semalam & hari tu selamat. Apabila jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam, Raja membawa aku ke sebuah restoran Malaysia & Singapore yang bernama Satay World. Kat situ kiteorabg makan satay & Singaporean Laksa. Memang sangat sedap. Buat aku rindu kat Malaysia je. Memandangkan esok adalah birthday Raja, aku pun dengan baik hati membelanjanya makan. Lagipun tak sedap hati la pulak kan kalau asyik dia je yang belanja aku makan. Aku pun kerja gak. Walaupun gaji aku tak sebanyak gaji dia di New Zealand ni. Hehehe. Natalie & Elliot tak join kiteorang sekali dinner malam tu. Dieorang ada hal lain.
Restoran Satay World, Auckland
Restoran Satay World, Auckland
Restoran Satay World, Auckland
Lepas kenyang makan di Satay World, Raja membawa aku bersiar-siar di bandaraya Auckland dengan menaiki bas, pengangkutan awam utama di bandaraya Auckland. Dia membawa aku ke sebuah kawasan di mana aku dapat menikmati panorama Sky Tower yang cantik di waktu malam. Subhanallah. Memang cantik tak terkata. Kemudian, kiteorg berjalan kaki ke Karanghape Road, jalan yang agak ‘happening’ di waktu malam. Banyak kelab-kelab malam di situ. Kiteorg cuma lalu sahaja untuk melihat gelagat manusia kat situ. Tak teringin pun nak masuk ke dalam kelab-kelab malam tu. Tak sesuai dengan jiwa & pegangan agama. Kemudian, kiteorg menaiki bas untuk pulang semula ke apartment. Selepas mandi, solat Jamak Isyak & Maghrib, aku pun melelapkan mata kepenatan. Hari ni memang penat, tapi aku berasa puas hati kerana dapat meluangkan masa mengelilingi bandaraya Auckland bersama-sama kawan aku yang dah 3 tahun aku tak jumpa itu.
Panorama Sky Tower, Auckland
Karanghape Road, Auckland
Bersambung...
Read more...