NeWCaSTLe & NoTTiNGHaM (BHG III)

>> Monday, July 13, 2009



Nottingham adalah sebuah lagi bandar yang terpenting di England. Ianya terletak di bahagian East Midlands, di dalam wilayah Nottinghamshire. Jumlah penduduknya adalah seramai 667,000 orang. Ramai yang tahu bahawa nama Nottingham sinonim dengan lagenda Robin Hood yang mencuri harta orang-orang kaya untuk diberikan kepada orang-orang miskin.


Peta kedudukan Nottingham di dalam England

Bandar Nottingham ini sudah lama dihuni oleh manusia. Sewaktu Revolusi Industri di England sekitar akhir abad ke-18 & awal abad ke-19, Nottingham terkenal sebagai pengeluar tekstil, terutamanya kain kerawang. Namun, lama-kelamaan, industri tekstil di sini semakin merosot akibat daripada persaingan dengan pengeluar tekstil di negara-negara lain di Timur Jauh & Asia Selatan.

Aku, Rosman & Azmir hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk berjalan mengelilingi kota Nottingham ini kerana kami ingin menyaksikan juga perlawanan-perlawanan dalam Nottingham Games nanti. Tempat pertama yang kami lawati ialah Nottingham Council House yang terletak betul-betul di tengah-tengah kota ini di kawasan Old Market Square, dataran yang dikatakan terbesar di seluruh England. Bangunan yang mempunyai kubah yang agak besar ini turut mempunyai loceng di dalamnya yang boleh didengar dari jarak 7 batu dari situ. Bangunan ini dibina antara tahun 1927-1929 & dirasmikan pada tahun 1929 oleh Prince of Wales pada waktu itu, iaitu Edward VIII. Ianya sering digunakan untuk acara-acara umum & rasmi.


Nottingham Council House, Nottingham, England, UK

Selepas itu, kami bertiga singgah sebentar di sebuah kedai cenderahati untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Kami juga membeli peta Nottingham untuk mencari di mana letaknya Nottingham Castle yang terkenal di sini. Berhampirannya adalah Sherwood Forest. Kedua-duanya sinonim dengan lagenda Robin Hood. Kami sangkakan Nottingham Castle itu jauh dari pusat bandar. Tetapi, ia rupa-rupanya tidaklah sejauh mana. Hanya 15 minit sahaja dari situ dengan berjalan kaki. Kami pun terus berjalan mencari istana lagenda tersebut & menjumpainya tidak lama kemudian.

Nottingham Castle adalah sebuah istana lama yang pada asalnya diperbuat daripada kayu yang dibina pada tahun 1067 atas perintah William the Conqueror. Pada tahun 1170, Raja England yang bernama Henry II mengarahkan supaya ianya diganti dengan senibina batu-batan & kemudiannya dijadikan kubu kuat England di bahagian Midlands. Berkurun-kurun lamanya istana ini memainkan peranan yang penting dalam institusi raja & bangsawan England. Antara yang terkenal ialah Richard the Lionheart & Prince John yang hidup seera dengan Robin Hood. Di dalam istana inilah Robin Hood dikatakan sering bersua muka dengan Sheriff of Nottingham yang merupakan musuhnya. Istana ini terus mengalami pembesaran sehinggalah ianya terhenti apabila berlakunya Perang Saudara di England dari tahun 1641-1651 yang menyebabkan istana ini mengalami kerosakan yang teruk. Istana ini kemudiannya tidak lagi digunakan selepas perang tersebut.

Di bahagian luar istana ini terdapat ukiran patung Robin Hood. Kami hanya bergambar dengan patung ini & pintu gerbang istana ini sahaja. Kami tidak masuk ke dalamnya kerana kesuntukan masa. Selepas bergambar, kami pun kembali semula ke Old Market Square untuk menaiki bas pulang semula ke University of Nottingham bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan Nottingham Games.


Patung Robin Hood di luar Nottingham Castle, Nottingham, England, UK


Patung Robin Hood di luar Nottingham Castle, Nottingham, England, UK


Pintu Gerbang Nottingham Castle, Nottingham, England, UK


Nottingham Castle, Nottingham, England, UK

Antara perlawanan-perlawanan yang kami bertiga saksikan ialah perlawanan bola keranjang antara pasukan dari Dublin & pasukan tuan rumah & juga perlawanan badminton oleh beberapa pasukan. Ada beberapa acara dalam Nottingham Games habis awal & ada juga yang habis agak lewat. Yang paling lewat akan habis lebih kurang pukul 11.00 malam nanti. Kami bertiga diberitahu oleh ketua rombongan dari Newcastle bahawa kami akan bertolak pulang ke Newcastle sejurus selepas pasukan dari Newcastle habis beraksi. Disebabkan rasa lapar yang teramat, aku, Rosman & Azmir singgah di sebuah bangunan di universiti itu di mana terdapatnya banyak gerai-gerai makanan yang menjual makanan-makanan Malaysia. Harga-harga yang diletakkan agak mahal. Namun, disebabkan rasa lapar, kami tidak menjadikannya alasan untuk tidak makan.


Makan-Makan bersama Rosman sewaktu Nottingham Games di University of Nottingham, Nottingham, England, UK


Makan-Makan bersama Azmir sewaktu Nottingham Games di University of Nottingham, Nottingham, England, UK

Lebih kurang pukul 7.00 malam, kami pun dipanggil untuk menaiki bas untuk pulang. Pasukan Newcastle hanya memenangi beberapa pingat sahaja. Tiada pingat emas dikutip. Aku tidak pasti pula tentang prestasi pasukan-pasukan dari Dublin. Yang aku tahu, pasukan badminton dari Dublin mencapai kejayaan yang agak besar. Aku akan bertanya dengan lebih lanjut daripada wakil-wakil Dublin selepas aku pulang ke Dublin nanti. Lebih kurang pukul 7.30 malam, kedua-dua bas dari Newcastle pun bergerak pulang ke Newcastle. Kesemuanya kelihatan penat. Kami bertiga sahaja yang masih segar. Heheh.

Lebih kurang dua jam kemudian, kami semua pun tiba semula di Newcastle. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada pelajar-pelajar Newcastle yang lain, aku, Rosman & Azmir pun berjalan kaki pulang ke flat. Selepas mandi & solat Isyak, aku & Rosman pun terus melelapkan mata.

Bersambung...

p/s: Aku baru je habis menonton Manjalara kat YouTube. 75 episodes. 3 hari 3 malam baru boleh habes semuenye. Hahaha. The best Malay Telenovela so far. Mula2 ingatkan tak best. Sbb tu aku malas nak nonton telenovela ni masa mula2 dia ditayangkan kat TV3 2 tahun lepas waktu aku cuti Summer kat Malaysia. Tapi ntah kenape, tibe2 tergerak pulak hati nak nonton telenovela ni waktu cuti Summer tahun ni. TV3 tgh menayangkan semula telenovela ni skarang ni. Baru je tgk sampai episod 15, terus nak tau ape jadi kat next episodes. Aku pun cube la cari kat YouTube. Cari2, rupa2nya mmg ada kesemua 75 episod kat YouTube. Ape lagi. Bermanjalara laa aku 3 hari 3 malam. Hahah.

Sekarang ni aku tgh mengalami post-Manjalara syndrome. Tiap2 hari dok teringat2 kat cerita tu. Hahaha. Seriously, telenovela ni mmg sgt2 best, walaupun ianya diadaptasi drp telenovela Venezuela yg bertajuk Mi Gorda Bella. Dalam cerita Manjalara ni, kesemuanya ada. Komedi, sedih, romance, thriller, kekeluargaan, etc.. Watak2 yg paling aku suka adalah Manja/Lara, Auntie Zaza, Sahara & Faryzal. Tahniah kpd Emelda Rosmila, Abby Abadi, Sheila Rusly & Faizal Yusop yg berjaya menghidupkan watak2 tu dgn baik skali. Aku tak suke watak Eskandar yg dibawak oleh Jehan Miskin tu. Taktau apsal. Actually, aku lagi prefer Manja/Lara dgn Faryzal. Tak pun dgn Joffry, lakonan Erry Putra. Sweet gile la tengok waktu Manja tgh ber'couple' dgn Faryzal masa episod2 awal. Comel je. Hahahah. Ngarut je aku nih. Ape2 pun, bagi mereka yg tgh syok dok layan Manjalara kat TV3 skarang ni, aku ucapkan selamat melayan. Seriously, kalau ada jual VCD Manjalara kat pasaran, mmg aku akan jadi orang terawal yg membelinye. Hehe.



Manjalara


Pelakon-pelakon utama Manjalara


Pelakon-pelakon utama Manjalara


Petikan episod ke-16 Manjalara


Intro kedua Manjalara


3 buah komen:

Anonymous Tuesday, July 14, 2009 at 12:22:00 AM GMT+8  

salam..hehe...

manjalara tu mmg direct copy dr telenovela mi gorda bella kat ntv7 masa dlu2..cuma diubahsuai sesuai dgn budaya melayu. tp mmg best! hehe

Anonymous Thursday, July 16, 2009 at 2:26:00 AM GMT+8  

Dah lama aku tak pernah menulis dalam Bahasa Melayu... Mungkin aku patut membaca blog kamu supaya Bahasa Melayu saya tidak terlupa?!

Ha ha... Sorry, my Malay is a bit rusty now...

JHaZ KiTaRo Friday, July 17, 2009 at 8:43:00 AM GMT+8  

chaq:
wsalam.. bukan direct copy.. tapi adaptation.. byk jugak bezanya.. lebih drp 50%.. ape2 pun, telenovela ni mmg best.. harap2 ada manjalara 2.. mcm tergantung je cerita dia..

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP