SuMMeR iN THe LaND oF THe PHaRaoHS (BHG I)

>> Saturday, March 31, 2007



Pengembaraan aku di Mesir bumi Anbiyak disertai oleh 5 orang pelajar Malaysia di Dublin iaitu aku, Tok Wan, Acab, Johan & Ahmad. Acab, Johan & Ahmad telah bertolak dahulu ke Mesir dengan niat untuk belajar bahasa Arab. Mereka telah bertolak ke sana pada bulan Jun. Sementara aku & Tok Wan pula bertolak ke sana pada bulan Ogos. Niat aku & Tok Wan ke Mesir hanyalah untuk mengembara semata-mata. Kami tidak mempunyai niat untuk belajar bahasa Arab seperti ketiga-tiga rakan kami yang lain. Hahaha. Pengembaraan aku pada kali ini mengambil masa selama 16 hari. Aku bertolak ke Mesir seminggu selepas aku & Jem tiba di Dublin setelah tamatnya pengembaraan kami di Wales, Itali, Vatican City, Greece, Turki & Scotland. Cuti Musim Panas aku masih panjang lagi sebenarnya.

Pengembaraan aku di Mesir bermula pada tarikh 1 Ogos 2006 & berakhir pada tarikh 16 Ogos 2006. Lebih kurang 2 minggu lamanya. Antara bandar-bandar di Mesir yang sempat aku kunjungi ialah Kaherah, Iskandariah, Dumyat, Fayyum & juga beberapa buah tempat di Semenanjung Sinai seperti Jabal Musa, Taba’ & Dahab. Aku hanya memakai baju T sahaja sepanjang berada di Mesir kerana cuacanya yang tersangat panas, iaitu melebihi 40 darjah celcius & juga sangat kering. Cuaca sebegini amat berbeza sekali berbanding negara-negara Eropah yang telah aku jejaki.

Sepanjang kami berada di bandar Kaherah, Mesir, aku & Tok Wan bermalam di Rumah Perlis, sementara Acab, Johan & Ahmad pula bermalam di Rumah Malaysia Abbasiyah. Bayaran penginapan kami tersangatlah murah. Untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, kami telah menggunakan perkhidmatan sebuah agensi pelancongan milik seorang pelajar Malaysia di sana iaitu ‘Al-Syafie Travel’. Pemiliknya yang bernama Arif atau digelar Ustaz Arif kini sedang belajar dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar. Agensi ini menyediakan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pemandu yang juga turut ditugaskan sebagai pemandu pelancong. Bayaran perkhidmatan agensi ini tidaklah terlampau mahal & agak berpatutan.

Hari 1: 1 OGOS 2006

Pengembaraan aku di bumi Mesir bermula pada hari ini. Penerbangan Malev Hungarian Airlines aku akan berlepas pada pukul 8.00 pagi ini dari Lapangan Terbang Dublin. Aku telah pun bermalam di lapangan terbang ini malam tadi kerana takut terlepas kapal terbang. Untuk ke Kaherah, Mesir, aku perlu transit di Budapest, Hungary kerana tiada penerbangan terus dari Dublin ke Kaherah. Aku hanya berseorangan sahaja menaiki penerbangan tersebut. Tok Wan akan menyusuli aku pada esok harinya. Kami menaiki penerbangan pada hari yang berlainan kerana kami membeli tiket pada waktu yang berlainan. Acab, Johan & Ahmad sudah pun berada di bumi Mesir pada waktu ini. Aku telah berpesan kepada mereka untuk menjemput aku di Lapangan Terbang Kaherah nanti.

Setelah menunggu berjam-jam lamanya di Lapangan Terbang Dublin sejak malam tadi, akhirnya kaunter pendaftaran masuk pun dibuka. Aku lantas terus mendaftar masuk. Kemudiannya, aku menunggu pula masa untuk masuk ke dalam pesawat. Setelah beberapa minit menunggu, pintu pesawat pun dibuka. Aku & penumpang-penumpang yang lain lantas terus masuk ke dalamnya. Tidak berapa lama kemudian, ianya pun berlepas meninggalkan Dublin menuju ke Budapest. Penerbangan tersebut mengambil masa hampir 3 jam lamanya. Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki penerbangan Malev Hungarian Airlines. Boleh tahan juga selesanya. Aku telah pun memesan makanan halal sewaktu pembelian tiket dahulu.

Pesawat Malev Hungarian Airlines
Pesawat Malev Hungarian Airlines

Setibanya aku di Lapangan Terbang Budapest Ferihegy, waktu sudah pun menunjukkan pukul 11.45 pagi waktu tempatan Hungary. Penerbangan aku ke Kaherah akan berlepas pada pukul 11.15 malam nanti. Oleh itu, aku mempunyai masa terluang melebihi 11 jam di Budapest. Disebabkan terlampau bosan, aku terus mengambil keputusan untuk bersiar-siar di pusat bandar Budapest. Oleh itu, aku telah menempah sebuah teksi murah untuk ke pusat bandarnya. Perjalanan ke sana dari lapangan terbang tersebut mengambil masa lebih kurang 30 minit. Setibanya aku di pusat bandar Budapest, teksi tersebut meninggalkan aku di hadapan sebuah hotel. Aku akan dijemput semula pada pukul 7.00 petang nanti di tempat yang sama. Bayarannya tidaklah terlampau mahal.

Aku kemudiannya terus memulakan ekspedisi mengelilingi bandar Budapest ini. Sebenarnya, aku pernah menjejakkan kaki di Budapest sebelum ini iaitu sewaktu pengembaraan Musim Panas 2004. Maka, ini adalah pengalaman kali ke-2 aku di sini. Aku hanya menghabiskan masa dengan bersiar-siar & juga mengambil beberapa keping gambar panorama untuk dijadikan kenangan.

Panorama Országház, Budapest, Hungary
Panorama Országház, Budapest, Hungary


Panorama Széchenyi Lánchíd & Budai Vár, Budapest, Hungary
Panorama Széchenyi Lánchíd & Budai Vár, Budapest, Hungary

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 7.00 petang, aku pun dijemput oleh teksi yang sama untuk kembali ke Lapangan Terbang Budapest Ferihegy. Pada waktu ini, hujan turun dengan amat lebat sekali, seolah-olah seperti ribut petir sedang berlaku. Belum pernah aku lihat hujan selebat ini di bumi Eropah. Setibanya aku di lapangan terbang tersebut, aku berehat-rehat di dalamnya sementara menunggu waktu pendaftaran masuk. Setelah berjam-jam menunggu, aku & penumpang-penumpang lain pun akhirnya dibenarkan untuk mendaftar masuk. Kemudian, aku menunggu pula masa untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat. Hujan sebenarnya masih belum berhenti sejak petang tadi & ianya menjadi semakin lebat.

Tiba-tiba, kedengaran satu pengumuman yang mengatakan bahawa kesemua penerbangan dari pukul 6.00 petang akan ditunda sehingga cuaca kembali pulih. Disebabkan itulah kawasan menunggu menjadi tersangat sesak. Berbelas-belas penerbangan terpaksa ditunda kerana cuaca buruk. Begitu juga dengan penerbangan aku yang sepatutnya akan berlepas pada pukul 11.15 malam terpaksa juga ditunda. Akhirnya, apabila cuaca sudah agak pulih, kesemua penerbangan yang ditunda dari pukul 6.00 petang tadi satu demi satu berlepas meninggalkan Budapest tanpa henti. Giliran penerbangan aku adalah pada pukul 1.00 pagi. Syukur kepada Allah kerana penerbangan aku tidaklah tertunda begitu lama. Hanya 1 3/4 jam sahaja tertunda.

Beberapa minit selepas masuk ke dalam pesawat, ianya pun berlepas meninggalkan Budapest menuju ke Kaherah. Penerbangan Malev Hungarian Airlines ini mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk tiba di bumi Kaherah.

Bersambung...

p/s: SELAMAT MENYAMBUT HARI MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA...

Read more...

MY TRaVeL eXPeRieNCeS So FaR..

>> Thursday, March 29, 2007

I have a strong passion for travelling. Aku agak bangga dengan diri sendiri (bukan riak ok), kerana setakat ni aku dah berjaya menjejakkan kaki di 27 buah negara (23 buah negara Europe + Egypt + Australia + Thailand + Malaysia). Sebelum aku tiba di Ireland untuk pertama kalinya, iaitu pada bulan September 2002, aku telah menyimpan azam utk mengambil kesempatan yg ada utk menjejakkan kaki di seberapa banyak buah negara Europe yg aku mampu. Bermula dengan England sewaktu Winter 1st Year, aku seterusnya mengembara ke France, Germany, Italy & akhir sekali ke Scotland pada waktu Summer tahun lepas.

worldmap
Peta negara2 di dunia yg sudah aku jejaki. Alhamdulillah..


countrymap
Peta negara2 Europe yg sudah aku jejaki. Alhamdulillah..

Tujuan sebenar aku mengembara bukanlah untuk menunjuk2, utk shopping, utk isi masa lapang atau sebagainya. Tujuan sebenar aku adalah utk melihat budaya, cara hidup, tamadun, adat resam & suasana muka bumi orang lain. Bumi Allah sesungguhnya tersangat luas & setiap sudut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Allah swt ada berfirman dalam Surah Al-Mulk, ayat 15 yang bermaksud: "Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagimu. Maka, berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepada-Nya sajalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan". Berlandaskan firman Allah inilah aku mengembara mencari erti sebenar kehidupan. Chewah..

Akan tetapi, pengembaraan2 aku takkan berjaya sekiranya tak ditemani oleh companion2 yg mempunyai minat yg sama, iaitu travelling. Companion aku yg paling setia sudah tentunya si Jem. Hahaha. Boleh dikatekan, semue tempat yg aku pergi, mesti dia ada sama. Cuma di Egypt & Thailand saje die takde bersama2 dgn aku. Companion2 yg lain ialah Reza, Hafizuddin, Farid, Manap, Rizal, Fyzal, Mas, Ilyasak, Hanif, Azza, Tok Wan, Acab, Johan & Ahmad. Thanx guys for the marvellous experiences!!! Korang mmg best. Kalau takde korang, mmg tak berjalan mane2 la aku gamaknye. Hihihi.

Sekarang ni aku boleh dikatekan dlm proses utk bersara sekejap drp travelling. Cuma cuti Summer nanti aku akan ke Sabah & Bangkok, Thailand. Tu je la. Lepas tu, aku plan utk ke Morocco pd cuti bulan December nanti. Aku bercadang untuk spend 11-13 hari kat Morocco (Fes, Meknes, Tangier, Rabat, Casablanca, Marrakech & 2-day tour Sahara Desert & Atlas Mountains). Budget lebih kurang 350 Euro including flights, intercity transportations, hostels & 2-day tour Sahara Desert & Atlas Mountains. Aku belum ajak sape2 lagi utk ikut aku ke Morocco nanti. Jem dah tak boleh ikut sbb die akan graduate bulan 6 ni & lepas tu die akan terus balik Msia for good. Huhuhu. Kalau die masih ade, mmg sah la die akan ikut aku ke Morocco punye December nanti. Hikhikhik. So, sape2 budak Dublin yg nak ikut aku gi Morocco December nanti, sila2 la contact aku secepat mungkin k! Aku tengah mencari companions ni. Jgn lepaskan peluang ni. Morocco mmg best gile.

Morocco
Morocco

Lepas gi Morocco, barulah aku akan bersara terus drp dunia travelling (ceh cakap je.. Ntah2 lepas tu pi mane la pulak lagi. Hihihi) Aku dah nak masuk final year dah nanti. So, mmg kena tumpu perhatian sepenuhnye pd studies la. Taknak la repeat year. Penat seh. Hihihi.

Actually, byk lagi tempat2 & negara2 kat dunia ni yg aku teringin sgt nak jejaki. Apa yg menjadi penghalang adalah wang & masa. Aku siap dah buat list dah tempat2 yg aku teringin nak jejaki. Chewah. Ni adalah listnya:

Asia
01) Saudi Arabia – Mecca (rukun Islam kelima), Medina (bandar kedua tersuci bg umat Islam)
02) Palestine – Jerusalem (bandar ketiga tersuci bg umat Islam)
03) Indonesia – Jakarta (ibu negara Indonesia ok!), Jogjakarta (nak tgk candi Borobodur), Bali (nak tgk org Melayu yg beragama Hindu. Hehe)
04) India – Agra (Taj Mahal!!), Mumbai (Bollywood!!)
05) Iran – Isfahan (masjid2 yg lawa gile)
06) Jordan – All Historical Places (bumi anbiyak yg penuh bersejarah)
07) Syria – Damascus & All Historical Places (bumi anbiyak yg penuh bersejarah)
08) Lebanon – Beirut (org kate best)
09) Uzbekistan – Bukhara (tempat lahir Imam Bukhari), Samarkand (laluan jalan sutera)
10) Mongolia – Ulan Batoor (mustahil sgt ke nak sampai? winter kat sini -30 ok. Teringin nak rase. Hakhakhak)
11) Japan – Tokyo (dasar pandang ke Timur)
12) South Korea – Seoul (anyong hai seyo! Aja aja fighting!!)
13) China – Beijing (Great Wall of China), Shanghai (mcm best je), Hong Kong (nak tgk keadaan kota London di benua Asia)
14) Singapore – Singapore (nak tgk lawa sgt ke negara ni)
15) Brunei – Bandar Seri Begawan (nak tgk istana diperbuat drp emas tu)

North America
01) United States – New York (the greatest city in the world. Org kate la), Los Angeles (Hollywood!!), Chicago (tempat shooting ER & My Best Friends Wedding. Hehe), San Francisco (Golden Gate yg sgt lawa), Orlando (Disneyworld!!)
02) Mexico – Mexico City (capital of telenovela)

South America
01) Brazil – Rio De Janeiro (tempat shooting film City Of God yg sangatlah menakutkan. Teringin nak experience. Hihih.)

Europe
01) Russia – Moscow (aku teringin nak bergambar kat depan gereja yg penuh berwarna-warni tu), St Petersburg (org kate bandar ni lagi best dari Moscow, so kena la pergi gak. Hihi)
02) Iceland – Reykjavik (dah lama nak pergi tempat ni, cuma tak berkesempatan jek)

Australasia
01) New Zealand – Auckland (mcm best jek), Christchurch (tempat shooting drama bersiri Melayu ‘Cinderella’. Hehe), Queenstown (Land of The Lord Of The Ring)
02) Australia – Perth (the most isolated city in the world), Brisbane (ada Goldcoast), Alice Spring (teringin nak tgk Uluru)

Africa
01) South Africa – Cape Town (tanjung harapan)

Antartica (Haaa. Kena la pergi tempat ni utk melengkapkan 7 benua. Mustahil ke??)

Bulan (Errkkk. Ni boleh dikira jugak ke? Hihihi)

Jikalau aku berjaya menjejakkan kaki di semua negara ni, maka inilah peta dunia yg menunjukkan negara2 yg aku dah jejaki:

worldmap
One day.. InsyaAllah

Actually, aku sekarang ni dalam projek besar utk mengedit semula travelogue2 aku. Aku akan menambah information2 dlm setiap tempat & negara yg aku dah jejaki. Bahasa yg akan digunakan adalah bahasa Melayu Standard & bukan lagi bahasa Melayu pasar spt apa yg korang baca dlm ruangan 'Travelogue' aku buat masa skarang ni. Aku juga akan menterjemahkan travelogue2 aku ke dlm bahasa Inggeris mudah (tak reti la nak buat ayat2 English yg berbunga2) utk meng'international'kan travelogue2 aku tu. Hihihi. Then, aku akan print & compile semuanya utk dibuat buku2 travelogue utk koleksi peribadi aku. Jgn risau, aku akan upload semua tu ke dlm ruangan 'Travelogue' aku nanti bila semuanya sudah siap. Projek ini dijangka akan siap pada bulan July nanti, insyaAllah.

So, kpd sape2 yg berminat hendak baca travelogue2 aku yg lengkap, sila la tunggu sampai bulan July nanti k. Harap bersabar (Ceh. Mcm famous je aku ni. Ade ke org nak bace travelogue2 aku tu nanti. Hahah.) Tujuan sebenar aku buat travelogue adalah utk mengabadikan kenangan2 aku & berkongsinya bersama2 dgn org lain, termasuklah bakal anak2, cucu2 & cicit2 aku nanti. So, takde la pengalaman2 aku dilupakan begitu saje bile aku dah tua nanti. Btul tak? Sesungguhnya pengalaman2 travel aku adalah antara pencapaian yg terbesar dalam hidup aku. So, ape salahnya kalau aku nak abadikannye, btul tak? Hihihi. So, doakan semoga aku berjaya k. Salam..

Read more...

SuMMeR iN THe LaNDS oF THe aNCieNTS (BHG XXXVIII/aKHiR)

>> Tuesday, March 27, 2007



Hari 32 (Akhir): 25 JULAI 2006

Hari ini adalah hari terakhir trip kami. Kami akan pulang semula ke Dublin dari Glasgow pada waktu petang nanti. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumah setelah 38 hari berkelana di bumi asing. Setelah bersiap-siap, kami berdua pun terus berjalan kaki dari hostel kami menuju ke stesen bas Edinburgh St Andrews. Kami akan bertolak ke Glasgow dengan menaiki bas. Setelah beberapa minit menunggu, bas yang kami nantikan pun tiba & kami terus masuk ke dalamnya. Tidak berapa lama kemudian, ia pun bergerak meninggalkan Edinburgh lebih kurang pada pukul 9.00 pagi. Perjalanan ke Glasgow mengambil masa hampir sejam lamanya.

Setibanya kami di stesen bas Glasgow Buchanan, kami seolah-olah hilang minat untuk berjalan-jalan. Kami seperti tidak sabar untuk kembali ke Dublin. Glasgow adalah bandar yang terbesar di Scotland. Bandar ini mula berkembang sebagai pusat industri kejuruteraan berat & pembuatan kapal sejak Revolusi Industri yang tercetus di United Kingdom sewaktu kurun ke-18. Sewaktu zaman kegemilangan Empayar British dahulu, Glasgow adalah bandar kedua terpenting dalam empayar tersebut selepas London. Namun, selepas Perang Dunia II, kemasyhuran bandar Glasgow mulai menurun.

Kami berdua cuma bergambar di hadapan Glasgow Royal Concert Hall & Glasgow City Hall sahaja. Glasgow Royal Concert Hall telah dibuka secara rasmi pada tahun 1990, sementara Glasgow City Hall pula mulai dibuka pada tahun 1841. Setelah bergambar di hadapan kedua-dua bangunan tersebut, kami mengambil keputusan untuk menonton wayang di sebuah pawagam yang terletak berhampiran dengan stesen bas Glasgow Buchanan. Kami menonton filem Superman Returns yang sedang hangat pada waktu ini.

Glasgow Royal Concert Hall, Glasgow, Scotland, United Kingdom
Glasgow Royal Concert Hall, Glasgow, Scotland, United Kingdom


Glasgow City Hall, Glasgow, Scotland, United Kingdom
Glasgow City Hall, Glasgow, Scotland, United Kingdom

Setelah tamat menonton filem tersebut, kami kembali ke stesen bas. Kami kemudiannya terus mengambil bas untuk menuju ke Lapangan Terbang Glasgow Prestwick. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 2 jam. Setibanya kami di lapangan terbang tersebut, kami berehat-rehat sambil menunggu waktu pendaftaran masuk. Selepas sudah boleh mendaftar masuk, kami pun terus beratur. Kemudian, kami menunggu untuk masuk ke dalam kapal terbang pula. Setelah beberapa minit menunggu, kami akhirnya dibenarkan masuk ke dalamnya & tidak berapa lama kemudian, ianya pun berlepas meninggalkan Glasgow. Penerbangan Ryanair kami ini mengambil masa lebih kurang sejam untuk tiba di Dublin. Sejam kemudian, kami berdua akhirnya tiba di Lapangan Terbang Dublin. Waktu sudah pun malam. Alhamdulillah. Kami selamat tiba di Dublin.

Perjalanan kami selama 32 hari menjejakkan kaki di bumi Wales, Itali, Vatican City, Greece, Turki & Scotland sudah tentunya adalah suatu pengalaman yang sukar dilupakan. Setiap tempat yang dijejaki mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Namun begitu, bumi Turki adalah yang terbaik bagi aku. Aku seolah-olah telah jatuh cinta dengan bumi Turki. Ini mungkin disebabkan kecantikan masjid-masjidnya, keramahan penduduk-penduduknya & kesedapan makanan-makanannya yang halal dimakan. Walau apa pun, kami berdua termasuk Azza yang cuma sempat bersama dengan kami sewaktu di Wales, Itali & Vatican City bersyukur kepada Allah swt kerana diberi peluang sekali lagi untuk berjalan-jalan melihat keindahan bumi ciptaan-Nya. Subhanallah. Sepanjang trip ini, aku telah membelanjakan hampir 1,500 Euro. Banyak juga sebenarnya. Namun, wang bukanlah penghalang bagi aku. Tiada apa yang dapat ditukar ganti dengan pengalaman yang aku telah perolehi.

TAMAT. Terima kasih diucapkan kepada semua pembaca blog ini yang telah membaca travelogue 'Summer In The Lands Of The Ancients' dari bahagian pertama sehinggalah ke bahagian ke-38. InsyaAllah aku akan edit semula travelogue ini & letakkannya di ruangan 'JURNAL AKA TRAVELOGUE' secepat yang mungkin. Nantikan travelogue baru yang bertajuk 'Summer In The Land Of The Pharaohs' yang menceritakan pengalaman aku di bumi Mesir pula selepas ini. InsyaAllah ianya akan bermula tidak lama lagi. Nantikanlah... :)

Read more...

SuMMeR iN THe LaNDS oF THe aNCieNTS (BHG XXXVII)

>> Sunday, March 25, 2007



Hari 31: 24 JULAI 2006

Pada pagi hari ini, kami berdua bersiap-siap untuk menaiki bas tour Loch Ness. Setelah semuanya sudah lengkap, kami pun terus berjalan menuju ke Edinburgh Castle. Bas tour tersebut akan bertolak dari hadapan istana tersebut. Selepas menunggu selama beberapa minit, akhirnya 2 buah bas pun tiba di tempat kami menunggu. Kami & penumpang-penumpang lain terus masuk ke dalam bas-bas tersebut sambil tiket-tiket kami diperiksa oleh pemandu-pemandu bas merangkap pemandu-pemandu pelancong.

Setelah semua penumpang sudah berada di dalam kedua-dua bas tersebut, kedua-duanya pun mulai bergerak. Bas yang aku & Jem naiki dilabelkan sebagai bas pertama & bas ini bergerak dahulu meninggalkan bas kedua. Pemandu bas ini tersangatlah peramah & bercakap tanpa henti. Pelbagai informasi tentang kawasan-kawasan yang kami lalui disampaikan olehnya. Kami semua benar-benar terhibur & tidak berasa bosan.

Destinasi utama kami iaitu Loch Ness akan dijejaki dalam masa lebih kurang 4 jam lagi. Loch Ness adalah sebuah tasik yang amat terkenal yang terletak di kawasan tanah tinggi Scotland. Tasik ini adalah tasik yang menakung jumlah air tawar yang terbanyak di United Kingdom. Ia terletak berhampiran dengan sebuah bandar yang bernama Inverness. Yang menjadikan tasik ini terkenal ialah lagenda seekor raksasa yang bernama Nessie. Raksasa ini dikatakan pernah muncul di permukaan tasik tersebut pada suatu masa dahulu. Wallahu ‘alam. Pelancong-pelancong yang datang ke Loch Ness boleh menyewa sampan-sampan & mendayung di sekeliling tasik ini. Tasik ini sememangnya adalah antara tumpuan utama pelancong ke Scotland.

Loch Ness, Scotland, United Kingdom
Loch Ness, Scotland, United Kingdom


Raksasa Nessie di Loch Ness, Scotland, United Kingdom
Raksasa Nessie di Loch Ness, Scotland, United Kingdom

Bas tour yang kami naiki melalui kawasan tanah tinggi Scotland yang mempunyai pemandangan sekeliling yang sangat mendamaikan. Subhanallah. Begitu indah bumi ciptaan Allah swt. Aku & Jem seperti tidak sabar-sabar lagi untuk tiba di Loch Ness untuk mendayung sampan di sekeliling tasik itu. Hahahah. Akan tetapi, kami hanya merancang. Allah swt sahajalah yang berkuasa untuk menentukan segalanya.

Setelah hampir 2 jam kami dalam perjalanan, bas yang kami naiki tiba-tiba rosak. Bunyi siren bas tersebut tiba-tiba berbunyi & tidak dapat dihentikan. Pemandu bas tersebut bingung. Dia kemudiannya terpaksa memberhentikan bas yang dipandunya & mematikan enjin bas tersebut untuk menghentikan bunyi siren. Kami semua terkandas di sebuah kawasan yang sunyi lagi asing. Pemandu bas tersebut kemudiannya menghubungi mekanik yang terdekat untuk memeriksa bas tersebut. Menurut kata pemandu bas tersebut, mekanik yang dihubunginya itu akan tiba dalam masa sejam. Disebabkan terlampau bosan di dalam bas, aku, Jem & penumpang-penumpang lain keluar dari bas untuk menghirup udara luar. Indah sungguh pemandangan. Aku & Jem sempat mengambil beberapa keping gambar. Kami juga sempat memetik beberapa biji buah raspberi yang tumbuh liar & kami memakan buah-buah tersebut mentah-mentah. Hahaha.

Sewaktu terkandas, Scotland, United Kingdom
Sewaktu terkandas, Scotland, United Kingdom

Setelah hampir sejam menunggu, akhirnya mekanik yang dihubungi pun tiba. Dia pun terus memeriksa kerosakan bas tersebut. Dia kemudiannya cuba menghidupkan enjin bas tersebut & siren masih lagi berbunyi. Akhirnya, dia terpaksa memberitahu pemandu bas tersebut bahawa bas ini memerlukan jangka masa yang panjang untuk diperbaiki & kemudiannya pemandu bas tersebut pun menyampaikannya kepada kami. Ramai antara kami yang agak marah kerana kejadian ini telah membuang masa kami. Aku & Jem juga begitu. Namun, apa yang kami boleh buat. Ini semua adalah kehendak Allah swt. Segala kejadian itu ada sebabnya. Kami berdua hanya pasrah.

Pemandu bas tersebut kemudian memberitahu kami bahawa dia akan memberhentikan kami di sebuah stesen minyak yang berdekatan & dalam masa 20 minit, sebuah bas lain akan tiba untuk membawa kami pulang ke bandar Edinburgh. Kami boleh meminta gantirugi kami apabila tiba di sana nanti. Huhuhu. Setelah 20 minit menunggu, akhirnya bas yang dijanjikan pun tiba. Kami semua lantas terus menaiki bas tersebut, termasuk pemandu bas tadi. Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami pun tiba semula di bandar Edinburgh. Pemandu bas tadi sekali lagi meminta maaf kepada kami semua atas kerosakan bas yang tidak dijangka akan berlaku itu. Kami semua dengan rela hati memaafkannya walaupun kami sebenarnya benar-benar panas hati.

Aku & Jem kemudiannya terus berjalan menuju ke pejabat pelancongan untuk meminta gantirugi. Selepas itu, kami makan tengah hari di sebuah restoran Cina yang menyediakan perkhidmatan buffet. Kami makan sepuas hati untuk melepaskan rasa marah dengan kejadian yang berlaku kepada kami pada hari ini. Huhuhuh. Kami makan semua makanan-makanan laut yang disediakan sehingga kenyang. Selepas itu, kami bersiar-siar sebentar di bandar Edinburgh. Apabila sudah penat, kami pun pulang semula ke hostel kami.

Bersambung...

Read more...

SuMMeR iN THe LaNDS oF THe aNCieNTS (BHG XXXVI)

>> Friday, March 23, 2007



Selepas puas mengelilingi Edinburgh Castle, kami pun mencari jalan keluar. Selepas keluar dari sini, kami singgah di sebuah kedai membuat muffler & kilt. Kilt adalah gaun yang merupakan pakaian tradisional kaum lelaki Scotland. Pelbagai corak muffler & kilt diperbuat & dijual di sini. Selepas itu, kami melalui Royal Mile, iaitu sebatang jalan yang terletak di antara Edinburgh Castle & Holyrood Palace. Ianya adalah antara jalan-jalan yang sering dipenuhi oleh pelancong-pelancong. Di sepanjang jalan ini terdapat banyak kedai cenderamata. Kami singgah di beberapa buah kedai untuk membeli beberapa buah cenderamata untuk dibuat kenangan.

Di kedai membuat muffler & kilt, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Di kedai membuat muffler & kilt, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Royal Mile, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Royal Mile, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Kemudian, kami berjalan menuju ke sebuah ukiran patung anjing kecil yang terletak di hadapan sebuah bar yang bernama Greyfriars Bobby's Bar. Anjing tersebut bernama Bobby. Kisah tentang anjing ini sangat terkenal di Edinburgh. Bobby adalah seekor anjing kepunyaan seorang polis yang bernama John Gray yang meninggal dunia akibat menghidapi penyakit batuk kering pada tahun 1858. John Gray dikebumikan di Greyfriars Kirkyard. Bobby yang telah bersama tuannya selama 14 tahun itu dikatakan telah menghabiskan sepanjang hayatnya duduk di atas perkuburan tuannya. Bar di mana terdapatnya ukiran patung Bobby ini terletak bertentangan dengan perkuburan tersebut. Kisah tentang kesetiaan anjing ini kepada tuannya tersebut sebenarnya telah banyak dibukukan & difilemkan.

Ukiran patung Bobby, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Ukiran patung Bobby, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Seterusnya, kami melalui St Giles Cathedral, sebuah gereja yang mempunyai menara yang berbentuk mahkota yang terletak di Royal Mile ini. Gereja ini telah berkhidmat sebagai institusi agama Kristian di Edinburgh selama hampir 900 tahun lamanya. Ianya adalah gereja Kristian bermazhab Presbyterianisma iaitu mazhab Kristian yang lahir sewaktu Reformasi Scotland pada kurun ke-16. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan kami dengan melalui Waverly Bridge, salah sebuah jambatan yang terdapat di Edinburgh. Jambatan ini adalah antara jambatan-jambatan yang tercantik & terpenting di bandar ini. Kemudian, kami berjalan ke bangunan Scottish Parliament yang terletak di kawasan Holyrood. Bangunan ini dirasmikan pada tahun 2004 oleh Ratu England iaitu Elizabeth II. Rupa bentuk bangunan ini agak memelikkan, tetapi unik.

St Giles Cathedral, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
St Giles Cathedral, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Waverly Bridge, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Waverly Bridge, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Scottish Parliament, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Scottish Parliament, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Berdekatan dengan bangunan Scottish Parliament, terletak Holyrood Palace yang merupakan kediaman rasmi kerabat diraja Scotland sejak kurun ke-15. Ia pada mulanya adalah sebuah monasteri yang dibuka oleh Raja Scotland yang bernama David I pada tahun 1128. Banyak upacara perkahwinan & pertabalan diraja dilakukan di sini. Sewaktu di bawah pemerintahan James IV pada awal kurun ke-15, bangunan ini secara rasminya ditukar menjadi kediaman diraja. Pada tahun 1650, sewaktu lawatan Oliver Cromwell & tenteranya, istana ini telah terbakar tanpa diketahui sebabnya. Oliver Cronwell kemudiannya telah memulakan operasi untuk membina semula Holyrood Palace ini & sewaktu di bawah pemerintahan Charles II, ia berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 1679. Pada masa kini, istana ini sering menerima kunjungan daripada keturunan diraja England.

Holyrood Palace, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Holyrood Palace, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Holyrood Palace, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Holyrood Palace, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Selepas itu, kami berjalan menuju ke Calton Hill, salah sebuah bukit yang terdapat di Edinburgh. Kami mendaki bukit ini sehingga ke puncaknya yang mengambil masa 10 minit sahaja. Di puncak bukit ini terdapat sebuah monumen yang dibina sempena memperingati tentera-tentera Scotland yang mati dalam Perang Waterloo. Dari atas puncak Calton Hill ini, kami dapat menikmati panorama kota Edinburgh yang sangat indah. Sesungguhnya Edinburgh adalah salah satu bandar yang tercantik yang pernah aku jejaki. Subhanallah. Kami berdua menghabiskan masa hampir sejam di puncak bukit ini dengan bergambar. Selepas puas bergambar, kami kembali ke pusat bandar Edinburgh untuk bersiar-siar sambil membeli cenderamata untuk dibuat kenangan. Setelah penat, kami pun kembali ke hostel kami.

Di puncak Calton Hill, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Di puncak Calton Hill, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Di puncak Calton Hill, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Di puncak Calton Hill, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Bersambung...

Read more...

BaLiK MaLaYSia

>> Wednesday, March 21, 2007

Yeah. Aku akan balik Msia summer ni!!! Bestnye100x. Last year tak balik. So, this year terus jatuh hukum wajib utk aku balik. Aku dah beli tiket balik Msia semalam kat sebuah travel agency yang bernama Trailfinders. Aku beli tiket flight Gulf Air. Harga tiket pegi balik 817 Euro. Tu jek yg paling murah. MAS mahal tak ingat. Lebih 900 Euro. Nama je Tahun Melawat Malaysia. Cekik darah lagi ade la. Bodoh tul.

So, flight aku akan bertolak ke KL dari Dublin on 24 June & akan balik semule ke Dublin dari KL on 28 Aug. 2 bulan lebih je aku akan berada kat Msia. Takde la lama sgt. Huhuhu. Flight Gulf Air tu akan transit kat Bahrain. Sib baik transit waktu mlm n kejap jek. Kalau transit waktu siang n lama, mmg sah2 la aku akan buat tour de Bahrain. Lepas tu, tulis travelogue & post kat blog ni. Hahaha

So, to ppl in Msia especially PMC ppl, see u guys in Msia nanti k. InsyaAllah...

Read more...

SuMMeR iN THe LaNDS oF THe aNCieNTS (BHG XXXV)

>> Tuesday, March 20, 2007



Hari 30: 23 JULAI 2006

Aku & Jem tiba di stesen bas Glasgow Buchanan lebih kurang pada pukul 7.00 pagi. Kami akan ke Edinburgh dengan menaiki bas dari sini pada pukul 9.00 pagi nanti. Oleh itu, kami berehat-rehat di sini dahulu sementara menunggu bas tersebut tiba. Setelah hampir 2 jam menunggu, bas tersebut pun akhirnya tiba & kami terus masuk ke dalamnya. Tidak berapa lama kemudian, ianya pun bertolak menuju ke Edinburgh. Kami akan kembali semula ke Glasgow pada hari terakhir trip kami nanti. Perjalanan dari Glasgow ke Edinburgh dengan bas tersebut memakan masa selama sejam sahaja.

Setibanya kami di stesen bas Edinburgh St Andrew, kami terus mencari hostel yang sudah kami tempah melalui internet. Setelah menjumpainya, kami terus mendaftar masuk. Selepas mandi, bersarapan pagi & sebagainya, kami pun memulakan penjelajahan kota Edinburgh, Scotland.

Peta Scotland, United Kingdom
Peta Scotland, United Kingdom

Scotland adalah salah sebuah negeri yang membentuk United Kingdom. Ianya terletak di bahagian utara negara ini. Hampir keseluruhan Scotland pernah dijajah oleh Empayar Rom selepas tahun 87. Pada waktu itu, England & Wales sudah pun dijajah oleh empayar gergasi tersebut. Namun, Maharaja Rom yang bernama Domitian kemudiannya memerintahkan tenteranya untuk meninggalkan Scotland untuk berperang dengan puak Dacian di tanah besar Eropah. Scotland ditinggalkan begitu sahaja. Terdapat banyak binaan yang tidak dapat disiapkan.

Pada tahun 843, Kenneth I telah berjaya menyatukan Scotland & menjadi Raja Scotland yang pertama. Selepas kematian Raja Scotland yang bernama Alexander III yang tidak meninggalkan waris, pembesar-pembesar Scotland telah meminta bantuan Raja England pada waktu itu iaitu Edward I yang turut dikenali sebagai Edward Longshanks untuk menjadi hakim kepada perlantikan orang yang layak menaiki takhta Scotland. John Balliol akhirnya telah ditabalkan sebagai Raja Scotland. Akan tetapi, Edward I telah mempergunakan John Balliol ini untuk kepentingan England. Ini telah melahirkan rasa tidak puas hati penduduk-penduduk Scotland & mencetuskan Perang Pembebasan Scotland. Antara pejuang-pejuang terkenal yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada penduduk-penduduk Scotland ialah William Wallace, Andrew de Moray & Robert the Bruce. Terdapat sebuah filem menarik yang memaparkan kisah perjuangan William Wallace untuk membebaskan penduduk Scotland daripada cengkaman Edward Longshanks, iaitu filem Braveheart. Filem lakonan & arahan Mel Gibson ini telah memenangi anugerah Academy Awards untuk kategori Filem Terbaik pada tahun 1995.

Braveheart
Braveheart

Setelah Scotland berjaya mendapat kemerdekaan daripada England, Robert the Bruce telah ditabalkan sebagai Raja Scotland pada tahun 1306. Kemudian, perang kedua antara Scotland & England telah tercetus antara tahun 1332 & 1357. Scotland telah berjaya mengalahkan England & keadaan Scotland menjadi stabil selepas itu. Kerajaan Scotland kemudiannya menjadi kerajaan autonomi sehinggalah pada tahun 1707 apabila ia bersatu dengan kerajaan England untuk membentuk kerajaan Great Britain. Namun begitu, parlimen, sistem undang-undang, sistem pendidikan & sistem gerejanya yang tersendiri masih lagi kekal & berfungsi sehingga sekarang.

Scotland sangat terkenal dengan beberapa perkara seperti alat muzik bag paip, kawasan tanah tingginya yang sangat indah & pakaian tradisional kaum lelakinya yang unik. Loghat bahasa Inggeris yang digunakan oleh penduduk Scotland juga agak unik. Selain daripada bahasa Inggeris, bahasa Gaelic, iaitu bahasa ibunda Scotland juga masih digunakan.

Seorang lelaki Scotland dengan pakaian tradisional sedang memainkan bag paip
Seorang lelaki Scotland dengan pakaian tradisional sedang memainkan bag paip

Edinburgh adalah ibu kota Scotland & merupakan bandar kedua terbesar di Scotland selepas Glasgow. Ia telah menjadi ibu kota Scotland sejak tahun 1437 lagi & merupakan bandar di mana terletaknya kerusi parlimen Scotland. Kota ini sangat terkenal bukan sahaja di United Kingdom, malahan di seluruh Eropah. Ia adalah bandar kedua yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong luar di United Kingdom, selepas London. Edinburgh terkenal dengan senibina bangunan-bangunannya yang penuh berunsurkan ciri-ciri gothic yang sangat menawan.

Edinburgh pernah menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1970 (Sukan Komanwel ke-9) & 1986 (Sukan Komanwel ke-13). Sewaktu Sukan Komanwel 1970, sebanyak 42 buah negara Komanwel telah menurut serta & sebanyak 10 jenis sukan telah dipertandingkan. Australia telah menduduki tempat pertama. Tempat ke-2 diduduki oleh England. Sementara tempat ke-3 pula diduduki oleh Kanada. Scotland hanya berjaya menduduki tempat ke-4 pada tahun tersebut. Sukan Komanwel pada tahun 1986 pula disertai oleh 27 buah negara Komanwel & sebanyak 10 jenis sukan telah dipertandingkan. England telah menduduki tempat pertama. Tempat ke-2 diduduki oleh Kanada. Sementara tempat ke-3 pula diduduki oleh Australia. Scotland hanya berjaya menduduki tempat ke-6 pada tahun itu.

Logo Sukan Komanwel ke-9 di Edinburgh pada tahun 1970
Logo Sukan Komanwel ke-9 di Edinburgh pada tahun 1970


Logo Sukan Komanwel ke-13 di Edinburgh pada tahun 1986
Logo Sukan Komanwel ke-13 di Edinburgh pada tahun 1986

Tempat pertama di Edinburgh yang kami kunjungi ialah pejabat pelancongan. Tujuan kami ke sini adalah untuk membeli tiket bas tour Loch Ness untuk hari esok. Selepas selesai membeli tiket tersebut, kami terus menuju ke sebuah monumen yang diberi nama Scott Monument yang terletak di sebuah taman, iaitu Princes Street Gardens. Monumen yang siap dibina pada tahun 1844 ini dibina untuk memperingati seorang penulis Scotland yang bernama Sir Walter Scott. Binaan monumen yang berwarna hitam ini dipenuhi dengan unsur-unsur gothic yang menjadikannya kelihatan sangat cantik. Arkitek monumen ini bernama George Meikle Kemp. Beliau diberi kepercayaan untuk membina monumen tersebut selepas dia berjaya memenangi pertandingan mereka monumen untuk memperingati Sir Walter Scott selepas kematiannya pada tahun 1832.

Scott Monument, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Scott Monument, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Kemudiannya, kami mendaki sebuah bukit untuk ke Edinburgh Castle yang terletak di puncak bukit tersebut. Edinburgh Castle adalah sebuah istana & kubu lama yang menjadi mercu tanda utama kota Edinburgh. Ianya merupakan pusat pertahanan utama bandar ini pada zaman dahulu. Ia diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan United Kingdom selama beberapa tahun lamanya sehingga ke tahun 1923. Untuk masuk ke dalam kawasan istana ini, kami perlu membeli tiket. Harganya tidaklah terlampau mahal. Dari atas Edinburgh Castle ini, seluruh kota Edinburgh dapat diperhatikan. Antara binaan-binaan penting yang terdapat di sekitar kawasan istana & kubu ini ialah David’s Tower, Crown Square, King’s Lodging, Great Hall, Crown Room, Scottish National War Memorial, National War Museum of Scotland, St Margaret’s Chapel & Mons Meg.

Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Di dalam kawasan Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Di dalam kawasan Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Pemandangan Edinburgh dari Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Pemandangan kota Edinburgh dari Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

David’s Tower adalah sebuah menara yang siap dibina pada tahun 1386, sewaktu pemerintahan Raja Scotland yang bernama David II. Ia pada mulanya hanyalah pintu masuk utama istana ini. Namun, lama-kelamaan, menara ini diperbesarkan dengan pembinaan bilik-bilik untuk tetamu diraja. Crown Square adalah sebuah dataran yang terletak di puncak istana ini. Dataran ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan seperti War Memorial, Royal Palace, Great Hall & Queen Anne Building.

Crown Square di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Crown Square di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

King’s Lodging pula adalah bekas apartmen diraja pada kurun ke-15. Di dalamnya terdapat sebuah bilik kecil di mana bakal Raja England yang bernama James VI telah dilahirkan oleh ibunya iaitu Mary, Ratu Scotland pada waktu tersebut. Pembinaan Great Hall pula telah diarahkan oleh James IV. Ianya adalah bekas dewan persidangan ahli-ahli parlimen Scotland. Crown Room adalah bilik penyimpanan harta-harta berharga keturunan diraja Scotland. Sementara itu, Scottish National War Memorial pula dibina selepas Perang Dunia I untuk memperingati pengorbanan tentera yang telah terkorban dalam perang tersebut. National War Museum of Scotland pula menyimpan sejarah ketenteraan Scotland sejak 400 tahun yang lalu.

St Margaret’s Chapel adalah bangunan yang tertua di kawasan Edinburgh Castle ini. Ia dibina pada kurun ke-12 sewaktu pemerintahan Raja Scotland yang bernama David I. Ianya adalah milik peribadi golongan diraja & dibina untuk memperingati ibu kepada David I iaitu Margaret yang telah meninggal dunia pada tahun 1093. Ianya kini adalah gereja yang terkecil di Edinburgh & hanya boleh memuatkan 25 orang sahaja. Mons Meg pula adalah sebuah meriam yang terletak di bahagian luar gereja ini.

St Margaret’s Chapel di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
St Margaret’s Chapel di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Mons Meg di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Mons Meg di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Bersambung...

Read more...

iT's PaDDY'S DaY!!!

>> Sunday, March 18, 2007



Hari ni (17 March) adalah St Patrick's Day atau nama manjanye Paddy's Day. Setiap thn, org2 Irish akan merayakan hari ini seolah2 hari ni adalah Hari Kebangsaan dieorg. Well, tujuan sebenar St Patrick's Day ni disambut adalah untuk memperingati hari kematian St Patrick (385–461). Menurut sejarah, St Patrick ni la yg membawa agama Kristian Roman Katholik ke Ireland 1600 tahun dulu. Dan menurut lagenda, pakcik ni jugak la yg dikatakan telah menghalau semua ular2 yg ada kat pulau Ireland ni. Padahal, menurut kajian & logik akal, ular mana boleh hidup kat tempat sejuk. Hmmm. Bongok jugak la lagenda org2 Irish ni. Hahaha. Ikon utama bg perayaan ni adalah daun shamrock. Daun ni ada 3 kelopak yg kononnye melambangkan konsep trinity dlm agama Kristian.

Dedaunan Shamrock
Dedaunan Shamrock

1600 tahun dah pun berlalu. Aku rase ade je org2 Irish yg merayakan St Patrick's Day ni taktau sbb apa sebenarnye dieorg sambut perayaan ni. Perayaan ni seolah2 dah jadi mcm perayaan sekular. Sbb tu la aku rase mcm ok je kalau kite org2 Msia ni turut merayakannye jugak. Hihihi. Actually, perayaan ni bukan diraikan oleh penduduk Ireland saje. Malah org2 UK, Amerika, Canada, Jerman, Denmark, Russia, Australia & byk lagi negara lain pun turut menyambutnye jugak.

Acara yg paling utama pd St Patrick's Day sudah tentunye 'parade'nye yg boleh dikatakan unik. Tak sama mcm parade Hari Kebangsaan kat Msia. Parade St Patrick's Day slalunye diadakan pd waktu tgh hari. Bukan mcm kat Msia, pagi2 buta dah siap berarak. Aku bangun2 tidur je tgk2 dah habis. Geram tak ingat. Hihih. So, tgh hari tadi, aku bawak la housemates aku iaitu bebudak 1st year RCSI (Mior, Shamil, Thani & Aimie) pegi tgk parade St Patrick's Day tu. Kiteorg buat pot kat depan gereja Christchurch. Kat situ kurang sikit org, so dpt tengok dgn jelas. Kalau ikut jadual, parade start dlm kul 12.00 tgh. Alih2 kul 1.00 tgh baru start. Mmg janji Irish. Janji Irish = Janji Melayu.

Parade tu memakan masa nak dekat 1 1/2 jam jugak la. Walaupun penat berdiri, tapi kiteorg tetap enjoy. Aku rase bebudak 1st year tu mesti lagi enjoy sbb ni 1st time dieorg tgk parade ni. Aku mcm dah berkali2 dah tgk (ceh. padahal ni baru kali ke-3 aku tgk live). So, lepas abis parade, kiteorg pun balik ke rumah. Ingatkan nak gi funfair ptg tadi. Tapi hujan ribut petir kilat sabung-menyabung pulak kat luar. So, tak berani nak keluar rumah. Isnin ni cuti bank holiday. So, aku cuti 3 hari. Yey!!!


Lawa gile topi yg mamat ni pakai
Lawa gile topi yg mamat ni pakai


Ramai gile org menunggu
Ramai gile org menunggu


Ramai gile org menunggu
Ramai gile org menunggu


Tgh bosan menunggu
Tgh bosan menunggu


Bersama Housemates
Bersama Housemates


Pakcik St Patrick dgn pakaian tradisionalnye
Pakcik St Patrick dgn pakaian tradisionalnye


Ni pasukan pancaragam mane ntah
Ni pasukan pancaragam mane ntah


2 ekor raksasa Gorgon
2 ekor raksasa Gorgon


Kuda kepang pun ade kat Ireland rupenye
Kuda kepang pun ade kat Ireland rupenye


Ermm. Apekah??
Ermm. Apekah??


Ni cantik
Ni cantik


Hantu-hantu jelangkung laut
Hantu-hantu jelangkung laut


Pondan Irish
Pondan Irish


Drakula. Owww. Takutnyerr!!!
Drakula. Owww. Takutnyerr!!!


Lawa gilerrr
Lawa gilerrr


Punjabs in Ireland. Sesat ke??
Punjabs in Ireland. Sesat ke??


Topeng-topeng yg menakutkan
Topeng-topeng yg menakutkan


Perarakan kereta Volkswagen
Perarakan kereta Volkswagen


Parade dah habis. Huhuhu
Parade dah habis. Huhuhu

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP