TaKTiK-TaKTiK MeMeRaNGKaP oRaNG DaLaM Hai-O MaRKeTiNG..

>> Wednesday, November 14, 2012



OK. First of all, aku nak jelaskan kat korang semua yg tujuan sebenar aku menulis entri2 tentang MLM Hai-O Marketing ni bukanlah bertujuan utk menyalahkan orang2 yg memerangkap aku dalam bisnes ni.. Aku sedar yg aku sendiri bersalah sangat2 kepada diri sendiri & kepada mak abah & keluarga aku. Mak & Abah aku dari awal2 lagi menentang aku drp join bisnes ni sbb dieorg sendiri pernah ada pengalaman yg sama dgn syarikat UpTrend yg pernah famous satu masa dulu, tapi skarang ni dah menyepi seribu bahasa. Tapi, aku tetap berdegil sbb kununnya yg ajak aku join dalam Hai-O Marketing ni adalah kawan2 rapat aku sendiri yg aku telah kenal hampir 10 tahun. Tak mungkin dieorg akan menipu aku. Tapi akhirnya, harapkan pagar, pagar makan padi. Khabar tak seindah rupa. Akhirnya, menyesal tak ke sudah. Disebabkan itulah dalam setiap perkara yg kita buat, perlulah kita mendapat restu daripada mak ayah kita agar ianya berkat di sisi Allah SWT & kita insyaAllah akan berjaya. So, tujuan sebenar aku menulis entri berkenaan dgn Hai-O Marketing ni adalah bertujuan utk menyedarkan orang ramai supaya tidak melakukan kesilapan yg sama yg telah aku lakukan. Tu je...

OK. Selalunya, orang2 yg ajak kita join bisnes Hai-O Marketing ni akan mengajak kita keluar breakfast, lunch or dinner dgn dieorg. Dan selalunya dieorg ni adalah kawan2 yg dah lama kita tak jumpa, atau kawan2 yg jarang ajak kita keluar, tapi secara tiba2 je sms/call & ajak kita keluar. Ada jugak yg memberitahu kawan2 dieorg yg dieorg akan jalan2 ke London/Paris/Beijing/Istanbul/Amsterdam, etc secara free dgn pakej 5 bintang & mengajak kawan2 dieorg join skali. Mesti la kawan2 dieorg excited & nak tahu lebih details tentang free trip tu kan?? So, dieorg ajak la kawan2 dieorg ni keluar makan. Bila dah keluar makan, mula2 dieorg akan bercerita la tentang gaji doktor yg tak cukup utk makan, minum, sewa rumah, jalan2, nak bagi duit kat mak bapak, etc.. Kemudian, mulalah dieorg akan buka cerita tentang Yellow Professional Group (group yg aku join yg majoritinya doktor2 muda). Dieorg mulalah bercerita tentang betapa bestnya group ni. Boleh jalan2 secara free, di samping tu dapat jugak side income yg banyak. Leader2 pulak orang hebat2. Leader2 mmg disanjung gile2 la. Dipuji habes2, seolah leader2 tulah penyelamat alam. Lepas tu dieorg pun mulalah tunjuk gambar2 melancong (tunjuk guna iPad, Tab Galaxy, etc). Mesti ramai yg kagum & terasa best utk join group ni kan?? Ni la taktik permulaan & yg paling penting bagi dieorg utk memerangkap orang.

Lepas kawan2 dieorg dah excited, baru la dieorg bercerita tentang cara nak join group ni. Mulalah dieorg bercerita tentang modal RM20,000 tu yg kononnya sikit sebenarnya jika nak dibandingkan dengan keuntungan yg kita bakal dapat lepas kita berjaya mencari downline2 sendiri nanti. Lepas tu, dieorg pun mula bercerita tentang pangkat2 SM, SSM, DSM, DDM & yg paling tinggi, CDM. Bila dah capai pangkat CDM, kununnya dah boleh relax goyang kaki & tunggu je duit 5 angka masuk setiap bulan. Tapi aku tgk CDM2 ni masih gigih je dok cari orang. Btul ke masuk 5 angka? Heheh. Wallahu 'alam. Dan satu lagi bende yg best, dapat tabung kereta Mercedes/BMW & dapat melancong secara free ke luar negara dgn pakej 5 bintang kononnya. Wallahu 'alam laa kan.

So, bila dah dengar cerita2 best dieorg ni, ramai la berbunga2 hati nak join. Tapi, kita still risau tentang modal RM20,000 tu & jugak 10 pasang corset tu. RM20,000 tu banyak, bukan sikit. Corset2 tu pulak mahal. Sepasang je dah RM2,000. Ada ke orang nak beli nanti? Apabila mendapat soalan2 mcm ni, maka keluarlah ayat2 bunga dieorg. Kononnya dieorg akan terus menolong kita sampai kita berjaya. Kalau jumpa mana2 kawan, boleh ajak dieorg sekali utk explain tentang bisnes ni. Dan macam2 lagilah janji2 manis dieorg. Tentang corset tu pulak, tolak ke tepi dulu. Yg penting dalam bisnes ni, kena cari downline ramai2 dulu. Corset tu kalau tak dapat jual pun tak apa. Bila dah dapat ramai downline, secara tak langsung, akan balik semula modal. Begitulah kata2 manis dieorg yg akhirnya berjaya memerangkap kawan2 sendiri utk join. Selalunya, dieorg akan mengajak kawan2 dieorg ni makan dekat restoran2 atau kedai2 yg berhampiran dgn RHB Easy supaya senang utk dieorg tarik kawan2 dieorg pergi buat loan RM20,000 dalam masa setengah jam saja. Dgn hati yg berbunga2, maka kita pun dengan senang hatinya pergi membuat loan yg akhirnya akan menjahanamkan kita jugak nanti.

Ada jugak yg mula2 berat hati nak join sbb memikirkan tentang modal yg banyak & tak yakin utk jual corset. So, leader2 yg kat atas tu akan paksa kawan2 kita ni utk follow up kita sampailah kita join the group. Waah. Ingatkan pesakit2 je ade follow up. Rupe2nye prospek2 MLM pun ada follow up jugak. Hehehe. Aku dulu mengambil masa seminggu jugaklah utk fikir sebelum aku join the group. Macam2 janji manis dieorg beri, terutama sekali sbb aku mempunyai blog travelog yg sangat berpengaruh & boleh mencari prospek yg ramai dalam masa yg singkat saje. Dgn kata2 ni lah aku akhirnya terpedaya. Tak sangka dieorg sanggup mempergunakan blog aku & tak sangka jugak waktu tu aku sanggup terfikir utk memerangkap orang dgn menggunakan blog aku sendiri. Astaghfirullahal 'azim. Mujurlah aku cepat sedar akan kesilapan aku.

Ok, so, lepas dah buat loan, kita kene la bayar RM20,000 tu kepada leader. Leader ni akan insist gile2 suruh kita bayar cepat2. Kalau kita kerja on that day, dia adakalanya sanggup suruh kita tukar shift dgn orang lain & mintak kita settlekan bayaran kat dia ASAP. Kununnya die dah dahulukan duit dia dahulu. Pelik betul. Kata income dah beratus2 ribu, tapi RM20,000 tu pun nak kecoh. Tak menyempat2. So, lepas settle bayar & join the group, maka bermulalah operasi utk mencari prospek2 utk dijadikan downline2. Di waktu permulaan, upline2 akan turun sekali utk membantu kita memberi explanation kpd prospek2 kita sbb kita masih lagi mentah & tak berapa pandai nak memberi explanation. Tapi bila dah lama berkecimpung, sedikit demi sedikit dieorg akan biarkan kita sendiri utk memberi explanation kpd prospek2 kita. Ada yg hebat memutar belit cerita & ada jugak yg lembut hati. Sapa2 yg lembut hati ni mmg akan kena dengan leader2 la. Diaorang akan paksa kita utk terus follow up prospek2 kita tu sampailah dieorg join the group. Kadang2 dieorang sanggup menyuruh kita membuat bende2 yg tak munasabah. Aku rasa tak wajar aku sebut kat sini. Huhuhu..

Lebih kurang sebulan sekali, group ini akan mengadakan workshop utk membakar semangat ahli2nya. Dalam workshop tu, para leader2 akan memberi penerangan tentang bisnes ni, mcm mana nak mencari prospek2 & macam2 lagi la. Yg aku tak tahan tu, setiap kali bermula workshop tu, mesti ada video yg mengagung2kan para pemimpin utama group tu seolah2 kalau takde dieorg, kita akan mati kebulur. Please la. Urggh. Bende2 yg diterangkan dalam setiap workshop sebenarnya adalah bende yg sama je setiap bulan. So, aku sendiri tak paham kenapa setiap bulan dieorg sanggup turun KL dari jauh, tinggalkan anak, etc semata2 utk mendengar benda yg sama. Di pengakhiran workshop tu pulak, ada sessi menyanyi lagu Hai-O & lagu Fikirkan Boleh. Lagu Fikirkan Boleh tu yg tak tahan tu. Siap dgn gaya tangan yg pelbagai. Tak kuasa aku nak ikut. Aku sekadar tepuk2 tangan je. Hahahah. Aku tak setaksub dieorg kot.

Selain daripada workshop, dieorg jugak ada kelas2 malam (setiap malam Rabu & Sabtu) yg memberi penerangan tentang produk corset Premium Beautiful dieorg, iaitu tentang bagaimana cara utk mempromosikan corset tersebut kepada pelanggan. Benda yg sama jugak diperkatakan setiap minggu. Tapi balik2 muka sama jugak yg datang. Selain tu, ada jugak la seorang dua yg akan memberi testimonial tentang kejayaan dieorg dalam bisnes ni. Dengar je laaa..

So, itulah sebahagian kecil daripada pengalaman aku dalam bisnes Hai-O Marketing ni. Banyak lagi yg nak diceritakan. Tapi takut korang penat nak membaca pulak. Apa2 pun, moga korang semua dapat tahu apa taktik2 dieorg dalam memerangkap mangsa2 dieorg & kalau boleh kita jauhi cepat2 sebelum terjerat.

Satu lagi perkara yg ingin aku sampaikan di sini adalah berkenaan dgn leader2 utama Yellow Professional Group ni. Difahamkan bahawa mereka sebenarnya tak pernah habis housemenship (latihan doktor pelatih) pun & sampai sekarang status dieorg dalam Malaysian Medical Council masih lagi "Provisional" sejak tahun 2008 & masih belum mendapat "Full Registration" sampai sekarang. Aku tak pasti apa status dieorg dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tapi dalam group tersebut, dieorg canang kat semua orang yg dieorg bekerja sebagai 'army doctor' kat Hospital Tentera Tuanku Mizan & menggelar diri dieorg dgn title "Kapten Dr". Sekiranya perkara ni sampai ke Malaysian Medical Council atau Angkatan Tentera Malaysia, wallahu 'alam laa... Korang boleh check status dieorg kat website Malaysian Medical Council (type NAME & tekan 'GO' & kemudiannya tekan 'DETAIL': http://mmc.gov.my/v1/index.php?option=com_wrapper&Itemid=50)

Read more...

TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN V)

>> Sunday, November 04, 2012



TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN I)

TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN II)

TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN III)

TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN IV)


HARI 3: 22 JULAI 2010

Hari ini adalah hari ketiga aku di kota Singa. Aku bergerak awal keluar dari rumah pada hari ini. Setelah mandi & bersarapan pagi yang dihidangkan oleh Auntie Elle, aku terus keluar. Aku menghabiskan masa hampir satu hari di Pulau Sentosa. Untuk ke sana, aku menaiki MRT menuju ke stesen MRT HarbourFront yang terletak di kompleks membeli belah VivoCity. Dengan keluasan 140,000 meter persegi, VivoCity adalah kompleks membeli-belah yang terbesar di Singapura. Senibina bangunan kompleks membeli-belah 5 tingkat (termasuk 2 tingkat bawah tanah) ini direkabentuk oleh arkitek Jepun & mula dirasmikan pembukaannya pada bulan Disember 2006. Di atas bumbungnya terdapat Play Court, iaitu tempat permainan kanak-kanak & kolam renang. Dari sini, Pulau Sentosa dapat dilihat dengan jelas.


Kedudukan Pulau Sentosa di Singapura


VivoCity, Singapura


Di atas bumbung VivoCity, Singapura


Pemandangan Pulau Sentosa atas bumbung VivoCity, Singapura

Untuk ke Pulau Sentosa, aku menaiki monorel yang bernama Sentosa Express. Terminalnya terletak di Tingkat 3 kompleks membeli-belah VivoCity. Perjalanan ke Pulau Sentosa dengan monorel tersebut memakan masa lebih kurang 8 minit sahaja. Di Pulau Sentosa terdapat 4 terminal perhentian Sentosa Express. Yang pertama “Sentosa”, yang kedua “Waterfront”, yang ketiga “Imbiah” & yang keempat “Beach”. Aku berhenti di terminal “Sentosa”. Sesampainya aku di situ, aku ke kaunter tiket untuk membeli tiket untuk masuk ke Underwater World. Aku akan ke sana waktu petang nanti. Selain Sentosa Express, para pelancong boleh ke sana dengan menaiki bas, teksi ataupun kereta kabel.


Sentosa Express

Setelah membeli tiket masuk Underwater World, aku pun berjalan-jalan mengelilingi Pusau Sentosa. Nama lama bagi pulau ini ialah Pulau Belakang Mati. Namanya ditukar ke Pulau Sentosa pada tahun 1972. Sejak dari tahun itulah pulau yang mempunyai keluasan 5 kilometer persegi ini dimajukan untuk dijadikan destinasi pelancongan. Kereta kabel dari Mount Faber di pulau Singapura ke Pulau Sentosa dibina pada tahun 1975 untuk memudahkan pengangkutan. Jambatan tambak pula dibina untuk menghubungkan kedua-dua pulau tersebut pada tahun 1992. Jaraknya hanyalah lebih kurang 500 meter sahaja. Antara daya tarikan utama yang terdapat di Pulau Sentosa ialah Tiger Sky Tower, Butterfly Park and Insect Kingdom, Underwater World, Songs of the Sea, Sentosa 4D Magix, Sentosa Cineblast, Fort Siloso, Megazip Adventure Park, Merlion Plaza, Siloso Beach & yang paling popular pada masa kini, Resorts World Sentosa di mana terletaknya Universal Studios Singapore.


Pulau Sentosa, Singapura


Pulau Sentosa, Singapura


Pulau Sentosa, Singapura


Merlion Plaza, Pulau Sentosa, Singapura


Merlion Plaza, Pulau Sentosa, Singapura


Merlion Plaza, Pulau Sentosa, Singapura


Fort Siloso, Pulau Sentosa, Singapura

Resorts World Sentosa yang seluas 15,000 meter persegi ini mulai dibuka pada bulan Januari 2010 secara berperingkat. Ia adalah milik syarikat Genting Group yang turut memiliki Resorts World Genting di Malaysia & Resorts World Manila di Filipina. Antara daya tarikan yang terdapat di dalam kawasan resort ini ialah 6 buah hotel mewah, casino, restoran-restoran, butik-butik fesyen, Equarius Water Park & yang paling besar & paling popular, sudah semestinya Universal Studios Singapore. Taman tema seluas 50 ekar ini adalah Universal Studios yang pertama dibuka di Asia Tenggara & yang kedua di benua Asia, selepas Universal Studios Japan di Jepun. Ianya dibuka & dirasmikan secara besar-besaran pada bulan Mei 2010. Kawasan di dalam Universal Studios Singapore ini dibahagikan kepada 7 buah Themed Zones, iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away & Madagascar. Terdapat sejumlah 24 tarikan yang terdapat di dalam taman tema ini. Aku tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam taman tema ini memandangkan tidak mempunyai cukup waktu & wang. Lain kali mungkin. Aku cuma bergambar di hadapan pintu masuknya sahaja. Selain itu, terdapat satu lagi daya tarikan menarik di dalam Resorts World Sentosa ini yang masih belum dibuka, iaitu Marine Life Park. Apabila ia dibuka kelak pada tahun 2012, ianya akan menjadi ocenarium yang terbesar di dunia.


Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa, Pulau Sentosa, Singapura


Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa, Pulau Sentosa, Singapura


Universal Studios Singapore, Resorts World Sentosa, Pulau Sentosa, Singapura

Setelah puas berjalan-jalan di sekitar Resort Worlds Sentosa & juga di sekeliling Pulau Sentosa, aku pun mulai masuk ke dalam Underwater World. Oceanarium yang mula dibuka pada tahun 1991 ini menyimpan sebanyak 2,500 ekor haiwan laut daripada 250 spesis dari seluruh dunia. Keluasannya mencecah 70 ekar. Terdapat juga Dolphin Lagoon di dalam kawasan Underwater World ini. Setelah puas berjalan-jalan di dalam Underwater World, aku menuju ke terminal Sentosa Express yang berdekatan, iaitu “Beach” untuk kembali semula ke terminal di VivoCity. Setibanya aku di VivoCity, aku menaiki pula MRT untuk pulang ke rumah flat Auntie Elle. Aku pulang awal hari ini kerana sudah penat. Selepas, mandi, solat & makan bersama-sama, aku pun masuk ke bilik untuk melelapkan mata.


Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura


Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura


Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura


Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura


Underwater World, Pulau Sentosa, Singapura

Read more...

NeXT aDVeNTuRe TRiPS...

>> Thursday, November 01, 2012



OK... InsyaAllah jika dipanjangkan umur, aku akan ke beberapa buah tempat lagi tahun hadapan...


Pada bulan January 2013, aku, ayah & adik aku akan ke Bali, Indonesia utk 4 hari...


Bali, Indonesia


Pada bulan June 2013, aku & 3 orang kawan akan ke Hanoi & Ho Chi Minh City, Vietnam utk 4 hari...


Hanoi & Ho Chi Minh City, Vietnam


Pada bulan July 2013, aku akan ke Banda Aceh seorang diri utk 3 hari... Nak mengembara melihat bumi Serambi Mekah di Indonesia di samping melihat kesan tsunami yg menimpa penduduk di sana..


Aceh, Indonesia


InsyaAllah aku akan ceritakan pengalaman2 aku di dalam blog ini kelak... Oh ya.. buat masa sekarang, aku tengah cuba utk siapkan travelog2 yg tertangguh sebelum ni, iaitu Travelog Singapura, Travelog Korea Selatan, Travelog Medan, Travelog Hong Kong & Macau, Travelog Brunei & Travelog Manila.. Harap bersabar ye.. :)

Read more...

KoLeKSi GaMBaR TRaVeL

>> Monday, October 22, 2012



Salam... Buat semua pembaca blog Aku Sebutir Pasir yg mengikuti kisah pengembaraan saya dari tahun 2002 hinggalah kini (2012), saya telah meng'upload' kesemua gambar travel saya di halaman Facebook "Jhaz Kitaro FC".. :)

Read more...

aKaN TeRuS MeNuLiS....

>> Friday, October 12, 2012



Assalamualaikum... Dalam entri saya sebelum ni, saya telah menyatakan hasrat saya utk berhenti menulis.. Namun hakikatnya, saya tak mampu nak menghalang keinginan saya utk terus menulis.. Penulisan blog sudah sebati dengan diri saya.. Dah hampir 8 tahun saya menulis di blog ni.. Dan setiap hari semakin ramai yg membaca blog ni.. Ramai yg suka & tertarik dgn konsep blog ni yg menceritakan pengalaman pengembaraan saya.. Namun, tak kurang juga yg mencemuh dengan alasan2 mereka yang tersendiri.. Apa2 pun, segala feedback yg positif & negatif saya cuba terima dengan baik.. Saya sedar, saya bukanlah insan yg sempurna.. Segala yg baik datang drp Allah SWT.. Segala yg buruk datang dari diri saya sendiri..

Sejurus saja selepas saya menulis entri yg menyatakan hasrat saya utk berhenti terus daripada menulis, ramai yg telah menghubungi saya, sama ada melalui email, mahupun telefon, tertanya2 kenapa saya tiba2 hendak berhenti menulis.. Ramai yg agak kecewa dgn keputusan saya, seolah2 saya menyerah kalah dgn komen2 negatif tentang blog ni & tentang diri saya.. Mereka menyarankan agar saya jangan menyerah kalah & terus menulis.. Kerana blog saya telah memberi banyak inspirasi kpd mereka utk turut mengembara melihat bumi Allah yg luas ni.. Saya betul2 terharu.. Tak sangka ramai yg sayangkan blog ni & tak ingin blog ni dikuburkan begitu sahaja..

Oleh itu, setelah berfikir panjang, saya akhirnya membuat keputusan utk batalkan hasrat saya utk berhenti menulis.. Saya akan terus & terus menulis.. Cuma saya tidak akan lagi menyentuh hal2 berkaitan politik kerana saya tahu isu itu agak sensitif.. Disebabkan isu itulah saya telah menerima pelbagai cemuhan. Namun, itu tidak bererti saya kalah dalam perjuangan saya utk menegakkan keadilan.. Lawan tetap lawan!! Makanya, selepas ini saya cuma akan menceritakan tentang pengalaman pengembaraan & pengalaman kerja saya sahaja.. Dan insyaAllah, saya akan menyambung semula travelog2 yg tertangguh sebelum ni, iaitu Travelog Singapura, Travelog Korea Selatan, Travelog Medan, Travelog Hong Kong & Macau dan Travelog Brunei..

Saya harap keputusan saya utk terus menulis ni akan menggembirakan pembaca2 blog saya yg telah memberi banyak sokongan kepada saya sebelum ni.. Terima kasih banyak2 kerana sudi bersama saya ketika saya senang mahupun susah.. Tanpa kalian semua, blog ni pasti telah lama berkubur... Kalianlah yang telah menghidupkan blog ni.. Sekali lagi jutaan terima kasih saya ucapkan...

InsyaAllah, lusa pagi (14 Okt), saya dan ayah saya akan bertolak ke Manila, Filipina. Kami akan berada di sana hingga 16 Okt.. Doa2kan kami selamat pergi, selamat di sana & selamat pulang ya.. InsyaAllah lepas travelog2 yg disebut di atas, Travelog Manila pula akan menyusul... :)

Kat bawah ni saya selitkan video petikan keyboard oleh saya.. lagu tema drama bersiri ADAM & HAWA, MUARA HATI nyanyian HAFIZ AF8 & SITI NURHALIZA.. bermain keyboard adalah antara hobi2 saya di masa lapang.. tak pandai mana pun.. main tekan2 je.. hehhe..

Read more...

SaLaM KeMaaFaN & SaLaM aKHiR...

>> Monday, August 20, 2012



Sempena Hari Raya Aidifitri 1433H ni, saya nak memohon sejuta kemaafan daripada semua pembaca blog Aku Sebutir Pasir sekiranya saya ada terkasar bahasa sejak dari hari pertama blog ini ditubuhkan, iaitu pada bulan November 2004 sehinggalah ke hari ini.

Saya rasa entri yg bertarikh 31/7/2012 yg bertajuk MENJELANG PILIHANRAYA KE-13 yg sangat berbaur politik telah sedikit sebanyak menghiris hati ramai pihak terutamanya mereka yg pro-kerajaan. Ketahuilah bahawa ianya hanyalah luahan rasa hati saya & pandangan peribadi saya sahaja. Tak ada niat utk lukakan hati mana2 pembaca. Namun, ramai yang telah memberi kritikan2 negatif bahawa saya tidak reti bersyukur & telah menghabiskan duit rakyat utk melancong. Saya terima teguran tersebut. Mungkin saya berada di pihak yang salah, atau mungkin juga saya berada di pihak yang benar. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui & biarlah Dia sahaja yang mengadili saya.

Akan tetapi, ketahuilah bahawa ianya sedikit sebanyak telah memberi kesan yang mendalam terhadap jiwa saya & telah menyebabkan saya berasa amat terkilan. Saya berasa seolah2 usaha saya sepanjang 8 tahun ini menceritakan pengalaman2 saya mengembara di dalam blog Aku Sebutir Pasir ini hanyalah sia2 belaka kerana ramai yg menganggap saya telah melakukan pembaziran duit rakyat yang sedikit sebanyak membuat saya berasa amat bersalah & berdosa. Cuma rakan2 terdekat saya sahaja yg memahami niat saya yang sebenar & mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Oleh itu, saya telah berfikir panjang. Sebelum saya menambah dosa2 saya seperti yang didakwa oleh ramai orang, biarlah saya berhenti sahaja. Maka dengan ini, saya dengan berat hati ingin mengumumkan bahawa ini besar kemungkinan adalah entri terakhir saya dalam blog Aku Sebutir Pasir ni buat selama-lamanya. Saya berterima kasih sangat2 kepada mereka yg setia membaca blog ini selama 8 tahun blog ni hidup. Saya tahu penulisan saya tidak sehebat mana, tapi kalian masih sudi untuk membaca cerita2 saya. Saya betul2 berasa terharu & amat berterima kasih.

Segala pengalaman pengembaraan saya selepas ini hanya akan saya abadikan dalam gambar2 peribadi saya & perkongsian lisan bersama rakan2 terdekat sahaja. Mungkin juga akan saya ceritakan dalam laman Facebook fan saya.

Apa2 pun, perjuangan saya menegakkan keadilan tetap akan saya perjuangkan di laman Facebook saya..

Jadi, dengan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT TINGGAL & TERIMA KASIH... :)

Read more...

HaPPY TWeNTY TeNTH BiRTHDaY To Me...

>> Monday, August 06, 2012



Tepat kul 5.05 pagi tadi (waktu tempatan Malaysia), genaplah usia aku 30 (Twenty Ten) tahun mengikut kalendar Gregory.. Cepat betul masa berlalu kan.. Sedar tak sedar dah 30 tahun dah rupenye aku hidup kat dunia ni.. Dah bermacam suka-duka aku tempuhi.. Terutamanya di alam persekolahan.. Bermula di Sekolah Kebangsaan Methodist Parit Buntar (Tahun 1 hingga Tahun 6), kemudiannya Sekolah Menengah Methodist Parit Buntar (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3).. Kemudian sambung pelajaran ke MRSM Taiping (Tingkatan 4 & Tingkatan 5).. Selepas tu membuat persediaan utk ke luar negara di Kolej MARA Banting selama 2 tahun (2000-2002) dgn mengambil diploma International Baccalaureate.. Dan akhirnya berjaya meneruskan pelajaran di University College Dublin di Dublin, Ireland (2002-2010) dalam jurusan Perubatan.. Tamat belajar pada pertengahan tahun 2010 & mula bekerja sebagai Houseman (Doktor Pelatih) di Hospital Taiping (sirih pulang ke gagang).. Heheheh...

Antara kenangan2 manis yg pernah aku tempuhi adalah mendapat keputusan2 cemerlang dalam peperiksaan2 besar.. UPSR (4A)... PMR (8A).. SPM (10A1).. Alhamdulillah.. Mendapat peluang utk belajar di luar negara juga adalah antara kenangan yg termanis.. Kenangan pahit pulak adalah apabila terpaksa di'extend' selama 2 tahun sewaktu di Final Year.. Aku rasa tu lah dugaan terhebat yg aku pernah terima sepanjang hidup aku.. Memang rasa tertekan yg teramat sangat.. Dgn kritikan2 yg diterima & dgn wang perbelanjaan yg tak mencukupi.. Allah SWT sahajalah tempat aku mengadu waktu tu..

Antara kritikan terbesar yg aku terima adalah aku di'extend' kerana terlalu taksub dgn aktiviti pengembaraan aku sehingga mengabaikan pelajaran.. Mungkin betul, mungkin tidak.. Namun, apa yg korang perlu tahu, aku melakukan aktiviti2 pengembaraan aku hanya ketika waktu cuti semester sahaja, ketika student2 lain pun turut mengambil peluang yg sama utk melancong.. Pada cuti Musim Panas & Musim Sejuk pulak, kebanyakan student2 lain tiap2 tahun balik ke Malaysia, tapi aku cuma balik ke Malaysia selang setahun sahaja.. Dan aku tak pernah langsung aku gunakan waktu2 kuliah utk ponteng & melancong ke negara lain.. Allah SWT & kawan2 aku adalah saksi aku.. Tapi walau macam mana aku cuba terangkan, aku tetap dikatakan menyalahgunakan duit rakyat utk melancong & aku dikatakan menerima balasannya dgn di'extend' selama 2 tahun.. Itulah kritikan yg paling hebat aku terima sampai ada ketikanya aku rasa mcm nak tutup terus blog ni.. Tapi, sebagai penulis blog yg professional, aku terima saja semua kritikan.. Aku hormati semua pembaca.. Mungkin ada betulnya apa yg dieorg cakap. Aku bukannya manusia sempurna pun.. Wallahu 'alam.. Tapi yg mana boleh bidas, aku cuba bidas.. Aku sebenarnya bukannya pandai sangat berdebat pun.. Yg selebihnya, biar Allah SWT sahaja yg adili.. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui & Maha Adil..

Ape2 pun, aku tetap bersyukur & bangga dengan pencapaian aku. Dalam usia 30 tahun sahaja, aku sudah menjelajah ke 49 buah negara & sudah menerbitkan sebuah buku (Travelog Turki Bumi Khalifah).. Syukur kepada Allah SWT kerana Dialah yg memungkinkan semua ini berlaku.. Orang nak kata apa, katalah.. Aku terima sahaja seadanya.. Kritikan2 tu sebenarnya penting utk mendewasakan aku & membuat aku berfikir lebih matang.. Tak semua orang suka apa yg kita buat.. So, kita tak perlu syok sendiri.. Mungkin ada kebenarannya kata2 org2 yg mengkritik tu.. Terserahlah.. Tapi walau ape pun, aku tetap berjaya memegang ijazah kedoktoran dan dalam masa yg sama aku telah berjaya menjelajah ke banyak negara & menulis sebuah buku.. Orang nak kritik, kritiklah.. Aku terima.. Yg penting, Allah SWT tahu niat aku.. Dialah yg menentukan rezeki, jodoh, ajal, syurga & neraka.. Bukannya manusia.. Andaikata aku dicampakkan ke neraka sekalipun (mintak jauh), aku rela kerana aku diadili seadil2nya oleh Allah SWT yg Maha Adil & bukannya diadili oleh manusia2 yg tak sempurna, yg sama sahaja spt aku..

Aku rasa ni mungkin kali terakhir aku nak bangkitkan tentang isu ni.. Dah penat dah.. Terpulanglah pada korang macam mana cara korang nak adili aku.. Mungkin korang betul.. Mungkin korang salah.. Kita sama2 manusia yg tak sempurna.. Aku hormati pendapat semua orang, tak kira yg memberi input positif atau negatif.. Apa yg aku harapkan, kita akan sama2 menjadi lebih matang dalam memberi pendapat, bukannya mengkritik mengikut sesuka hati.. Aku patutnya rasa gembira di Hari Lahir aku hari ni.. Tetapi disebabkan isu ni, aku rasa terkilan pulak.. Biarlah.. Yg pentingnya, kita teruskan je hidup selagi mana kita mampu.. Mana2 nasihat orang yg boleh kita ikut, kita ikut..

Aku sekarang masih lagi bekerja sebagai Houseman (Doktor Pelatih) di Hospital Taiping.. InsyaAllah dalam masa tak sampai setahun lagi, aku akan dinaikkan pangkat sebagai Medical Officer pulak.. Doa2kan ye.. InsyaAllah, aku akan cuba memilih bidang Psikiatri kerana dari dulu lagi aku memang meminati bidang tersebut. Apa2 pun, kita hanya merancang.. Allah SWT jualah yg menentukan... Usaha bersungguh2, doa & tawakal sahajalah yg perlu kita lakukan...

Last but not least, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran buat semua pembaca blog yg beragama Islam.. Terasa bangga pula aku kerana Hari Lahir aku yg ke-30 ni jatuh pada hari ulangtahun turunnya Al-Quran dalam kalendar Hijrah.. Moga kita sama2 dapat ambil iktibar & pengajaran daripada peristiwa turunnya perkataan Al-Quran yg pertama, iaitu "Bacalah..." Dengan pembacaanlah kita boleh menambahkan ilmu & pemahaman kita tentang ilmu dunia mahupun agama.. Bacalah dengan adil utk kebaikan manusia sejagat.. Jangan baca daripada bahagian satu pihak sahaja.. There are two sides to every story...

Read more...

BaNDaR SeRi BeGaWaN, BRuNei DaRuSSaLaM

>> Friday, June 22, 2012



OK. Dalam entry ni, nak cerita sikit la tentang my recent trip to Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam (17-19 Jun 2012)...

Brunei sememangnya negeri yg amat kaya. Tapi aku sendiri taktau kenapa negara ni mcm takde pembangunan. Walau apa pun, yg membanggakan aku ialah majoriti daripada rakyatnya adalah org2 Melayu yg menjalankan bisnes perniagaan. Rata2nya mmg kaya raya. Banglo2 mewah bersepah2 di sana sini. Benarlah kata Rasulullah SAW, 9/10 daripada rezeki di dunia ni berpunca daripada perniagaan. :)

Hotel yg aku tumpangi utk 2 malam kat sana amat menyakitkan hati. Aku sgt2 tersalah pilih hotel. Dah la lokasinya 20km dari pusat bandar. Kat middle of nowhere pulak tu. Mcm kat tengah2 zombie town. Orang pun takde sangat. Nak ke bandar kena naik bas mini. Last bus dari bandar is at 6.00pm!!! Huhuhu. WiFi takde. Breakfast not included. TV pulak 1 channel je (AStro). Channel yg tersiar dikawal oleh pekerja hotel yg memegang remote control kat reception. Pekerja tu dah la gila sukan. So, sepanjang hari channel sukan je yg ada. Sukan2 yg boring pulak tu (boxing, dart, swimming). Pilih la channel movie ke ape ke. Boleh la aku layan sama. Urgghh.. I feel like slapping the receptionist.

Apa yg aku suka tentang Brunei ni adalah senibina masjidnya yg sangat2 indah. Aku sempat ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin & Masjid Jamek Ast Hassanil Bolkiah. Subhanallah. Mmg sangat indah. Kubah kedua2 masjid ni disaluti oleh emas tulen!!

Aku sempat jugak bertemu dengan Fiera, pembaca blog aku yg buat attachment selama 2 bulan kat Bandar Seri Begawan. Dia ni warganegara Malaysia. Husband dia bekerja kat Kuching. Sedih, terpaksa berjauhan. Dia jgk bawa bersama rakannya, Solehah, warganegara Brunei. Sempat jugak dieorg bawak aku jalan2 sekitar Bandar Seri Begawan & belanja aku makan 'Ambuyat' yg sangat sedap.

So, basically tu je la yg nak aku ceritakan. Simple je. LAgipun tak banyak sgt yg nak diceritakan sbb aku rasa Brunei ni mcm takde ape2. Yg bestnye cuma harga rumah, tanah & kereta jauh lebih murah drp di Malaysia. Ikutkan hati, nak je aku mintak kerja kat sini. Tapi aku takut aku akan mati kebosanan pulak nanti. Heheheh. Apa2 pun, Brunei Darussalam still unik & lain daripada negara2 yg aku pernah lawati sebelum ni...


Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei



Tebing Sungai Brunei



Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin



Ruang dalam Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin



Masjid Jamek Asr Hassanil Bolkiah



Bersama Fiera & Solehah di restoran



Hidangan Ambuyat (makanan tradisional Brunei

Read more...

ViDeo oF MY TRaVeL PHoToS

>> Sunday, June 03, 2012



Saje2 takde keje, tiba2 terdetik pulak hati nak buat video ni.. My travel photos at 169 CITIES IN 47 COUNTRIES.. Selamat menonton.. :) (sila pause dulu jukebox player kat sebelah kanan anda)











SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE



Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP