aKaN TeRuS MeNuLiS....
>> Friday, October 12, 2012
Assalamualaikum... Dalam entri saya sebelum ni, saya telah menyatakan hasrat saya utk berhenti menulis.. Namun hakikatnya, saya tak mampu nak menghalang keinginan saya utk terus menulis.. Penulisan blog sudah sebati dengan diri saya.. Dah hampir 8 tahun saya menulis di blog ni.. Dan setiap hari semakin ramai yg membaca blog ni.. Ramai yg suka & tertarik dgn konsep blog ni yg menceritakan pengalaman pengembaraan saya.. Namun, tak kurang juga yg mencemuh dengan alasan2 mereka yang tersendiri.. Apa2 pun, segala feedback yg positif & negatif saya cuba terima dengan baik.. Saya sedar, saya bukanlah insan yg sempurna.. Segala yg baik datang drp Allah SWT.. Segala yg buruk datang dari diri saya sendiri..
Sejurus saja selepas saya menulis entri yg menyatakan hasrat saya utk berhenti terus daripada menulis, ramai yg telah menghubungi saya, sama ada melalui email, mahupun telefon, tertanya2 kenapa saya tiba2 hendak berhenti menulis.. Ramai yg agak kecewa dgn keputusan saya, seolah2 saya menyerah kalah dgn komen2 negatif tentang blog ni & tentang diri saya.. Mereka menyarankan agar saya jangan menyerah kalah & terus menulis.. Kerana blog saya telah memberi banyak inspirasi kpd mereka utk turut mengembara melihat bumi Allah yg luas ni.. Saya betul2 terharu.. Tak sangka ramai yg sayangkan blog ni & tak ingin blog ni dikuburkan begitu sahaja..
Oleh itu, setelah berfikir panjang, saya akhirnya membuat keputusan utk batalkan hasrat saya utk berhenti menulis.. Saya akan terus & terus menulis.. Cuma saya tidak akan lagi menyentuh hal2 berkaitan politik kerana saya tahu isu itu agak sensitif.. Disebabkan isu itulah saya telah menerima pelbagai cemuhan. Namun, itu tidak bererti saya kalah dalam perjuangan saya utk menegakkan keadilan.. Lawan tetap lawan!! Makanya, selepas ini saya cuma akan menceritakan tentang pengalaman pengembaraan & pengalaman kerja saya sahaja.. Dan insyaAllah, saya akan menyambung semula travelog2 yg tertangguh sebelum ni, iaitu Travelog Singapura, Travelog Korea Selatan, Travelog Medan, Travelog Hong Kong & Macau dan Travelog Brunei..
Saya harap keputusan saya utk terus menulis ni akan menggembirakan pembaca2 blog saya yg telah memberi banyak sokongan kepada saya sebelum ni.. Terima kasih banyak2 kerana sudi bersama saya ketika saya senang mahupun susah.. Tanpa kalian semua, blog ni pasti telah lama berkubur... Kalianlah yang telah menghidupkan blog ni.. Sekali lagi jutaan terima kasih saya ucapkan...
InsyaAllah, lusa pagi (14 Okt), saya dan ayah saya akan bertolak ke Manila, Filipina. Kami akan berada di sana hingga 16 Okt.. Doa2kan kami selamat pergi, selamat di sana & selamat pulang ya.. InsyaAllah lepas travelog2 yg disebut di atas, Travelog Manila pula akan menyusul... :)
Kat bawah ni saya selitkan video petikan keyboard oleh saya.. lagu tema drama bersiri ADAM & HAWA, MUARA HATI nyanyian HAFIZ AF8 & SITI NURHALIZA.. bermain keyboard adalah antara hobi2 saya di masa lapang.. tak pandai mana pun.. main tekan2 je.. hehhe..
19 buah komen:
keep writing..!!!
Assalamualaikum Dr
selamat kembali dlm dunia blog
moga dipermudahkan di perantauan
Assalamualaikum Dr,
Alhamdulillah. Gembira sangat saya mendapat tahu bahawa Dr ingin kembali menulis!YES!!! YES!!
Tidak sia-sia saya menulis panjang lebar hari itu he he he...Terima kasih Dr. Semoga Dr terus berjaya dalam karier, berbahagia di dunia dan di akhirat.
Wah pandai main keyboard rupanya.
Semoga perjalanan ke Manila selamat.
Nanti singgahlah ke blog saya ya: www.nota-kembara.blogspot.com
Ingt yg baik-baik sahaja..insya allah niat yg baik akan dibalas baik..
Alhamdulillah...Selamat kembali ke dunia blog semoga segalanya dipermudahkan.
Selamat pergi dan kembali...
Alhamdulillah ...saya memang berharap AKU SEBUTIR PASIR tidak terdampar sepi di pinggiran pantai
steady....teruskan menulis...best baca blog bro...
Alhamdulillah, happy to have u back doc! Saya tahu doc akan kembali menulis, sbb tu saya biarkan saja link ke blog doc di FRAN kekal. Saya perlu travelog doc untuk trigger inspirasi penulisan saya! Terima kasih for this wonderful come back!
Tahniah ! Teruskan mengembara dan menulis.Tulislah mengenai pengembaraan,politik atau apa2 yang memberi manfaat sambil berpesan-pesan dengan kebenaran.InsyAllah ada balasan baik untuknya ,jangan Dr takut atau menyerah pada suara-suara negatif yang tak berasas itu.Tq
alhamdulillah..
Tuan Doctor..berkata benarlah walaupun ia pahit untuk ditelan oleh sesetengah orang.
yeeee.....saya sangat suka!! teruskan kembali menulis. ramai yang menanti.
welcome back doktor..keep on writing!!! keep on travelling till the end of the world!!! ha..ha..
X sabar nk baca travelogue korea tu..hehe
yey! doktor dh kembali brsemangat utk menulis.seronoknya~! dptlh baca byk lg.inilh yg saya nk. yeye...
\(^_^)/
yeahhh... sy suka baca travelog saudara. teruskan menulis..
As salam. Teruskan menulis, kerana menulis adalah bakat yang tidak dimiliki oleh semua orang. Apa pun, catatan anda di Krakow, Poland sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan. Terima kasih ;D
Selamat kembali menulis..wah rajin main keyboard leh share key utk lagu ni hihi
valium without prescription cheap valium china - valium venta online
Post a Comment