HaPPY TWeNTY TeNTH BiRTHDaY To Me...

>> Monday, August 06, 2012



Tepat kul 5.05 pagi tadi (waktu tempatan Malaysia), genaplah usia aku 30 (Twenty Ten) tahun mengikut kalendar Gregory.. Cepat betul masa berlalu kan.. Sedar tak sedar dah 30 tahun dah rupenye aku hidup kat dunia ni.. Dah bermacam suka-duka aku tempuhi.. Terutamanya di alam persekolahan.. Bermula di Sekolah Kebangsaan Methodist Parit Buntar (Tahun 1 hingga Tahun 6), kemudiannya Sekolah Menengah Methodist Parit Buntar (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3).. Kemudian sambung pelajaran ke MRSM Taiping (Tingkatan 4 & Tingkatan 5).. Selepas tu membuat persediaan utk ke luar negara di Kolej MARA Banting selama 2 tahun (2000-2002) dgn mengambil diploma International Baccalaureate.. Dan akhirnya berjaya meneruskan pelajaran di University College Dublin di Dublin, Ireland (2002-2010) dalam jurusan Perubatan.. Tamat belajar pada pertengahan tahun 2010 & mula bekerja sebagai Houseman (Doktor Pelatih) di Hospital Taiping (sirih pulang ke gagang).. Heheheh...

Antara kenangan2 manis yg pernah aku tempuhi adalah mendapat keputusan2 cemerlang dalam peperiksaan2 besar.. UPSR (4A)... PMR (8A).. SPM (10A1).. Alhamdulillah.. Mendapat peluang utk belajar di luar negara juga adalah antara kenangan yg termanis.. Kenangan pahit pulak adalah apabila terpaksa di'extend' selama 2 tahun sewaktu di Final Year.. Aku rasa tu lah dugaan terhebat yg aku pernah terima sepanjang hidup aku.. Memang rasa tertekan yg teramat sangat.. Dgn kritikan2 yg diterima & dgn wang perbelanjaan yg tak mencukupi.. Allah SWT sahajalah tempat aku mengadu waktu tu..

Antara kritikan terbesar yg aku terima adalah aku di'extend' kerana terlalu taksub dgn aktiviti pengembaraan aku sehingga mengabaikan pelajaran.. Mungkin betul, mungkin tidak.. Namun, apa yg korang perlu tahu, aku melakukan aktiviti2 pengembaraan aku hanya ketika waktu cuti semester sahaja, ketika student2 lain pun turut mengambil peluang yg sama utk melancong.. Pada cuti Musim Panas & Musim Sejuk pulak, kebanyakan student2 lain tiap2 tahun balik ke Malaysia, tapi aku cuma balik ke Malaysia selang setahun sahaja.. Dan aku tak pernah langsung aku gunakan waktu2 kuliah utk ponteng & melancong ke negara lain.. Allah SWT & kawan2 aku adalah saksi aku.. Tapi walau macam mana aku cuba terangkan, aku tetap dikatakan menyalahgunakan duit rakyat utk melancong & aku dikatakan menerima balasannya dgn di'extend' selama 2 tahun.. Itulah kritikan yg paling hebat aku terima sampai ada ketikanya aku rasa mcm nak tutup terus blog ni.. Tapi, sebagai penulis blog yg professional, aku terima saja semua kritikan.. Aku hormati semua pembaca.. Mungkin ada betulnya apa yg dieorg cakap. Aku bukannya manusia sempurna pun.. Wallahu 'alam.. Tapi yg mana boleh bidas, aku cuba bidas.. Aku sebenarnya bukannya pandai sangat berdebat pun.. Yg selebihnya, biar Allah SWT sahaja yg adili.. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui & Maha Adil..

Ape2 pun, aku tetap bersyukur & bangga dengan pencapaian aku. Dalam usia 30 tahun sahaja, aku sudah menjelajah ke 49 buah negara & sudah menerbitkan sebuah buku (Travelog Turki Bumi Khalifah).. Syukur kepada Allah SWT kerana Dialah yg memungkinkan semua ini berlaku.. Orang nak kata apa, katalah.. Aku terima sahaja seadanya.. Kritikan2 tu sebenarnya penting utk mendewasakan aku & membuat aku berfikir lebih matang.. Tak semua orang suka apa yg kita buat.. So, kita tak perlu syok sendiri.. Mungkin ada kebenarannya kata2 org2 yg mengkritik tu.. Terserahlah.. Tapi walau ape pun, aku tetap berjaya memegang ijazah kedoktoran dan dalam masa yg sama aku telah berjaya menjelajah ke banyak negara & menulis sebuah buku.. Orang nak kritik, kritiklah.. Aku terima.. Yg penting, Allah SWT tahu niat aku.. Dialah yg menentukan rezeki, jodoh, ajal, syurga & neraka.. Bukannya manusia.. Andaikata aku dicampakkan ke neraka sekalipun (mintak jauh), aku rela kerana aku diadili seadil2nya oleh Allah SWT yg Maha Adil & bukannya diadili oleh manusia2 yg tak sempurna, yg sama sahaja spt aku..

Aku rasa ni mungkin kali terakhir aku nak bangkitkan tentang isu ni.. Dah penat dah.. Terpulanglah pada korang macam mana cara korang nak adili aku.. Mungkin korang betul.. Mungkin korang salah.. Kita sama2 manusia yg tak sempurna.. Aku hormati pendapat semua orang, tak kira yg memberi input positif atau negatif.. Apa yg aku harapkan, kita akan sama2 menjadi lebih matang dalam memberi pendapat, bukannya mengkritik mengikut sesuka hati.. Aku patutnya rasa gembira di Hari Lahir aku hari ni.. Tetapi disebabkan isu ni, aku rasa terkilan pulak.. Biarlah.. Yg pentingnya, kita teruskan je hidup selagi mana kita mampu.. Mana2 nasihat orang yg boleh kita ikut, kita ikut..

Aku sekarang masih lagi bekerja sebagai Houseman (Doktor Pelatih) di Hospital Taiping.. InsyaAllah dalam masa tak sampai setahun lagi, aku akan dinaikkan pangkat sebagai Medical Officer pulak.. Doa2kan ye.. InsyaAllah, aku akan cuba memilih bidang Psikiatri kerana dari dulu lagi aku memang meminati bidang tersebut. Apa2 pun, kita hanya merancang.. Allah SWT jualah yg menentukan... Usaha bersungguh2, doa & tawakal sahajalah yg perlu kita lakukan...

Last but not least, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran buat semua pembaca blog yg beragama Islam.. Terasa bangga pula aku kerana Hari Lahir aku yg ke-30 ni jatuh pada hari ulangtahun turunnya Al-Quran dalam kalendar Hijrah.. Moga kita sama2 dapat ambil iktibar & pengajaran daripada peristiwa turunnya perkataan Al-Quran yg pertama, iaitu "Bacalah..." Dengan pembacaanlah kita boleh menambahkan ilmu & pemahaman kita tentang ilmu dunia mahupun agama.. Bacalah dengan adil utk kebaikan manusia sejagat.. Jangan baca daripada bahagian satu pihak sahaja.. There are two sides to every story...

29 buah komen:

Anonymous Monday, August 6, 2012 at 5:35:00 PM GMT+8  

HBD DOC,

Bersabarlah .............jangan ikut perasaan.

roseli,saudi arabia.

Anonymous Monday, August 6, 2012 at 5:35:00 PM GMT+8  

HBD DOC,

Bersabarlah .............jangan ikut perasaan.

roseli,saudi arabia.

mama ju Monday, August 6, 2012 at 6:39:00 PM GMT+8  

Salam sejahtera,
Selamat hari lahir anakanda.
Moga bahagia hingga hujung nyawa.
Sedih pulak baca tulisan ni. Mcmana dgn buku ke 2 tu?

Nadhirah Ahmad Monday, August 6, 2012 at 9:34:00 PM GMT+8  

Slmt hri lhir.

Orang luarbiasa ialah orang biasa yang buat tindakan luar biasa.

NEKCIK Monday, August 6, 2012 at 10:14:00 PM GMT+8  

selamat hari lahir ke 30 dr.jhaz..semuga Allah berikan yang terbaik di dunia dan akhirat..permulaan ynag baik di usia 30..sempena Nuzul kalam Allah!!

Unknown Monday, August 6, 2012 at 10:58:00 PM GMT+8  

Tahniah... Live life according to your will and guided by Allah.

Unknown Monday, August 6, 2012 at 10:58:00 PM GMT+8  

Tahniah... Live life according to your will and guided by Allah.

Unknown Monday, August 6, 2012 at 10:58:00 PM GMT+8  

Tahniah... Live life according to your will and guided by Allah.

Unknown Monday, August 6, 2012 at 10:58:00 PM GMT+8  

Tahniah... Live life according to your will and guided by Allah.

Telor Power Monday, August 6, 2012 at 11:32:00 PM GMT+8  

happy besday bro

semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dijauhkan dari tipu daya dan muslihat syaitan laknatullah, semoga diberi kesihatan yg baik2, dipermudahkan segala urusan harian dan senantiasa di bawah lindungan Rahmat Allah SWT.


Amin!

SoFie NuR Tuesday, August 7, 2012 at 6:10:00 AM GMT+8  
This comment has been removed by the author.
silversarina Tuesday, August 7, 2012 at 6:14:00 AM GMT+8  

Happy Birthday !!!

Anggap saja segala kritikan sebagai peransang untuk lebih berjaya di hari muka InsyaAllah . Kita ni macam kata you adalah manusia yang lemah dan tak pernah sempurna tapi tak bermakna kita sentiasa kena mengalah , agi idup agi ngelaban ,bak kata orang Iban ......... way to go, doc !!

Anonymous Tuesday, August 7, 2012 at 10:08:00 AM GMT+8  

Fail kat oversea 2x? Sapa suruh malas blaja? HAHAHA - HAMBEK KO!!!

Unknown Tuesday, August 7, 2012 at 11:20:00 AM GMT+8  

happy birthday...
sanah helwa...
takpe....kehidupan manusia mmg spt roda kan...
ade mase up and down
tapi pengalaman itulah yang mendewasakan kita....
yang penting bersyukurlah dgn nikmat iman dan Islam yang masih lagi kita miliki....

good luck utk ambil psikitiary...

penah nampak buku tu....tetibe rase nak beli lah pulak :)

Zaitun Tuesday, August 7, 2012 at 1:00:00 PM GMT+8  

Happy belated birthday buat Jazz.

Banyakkan bersabar...Allah tempat kita mengadu.

Mariam Tuesday, August 7, 2012 at 2:47:00 PM GMT+8  

Happy birthday jhaz! yg anonymous tu x tak yah la troll lelebih. Jhaz, org cam tu ko.x.yah redha perbuatan die. Biar tuhan yang balas! Kot die Mati petang kang sebelum sempat.mintak maaf, terima je la balasan dr tuhan ye :)

UstazahMadrasah Tuesday, August 7, 2012 at 6:53:00 PM GMT+8  

Sila nyonyot biji kelentit ustazah skarang jugak! Fefets ustazah meleleh kebasahan ni hah!!

Linda Musa Tuesday, August 7, 2012 at 9:08:00 PM GMT+8  

chill~

Peduli je apa org kata yang penting kita tahu ape kita buat. Kalau dah itu yg tertulis dalam qadak dan qadar Dia maka itu lah jadi nye. Sekali pun kita dah letak usaha sampai 200% kan...Apa pun be optimist and enjoy with the life...Redha dan Istiqomah sentiasa!

Happy Birthday Doc...Wish u miles of smiles to go through !!!

Anonymous Wednesday, August 8, 2012 at 2:06:00 AM GMT+8  

Ustazah madrasah komen x igt amboi kelentit fefets suma naik kus semangat jd I nak kasi u anugerah ustazah lelucah

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, Wednesday, August 8, 2012 at 12:22:00 PM GMT+8  

Selamat hari lahir Jaz walau agak terlambat. Berbanggalah dengan diri sendiri. Berbangga dengan pencapaian kau dan berbanggalah kerana telah melepasi beberapa rintangan hebat.

Naramas Aman Wednesday, August 8, 2012 at 10:29:00 PM GMT+8  

Dah cukup matang tu...30

Wah terrornya 10A1..patutlah jadi doctor.

Allah sentiasa menguji hambaNya.

Anonymous Saturday, August 11, 2012 at 3:25:00 AM GMT+8  

Kagum, masyaAllah. Medicine is not an easy course, lagi2 sambung luar Malaysia. I got a friend who took the same course at the same place as you. She had her tough time too.Anyhow, Alhamdulillah you people managed to pull it through without any major physical damage. :P. Travel bila cuti should not be a problem. Bak kata orang, jauh perjalanan, luas pengalaman, kaya pengetahuan. bila travel, mind kita secara automatic akan terasa lebih segar dan lebih active dan level of self-esteem+confidence akan meningkat secara linear :P. Malah, mulut pun tak akan berhenti2 memuji Tuhan. Kan? 46 countries eh? MasyaAllah awesome. Tak lepas 20 lagi ni, baru plan nak jejak iceland untuk northern light dan mungkin taiwan dalam masa yang terdekat, alone. target nak break the 20 countries record by 30yo. InsyaAllah. tahun depan dah 30 T_T.46 countries ni slalu travel alone ke?

Btw, happy belated birthday!


-Miss D

Tips Peperiksaan Saturday, August 11, 2012 at 12:31:00 PM GMT+8  

teruskan usaha...semoga terus berjaya

jemput singgah ke blog kami

nazzaman Friday, August 17, 2012 at 1:38:00 AM GMT+8  

49 countries???? wah!!! bnyk... bnyk...bape tahun habis ni??

armiza wan Friday, August 17, 2012 at 12:33:00 PM GMT+8  

Hepi bday... Pergi Japan.. sure u akan suke :)Cukup kan 50 countries.. Me & friends plan trip ke Turki. So, looking fwd nak baca buku u. Or any extra tips?

Diya Nordin Sunday, August 19, 2012 at 12:11:00 AM GMT+8  

Sannah Helwa..

Semoga beroleh barakah Allah sentiasa. Insha-Allah.

Anonymous Saturday, August 25, 2012 at 1:50:00 AM GMT+8  

Moga Allah redha :)

btw , psy memang best .



-mulan.elf-

nurdhuha Tuesday, September 11, 2012 at 11:23:00 AM GMT+8  

hapy belated bday bt penulis....walaupom pertama kali membaca tulisan dlm blog ni..hati dah tertawan..sb saya pom agak suka mengembara..Berdasarkan beberapa hadis-hadis Nabi SAW terdapat tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT.salah satu Golongan tersebut adalah seorang musafir....
Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.
Seorang yang bermusafir dengan tujuan baik kerana Allah SWT samaada untuk menuntut ilmu, menziarahi saudara mara atau keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal adalah perbuatan yang dikasihi oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala dan doanya makbul disisi Allah SWT. Kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada seorang yang bermusafir sekiranya dia keputusan belanja maka wang zakat boleh diberikan kepadanya.

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP