aRiFF aLFiaN'S BiG FaT GaY WeDDiNG - from my point of view as his ex-classmate in UCD

>> Tuesday, December 20, 2011



OK. Aku tau skarang ni mmg kecoh sangat isu tentang gay marriage antara si Ariff Alfian dengan boyfren dia, Jonathan. Gambar si Ariff ni lengkap berbaju Melayu sambil bercomolot dengan boyfren Irish dia mmg dah jadi isu paling hangat kat Malaysia sekarang ni. Kalau kita google nama si Ariff Alfian ni, teramatlah banyak blog2 yg menulis entry tentang kehangatan isu ni. Ada yang kata dia ni memalukan bangsa Melayu & agama Islam. Ada yg mengatakan dia ni anak derhaka yg tak kenang jasa mak bapak. Ada pulak yg tak kisah dengan apa yg dia buat. Dan yg peliknya, ada jugak yg menyokong apa yg dia buat. Astaghfirullah hal 'Azim. Tapi kebanyakan mereka yg menulis entry2 tu tak kenal siapa si Ariff Alfian ni secara dekat. Kebanyakan drp mereka hanya mengadili si Arif ni daripada gambar2 & artikel2 yg dieorg baca di internet sahaja. Oleh itu, sekarang ni aku tergerak hati nak menulis tentang isu ni memandangkan aku satu batch dengan dia sewaktu belajar perubatan di University College Dublin (UCD), Ireland dulu.

Aku kenal si Ariff ni sejak tahun pertama kami sama2 belajar di UCD. Waktu tu aku & bebudak Malaysia yg lain agak kagum dengan si Ariff ni kerana slang Bahasa Inggerisnya yg amat pekat seolah2 dia berasal dari England. Rasa menyampah tu ada jugaklah. Heheheh. Well, dia mmg dah lama duduk kat England, belajar A Level. Tapi sayangnya, si Ariff ni tak rapat dengan budak2 Melayu. Dia punye circle of friends kebanyakannya Malaysian Chinese & Indians yg speaking English among them. Dan dia jugak agak rapat dgn Irish2 & Northern Americans yg satu batch dengan kami. Kalau ada aktiviti2 sesama pelajar2 Melayu, amat jarang mukanya kelihatan, begitu juga dalam aktiviti2 keagamaan. So, akibatnya, kami tak berapa rapat & kenal si Ariff ni secara mendalam. Mungkin salah kami jugaklah sbb tak cuba utk merapatkan diri kami dgn dia & ajak dia sama2 ke majlis2 yg melibatkan pelajar2 Melayu & Islam. Apa2 pun, Ariff ni mmg budak yg baik. Kalau bersua muka dgn kiteorg, dia pasti senyum & say hi walaupun tak rapat dengan kiteorg.

Aku & semua budak batch aku patutnya tamat belajar pada pertengahan tahun 2008. Namun, disebabkan gagal dalam beberapa subjek, aku & beberapa org pelajar Malaysia lain termasuklah si Ariff ni terpaksa mengulang tahun sewaktu kami di Final Year. Pada waktu itu, iaitu pada akhir tahun 2009, ibu bapanya ada datang ke Dublin & menyewa sebuah apartmen utk 2 minggu, semata2 nak memberi support kpd Ariff. Aku & seorang lagi rakan aku dijemput oleh ibu bapa dia utk berbual2 di apartmen sewa tu. Ibu bapa Ariff mmg risau sgt2 tentang Ariff waktu tu. Dieorg banyak bertanyakan tentang bagaimana keadaan Ariff di Dublin. Memandangkan kami berdua tidaklah begitu rapat dengannya, kami hanya menyatakan yang baik2 sahaja. Walau bagaimanapun, mereka tetap risau & meminta kami berdua utk melihat2 si Ariff di Dublin. Sebenarnya itulah kali terakhir kami melihat si Ariff ni. Lepas tu, kami langsung tak pernah melihat batang hidungnya. Waktu peperiksaan ulangan pun dia tak hadirkan diri. Mungkin itu jugalah kali terakhir Ariff berhubung dengan ibu bapanya. Rasa bersalah pulak kami kerana mengabaikan si Ariff ni. Huhuhuh.

To Ariff, if u read this, I hope u know that u've done a very10x big mistake. Kiteorg semua as your batch really hope that u fikir masak2 tentang apa yg u dah buat. We all love u as our classmate & also as fellow Malaysian & saudara seagama. Kiteorg taknak tgk u tersimpang jauh drp agama & masyarakat Malaysia. Gay marriage or civil partnership homosexuals, or whatever they're called will never be accepted in Malaysia selagi agama Islam tegak di bumi ni. Apabila Allah SWT sudah mengatakan sesuatu itu haram, ianya tetap haram sampai ke Hari Kiamat & kita sebagai hamba-hambaNya mmg takde hak langsung utk menghalalkan apa yg sudah diharamkanNya. Hence, please rethink what u've done & come back to your parents. I know they will always love u & will always be waiting for u. Ibu bapak mana yg tak sayangkan anak. Dan ingatlah, anak2 yg menyakiti & menderhaka kpd ibu bapa akan mendapat azab bukan sahaja di akhirat kelak, malah di dunia juga Allah SWT akan menunjukkan azabNya. Takkan dapat bau cium syurga anak2 yg menderhaka.

Ingatlah ketika Nabi Lut berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas." (Surah Al-A'raf: ayat 80-81)

So, itu sahajalah yg aku ingin menulis tentang isu hangat ni. Buat mereka yg mengutuk2 & menghina2 si Ariff ni dgn kata2 kesat & caci-cela, lebih baik kalau korang doakan moga dia sedar akan kesilapan dia & moga dia kembali kepada ibu bapa dia. Semakin korang mencaci hina dia, semakin hancur hati ibu bapa si Ariff ni. Oleh itu, fikir2kanlah ye. :) Wassalam...


SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


Read more...

TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN IV)

>> Monday, December 12, 2011



HARI 2: 21 JULAI 2010

Hari ini adalah hari kedua aku di kota Singapura. Awal-awal pagi lagi, Auntie Elle sudah keluar ke tempat kerjanya. Begitu juga dengan anak saudaranya, Hadi. Maka tinggallah aku seorang sahaja di rumah. Selepas mandi & bersarapan pagi dengan santapan yang disediakannya di atas meja makan, aku pun memulakan ekspedisi hari kedua aku. Hari ini, aku telah berjanji dengan seorang kenalan aku yang telah aku kenali sejak di Ireland dahulu, iaitu Aiesya untuk bertemu dengannya. Dia dahulu menuntut di Dublin Business School & kini sedang bekerja di salah sebuah syarikat di Singapura.

Kami berdua berjumpa di stesen MRT yang berdekatan dengan syarikat tempat dia bekerja. Setelah itu, dia membawa aku ke sebuah restoran Melayu berdekatan untuk makan tengah hari. Makanan-makanan di situ boleh dikatakan sedap & harganya pun amat berpatutan. Kami berbual-bual panjang sambil makan. Kemudian, kami ke masjid berdekatan pula untuk menunaikan solat. Setelah itu, kami masing-masing mengucapkan selamat tinggal kerana Aiesya perlu kembali semula ke pejabatnya. Gembira dapat bertemu dengannya.

Aku kemudian meneruskan perjalanan ke Masjid Sultan yang terletak di Kampong Glam. Dalam perjalanan ke sana, aku melalui Bugis Street, salah sebuah daya tarikan pelancong di Singapura. Ketika era 1950-an ke 1980-an, Bugis Street ini merupakan tempat untuk melanggani pelacur-pelacur transseksual. Ia kemudiannya mula dibangunkan ketika dekad 1980-an untuk dijadikan jalan membeli-belah dengan terbinanya kompleks-kompleks membeli-belah, restoran-restoran & pusat-pusat hiburan. Sejak itu, kegiatan pelacuran transseksual di sini mulai lenyap. Antara kompleks membeli-belah yang terletak di kawasan Bugis Street ialah Bugis Junction.


Bugis Street, Singapura


Bugis Street, Singapura

Setelah melalui Bugis Street, aku berjalan melalui Arab Street pula yang terletak di dalam kawasan Kampong Glam, di mana terletaknya Masjid Sultan, yang merupakan destinasi aku seterusnya. Arab Street ini sewaktu era pemerintahan British merupakan tempat tinggal & tempat berdagang para penduduk berbangsa Arab & yang beragama Islam yang lain. Kampong Glam pula sebelum kedatangan British merupakan kawasan tempat tinggal para bangsawan Melayu. Setelah British tiba di Singapura pada tahun 1819, kawasan ini dijadikan tempat tinggal komuniti Melayu & Arab. Kebanyakan daripada mereka adalah pedagang. Sultan & pembesar-pembesar kerajaan Johor juga diberi keistimewaan untuk membina kediaman di sini. Kawasan ini semakin lama semakin membangun dengan terbinanya banyak kedai-kedai tempat berniaga. Sehingga kini, kawasan Kampong Glam ini masih lagi mempunyai ikatan yang sangat rapat dengan kelompok bangsa Melayu di Singapura.


Arab Street di Kampong Glam, Singapura

Masjid Sultan yang terletak di dalam kawasan Kampong Glam ini adalah antara masjid-masjid yang terpenting di negara Singapura. Masjid Sultan yang berdiri megah ini siap dibina pada tahun 1928, menggantikan masjid lama yang dibina ketika era pemerintahan Sultan Hussain yang dibina pada tahun 1826 dahulu. Senibinanya amat unik & mengagumkan.


Masjid Sultan, Singapura


Masjid Sultan, Singapura


Masjid Sultan, Singapura


Masjid Sultan, Singapura


Masjid Sultan, Singapura

Berdekatan dengan Masjid Sultan, terletak Istana Kampong Glam yang pada zaman dahulunya merupakan kediaman Sultan Johor di Singapura. Ia dibina pada tahun 1819, tahun pertama Singapura diserahkan kepada Kompeni Hindia Timur British. Tanah tapak istana yang seluas 57 ekar itu dihadiahkan oleh British kepada Sultan Hussain, Sultan Johor yang memerintah ketika itu sebagai tanda penghargaan. Bangunan konkrit yang wujud pada masa kini dibina antara tahun 1836 hingga 1843 bagi menggantikan istana lama yang diperbuat daripada kayu. Istana tersebut kekal menjadi milik kaum kerabat diraja Johor sehiggalah ia jatuh ke tangan British pada tahun 1897 kerana tiada sesiapa yang mahu menuntut. Istana Kampong Glam ini kemudiannya diperbaikpulih & dijadikan Malay Heritage Centre pada tahun 2004 yang mempamerkan warisan, kebudayaan & sejarah kaum Melayu di Singapura.


Istana Kampong Glam, Singapura

Setelah itu, aku menaiki MRT untuk ke destinasi yang seterusnya, iaitu Singapore Flyer. Ferris wheel gergasi yang terbesar & tertinggi di dunia ini mulai dibina pada tahun 2005 & siap sepenuhnya pada tahun 2008. Ketinggiannya mencecah 165 meter, lebih tinggi daripada London Eye di London, UK & Star of Nanchang di Nanchang, China. Diameternya pula adalah 150 meter. Ferris wheel yang mempunyai 28 kapsul berhawa dingin ini terletak di bahagian tenggara tanah tambak Marina Centre. Setiap kapsul boleh memuatkan seramai 28 orang penumpang. Dari atasnya, kita dapat menikmati pemandangan sejauh 45 kilometer. Pulau Bintan & Pulau Batam di Indonesia & Johor Bahru, Malaysia dikatakan dapat dilihat dari atasnya. Putaran penuh ferris wheel ini memakan masa selama 37 minit. Aku tidak berkeinginan untuk menaiki ferris wheel ini kerana harga tiketnya agak mahal. Lagipun, aku sememangnya tidak gemar menaiki ferris wheel. Gayat. Heheh.


Singapore Flyer, Singapura


Singapore Flyer, Singapura


Singapore Flyer, Singapura


Panorama dari kawasan sekitar Singapore Flyer, Singapura

Selepas bergambar dengan Singapore Flyer & kawasan sekitarnya, aku berjalan menuju ke Marina Bay untuk melihat kompleks bangunan Marina Bay Sands dengan lebih dekat lagi. Berhampiran dengannya terdapat sebuah jambatan pejalan kaki yang amat unik bentuknya, iaitu Helix Bridge yang menghubungkan Marina Centre dengan Marina South. Jambatan sepanjang 280 meter ini siap dibina & mula dibuka kepada orang awam pada bulan April 2010, 3 bulan sebelum ketibaan aku di sini. Dari atasnya, aku dapat melihat bangunan-bangunan pencakar langit kota metropolitan Singapura dengan jelas. Indah sungguh panorama. Singapore Flyer juga jelas kelihatan dari sini.


Helix Bridge & kompleks Marina Bay Sands, Singapura


Helix Bridge & kompleks Marina Bay Sands, Singapura


Helix Bridge & kompleks Marina Bay Sands, Singapura


Panorama dari atas Helix Bridge, Singapura


Helix Bridge, Singapura


Panorama Singapore Flyer dari Helix Bridge, Singapura

Setelah puas bergambar di Helix Bridge, aku berjalan menuju ke Queen Elizabeth Walk di Esplanade, kawasan rekreasi yang terletak di pinggiran muara Sungai Singapura, masih lagi di dalam kawasan Marina Bay. Panorama kota Singapura yang dilihat dari sini juga tidak kurang hebatnya. Di lokasi ini juga terletak sebuah bangunan teater yang dikenali dengan nama Esplanade - Theatres on the Bay yang mula dirasmikan pembukaannya pada tahun 2002. Dewan konsert di dalamnya terdapat 1,600 buah kerusi & teater di dalamnya pula boleh memuatkan seramai 2,000 orang penonton. Restoran-restoran & pusat membeli-belah juga terdapat di dalamnya. Bangunan empat tingkat ini turut digelar ‘The Durian’ oleh penduduk tempatan Singapura kerana bentuk bangunannya yang seolah-olah seperti sebelah buah durian. Tingkat empat bangunan ini terdapat ruang terbuka yang dibuka kepada orang-orang awam. Dari atasnya, panorama kota Singapura dapat dilihat. Indah yang teramat.


Queen Elizabeth Walk & Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Panorama dari kawasan Esplanade, Singapura


Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Di tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Di tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Di tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Panorama dari tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura


Panorama dari tingkat atas Esplanade - Theatres on the Bay di Esplanade, Singapura

Aku menghabiskan masa yang agak lama di kawasan Esplanade ini untuk menunggu matahari terbenam untuk bergambar. Suasana malam di sini memang indah sekali. Selepas puas bergambar di sini, aku kembali semula ke rumah flat Auntie Elle dengan menaiki MRT. Selepas mandi, solat & makan malam bersama, aku pun terus melelapkan mata kepenatan sementara menunggu ketibaan hari ketiga aku di Singapura keesokan paginya.


Panorama dari kawasan Esplanade, Singapura, Singapura

Bersambung...


SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


Read more...

TRaVeLoG SiNGaPuRa (BaHaGiaN III)

>> Saturday, December 10, 2011



Aku seterusnya berjalan menyeberangi sebuah jambatan yang terletak tidak jauh dari kompleks bangunan parlimen tersebut untuk kembali ke Commercial District. Aku berjalan kaki menyusuri Sungai Singapura untuk menikmati pemandangan Cultural District dari Commercial District. Pemandangan yang memukau mata. Aku akhirnya tiba di Raffles Place yang merupakan jantung kepada kewangan negara Singapura. Di sekeliling dataran ini terpacak bangunan-bangunan pencakar langit. 3 bangunan yang tertinggi di Singapura juga terletak di sini, iaitu Republic Plaza, UOB Plaza One & OUB Centre yang masing-masing mempunyai ketinggian yang sama, iaitu 280 meter. Bangunan Maybank, iaitu bank kepunyaan negara kita, Malaysia juga terletak di dataran ini. Terdapat juga sebuah kompleks membeli-belah di sini yang dinamakan One Raffles Place. Kawasan Raffles Place ini mula dibangunkan oleh Sir Stamford Raffles mulai tahun 1824, dengan cita-citanya untuk menjadikan Singapura sebagai pusat ekonomi & kewangan yang pesat.


Pemandangan Cultural District dari Commercial District, Singapura


Pemandangan Cultural District dari Commercial District, Singapura


Sungai Singapura, Singapura


Raffles Place, Singapura


Raffles Place, Singapura


Raffles Place, Singapura

Setelah bergambar & makan tengah hari di salah sebuah restoran yang terdapat di dalam kompleks membeli belah One Raffles Place, aku menaiki MRT untuk ke sebuah lagi kompleks membeli-belah yang utama di kota Singapura yang terletak di kompleks Raffles City. Selain bangunan membeli -belah, terdapat 2 buah bangunan hotel, iaitu Swissôtel The Stamford & Fairmont Hotel & sebuah menara. Kompleks ini mula dibuka pada tahun 1986.


Kompleks Raffles City, Singapura


Kompleks Raffles City, Singapura


Kompleks Raffles City, Singapura

Setelah menghabiskan masa hampir sejam di dalam kompleks membeli-belah di Raffles City, aku menaiki MRT menuju ke Orchard Road pula. Orchard Road adalah sebuah jalan yang menjadi tumpuan utama penduduk tempatan & pelancong asing untuk membeli-belah & berhibur kerana terdapat banyak pusat membeli-belah di sini, begitu juga dengan pusat-pusat hiburan. Ianya mula dibangunkan sejak tahun 1830-an lagi. Antara pusat membeli-belah yang terdapat di sepanjang Orchard Road ini ialah ION Orchard, Ngee Ann City, Wisma Atria, Plaza Singapura, Lucky Plaza, Far East Plaza, Orchard Central, The Paragon & banyak lagi. Aku sempat singgah di ION Orchard & Ngee Ann City. Ngee Ann City adalah pusat membeli-belah yang terbesar di kawasan Orchard Road ini. Aku sempat singgah di kedai buku Kinokuniya yang terdapat di dalamnya yang merupakan kedai buku yang kedua terbesar di Asia Tenggara. Selain pusat membeli-belah, terdapat juga banyak hotel & restoran di sepanjang jalan ini. “Istana” yang merupakan kediaman rasmi Presiden Singapura & pejabat Perdana Menteri terletak di penghujung Orchard Road.


Orchard Road, Singapura


Orchard Road, Singapura


ION Orchard di Orchard Road, Singapura


ION Orchard di Orchard Road, Singapura


Ngee Ann City di Orchard Road, Singapura


Kedai buku Kinokuniya di dalam Ngee Ann City di Orchard Road, Singapura

Setelah menghabiskan masa yang agak lama di Orchard Road, aku menaiki MRT untuk ke destinasi yang seterusnya, iaitu Little India. Little India yang turut juga dikenali dengan nama Tekka oleh penduduk India tempatan adalah sebuah kawasan yang dihuni oleh penduduk-penduduk tempatan berbangsa India Tamil. Serangoon Road adalah nadi utama Little India. Kedai-kedai & pusat membeli-belah yang terdapat di sini hampir semuanya dimiliki oleh penduduk berbangsa India. Antaranya ialah Tekka Centre, The Verge, Little India Arcade, Serangoon Plaza & Mustafa Centre. Mustafa Centre yang dibuka 24 jam adalah pusat membeli-belah yang paling terkenal di sini. Pusat membeli-belah yang mula dibuka pada tahun 1995 ini menjual hampir semua keperluan seperti barang kemas, barang keperluan rumah, makanan, buku, barangan elektronik, pakaian & macam-macam lagi. Boleh dikatakan apa yang kita perlukan semuanya ada di sini.


Little India, Singapura


Little India, Singapura


The Verge di Little India, Singapura


Mustafa Centre di Little India, Singapura

Rumah-rumah ibadat untuk penganut agama Islam, Kristian & Hindu juga banyak terdapat di kawasan Little India. Antara masjid yang terkenal di sini ialah Masjid Abdul Gaffoor yang dibina pada tahun 1859 yang mempunyai senibina luaran bercirikan senibina Reinassance-Arab. Senibina dalamannya pula bercirikan senibina Moorish. Aku sempat menunaikan solat jamak ta’khir Zohor-Asar di dalam masjid ini.


Masjid Abdul Gaffoor di Little India, Singapura

Setelah menunaikan solat, aku menaiki MRT untuk kembali ke Merlion Park. Hari sudah pun hampir senja pada waktu itu. Setibanya aku di Merlion Park, matahari sudah mulai terbenam. Aku meluangkan masa yang agak lama di sini untuk menikmati pemandangan Merlion Park & Marina Bay yang sangat indah di waktu malam. Panorama bangunan-bangunan pencakar langit yang diterangi oleh cahaya lampu neon yang menghiasi latar belakang Merlion Park sangat-sangat menakjubkan. Aku hampir jatuh hati dengan kota Singapura yang indah & bersih ini. Aku kemudiannya berjalan kaki sebentar ke kawasan Cavenagh Bridge yang terletak tidak jauh dari situ untuk mengambil gambar Sungai Singapura & kawasan sekitarnya di kala malam. Sememangnya sangat indah.


Merlion Park, Singapura


Merlion Park, Singapura


Merlion Park, Singapura


Sungai Singapura, Singapura

Selepas sudah puas bergambar, aku pun meneruskan perjalanan untuk ke rumah flat Auntie Elle yang terletak di Bukit Batok. Aku menaiki MRT untuk ke sana. Flatnya terletak betul-betul di hadapan stesen MRT Bukit Batok. Terdapat banyak flat di sekitar stesen itu. Aku pada mulanya tersesat dalam usaha untuk mencari flatnya. Namun, atas bantuan tunjuk ajar yang diberinya melalui SMS, aku akhirnya berjaya menemui flatnya. Buat pertama kalinya, aku bersua muka dengan Auntie Elle. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui internet (blog & facebook) sahaja. Kami telah lama kenal, lebih daripada 5 tahun. Kedatangan aku turut disambut oleh kucing kesayangannya, Billy yang amat sihat & nakal. Belum apa-apa dia sudah datang menghidu kaki aku, untuk mengecam siapakah gerangannya aku yang belum pernah dilihatnya. Heheh. Dapat juga aku bertemu dengan Billy yang gambarnya sering dipampang di dalam halaman Facebook Auntie Elle.

Setelah makan malam yang dimasak olehnya, kami berbual panjang mengenai bermacam perkara. Aku sempat juga menghadiahkan buku hasil tulisan aku yang sulung, iaitu Travelog Turki Bumi Khalifah sebagai tanda terima kasih kerana sudi menumpangkan aku di rumahnya selama aku berada di kota Singa ini. Tidak berapa lama kemudian, anak saudaranya, Hadi pulang ke rumah. Kami berkenalan & berbual panjang. Sementara Auntie Elle masuk ke biliknya untuk beradu dahulu. Esok dia perlu bangun awal untuk bekerja. Selepas penat berbual, aku pun masuk ke dalam bilik yang disediakan untuk solat & kemudiannya tidur. Penat rasanya satu hari berjalan mengelilingi kota Singa.


Bersama Auntie Elle & Billy di Singapura


Bersama Billy


Signing autograph for my book, Travelog Turki Bumi Khalifah


Buku Travelog Turki Bumi Khalifah

Bersambung...


SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP