PeNGaLaMaN SeLaMa 66 HaRi BeKeRJa Di HoSPiTaL TaiPiNG

>> Saturday, December 04, 2010



First of all, aku ingin memohon maaf kerana dah terlalu lama tak meng'update' blog ni. Maklum la. Kerja sebagai doktor pelatih (House Officer) tak memberi aku cukup masa utk menulis. Akan tetapi, hati aku walau bagaimanapun tiba2 tergerak utk cuba jugak meluangkan masa utk menulis kerana rasa rindu terhadap dunia penulisan blog.

Mulai hari ini, insyaAllah aku akan cuba meng'update' blog ni sekerap yang mungkin, menceritakan segala pengalaman aku bekerja sebagai House Officer di Hospital Taiping. Oleh itu, secara tak langsung, blog Aku Sebutir Pasir ni sudah bertukar tema, daripada tema travelog kepada tema diari kehidupan seorang doktor pelatih. Harap korang semua tak kisah & akan terus membaca & memberi sokongan kepada blog ni. Siapalah aku & Aku Sebutir Pasir tanpa korang semua.

Aku mula bertugas di Hospital Taiping tanggal 27 September 2010. Hari pertama & hari kedua hanyalah Hari Orientasi. Aku & 5 org House Officers baru yang lain sama2 melalui Hari Orientasi tersebut yang tidaklah begitu memenatkan sgt. Kami sekadar mengisi borang2 & diberi beberapa taklimat mengenai tugas kami. Kami kemudiannya dibahagikan mengikut postings. Aku & salah seorang drp 5 org tersebut diletakkan di bawah posting Medicine. 2 org lagi diletakkan di bawah posting Surgery. Sementara lagi 2 org pulak masing2 diletakkan di bawah posting Obstetrics&Gynaecology & Orthopedics. Maka tanggal 29 September 2010, barulah kami berenam memulakan tugas kami secara praktikalnya sebagai House Officer di Hospital Taiping.

Aku ditempatkan di sebuah ward, sementara rakan aku yg sorang lagi pulak ditempatkan di ward yg berlainan. Hari pertama di ward, aku tersangat2lah blur. Byk sangat benda yg aku taktau. Mujurlah ada 2 orang House Officers lain yg sedia memberi tunjuk ajar walaupun dieorg sendiri sibuk dgn kerja2 dieorg. Dieorg dah lebih 2 minggu bertugas kat ward tu. Medical Officer (pangkat lebih tinggi drp House Officer) yg bertugas kat ward tu nampaknya tak begitu peramah. Takut pulak aku dgn dia. Staff nurse kat ward tu pulak semuanya baik2 belaka. Dieorglah yg sebenarnya banyak mengajar aku mengenai kerja2 di ward. Bak kata pepatah org putih, behind every great doctor is a wonderful nurse.

Aku bertugas kat ward tu selama sebulan lamanya. Banyak sgt pengalaman yg dikutip. Kena marah dgn specialist mmg tak payah cakap la. Mcm setiap hari je kena marah setiap kali ikut dia round ward. Medical Officer jugak selalu marah2. Maklumlah, aku dah nak dekat 4 bulan meninggalkan buku2 Medic. Banyak sgt dah lupa. Bila balik rumah, dah penat. Nak baca buku pun tak larat. Cara present case pun masih byk yg perlu diperbaiki. Lemah sgt. Dalam satu ward ada lebih kurang 25 orang pesakit. Aku pulak jenis yg agak cepat pelupa. So, nak ingat semua case pesakit mmg susah la. Huhuhu. Lepas bertugas selama sebulan kat ward tu, aku ditukar ke ward2 lain pulak. Kena marah dgn Specialist & Medical Officers tu mmg macam biasa jugak la. Tapi, setiap hari aku cuba buat yg terbaik la supaya kurang sikit kena marah.

Selain menjaga ward, aku & House Officers yg lain jugak kena bertugas di klinik pesakit luar. Ikut jadual la. Oncall pun ikut jadual jugak. Sorang House Officer kena oncall 6-8 kali sebulan. 5 org House Officers bertugas oncall setiap malam di ward2 Medicine. Sewaktu oncall, sorang House Officer akan menjaga 2 ward seorang diri di bawah pengawasan 2 org Medical Officers yg bertugas setiap malam. So far, aku dah oncall sebanyak 8 kali. Ada oncall yg relaks, ada jugak oncall yg memenatkan. Sewaktu oncall yg paling relaks, cuma ada 1 admission. Sewaktu oncall yg paling memenatkan, ada 15-16 admissions. Mcm nak mati je rase waktu tu. Ditambah lagi kalau ada patients yg collapse & kena buat CPR. Huhuhu. Cuti pulak sebulan cuma dapat 4 hari weekend off (tak ditolak drp cuti tahunan). So, pandai2 la pilih. Cuti tahunan pulak cuma 25 hari. Tu pun kena pandai pilih. Siksa kan? Sikit je cuti sbg House Officer ni.

Sewaktu aku mula bertugas, asrama doktor pelatih dah penuh. Maka, aku terpaksa mencari rumah sewa kat luar. Mujurlah aku ada sorang kenalan yg berkerja sbg guru di sebuah sekolah kat sebelah hospital. Kenalan sekolah rendah aku. Dia yg tolong aku mencari rumah sewa. Dia ada byk contact. Senang la. Hari kedua aku bertugas di hospital tu, aku dah dpt rumah sewa. Rumah tu terletak kat Kamunting, pekan kecil yg tak jauh dari Taiping. Rumah teres satu tingkat. Jarak masa dari rumah tu utk ke hospital cuma 10-15 minit perjalanan dgn kereta. OK la tu. Lagipun aku sebenarnya prefer tinggal kat rumah sewa berbanding asrama. Lebih selesa & lebih privacy. Family nak datang pun senang. Sewanya pun cuma RM250 sebulan. OK la tu kan. So far, aku tinggal sorang je. Malas pulak nak cari housemates. I love my privacy. Heheh. Aku dah pun pasang line telefon, TM broadband & Astro. So, takde la bosan sangat bila sorang2. :) Kalau ada sape2 yg singgah Taiping, jemput2 la singgah rumah aku ye. :)


Ruang tamu rumah aku


Bilik aku

Satu lagi, aku baru je book Proton Inspira merah 3 minggu lepas. InsyaAllah dalam masa seminggu dua lagi sampai la kot. Heheh. Tak sabar pulak rasa nak drive kereta sendiri. Selama ni aku cuma pinjam kereta mak aku je.


Proton Inspira

Student2 Perubatan kat Penang Medical College (Twinning Programme with University College Dublin & Royal College of Surgeons) jugak selalu datang ke Hospital Taiping utk buat attachment Medicine & jugak Surgery selama seminggu. Ramai jugak la yg aku jumpa sewaktu kat wards. Ada antara diaorg ni yg sempat aku ajak keluar dinner sekali. Ye la. Dieorg ni junior2 aku kat Dublin dulu. Mmg kenal rapat la. Yg tak berkesempatan utk dibelanja tu, mintak maaf la ye. Hehehe.

As a conclusion, life as a House Officer dalam posting Medical sangat2 la memenatkan. Kadang2 tu, rasa nak quit terus pun ada. Allah je la yg tahu. Tapi, insyaAllah aku akan teruskan perjuangan aku demi diri aku, keluarga & masyarakat. Doa2kan ye semoga aku akan dapat menghabiskan 6 postings dalam masa 2 tahun as a House Officer sebelum bergelar Medical Officer.

InsyaAllah aku akan terus update blog ni dgn kisah pengalaman aku berkerja sebagai House Officer di Hospital Taiping. Diharapkan korang semua akan terus membaca. :)

P/S: Aku sekarang tgh cuti 4 hari (Sabtu-Selasa). Nak rehatkan otak kejap. :)

19 buah komen:

hasyimi Sunday, December 5, 2010 at 1:01:00 AM GMT+8  

selalu je dengar keluhan seorg bakal doktor...

robbuna yusahilll...

macam mewah je kehidupan sbg HO...^^

Asrih Arif Sunday, December 5, 2010 at 1:06:00 AM GMT+8  

PENGSAN! Aiyyo... mcm mana mau balik nih...

Mohammad Farid Ismail Sunday, December 5, 2010 at 1:36:00 AM GMT+8  

assalamualaikum..
moga saudara dapat lebih menceritakan pengalaman h/o buat panduan saya untuk persediaan. syukran...

eeeda Sunday, December 5, 2010 at 2:49:00 AM GMT+8  

Tahniah, kerana memilih kereta buatan malaysia...sebagai pengangkutan untuk memudahkan pergerakan.

amal Sunday, December 5, 2010 at 7:14:00 AM GMT+8  

nice one la entri ni..sangat bermanfaat tuk budak2 yang baru nak up dalam course medic...rase excited pun ade..da bosan da mentelaah buku ni..haha..apa2 pun jhaz tetap legend ar...

hazeleyed lady Sunday, December 5, 2010 at 10:14:00 AM GMT+8  

InsyaAllah...you will be fine.

happy weekend

Hidayatullah Sunday, December 5, 2010 at 10:25:00 AM GMT+8  

nice post bro.. hu2

nnt jd specialist.. tggu call dari umah je la.. xyah dtg2 ospital lg
ha3

sya Sunday, December 5, 2010 at 10:46:00 AM GMT+8  

Membaca ur posting ni mengingatkan next 4 yrs my elders will be facing the same situation.. Harap2 dia dapat menghadapi kesukaran yg ditulis.. kak sya yg membaca ni pun terasa penatnya

~aku_najwa~ Sunday, December 5, 2010 at 11:43:00 AM GMT+8  

bab mengeluh penat ni, aku yg dah MO ni pun kekadang mengeluh jgk. mana nak tgk anak dan suami lagi..

just pray hard ~ moga ko berjaya harungi Housemanship ni sampai habis, nanti okeh lah sket.

Anonymous Sunday, December 5, 2010 at 12:29:00 PM GMT+8  

bukan senang nak senang kan jhaz...yg susah tula akan jd kenangan terindah sok

aku dr amin Sunday, December 5, 2010 at 2:17:00 PM GMT+8  

indahnya baca artikel ni. menuggu giliran aku pulak

aNtu_BaEk Sunday, December 5, 2010 at 3:55:00 PM GMT+8  

da bedebar2 da bace psl kehidupan seorang HO...harap2 cerite skit keseronokkannyer...

Anonymous Thursday, January 6, 2011 at 4:05:00 PM GMT+8  

saya syorkan kpd saudara supaya kurangkan masa untuk mengeluh kepenatan sebagai HO dan lebihkan masa untuk belajar dengan elok2 untuk menjadi seorang doktor kepada pesakit di hosp.taiping.

liana Monday, January 24, 2011 at 2:35:00 AM GMT+8  

salam.. huhu.. tak ngeri ke ho kat taiping... sy dengar horor.. tak lama lagi nak ho gak.. teringin nak mintak taiping sbb dekat ngan umah.. tapi kawan2 kata malignant... hurmm,,

dr Sunday, November 6, 2011 at 8:04:00 PM GMT+8  

Hanging there.. I've been a ho 10years ago.. Lagi teruk.. Only 1 person oc for medical in gh Penang.. Kena in charge all wards include crw ward.. Ward cardio.. Pagi2 staff nurse kejut kul 5.30 a.m untuk tengok 30 ECG from crw yang basically semua ya pelik2. In ortho me and my room mate oc setiap ari selama 1 1/2 bulan sebab x cukup ho... Manage to pull in off on time.. I guess you can do it too...

fairuszaa Tuesday, February 5, 2013 at 6:04:00 PM GMT+8  

Salam.sy ne baru je 2hari ditransfer ke hospital taiping.ade tak contact2 tuk sewa rumah.?

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP