TuGaS-TuGaS SeBaGai HouSe OFFiCeR PoSTiNG MeDiCiNe

>> Sunday, December 05, 2010



Dalam entry kali ni, aku akan menceritakan tugas-tugas yg perlu dilakukan oleh setiap House Officer posting Medicine di Hospital Taiping (di Ward, Klinik Pesakit Luar & Oncall). Mungkin sama jugak spt House Officers posting Medicine di hospital2 lain di serata Malaysia.

Setiap House Officer posting Medicine perlu tiba di ward masing2 sebelum pukul 7.00 pagi. Idealnya pukul 6.45 pagi la. Lepas punch in card, terus berjalan masuk ke dalam ward yg ditugaskan. Satu ward selalunya ada 3-4 orang House Officers, sorang Medical Officer & sorang Specialist. Puratanya, satu ward ada lebih kurang 25 org pesakit. Adakalanya boleh cecah sampai 30 orang. Kat Hospital Taiping ada 9 ward Medicine kesemuanya termasuk ICU & CCU. Apabila sudah tiba di ward, kerja pertama yg perlu dilakukan oleh House Officers ialah mengambil spesimen2 darah yg perlu diambil daripada pesakit2 yg ada di dalam ward utk ujian2 darah spt Full Blood Count, Renal Profile, Liver Function Test, Fasting Blood Glucose, Fasting Lipid Profile & banyak lagi. Botol2 spesimen darah telah dilabel awal2 oleh staff nurses. So, senang & cepat la sikit kerja.

Selesai saja mengambil spesimen2 darah, kesemua pesakit di dalam ward (kecuali pesakit2 kes Nephrology & Chest yg akan direview oleh House Officer Nephrology & Chest) perlu direview oleh House Officers yg bertugas di ward sebelum Medical Officer datang untuk membuat ward round. Medical Officer mula bertugas pukul 8.00 pagi, akan tetapi dieorg selalunya mula melakukan ward round lepas pukul 9.00 pagi. Sewaktu Medical Officer membuat ward round, idealnya kesemua House Officer yg bertugas di ward tu perlu berada di sampingnya.

Dari pukul 8.00 pagi hingga 8.30 pagi setiap hari Isnin hingga Rabu, ada pass over meeting kat dalam satu bilik di dalam sebuah ward. Kesemua House Officers, Medical Officers & Specialists dalam posting Medicine akan berkumpul beramai2 utk berbincang ttg kes pesakit2 yg perlu diperbincangkan & juga hal2 lain yg penting. Pada setiap hari Khamis mulai pukul 8.00 pagi hingga 9.30 pagi pulak, ada CME Meeting di Dewan CME. Kesemua House Officers, Medical Officers & Specialists di Hospital Taiping akan berkumpul beramai2 utk mendengar 2 buah topic presentation berkenaan dgn dunia perubatan yg disampaikan oleh specialist2.

Selesai sahaja Medical Officer melakukan ward round, Specialist ward pulak akan datang melakukan ward round. Adakalanya Specialist datang awal (pagi), adakalanya dia datang lewat (petang). Kalau datang awal bagus la. Siap kerja cepat sikit. House Officers & Medical Officer yg bertugas di ward tu termasuk seorang staff nurse (selalunya Ketua Jururawat ward) perlu mengiringi Specialist tu sepanjang dia melakukan ward round. Idealnya, House Officers atau Medical Officer perlu menyampaikan perkembangan setiap pesakit sewaktu singgah di katil2 mereka & menulis setiap apa yg diarahkan oleh Specialist (clinical presentations, investigations & treatment plans) di dalam fail2 BHT pesakit2.

Selesai sahaja Specialist melakukan ward round, barulah kerja2 ward dapat dimulakan dgn lancar (mengambil spesimen2 darah yg baru diarahkan, mengatur temujanji CT Scan/Ultrasound/X-Ray/Echocardiography, menulis Discharge Summary utk pesakit2 yg dibenarkan pulang, menjejaki result spesimen2 darah yg belum diperolehi, refer pesakit2 kepada department lain, melakukan beberapa prosedur & byk lagi).

Apabila selesai kesemua kerja2 tersebut, barulah House Officer dibenarkan pulang ke rumah tepat pukul 6.00 petang. Jikalau kerja2 tersebut belum dihabiskan, terpaksalah dihabiskan jugak sampai selesai semuanya. Adakalanya pukul 8.00 malam baru dapat habiskan kesemuanya. Kerja2 di ward tak boleh pass over kpd House Officer oncall ye. Dieorg pun maybe ada kerja2 ward dieorg yg masih belum selesai. So, kira adil la. Hmm.. Kalau ada pesakit2 baru masuk ward hari tu, pesakit2 tu perlulah di'clerk' oleh salah seorang House Officer & kemudiannya dilihat oleh Medical Officer & seterusnya perlu diambil spesimen2 darah daripadanya & beberapa lagi prosedur yg perlu.

Waktu weekend/public holidays, sekurang2nya 2 orang House Officers perlu ada di setiap ward mulai pukul 7.00 pagi utk review setiap pesakit yg ada di ward tersebut (termasuk pesakit2 Nephorology & chest). Kemudian, Medical Officer yg oncall akan datang utk melakukan ward round utk mengupdate & memperbetulkan setiap review yg dibuat oleh House Officers. Specialist oncall hanya datang utk melihat pesakit2 baru yg belum dilihat oleh mana2 Specialist. Selepas selesai kerja2 di ward, barulah House Officers bertugas boleh pulang ke rumah pada pukul 1.00 tgh.

Klinik Pesakit Luar Dept Medicine pulak adalah dari hari Isnin hingga Khamis. Ada 2 shift (8.30-10.30pg & 10.30pg-12.30tgh). 4 orang House Officers akan bertugas setiap hari (mengikut jadual) utk menjaga kedua2 shift. 3 org Medical Officers & sorang Specialist akan jaga 1st shift & 3 org Medical Officers & seorang Specialist yg lain akan jaga 2nd shift. Pesakit2 luar yg masuk ke dalam bilik House Officers perlu di'clerk' atau di'review' & kemudiannya akan dilihat oleh Specialist yg bertugas yg akan menyediakan plan rawatan utk pesakit tersebut.

Berkenaan dgn oncall pulak, dalam posting Medicine di Hospital Taiping ni terdapat 5 calls utk House Officers setiap malam (1st Call: jaga WardD6 & WardC6, 2nd Call: jaga WardD5 & WardC5, 3rd Call: jaga WardD4 & WardC4, 4th Call: jaga WardD2 & WardICU, 5th Call: Transport Patients (accompany pesakit2 kritikal utk ke wardICU, bilik CT scan, bilik Haemodyalisis & Hosp Ipoh/Penang) & jaga WardCCU). Oleh itu, setiap malam, 5 orang House Officers akan bertugas oncall la. Setiap sorang drp 5 House Officers tu akan jaga 2 wards, kecuali 5th call yg cuma jaga WardCCU saje.

Waktu oncall on weekdays adalah dari pukul 6.00 ptg hingga 7.00 pagi keesokan harinya (13 jam). Waktu oncall on weekends & public holidays pulak adalah dari pukul 1.00 tgh hingga 7.00 pagi keesokan harinya (18 jam). Waktu lunch on weekdays jugak perlu dicover sekali (1.00-2.00ptg on Mon-Thu) (12.15tgh-2.30ptg on Fri). Seorang House Officer selalunya akan ditugaskan oncall sebanyak 6-8 kali dalam masa sebulan (mengikut jadual). Bayaran oncall (on weekdays: RM100.00 perday, on weekends: RM110.00 perday).

Basically, apa yg perlu dilakukan oleh House Officers sewaktu oncall ialah 'clerk' pesakit yang baru masuk wards, review pesakit2 yg kritikal & pesakit2 yg disyaki demam denggi, mengambil spesimen2 darah yg perlu diambil sewaktu oncall time, melakukan CPR pada patient yg collapse, branula insertion, manage pesakit2 yg increased/decreased blood pressure/capillary blood sugar/SPO2 & byk lagi. Adakalanya oncall boleh jadi relaxing, terutamanya 5th call. Sempat tidur berjam2 dalam bilik oncall. Staff nurse panggil pun sbb nak suruh review result spesimen darah, review X-ray & CT Scan, branula insertion & utk accompany pesakit. Adakalanya oncall boleh jadi exhausting terutamanya 2nd & 3rd Call. Tak dapat tidur langsung!! Baru selesai clerk satu pesakit, pesakit baru pulak masuk. Non-stop dari petang sampai la ke awal pagi esok.

Selepas pesakit2 yg baru masuk ni selesai di'clerk' & dirangka plan rawatan oleh House Officers oncall, salah seorang daripada 2 org Medical Officers yg oncall malam tu perlu diberitahu ttg pesakit2 tersebut. Medical Officers oncall ni selalunya akan datang melihat pesakit2 tersebut beberapa ketika kemudian la & akan mengupdate & memperbetulkan setiap plan rawatan yg digariskan oleh House Officers. Jikalau ada pesakit collapse atau sedang dalam keadaan yg agak kritikal, Medical Officers oncall wajib diberitahu dgn segera. Jgn cuba jadi hero ye. Heheh.

Waktu oncall House Officers tamat pada pukul 7.00 pagi. Selepas pukul 7.00 pagi barulah House Officers yg oncall boleh kembali ke ward masing2 spt yg ditugaskan spt biasa. Sepatutnya House Officers yg postcall boleh pulang ke rumah awal (pm off) dgn syarat kerja2 ward sudah diselesaikan. Akan tetapi, kiteorg kat sini tak pernah pun pulang awal sbb tak sampai hati nak tinggalkan House Officers lain kat ward yg terpaksa menyelesaikan kes pesakit2 yg baru masuk.

So, begitulah sedikit sebanyak kerja2 sbg House Officer dalam posting Medicine di Hospital Taiping. Posting yg paling sibuk jikalau dibandingkan dgn 5 posting lain. Mujurlah ada 4 hari weekend off yg aku boleh ambil setiap bulan & jugak 8 hari cuti tahunan dalam posting ni (termasuk emergency leave & MC). Dapat jugak aku bernafas. Huhuhu...

11 buah komen:

mama ju, Sunday, December 5, 2010 at 4:23:00 PM GMT+8  

Assalammualaikum jhaz

Alhamdulillah buka2 je ada n3 baru. Wpun kami bukan terlibat dlm dunia perubatan, membaca N3 ni membuka mata kami. Tkasih.Rajin2 menulis ya.

Anonymous Sunday, December 5, 2010 at 4:59:00 PM GMT+8  

Salam jhaz
kalau 4 ho jaga ward pada sesuatu masa, rsnya nisbah ho: pt x besar kan? Bagaimana dgn workload dekat ward2 yg ho nya ramai? Adakah benar ho skrg bnyk dan kerja kurang?

Muaz Nabil Sunday, December 5, 2010 at 6:13:00 PM GMT+8  

jhazz, branula tu cannula kn? apasal guna nama branula pulak?

MULAN Sunday, December 5, 2010 at 6:19:00 PM GMT+8  

woooww... padat nya schedule.. super duper sungguh keje doktor.. keje yg mulia ni jhaz.. moga sentiasa dirahmati Allah..

take care bro..

Anonymous Sunday, December 5, 2010 at 6:29:00 PM GMT+8  

wah detailnya pasal kerja..thanks for da info..bro..gaji sebulan berapa bro?..camane dier kira?tq..

dandelion kiss Sunday, December 5, 2010 at 6:32:00 PM GMT+8  

Salam, doc...
waduh2...pitam jugak
kalau macam ni...
so, banyak kalilah kene oncall yer?
rumit2...kerja elok2 doc.
lama tak nampak update blog.

Chit Ana Sunday, December 5, 2010 at 8:14:00 PM GMT+8  

salam doc jhaz...dah kembali berblog ye...leh la follow pasal dunia doktor plak ni ;) all the best

mamaaiman Sunday, December 5, 2010 at 9:00:00 PM GMT+8  

Salam jhaz...

baru nak ikuti blog ni...punye anak saudara doc..tapi tak berkesempatan nak bercerita...

ingat ke semua tugas tu..no wonder lah..doc ni begitu disiplin dan kdg2 tak sempat nak menegur org,..

jgn jdik mcm tulah ye..

anyway tk sudi nak kongsi pengalaman ..sekurang2nya kita diluarsana blh appreciate nape doc ni..ckp bila perlu je..

wassallam

JAIRO Thursday, December 9, 2010 at 10:52:00 PM GMT+8  

wahh tak sangka sibuk2 jadi doktor masih ada masa menulis.. cayalah hehehe

sarah Friday, December 10, 2010 at 7:18:00 PM GMT+8  

salam, bersama melakukan kerja seikhlas mungkin. Gudluck Bro!

Dhiya' Thursday, December 16, 2010 at 10:23:00 PM GMT+8  

Assalamualaikum.. mg sentiasa sukses dgn tugas, br0..

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP