RiNDu NaK TRaVeL

>> Tuesday, December 21, 2010



Hmmmm. Aku tgh stress sangat dgn kerja aku sekarang ni. Posting Medical kat Hospital Taiping betul2 mencabar kesabaran aku. Busy tak terkata sepanjang hari. Tiba2 je aku rindukan saat2 kebebasan sewaktu belajar di Ireland dulu. Banyak masa utk diri sendiri. Ada masa utk aku mengembara melihat dunia. Ada masa utk travelling. Tak macam sekarang ni. Kerja kerja kerja. Aku betul2 rindu nak travel semula.

Aku sendiri sebenarnya spt tak percaya yg aku sudah pun menjejakkan kaki di 45 buah negara. Alhamdulillah. Aku bersyukur sgt2 kpd Allah SWT kerana telah memberi kesempatan & peluang kpd aku utk mengembara melihat alam ciptaan-Nya yang luas. Allah SWT sendiri sebenarnya menggalakkan hamba2-Nya utk bermusafir & mengembara. Seperti firman-Nya di dalam Al-Quran:

Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; Kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru; Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Ankabut: Ayat 20).

Negara-negara yang telah pun aku jejaki ialah Australia, Austria, Belgium, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Indonesia, Ireland, Italy, Jordan, Latvia, Lebanon, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Monaco, Morocco, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Singapore, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden, Switzerland, Syria, Thailand, Turkey, United Kingdom & Vatican. 35 daripada negara2 ini terletak di benua Eropah. Setiap negara yg aku jejaki ini masing-masing mempunyai keistimewaan yg tersendiri yang tak mampu aku gambarkan hanya dgn menggunakan kata-kata. Setiap sudut muka bumi Allah adalah berbeza & sangat unik. Subhanallah.


Peta yg menunjukkan negara-negara di dunia yg telah aku jejaki


Peta yg menunjukkan negara-negara di benua Eropah yg telah aku jejaki

Budaya travelling sebenarnya amat sinonim dgn pelajar2 Malaysia di luar negara terutamanya di Eropah, dgn adanya kemudahan sistem pengangkutan yg murah, cekap & meluas. Senang nak travel ke mana2. Namun, ada jugak antara pelajar2 ni yg tak menggunakan kesempatan yg ada utk travelling. Dari tahun pertama sampai tahun akhir tak berjalan ke mana2. Hanya lepak kat rumah je. Alasan dieorg, taknak bazirkan duit. Ya Allah. Dieorg ni la antara manusia2 yg paling rugi di muka bumi Allah ni. Wang boleh dicari, tapi peluang keemasan & kesempatan yg dieorg ada ni bukan semua org boleh dapat. Ish3x.

Dan Alhamdulillah juga. Aku telah berjaya menghasilkan sebuah buku yg telah pun berada di pasaran hampir 9 bulan. Buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH. Buku ni menceritakan pengalaman aku & sahabat baik aku, Jem mengembara selama 10 hari di bumi Turki. 7 buah bandar kami singgahi, iaitu Istanbul, Ankara, Konya, Ephesus, Troy, Bursa & Edirne. Pengalaman2 kami diselitkan dgn fakta2 sejarah, geografi & macam2 lagi. Buku ni boleh didapati di kedai2 buku berhampiran atau lebih mudah, dibeli secara online di website Pelima Media Sdn Bhd. Dan insyaAllah buku kedua aku akan diterbitkan lebih kurang dalam 2-3 bulan dari sekarang. Tajuknya ialah TRAVELOG ANDALUSIA: PERMATA ISLAM YANG HILANG yang menceritakan pengalaman aku & 3 orang sahabat aku mengembara selama 5 hari di bumi Andalusia, Sepanyol. Bandar2 yg kami berempat jejaki ialah Toledo, Cordoba, Granada & Seville.


Kulit buku Travelog Turki: Bumi Khalifah


Kulit buku Travelog Andalusia: Permata Islam Yang Hilang

Sebenarnya, aku belum puas lagi mengembara melihat dunia. InsyaAllah, jikalau aku mempunyai kelapangan masa di masa hadapan nanti, aku ingin menyambung semula pengembaraan aku mengelilingi dunia. Banyak lagi tempat yg aku ingin jejaki. Apa2 pun, tempat yg paling utama dalam list aku ialah Mekah Al-Mukarramah & Madinah Al-Munawwarah. Moga aku dipanjangkan umur oleh-Nya...

Bagi mereka yg ingin membaca kisah2 pengembaraan aku di 45 buah negara tersebut, silalah ke website Jhazkitaro's Travelogue.

11 buah komen:

Rozali Tuesday, December 21, 2010 at 11:04:00 PM GMT+8  

Assalamualaikum ASP

Salam ziarah
moga Allah makbulkan hajat Doc

Wassalam

dandelion kiss Tuesday, December 21, 2010 at 11:18:00 PM GMT+8  

Salam doc.

Eiii jeles sungguhlah tengok orang melancong ni! =)
takpo, mantapkan kerja dulu,
lepas tu doc leh travel semula mcm selalu!

Amermeftah Wednesday, December 22, 2010 at 5:12:00 AM GMT+8  

Salam, sedare byk pengalaman jalan. Sy nak tanya sejauh mana selamatnya kalo sy nak jln sorg2 ke Tunis?

Takpe sedare, keje rajin-rajin, belajar lg tinggi, pangkat lagi naik, boleh jalan balik byk2.

Destinasiku Wednesday, December 22, 2010 at 11:25:00 AM GMT+8  

travel selagi daya. peluang yg ada jgn di biarkan.

bila la agaknya buku ke 2 nk keluar. setiap kali ke kedai buku selalu harap buku tu dh ada di pasaran

Kunang-Kunang Wednesday, December 22, 2010 at 4:32:00 PM GMT+8  

Salam,

Mengembara memang digalakkan dalam islam kerana Allah mahu kita melihat kebesaranNYA.

anon suria Thursday, December 23, 2010 at 2:55:00 AM GMT+8  

tahniah..dalam sibuk bekerja..masih mampu mencoret buat buku. bagusnyer..share pengalaman awak.insyaAllah..lepas ni akak nak ke italy dan german..so tgh godek godek travelog awak.

CT Thursday, December 23, 2010 at 1:58:00 PM GMT+8  

Salam. Kita punya minat yg sama..Insyallah Mac 2011 ni akk akan sampai bumi Eropah.

Linda Musa Thursday, December 23, 2010 at 8:46:00 PM GMT+8  

best dapat travel merata sudah...xpe fokus dulu kat housementship then bole travel semula klu diberikan peluang olehNYA...inshaALLAH

azzad Thursday, December 30, 2010 at 9:40:00 AM GMT+8  

assalamualaikum,

bulan apr. ni saya akan ke kemboja, phom phen dan siem ried. nak join?

fiza Wednesday, February 23, 2011 at 11:46:00 PM GMT+8  

wish I can reach your numbers too...or more :-)

dont stop..

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP