TaiPiNG BaNDaR WaRiSaN

>> Saturday, December 18, 2010



OK. Dalam entry kali ni, aku malas nak cerita pasal bidang kerja aku. Sebaliknya, aku nak cerita tentang bandar Taiping, bandar tempat aku bekerja.

Taiping sememangnya amat dekat dgn hati aku sejak kecik lagi. Ini kerana tempat tinggal aku (Parit Buntar) terletak agak berdekatan dgn Taiping. Lebih kurang sejam perjalanan dgn menaiki kereta. Aku & aku keluarga aku amat kerap berkunjung ke Taiping sama ada utk membeli-belah atau sekadar utk berjalan2 makan angin. Aku jugak pernah belajar di MRSM TAIPING selama 2 tahun (1998-1999). MRSM Taiping la yg menjadi batu loncatan bagi aku utk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara (Ireland). Jika aku tidak belajar di situ, mungkin agak mustahil utk aku ke luar negara. Disebabkan itulah aku memohon utk bekerja di Hospital Taiping. Aku ingin menghidupkan kembali nostalgia lama aku di sini. Taiping sesungguhnya amat istimewa dlm diri aku.


MRSM Taiping


MRSM Taiping

Taiping atau nama lamanya, Klian Pauh terletak di dalam daerah Larut, Matang & Selama & merupakan ibu daerah tersebut. Dengan jumlah penduduk seramai 200,000 orang, Taiping adalah bandar kedua terbesar dalam negeri Perak, selepas Ipoh. Taiping pernah menjadi ibu negeri Perak mulai tahun 1876, menggantikan Kuala Kangsar ketika era kegemilangannya sebagai pusat perlombongan bijih timah sewaktu di bawah pemerintahan British. Fungsinya sebagai ibu negeri walau bagaimanapun berakhir pada tahun 1937 selepas Ipoh dinobatkan sebagai ibu negeri Perak yang baru & kekal sehingga ke hari ini. Perusahaan perlombongan bijih timah seterusnya tertumpu di Ipoh & fungsi Taiping sebagai pusat perlombongan bijih timah utama semakin merosot akibat sumber galian tersebut yang semakin habis.


Kedudukan Taiping dalam peta negeri Perak

Di bawah pemerintahan British, banyak infrastruktur telah dibina. Kebanyakannya adalah yang pertama dibina seumpamanya dalam seluruh Semenanjung Malaysia. Disebabkan itulah bandar ini digelar 'Bandar Warisan'. Antara infrastruktur2 tersebut ialah:
a) landasan keretapi pertama di Malaysia: Taiping-Kuala Sepetang (Port Weld)
b) stesen keretapi pertama di Malaysia: Stesen Keretapi Taiping
c) resort tanah tinggi pertama di Malaysia: Bukit Larut (Maxwell Hill)
d) pelabuhan pertama di Malaysia: Kuala Sepetang (Port Weld)
e) taman tasik buatan pertama di Malaysia: Taman Tasik Taiping
f) hospital pertama di Malaysia: Hospital Taiping
g) muzium pertama di Malaysia: Muzium Perak, Taiping
h) bangunan pasar pertama di Malaysia: Pasar Taiping
i) penjara pertama di Malaysia: Penjara Taiping
j) menara jam pertama di Malaysia: Menara jam Taiping
k) lapangan terbang pertama di Malaysia: Lapangan Terbang Tekah, Taiping
l) zoo pertama di Malaysia: Zoo Taiping & Night Safari


Stesen Keretapi Taiping (stesen keretapi pertama di Malaysia)


Hospital Taiping (hospital pertama di Malaysia)


Pasar Taiping (bangunan pasar pertama di Malaysia)


Penjara Taiping (penjara pertama di Malaysia)


Menara jam Taiping (menara jam pertama di Malaysia)


Lapangan Terbang Tekah, Taiping (lapangan terbang pertama di Malaysia)

Bandar Taiping adalah bandar yang paling lembap di Semenanjung Malaysia atau dalam erti kata lain, bandar yang menerima jumlah hujan yang paling banyak di seluruh Semenanjung Malaysia. Purata hujan tahunan di seluruh Semenanjung Malaysia ialah 2,000-2,500mm setahun, sementara purata hujan tahunan di Taiping sahaja ialah 4,000mm setahun. Disebabkan itulah suhu di sini agak rendah berbanding suhu di bandar2 lain di Semenanjung Malaysia. Hujan memang kerapkali turun di sini.

Taiping sememangnya amat sesuai & terkenal utk aktiviti riadah seisi keluarga. Antara tempat2 yg boleh dilawati di sini ialah Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Zoo Taiping & Night Safari & Muzium Perak.

Taman Tasik Taiping yang seluas 64 hektar adalah tasik buatan pertama di Malaysia. Ia pada mulanya merupakan kawasan perlombongan bijih timah pada kurun ke-19, ketika era pemerintahan British. Selepas kegiatan bijih timah semakin merosot akibat kehabisan sumber galian tersebut, kawasan ini mula dijadikan kawasan rekreasi utk orang awam pada tahun 1880 & kekal sehingga hari ini. Yang menjadikan kawasan taman tasik ini unik berbanding taman2 tasik lain di seluruh Malaysia adalah dengan kehadiran pohon2 angsana di Jalan Residensi di sekeliling taman tasik tersebut. Dahan pohon2 tersebut yang mencecah permukaan air tasik seolah2 seperti membumbungi jalanraya tersebut. Cantik sangat. Pemandangan seperti ini tidak didapati di tempat2 lain di seluruh dunia. Taman tasik ini pernah menjadi lokasi shooting beberapa filem tempatan seperti filem Hapuslah Air Matamu, Azura & Sepi.


Taman Tasik Taiping (taman tasik buatan pertama di Malaysia)


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping



Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping

Bukit Larut atau nama lamanya, Maxwell Hill pulak adalah resort tanah tinggi yang pertama di Malaysia. Ianya mula dibuka pada tahun 1884. Ketinggiannya ialah 1,250 meter dari paras laut. Kawasan resort ini dihiasi dgn rumah2 banglo senibina Inggeris & juga taman2 bunga. Kawasannya tidaklah semaju Cameron Highlands & Genting Highlands. Disebabkan itulah suhu di kawasan peranginan ini masih kekal sejuk sama seperti dahulu. Untuk ke kawasan peranginan Bukit Larut, para pelancong tidak dibenarkan menaiki kenderaan sendiri, sebaliknya menaiki land rover yang dibawa oleh pemandu2 di kaki bukit tersebut. Ramai jugak orang2 tempatan yg mendaki bukit ini selama 3-5 jam. Senaman yang bagus utk badan. Heheh.


Bukit Larut (resort tanah tinggi pertama di Malaysia)


Bukit Larut

Zoo Taiping & Night Safari yang seluas 34 ekar yang terletak berdekatan dgn Taman Tasik Taiping mula dibuka pada tahun 1961 & merupakan zoo yang pertama di Malaysia. Ia juga adalah satu2nya zoo yang terdapat di bahagian Utara Semenanjung Malaysia. Disebabkan itulah zoo ini menerima kunjungan pelancong yg begitu ramai sekali. Di dalamnya terdapat 1,300 ekor haiwan daripada 180 spesis.


Zoo Taiping & Night Safari (zoo pertama di Malaysia)

Perak Muzium di Taiping terletak berdekatan dgn Penjara Taiping. Muzium ini dibuka pada tahun 1883 & merupakan muzium yang pertama di Malaysia. Ia menyimpan & mempamerkan ratusan khazanah berharga negeri Perak. Senibina bangunannya mempamerkan senibina kolonial British yang sangat cantik & unik. Selain Muzium Perak, terdapat banyak lagi bangunan2 tinggalan British yang terdapat di bandar ini yang cantik2 kesemuanya.


Muzium Perak, Taiping (muzium pertama di Malaysia)


Antara bangunan tinggalan British di Taiping

Selain itu, terdapat beberapa lagi tempat2 tumpuan yang lain di dalam bandar Taiping. Antaranya ialah Medan Selera Padang Sarkas yang terletak bersebelahan dgn Balai Bomba. Medan selera ini dikenali sebagai 'Bomba' oleh penduduk tempatan. Yong Tau Foo yang dijual di sini adalah antara yang paling sedap di seluruh Malaysia. Sesiapa yang berkunjung ke Taiping tidak lengkap kunjungannya kalau tidak merasa Yong Tau Foo Taiping yang amat terkenal.


Yong Tau Foo Taiping

Taiping Sentral adalah pusat membeli belah yang utama di bandar Taiping. Ia sebenarnya baru sahaja dibina 2 tahun lepas. Terletak bersebelahan dengan TESCO, kedua2 kompleks membeli-belah ini menjadi tumpuan utama penduduk tempatan utk bersosial. Sekolah2 yang terkenal di bandar ini pulak ialah MRSM Taiping, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) & SMK King Edward VII.


Taiping Sentral & TESCO Taiping

Itu sahajalah yang aku nak ceritakan tentang bandar Taiping. Harap2 korang semua akan berminat utk berkunjung ke sini. Tak rugi datang sini. Sesiapa yang datang berkunjung ke sini selalunya akan jatuh hati dgn bandar ini & akan datang lagi ke sini berulangkali utk menikmati keindahan bandar ini terutama sekali taman tasiknya yang sangat cantik. Sesiapa yang berhajat nak berkunjung ke sini, contact2 la aku. Mana tahu, kot2 aku free hari tu. Boleh aku bawak korang jalan2 keliling Taiping. :)

21 buah komen:

Anonymous Sunday, December 19, 2010 at 12:08:00 AM GMT+8  

salam..

saya suka dgn entri nih.
suami saya org taiping. mmg diakui taiping mmg cantik.

satu lagi tarikan di port weld ialah mee udang.

---mrs. nazri---

eeeda Sunday, December 19, 2010 at 12:19:00 AM GMT+8  

saya tak pernah sampai ke taiping.. tengok kat n3 nie... rasa berkobar2 nak ke sana... mungkin tahun depan kot.

dandelion kiss Sunday, December 19, 2010 at 12:20:00 AM GMT+8  

woooo,minat gi perak
sebab bangunannya banyak yang tak berubah. still macam asal.
bangunan bersejarahnyapun banyak.
lain kali nak ke sana lagi. masa tu, leh perabihkan gaji doc jhaz waaaa

iBu...gUru Sunday, December 19, 2010 at 12:40:00 AM GMT+8  

salam......... tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain......rumah opah ........Air Kuning Taiping

kakLuna Sunday, December 19, 2010 at 8:19:00 AM GMT+8  

jhaz org parit buntaq suka pi taiping ya. akak prefer penang...sama jauh tp penang banyak pilihan lg. cuma bab taman tasik taiping mmg x de tmpt boleh challenge. cantik, bersih dan damai! harapnya kekal lah begitu sampai bila2...

Nama Saya Syafiqah Sunday, December 19, 2010 at 11:07:00 AM GMT+8  

oh Taiping..
tempat yang sangat bersejarah,
kenangan semasa zaman bersekolah dahulu..
MRSM TAIPING(2007/2008)..

mama ju, Sunday, December 19, 2010 at 12:30:00 PM GMT+8  

Aslkm Dr Jhaz

Terimakasih kerana info yg menarik ttg Taiping,gambar2 ttg tasik tu memang indah sekali. Teringin gak ke sana...

mama ju, Sunday, December 19, 2010 at 12:34:00 PM GMT+8  

mama pegi ke DANDEL...Hehe jumpa list si kacak.....(oooo ni rupanya si kacak!)

Werdah Sunday, December 19, 2010 at 5:40:00 PM GMT+8  

Salam..

MasyaAllah.. tumpang tengok gambar kerana saya juga bersekolah di Taiping.. anak juga pernah belajar di MRSM Taiping... nostalgia...

Zie Sunday, December 19, 2010 at 9:44:00 PM GMT+8  

salam..dulu-duluuu punya sy slalu jugak jengah blog awk, just jadik silent reader aje.

dulu awk x keje lg, skrg dah keje upanya..

selamat bekerja ya..dah balik mesia upenye..;)

Anonymous Sunday, December 19, 2010 at 10:00:00 PM GMT+8  

Hang kirim salam kat kawan aku Dr Awisul Jabatan Anaes. Dia tu bagus, suka tolong orang.

MULAN Monday, December 20, 2010 at 11:03:00 PM GMT+8  

tak jumpa tempat yong tau foo tu laaa... nanti balik taiping, kita roger2 ya..

yus Tuesday, December 21, 2010 at 7:32:00 PM GMT+8  

salam...

da jadi acara tahunan famili kami brkujung ke taiping skali stahun.. syok kalau keje kat sana, x mcm hidup di KL...

nadz Friday, February 4, 2011 at 5:51:00 PM GMT+8  

~ i've been there!!
saya ke taiping utk buat course work ttg recs... nice place at all.. :p

suhud Saturday, February 19, 2011 at 6:47:00 AM GMT+8  

taiping bagus juga buat dikunjungi kapan-kapan...

Anonymous Friday, September 28, 2012 at 2:44:00 AM GMT+8  

tmpat makan yong tau fu yang sedap kat taiping ialah TIGER CORNER bersebelahan dengan sekolah rendah kinf edward (1) , atau dekat ngan ibu pejabat polis yang baru...

NuR SYaZWaNi MoHaMaD NooR Saturday, June 29, 2013 at 3:16:00 AM GMT+8  

saya duduk belakang sekolah rendah K.E ... dekat sangat dengan taman tasik, zoo, TS (Taiping Sentral) hehe

Faiz Nor Sunday, September 22, 2013 at 1:43:00 PM GMT+8  

Kpg sy di Taiping.....tempat yang menarik. Perlu banyak promosi supaya pelancung asing datang ke Taiping. Bangunan lama harus dikekalkan dan dibaiki...Station keretapi yang lama harus dibaiki...dan perlu tinggalkan sejarahnya walaupun sekarang ni bangunan baru sudah hampir siap....Tahniah blog yang menarik.

Anonymous Thursday, March 19, 2015 at 8:29:00 PM GMT+8  

Best jg ya. Nk p la.....

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP