TeRiMa KaSiH SeMua...

>> Sunday, March 14, 2010



OK. Ramai yang message aku dalam Shoutbox, dalam comments & tak kurang jugak yg even add aku on Yahoo Messenger tertanya2 mana aku dapat duit utk pergi jalan2 ke banyak negara ni. Siap ada yang ingat aku ni anak Dato' yang kaya-raya la, aku bekerja sambilan waktu belajar la, aku buat bisnes travelling la. Hahah. Kelakar la pulak. Hakikatnya, semua tu adalah salah sama sekali. Aku bukannya anak Dato', aku tak pernah buat bisnes travelling & aku takde kerja sambilan. Well, aku pernah la kerja distribute flyers dari rumah ke rumah kat Dublin empat tahun dulu. Tapi tu kejap je la. Penat gile kot kerja tu. Kerja 8 jam sehari (waktu weekend) & berjalan kaki berbelas-belas kilometer. Huhuhu. Tapi hasil pendapatannya agak lumayan la. Hehe.

OK. Just to make things clear, aku sebenarnya adalah pelajar perubatan di Dublin, Ireland di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Setiap bulan JPA akan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun pelajar2 tajaannya. Dengan wang elaun tu laa aku merealisasikan hasrat aku utk mengembara ke seberapa banyak negara yang aku termampu sewaktu cuti panjang (Summer Break, Winter Break, Easter Break). Aku sekadar ingin menggunakan peluang & kesempatan yang ada untuk menyahut seruan Allah SWT seperti firman-Nya di dalam Al-Quran:

Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagimu. Maka, berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepada-Nya sajalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (Surah Al-Mulk: ayat 15)

So, technically, duit yang aku gunakan untuk travelling bukanlah daripada hasil titik peluh aku. Tetapi ianya adalah hasil titik peluh rakyat2 Malaysia hasil daripada kutipan cukai pendapatan. Disebabkan itulah aku merasakan yang aku bertanggungjawab utk menceritakan segala pengalaman pengembaraan aku di dalam blog ni. Itulah satu2nya cara yang termampu aku lakukan utk membalas jasa rakyat2 Malaysia. Tanpa hasil titik peluh korang semua, tak mungkin aku mampu memijakkan kaki sehingga ke 43 buah negara. Terima kasih rakyat Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak tahu, pengajian perubatan aku di Dublin sepatutnya tamat 2 tahun yang lalu. Akan tetapi, aku terpaksa extend another 2 years disebabkan terlalu banyak aral melintang sewaktu aku Final Year & jugak within this 2 years period. Bermacam-macam dugaan yang timbul. But I never gave up. Alhamdulillah, now, I'm looking forward to pass my final paper in this coming April (doa-doakan ye). After I have passed that paper, I'll surely go back to Malaysia for good to serve our beloved country. InsyaAllah.

Sesungguhnya, hanya Allah SWT sajalah yang tahu betapa hancurnya hati aku kerana tak dapat bergraduasi bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas aku yang sama-sama mengharungi segala suka-duka selama bertahun-tahun lamanya di Dublin. Walaupun ianya teramat pahit untuk ditelan, tapi aku tetap tabahkan hati. Aku cuba untuk memandang ke arah positif. Mungkin ada rahmatnya aku ditakdirkan untuk extend another 2 years di perantauan. Mungkin Allah ingin memberi aku kesempatan untuk terus mengembara melihat alam ciptaan-Nya.

So, within this extra 2 years, I took the opportunity to travel to few more countries like Iceland, Malta, Cyprus, Jordan, Syria & Lubnan. Travelling sahajalah yang dapat mengubati kesedihan aku. Aku bersyukur dengan nikmat pengalaman yang diberi walaupun adakalanya aku cemburu melihat rakan-rakan sebaya aku yang lain yang sudah berkerjaya dan sebagainya. Namun, rezeki seseorang itu adalah hak ketentuan Allah. Siapalah aku untuk melawan ketentuan-Nya. Kita hanya berusaha & merancang. Tetapi, Dialah yang Maha Menentukan segala-galanya.

Mungkin ada juga sesetengah orang berpendapat yang aku ini riak & suka menunjuk-nunjuk dengan pencapaian aku menjejakkan kaki di banyak negara. Hakikatnya, tak pernah terdetik sekali pun di hati kecil aku untuk menunjuk-nunjuk. Niat aku hanyalah untuk berkongsi pengalaman & ilmu yang aku perolehi bersama-sama dengan orang lain. Aku tahu aku tak akan hidup lama dalam dunia ni. Mungkin ajal aku akan tiba esok. Mungkin lusa. Mungkin minggu depan. Wallahu 'alam. Itu semua adalah ketentuan Allah. Namun, yang pastinya, aku akan tetap kembali semula ke pangkuan-Nya. Maka, disebabkan itulah aku ingin menggunakan kesempatan yang ada ini untuk berkongsi apa yang aku ada bersama dengan korang semua.

Salah satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a ada berbunyi:

Apabila mati seorang anak Adam itu, maka terhentilah segala amalnya kecuali 3 perkara:-

1. Sedekah amal jariah yang berjalan terus

2. Ilmu yang berguna dan terus diamalkan

3. Anak yang soleh yang mendoakan baginya


Oleh itu, apabila aku sudah tiada di dunia ni nanti, aku harapkan semoga segala ilmu pengetahuan yang telah aku kongsikan bersama di dalam blog ini dapat dijadikan panduan & amalan buat mereka yang masih hidup. Ini sahajalah jalan amal yang termampu aku lakukan buat masa sekarang untuk menyelamatkan diri aku di akhirat sana nanti.

Untuk pengetahuan korang, semua travelog yang dipublish dalam blog ni sebenarnya sudah lama aku siapkan. Aku siapkan kesemuanya sewaktu cuti panjang & juga cuti hujung minggu. Itu sahajalah masa lapang yang aku ada sebagai pelajar perubatan ni. Dan kesemua travelog tu cuma menunggu masa sahaja utk dipublish dalam blog ni. Oleh itu, apa yang aku harapkan, korang semua akan terhibur & akan mendapat banyak informasi dari luar negara dengan membaca blog aku ni. Jangan tengok gambar-gambar saja ye. Sia-sia je aku tulis panjang2 kalau hanya gambar-gambar sahaja yang diberi perhatian. :)

Satu perkara lagi, aku mintak maaf banyak-banyak buat mereka yang ingin meng'add' aku di FACEBOOK. Buat masa sekarang, aku cuma boleh 'confirm'kan 'Friend Request' daripada mereka yang aku rapat & yang aku kenali sahaja atas sebab-sebab tertentu. Walau bagaimanapun, korang boleh add aku on Yahoo Messenger. InsyaAllah aku akan approve. :)

Last but not least, terima kasih semua aku ucapkan kerana telah memberi banyak sokongan kepada blog Aku Sebutir Pasir selama ini. Tanpa sokongan korang, tak mungkin blog ini mampu bertahan sehingga ke hari ini dalam tempoh masa lebih daripada 5 tahun. Aku juga ingin memintak maaf sekiranya aku ada melukakan hati mana-mana pihak. Aku hanyalah hamba-Nya yang lemah yang tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan.

InsyaAllah, aku akan terus berusaha untuk terus menghidupkan blog ni sedaya mana yang aku mampu. :)


Peta yang menunjukkan 43 buah negara yang telah aku jejaki hasil titik peluh rakyat Malaysia

36 buah komen:

catz Sunday, March 14, 2010 at 8:50:00 AM GMT+8  

salam jhazkitaro,

saya selalu membaca catatan perjalanan dan pengembaraana saudara.
keep sharing ya.
dan saya kagum juga kerana di samping belajar, jhaz berjaya mengembara. Pengalaman mengembara yang mahal. Oleh kerana saya juga minat travel, jurnal pengembaraaan jhaz sedikit sebanyak membangkitkan semangat saya untuk terus travel dan menjejakkan kaki ke banyak negara lagi.
Saya doakan jhaz berjaya menamatkan pengajian.
:).
keep writing ya..

yusuf mujahidin ™ Sunday, March 14, 2010 at 9:02:00 AM GMT+8  

salam
nice sharing bro..
skurg2nya, bro ade pengalaman ni
lain org lain pengalamannya
kita sama2 share utk manfaat bersama
keep up the gud work bro

moga selamat semuanya..Ameen

zacharias Sunday, March 14, 2010 at 9:10:00 AM GMT+8  

All the best bro. Tapi percayalah, hidup sebagai student lagi best dari kerja..

haha

p/s: selepas 4 tahun aku masih lagi merindui hidup zaman student

silversarina Sunday, March 14, 2010 at 9:18:00 AM GMT+8  

Salam,

Pengalaman mengenali negara orang hanya orang2 terpilih sahaja yang dapat merasainya dan syukur Jhaz adalah seorang daripadanya . Makcik tumpang gembira sebab dapat baca catatan perjalanan jhaz .

All the best to you , InsyaAllah akan bergelar doktor sedikit masa lagi .

Wawan Sunday, March 14, 2010 at 10:16:00 AM GMT+8  

Salam sahabt!

Semga blog ini akn mberikn inspirasi kpd kt smua, dan akn mjd yg trbaik!
Maju terus kak!!

Si DaiSi PuTih Sunday, March 14, 2010 at 10:59:00 AM GMT+8  

gud luck jhaz~ Semoga dipermudah segala urusan dan cepat pulang ke malaysia :)

mohdandmeriam Sunday, March 14, 2010 at 11:57:00 AM GMT+8  

salam jhaz alhamdulillah syukurnya dipermudahkan segala urusan dan perjalanan n pengembaraan jhaz dibumi asing tu. semoga akan kembali ketanah air tak lama lagi.

setiakasih Sunday, March 14, 2010 at 1:22:00 PM GMT+8  

Salam..
Terima kasih kerana menunjukkan aku dunia..

parkbhuthe Sunday, March 14, 2010 at 2:16:00 PM GMT+8  

jhaz...

ngko amik medik eh...nnti keje kat hospital universiti eh...

leh keje ngn aku muehehhehehe
tapi aku abes stadi next year june...

gud luck for your paper k..jawab relax k bro

Mazru Majid Sunday, March 14, 2010 at 5:20:00 PM GMT+8  

salam bro,

Selamat berusaha demi bangsa agama dan negara..

ieda Sunday, March 14, 2010 at 7:05:00 PM GMT+8  

oo..med student..good luck 4 ur final.
elok jg kamu travel sekarang.nti dah keja esp masa HO no way man..masa tu ur life will be..hospital..hospital..hospital...sabar jelah.

Wawan Saini Sunday, March 14, 2010 at 9:24:00 PM GMT+8  

salam abg.
teruskan.
kami akan terus menyokong..:)

anon suria Sunday, March 14, 2010 at 10:28:00 PM GMT+8  

salam..

its nice to share! many many thanks for ur effort .

good luck in your final exam.

ada rezeki..moga kita ketemu di Malaysia nanti. Akak juga kerja ngan kementerian kesihatan .

Cikgu Lin Sunday, March 14, 2010 at 11:12:00 PM GMT+8  

Good luck in your final exam...semoga berjaya.

rezeki Sunday, March 14, 2010 at 11:48:00 PM GMT+8  

salam jhaz

all the best , doa pak itam agar terus suksess dlm pelajaran dan peeperiksaan

insyallah

NASSURY IBRAHIM Monday, March 15, 2010 at 12:50:00 PM GMT+8  

Mengapalah air sungai dan laut negara orang jernih, air sungai dan laut negara kita keruh?

Cantik betul gambar-gambar pemandangan yang ditunjukkan.

kak_ega_punya cerita Monday, March 15, 2010 at 2:16:00 PM GMT+8  

salam from indonesia... agak2 ngebingungin bacanya tapi ok!! karena saya org melayu ga terlalu masalah jadinya...

lam kenal ya.. makasi dah maen ke blog saya :)

MULAN Monday, March 15, 2010 at 3:44:00 PM GMT+8  

ohhoo... thanx for sharing your journey etc... all the best & doa kami jhaz akan pulang tak lama nanti utk berkhidmat utk negara.. toksah le kisah apa org lain kata..

cikMilah Monday, March 15, 2010 at 5:59:00 PM GMT+8  

yeayyyy...terima kasih kerana bagi acknowledgement pada sponsor-sponsor kembara Jhazkitaro ..
hihihi ( refering to us the tax-payer)
Keep on walking and writing...

Anonymous Monday, March 15, 2010 at 10:03:00 PM GMT+8  

banyak nye dpt elaun... elaun terlebih le ni.. bole le govt kurang kan elaun, dan sponsor lebih student..

maymei Nandra Monday, March 15, 2010 at 10:07:00 PM GMT+8  

salam ^^, thanks a lot ar.. hehe.. sambil melihat gambar.. sambil membaca.. jangan risau.. pembacaan akan sentiasa mengiringi.. cuma mata suka menatap gambar yang disajikan... sebab yang dipandang telalu indah dan yang di baca terlalu bermanfaat... saya doakan saudara dapat menamatkan pengajian dengan sukses dan dipermudahkan semuanya oleh Azza wa jalla.. amin insyaAllah

Anonymous Monday, March 15, 2010 at 10:24:00 PM GMT+8  

terima kasih jhaz untuk semua catatan saudara. azam saya tahun ni nak habis baca semua travellog dalam ni. saya doakan anda berjaya untuk paper next month. blog ini sangat berguna untuk semua rakyat malaysia. saya sangat berharap jhaz tak berhenti menulis bila start kerja nanti!

Chit Ana Monday, March 15, 2010 at 10:30:00 PM GMT+8  

Salam saudara,

baru tahu cite sebenar dari mana dapat wang untuk mengembara ;)
memang bagus pengalaman ni dikongsikan bersama,diharapkan terus menulis dan berkongsi ya..tentu ana mengharapkan ada buku setiap tempat yang boleh dijadikan koleksi.
semoga berjaya menamatkan pengajian ya...mudahan memperolehi result cemerlang dan berbakti kat negara nati.ada hikmah apa yang berlaku,mana tahu nati dapat lebih nikmat yang di duga insyaAllah ;)

Allah bless you k..jaga diri hiasi peribadi dekat rantau orang..w'salam

mira amair Tuesday, March 16, 2010 at 8:44:00 AM GMT+8  

best la..tringin jugak nak ke luar negara..

NuR Tuesday, March 16, 2010 at 12:49:00 PM GMT+8  

salam singgah..
terima kasih sudi berkunjung ke blog saya..

nice blog and entry..
penulisan yg baik..
buat diri teruja mahu ke sana....

missgee Tuesday, March 16, 2010 at 2:53:00 PM GMT+8  

Ada sesuatu yang dipelajari di situ..
Pengalaman yg mendewasakan..
Takat mana kita mampu mghadapinya..

P/s: Nasib tak add kat fb..Kalo tak berpeluh2 dok tunggu.. :P hehehehe

Anonymous Tuesday, March 16, 2010 at 6:22:00 PM GMT+8  

Ya, satu catatan yang menarik..mengikuti cerita dan pengalaman seperti kita sedang melancong juga walau pada hakikatnya membaca sahaja...:)
baiyazid mustaffa

MT Tuesday, March 16, 2010 at 9:09:00 PM GMT+8  

thanks for visiting my blog....

insyaAllah satu hari nanti kita jumpa... somewhere in this world :-)

and good luck for you final exam!

Kantong Plastik Wednesday, March 17, 2010 at 11:13:00 AM GMT+8  

assalamu alaikum.
keren..keren..!
hebat, euy!! heheh..

it's okay, gak bisa lulus seperti temen2 kamu yg lain. percayalah, bahwa Allah pasti punya rencana. keep husnudzhan!

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

keep traveling! keep telling!
keep writing!

JHaZKiTaRo Thursday, March 18, 2010 at 8:04:00 AM GMT+8  

terima kasih kpd semua yg memberi komen.. semoga anda semua akan terus memberi sokongan kpd blog Aku Sebutir Pasir yg tak seberapa ni.. :)

Anonymous Thursday, March 25, 2010 at 10:05:00 AM GMT+8  

salam kenalan.

bagus jhaz menceritakan pengalaman dlm blog ni dan juga sbg buku. tahniah!

kesian juga kat jhaz kerana terpaksa extend pengajian 2 tahun.

saya ingin bertanya sedikit. adakah dgn jhaz pergi berjalan ini ada hubung kait dgn pelajaran jhaz?

sbb tgk jhaz telah byk menjelajah bumi tuhan ni, mungkin terlupa sbb utama jhaz di beri biasiswa dan ke bumi orang?

salam

erin zehana Tuesday, March 30, 2010 at 1:52:00 PM GMT+8  

btl gak tu... ilmu yang kita kongsi dan dimanfaatkan org lain past dapat pahala . INSYAALLAH

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP