iCeLaND: BuMi ViKiNG (BHG VI) - SNæFeLLSNeS I

>> Tuesday, March 09, 2010



Hari 4: 31 OGOS 2008

Hari ini adalah Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-51. Aku & Muaz tidak dapat meraikannya bersama-sama dengan warganegara Malaysia yang lain di Dublin kerana kami sedang berada di bumi Iceland. Namun, kami tidaklah begitu terkilan kerana ianya boleh diraikan di mana-mana & dengan sesiapa sahaja asalkan semangat patriotik itu tetap bertakhta di hati.

Pada hari ini, kami berdua akan mengikuti satu lagi tour bersama-sama dengan syarikat tour yang sama, iaitu Reykjavik Excursions. Kali ini kami akan mengikuti tour ke tempat yang lebih jauh berbanding tour semalam. Tour kali ini akan membawa kami ke kawasan Gunung Snæfellsjökull yang terletak di Semenanjung Snæfellsnes di bahagian barat daya negara Iceland. Nama Gunung Snæfellsjökull sememangnya amat sinonim dengan novel 'Journey To The Center Of The Earth', hasil karya penulis novel Perancis yang terkenal yang bernama Jules Verne.


Peta kedudukan Semenanjung Snæfellsnes di Iceland & perjalanan tour kami

Tour kami pada hari ini diberi nama 'The Wonders of Snæfellsjökull', bersempena dengan nama Gunung Snæfellsjökull yang menjadi destinasi utama tour ini. Tiketnya juga sudah kami tempah awal-awal melalui internet sewaktu kami di Dublin. Harganya lebih mahal berbanding harga tiket tour Golden Circle yang kami ikuti semalam. Namun, aku pasti, tour pada hari ini akan lebih menarik berbanding tour semalam kerana jarak perjalanannya yang lebih jauh & tempoh masanya yang lebih lama.

Sama seperti tour semalam, kami berdua akan dijemput oleh van syarikat tour tersebut di hadapan hostel kami. Akan tetapi, pada hari ini, kami akan dijemput seawal pukul 7.30 pagi kerana tour kami akan bermula pada pukul 8.00 pagi dari stesen bas. Oleh itu, kami berdua terpaksa bersiap-siap & bersarapan lebih awal pada hari ini. Selesai sahaja bersarapan, kami pun menunggu di hadapan hostel. Tepat pukul 7.30 pagi, van tersebut pun tiba untuk membawa kami ke stesen bas.

Tour kami pada hari ini menggunakan bas mini & bukannya bas besar seperti tour semalam kerana peserta-peserta tour 'The Wonders of Snæfellsjökull' ini tidaklah begitu ramai. Cuma lebih kurang 10 orang sahaja. Ini mungkin kerana harga tiket tour yang agak mahal. Bas mini yang kami naiki mulai bergerak tepat pukul 8.00 pagi dari stesen bas. Tour ini bermula pada pukul 8.00 pagi & akan berakhir pada pukul 7.00 petang. 11 jam lamanya. Destinasi utamanya ialah Gunung Snæfellsjökull. Walau bagaimanapun, pemandu bas itu turut menurunkan kami di beberapa buah lokasi pilihan yang cantik untuk bergambar di sepanjang perjalanan. Pemandunya yang juga merangkap pemandu pelancong itu tersangatlah ramah. Dia begitu tekun menceritakan kisah setiap tempat yang kami lalui.


Bas mini Reykjavik Excursions

Selepas beberapa minit memulakan perjalanan, kami dibawa singgah ke sebuah stesen minyak terlebih dahulu untuk membeli bekalan makanan kerana tour ini bakal memakan masa yang lama & tidak banyak kedai yang akan kami temui sepanjang perjalanan nanti. Selepas bekalan makanan telah dibeli, kami semua pun menyambung semula perjalanan kami.


Panorama indah berhampiran stesen minyak di Reykjavik, Iceland


Panorama indah berhampiran stesen minyak di Reykjavik, Iceland

Sepanjang perjalanan menaiki bas tour ini, aku dapat menyaksikan keindahan alam semulajadi yang amat mengagumkan. Bukit-bukau, gunung-ganang, kawah-kawah gunung berapi, lava-lava gunung berapi yang telah mengeras, tasik-tasik, sungai-sungai & banyak lagi fenomena alam semulajadi ciptaan yang Maha Esa begitu indah terbentang di hadapan mata aku. Aku cuma mampu mengucapkan kalimah Subhanallah.


Panorama indah di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Panorama indah di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Panorama indah di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Panorama indah di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Panorama indah di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Panorama lava-lava gunung berapi yang telah mengeras di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland

Perhentian pertama kami adalah sebuah kawasan tanah lapang yang berdekatan dengan sebuah gunung berapi yang telah mati. Pemandu bas berhenti di situ supaya kami semua dapat melihat sendiri & bergambar dengan gunung berapi tersebut & juga kawasan di sekitarnya. Saiz gunung berapi itu tidaklah sebesar mana. Mungkin saiznya lebih besar sebelum ia meletus. Keindahan lanskap di tempat kami berhenti ini teramatlah memukau hati. Tiada perkataan yang layak aku ucapkan untuk menggambarkan keindahan panorama yang sedang aku amati selain kalimah Subhanallah. Selepas masing-masing sudah puas bergambar, kami menyambung semula perjalanan kami.


Sebuah gunung berapi di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Sebuah gunung berapi di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Panorama indah di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Panorama indah di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Panorama indah di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland

Dari jauh, Gunung Snæfellsjökull yang diselaputi glacier di bahagian puncaknya sudah kelihatan. Cantik sekali pemandangannya. Untuk pengetahuan anda, glacier adalah selaput ais di puncak atau lembah sesebuah gunung yang telah mengeras selepas suatu tempoh masa yang lama. Ia berbeza dengan salji. Salji cuma ada di sesebuah gunung pada Musim Sejuk sahaja. Sementara glacier pula sentiasa ada tanpa mengira musim, sama ada Musim Sejuk ataupun Musim Panas.

Pemandu bas itu memberitahu kami bahawa kami amat bertuah kerana keadaan cuaca pada hari ini tersangatlah baik. Langit berwarna biru & cerah. Awan pula cuma ada beberapa tompok sahaja. Menurut pemandu bas itu lagi, kawasan ini selalunya mendung & hujan. Dan gunung tersebut juga amat jarang sekali dapat dilihat dari jarak sejauh ini. Alhamdulillah. Aku berasa bersyukur tersangat-sangat kerana diberi peluang sebegini. Gunung Snæfellsjökull kelihatan begitu cantik sekali walaupun dari jauh. Tidak sabar pula aku untuk tiba di kakinya. Panorama di sekeliling kawasan yang sedang kami lalui juga begitu menakjubkan sekali.


Gunung Snæfellsjökull dari jarak jauh, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Gunung Snæfellsjökull dari jarak jauh, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Gunung Snæfellsjökull dari jarak jauh, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Gunung Snæfellsjökull dari jarak jauh, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland

Bersambung...

9 buah komen:

zarch Tuesday, March 9, 2010 at 9:41:00 PM GMT+8  

Asalam, salam ziarah, wah indah bumi Icaland ni, insyaallah saya ada niat nak singgah sana.

wanita mutalib Tuesday, March 9, 2010 at 11:06:00 PM GMT+8  

beruntungnya saudara dapat berjalan tempat cantik macam tuh :)

mama ju Wednesday, March 10, 2010 at 3:12:00 PM GMT+8  

Salam anakanda

Macam mana agaknya rupa gunung tu dr dekat ya!..Tak sabar nak tgk...gunung...payah nak sebut!

Anonymous Wednesday, March 10, 2010 at 3:27:00 PM GMT+8  

salam jhaz, cantiknya pemandangan di iceland ni..selalunya bila iceland yg terlintas difikiran ianya penuh dhn salji/ice hehehe..bukit tu macam bukit batu betulkah..

salwaabubakar Thursday, March 11, 2010 at 12:59:00 AM GMT+8  

salam.
saya pelajar kolej mara banting.
nak bgtau yang kami ada nak buat charity hi-tea dan nk invote ex-kmbians yg bminat.
if you can help me( i really hope u can help me), just contact me at
0134565218
salwa_genius@yahoo.com
sehatiserumpun2.0@hotmail.com

silversarina Thursday, March 11, 2010 at 7:36:00 AM GMT+8  

salam,

baru tau Iceland ada jugak gunung berapi sebab makcik amat jarang baca tentang Iceland tapi suka nya kalau dapat ke sana :)

JHaZ KiTaRo Thursday, March 11, 2010 at 8:34:00 AM GMT+8  

zarzh:
wsalam.. thanx for coming by.. oh.. ada niat ke sana eh?? bagus2..

Wanita itu:
alhamdulillah.. rezeki Allah

mama ju:
wsalam.. insyaAllah saya akan update cepat2.. :)

mohdandmeriam:
wsalam.. yupp... cantik sangat2.. hahah.. waktu winter mmg penuh ais.. waktu summer takde snow.. tapi pemandangan tetap cantik

salwa:
wsalam.. insyaAllah akan disebar2kan..

silversarina:
hahah.. kat sana mmg banyak sangat gunung berapi.. jarang org ambik tau pasal iceland.. ni yg saya cuba nak ceritakan.. :)

Chit Ana Thursday, March 11, 2010 at 9:30:00 AM GMT+8  

salam..

pemandagan yang cantik.bas mini?kat malaysia bentuk macam tu mmg van hehe

WR Friday, March 12, 2010 at 8:13:00 AM GMT+8  

"makcik" bangga dengan anak muda macam anda

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP