TRaVeLoG-TRaVeLoG SeTeRuSNYa

>> Tuesday, March 30, 2010



Salam. Aku ingin meminta maaf banyak-banyak kepada semua pembaca blog Aku Sebutir Pasir kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini dgn travelog-travelog yg terbaru. Buat masa skarang, aku tgh sibuk dgn komitmen lain. InsyaAllah, travelog yg seterusnya akan menyusul tidak lama lagi selepas kesemua komitmen yg penting berjaya dibereskan. Antara travelog-travelog yg bakal menyusul ialah Travelog Manchester & Liverpool, Travelog Malta, Travelog Cyprus & Travelog Bumi Syam (Jordan, Syria & Lubnan).


Manchester & Liverpool


Malta


Cyprus


Bumi Syam (Jordan, Syria, Lubnan)

Kepada mereka yg telah mendapatkan buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari, jutaan terima kasih aku ucapkan. Diharapkan anda semua berpuas hati dengan hasil karya sulung aku dalam bentuk buku tersebut. Sepuluh jari aku susun meminta maaf sekiranya terdapat apa-apa kekurangan. Maklumlah. Hamba baru berjinak-jinak dengan dunia penerbitan buku. Masih banyak yg perlu dipelajari. Buat mereka yg tidak berkesempatan utk mengunjungi Pesta Buku tersebut, buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH boleh dibeli secara online di http://www.pelima.com.my/media/catalog/2. Buat masa sekarang, aku belum mendapat kepastian daripada pihak syarikat berkenaan dengan kedai-kedai buku yang bakal mengedarkan buku tersebut. InsyaAllah, apabila aku sudah mendapat kepastian mengenainya, aku akan uar-uarkan di dalam blog ini. :) Sekali lagi, jutaan terima kasih aku ucapkan atas sokongan yg diberi..

Oh. Dan tidak ku sangka, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang amat terkenal dengan blog http://saifulislam.comnya pun turut membeli buku sulung aku itu. Huhuhu. Sungguh terharu. Untuk pengetahuan semua, Ustaz Hasrizal pernah menetap di Ireland utk beberapa tahun & aku berkesempatan utk bersua muka & menziarahi rumahnya. Sangat peramah orangnya. Beliau juga baru sahaja melahirkan buku terbarunya yg juga turut bertemakan Travelog Turki, bertajuk SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH. InsyaAllah, aku akan mendapatkan buku tersebut sebaik sahaja aku tiba di Malaysia nanti. Tema buku-buku kami mungkin sama, tetapi diolah dari sudut pandangan yang berbeza. Untuk mengetahui perbezaannya, jgn lupa utk mendapatkan kedua-dua buku ini. :)




Read more...

TeRuS TeRaNG..

>> Thursday, March 25, 2010



OK. Aku baru je menerima satu komen daripada seorang yang menggunakan nama ANONYMOUS (Tolong la letak nama sendiri. Nak takut ape??) dalam entri "Terima Kasih Semua". Komennya berbunyi mcm ni:

Salam kenalan. Bagus jhaz menceritakan pengalaman dlm blog ni dan juga sbg buku. Tahniah! Kesian juga kat jhaz kerana terpaksa extend pengajian 2 tahun.

Saya ingin bertanya sedikit. Adakah dgn jhaz pergi berjalan ini ada hubung kait dgn pelajaran jhaz? Sbb tgk jhaz telah byk menjelajah bumi tuhan ni, mungkin terlupa sbb utama jhaz di beri biasiswa dan ke bumi orang?

Salam


OK. First of all. Terima kasih banyak2 aku ucapkan buat ANONYMOUS atas compliment & simpati yang diberi. Aku benar2 berasa terharu. Dan bagi menjawab persoalannya yang mungkin juga turut menjadi persoalan pembaca2 lain, terus terang aku katakan hobi mengembara aku ni takde kena mengena sedikit pun dgn keterpaksaan aku utk extend pengajian selama 2 tahun. Waktu belajar aku belajar. Waktu cuti aku mengembara. Aku tak pernah mencampur adukkan kedua-duanya. Dan aku jugak tak pernah lupa tujuan sebenar aku diberi biasiswa & dihantar ke bumi Ireland. Untuk mendapatkan segulung ijazah utk dibawa pulang ke tanah air. Itu adalah matlamat utama aku dari dulu sehinggalah kini.

Agak banyak kali jugak sebenarnya aku menerima komen2 sebegini. Sebelum ni aku berdiam diri saje. Tapi kali ni, aku dah tak boleh tahan lagi. Aku harap entri ni dapat menjernihkan pandangan2 mereka yg keruh.

Maaf jikalau aku agak emosional dalam entri ini. Mungkin sbb tekanan exam yang semakin hampir. Apa2 pun, aku harap si ANONYMOUS mendapat jawapan yang diingininya. Terima kasih atas persoalan yg ditimbulkan. Mungkin ianya hanya bersifat teguran & peringatan semata2.. :)

Read more...

PeLaNCaRaN BuKu TRaVeLoG TuRKi: BuMi KHaLiFaH

>> Wednesday, March 17, 2010



Alhamdulillah, buku pertama aku yang bertajuk TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH yang diterbitkan oleh syarikat PELIMA MEDIA SDN BHD sudah siap dicetak & akan dilancarkan pada HARI KETIGA (AHAD) PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR di PWTC yang akan bermula lusa (19 MAC 2010) & akan berakhir pada 28 MAC 2010. Syarikat PELIMA MEDIA SDN BHD akan menggunakan booth G03 (SUFI CUBE) di DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC.

Buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH ini memuatkan kisah pengembaraan aku berkelana selama 13 hari di bumi Turki. Dalam tempoh 13 hari tersebut, aku telah menjejakkan kaki di 7 buah bandar, iaitu Istanbul, Ankara, Konya, Ephesus, Troy, Bursa & Edirne. Pengalaman yang aku ceritakan di dalam buku ini turut disulamkan bersama dengan informasi sejarah, geografi & politik bumi Khalifah tersebut & juga setiap satu tempat yang aku kunjungi. Untuk memeriahkan lagi isi kandungan buku ini, berpuluh-puluh gambar tempat-tempat yang aku lawati turut dilampirkan bersama.

Harapan aku, semoga hasil karya sulung aku ini akan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang berhajat untuk berkunjung ke bumi Turki & juga dapat memberi informasi berguna kepada mereka yang sedang membuat kajian berkenaan bumi Khalifah ini. Segala maklumat yang terkandung di dalam buku travelog ini diperoleh daripada pengalaman peribadi & pembacaan yang dilakukan secara intensif.

Oleh itu, bagi yang berminat untuk mendalami tentang bumi Turki dari kaca mata aku, jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH ini yang akan mula dilancarkan pada HARI KETIGA (AHAD) PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (19-28 MAC 2010). Syarikat PELIMA MEDIA SDN BHD akan menggunakan booth G03 (SUFI CUBE) di DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC. Mereka yang membeli buku ini di Pesta Buku tersebut akan mendapat potongan harga & juga berpeluang untuk bergambar berlatarbelakangkan salah satu pemandangan di negara Turki.

Sekiranya buku ini mendapat sambutan yang menggalakkan, insyaAllah aku akan meneruskan projek pembukuan travelog-travelog aku yang seterusnya seperti TRAVELOG ANDALUSIA: PERMATA ISLAM YANG HILANG, TRAVELOG MESIR: BUMI TAMADUN, TRAVELOG MOROCCO: PERMATA ISLAM DI UFUK BARAT, TRAVELOG SYAM: BUMI ANBIYAK, TRAVELOG BOSNIA & HERZEGOVINA: JAMBATAN ANTARA ISLAM DAN EROPAH & beberapa lagi. InsyaAllah...

p/s: InsyaAllah, buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH ini akan diedarkan di kedai-kedai buku seluruh Malaysia selepas tamatnya Pesta Buku.




Read more...

TeRiMa KaSiH SeMua...

>> Sunday, March 14, 2010



OK. Ramai yang message aku dalam Shoutbox, dalam comments & tak kurang jugak yg even add aku on Yahoo Messenger tertanya2 mana aku dapat duit utk pergi jalan2 ke banyak negara ni. Siap ada yang ingat aku ni anak Dato' yang kaya-raya la, aku bekerja sambilan waktu belajar la, aku buat bisnes travelling la. Hahah. Kelakar la pulak. Hakikatnya, semua tu adalah salah sama sekali. Aku bukannya anak Dato', aku tak pernah buat bisnes travelling & aku takde kerja sambilan. Well, aku pernah la kerja distribute flyers dari rumah ke rumah kat Dublin empat tahun dulu. Tapi tu kejap je la. Penat gile kot kerja tu. Kerja 8 jam sehari (waktu weekend) & berjalan kaki berbelas-belas kilometer. Huhuhu. Tapi hasil pendapatannya agak lumayan la. Hehe.

OK. Just to make things clear, aku sebenarnya adalah pelajar perubatan di Dublin, Ireland di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Setiap bulan JPA akan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun pelajar2 tajaannya. Dengan wang elaun tu laa aku merealisasikan hasrat aku utk mengembara ke seberapa banyak negara yang aku termampu sewaktu cuti panjang (Summer Break, Winter Break, Easter Break). Aku sekadar ingin menggunakan peluang & kesempatan yang ada untuk menyahut seruan Allah SWT seperti firman-Nya di dalam Al-Quran:

Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagimu. Maka, berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekinya. Dan hanya kepada-Nya sajalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan. (Surah Al-Mulk: ayat 15)

So, technically, duit yang aku gunakan untuk travelling bukanlah daripada hasil titik peluh aku. Tetapi ianya adalah hasil titik peluh rakyat2 Malaysia hasil daripada kutipan cukai pendapatan. Disebabkan itulah aku merasakan yang aku bertanggungjawab utk menceritakan segala pengalaman pengembaraan aku di dalam blog ni. Itulah satu2nya cara yang termampu aku lakukan utk membalas jasa rakyat2 Malaysia. Tanpa hasil titik peluh korang semua, tak mungkin aku mampu memijakkan kaki sehingga ke 43 buah negara. Terima kasih rakyat Malaysia.

Mungkin ramai yang tidak tahu, pengajian perubatan aku di Dublin sepatutnya tamat 2 tahun yang lalu. Akan tetapi, aku terpaksa extend another 2 years disebabkan terlalu banyak aral melintang sewaktu aku Final Year & jugak within this 2 years period. Bermacam-macam dugaan yang timbul. But I never gave up. Alhamdulillah, now, I'm looking forward to pass my final paper in this coming April (doa-doakan ye). After I have passed that paper, I'll surely go back to Malaysia for good to serve our beloved country. InsyaAllah.

Sesungguhnya, hanya Allah SWT sajalah yang tahu betapa hancurnya hati aku kerana tak dapat bergraduasi bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas aku yang sama-sama mengharungi segala suka-duka selama bertahun-tahun lamanya di Dublin. Walaupun ianya teramat pahit untuk ditelan, tapi aku tetap tabahkan hati. Aku cuba untuk memandang ke arah positif. Mungkin ada rahmatnya aku ditakdirkan untuk extend another 2 years di perantauan. Mungkin Allah ingin memberi aku kesempatan untuk terus mengembara melihat alam ciptaan-Nya.

So, within this extra 2 years, I took the opportunity to travel to few more countries like Iceland, Malta, Cyprus, Jordan, Syria & Lubnan. Travelling sahajalah yang dapat mengubati kesedihan aku. Aku bersyukur dengan nikmat pengalaman yang diberi walaupun adakalanya aku cemburu melihat rakan-rakan sebaya aku yang lain yang sudah berkerjaya dan sebagainya. Namun, rezeki seseorang itu adalah hak ketentuan Allah. Siapalah aku untuk melawan ketentuan-Nya. Kita hanya berusaha & merancang. Tetapi, Dialah yang Maha Menentukan segala-galanya.

Mungkin ada juga sesetengah orang berpendapat yang aku ini riak & suka menunjuk-nunjuk dengan pencapaian aku menjejakkan kaki di banyak negara. Hakikatnya, tak pernah terdetik sekali pun di hati kecil aku untuk menunjuk-nunjuk. Niat aku hanyalah untuk berkongsi pengalaman & ilmu yang aku perolehi bersama-sama dengan orang lain. Aku tahu aku tak akan hidup lama dalam dunia ni. Mungkin ajal aku akan tiba esok. Mungkin lusa. Mungkin minggu depan. Wallahu 'alam. Itu semua adalah ketentuan Allah. Namun, yang pastinya, aku akan tetap kembali semula ke pangkuan-Nya. Maka, disebabkan itulah aku ingin menggunakan kesempatan yang ada ini untuk berkongsi apa yang aku ada bersama dengan korang semua.

Salah satu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a ada berbunyi:

Apabila mati seorang anak Adam itu, maka terhentilah segala amalnya kecuali 3 perkara:-

1. Sedekah amal jariah yang berjalan terus

2. Ilmu yang berguna dan terus diamalkan

3. Anak yang soleh yang mendoakan baginya


Oleh itu, apabila aku sudah tiada di dunia ni nanti, aku harapkan semoga segala ilmu pengetahuan yang telah aku kongsikan bersama di dalam blog ini dapat dijadikan panduan & amalan buat mereka yang masih hidup. Ini sahajalah jalan amal yang termampu aku lakukan buat masa sekarang untuk menyelamatkan diri aku di akhirat sana nanti.

Untuk pengetahuan korang, semua travelog yang dipublish dalam blog ni sebenarnya sudah lama aku siapkan. Aku siapkan kesemuanya sewaktu cuti panjang & juga cuti hujung minggu. Itu sahajalah masa lapang yang aku ada sebagai pelajar perubatan ni. Dan kesemua travelog tu cuma menunggu masa sahaja utk dipublish dalam blog ni. Oleh itu, apa yang aku harapkan, korang semua akan terhibur & akan mendapat banyak informasi dari luar negara dengan membaca blog aku ni. Jangan tengok gambar-gambar saja ye. Sia-sia je aku tulis panjang2 kalau hanya gambar-gambar sahaja yang diberi perhatian. :)

Satu perkara lagi, aku mintak maaf banyak-banyak buat mereka yang ingin meng'add' aku di FACEBOOK. Buat masa sekarang, aku cuma boleh 'confirm'kan 'Friend Request' daripada mereka yang aku rapat & yang aku kenali sahaja atas sebab-sebab tertentu. Walau bagaimanapun, korang boleh add aku on Yahoo Messenger. InsyaAllah aku akan approve. :)

Last but not least, terima kasih semua aku ucapkan kerana telah memberi banyak sokongan kepada blog Aku Sebutir Pasir selama ini. Tanpa sokongan korang, tak mungkin blog ini mampu bertahan sehingga ke hari ini dalam tempoh masa lebih daripada 5 tahun. Aku juga ingin memintak maaf sekiranya aku ada melukakan hati mana-mana pihak. Aku hanyalah hamba-Nya yang lemah yang tidak pernah lepas daripada melakukan kesilapan.

InsyaAllah, aku akan terus berusaha untuk terus menghidupkan blog ni sedaya mana yang aku mampu. :)


Peta yang menunjukkan 43 buah negara yang telah aku jejaki hasil titik peluh rakyat Malaysia

Read more...

iCeLaND: BuMi ViKiNG (BHG VIII/aKHiR) - BLue LaGooN & ePiLoG

>> Saturday, March 13, 2010



Hari 5: 1 SEPTEMBER 2008

Hari ini bersamaan dengan 1 Ramadhan 1429H, hari pertama umat Islam di sesetengah negara termasuk Ireland menunaikan ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini. Dan hari ini juga adalah hari terakhir aku & Muaz di bumi Iceland. Kami akan meninggalkan negara ini pada waktu petang nanti. Akan tetapi, sebelum berpijak di Lapangan Terbang Keflavik, kami akan singgah dahulu di Blue Lagoon, sebuah lagun yang berunsurkan ‘geothermal spa’ yang terletak dalam perjalanan ke lapangan terbang tersebut. Kami mengambil pakej tour Reykjavik Excursions untuk ke Blue Lagoon. Pakej tersebut termasuk sekali dengan pengangkutan terus ke Lapangan Terbang Keflavik dari lagun itu selepas lebih kurang 2 jam menghabiskan masa di situ. Kami menempah pakej itu melalui internet sewaktu di Dublin.


Peta kedudukan Blue Lagoon di dalam Iceland

Selepas selesai mengemaskan diri & beg-beg, aku & Muaz pun terus mendaftar keluar dari hostel yang kami tumpangi & berjalan kaki menuju ke stesen bas Reykjavik. Setibanya kami di stesen bas itu, bas yang kami nantikan sudah sedia ada di situ. Lalu, kami pun terus masuk ke dalamnya. Bas tersebut bertolak tepat pada pukul 11.00 pagi. Ia tiba di Blue Lagoon 45 minit kemudian.

Apabila sudah tiba di Blue Lagoon, kami meninggalkan beg-beg kami di dalam bas kerana kami akan menaiki bas yang sama untuk ke lapangan terbang nanti. Kami cuma membawa bersama-sama kami barang-barang berharga sahaja seperti dompet, passport & kamera. Tiket untuk masuk ke dalam Blue Lagoon termasuk sekali dalam pakej yang kami ambil. Oleh itu, kami tidak perlu lagi membayar apa-apa.

Aku & Muaz kemudiannya menyewa seluar mandi. Sebelum boleh mandi di dalam lagun tersebut, semua pengunjung dikehendaki membersihkan badan terlebih dahulu dengan mandi di dalam bilik air yang disediakan. Kami mengikut sahaja peraturan yang dikenakan. Selepas mandi di dalam bilik air tersebut, kami menyimpan barang-barang berharga kami di dalam loker yang disediakan. Kami cuma membawa kamera sahaja ke kawasan lagun. Sesampainya kami di kawasan lagun, kami pun terus melompat masuk ke dalamnya. Hahaha.

Aku & Muaz mandi sepuas yang mungkin di dalam Blue Lagoon tersebut yang sememangnya agak panas & menyegarkan. Kami sempat juga menyapu muka & badan kami dengan lumpur-lumpur yang terdapat di dalam lagun ini. Ia dikatakan boleh menyihatkan kulit badan & muka. Ramai sekali pengunjung yang bermandi-manda di dalam lagun ini. Di tengah-tengahnya, kelihatan kepulan-kepulan wap putih. Kami cuba ke kawasan tersebut. Ternyata, air di situ lebih panas berbanding air di pinggir lagun.

Blue Lagoon adalah antara daya tarikan utama pelancong di Iceland. Air panas yang terkandung di dalam lagun ini mempunyai suhu setinggi 40 darjah celcius. Air panas tersebut disalurkan dari kilang janakuasa elektrik berhampiran. Kilang itu menggunakan lava yang terhasil dari perut bumi untuk memanaskan air bagi menjana kuasa elektrik. Air tersebutlah yang kemudiannya disalurkan ke Blue Lagoon. Maka, air tersebut amat kaya dengan kandungan mineral seperti silika & sulfur. Ia dikatakan mampu mengubati penyakit-penyakit kulit seperti psoriasis.

Kami menghabiskan masa hampir 2 jam lamanya di dalam lagun tersebut. Kami sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan & untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan. Kepanasan air di dalam lagun ini menyebabkan kami berasa amat selesa & jikalau boleh, kami tidak mahu keluar dari dalamnya. Walau bagaimanapun, kami tetap perlu mengejar masa kerana bas yang sedang menunggu kami di luar akan bertolak ke lapangan terbang pada pukul 2.15 petang nanti.


Pintu masuk Blue Lagoon, Iceland


Blue Lagoon, Iceland


Blue Lagoon, Iceland


Blue Lagoon, Iceland


Blue Lagoon, Iceland


Blue Lagoon, Iceland


Blue Lagoon, Iceland


Menyapu lumpur di muka di Blue Lagoon, Iceland

Lebih kurang pukul 1.45 tengah hari, iaitu selepas hampir 2 jam kami bermandi-manda di dalam lagun tersebut, kami pun terus melangkah menuju ke bilik mandi utk membersihkan diri & kemudiannya menyalin pakaian. Selepas barang-barang kami diambil dari loker, kami pun terus keluar & menunggu berhampiran dengan bas. Tidak berapa lama kemudian, pintu bas pun dibuka & semua penumpang masuk ke dalamnya. Beberapa ketika selepas itu, bas pun mulai bergerak menuju ke Lapangan Terbang Keflavik. Lebih kurang pukul 2.35 petang, kami pun tiba di lapangan terbang tersebut.

Kami kemudiannya terus mendaftar masuk, melalui zon pemeriksaan sekuriti & menunggu di pintu perlepasan. Penerbangan Icelandair kami ke London dijadualkan berlepas pada pukul 4.10 petang. Walau bagaimanapun, seketika kemudian, satu pengumuman telah dibuat. Penerbangan kami terpaksa ditunda ke pukul 5.10 petang kerana terdapat masalah teknikal. Ramai penumpang mengeluh, termasuklah kami berdua. Kami tiada pilihan lain selain daripada menunggu. Sambil kami berdua menunggu, kami berbual-bual dengan seorang lelaki warganegara United Kingdom yang pernah menetap di Sarawak selama beberapa tahun. Dia menceritakan tentang keseronakannya tinggal di Sarawak. Kami yang tengah bosan menunggu berasa terhibur pula mendengar ceritanya.

Tidak berapa lama kemudian, kesemua penumpang pun dipanggil masuk ke dalam pesawat. Lebih kurang pukul 5.45 petang, barulah penerbangan Icelandair itu berlepas menuju ke London. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam lamanya. Kami berbuka puasa di dalam pesawat. Lebih kurang pukul 9.45 malam waktu tempatan United Kingdom, kami pun tiba di Lapangan Terbang Heathrow dengan selamat.

Pengalaman selama lebih kurang 4 hari di bumi Iceland adalah antara pengalaman unik yang amat sukar untuk aku lupakan. Ini adalah pengalaman pertama aku menjejakkan kaki di sebuah negara yang mempunyai gunung-gunung berapi yang masih lagi aktif & juga yang seringkali dilanda kejadian gempa bumi. Mujurlah tiada kejadian buruk menimpa kami sewaktu berada di sana. Syukur kepada Allah SWT. Ini juga adalah pengalaman pertama aku ke negara yang kedudukan geografinya terletak di barat negara Ireland & juga yang amat hampir dengan Garisan Artik.

Secara jujurnya, Iceland adalah negara yang mempunyai lanskap yang paling cantik sekali yang pernah aku kunjungi. Ianya mungkin sama dengan New Zealand, walaupun aku belum pernah ke negara Kiwi itu. Ternyata, Allah SWT itu Maha Adil. Walaupun negara Iceland, New Zealand & beberapa lagi negara lain yang seangkatan dengannya seringkali ditimpa bencana letusan gunung berapi & gempa bumi, negara-negara tersebut mempunyai lanskap yang bersih, indah & menakjubkan. Tidak hairanlah ramai pelancong berpusu-pusu berkunjung ke Iceland walaupun kos pengangkutan untuk ke negara itu & kos perbelanjaan di situ agak mahal. Mereka semua datang semata-mata untuk menyaksikan sendiri kecantikan alam semulajadi yang ada di bumi tersebut.

Walaupun banyak wang aku telah dihabiskan untuk merealisasikan hajat aku untuk menjejakkan kaki di Iceland, aku tidak pernah menyesal. Sesungguhnya, setiap pengalaman yang aku kutip sewaktu berada di sana lebih tinggi nilainya daripada berbillion wang yang ada di muka bumi ini.

TAMAT. Selepas ini, nantikan pula Travelog Manchester & Liverpool. InsyaAllah...

Read more...

iCeLaND: BuMi ViKiNG (BHG VII) - SNæFeLLSNeS II

>> Thursday, March 11, 2010



Tidak berapa lama kemudian, kami pun tiba di kaki Gunung Snæfellsjökull. Kami tidak dibawa mendaki gunung ini. Tetapi, kami cuma dibawa mengelilingi kawasan sekitarnya sahaja yang terletak di pinggiran Lautan Atlantik. Gunung ini & kawasan persekitarannya telah dijadikan sebuah taman negara dengan nama Snæfellsjökull National Park. Ia adalah satu-satunya taman negara di Iceland yang terletak di pinggiran laut. Gunung Snæfellsjökull yang berlitupkan glacier di bahagian puncaknya walau bagaimanapun tidak dapat dilihat dengan jelas dari kawasan tempat meletak kenderaan kerana ia terlindung di sebalik sebuah gunung lain yang tidak kurang cantiknya.


Gunung yang melindungi Gunung Snæfellsjökull di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Gunung yang melindungi Gunung Snæfellsjökull di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland

Gunung Snæfellsjökull yang setinggi 1,446 meter ini sebenarnya adalah sebuah gunung berapi jenis strato yang telah lama mati. Jikalau cuaca baik, gunung ini dikatakan dapat dilihat dari bandar Reykjavik yang terletak beratus-ratus kilometer jauhnya dari sini. Kawasan di sekelilingnya merupakan perkampungan nelayan yang telah wujud sejak kurun ke-13 lagi. Industri perikanan adalah kegiatan ekonomi yang terpenting di sini.

Seperti yang telah aku katakan sebelum ini, nama Gunung Snæfellsjökull ini amat sinonim dengan novel 'Journey To The Center Of The Earth' yang diterbitkan pada tahun 1864. Novel sains fiksyen tersebut dikarang oleh penulis novel Perancis yang popular yang bernama Jules Verne. Nama Gunung Snæfellsjökull amat sinonim dengan novel tersebut kerana nama gunung ini ada disebut di dalam novel yang terkenal di seluruh dunia itu. Melalui kawah gunung inilah watak protagonis di dalam novel itu memulakan pengembaraannya ke pusat bumi. Di pusat bumi, dia menjumpai pelbagai makhluk-makhluk aneh yang sepatutnya telah pupus berjuta-juta tahun dahulu. Pengembaraannya itu berakhir di kawah Gunung Berapi Stromboli di Itali. Novel 'Journey To The Center Of The Earth' telah banyak kali diadaptasikan ke bentuk filem. Yang terbaru sekali adalah filem keluaran tahun ini yang dilakonkan oleh Brendan Fraser sebagai watak utama.


Novel Journey To The Center Of The Earth


Jules Verne


Filem Journey To The Center Of The Earth lakonan Brendan Fraser

Suasana di Snæfellsjökull National Park ini sememangnya amat menakjubkan. Terdapat banyak lagi sebenarnya tarikan utama di sini selain daripada Gunung Snæfellsjökull. Berdekatan dengan tempat meletak kenderaan, terdapat sebuah binaan yang diperbuat daripada batu yang diberi nama Bardur Snæfellsas. Menarik sekali rekabentuknya. Bardur Snæfellsas adalah satu watak yang terdapat di dalam kisah mistik penduduk-penduduk tempatan.


Bardur Snæfellsas di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Bardur Snæfellsas di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland

Kawasan Djúpalónssandur merupakan satu lagi daya tarikan utama yang terdapat di dalam taman negara ini. Ia terletak di pinggiran Lautan Atlantik. Tebing-tebing tinggi yang terdapat di sini mempunyai rupa bentuk yang pelbagai & amat menakjubkan. Kawasan ini dikatakan terbentuk hasil daripada pembekuan lava-lava gunung berapi yang mengalir ke laut. Aku benar-benar mengagumi pemandangan di kawasan Djúpalónssandur ini. Belum pernah aku melihat bentuk muka bumi yang sedemikian rupa cantiknya. Subhanallah.


Kawasan Djúpalónssandur di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Kawasan Djúpalónssandur di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Kawasan Djúpalónssandur di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Aku & Muaz di kawasan Djúpalónssandur di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Kawasan Djúpalónssandur di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Kawasan Djúpalónssandur di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Kawasan Djúpalónssandur di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Kawasan Djúpalónssandur di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Kawasan Djúpalónssandur di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland

Di kawasan Snæfellsjökull National Park ini juga terdapat beberapa ekor kuda yang diternak oleh penduduk tempatan. Kuda-kuda tersebut adalah daripada baka tulen yang telah hidup di pulau ini sejak beratus-ratus tahun dahulu. Saiz kuda baka tulen Iceland agak kecil berbanding kuda daripada baka-baka lain.


Kuda Iceland di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Kuda Iceland di Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland

Aku & Muaz kemudiannya terus bersiar-siar di sekitar kawasan taman negara ini & mengambil beberapa keping gambar berlatar belakangkan gunung yang melindungi Gunung Snæfellsjökull itu. Indah sekali panorama dalam gambar-gambar yang kami ambil. Terutama sekali gambar panorama gunung tersebut bersama pantulan imejnya yang terlihat di permukaan air sebuah kolam. Panorama tersebut merupakan satu keindahan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terasa seperti di syurga pula kelihatannya. Subhanallah.


Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Snæfellsjökull National Park, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland

Setelah hampir 2 jam kami semua dibawa berjalan-jalan di sekitar kawasan Snæfellsjökull National Park, kami akhirnya kembali semula ke dalam bas. Destinasi seterusnya ialah sebuah restoran untuk makan tengah hari. Sepanjang perjalanan ke restoran itu, kami dibawa melalui kaki Gunung Snæfellsjökull yang dipenuhi dengan batu-batu yang terbentuk daripada lava-lava yang telah membeku beratus-ratus tahun dahulu. Banyak sekali bilangannya. Tidak berapa lama kemudian, kami pun tiba di restoran yang dimaksudkan. Aku tidak makan kerana masih lagi kenyang. Muaz sahaja yang makan. Aku kemudiannya berjalan-jalan seorang diri untuk bergambar lagi bersama-sama dengan Gunung Snæfellsjökull yang masih lagi kelihatan. Aku masih belum puas sebenarnya bergambar dengan gunung itu.


Kaki Gunung Snæfellsjökull yang dipenuhi dengan batu-batu yang terbentuk daripada lava-lava yang telah membeku, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Kaki Gunung Snæfellsjökull yang dipenuhi dengan batu-batu yang terbentuk daripada lava-lava yang telah membeku, Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Gunung Snæfellsjökull di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland

Setelah semuanya selesai makan, kami semua masuk ke dalam bas. Akan tetapi, bas yang kami naiki tiba-tiba mengalami masalah teknikal pula. Enjinnya tidak dapat dihidupkan. Kami semua mulai panik. Pemandu bas itu meminta kami semua bertenang. Dia kemudiannya kembali ke restoran tadi untuk mendapatkan pertolongan. Seketika kemudian, dia datang kembali bersama seorang lelaki. Aku sendiri tidak pasti apa masalah bas tersebut & apa yang lelaki itu telah lakukan. Selepas beberapa ketika, enjin bas tersebut berjaya dihidupkan semula. Kami semua mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu. Kemudian, kami pun meneruskan perjalanan pulang semula ke Reykjavik. Dalam perjalanan pulang, pemandu bas itu membawa kami mengelilingi Gunung Snæfellsjökull yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Snæfellsnes itu. Hanya mereka yang berada di dalam bas tersebut sahajalah yang tahu betapa indahnya panorama yang kami saksikan sepanjang perjalanan mengelilingi gunung itu. Subhanallah.

Dalam perjalanan mengelilingi gunung tersebut, kami singgah sebentar di sebuah persisiran pantai. Ombak Lautan Atlantik yang memukul pinggiran pantai ini teramatlah kuat sekali. Yang menarik tentang pantai ini adalah rupa bentuk batu-batunya yang unik. Selepas mengambil beberapa keping gambar untuk diabadikan, kami kembali semula ke dalam bas.


Persisiran sebuah pantai di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland


Persisiran sebuah pantai di Semenanjung Snæfellsnes, Iceland

Beberapa ketika kemudian, hujan tiba-tiba turun dengan lebat sekali. Mujurlah kami sempat menikmati keindahan Snæfellsjökull National Park sebelum hujan mulai turun. Walau bagaimanapun, hujan itu sebenarnya cuma turun di satu kawasan sahaja. Tidak berapa lama kemudian, kami melalui kawasan yang cerah pula.

Kami tiba semula di kota Reykjavik lebih kurang pukul 6.30 petang. Kami dibawa singgah ke stesen minyak terlebih dahulu untuk mengisi perut-perut yang sedang lapar. Aku hanya membeli roti kosong sahaja. Selepas perut telah diisi, kami pun mulai bergerak. Kesemua peserta tour ini kemudiannya dihantar pulang ke hostel masing-masing termasuklah aku & Muaz. Sesampainya kami di hostel, kami terus menelentangkan badan kami kepenatan. Setelah hilang penat, kami menunaikan solat jamak Asar & Zohor.

Selepas solat, aku keluar semula untuk menikmati pemandangan kota Reykjavik pada waktu senja. Cantik juga pemandangannya. Kemudian, aku & Muaz singgah di sebuah kedai menjual pizza untuk membeli beberapa potong pizza untuk dibawa pulang ke hostel. Sekembalinya kami ke hostel, kami pun menjamu selera dengan menikmati pizza yang enak itu. Selepas solat jamak Maghrib & Isyak, kami pun bersedia untuk melelapkan mata. Belum sempat kami dibuai mimpi, kami menerima sms daripada rakan-rakan di Dublin yang menyatakan bahawa 1 Ramadhan jatuh pada hari esok. Hampir terlupa pula kami bahawa hari ini adalah 29 Sya'aban. Pada malam ini juga, aku & Muaz melafazkan niat puasa sebulan dalam bulan Ramadhan.


Senja di Reykjavik, Iceland


Senja di Reykjavik, Iceland


Senja di Reykjavik, Iceland

Bersambung...

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP