SYuKuR aLHaMDuLiLLaH...

>> Friday, April 22, 2011



Alhamdulillah. Jutaan syukur kpd Allah SWT. Sukar utk aku percayai yg blog Aku Sebutir Pasir ni sudah pun menjangkau usia lebih daripada 6 tahun & masih lagi bertahan sampai ke hari ni. Ingatkan hangat2 taik ayam je mcm sesetengah blog yg lain yg cuma bertahan setakat beberapa tahun je. Hehehe. Apa yg penting bagi seseorang blogger utk terus berblogging adalah konsistensi.

Blog Aku Sebutir Pasir ni lahir pada bulan November 2004. Tujuan asal aku menulis blog ni pada mulanya adalah utk menceritakan pengalaman aku sebagai pelajar Medik di Dublin, Ireland. Tapi entah macam mana boleh terpesong pulak menjadi travelog memandangkan minat aku terhadap travelling yg agak mendalam di samping keinginan aku utk berkongsi segala pengalaman aku dengan pembaca2 blog. :)

Aku juga turut bersyukur kpd Allah SWT kerana akhirnya aku berjaya jugak menamatkan pengajian aku di University College Dublin, Ireland pada tanggal 3 Jun 2010 lalu, tarikh Graduasi aku. Segala penat lelah aku belajar di sana selama 8 tahun, termasuk 2 tahun extended dibalas dgn kejayaan. Impian aku utk menjadi seorang doktor sejak dari kecil lagi akhirnya tercapai jugak. Tempoh pengajian aku sebenarnya lebih lama berbanding sahabat2 aku yg lain. Walaupun aku berasa amat terkilan kerana tak dapat bergraduasi bersama rakan2 sebaya aku, namun di sudut hati, aku sebenarnya tetap bersyukur. Aku bersyukur kerana aku telah diberi kesempatan yg lebih lama utk belajar & di samping itu, aku dapat peluang utk terus mencari pengalaman2 baru dgn mengembara di muka bumi-Nya yang amat luas ini. Sewaktu belajarlah kita mempunyai banyak masa terluang utk mengembara. Badan pun masih sihat lagi. Bila dah mula bekerja, sememangnya amat sukar utk mencari masa terluang. Bila dah pencen nanti pulak, masa terluang memang banyak, tapi tenaga utk berjalan2 mengembara mmg agak kurang, tak macam zaman muda2 dulu. Betul tak?

Tempoh 8 tahun yg diberikan kpd aku itu telah aku gunakan sebaik mungkin bukan sahaja utk meluaskan ilmu pengetahuan aku dalam bidang perubatan, tetapi aku sempat jugak mengembara ke 45 buah negara sewaktu cuti penggal. Alhamdulillah. Rekod aku itu sebenarnya agak sukar utk aku percayai. Sebelum ni, aku tak pernah termimpi pun yang aku mampu utk memijakkan kaki ke negara2 tersebut. Semuanya itu adalah pemberian Allah SWT yg amat2 aku sanjungi. Aku bukan sekadar berjaya mendapat segulung ijazah kedoktoran, malah aku jugak telah berjaya menakluki 45 buah negara. Serasa aku, rekod aku ini belum dapat dipecah oleh mana2 pelajar Malaysia di luar negara. Hehehe. Wallahu 'alam. Dan aku jugak telah berjaya menghasilkan sebuah buku, bertajuk Travelog Turki: Bumi Khalifah tahun lepas. Tahun ni, insyaAllah buku kedua aku yg bertajuk Travelog Andalusia: Permata Islam Yang Hilang akan lahir. Dan jika diizinkan Allah, aku akan cuba menghasilkan lebih banyak lagi buku berkenaan negara2 lain yg ada kaitan dgn sejarah Islam jika ada kesempatan masa. Antaranya ialah Bosnia & Herzegovina, Morocco, Mesir & Bumi Syam (Jordan, Syria & Lubnan).

Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; Kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (Surah Al-'Ankabut: Ayat 20)


Peta negara2 yg sudah aku jejaki


me & my scroll sewaktu Graduation Day in UCD, Dublin, Ireland on 3rd June 2010

Aku juga sebenarnya amat merindui zaman2 belajar kat Ireland dahulu. Rindu kat rakan2 yg sama2 menuntut ilmu kat sana, tak kira senior2 mahupun junior2. Bak kata orang, berkawan biar seribu & tak perlu dibatasi oleh perbezaan umur. Tak kira yg tua ataupun muda, semuanya sama saje, asalkan kita saling menghormati antara satu sama lain. Waktu belajar dulu, tanggungjawab kurang. Banyak masa dapat dihabiskan dgn kawan2. Banyak masa utk enjoy. Tak sama dgn bila dah bekerja sekarang ni. Tanggungjawab besar. Waktu nak enjoy dgn kawan2 pun mcm dah takde. Social life aku sekarang ni hanya tertumpu kat dalam ward saje la bersama2 dgn HO-HO posting yg sama. Bila balik rumah pulak, menghadap internet & Astro aje. Keluar makan malam pun sorang2. Sangat sadis kan hidup aku?? Huhuhuh. I want my old life back soo badly...


With KMBians Class of 2002


UCD+PMC Class of 2008


With classmates (Ilyasak, Aleya, Linie, Maz, Dela, Lina)


With classmates (Farid, Kucop, Manap, Coyeen)


With classmates + Jem


With classmates


With classmates (Ipin, Lan Helmy, Izzuan, Shihab) + Abadi


With classmates (Adie, Fared, Am)


With classmates (Badark, Zettie, Am, Syidah)


With classmates (Zettie, Am, Adie, Rizal)


With classmates (Adie, Rizal, Zettie, Am, Sue)


With friends


With friends


With friends


With friends


With friends


With ex-housemates (Tok Wan, Zaid, Nizam)


With ex-housemates (Acab, Yen, Nizam) + Ali


With friends (Tok Wan, Acab, Johan, Ahmad)


With travelmates (Reza, Jem)


With close friends (Jem, Shafiq Ayman)


With Jem (ex-housemate & best travelmate)


With Reza (ex-housemate & travelmate)


With Azza (ex-housemate)


With Hafizuddin (ex-schoolmate in MRSM Taiping)


With Zaid (ex-housemate & ex-classmate)


With Tok Wan (ex-housemate)


With Acab (ex-housemate)


With Hanif (ex-housemate)


With Izzuan (ex-roommate in KMB, ex-housemate & ex-classmate)


With Raja Azmin (ex-classmate)


With Abadi (ex-housemate)

Sekarang ni, uncle aku & his family sedang menetap di Dublin. Dah lama dah sebenarnya. Sejak bulan Disember tahun 2009 lagi. Uncle aku buat pHD kat Dublin City University. Dia pun minat mengembara mcm aku jugak. So, aku harap dia dapat teruskan legacy aku kat sana. Heheheh.


me & my uncle during my Graduation Day


My uncle & his family in Dublin

Apa2 pun, harapan aku semoga aku dpt habiskan kesemua enam posting dalam tempoh housemenship dalam masa 2 tahun ni. Lepas tu, terus nak lari pergi Klinik Kesihatan. Heheheh. Nak berehat2 kejap buat beberapa tahun sebelum fikir nak buat specialist ke ape ke. Dan aku jugak berharap aku akan diberi kesempatan jugak utk teruskan pengembaraan aku menjejaki negara2 yg belum dikunjungi. Yang paling utama sekali ialah tanah Haram, Mekah. Walaupun aku dah berjaya menjejakkan kaki di banyak negara, bumi Mekah belum lagi aku jejaki. Agak terkilan sebenarnya. Moga satu hari nanti, aku akan menjadi tetamu-Nya di sana...


Mekah Al-Mukarramah



SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


18 buah komen:

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin Friday, April 22, 2011 at 11:16:00 PM GMT+8  

Syukur Alhamdulillah dan Sis sangat menyimpan kekaguman padamu Dik. Moga tempiasnya dapat Sis simpan agar mengelilingi dunia suatu masa nanti. Amin

sonata anak kancil Friday, April 22, 2011 at 11:18:00 PM GMT+8  

salam... sangat seronok melihat negara orang dan banyak pengalaman...bila dah keje masa tidak banyak mengizinkannya...apa lagi bila ada komitmen keluarga...bila ada kelapangan cuti sy pun suka juga berjalan2 ni...

mama ju Friday, April 22, 2011 at 11:38:00 PM GMT+8  

Aslkm

Tahniah Jhaz.
Gambar my Uncle tu cantik.
Moga satu hari nanti ke mekah pula.

My Life Saturday, April 23, 2011 at 1:06:00 AM GMT+8  

salam dr jhaz

alhamdulillah... mudahan ada rezeki untuk kesana (makah) menikmat pengembaraan yg penuh keindahan dan kemanisan..

ibundo Saturday, April 23, 2011 at 7:17:00 AM GMT+8  

Salam. Auntie suka kongsi pngalaman jhaz di sini.

Abdul Munir Sanusi Saturday, April 23, 2011 at 3:55:00 PM GMT+8  

All the best brader. Teringat kenangan berjumpa walaupun sekejap di Jordan.


Doakan eden yang nak final next week. Cuak ni nak grad nih.

Gieyana Saturday, April 23, 2011 at 11:47:00 PM GMT+8  

salam kenal...seronoknya dpt travel serata dunia..neway moga impian nk jd tetamu Allah terlaksana k..

bahazain@gmail.com Sunday, April 24, 2011 at 12:44:00 PM GMT+8  

ASssalamulaikum,
Segulung ijazah belum tentu menjamin kebijaksanaan yg sama luas spt yg diperolehi daripada ilmu dan pengalaman yang sdr timba dalam perjalanan di tengah-tengah alam serta penghuninya. Sedang menanti buku travel/life writing sdr. Tahniah

Anonymous Monday, April 25, 2011 at 1:43:00 AM GMT+8  

lah, dulu study kat ireland kan?

memang pun la, students memang time cuti akan buat jaulah/jejalan ke sekitar europe... and ada je yang fly sampai ke aus. dan nz..

perkara biase je lah pun.

tapi okay je sebab nak kongsi kan?
^^

Zaitun Monday, April 25, 2011 at 9:38:00 AM GMT+8  

InsyaAllah suatu hari nanti akan ke Mekah.

Auntie pun suka jenjalan.

Linda Musa Monday, April 25, 2011 at 10:53:00 PM GMT+8  

seems dat u really miss those moment as student....sabaq naaa....mcm tue la hidup bila dah kerja....memang x de kawan, makan sesorang...balik umah layan internet, layan tv...tue belum lagi time on call...huhu...serius x best, but semua tue pengalaman...manis kalau kenangkan semula nanti...percayalah...coz saya dah lalui...especially time on call tengah malam...malas, mengantuk, scary semua ada....haish~

neway, best tgk u dah travel merata...doa banyak-banyak...jangan putus doa agar di jemput ke Bumi Haram....inshaAllah akan dipermudahkan....ameen

TheFusionTea Tuesday, April 26, 2011 at 8:18:00 AM GMT+8  

Aslmkum, Alhamdulillah, very happy for you. May Allah bless you always. InsyaAllah murah rezeki berpanjangan. Take care.

naim Tuesday, May 3, 2011 at 9:56:00 AM GMT+8  

tentu hebat perjalanan saudara sehingga dapat merentas sehingga 46 buah negara... Ireland tu nmpak lawa tempatnya..

http://akuislam.com/blog/renungan/la-tahzan-sahabat/#axzz1L6NZS9bc

Imran Ahmad Fauzay Tuesday, May 3, 2011 at 11:17:00 AM GMT+8  

Salam doc,

Uncle doc tu lec kt U mana? Mcm familiar. TQ!

maisarah sarah Saturday, May 21, 2011 at 1:56:00 AM GMT+8  

memang rajin mengembara ek....bagus2.huhuhu...bila ag nak mengembara kat ngra org kan.hehehe.thanks for the invite

Anonymous Tuesday, December 27, 2011 at 3:33:00 AM GMT+8  

btul tu.. mengemvara lah selagi blum kahwin.. bila dah kahwin takkan nk mengembara smpai 5 mggu.. melancong seminggu dua ok la..

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP