DaH LaMa TaK MeNuLiS

>> Saturday, January 16, 2010



Assalamualaikum..

Fuhhh.. Dah nak dekat sebulan lamanya blog ni terbiar tanpa sebarang post terbaru. Mujur tak bersawang. Heh. Harap maaf kepada pembaca2 yg ternanti2 post terbaru. Dalam masa sebulan yg lalu, aku agak sibuk dgn pelbagai perkara yg perlu diuruskan. Manuskrip Travelog Turki: Bumi Khalifah tu salah satu daripadanya. Manuskrip tersebut terpaksa diedit semula buat kali kedua untuk tampak lebih menarik & lebih informatif. Masih banyak yang perlu diperbaiki. Harap2nya pihak penerbit dapat membantu dalam usaha untuk menghasilkan sebuah buku yg benar2 akan laku di pasaran.

Perkara kedua pula adalah aku terpaksa kembali semula ke Dublin, Ireland akhir bulan Disember & bukannya akhir bulan Mac spt yg telah dirancang. Ni semua gara2 pihak universiti yg inginkan aku utk mengikuti tutorial seawal bulan Januari. Last minute baru nak beritahu. Tension betul. Akibatnya, aku terpaksa mengawalkan tarikh tiket pulang ke Dublin. Terpaksa bayar RM343.00 kat Air Asia utk tukar tarikh. Mahal jugak la. Banyak perancangan2 aku di Malaysia terpaksa dibatalkan. Huhuhuh. Sabar je la.

So, sekarang ni aku agak sibuk dgn tutorial2 di hospital di Dublin. Tu sebabnya aku tak berapa ada masa utk update blog. Walau bagaimanapun, aku akan cuba untuk meng'update' jugak blog bila ada kelapangan. InsyaAllah. Tentang buku Travelog Turki: Bumi Khalifah tu pulak, aku sendiri tidak pasti bila sebenarnya ianya akan diterbitkan. Menurut kata pihak penerbit sebelum ni, buku tersebut akan diterbitkan seawal bulan Mac & akan dipromosikan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC (19-28 Mac 2010). Wallahu 'alam. Apa2 pun, semuanya terpulang kpd pihak penerbit & juga keizinan drp Allah SWT. Kita hanya merancang. Dia yang yang menentukan segala2nya.

OK la. InsyaAllah aku akan menyambung semula travelog di bumi Balkan dalam masa terdekat ni. Harap bersabar. :)

p/s: Di bawah, aku selitkan gambar2 di Dublin yang telah menerima kehadiran salji yang begitu lebat minggu lepas. Menurut kata rakyat tempatan, ianya adalah salji yang terlebat dalam tempoh masa 50 tahun. Bertuah pulak rasanya aku. Namun, aku agak menderita jugak la sebenarnya sbb suhu di Dublin berada di bawah paras beku selama berminggu2 lamanya. Jumaat & Sabtu lepas, suhu di kota ini jatuh sehingga ke paras -10 darjah celcius. Suhu terendah dalam sejarah kota Dublin. Perghhh.. Mmg sejuk bangat!!!


Henry Street


O'Connell Street


St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


Tasik yang beku di dalam St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


St Stephen's Green Park


Dalam kawasan apartment


Dalam kawasan apartment


O'Connell Street


Grafton Street


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Merpati-merpati kota Dublin di kawasan Terusan 'Grand Canal'


Di pinggiran Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Dua orang sedang berjalan di atas permukaan Terusan 'Grand Canal' yang beku


Seorang lelaki sedang berjalan di atas permukaan Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Terusan 'Grand Canal' yang beku


Belgrave Park


Bersama Snowman di Belgrave Park


Sepasang Snowman & Snowwoman di Belgrave Park


1 buah komen:

SoFie NuR Saturday, January 16, 2010 at 2:57:00 PM GMT+8  

banyaknye snow kat sane...jeles2..
kat simferopol ni je la tak berapa nak snow lagi..tak macam tempat lain kat ukraine ni...tapi tengok weather forecast katenye akan snow lagi hujung bulan ni...huhu..ni pun dah nak sejuk balik dah kat sini..

anyway, good luck!!!

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP