CuTi-CuTi HouSe oFFiCeR

>> Wednesday, December 29, 2010



OK. Dalam entry kali ni, aku nak cerita sket ttg kemudahan cuti sbg House Officer. Basically, House Officer cuma dapat cuti tahunan sebanyak 25 hari sahaja. 25 hari ini termasuklah sekali Emergency Leave & jugak MC. Kejam kan?? Huhuhuh. Nak buat mcm mana. Dah termaktub dlm piagam kementerian.

Housemenship (6 postings) berlangsung selama 2 tahun lamanya. So, dalam masa setahun, seorang House Officer akan melalui 3 postings. 25 hari cuti diberi dalam masa setahun. Oleh itu, dalam setiap posting, House Officer cuma boleh mintak cuti sebanyak 8 hari sahaja (8x3=24). 1 hari yg lebih tu boleh dimintak dlm posting terakhir thn tu.

Selain cuti tahunan, House Officer jugak diberi kemudahan weekend off. Tapi ni terpulang kepada Ketua Jabatan masing-masing la sama ada dia nak bagi atau tidak. Dalam posting yg aku lalui sekarang ni (Medical), aku diberi weekend off sebanyak 3-4 hari dalam masa sebulan. Nasib baik la Ketua Jabatan aku baik hati. So, dlm masa sebulan, dpt la aku lepak2 kat rumah hari Sabtu/Ahad sebanyak 3-4 kali. OK la kot.

So, tu je la serba sedikit cerita ttg cuti2 House Officer. Harap2 lepas ni, cuti tahunan akan ditambah menjadi 30 hari la selepas kelambakan House Officer kat M'sia ni. Huhuhuh.

Read more...

RuMaHKu SYuRGaKu... in KaMuNTiNG

>> Saturday, December 25, 2010



OK. Dalam entry kali ni, aku nak bercerita sikit ttg rumah sewa aku. Hmmm. Actually, pada mulanya aku tak bercadang pun nak menyewa rumah. Plan asalnya, aku nak stay kat Hospital Taiping punye asrama je. Cuma perlu bayar RM40 je setiap bulan. Tapi, waktu aku mula melapor diri masuk ke hospital tu, asrama dah full. Mcm mana tak full, house officers yg dah setahun bekerja still taknak tinggalkan asrama & beri peluang kat junior house officer mcm aku ni. Tension betul. Aku & 3 house officers lain yg sama2 melapor diri pada waktu tu pening kepala nak mencari rumah sewa. 2 org perempuan Melayu & yg seorang lagi lelaki India. Aku mmg takde pilihan lain la selain mencari rumah sewa seorang diri. Takkan la nak tinggal sekali dgn dieorg kot. Tak sesuaaai. Heheh.

Dalam dok pening2 kepala mencari rumah sewa, tiba2 aku teringat yg aku ada seorang kawan perempuan (member sekolah rendah) yg bekerja sbg cikgu kat Taiping. Beberapa minggu sebelum aku mula bekerja, dia ada beritahu aku yg dia boleh tolong carikan rumah sewa kat sekitar Taiping sekiranya aku memerlukan. Aku pun ape lagi. Terus la contact dia. Alhamdulillah. Dia kata dia boleh tolong & dia akan inform aku bila dia dah jumpa mana2 rumah sewa. Dalam masa yg sama, ayah & mak aku pun turut bertungkus-lumus mencari rumah sewa kat area Taiping, tapi malangnya satu pun tak jumpa. Huhuhu. Sementara menunggu respon kawan aku tu, aku terpaksa ulang-alik dari Parit Buntar ke Taiping setiap hari (sejam perjalanan). Huh. Penat gila. Mati la kalau tiap2 hari mcm ni.

Alhamdulillah, lepas 2 hari menunggu, aku mendapat respon daripada kawan aku tu. Dia dah jumpa rumah sewa. Bukan kat area Taiping, tapi kat area Kamunting, sebuah pekan kecil yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari Hospital Taiping. Tak kisah la. Janji jumpa. Aku terus call parents aku utk memberitahu berita gembira tu & hari tu jugak dieorg berdua datang ke Kamunting utk view rumah tu. Keadaan rumah ok la. Not too bad. Cuma perlu dikemas rapi sedikit je. Sewa pun cuma RM250 sebulan. Aku lantas terus bersetuju sbb malas dah nak fikir2 panjang. Lagipun, bukan senang nak cari rumah sewa. Dah dapat satu, dah cukup lega dah. Terima kasih banyak2 kat kawan aku tu. Tanpa pertolongan dia, aku mungkin sampai sekarang terpaksa ulang alik Parit Buntar-Taiping. Huhuhuh. Jasamu sangat2 dikenang.

Rumah sewa aku ni sebenarnya rumah yg ditinggalkan kosong tanpa apa2 pun oleh tuan rumah. Mmg kosong-sekosong2nya la. Tak macam rumah2 sewa kat Ireland. Semuanya lengkap dgn perabot2 & segala2nya. Huhuhu. Rumah sewa aku ni ada 3 bilik tidur, ruang tamu, ruang makan, ruang dapur & satu bilik air. Utk melengkapkan kehidupan aku di rumah, parents aku tolong belikan bermacam2 perabot & kelengkapan spt meja, katil, almari, dapur, peti ais, TV & macam2 lagi. Guna duit aku la. Heheh. Utk melengkapkan lagi kehidupan aku agar tidak kebosanan seorang diri di rumah, aku install broadband Telekom & langgan Astro. Seriously, aku tak boleh hidup tanpa internet & TV. Kedua2nya tu dah jadi mcm keperluan asas aku kat rumah. Hehehe. Buat masa sekarang, aku lebih selesa tinggal seorang diri. Senang parents aku nak datang setiap minggu. Tetamu2 nak datang pun senang. Tapi, satu hari nanti, mungkin aku akan mencari sorang housemate utk tinggal sekali. Tinggal sorang2 ni kadang2 bosan jugak. Takde member nak berborak2. Huhuhu.

So, itu la serba sedikit cerita ttg rumah sewa aku di Kamunting ni. Sapa2 yg singgah ke Taiping, kalau rajin, meh la singgah ke teratak aku yg tak seberapa ni, yang terletak di kawasan perumahan Taman Desa Jana 1. :)


Rumah sewa aku


Ruang tamu rumah aku


Ruang makan rumah aku


Ruang dapur rumah aku


Bilik aku


Read more...

RiNDu NaK TRaVeL

>> Tuesday, December 21, 2010



Hmmmm. Aku tgh stress sangat dgn kerja aku sekarang ni. Posting Medical kat Hospital Taiping betul2 mencabar kesabaran aku. Busy tak terkata sepanjang hari. Tiba2 je aku rindukan saat2 kebebasan sewaktu belajar di Ireland dulu. Banyak masa utk diri sendiri. Ada masa utk aku mengembara melihat dunia. Ada masa utk travelling. Tak macam sekarang ni. Kerja kerja kerja. Aku betul2 rindu nak travel semula.

Aku sendiri sebenarnya spt tak percaya yg aku sudah pun menjejakkan kaki di 45 buah negara. Alhamdulillah. Aku bersyukur sgt2 kpd Allah SWT kerana telah memberi kesempatan & peluang kpd aku utk mengembara melihat alam ciptaan-Nya yang luas. Allah SWT sendiri sebenarnya menggalakkan hamba2-Nya utk bermusafir & mengembara. Seperti firman-Nya di dalam Al-Quran:

Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; Kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru; Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Ankabut: Ayat 20).

Negara-negara yang telah pun aku jejaki ialah Australia, Austria, Belgium, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Indonesia, Ireland, Italy, Jordan, Latvia, Lebanon, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Monaco, Morocco, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Singapore, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden, Switzerland, Syria, Thailand, Turkey, United Kingdom & Vatican. 35 daripada negara2 ini terletak di benua Eropah. Setiap negara yg aku jejaki ini masing-masing mempunyai keistimewaan yg tersendiri yang tak mampu aku gambarkan hanya dgn menggunakan kata-kata. Setiap sudut muka bumi Allah adalah berbeza & sangat unik. Subhanallah.


Peta yg menunjukkan negara-negara di dunia yg telah aku jejaki


Peta yg menunjukkan negara-negara di benua Eropah yg telah aku jejaki

Budaya travelling sebenarnya amat sinonim dgn pelajar2 Malaysia di luar negara terutamanya di Eropah, dgn adanya kemudahan sistem pengangkutan yg murah, cekap & meluas. Senang nak travel ke mana2. Namun, ada jugak antara pelajar2 ni yg tak menggunakan kesempatan yg ada utk travelling. Dari tahun pertama sampai tahun akhir tak berjalan ke mana2. Hanya lepak kat rumah je. Alasan dieorg, taknak bazirkan duit. Ya Allah. Dieorg ni la antara manusia2 yg paling rugi di muka bumi Allah ni. Wang boleh dicari, tapi peluang keemasan & kesempatan yg dieorg ada ni bukan semua org boleh dapat. Ish3x.

Dan Alhamdulillah juga. Aku telah berjaya menghasilkan sebuah buku yg telah pun berada di pasaran hampir 9 bulan. Buku TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH. Buku ni menceritakan pengalaman aku & sahabat baik aku, Jem mengembara selama 10 hari di bumi Turki. 7 buah bandar kami singgahi, iaitu Istanbul, Ankara, Konya, Ephesus, Troy, Bursa & Edirne. Pengalaman2 kami diselitkan dgn fakta2 sejarah, geografi & macam2 lagi. Buku ni boleh didapati di kedai2 buku berhampiran atau lebih mudah, dibeli secara online di website Pelima Media Sdn Bhd. Dan insyaAllah buku kedua aku akan diterbitkan lebih kurang dalam 2-3 bulan dari sekarang. Tajuknya ialah TRAVELOG ANDALUSIA: PERMATA ISLAM YANG HILANG yang menceritakan pengalaman aku & 3 orang sahabat aku mengembara selama 5 hari di bumi Andalusia, Sepanyol. Bandar2 yg kami berempat jejaki ialah Toledo, Cordoba, Granada & Seville.


Kulit buku Travelog Turki: Bumi Khalifah


Kulit buku Travelog Andalusia: Permata Islam Yang Hilang

Sebenarnya, aku belum puas lagi mengembara melihat dunia. InsyaAllah, jikalau aku mempunyai kelapangan masa di masa hadapan nanti, aku ingin menyambung semula pengembaraan aku mengelilingi dunia. Banyak lagi tempat yg aku ingin jejaki. Apa2 pun, tempat yg paling utama dalam list aku ialah Mekah Al-Mukarramah & Madinah Al-Munawwarah. Moga aku dipanjangkan umur oleh-Nya...

Bagi mereka yg ingin membaca kisah2 pengembaraan aku di 45 buah negara tersebut, silalah ke website Jhazkitaro's Travelogue.

Read more...

TaiPiNG BaNDaR WaRiSaN

>> Saturday, December 18, 2010



OK. Dalam entry kali ni, aku malas nak cerita pasal bidang kerja aku. Sebaliknya, aku nak cerita tentang bandar Taiping, bandar tempat aku bekerja.

Taiping sememangnya amat dekat dgn hati aku sejak kecik lagi. Ini kerana tempat tinggal aku (Parit Buntar) terletak agak berdekatan dgn Taiping. Lebih kurang sejam perjalanan dgn menaiki kereta. Aku & aku keluarga aku amat kerap berkunjung ke Taiping sama ada utk membeli-belah atau sekadar utk berjalan2 makan angin. Aku jugak pernah belajar di MRSM TAIPING selama 2 tahun (1998-1999). MRSM Taiping la yg menjadi batu loncatan bagi aku utk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara (Ireland). Jika aku tidak belajar di situ, mungkin agak mustahil utk aku ke luar negara. Disebabkan itulah aku memohon utk bekerja di Hospital Taiping. Aku ingin menghidupkan kembali nostalgia lama aku di sini. Taiping sesungguhnya amat istimewa dlm diri aku.


MRSM Taiping


MRSM Taiping

Taiping atau nama lamanya, Klian Pauh terletak di dalam daerah Larut, Matang & Selama & merupakan ibu daerah tersebut. Dengan jumlah penduduk seramai 200,000 orang, Taiping adalah bandar kedua terbesar dalam negeri Perak, selepas Ipoh. Taiping pernah menjadi ibu negeri Perak mulai tahun 1876, menggantikan Kuala Kangsar ketika era kegemilangannya sebagai pusat perlombongan bijih timah sewaktu di bawah pemerintahan British. Fungsinya sebagai ibu negeri walau bagaimanapun berakhir pada tahun 1937 selepas Ipoh dinobatkan sebagai ibu negeri Perak yang baru & kekal sehingga ke hari ini. Perusahaan perlombongan bijih timah seterusnya tertumpu di Ipoh & fungsi Taiping sebagai pusat perlombongan bijih timah utama semakin merosot akibat sumber galian tersebut yang semakin habis.


Kedudukan Taiping dalam peta negeri Perak

Di bawah pemerintahan British, banyak infrastruktur telah dibina. Kebanyakannya adalah yang pertama dibina seumpamanya dalam seluruh Semenanjung Malaysia. Disebabkan itulah bandar ini digelar 'Bandar Warisan'. Antara infrastruktur2 tersebut ialah:
a) landasan keretapi pertama di Malaysia: Taiping-Kuala Sepetang (Port Weld)
b) stesen keretapi pertama di Malaysia: Stesen Keretapi Taiping
c) resort tanah tinggi pertama di Malaysia: Bukit Larut (Maxwell Hill)
d) pelabuhan pertama di Malaysia: Kuala Sepetang (Port Weld)
e) taman tasik buatan pertama di Malaysia: Taman Tasik Taiping
f) hospital pertama di Malaysia: Hospital Taiping
g) muzium pertama di Malaysia: Muzium Perak, Taiping
h) bangunan pasar pertama di Malaysia: Pasar Taiping
i) penjara pertama di Malaysia: Penjara Taiping
j) menara jam pertama di Malaysia: Menara jam Taiping
k) lapangan terbang pertama di Malaysia: Lapangan Terbang Tekah, Taiping
l) zoo pertama di Malaysia: Zoo Taiping & Night Safari


Stesen Keretapi Taiping (stesen keretapi pertama di Malaysia)


Hospital Taiping (hospital pertama di Malaysia)


Pasar Taiping (bangunan pasar pertama di Malaysia)


Penjara Taiping (penjara pertama di Malaysia)


Menara jam Taiping (menara jam pertama di Malaysia)


Lapangan Terbang Tekah, Taiping (lapangan terbang pertama di Malaysia)

Bandar Taiping adalah bandar yang paling lembap di Semenanjung Malaysia atau dalam erti kata lain, bandar yang menerima jumlah hujan yang paling banyak di seluruh Semenanjung Malaysia. Purata hujan tahunan di seluruh Semenanjung Malaysia ialah 2,000-2,500mm setahun, sementara purata hujan tahunan di Taiping sahaja ialah 4,000mm setahun. Disebabkan itulah suhu di sini agak rendah berbanding suhu di bandar2 lain di Semenanjung Malaysia. Hujan memang kerapkali turun di sini.

Taiping sememangnya amat sesuai & terkenal utk aktiviti riadah seisi keluarga. Antara tempat2 yg boleh dilawati di sini ialah Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Zoo Taiping & Night Safari & Muzium Perak.

Taman Tasik Taiping yang seluas 64 hektar adalah tasik buatan pertama di Malaysia. Ia pada mulanya merupakan kawasan perlombongan bijih timah pada kurun ke-19, ketika era pemerintahan British. Selepas kegiatan bijih timah semakin merosot akibat kehabisan sumber galian tersebut, kawasan ini mula dijadikan kawasan rekreasi utk orang awam pada tahun 1880 & kekal sehingga hari ini. Yang menjadikan kawasan taman tasik ini unik berbanding taman2 tasik lain di seluruh Malaysia adalah dengan kehadiran pohon2 angsana di Jalan Residensi di sekeliling taman tasik tersebut. Dahan pohon2 tersebut yang mencecah permukaan air tasik seolah2 seperti membumbungi jalanraya tersebut. Cantik sangat. Pemandangan seperti ini tidak didapati di tempat2 lain di seluruh dunia. Taman tasik ini pernah menjadi lokasi shooting beberapa filem tempatan seperti filem Hapuslah Air Matamu, Azura & Sepi.


Taman Tasik Taiping (taman tasik buatan pertama di Malaysia)


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping



Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping

Bukit Larut atau nama lamanya, Maxwell Hill pulak adalah resort tanah tinggi yang pertama di Malaysia. Ianya mula dibuka pada tahun 1884. Ketinggiannya ialah 1,250 meter dari paras laut. Kawasan resort ini dihiasi dgn rumah2 banglo senibina Inggeris & juga taman2 bunga. Kawasannya tidaklah semaju Cameron Highlands & Genting Highlands. Disebabkan itulah suhu di kawasan peranginan ini masih kekal sejuk sama seperti dahulu. Untuk ke kawasan peranginan Bukit Larut, para pelancong tidak dibenarkan menaiki kenderaan sendiri, sebaliknya menaiki land rover yang dibawa oleh pemandu2 di kaki bukit tersebut. Ramai jugak orang2 tempatan yg mendaki bukit ini selama 3-5 jam. Senaman yang bagus utk badan. Heheh.


Bukit Larut (resort tanah tinggi pertama di Malaysia)


Bukit Larut

Zoo Taiping & Night Safari yang seluas 34 ekar yang terletak berdekatan dgn Taman Tasik Taiping mula dibuka pada tahun 1961 & merupakan zoo yang pertama di Malaysia. Ia juga adalah satu2nya zoo yang terdapat di bahagian Utara Semenanjung Malaysia. Disebabkan itulah zoo ini menerima kunjungan pelancong yg begitu ramai sekali. Di dalamnya terdapat 1,300 ekor haiwan daripada 180 spesis.


Zoo Taiping & Night Safari (zoo pertama di Malaysia)

Perak Muzium di Taiping terletak berdekatan dgn Penjara Taiping. Muzium ini dibuka pada tahun 1883 & merupakan muzium yang pertama di Malaysia. Ia menyimpan & mempamerkan ratusan khazanah berharga negeri Perak. Senibina bangunannya mempamerkan senibina kolonial British yang sangat cantik & unik. Selain Muzium Perak, terdapat banyak lagi bangunan2 tinggalan British yang terdapat di bandar ini yang cantik2 kesemuanya.


Muzium Perak, Taiping (muzium pertama di Malaysia)


Antara bangunan tinggalan British di Taiping

Selain itu, terdapat beberapa lagi tempat2 tumpuan yang lain di dalam bandar Taiping. Antaranya ialah Medan Selera Padang Sarkas yang terletak bersebelahan dgn Balai Bomba. Medan selera ini dikenali sebagai 'Bomba' oleh penduduk tempatan. Yong Tau Foo yang dijual di sini adalah antara yang paling sedap di seluruh Malaysia. Sesiapa yang berkunjung ke Taiping tidak lengkap kunjungannya kalau tidak merasa Yong Tau Foo Taiping yang amat terkenal.


Yong Tau Foo Taiping

Taiping Sentral adalah pusat membeli belah yang utama di bandar Taiping. Ia sebenarnya baru sahaja dibina 2 tahun lepas. Terletak bersebelahan dengan TESCO, kedua2 kompleks membeli-belah ini menjadi tumpuan utama penduduk tempatan utk bersosial. Sekolah2 yang terkenal di bandar ini pulak ialah MRSM Taiping, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) & SMK King Edward VII.


Taiping Sentral & TESCO Taiping

Itu sahajalah yang aku nak ceritakan tentang bandar Taiping. Harap2 korang semua akan berminat utk berkunjung ke sini. Tak rugi datang sini. Sesiapa yang datang berkunjung ke sini selalunya akan jatuh hati dgn bandar ini & akan datang lagi ke sini berulangkali utk menikmati keindahan bandar ini terutama sekali taman tasiknya yang sangat cantik. Sesiapa yang berhajat nak berkunjung ke sini, contact2 la aku. Mana tahu, kot2 aku free hari tu. Boleh aku bawak korang jalan2 keliling Taiping. :)

Read more...

MaSaLaH-MaSaLaH YG SeRiNG DiLaLui oLeH HouSe oFFiCeR

>> Wednesday, December 15, 2010



OK. Dalam entry kali ni, aku nak cerita sikit masalah2 yg selalu dilalui oleh House Officers..

Masalah yg paling kerap dan ketara ialah masalah ketika hendak meng'clerk' (mendapatkan maklumat latar belakang) pesakit2 yg bukan berbangsa Melayu yg tidak tahu berbahasa Melayu. Bilangan pesakit2 yg taktau cakap Melayu ni sebenarnya agak ramai jugak la, terutamanya org2 tua. Ya Allah. Seksa sangat nak clerk pesakit2 ni. Kalau boleh cakap English ok la jugak. Ini tak. Tau cakap dalam bahasa ibunda diaorg aje. Come on laa. Ko lahir & dibesarkan di Malaysia. So, ko patut tahu cakap dalam Bahasa Melayu. Walaupun tak fasih, at least boleh la paham & jawab soalan2 yg simple. Ini tak. Kadang2 tu, sepatah haram apa yg aku tanya pun diaorg tak paham. Bayangkan la. Macam mana nak tolong pesakit2 ni kalau ape yg ditanye diaorg tak paham. Kalau ada saudara mara diaorg kat sebelah, aku syukur sangat2. At least aku boleh jugak tanye soalan2 kat family diaorg. Tapi ada jugak yg satu family taktau cakap Melayu. Macam mane tu???? Sakit jiwa aku kadang2. Dah la nurse2 kat ward kebanyakannya Melayu. Takde yg boleh tolong jadi translator. Maka terpaksalah aku mintak tolong House Officers bangsa dieorg je yg tolong clerk pesakit2 tu. Urghhh.. Geram sgt..

Masalah lain yg dilalui ialah saat ketika hendak mengambil sampel darah drp pesakit2 yg mempunyai salur darah yg teramat halus, terutamanya drug addicts & pesakit buah pinggang kronik. MasyaAllah. Nak ambik darah diaorg ni kadang2 sampai satu badan aku cucuk, tapi darah tak keluar2 pun. Lagi seksa kalau nak insert branula. Mmg aku awal2 lagi dah surrender & mintak tolong House Officer senior yg tolong buat. Heheh.

Lagi masalah yg dilalui ialah ketika oncall di mana ada ketikanya pesakit2 baru masuk ward tanpa henti2. Dah la sorang House Officer je yg jaga 2 wards. Aku pernah melalui pengalaman mcm ni sekali sewaktu aku oncall. 15 org pesakit baru masuk ward tanpa henti dari pukul 4.00 petang sampai la pukul 4.00 pagi esoknya. Belum sempat aku habis clerk sorang pesakit, pesakit baru pulak masuk. Rase mcm nak jerit je waktu tu. Terasa 'jonah' sangat. 'Jonah' adalah satu term yg kiteorg label kat doktor2 yg seolah2 spt di'curse'. Setiap kali dia bertugas, mesti ramai pesakit baru masuk. Heheheh.

Sbg House Officer posting Medical, aku perlu tahu perihal kesemua pesakit yg berada di dalam ward aku. Jumlah purata pesakit dalam ward aku ialah 25-30 orang. Gile tak?? Nak menghafal kesemuanya mmg la tak pernah aku berjaya. Mcm nak pecah kepala otak aku. Aku pun taktau mcm mana House Officer lain boleh hafal. Well, diaorg kebanyakannya House Officer senior. So, dah byk experience dah la. Aku yg setahun jagung ni, mmg selalu kena marah dgn Medical Officers & Specialists la sbb ada sesetengah pesakit yg aku terlupa perihal sakit dieorg. Huhuhuh. Sabar je la.. Ape2 pun, aku tetap cuba memperbaiki prestasi kerja aku. Itu yg penting.

So far, itu je la kot masalah2 yg aku lalui sbg House Officer. Kalau ada apa2 lagi yg boleh dikongsikan, aku akan ceritakan kemudian. Adios..

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP