PRoJeK PeMBuKuaN TRaVeLoG

>> Monday, November 30, 2009



Baru-baru ni aku menerima email daripada sebuah syarikat penerbitan buku yang berminat untuk membukukan travelog-travelog aku & memasarkannya ke seluruh Malaysia. Alhamdulillah. Hasrat aku untuk membukukan travelog-travelog aku selama ni tercapai jugak. Nama syarikat penerbitan buku tu biarlah aku rahsiakan buat sementara sbb kami masih dalam proses perbincangan lagi. Belum ada apa-apa kata putus & belum ada apa-apa perjanjian lagi.

Mengikut perancangan aku, aku ingin membukukan dahulu Travelog Turki: Bumi Khalifah. Dalam travelog tersebut, aku menceritakan pengalaman aku selama 10 hari berkelana di bumi Turki. Aku akan memberi butiran-butiran yang lebih mendalam mengenai latar belakang Turki dari sudut geografi, politik, sejarah & sebagainya. Aku jugak akan memberi penekanan terhadap setiap 7 bandar yang aku kunjungi, iaitu Istanbul, Ankara, Konya, Ephesus, Troy, Bursa & Edirne. Penyampaian aku agak bersahaja. Tidaklah begitu berbunga-bunga. Gambar-gambar akan turut diselitkan.

Harap-harapnya hasrat aku untuk membukukan travelog pertama aku, Turki: Bumi Khalifah akan menjadi satu kenyataan. InsyaAllah buku tersebut akan dapat digunakan sebagai panduan oleh rakyat-rakyat Malaysia yang akan berkunjung ke bumi Turki & juga oleh mereka yang berminat untuk mengetahui tentang negara Turki dengan lebih mendalam.

Jikalau buku tersebut berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran, insyaAllah aku akan membukukan travelog-travelog yang seterusnya pula, seperti Travelog Andalusia: Permata Islam Yang Hilang, Travelog Morocco: Permata Islam di Ufuk Barat, Travelog Mesir: Bumi Tamadun, Travelog Bosnia & Herzegovina: Jambatan Antara Islam & Eropah, Travelog Syam: Bumi Anbiyak & banyak lagi. Travelog-travelog ni sebenarnya dah lama disiapkan sewaktu cuti-cuti semester yang lepas. Cuma menunggu peluang untuk dibukukan saja.

Aku akan berada di Malaysia mulai 1 Disember sehingga 15 Mac. InsyaAllah aku akan cuba menyelesaikan projek pembukuan travelog ini dalam tempoh masa tersebut secepat yang mungkin. Diharapkan kalian semua akan memberi sokongan yang positif terhadap perancangan aku ini. :)

24 buah komen:

anjang Tuesday, December 1, 2009 at 1:09:00 AM GMT+8  

tahniah,tahniah dan tahniah. Insyaallah aku akan membeli buku tersebut setelah ada di pasaran

AFITI Tuesday, December 1, 2009 at 7:22:00 AM GMT+8  

salam..thniah ya..di sebalik tulisan di blog ini, pengalaman, alhamdulillah...ada mnfaatnya seterusnya..

nishashburn Tuesday, December 1, 2009 at 7:39:00 AM GMT+8  

tahniah... progress yg bagus :) maybe boleh persuade the company to sponsor ur trip to turkey again just the re-affirm your writings and pictures :)

silversarina Tuesday, December 1, 2009 at 8:13:00 AM GMT+8  

Go for it !!!

Ada kelapangan jemput ke Kemaman , boleh sambung projek buku kat tepi pantai Monica Bay :)

adar Tuesday, December 1, 2009 at 10:17:00 AM GMT+8  

Tahniah! saya berdoa segalanya di permudahkan Allah swt dan berjalan lancar. Saya tak sabar menanti keluaran buku tersebut dan akan membelinya untuk koleksi dan panduan travel suatu hari nanti. Syabas!! teruskan usaha semoga diredhai Allah swt.

shahrina Tuesday, December 1, 2009 at 4:57:00 PM GMT+8  

tahniah!! moga dipermudahkan segala urusan..
p/s: bila dah glamer & kaya nanti, jgn lupa kengkawan ye;D

anisayuni Tuesday, December 1, 2009 at 5:24:00 PM GMT+8  

Tahniah! Semoga impian menjadi nyata. Harap keindahan air terjun berteres di Pamukkale akan dimasukkan dalam Travelog Turki.

anumz sarah Tuesday, December 1, 2009 at 9:18:00 PM GMT+8  

Salam jhazkitaro,tahniah akh! Semoga ramai beroleh manfaat dari pembukuan travelogue akhi. Oh ya nanti jgn lupa umumkan bila sudah diterbitkan ya?

egain Wednesday, December 2, 2009 at 6:51:00 PM GMT+8  

alhamdulillah..rezeki. bkn mudah utk dpt offer.

iNchE iSTeRi Thursday, December 3, 2009 at 8:21:00 AM GMT+8  

congratz bro..really enjoy reading ur blog.pasni leh baca buku.best2 ;)

Anonymous Thursday, December 3, 2009 at 6:03:00 PM GMT+8  

Tahniah Jhaz,

Pucuk dicita, ulam mendatang.

rosebali

anyss Thursday, December 3, 2009 at 9:23:00 PM GMT+8  

Assalamualaikum,
Tahniah. Moga2 penerbitan travelog seperti itu akan memeriahkan lagi dunia buku bermutu di Malaysia. Tulisan-tulisan sebegitu sangat baik untuk dijadikan panduan kepada orang lain yang akan ke tempat yang sama.

Tahniah juga dengan terbinanya blog ini yang sangat besar manfaatnya, tinggi mutunya dan menggunakan bahasa Melayu yang tercinta.

Moga-moga dimudahkan segala urusan.

Siti Salina Friday, December 4, 2009 at 7:15:00 PM GMT+8  

tahniah,
semoga anda sukses dengan pembukuan travelog tersebut

Anonymous Tuesday, December 8, 2009 at 11:44:00 PM GMT+8  

Tahniah setingginya dari kami di bumi Sudan..
War-warkan dalam blog Jaz kalau sudah diterbitkan. - Ummu Zahrah

Syukri Shairi Wednesday, December 9, 2009 at 1:14:00 AM GMT+8  

tahniah banyak-banyak bro. aku masih membaca (:

Asmida Sunday, December 13, 2009 at 12:29:00 AM GMT+8  

tahniah! tumpang bangga. keep up the good work.

SHAH, THE HELL'S FIREWOOD Tuesday, December 15, 2009 at 1:11:00 PM GMT+8  

Jhaz,

tahniah!!! can't wait for your book to be published and sold. :-)

yahaya Tuesday, December 15, 2009 at 4:26:00 PM GMT+8  

tahniah..tak sangka laman blog yg aku saje2 buka tetiba dah nk glemer..wahhh..terbaeekk
kitaorg support u..caiiyokk broo

malie@rch.png

Ahada Aihara Thursday, December 17, 2009 at 3:37:00 PM GMT+8  

congrat's...
nanti bila dh publish war2 kn kt blog...

JHaZKiTaRo Saturday, December 19, 2009 at 7:15:00 AM GMT+8  

to all people: thanx for all the support.. insyaAllah i'll update u guys with the progress of the book..

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP