Negara-negara rantau Baltik terdiri daripada Estonia, Lithuania & Latvia. Negara-negara tersebut digelar negara-negara rantau Baltik kerana kedudukan geografinya yang terletak di perairan Laut Baltik di bahagian Timur Laut benua Eropah. Ketiga-tiganya mempunyai hubungan yang rapat sejak dahulu lagi kerana sama-sama pernah berada di bawah jajahan Soviet Union sehingga tahun 1991. Ketiga-tiga negara tersebut kini merupakan anggota-anggota Kesatuan Eropah & mulai menganggotai kesatuan tersebut pada tahun 2004. Waktu tempatan ketiga-tiga negara ini adalah 2 jam lebih awal berbanding waktu GMT.
Kedudukan Negara-Negara Rantau Baltik Di Dalam Peta Eropah
Peta Negara-Negara Rantau BaltikPengembaraan aku di negara-negara rantau Baltik ini adalah secara bersendirian memandangkan aku bercuti lebih awal berbanding pelajar-pelajar Malaysia yang lain di Dublin. Rakan-rakan sekelas aku tidak berminat untuk menemani aku ke sini kerana masing-masing mempunyai rancangan yang tersendiri seperti pulang ke Malaysia dan sebagainya. Kami menikmati cuti Musim Sejuk selama 5 minggu lamanya. Disebabkan itulah ramai antara rakan sekelas aku membuat keputusan untuk pulang ke tanah air. Aku pula menggunakan kesempatan yang ada untuk menyambung pengembaraan aku di bumi Eropah yang belum lagi tamat sebenarnya.
Pengembaraan aku di negara-negara rantau Baltik bermula pada 24 November 2007 & berakhir pada 28 November 2007. 5 hari lamanya. Aku hanya sempat menjejakkan kaki di tiga buah bandar sahaja yang masing-masing merupakan ibu kota kepada setiap negara yang aku kunjungi iaitu Tallinn, Vilnius & Riga. Aku mengenakan pakaian yang tebal kerana negara-negara tersebut terletak agak hampir dengan Garisan Artik & kebetulan aku ke sana pada waktu Musim Sejuk. Suhu purata pada bulan November di kawasan tersebut ialah 0 darjah celcius. Sejuk yang teramat sangat.
Aku bermalam di hostel-hostel yang telah aku tempah melalui internet. Harganya tidaklah semahal mana & agak selesa. Dari satu bandar ke bandar lain, aku menggunakan perkhidmatan bas Eurolines yang telah juga aku tempah melalui internet.
Hari 1: 24 NOVEMBER 2007Aku memulakan pengembaraan aku di negara-negara rantau Baltik pada hari ini. Penerbangan Ryanair aku dari Lapangan Terbang Dublin menuju ke Riga, Latvia dijadualkan berlepas pada lebih kurang pukul 1.15 tengah hari. Selepas mendaftar masuk & sebagainya, aku & para penumpang yang lain menunggu masa untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat. Tidak berapa lama selepas menunggu, kami pun dipanggil masuk. Tidak berapa lama kemudian, pesawat tersebut pun berlepas meninggalkan Dublin, menuju ke Riga. Penerbangan tersebut memakan masa lebih kurang 2½ jam lamanya.
Satu insiden yang sehingga sekarang masih lagi menghantui aku telah berlaku sewaktu aku berada di dalam pesawat tersebut. Begini kisahnya. Selepas aku selesai meletakkan beg aku di kabin atas, aku pun terus duduk bersebelahan dengan tingkap, lokasi kegemaran aku apabila menaiki kapal terbang. Beberapa minit kemudian, datang seorang pemuda berbangsa Latvia berusia 30-an duduk bersebelahan dengan aku. Dia kemudiannya memanggil kawannya untuk menemaninya di kerusi sebelahnya. Pada waktu itu, aku sedang khusyuk membaca buku ‘1453’ yang mengisarkan sejarah kejatuhan Constantinople/Istanbul ke tangan tentera Turki Uthmaniyah. Akan tetapi, kekusyukan aku tiba-tiba terganggu oleh gelak ketawa pemuda tadi yang tidak menghiraukan ketenteraman aku & penumpang-penumpang lain yang duduk berhampiran dengannya. Dia berbual sakan dengan kawannya yang duduk bersebelahan dengannya itu. Akan tetapi, gelak ketawa kawannya tidaklah sedahsyat gelak ketawanya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku mengetuk kepala pemuda itu dengan buku yang aku baca & menyuruhnya diam. Namun, aku bukannya jenis yang panas baran & kesabaran aku sebenarnya agak tinggi. Lelaki tua yang duduk di hadapan pemuda tersebut juga agak terganggu dengan hilai ketawa pemuda tersebut.
Selepas hampir 1 jam aku cuba untuk mengkhusyukkan diri aku membaca buku yang aku baca, akhirnya kekusyukan aku semakin hilang, tenggelam di dalam gelak ketawa pemuda gila itu. Aku akhirnya mengalah & cuba untuk melelapkan mata. Namun, usaha aku untuk tidur juga gagal. Allah sahaja yang tahu betapa geramnya aku pada waktu itu. Mengapalah aku ditakdirkan duduk bersebelahan dengan pemuda tersebut. Wallahu 'alam.
Setelah hampir 1½ jam lamanya pemuda tadi berbual-bual & bergelak ketawa dengan kawannya, lelaki tua yang duduk di hadapan pemuda tadi sudah hilang kesabarannya. Dia lantas menegur pemuda tersebut, menyuruhnya supaya diam. Tanpa dijangka-jangka, pemuda tersebut naik angin & memarahi lelaki tua yang menegurnya itu. Kepala lelaki tua tersebut juga diketuk-ketuk. Kerusi lelaki tua itu juga ditumbuknya sehingga tangannya sendiri berdarah. Pada waktu itu, aku mulai panik. Aku tidak tahu untuk berbuat apa-apa selain berpura-pura tidur & menoleh muka aku ke tepi tingkap pesawat. Orang-orang lain yang melihat kejadian yang berlaku juga turut dimaki hamun oleh pemuda itu. Agak lama juga pemuda itu memaki hamun lelaki tua di hadapannya. Kawan pemuda tersebut cuba menenangkannya, namun dia juga turut dimarahi. Pemuda tersebut ternyata mempunyai masalah mental. Dalam hati, aku cuma berdoa kepada Allah supaya aku tidak diapa-apakan. Aku tidak mahu terlibat!
Akhirnya, wanita yang duduk di belakang pemuda tersebut memanggil salah seorang pramugari bertugas & menceritakan apa yang berlaku. Pramugari tersebut kemudiannya menegur kelakuan pemuda itu. Seperti yang dijangka, pramugari tersebut juga turut dimarahi olehnya. Pramugari itu kemudiannya memanggil ketua kru kabin, iaitu seorang pramugara untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Pramugara tersebut meminta pemuda itu menyerahkan pasportnya. Namun, dia enggan & memarahi pramugara tersebut kerana mencampuri urusan peribadinya. Bahasa Inggeris pemuda Latvia itu tidaklah begitu baik sebenarnya. Akhirnya, apabila pemuda tersebut tetap enggan menyerahkan pasportnya, pramugara itu memberitahunya bahawa polis akan datang untuk menggarinya sebaik sahaja pesawat mendarat di Riga nanti.
Pesawat yang aku naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Riga lebih kurang pada pukul 5.45 petang waktu tempatan Latvia. Selepas mendarat, ketua kru kabin membuat pengumuman meminta penumpang-penumpang agar tidak bergerak dari tempat duduk masing-masing kerana pihak polis akan datang untuk menahan salah seorang daripada penumpang pesawat, iaitu pemuda tadi. Penumpang-penumpang kebanyakannya terkejut dengan pengumuman tersebut. Ada juga yang bertepuk tangan, seolah-olah ianya seperti satu pertunjukan drama. Hahaha. Tidak berapa lama kemudian, 2 orang polis tempatan masuk untuk menahan pemuda yang duduk bersebelahan dengan aku itu. Aku hanya melihat tanpa berkata apa-apa. Tidak ku sangka, aku akan mendapat pengalaman sedemikian rupa.
Selepas semuanya selesai, penumpang-penumpang pun dibenarkan untuk keluar dari pesawat. Selepas melepasi kaunter imigresen, aku pun terus mencari jalan keluar dari lapangan terbang tersebut untuk mencari tempat menunggu bas untuk ke pusat bandar Riga. Aku berjaya menjumpainya. Tambang bas untuk ke pusat bandar amat murah sekali. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit lamanya. Sesampainya aku di pusat bandar, aku terus mencari stesen bas. Aku akan menaiki bas ke Tallinn, Estonia pada malam ini juga, iaitu pada pukul 11.30 malam. Selepas puas mencari & hampir sesat, aku akhirnya berjaya menjumpai stesen bas tersebut. Alhamdulillah. Aku tidak ke mana-mana lagi selepas itu memandangkan suhu di luar tersangat sejuk, di bawah 0 darjah celcius. Aku hanya menunggu di dalam stesen bas tersebut sehingga bas yang aku nantikan tiba di platformnya. Untuk mengisi masa yang terluang, aku menyambung kembali membaca buku ‘1453’.
Setelah beberapa jam menunggu, akhirnya bas Eurolines yang dinantikan pun tiba. Aku terus masuk ke dalamnya. Tidak berapa lama kemudian, ianya pun bertolak meninggalkan Riga, menuju ke Tallinn. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4¾ jam lamanya.
Hari 2: 25 NOVEMBER 2007Lebih kurang pukul 4.15 pagi, aku pun tiba di stesen bas Tallinn, Estonia. Pada waktu itu, keadaan di luar stesen bas kelihatan putih, penuh dengan lapisan ais, menandakan betapa sejuknya suasana di Tallinn pada waktu itu. Aku sangkakan stesen bas tersebut dibuka 24 jam, namun sangkaan aku meleset sama sekali. Stesen bas tersebut rupa-rupanya ditutup pada pukul 12.00 tengah malam setiap malam & hanya akan dibuka semula pada pukul 6.00 pagi. Aku menjadi bingung. Apa yang aku perlu buat dalam masa 1¾ jam dalam keadaan sejuk mencucuk tulang ini? Aku perlu mencari tempat yang tertutup supaya aku dapat memanaskan badan. Oleh itu, aku pun berjalan kaki melilau ke sana ke mari mencari tempat yang tertutup. Namun, tidak aku temui. Aku ternampak sebuah monitor elektronik yang menyatakan suhu pada waktu itu ialah -3 darjah celcius. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa deritanya aku menahan kesejukan pada waktu itu. Aku terus berjalan semata-mata untuk memanaskan badan. Berjalan sememangnya adalah suatu senaman yang terbukti dapat memanaskan badan.
Selepas hampir 1¾ jam lamanya aku berjalan-jalan memanaskan badan, akhirnya pintu masuk stesen bas tersebut pun mulai dibuka untuk orang ramai. Orang-orang di luar stesen tersebut terus berpusu-pusu masuk ke dalamnya termasuklah aku. Lega rasanya apabila dapat menikmati haba di dalam bangunan stesen bas itu. Selepas hampir 2 jam aku berehat-rehat di dalam stesen tersebut, di samping berjaya melelapkan mata untuk beberapa minit, akhirnya aku pun mulai bergerak untuk memulakan ekspedisi mengelilingi bandar Tallinn ini. Aku meletakkan beg galas besar aku terlebih dahulu di tempat menyimpan beg di dalam stesen tersebut. Aku hanya membawa beg galas kecil yang berisi barang-barang berharga seperti kamera, buku panduan & sebagainya & juga tripod untuk mengambil gambar. Aku menaiki tram untuk menuju ke pusat bandar. Di pusat bandar, aku hanya berjalan kaki sahaja.
Estonia atau dalam bahasa tempatan,
Eesti adalah salah sebuah negara-negara di rantau Baltik. Ia disempadani oleh Latvia di bahagian Selatan & Russia di bahagian Timur. Kawasan perairannya pula merangkumi Laut Baltik di bahagian Barat & Teluk Finland di bahagian Utara. Estonia adalah salah sebuah negara anggota NATO. Ia mula menganggotai kesatuan tersebut pada tahun 2004. Negara ini mempunyai keluasan seluas 45,226 km2, terletak di tempat yang ke-132 dalam senarai negara yang terbesar di dunia. Jumlah penduduknya pula ialah 1,350,000 orang dengan kepadatan 29 orang/km2. Mata wang yang digunakan di Estonia ialah Kroon. 1.00 Euro bersamaan dengan 16.00 Krooni. 1.00 Ringgit pula bersamaan dengan 3.00 Krooni. Estonia bercadang untuk bertukar ke mata wang Euro pada tahun 2010 nanti. Sistem pemerintahan Estonia adalah sistem Republik Berparlimen yang diketuai oleh Presiden & dibantu oleh Perdana Menteri selaku ketua pentadbiran.
70% daripada penduduk Estonia adalah dari bangsa Estonia. 25% pula berbangsa Russia. Sementara yang selebihnya, iaitu 5% lagi adalah bangsa-bangsa seperti Ukraine, Belarus, Finn, Tatar, Latvia, Pole, Lithuania, Yahudi & Jerman. Bahasa Rasmi negara ini adalah Bahasa Estonia yang mempunyai hubungan rapat dengan Bahasa Finnish, bahasa rasmi Finland. Bahasa kedua yang digunakan di negara ini ialah Bahasa Russia. Kebanyakan penduduknya, terutama golongan muda, boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Oleh itu, aku kurang menghadapi masalah komunikasi di sini. Dalam satu kajian yang dibuat, cuma 16% sahaja penduduk Estonia yang percaya kepada kewujudan Tuhan. Ini menjadikan Estonia sebagai negara yang mempunyai peratus terendah penduduk yang mempercayai Tuhan dalam kesemua negara-negara anggota Kesatuan Eropah walaupun pada zaman dahulunya penduduk negara ini merupakan penganut mazhab Kristian Lutheran yang kuat.
Peta Estonia
Bendera EstoniaEstonia pada masa kini terdiri daripada 15 buah wilayah atau istilah tempatannya
maakonnad. Estonia terletak di kawasan pertukaran zon iklim maritim & kebenuaan. Iklimnya banyak dipengaruhi oleh Laut Baltik & juga Lautan Atlantik. Suhu purata tahunan di negara ini ialah 5 darjah celcius. Bulan Februari adalah bulan tersejuk dengan purata suhu -5 darjah celcius, sementara bulan Julai pula adalah bulan terpanas dengan purata suhu 18 darjah celcius. Estonia juga terletak di kawasan yang agak lembap di mana ia menerima hujan sebanyak 160 hingga 181 hari setahun. Litupan salji yang tebal boleh dilihat di kawasan Tenggara negara ini, dari pertengahan bulan Disember sehingga akhir bulan Mac.
Eksport utama Estonia adalah barang-barang mesin & alat-alat kelengkapan. Selain itu, negara ini juga turut mengeksport kayu-kayan, kertas, barangan tekstil, produk makanan, perabot, logam & bahan kimia. Import utama Estonia pula adalah barang-barang mesin & alat-alat kelengkapan. Hasil import yang lain adalah bahan kimia, barangan tekstil, produk makanan & kelengkapan pengangkutan.
Menurut sejarah, manusia mula bertapak di bumi Estonia sejak 11,000 – 13,000 tahun dahulu. Estonia turut menerima pengaruh kebudayaan daripada Empayar Rom sewaktu kegemilangan empayar tersebut sekitar kurun pertama walaupun ianya tidak dijajah secara langsung olehnya. Sistem pentadbiran & politik telah muncul di Estonia sejak kurun pertama lagi. Terdapat beberapa wilayah yang ditadbir oleh seorang pemerintah di wilayah masing-masing. Setiap wilayah tersebut mempunyai kubu pertahanan sendiri. Pada waktu itu, agama utama penduduk di kawasan Estonia adalah Pagan, iaitu menyembah berhala. Sewaktu awal kurun ke-12, Estonia telah diserang beberapa kali oleh puak Viking dari Scandinavia.
Dari tahun 1228 hingga tahun 1560an, sebahagian besar Estonia terletak di dalam Livonian Confederation, yang merangkumi kawasan geografi sebahagian besar Estonia & Latvia pada masa kini. Bahagian utara Estonia pula ditadbir oleh kerajaan Denmark sehingga tahun 1346. Russia pernah cuba melakukan usaha untuk menawan Estonia dari tahun 1481 hingga 1558, namun usahanya semuanya gagal. Livonian Confederation ini terdiri daripada 5 wilayah & ditadbir bersama-sama secara berkompromi antara pihak gereja & Livonian Order yang kedua-duanya ditadbir oleh orang-orang Jerman selepas mereka berjaya menawan kawasan tersebut. Pada waktu inilah agama Kristian mula disebarkan kepada penduduk-penduduk di sekitar kawasan Laut Baltik ini oleh sebuah kumpulan yang bernama Livonian Brothers of the Sword yang berbangsa Jerman. Ia adalah sempena usaha ‘Northern Crusades’ untuk mengkristiankan penduduk-penduduk Eropah Utara yang diarahkan oleh Pope. Walau bagaimanapun, Livonian Confederation ini akhirnya dimansuhkan pada tahun 1560an selepas Perang Livonian pada tahun tersebut.
Peta Livonian ConfederationReformasi di benua Eropah yang bermula selepas penulisan Martin Luther pada tahun 1517 memberi impak yang agak besar di Estonia & juga negara-negara di rantau Baltik yang lain. Perubahan besar-besaran dalam sistem pendidikan, bahasa, agama & politik telah berlaku sekitar tahun 1520an. Bahasa Latin tidak lagi digunakan di dalam gereja & digantikan dengan bahasa-bahasa tempatan.
Sewaktu Perang Livonian pada tahun 1561, bahagian utara Estonia diserahkan kepada Sweden, sementara bahagian selatannya pula diletakkan di bawah Komanwel Polish-Lithuanian dalam tahun 1580an. Kemudian, mulai tahun 1625, keseluruhan Estonia berada di bawah pemerintahan Sweden. Great Northern War yang berlaku pada awal kurun ke-18 antara Sweden yang dibantu oleh Turki Uthmaniyah dengan Russia, Denmark-Norway, Saxony, Poland-Lithuania, Prussia & Hanover telah menyaksikan kekalahan Sweden yang akhirnya menyebabkan keseluruhan Estonia jatuh ke tangan Empayar Russia. Estonia menghadapi tekanan yang cukup besar sewaktu berada di bawah Empayar Russia. Identiti bangsa mereka ditenggelamkan. Mempelajari politik, bahasa & budaya Russia diwajibkan kepada semua penduduk mulai tahun 1890an. Ini menyebabkan rakyat memberontak & lahirnya sebuah gerakan nasionalis untuk memerdekakan Estonia daripada cengkaman empayar tersebut pada kurun ke-19. Selepas Revolusi Bolshevik yang berjaya mengambil alih pemerintahan Russia daripada Tsar pada tahun 1917 & selepas kekalahan Russia kepada Jerman dalam Perang Dunia I sekitar tahun tersebut, pengumuman kemerdekaan Estonia telah dilakukan pada bulan Februari tahun 1918. 2 tahun kemudiannya, iaitu pada bulan Februari tahun 1920, selepas kemenangan Estonia dalam Perang Pembebasan Estonia antara tahun 1918 hingga 1920 yang menentang Soviet Russia & juga Jerman, Estonia telah diisytiharkan merdeka.
Peta Komanwel Polish-LithuanianWalau bagaimanapun, kemerdekaan Estonia hanya kekal selama 20 tahun sahaja apabila Soviet Union berjaya menakluknya kembali pada tahun 1940. Soviet Union yang pada waktu itu ditadbir oleh Joseph Stalin telah menandatangani pakatan bersama dengan pentadbir Nazi Jerman, iaitu Adolf Hitler untuk membahagikan Eropah Timur kepada dua blok, iaitu blok Soviet Union & blok Nazi Jerman. Perjanjian tersebut diberi nama Pakatan Molotov-Ribbentrop. Estonia jatuh sepenuhnya ke tangan Soviet Union pada bulan Ogos 1940 selepas pemerintah Estonia menyerah kalah kepada Soviet Union secara sukarela untuk mengelakkan pertempuran darah. Estonia kemudiannya digelar Estonian SSR (Estonian Soviet Socialist Republic). Ramai ahli-ahli politik & pentadbir-pentadbir intelektual Estonia telah dibunuh & dibuang negara sewaktu permulaan penjajahan Soviet Union pada tahun 1941. Penduduk tempatan Estonia yang lain juga hidup dalam keadaan yang tertekan. Kebanyakan negara di dunia pada waktu tersebut tidak mengiktiraf penjajahan Soviet Union ke atas Estonia.
Peta Eropah Timur hasil daripada Pakatan Molotov-Ribbentrop
Peta Soviet UnionTidak berapa lama kemudian pada tahun yang sama, iaitu 1941, tentera Nazi Jerman pula telah berjaya menakluk Estonia. Estonia berada di bawah jajahan Nazi Jerman buat seketika. Soviet Union kemudiannya berjaya merampas kembali Estonia pada tahun 1944. Ramai rakyat Estonia pada waktu ini menjadi pelarian di Finland & Sweden. Sewaktu berada di bawah Soviet Union, terutamanya sewaktu di bawah pentadbiran Joseph Stalin, beribu-ribu rakyat Estonia telah dibunuh & beratus-ratus ribu lagi telah dibuang negara. Pembangunan ekonomi Estonia tersangat-sangat perlahan pada waktu tersebut. Di samping itu, beratus-ratus ribu penduduk Soviet Union dari kawasan lain telah dibawa ke Estonia untuk pembangunan industri & ketenteraan, menyebabkan pertambahan penduduk yang mendadak dalam masa 45 tahun.
‘Singing Revolution’ yang berlangsung dari tahun 1987 hingga 1990 di Estonia, Lithuania & Latvia telah menaikkan usaha untuk memerdekaan ketiga-tiga buah negara tersebut daripada Soviet Union yang pada waktu itu sedang mengalami kemelesetan ekonomi akibat Perang Soviet-Afghanistan & letupan reactor nuclear di Chernobyl. ‘Singing Revolution’ adalah revolusi yang berlaku di mana lagu-lagu patriotik & lagu-lagu kebangsaan dinyanyikan secara beramai-ramai di tempat-tempat awam di samping membawa bendera kebangsaan masing-masing. Satu demonstrasi besar-besaran telah berlaku pada bulan Ogos 1989 yang dinamakan ‘Baltic Way’ di mana lebih kurang 2,000,000 orang berpegangan tangan membentuk rantaian manusia sepanjang lebih 600 km merentasi ketiga-tiga buah negara rantau Baltik tersebut. Demonstasi itu dianjurkan untuk mendapatkan perhatian dunia sempena ulang tahun ke-50 tahun Pakatan Molotov-Ribbentrop antara Nazi Jerman & Soviet Union yang secara sesuka hati membahagikan kawasan Eropah Timur untuk kepentingan masing-masing. Pakatan tersebut secara langsungnya meninggalkan kesan hitam kepada ketiga-tiga buah negara tersebut.
Singing Revolution
Baltic Way
Baltic WaySetelah puas melakukan pelbagai demonstrasi, Estonia akhirnya berjaya mendapat kemerdekaan sepenuhnya pada bulan Ogos 1991 daripada Soviet Union, beberapa bulan sebelum kerajaan Soviet Union dibubarkan & digantikan dengan Republik Russia. Selepas kemerdekaan, pembangunan ekonomi Estonia semakin pulih & berkembang pesat.
Tallinn adalah ibu kota & bandar yang terbesar di Estonia. Ianya terletak di bahagian utara negara ini, di pinggiran Teluk Finland, di dalam wilayah Harju. Tallinn merupakan pusat industri, politik, kebudayaan & pelabuhan yang terpenting di negara Estonia. Keluasannya merangkumi 159.2 km2. Dengan jumlah penduduk seramai 400,000 orang, kepadatan penduduk di bandar ini adalah lebih kurang 2,500 orang penduduk/km2. Purata suhu tertinggi tahunan di sini ialah 8.6 darjah celcius, sementara purata suhu terendah tahunannya pula ialah 1.9 darjah celcius. Suhu terendah adalah dalam bulan Februari dengan suhu antara -8.7 hingga -3.0 darjah celcius. Sementara suhu tertinggi pula dicatat dalam bulan Julai, dengan suhu antara 12.5 hingga 20.8 darjah celcius.
Peta kedudukan Tallinn dalam EstoniaMenurut sejarah, Tallinn sudah mulai dihuni oleh manusia semenjak millennium ke-2 SM lagi. Pada tahun 1154, kedudukan Tallinn sudah diletakkan di dalam peta dunia oleh Muhammad al-Idrisi, seorang pelukis peta dari Empayar Almoravid di Morocco. Bandar Tallinn ditulis dengan nama Kolyvan. Tallinn pada waktu tersebut terkenal sebagai pelabuhan entrepot antara Scandinavia & Russia. Pemerintahan Denmark di Tallinn bermula dari tahun 1219. Dengan bermulanya Revolusi Protestant di Eropah, pengaruh Jerman menjadi semakin kuat di Tallinn setelah ianya menerima ajaran mazhab Lutheran. Pada tahun 1561, bandar ini jatuh ke bawah pengaruh Sweden. Selepas Great Northern War, Tallinn jatuh pula ke bawah pemerintahan Russia pada tahun 1710 selepas kekalahan Sweden dalam perang tersebut. Manifesto kemerdekaan Estonia telah diisytiharkan di Tallinn pada bulan Februari 1918. Walau bagaimanapun, bandar ini kemudiannya berjaya pula ditawan oleh tentera Jerman & selepas itu oleh Russia.
Satu perjanjian telah ditandatangani antara Estonia & Soviet Union di bandar Tallinn pada tahun 1920 yang mengiktiraf kemerdekaan Estonia & Tallinn sebagai ibu kotanya. Namun, selepas bermulanya Perang Dunia II, Tallinn kembali dirampas oleh Soviet Union pada tahun 1940, dan kemudiannya oleh Nazi Jerman antara tahun 1941 hingga 1944. Namun, ia kemudiannya dirampas kembali oleh Soviet Union pada tahun 1944. Kemerdekaan penuh Estonia hanya berjaya dicapai pada tahun 1991 & Tallinn diisytiharkan sebagai ibu kota negara ini. Sektor ekonomi yang terpenting di Tallinn pada masa kini ialah lampu, tekstil & industri pemakanan.
Tempat pertama di Tallinn yang aku jejaki ialah Estonian Drama Theatre. Aku tidak berapa pasti tentang sejarah bangunan ini. Namun, senibinanya tetap mengagumkan. Tidak berapa jauh dari bangunan Estonian Drama Theatre, terletak sebuah lagi bangunan teater yang bernama Estonian Theatre yang juga merupakan 'Concert Hall'. Bangunan ini mulai dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1913 lagi. Pada waktu tersebut, ianya merupakan bangunan yang terbesar di Tallinn. Pada tahun 1944 sewaktu Perang Dunia II, bangunan ini mengalami kerosakan yang teruk akibat serangan tentera udara Soviet Union. Walau bagaimanapun, ianya diperbaiki semula & dibuka kembali kepada orang ramai pada tahun 1947. Bangunan kuning yang berbumbung hijau ini mempunyai 2 buah auditorium. Ianya menempatkan Estonian National Opera & Estonian National Symphony Orchestra.
Stesen bas Tallinn, Tallinn, Estonia
Tallinn, Estonia
Estonian Drama Theatre, Tallinn, Estonia
Estonian Theatre, Tallinn, Estonia
Estonian Theatre, Tallinn, EstoniaSeterusnya, aku berjalan kaki menuju ke Viru Gate, iaitu 2 buah menara yang dibina pada kurun ke-14 yang merupakan jalan masuk utama ke kawasan Old Town. Selepas bergambar di hadapan Viru Gate tersebut, aku pun terus memasuki kawasan Old Town. Kawasan Old Town Tallinn ini tersenarai dalam senarai UNESCO World Heritage Site kerana kaya dengan sejarah. Di kawasan ini terdapat banyak bangunan & monumen penting. Terdapat juga sebuah pasar yang menjual baju-baju sejuk yang diperbuat daripada bulu kambing bebiri. Bangunan pertama di kawasan ini yang aku singgahi ialah Püha Vaimu Kirik (Holy Spirit Church), sebuah gereja yang dibina pada kurun ke-13 yang mempunyai menara yang bersenibinakan Baroque & juga sebuah jam di bahagian luarnya. Di gereja inilah ucapan pertama diberi oleh paderi selepas Reformasi Protestant di Estonia.
Viru Gate, Tallinn, Estonia
Viru Gate, Tallinn, Estonia
Sebuah pasar di Tallinn, Estonia
Püha Vaimu Kirik, Tallinn, Estonia
Püha Vaimu Kirik, Tallinn, Estonia
Püha Vaimu Kirik, Tallinn, EstoniaSeterusnya, aku berjalan kaki menuju ke kawasan terminal feri yang terletak di tepi pantai yang menghadap Laut Baltik. Aku hanya ingin bergambar sahaja di sini. Selepas bergambar, aku terus menuju ke sebuah gereja bernama Oleviste kirik (St Olaf’s Church). Gereja ini dipercayai dibina pada kurun ke-12 & menjadi pusat kepada komuniti lama penduduk Tallinn sebelum penjajahan Denmark pada tahun 1219. Ianya dinamakan bersempena dengan nama seorang paderi keturunan diraja Norway yang bernama Olaf II. Bangunan gereja ini merupakan bangunan yang tertinggi di dunia antara tahun 1549 & 1625, sebelum pembinaan Strasbourg Cathedral di Strasbourg, France. Ketinggiannya mencecah 159 meter sekitar tahun 1500. Bangunan gereja ini seringkali disambar kilat & mengalami kebakaran sebanyak 3 kali sepanjang hayatnya. Selepas pengubahsuaian beberapa kali, ketinggian gereja ini pada masa kini hanya 123 meter sahaja.
Berhampiran terminal feri, Tallinn, Estonia
Oleviste kirik, Tallinn, EstoniaAku kemudiannya berjalan menyusuri kawasan dataran yang diberi nama Raekoja Plats. Di kawasan ini terletak bangunan Town Hall yang merupakan antara mercu tanda utama bandar Tallinn. Bangunan ini siap dibina pada kurun ke-13 & mengalami pengubahsuaian antara tahun 1402 hingga 1404 & kekal sebegitu sehingga ke hari ini. Tidak berapa jauh dari bangunan Town Hall, terletak sebuah lagi gereja yang bernama Niguliste kirik (St Nicholas’s Church) yang dibina pada kurun ke-15 yang kini berfungsi sebagai dewan konsert & juga muzium.
Raekoja Plats, Tallinn, Estonia
Town Hall di Raekoja Plats, Tallinn, Estonia
Berlatar belakangkan Niguliste kirik, Tallinn, EstoniaSeterusnya, aku menuju ke kawasan Toompea yang agak berbukit-bukau. Di atasnya terdapat beberapa bangunan yang menjadi tumpuan pelancong. Antaranya ialah Alexander Nevsky Cathedral & Toompea Castle. Alexander Nevsky Cathedral ialah sebuah gereja bermazhab Orthodox yang bersenibinakan senibina Russia & siap dibina sepenuhnya pada tahun 1900, sewaktu Estonia berada di bawah Empayar Russia. Ianya merupakan gereja bermazhab Orthodox yang terbesar di bandar Tallinn. Gereja ini didedikasikan kepada Saint Alexander Nevsky yang telah memenangi Battle of the Ice. Walaupun senibinanya amat mengagumkan, ianya tidak disukai oleh penduduk tempatan Tallinn kerana ia mengingatkan mereka kepada zaman penjajahan Russia. Perancangan untuk merobohkannya pada tahun 1924 pernah diperbincangkan, namun ianya tidak dilaksanakan.
Alexander Nevsky Cathedral, Tallinn, Estonia
Alexander Nevsky Cathedral, Tallinn, EstoniaToompea loss (Toompea Castle) pula merupakan satu lagi binaan yang penting di kawasan Toompea ini. Sebuah istana kayu dipercayai pernah dibina di atas tapak istana ini antara kurun ke-10 & kurun ke-11. Pada tahun 1219, istana kayu tersebut diambil alih oleh tentera Salib Denmark yang dipimpin oleh Valdemar II. Tompea loss kini menempatkan parlimen negara Estonia.
Tompea loss, Tallinn, Estonia
Tompea loss, Tallinn, EstoniaSelepas penat mengelilingi kawasan Toompea, aku menuruni bukit untuk kembali ke kawasan Old Town. Aku menghabiskan sisa masa yang ada dengan membeli beberapa buah cenderahati untuk dibawa pulang. Selepas itu, aku kembali ke stesen bas untuk berehat-rehat di situ sambil menunggu bas Eurolines untuk ke Vilnius, Lithuania yang akan bertolak pada pukul 11.00 malam nanti. Sedang aku menunggu di dalam kebosanan, tiba-tiba salji turun dengan lebatnya di luar. Aku yang sudah lama tidak melihat & merasai salji menjadi agak teruja, lantas aku keluar sekejap untuk berjalan-jalan & mengambil gambar di dalam salji. Hahaha. Salji turun agak lama & agak lebat.
Salji di Tallinn, Estonia
Salji di Tallinn, EstoniaSelepas beberapa jam menunggu, bas yang dinantikan pun tiba. Aku lantas masuk ke dalamnya. Tidak berapa lama kemudian, ianya pun mula bergerak meninggalkan bumi Tallinn, Estonia menuju ke Vilnius, Lithuania. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Salji masih lagi turun dengan lebatnya.
Hari 3: 26 NOVEMBER 2007Lebih kurang pukul 6.15 pagi, aku pun tiba di stesen bas Vilnius. Sesampainya aku di situ, aku terus mengatur langkah mencari hostel yang sudah pun aku tempah melalui internet. Lokasi hostel tersebut agak mudah untuk dicari. Dengan berpandukan peta Vilnius yang terdapat di dalam buku panduan ‘Europe On A Shoestring’ terbitan Lonely Planet, aku hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mencari hostel itu. Setibanya aku di hostel tersebut, aku terus mendaftar masuk. Pemilik hostel itu kemudiannya membawa aku ke bilik dorm & menunjukkan katil aku yang kebetulan pada waktu itu kosong. Aku lantas meletakkan barang-barang aku di sebelah katil & melelapkan mata buat seketika sebelum menunaikan solat Subuh.
Selepas mandi & bersiap-siap, aku pun memulakan pengembaraan aku di kota Vilnius, Lithuania. Lithuania atau nama tempatannya Lietuvos adalah negara yang paling selatan dalam rantau Baltik. Ianya disempadani oleh Latvia di bahagian utara, Belarus di bahagian tenggara & Poland di bahagian barat daya. Bahagian barat negara ini pula adalah persisiran pantai yang menghadap Laut Baltik. Lithuania adalah anggota NATO & Kesatuan Eropah. Keluasan negara ini adalah 65,200 km persegi & mempunyai jumlah penduduk seramai 3,500,000 orang. Bahasa Lithuania adalah bahasa rasmi negara ini. Penggunaan Bahasa Inggeris tidak begitu meluas. Matawang yang digunakan di negara ini adalah Litas. 1.00 Euro bersamaan dengan 3.45 Litas. Sementara 1.00 Ringgit pula bersamaan dengan 0.70 Litas. Lithuania mengamalkan sistem pemerintahan Republik. Ketua negaranya adalah Presiden, dengan dibantu oleh Perdana Menteri. Negara ini terbahagi dibahagikan kepada 10 wilayah di mana setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor. Iklim negara ini pula terletak di antara iklim kelautan & kebenuaan. Purata suhu pada Musim Sejuk adalah -5 darjah celcius, sementara purata suhu pada Musim Panas pula adalah 16 darjah celcius.
Menurut sejarah, kerajaan Lithuania telah ditubuhkan pada tahun 1253 sejajar dengan perlantikan Mindaugas sebagai Raja kerajaan tersebut. Zaman kegemilangan kerajaan Lithuania dikecapi sewaktu era pemerintahan Raja yg bernama Vytautas yang memerintah dari tahun 1392 – 1430. Pada akhir kurun ke-14, kerajaan Lithuania yang turut merangkumi Ukraine, Belarus & sebahagian Russia & Poland menjadi negara yang terluas di benua Eropah. Ianya juga merupakan satu-satunya negara yang masih mengamalkan ajaran Paganisma di benua tersebut pada waktu itu. Agama Kristian hanya diterima di sini pada tahun 1386.
Pada tahun 1569, Poland & Lithuania bersatu membentuk kerajaan Polish-Lithuanian Commonwealth. Kesatuan ini akhirnya dibubarkan pada tahun 1795 & ini menyebabkan 90% daripada tanah Lithuania telah ditakluki oleh Empayar Russia, sementara yang selebihnya pula ditakluki oleh kerajaan Prussia. Selepas lebih daripada satu abad dijajah, Lithuania akhirnya mencapai kemerdekaan pada tahun 1918. Walau bagaimanapun, pada bulan Jun 1940, iaitu sewaktu Perang Dunia Kedua, negara ini telah ditakluki oleh Soviet Union. Setahun kemudiannya, Jerman pula mengambil alih. Selepas Jerman mengundur diri pada tahun 1944, Soviet Union kembali menakluki Lithuania. Dari tahun 1944 hingga 1952, dianggarkan seramai 100,000 orang penduduk Lithuania telah berjuang untuk menentang penaklukan Soviet Union ke atas tanah air mereka. Lebih daripada 20,000 orang pejuang telah terkorban dalam perjuangan mereka & tidak kurang juga bilangannya yang ditangkap & dibuang negeri ke Siberia. Setelah hampir 50 tahun terseksa di bawah penaklukan Soviet Union, Lithuania akhirnya berjaya mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1990.
Peta negara Lithuania & kedudukan Vilnius di dalamnya
Bendera negara LithuaniaKota Vilnius adalah ibu negara Lithuania & juga merupakan bandar terbesar di negara ini. Penduduknya berjumlah 550,000 orang. Kota ini terletak di bahagian tenggara negara Lithuania, di titik pertemuan Sungai Vilnia & Sungai Neris. Purata suhu pada Musim Panas di sini adalah 17 darjah celcius, sementara purata suhu pada Musim Sejuknya pula adalah -4.9 darjah celcius.
Vilnius telah memainkan peranan yang penting sejak penubuhan kerajaan Lithuania pada tahun 1253. Ia mencapai zaman kegemilangannya sewaktu di bawah kerajaan Polish-Lithuanian Commonwealth. Kota ini menjadi pusat ilmu pengetahuan & pelbagai jenis bahasa dipertuturkan di sini pada waktu tersebut. Kota Vilnius kemudiannya ditakluki oleh Empayar Russia selepas perpecahan kerajaan Polish-Lithuanian Commonwealth. Pada tahun 1812, kota ini ditakluki pula oleh Napoleon Bonaparte dalam usahanya untuk memperluaskan empayarnya di benua Eropah. Penaklukan Napoleon ini hanya sementara sahaja. Kota Vilnius ini kemudiannya jatuh semula ke tangan Empayar Russia. Sewaktu Perang Dunia Pertama, kota ini berada di bawah taklukan Empayar Jerman, iaitu dari tahun 1915 hingga 1918. Mulai tahun 1918, Vinius berada di bawah kerajaan Poland, bukannya Lithuania. Kaunas menjadi ibu negara sementara Lithuania. Pada tahun 1939, iaitu sewaktu permulaan Perang Dunia Kedua, Soviet Union telah berjaya mengambil alih pemerintahan Vilnius. Kemudiannya, pada tahun 1941, Jerman pula mengambil alih pemerintahan kota ini. Seramai 265,000 penduduk berbangsa Yahudi di kota ini telah dibunuh sewaktu Holocaust. Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua, kota Vilnius ini diambil alih semula oleh Soviet Union. Ianya terus berada di bawah pentadbiran Soviet Union sehinggalah negara Lithuania mencapai kemerdekaannya pada tahun 1990 & ia kemudiannya dijadikan ibu kota negara tersebut.
Suhu di Vilnius pada hari ini agak sejuk. Oleh itu, aku mengenakan pakaian yang agak tebal. Aku mengelilingi kota ini dengan berjalan kaki sahaja kerana jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain tidaklah sejauh mana. Lokasi pertama di Vilnius yang aku kunjungi ialah Gates of Dawn (Ausros Vartai) yang merupakan satu-satunya pintu masuk kubu lama kota Vilnius yang masih kukuh. Monumen ini adalah salah satu daripada simbol utama kota ini & merupakan tempat yang suci bagi penganut agama Kristian Katolik kerana terdapatnya gambar Mary yang dilapisi oleh emas di sini. Gambar tersebut telah berada di sini sejak kurun ke-17 lagi. Berhampiran dengan Gates of Dawn, terdapat 2 buah gereja yang bernama Holy Spirit Church (Šv. Dvasios Bažnyčia) & St Teresa’s Church (Šv. Tereses Bažnyčia). Holy Spirit Church adalah sebuah gereja Russian Orthodox.
Gates of Dawn, Vilnius, Lithuania
Gates of Dawn, Vilnius, Lithuania
Gambar Mary di dalam Gates of Dawn, Vilnius, Lithuania
St Teresa’s Church, Vilnius, Lithuania
Holy Spirit Church, Vilnius, LithuaniaSeterusnya, aku meneruskan perjalanan aku ke National Philharmonic Concert Hall (Lietuvos Nacionaline Filharmonija). Senibina bangunan ini agak cantik & unik. Kemudian, aku berjalan pula ke Vilnius Town Hall (Vilniaus Rotušė), yang siap dibina pada tahun 1799. Bangunan ini sering digunakan dalam upacara rasmi kerajaan. Di hadapannya terdapat sebuah dataran kecil yang sesuai untuk dijadikan kawasan rekreasi. Aku kemudiannya meneruskan langkah kaki ke sebuah lagi gereja yang terpenting di kota Vilnius. Nama gereja ini ialah St Anne’s Church (Šv. Onos Bažnyčia). Ia siap dibina antara tahun 1495-1500. Gereja yang dibina daripada 33 jenis bata yang berwarna merah ini merupakan antara gereja yang tercantik di kota ini. Kecantikannya pernah memukau hati Napoleon Bonaparte sewaktu kali pertama dia melihat gereja ini.
National Philharmonic Concert Hall, Vilnius, Lithuania
Vilnius Town Hall, Vilnius, Lithuania
Dataran di hadapan Vilnius Town Hall, Vilnius, Lithuania
St Anne's Church, Vilnius, Lithuania
St Anne's Church, Vilnius, LithuaniaDestinasi seterusnya ialah Cathedral Square (Katedros aikštė), sebuah dataran kecil di tengah-tengah kota Vilnius. Ianya adalah antara lokasi yang terpenting di sini. Di lokasi inilah pelbagai aktiviti seringkali diadakan seperti perarakan, konsert, sambutan tahun baru dan sebagainya. Dataran ini mulai dibuka kepada umum sejak akhir kurun ke-19. Di dataran ini terdapat beberapa monumen penting iaitu Vilnius Cathedral, Gediminas Tower, Hill Of Three Crosses, Monument to Grand Duke Gediminas & Royal Palace. Aku hanya sempat ke Vilnius Cathedral & Monument to Grand Duke Gediminas sahaja.
Vilnius Cathedral (Šv. Vladislovo Arkikatedra Bazilika) merupakan gereja Roman Katolik yang terpenting di kota Vilnius. Di sinilah upacara rasmi perlantikan Grand Duke of Lithuania diadakan. Di dalamnya juga terdapat makam-makam bangsawan-bangsawan Lithuania yang penting seperti Vytautas, Sigismund & Alexander Jagiellon. Menurut sejarah, sebelum gereja ini dibina, tempat ini merupakan tapak kuil Paganisma. Gereja hanya dibina di sini pada tahun 1251 selepas Raja Lithuania yang bernama Mindaugas memeluk agama Kristian. Namun, selepas kematiannya pada tahun 1263, tempat ini kembali menjadi kuil Paganisma. Tempat ini kemudiannya sekali lagi berfungsi sebagai gereja pada tahun 1387 selepas agama Kristian menjadi agama rasmi Lithuania. Gereja ini telah mengalami beberapa insiden kebakaran & pemulihan semula sehinggalah ke tahun 1801, di mana senibinanya kekal sebegitu rupa sehingga ke hari ini. Berhampiran dengan gereja tersebut, terletak Monument to Grand Duke Gediminas, sebuah monumen yang didedikasikan kepada Gediminas yang merupakan Grand Duchy of Lithuania mulai tahun 1316–1341. Beliau adalah penganut Paganisma yang kuat & sepanjang hidupnya, beliau menentang habis-habisan usaha Kristianisasi di Lithiuania.
Cathedral Square, Vilnius, Lithuania
Vilnius Cathedral, Vilnius, Lithuania
Vilnius Cathedral, Vilnius, Lithuania
Monument to Grand Duke Gediminas, Vilnius, LithuaniaAku seterusnya menikmati makan tengah hari di McDonald’s sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Fillet O’Fish menjadi hidangan tengah hari. Setelah kenyang, aku pun terus mengatur langkah ke Seimas Palace (Seimo Rūmai). Bangunan ini berfungsi sebagai bangunan parlimen Lithuania. Ianya mulai dibina pada tahun 1976 & hanya siap sepenuhnya pada tahun 1980. Ianya berfungsi sebagai parlimen selepas kemerdekaan Lithuania pada tahun 1990.
Seimas Palace, Vilnius, Lithuania
Perkarangan Seimas Palace, Vilnius, Lithuania
Seimas Palace, Vilnius, LithuaniaSeimas Palace adalah destinasi terakhir aku di kota Vilnius sebelum aku kembali semula ke hostel untuk berehat-rehat. Aku keluar semula pada waktu malam untuk menikmati keindahan kota ini di bawah cahaya bulan. Selepas bergambar dengan beberapa monumen penting di kota ini, aku pun kembali semula ke hostel.
St Teresa's Church di waktu malam, Vilnius, Lithuania
Vilnius Town Hall di waktu malam, Vilnius, Lithuania
Vilnius Town Hall di waktu malam, Vilnius, LithuaniaHari 4: 27 NOVEMBER 2007Selepas membersihkan diri & berkemas-kemas, aku pun terus menuju ke stesen bas untuk kembali semula ke Riga, Latvia. Bas Eurolines yang telah aku tempah melalui internet akan mula bertolak pada pukul 10.00 pagi. Selepas beberapa minit menunggu, bas yang dinanti pun tiba & aku pun terus masuk ke dalamnya. Beberapa minit kemudian, ianya pun bergerak meninggalkan kota Vilnius menuju ke Riga. Perjalanan mengambil masa selama 4½ jam.
Lebih kurang pukul 2.30 petang, aku pun tiba di stesen bas Riga. Sesampainya aku di situ, aku terus ke hostel yang telah pun aku tempah melalui internet. Hostel itu tidak jauh dari stesen bas. Sesampainya aku di hostel, aku berehat-rehat dahulu sebelum keluar menikmati suasana malam. Setelah lebih kurang sejam berehat-rehat, aku pun keluar. Keadaan di luar agak sejuk. Salji mulai turun, namun tidak begitu lebat. Ini memaksa aku supaya memakai sweater bersama-sama jaket untuk memanaskan badan. Kota Riga di waktu malam tersangatlah cantik terutamanya di kawasan pinggir Sungai Daugava. Aku mengambil masa lebih daripada 3 jam bersiar-siar di sekeliling kota ini di bawah sinaran bulan. Setelah penat berjalan, aku pun kembali semula ke hostel.
Waktu malam di Riga, Latvia
Waktu malam di Riga, Latvia
Waktu malam di Riga, Latvia
Waktu malam di Riga, Latvia
Waktu malam di Riga, LatviaHari 5: 28 NOVEMBER 2007Hari ini adalah hari terakhir aku di rantau Baltik sebelum aku pulang semula ke Dublin pada waktu malam nanti. Selepas menyiapkan diri, aku pun keluar untuk mencari pengalaman baru di kota Riga, Latvia ini. Latvia atau nama tempatannya Latvija adalah negara terakhir di rantau Baltik yang aku jejaki. Negara ini bersempadan dengan Estonia di bahagian utara, Lithuania di bahagian selatan, Russia di bahagian timur & Belarus di bahagian tenggara. Bahagian baratnya pula adalah persisiran pantai yang menghadap Laut Baltik.
Latvia adalah anggota NATO & Kesatuan Eropah. Keluasan negara ini adalah 64,589 km persegi & jumlah penduduknya pula adalah 2,200,000 orang. Matawang yang digunakan di Latvia ialah Lats. 1.00 Euro bersamaan dengan 0.70 Lats. 1.00 Ringgit pula bersamaan dengan 0.15 Lats. Sistem pemerintahan yang diamalkan di sini adalah sistem Republik yang diketuai oleh Presiden & dibantu oleh Perdana Menteri. Bahasa Latvia ialah bahasa rasmi negara ini. Penggunaan Bahasa Inggeris di Latvia tidak begitu meluas. Negara ini dibahagian kepada 36 buah wilayah. Iklim negara ini sama seperti 2 buah lagi negara di rantau Baltik iaitu beriklimkan kebenuaan & kelautan.
Menurut sejarah, manusia sudah mulai bertapak di bumi Latvia sejak tahun 9,000 SM lagi. Terdapat juga bukti yang menunjukkan terdapatnya hubungan perdagangan antara penduduk di sini dengan Empayar Rom & Byzantine. Usaha Kristianisasi di bumi Latvia telah bermula sejak tahun 1180. Namun, penerimaannya tidak begitu besar kerana ramai yang masih berpegang teguh dengan ajaran Paganisma. Tentera Salib Jerman yang dihantar ke sini kemudiannya telah berjaya mengkristiankan ramai penduduk di sini dengan cara paksaan. Orang-orang Jerman telah mula berhijrah & berkuasa di sini pada kurun ke-13. Negara yang bernama Livonia telah dibentuk kemudiannya. Walau bagaimanapun, kekalahannya dalam Perang Livonia pada tahun 1583 menyebabkan tanah Latvia ditakluki oleh kerajaan Polish-Lithuanian Commonwealth.
Dalam Perang Polish-Swedish antara tahun 1600-1611, kekalahan Polish-Lithuanian Commonwealth dalam perang tersebut menyebabkan kawasan utara Latvia ditakluki oleh Sweden. Di bawah pemerintahan orang-orang Sweden & Jerman, fahaman ajaran Lutheran telah meresap masuk ke dalam kehidupan seharian penduduk Latvia & akhirnya ianya menjadi agama utama di sini. Walau bagaimanapun, ajaran Kristian Katholik masih kukuh di dalam jiwa sesetengah penduduk terutamanya di bahagian yang mendapat pengaruh yang kuat dari Poland.
Latvia kemudiannya secara rasmi jatuh ke bawah pemerintahan Empayar Russia pada tahun 1795. Setelah berakhirnya Perang Dunia Pertama iaitu pada tahun 1918, Latvia telah mengisytiharkan kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, pengaruh Soviet Union & Jerman masih lagi wujud dalam pemerintahannya. Kemudian, sewaktu permulaan Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1939, Latvia ditakluk oleh Soviet Union melalui pakatan rahsia yang dibuat antara Soviet Union & Jerman, iaitu Pakatan Molotov-Ribbentrop yang membahagi-bahagikan Eropah Utara & Timur di antara kedua-dua kuasa tersebut. Penduduk Latvia ramai yang menentang penjajahan Soviet Union ini. Namun, mereka yang menentang ini akhirnya ditangkap & dibunuh. Tidak berapa lama kemudian, Jerman pula menceroboh & menguasai Latvia, di mana beribu-ribu orang berbangsa Yahudi di sini dibunuh dalam peristiwa Holocaust. Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua, Soviet Union kembali berkuasa di bumi Latvia.
Latvia, sama seperti negara-negara rantau Baltik yang lain mengalami penderitaan sewaktu berada di bawah pemerintahan Soviet Union. Kemerdekaan sepenuhnya hanya berjaya dicapai pada tahun 1990.
Peta Latvia & kedudukan Riga di dalam Latvia
Bendera negara LatviaRiga adalah ibu negara Latvia. Ia terletak di muara Sungai Daugava yang mengalir ke Laut Baltik & merupakan bandar yang terbesar di rantau Baltik. Bandar ini telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada ‘UNESCO World Heritage Sites’ kerana senibina bangunan-bangunannya yang unik & tidak dijumpai di tempat lain di dunia. Jumlah penduduk yang menetap di sini ialah 700,000 orang. Suhu puratanya pada Musim Panas ialah 18 darjah celcius, sementara purata suhu Musim Sejuk pula ialah -6 darjah celcius.
Pengasasan bandar Riga yang moden bermula pada kurun ke-12 sewaktu kedatangan pedagang-pedagang & juga mubaligh-mubaligh Kristian dari Jerman ke sini. Pada tahun 1282, Riga menganggotai Hanseatic League, zon perdagangan di perairan Laut Baltik & Laut Utara. Ianya menjanjikan kestabilan ekonomi & politik Riga. Riga kemudiannya berada di bawah naungan Polish-Lithuanian Commonwealth mulai tahun 1581. Pada tahun 1621, Riga ditakluki pula oleh Sweden hinggalah ke tahun 1710 apabila ianya jatuh ke tangan Empayar Russia selepas kekalahan Sweden dalam Great Northern War. Di bawah Empayar Russia, Riga merupakan bandar ke-3 terbesar di dalam empayar ini selepas Moscow & St Petersburg. Perang Dunia Pertama & Kedua memberi impak yang besar terhadap Riga. Ianya mengalami kemusnahan yang agak teruk. Selepas berpuluh tahun berada di bawah pemerintahan Soviet Union, Riga akhirnya bebas setelah Latvia mencapai kemerdekaannya pada tahun 1990. Riga dijadikan ibu kota Latvia.
Suhu di Riga pada pagi ini agak sejuk. Di luar kelihatan pokok-pokok & rumput-rumput putih diselaputi salji. Malam tadi salji turun rupa-rupanya. Indah sungguh pemandangan di luar. Musim Sejuk sememangnya musim yang paling aku gemari kerana turunnya salji pada musim ini. Aku tidak pernah jemu melihat & bermain dengan salji. Salah satu fenomena alam yang unik & mengasyikkan.
Salji di Riga, Latvia
Riga, LatviaLokasi pertama di Riga yang aku kunjungi ialah stesen keretapinya. Sahaja ingin bergambar di hadapannya. Menara jam yang terdapat di stesen keretapi ini agak unik senibinanya. Pada waktu ini, salji mulai turun dengan lebatnya & keadaan amat sejuk pada waktu ini, menyebabkan aku terpaksa memakai sarung tangan. Agak susah pula sebenarnya untuk memegang kamera sambil memakai sarung tangan. Selepas itu, aku berjalan menuju ke House of the Blackheads (Melngalvju Nams). Bangunan ini sebenarnya baru sahaja dibina semula antara tahun 1995-1999 selepas ianya dibom oleh tentera Jerman pada tahun 1941 sewaktu Perang Dunia Kedua. Sewaktu Latvia di bawah pemerintahan Soviet Union, bangunan ini diabaikan. Usaha untuk membina semula bangunan ini hanya dimulakan selepas kemerdekaannya. Ia siap sepenuhnya pada tahun 2001 & dirasmikan pada tahun tersebut sempena menyambut ulangtahun ke-800 tahun bandar Riga. Pada masa kini, House of the Blackheads ini berfungsi sebagai muzium & kadangkala sebagai dewan konsert.
Stesen keretapi Riga, Latvia
Menara Jam di Stesen keretapi Riga, Latvia
House of the Blackheads, Riga, LatviaBerhampiran dengan House of the Blackheads terdapat sebuah gereja yang bernama St Peter’s Church yang didedikasikan kepada St Peter, salah seorang daripada Twelve Apostles. Gereja ini dibina pada tahun 1209 & diperbesarkan pada kurun ke-15. Menara gereja yang dilihat pada hari ini sebenarnya hanya dibina pada tahun 1746. Menara tersebut pernah disambar kilat sebanyak 6 kali & pernah runtuh sebanyak 2 kali akibat insiden tersebut iaitu pada tahun 1666 & 1721. Sebelum Perang Dunia Kedua, bangunan menara ini merupakan bangunan yang diperbuat daripada kayu yang tertinggi di benua Eropah. Namun, ianya mengalami kerosakan yang teruk ketika perang tersebut. Pembaikan semula gereja ini diusahakan pada tahun 1970-an sewaktu di bawah era pemerintahan Soviet Union.
House of the Blackheads & St Peter’s Church, Riga, LatviaMuseum of the Occupation of Latvia (Latvijas Okupācijas Muzejs) merupakan destinasi aku yang seterusnya. Bangunan ini adalah sebuah muzium yang memberi informasi tentang kisah-kisah Latvia & rakyatnya sewaktu ianya dijajah oleh Soviet Union & Jerman dari tahun 1941 hingga tahun 1990. Muzium ini terletak berhampiran dengan tebing Sungai Daugava yang menjadi lokasi seterusnya yang aku jejaki. Pemandangan di tebing sungai ini agak mengasyikkan. Terdapat sebuah jambatan yang mempunyai senibina yang agak menarik. Keadaan di sini lebih sejuk berbanding lokasi-lokasi lain di bandar Riga ini. Ini mungkin kerana pengaruh air sungai & angin sejuk yang bertiup di sini.
Museum of the Occupation of Latvia, Riga, Latvia
Pinggiran Sungai Daugava, Riga, Latvia
Pinggiran Sungai Daugava, Riga, LatviaAku kemudiannya bergerak menuju ke sebuah lagi bangunan penting yang terdapat di kota Riga, iaitu Riga Cathedral (Rīgas Doms). Ianya merupakan gereja yang terpenting di sini & merupakan gereja mazhab Protestant. Ia siap dibina pada tahun 1211 & merupakan gereja medieval yang terbesar di rantau Baltik. Sebuah lagi gereja yang penting di bandar Riga ialah St Jacob’s Cathedral. Berlainan dengan Riga Cathedral, St Jacob’s Cathedral ini adalah gereja mazhab Roman Katholik. Ianya siap dibina pada tahun 1225. Pada tahun 1522, fungsi gereja ini berubah menjadi gereja pengikut mazhab Lutheran. Ianya hanya kembali kepada fungsi asalnya pada tahun 1582 selepas ianya diambil alih oleh orang-orang dari Poland.
Riga Cathedral, Riga, Latvia
St Jacob’s Cathedral, Riga, Latvia
St Jacob’s Cathedral, Riga, LatviaSelepas itu, aku mengatur langkah pula ke bangunan parlimen Latvia yang terletak tidak jauh dari St Jacob’s Cathedral. Aku sendiri kurang pasti mengenai sejarah bangunan ini. Seterusnya, aku meneruskan perjalanan ke sebuah taman yang terdapat di tengah-tengah kota Riga ini. Di dalam taman tersebut, mengalir sebuah terusan. Keadaan di sini masih lagi keputih-putihan. Salji belum lagi cair nampaknya di dalam taman ini. Pemandangan sekeliling cantik sekali.
Parlimen Latvia, Riga, Latvia
Merpati-merpati mencari rezeki berhampiran Parlimen Latvia, Riga, Latvia
Di dalam sebuah taman di Riga, Latvia
Di dalam sebuah taman di Riga, Latvia
Di dalam sebuah taman di Riga, Latvia
Di dalam sebuah taman di Riga, LatviaSelepas mengambil beberapa keping gambar di dalam taman ini, aku pun bergerak ke lokasi seterusnya, iaitu Freedom Monument (Brīvības Piemineklis). Monumen ini adalah sebuah memorial yang memperingati pengorbanan tentera-tentera Latvia dalam Perang Pembebasan Latvia yang berlaku antara tahun 1918-1920, di mana Latvia pada waktu itu berada di bawah jajahan Empayar Russia & Jerman. Monumen ini adalah simbol penting yang melambangkan kebebasan, kemerdekaan & kedaulatan Latvia. Monumen setinggi 42 meter ini dibina di atas tapak asal monumen patung Peter The Great, iaitu antara Tsar Russia yang ternama. Freedom Monument ini dirasmikan pada tahun 1935. Sewaktu Latvia berada di bawah jajahan Soviet Union antara tahun 1944-1990, terdapat usaha-usaha untuk merobohkan monumen ini. Walau bagaimanapun, usaha tersebut tidak pernah berjaya dijalankan. Kawasan di sekitar monumen ini kini seringkali digunakan dalam upacara-upacara umum & rasmi. Setiap jam dari pukul 9.00 pagi ke 6.00 petang pada setiap hari, terdapat upacara pertukaran pengawal di hadapan monumen ini. Aku tidak berkesempatan untuk menyaksikannya. Selepas bergambar di hadapan Freedom Monument, aku berehat-rehat & menikmati makan tengah hari aku.
Freedom Monument, Riga, Latvia
Freedom Monument, Riga, LatviaSelepas selesai makan tengah hari, aku berjalan menuju ke sebuah lagi gereja yang terdapat di kota Riga. Riga sememangnya kaya dengan gereja-gereja pelbagai mazhab. Gereja yang aku jejaki kali ini pula adalah gereja mazhab Russian Orthodox yang mempunyai senibina yang menarik. Nama gereja ini ialah Nativity of Christ Cathedral. Ianya dibina antara tahun 1876-1883, sewaktu Riga di bawah pemerintahan Empayar Russia. Tsar Russia yang memerintah pada waktu tersebut bernama Alexander II. Gereja ini merupakan gereja Russian Orthodox yang terbesar di rantau Baltik. Sewaktu Perang Dunia Pertama, tentera Jerman yang mengambil alih bandar Riga menukarkan fungsi gereja ini kepada gereja mazhab Lutheran. Namun, ianya hanyalah sementara. Gereja ini ditukar semula menjadi gereja mazhab Russian Orthodox selepas Latvia mendapat kemerdekaannya pada tahun 1918. Walau bagaimanapun, di bawah jajahan Soviet Union, gereja ini ditukar lagi fungsinya pada tahun 1960-an. Kali ini, ia dijadikan planetarium & fungsinya berkekalan sebegitu sehinggalah Latvia mencapai kemerdekaannya sekali lagi pada tahun 1990.
Berhampiran Nativity of Christ Cathedral, Riga, Latvia
Nativity of Christ Cathedral, Riga, LatviaSeterusnya, aku bergerak menuju ke Swedish Gate (Zviedru vārti), sebuah kesan tinggalan sejarah yang penting di kota Riga. Swedish Gate ini dibina pada tahun 1698 bagi meraikan kejayaan tentera Sweden menawan kota ini & ianya adalah satu-satunya tinggalan kerajaan Sweden di Riga. Berhampiran dengan Swedish Gate, terdapat sebuah menara usang yang diberi nama Powder Tower (Pulvertornis) yang dahulunya digunakan sebagai tempat penyimpanan senjata. Menara ini dibina pada kurun ke-14. Namun, ia telah roboh pada tahun 1621 sewaktu pencerobohan tentera Sweden. Ianya dibina semula pada tahun 1650 oleh tentera Sweden sendiri dengan ketebalan dinding setebal 2.5 meter untuk melindungi senjata-senjata yang disimpan di dalamnya. Menara ini kini merupakan sebahagian daripada War Museum.
Swedish Gate, Riga, Latvia
Powder Tower, Riga, LatviaAku kemudiannya bergerak ke National Opera House. Aku hanya bergambar di hadapannya sahaja. Aku kurang pasti mengenai sejarah bangunan ini. Selepas itu, aku berjalan pula ke Riga Castle (Rīgas pils) yang terletak di pinggiran Sungai Daugava. Istana ini siap dibina pada tahun 1330 & diperbesarkan lagi antara tahun 1497-1515. Istana ini pernah ditawan pada kurun ke-17 oleh tentera Sweden & dijadikan kubu pertahanan mereka. Pada tahun 1938, istana ini dijadikan kediaman rasmi kerajaan. Pada hari ini, ianya merupakan kediaman rasmi Presiden Latvia. Terdapat muzium-muzium di dalamnya yang boleh dilawati oleh orang awam. Aku tidak masuk ke dalamnya kerana kesuntukan masa.
National Opera House, Riga, Latvia
Riga Castle, Riga, Latvia
Riga Castle, Riga, LatviaSelepas bergambar di hadapan Riga Castle, aku meneruskan perjalanan ke lokasi terakhir aku di kota Riga sebelum kembali ke hostel. Lokasi terakhir aku ialah Riga Central Market (Rīgas Centrāltirgus). Pasar tertutup ini menarik senibinanya. Ianya mulai dibina pada tahun 1928 & dibuka kepada orang awam pada tahun 1930. Aku tidak membeli apa-apa di sini. Sekadar ingin merasai suasananya sahaja. Peniaga-peniaga bukan sahaja berniaga di dalam bangunan ini, malah di luar pun turut terdapat beberapa gerai yang menjual aneka barang jualan. Sedang aku berjalan-jalan di kawasan luar pasar itu, salji tiba-tiba turun secara renyai-renyai.
Riga Central Market, Riga, LatviaSetelah puas menikmati suasana di dalam & di luar pasar tersebut, aku pun kembali ke hostel. Aku berehat-rehat seketika untuk menghilangkan penat. Kemudian, aku mengemas barang-barang aku & meletakkan kesemuanya di dalam beg galas aku. Selepas menikmati hidangan petang, aku pun terus menaiki tram ke Lapangan Terbang Riga. Penerbangan aku ke Dublin akan berlepas pada pukul 9.30 malam ini. Sesampainya aku di lapangan terbang tersebut, aku terus mendaftar masuk. Beberapa lama kemudian, aku & penumpang-penumpang lain pun dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat. Lebih kurang beberapa minit kemudian, pesawat kami pun berlepas meninggalkan bumi Riga menuju ke kota Dublin. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam lamanya. Lebih kurang pukul 10.30 malam waktu tempatan Ireland, aku pun tiba di Lapangan Terbang Dublin.
Pengalaman selama 5 hari di ketiga-tiga negara rantau Baltik, iaitu Estonia, Lithuania & Latvia sememangnya amat berharga bagi diri aku. Walaupun ketiga-tiga negara ini bukanlah destinasi utama pelancong, namun ianya tetap istimewa bagi diri aku. Kecantikan alam semula jadi & senibina bangunan yang terdapat di ketiga-tiga buah bandar yang aku kunjungi sememangnya agak berbeza daripada negara-negara lain yang pernah aku jejaki. Aku yakin, ramai yang tidak pernah tahu tentang kewujudan ketiga-tiga negara tersebut kerana ketiga-tiganya baru sahaja mendapat kemerdekaan daripada Soviet Union berbelas tahun yang lalu. Oleh itu, aku harapkan agar travelogue yang aku tulis ini akan dapat menarik minat pembaca untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang ketiga-tiga negara ini.
Selepas kembali ke Dublin dari pengembaraan di negara-negara rantau Baltik, iaitu Estonia, Lithuania & Latvia, aku berehat-rehat buat satu hari di rumah sebelum aku meneruskan pengisian cuti Musim Sejuk aku di United Kingdom pula. Bandar-bandar di United Kingdom yang aku kunjungi pada cuti kali ini ialah Newcastle & Nottingham. Aku di sana untuk 5 hari sahaja iaitu dari 29 November 2007 hingga 3 Disember 2007. Aku ke sana bersendirian. Namun, aku tidak akan bersendirian di sana nanti. Aku akan menumpang di rumah sahabat lama aku yang pernah belajar bersama-sama di Kolej MARA Banting dari tahun 2000-2002 dahulu. Namanya ialah Rosman. Agak lama aku tidak bersua muka dengannya.
Hari 1: 29 NOVEMBER 2007Penerbangan Ryanair untuk ke Newcastle akan berlepas pada pukul 8.30 malam nanti. Untuk tidak kelam-kabut, aku menaiki bas ke Lapangan Terbang Dublin pada pukul 5.30 petang, 3 jam sebelum waktu pesawat berlepas. Sesampainya di lapangan terbang, aku terus mendaftar masuk & menunggu masa untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat. Tidak berapa lama kemudian, aku & penumpang-penumpang lain pun dipanggil masuk. Penerbangan ke Newcastle mengambil masa lebih kurang sejam lamanya. Aku tiba di Lapangan Terbang Newcastle pada pukul 9.30 malam. Selepas selesai sahaja urusan imigresen dan sebagainya, aku pun berjejak kasih dengan Rosman di kawasan menunggu.
Rosman kemudiannya membawa aku menaiki Metro untuk ke rumahnya. Agak jauh juga sebenarnya lapangan terbang tersebut dengan rumahnya. Dia tinggal di sebuah apartmen 3 bilik bersama 2 orang pelajar bangsa asing. Seorang dari Nigeria & seorang lagi dari Bangladesh. Setibanya aku di rumahnya, dia mempelawa aku untuk makan malam. Dia menjemput sekali seorang lagi pelajar Malaysia yang tinggal di flat yang sama, iaitu Azmir. Aku sebenarnya sudah mengenali Azmir sejak aku belajar di Kolej MARA Banting lagi. Kami kenal melalui alam cyber, iaitu melalui mIRC sewaktu era kepopularan mIRC. Ini adalah kali pertama kami bertemu. Orangnya sangatlah peramah. Selepas makan malam bersama-sama & berbual panjang, aku & Rosman kembali ke bilik. Azmir pun turut kembali ke biliknya semula.
Hari 2: 30 NOVEMBER 2007Pada pagi hari ini, Rosman mengajak aku bersarapan bersama sebelum dia meninggalkan aku seorang diri kerana dia terpaksa ke universitinya. Dia adalah pelajar ‘postgrad’ di University of Newcastle. Dia mengambil program Master dalam bidang kejuruteraan awam. Begitu juga dengan Azmir. Memandangkan aku ditinggalkan bersendirian, aku mengisi masa yang ada dengan melayari internet di biliknya sahaja. Hari ini adalah hari Jumaat. Disebabkan Rosman hanya akan pulang selepas solat Asar & kebetulan aku pula adalah musafir, aku pun hanya menunaikan solat Zohor & juga Asar di dalam biliknya sahaja. Lebih kurang pukul 4.00 petang, Rosman pun pulang semula ke rumahnya. Selepas solat Maghrib, Rosman mengajak aku & Azmir keluar bersiar-siar menikmati angin malam Newcastle.
Aku sebenarnya sudah lama teringin untuk menjejakkan kaki di Newcastle kerana di sinilah letaknya lokasi penggambaran Cinta Antara Benua, drama bersiri yang menjadi sumber inspirasi aku untuk belajar di luar negara sewaktu aku di Tingkatan Dua pada tahun 1996 dahulu. Alhamdulillah. Cita-cita aku untuk belajar di luar negara sudah pun tercapai & sekarang sudah hampir 7 tahun aku bermastautin di Dublin. Dan hajat aku untuk memijakkan kaki di bumi Newcastle juga tercapai akhirnya.
Newcastle atau nama panjangnya, Newcastle upon Tyne adalah sebuah bandar di bahagian timur laut England & merupakan antara bandar-bandar yang terpenting di England. Ianya terletak di dalam wilayah Tyne and Wear, di tebing Sungai Tyne. Para peminat bola sepak sudah tentunya mengenali kelab bola sepak Newcastle United, antara kelab bola sepak Inggeris yang ternama. Bandar ini mempunyai jumlah penduduk seramai 270,000 orang. Dialek yang digunakan oleh penduduknya, iaitu dialek Geordie hanya dipertuturkan oleh penduduk-penduduk di sekitar Newcastle sahaja. Ianya mempunyai istilah-istilah & sebutan-sebutan yang agak berbeza daripada Bahasa Inggeris standard & kadangkala agak sukar untuk difahami apabila didengar.
Peta Kedudukan Newcastle di dalam EnglandMenurut sejarah, kota Newcastle ini mula diduduki sejak kurun ke-2, sewaktu ketibaan orang-orang dari Empayar Rom ke pulau Great Britain. Selepas kehancuran Empayar Rom, Newcastle berada pula di bawah pemerintahan kerajaan Northumbria mulai tahun 410. Kota ini kemudiannya menjadi salah satu kota terpenting dalam kerajaan England sewaktu Zaman Pertengahan. Sebuah kubu dibina di sini bagi menghalang pencerobohan & serangan dari Scotland. Raja Scotland yang bernama William I pernah dipenjarakan di Newcastle pada tahun 1174. William Wallace, perwira dari Scotland pernah juga dibawa melintasi Newcastle selepas dia ditangkap & dibawa ke London. Newcastle memainkan peranan yang agak penting dalam Revolusi Industri di England. Pada kurun ke-18, ia merupakan pusat percetakan ke-4 terbesar di England selepas London, Oxford & Cambridge. Newcastle juga adalah antara pengeluar & pengeksport utama arang batu di England.
Tempat pertama yang kami bertiga jejaki pada malam ini adalah Grey’s Monument yang terletak betul-betul di tengah-tengah pusat bandar Newcastle. Monumen ini didedikasikan kepada Charles Grey, atau Earl Grey kedua, iaitu Perdana Menteri United Kingdom of Great Britain & Ireland dari tahun 1830-1834. Beliau merupakan antara Perdana Menteri United Kingdom yang banyak membuat perubahan kepada negara tersebut. Selain menyumbangkan jasanya kepada United Kingdom, Earl Grey juga turut menyumbangkan namanya kepada sejenis teh England yang amat harum baunya, iaitu teh Earl Grey yang sangat terkenal di England pada masa kini. Monumen yang didedikasikan untuknya ini siap dibina pada tahun 1838 sempena memperingati perubahan yang dibawanya kepada United Kingdom. Patung yang terletak di atas puncak monumen tersebut direka bentuk oleh pereka bentuk sama yang mereka bentuk patung Nelson di Trafalgar Squre, London.
Charles Grey
Teh Earl Grey
Grey’s Monument, Newcastle, England, UK
Patung Charles Grey di puncak Grey’s Monument, Newcastle, England, UK
Bersama Rosman di Grey’s Monument, Newcastle, England, UKSelepas bergambar dengan Grey’s Monument, kami bergerak pula ke tebing Sungai Tyne untuk menikmati panorama malam yang indah di situ. Di sungai ini terdapat 2 buah jambatan yang utama iaitu Tyne Bridge & Gateshead Millenium Bridge. Tyne Bridge adalah jambatan yang mempunyai senibina yang mengagumkan yang menyambungkan bandar Newcastle dengan bandar Gateshead. Sewaktu Newcastle berada di bawah naungan Empayar Rom, terdapat sebuah jambatan yang dibina berdekatan dengan Tyne Bridge yang siap dibina pada tahun 122. Jambatan ini kemudiannya roboh & pada tahun 1270, ianya diganti pula dengan jambatan baru yang diperbuat daripada batu. Jambatan ini pula kemudiannya mengalami kerosakan teruk pada tahun 1771. Sebuah lagi jambatan baru dibina di tempat yang sama pada tahun 1781. Disebabkan kesibukan lalu lintas kapal yang semakin teruk pada akhir kurun ke-19 di Sungai Tyne, jambatan tersebut diganti pula dengan jambatan baru yang bernama Swing Bridge yang dirasmikan pada tahun 1876. Tidak berapa lama kemudian, idea untuk membina sebuah lagi jambatan baru yang menghubungkan Newcastle dengan Gateshead tercetus. Senibinanya berpandukan kepada senibina Hell Gate Bridge di New York, Amerika Syarikat & Harbour Bridge di Sydney, Australia. Jambatan ini adalah Tyne Bridge, yang mula dirasmikan pada tahun 1928 oleh Raja England yang memerintah pada waktu itu, iaitu George V.
Tyne Bridge, Newcastle, England, UK
Bersama Azmir & Rosman di Tyne Bridge, Newcastle, England, UK
Bersama Rosman & Azmir di Tyne Bridge, Newcastle, England, UKSebuah lagi jambatan yang terletak agak berhampiran dengan Tyne Bridge ialah Gateshead Millennium Bridge yang mempunyai senibina yang agak unik. Jambatan ini hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki & penunggang basikal sahaja. Kereta, motorsikal & kenderaan lain tidak dibenarkan untuk melaluinya. Keunikan jambatan ini adalah ianya boleh digerakkan sebanyak beberapa darjah untuk memberi laluan kepada kapal-kapal yang lalu-lalang. Jambatan ini mulai dibuka kepada orang awam pada tahun 2001. Keunikan senibina jambatan ini menyebabkan aku menghabiskan masa yang agak lama untuk bergambar di sini.
Gateshead Millennium Bridge digerakkan untuk memberi laluan kepada kapal, Newcastle, England, UK
Gateshead Millennium Bridge, Newcastle, England, UK
Bersama Azmir & Rosman di Gateshead Millennium Bridge, Newcastle, England, UK
Bersama Azmir & Rosman di Gateshead Millennium Bridge, Newcastle, England, UKSelepas puas bergambar, kami bertiga pun pulang ke rumah. Rosman kemudiannya memasak makan malam yang agak ringkas. Kemudian, kami makan bersama-sama sebelum masuk tidur. Kami perlu tidur awal pada malam ini kerana pada awal pagi esoknya, kami perlu berkumpul bersama pelajar-pelajar Malaysia yang lain untuk menaiki bas ke Nottingham untuk ke Nottingham Games yang bakal berlangsung esok di University of Nottingham.
Hari 3: 1 DISEMBER 2007Seawal pukul 5.30 pagi, kami bangun untuk bersiap-siap. Selepas solat Subuh, aku, Rosman & Azmir pun bergerak ke suatu tempat di mana pelajar-pelajar Malaysia yang lain berkumpul untuk menaiki bas yang sudah ditempah untuk ke Nottingham. Bayaran yang dikenakan untuk semua orang tidaklah terlampau mahal. Dua buah bas ditempah untuk memuatkan lebih daripada 60 orang pelajar. Ramai juga kontijen yang dihantar oleh pelajar-pelajar Malaysia di Newcastle ini. Aku mengambil keputusan untuk mengikut Rosman & Azmir ke sana walaupun kami tidak terlibat dengan apa-apa permainan atau tugas-tugas yang lain kerana aku teringin untuk melihat suasana Nottingham Games, acara sukan tahunan yang terbesar di United Kingdom & Ireland. Lebih kurang pukul 6.30 pagi, kedua-dua bas pun mulai bergerak menuju ke Nottingham.
Kami tiba di University of Nottingham lebih kurang pukul 8.30 pagi. University yang dibuka pada tahun 1798 ini adalah universiti yang ke-5 terbesar di United Kingdom dari segi jumlah pelajarnya & antara universiti-universiti di United Kingdom yang menjadi tumpuan utama pelajar-pelajar dari Malaysia untuk melanjutkan pelajaran, terutamanya dalam bidang perubatan. Setibanya aku, Rosman & Azmir di sini, kami agak mati kutu kerana tidak tahu untuk berbuat apa-apa kerana kami tidak terlibat dengan apa-apa permainan. Oleh itu, kami bertiga mengambil keputusan untuk bersiar-siar dahulu di sekitar universiti ini. Sempat juga aku berjumpa dengan beberapa orang teman lama yang sama-sama belajar di Kolej MARA Banting dahulu yang kini belajar & bekerja di United Kingdom. Wakil-wakil dari Ireland juga tidak kurang ramainya aku jumpa. Selepas bersiar-siar di dalam universiti, kami bertiga bercadang untuk melihat kota Nottingham pula. Oleh itu, kami menaiki bas di luar universiti untuk ke pusat bandar.
University of Nottingham, Nottingham, England, UK
Di dalam University of Nottingham, Nottingham, England, UK
Di dalam University of Nottingham, Nottingham, England, UKNottingham adalah sebuah lagi bandar yang terpenting di England. Ianya terletak di bahagian East Midlands, di dalam wilayah Nottinghamshire. Jumlah penduduknya adalah seramai 667,000 orang. Ramai yang tahu bahawa nama Nottingham sinonim dengan lagenda Robin Hood yang mencuri harta orang-orang kaya untuk diberikan kepada orang-orang miskin.
Peta kedudukan Nottingham di dalam EnglandBandar Nottingham ini sudah lama dihuni oleh manusia. Sewaktu Revolusi Industri di England sekitar akhir abad ke-18 & awal abad ke-19, Nottingham terkenal sebagai pengeluar tekstil, terutamanya kain kerawang. Namun, lama-kelamaan, industri tekstil di sini semakin merosot akibat daripada persaingan dengan pengeluar tekstil di negara-negara lain di Timur Jauh & Asia Selatan.
Aku, Rosman & Azmir hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk berjalan mengelilingi kota Nottingham ini kerana kami ingin menyaksikan juga perlawanan-perlawanan dalam Nottingham Games nanti. Tempat pertama yang kami lawati ialah Nottingham Council House yang terletak betul-betul di tengah-tengah kota ini di kawasan Old Market Square, dataran yang dikatakan terbesar di seluruh England. Bangunan yang mempunyai kubah yang agak besar ini turut mempunyai loceng di dalamnya yang boleh didengar dari jarak 7 batu dari situ. Bangunan ini dibina antara tahun 1927-1929 & dirasmikan pada tahun 1929 oleh Prince of Wales pada waktu itu, iaitu Edward VIII. Ianya sering digunakan untuk acara-acara umum & rasmi.
Nottingham Council House, Nottingham, England, UKSelepas itu, kami bertiga singgah sebentar di sebuah kedai cenderahati untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang. Kami juga membeli peta Nottingham untuk mencari di mana letaknya Nottingham Castle yang terkenal di sini. Berhampirannya adalah Sherwood Forest. Kedua-duanya sinonim dengan lagenda Robin Hood. Kami sangkakan Nottingham Castle itu jauh dari pusat bandar. Tetapi, ia rupa-rupanya tidaklah sejauh mana. Hanya 15 minit sahaja dari situ dengan berjalan kaki. Kami pun terus berjalan mencari istana lagenda tersebut & menjumpainya tidak lama kemudian.
Nottingham Castle adalah sebuah istana lama yang pada asalnya diperbuat daripada kayu yang dibina pada tahun 1067 atas perintah William the Conqueror. Pada tahun 1170, Raja England yang bernama Henry II mengarahkan supaya ianya diganti dengan senibina batu-batan & kemudiannya dijadikan kubu kuat England di bahagian Midlands. Berkurun-kurun lamanya istana ini memainkan peranan yang penting dalam institusi raja & bangsawan England. Antara yang terkenal ialah Richard the Lionheart & Prince John yang hidup seera dengan Robin Hood. Di dalam istana inilah Robin Hood dikatakan sering bersua muka dengan Sheriff of Nottingham yang merupakan musuhnya. Istana ini terus mengalami pembesaran sehinggalah ianya terhenti apabila berlakunya Perang Saudara di England dari tahun 1641-1651 yang menyebabkan istana ini mengalami kerosakan yang teruk. Istana ini kemudiannya tidak lagi digunakan selepas perang tersebut.
Di bahagian luar istana ini terdapat ukiran patung Robin Hood. Kami hanya bergambar dengan patung ini & pintu gerbang istana ini sahaja. Kami tidak masuk ke dalamnya kerana kesuntukan masa. Selepas bergambar, kami pun kembali semula ke Old Market Square untuk menaiki bas pulang semula ke University of Nottingham bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan Nottingham Games.
Patung Robin Hood di luar Nottingham Castle, Nottingham, England, UK
Patung Robin Hood di luar Nottingham Castle, Nottingham, England, UK
Pintu Gerbang Nottingham Castle, Nottingham, England, UK
Nottingham Castle, Nottingham, England, UKAntara perlawanan-perlawanan yang kami bertiga saksikan ialah perlawanan bola keranjang antara pasukan dari Dublin & pasukan tuan rumah & juga perlawanan badminton oleh beberapa pasukan. Ada beberapa acara dalam Nottingham Games habis awal & ada juga yang habis agak lewat. Yang paling lewat akan habis lebih kurang pukul 11.00 malam nanti. Kami bertiga diberitahu oleh ketua rombongan dari Newcastle bahawa kami akan bertolak pulang ke Newcastle sejurus selepas pasukan dari Newcastle habis beraksi. Disebabkan rasa lapar yang teramat, aku, Rosman & Azmir singgah di sebuah bangunan di universiti itu di mana terdapatnya banyak gerai-gerai makanan yang menjual makanan-makanan Malaysia. Harga-harga yang diletakkan agak mahal. Namun, disebabkan rasa lapar, kami tidak menjadikannya alasan untuk tidak makan.
Makan-Makan bersama Rosman sewaktu Nottingham Games di University of Nottingham, Nottingham, England, UK
Makan-Makan bersama Azmir sewaktu Nottingham Games di University of Nottingham, Nottingham, England, UKLebih kurang pukul 7.00 malam, kami pun dipanggil untuk menaiki bas untuk pulang. Pasukan Newcastle hanya memenangi beberapa pingat sahaja. Tiada pingat emas dikutip. Aku tidak pasti pula tentang prestasi pasukan-pasukan dari Dublin. Yang aku tahu, pasukan badminton dari Dublin mencapai kejayaan yang agak besar. Aku akan bertanya dengan lebih lanjut daripada wakil-wakil Dublin selepas aku pulang ke Dublin nanti. Lebih kurang pukul 7.30 malam, kedua-dua bas dari Newcastle pun bergerak pulang ke Newcastle. Kesemuanya kelihatan penat. Kami bertiga sahaja yang masih segar. Heheh.
Lebih kurang dua jam kemudian, kami semua pun tiba semula di Newcastle. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada pelajar-pelajar Newcastle yang lain, aku, Rosman & Azmir pun berjalan kaki pulang ke flat. Selepas mandi & solat Isyak, aku & Rosman pun terus melelapkan mata.
Hari 4: 2 DISEMBER 2007Aku & Rosman bangun agak lewat pada hari ini kerana kepenatan berjalan-jalan di Nottingham semalam. Selepas mandi & bersiap-siap, Rosman membawa aku keluar bersiar-siar di kota Newcastle. Azmir tidak ikut sekali kerana mempunyai hal lain. Cuaca pada hari ini tidak berapa baik. Langit mendung menandakan yang hari akan hujan. Kami cuma singgah di beberapa tempat sahaja. Tempat pertama yang disinggahi adalah University of Newcastle yang terletak betul-betul berhadapan dengan flat Rosman. Aku mengikutinya ke sana kerana dia perlu memulangkan buku-buku yang dipinjamnya dari perpustakaan. Nama perpustakaan tersebut ialah The Robinson Library. Perpustakaan inilah yang menjadi antara lokasi utama penggambaran drama bersiri Cinta Antara Benua yang aku betul-betul minat itu. Tercapai juga hasrat aku untuk menjejakkan kaki di sini. Hehehe. University of Newcastle ini dibuka pada tahun 1834. Ianya juga merupakan antara universiti-universiti di United Kingdom yang menjadi pilihan utama pelajar-pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran, terutamanya dalam kursus perubatan.
Berhampiran flat Rosman, Newcastle, England, UK
Berhampiran flat Rosman, Newcastle, England, UK
University of Newcastle, Newcastle, England, UK
The Robinson Library, University of Newcastle, Newcastle, England, UKKami berdua kemudiannya berjalan kaki ke sebuah restoran halal yang bernama Chicken Cottage, untuk makan tengah hari. Restoran ini terletak tidak jauh dari St. James’ Park Stadium yang menjadi destinasi kami yang seterusnya. St. James’ Park Stadium ini adalah stadium rasmi bagi kelab bola sepak Newcastle United. Stadium yang boleh memuatkan seramai 52,000 orang ini adalah stadium bola sepak yang tertua & terbesar di bahagian timur laut England. Stadium ini mula dirasmikan pada tahun 1892 & sering digunakan dalam pertandingan-pertandingan bola sepak yang penting seperti FA Premier League & Euro Cup. Aku hanya bergambar di luar stadium ini sahaja. Tidak berminat pula aku untuk masuk ke dalamnya.
Logo Newcastle United
St James' Park Stadium, Newcastle, England, UK
St James' Park Stadium, Newcastle, England, UK
St James' Park Stadium, Newcastle, England, UKSetelah bergambar di luar stadium tersebut, aku dibawa pula ke kompleks-kompleks membeli-belah yang terdapat di Newcastle ini. Antara yang terkemuka di sini ialah Eldon Square. Kami menghabiskan masa lebih kurang 2 jam di dalamnya. Aku membeli beberapa helai baju untuk dibawa pulang ke Dublin. Agak murah juga harga-harganya kerana banyak kedai-kedai memberi potongan harga yang agak tinggi.
Eldon Square, Newcastle, England, UKSelepas membeli-belah, kami berdua pun pulang semula ke flat. Rosman memasak makan malam. Aku pun turut membantunya. Selepas makan malam, kami berborak-borak hingga ke larut malam. Apabila sudah mengantuk, kami pun melelapkan mata.
Hari 5: 3 DISEMBER 2007Hari ini adalah hari terakhir aku di rumah Rosman. Aku akan pulang semula ke Dublin pada waktu malam nanti. Pada waktu pagi, Rosman sudah awal-awal pagi lagi sudah ke universitinya untuk menyelesaikan kerja-kerjanya. Aku terpaksa ditinggalkannya keseorangan. Dia memberikan aku kunci rumahnya, kalau-kalau aku ingin keluar berjalan-jalan. Selepas mandi & bersarapan pagi, aku pun keluar bersendirian untuk bersiar-siar di sekitar kota Newcastle. Aku kembali semula ke Eldon Square yang kami kunjungi semalam kerana aku belum puas lagi membeli-belah di situ. Heheh. Hampir 2 jam aku menghabiskan masa di dalamnya.
Setelah selesai membeli-belah, aku kembali semula ke bilik Rosman. Tidak berapa lama kemudian, Rosman pun pulang. Aku menunjukkan kepadanya baju-baju yang aku beli tadi.
Apabila malam telah tiba, aku pun mengemaskan barang-barang aku & meletakkan kesemuanya di dalam beg galas aku. Setelah itu, kami berdua pun bergerak bersama-sama menuju ke bilik Azmir. Kemudian, kami bertiga berjalan menuju ke stesen metro berhampiran dengan flat mereka. Aku meminta mereka supaya meninggalkan aku di situ sahaja. Tidak perlulah mengikut aku sampai ke lapangan terbang.
Kami bersalam-salaman & berpeluk-pelukan. Aku mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada mereka berdua kerana sudi menerima kedatangan aku & memberi layanan yang cukup mengharukan. Entah bilalah aku akan berjumpa lagi dengan mereka berdua ini. Setelah mengucapkan selamat tinggal, aku pun masuk ke dalam metro, menuju ke Lapangan Terbang Newcastle. Aku memberikan lambaian yang terakhir kepada mereka berdua. Sedih pula rasanya hendak meninggalkan mereka setelah hampir 5 hari kami bersama.
Sesampainya aku di lapangan terbang tersebut, aku pun terus mendaftar masuk & kemudian menunggu masa untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat. Penerbangan Ryanair aku akan berlepas pada pukul 9.30 malam nanti. Setelah hampir sejam menunggu, kesemua penumpang pun dijemput untuk masuk ke dalam pesawat & tidak berapa lama kemudian, ianya pun berlepas meninggalkan Newcastle menuju ke Dublin. Penerbangan mengambil masa lebih kurang sejam. Lebih kurang pukul 10.30 malam, pesawat pun mendarat di Lapangan Terbang Dublin.
Pengalaman selama 5 hari bersama-sama dengan Rosman, teman lama aku yang sama-sama belajar di Kolej MARA Banting dahulu & juga Azmir yang aku jumpa buat kali pertama setelah bertahun-tahun berkawan di alam cyber benar-benar berharga bagi diri aku. Ditambah pula dengan kota Newcastle yang mempunyai nilai sentimental bagi aku kerana di sinilah lokasi penggambaran Cinta Antara Benua, drama bersiri yang menjadi sumber inspirasi bagi aku untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Kota Nottingham juga adalah kota yang unik yang sinonim dengan lagenda Robin Hood, satu watak yang aku minati sejak aku kecil lagi. Ditambah pula dengan pengalaman di Nottingham Games, acara sukan tahunan yang terbesar antara pelajar-pelajar Malaysia di United Kingdom & Ireland. Kesemuanya ini akan sentiasa terpahat dalam memori ingatan aku buat selamanya.
Morocco adalah negara kedua di benua Afrika & juga di rantau negara-negara di mana penduduknya bertutur dalam Bahasa Arab yang aku jejaki selepas Mesir. Sudah lama sebenarnya aku menyimpan hasrat untuk ke negara ini yang kaya dengan sejarah Islam & juga senibina yang mengagumkan. Mujurlah syarikat penerbangan Ryanair telah mengembangkan sayapnya ke negara Morocco ini yang memudahkan pelancong-pelancong dari benua Eropah untuk menjejakkan kaki ke sana. Aku mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk merancang perjalanan aku di bumi Morocco. Warganegara Malaysia wajib memohon visa untuk masuk ke negara ini. Segala urusan visa telah aku selesaikan 2 minggu sebelum bertolak. Mujurlah tiada sebarang masalah timbul.
Aku bertolak ke Morocco sehari selepas aku tiba di Dublin setelah 5 hari berkelana di Newcastle & Nottingham. Penat pun belum hilang lagi, sudah perlu berkemas-kemas untuk ke tempat lain pula. Bagi pengembara seperti aku, perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan. Aku mengembara seorang diri lagi pada kali ini. Pelajar-pelajar Malaysia di Dublin yang lain masing-masing mempunyai perancangan tersendiri. Puas aku memujuk, malangnya tiada siapa yang ingin ke Morocco. Mungkin ramai yang beranggapan Morocco tidak selamat & sebagainya. Entahlah. Aku pada mulanya agak takut juga untuk ke sana seorang diri. Orang-orang bangsa Arab ni kelakuannya agak kasar sedikit. Pengalaman di Mesir banyak mengajar aku. Walau apapun, aku perlu beranikan diri. Kalau nak seribu daya, kalau taknak seribu dalih.
Pengembaraan aku di bumi Morocco bermula pada tarikh 4 Disember 2007 & berakhir pada tarikh 15 Disember 2007. Lebih kurang 12 hari lamanya. Aku menjejakkan kaki di 6 buah bandar di dalam negara itu, iaitu Marrakech, Casablanca, Rabat, Tangier, Meknes & Fes. Aku bermalam di hostel-hostel yang aku rujuk di dalam buku ‘Morocco’ keluaran Lonely Planet yang menjadi sumber rujukan utama aku mengenai Morocco. Selain buku tersebut, aku juga membawa bersama sebuah lagi buku yang amat berguna, iaitu buku ‘Morocco’ keluaran DK Eyewitness Travel Guides. Tanpa kedua-dua buku tersebut, agak mustahil untuk aku menerokai bumi Morocco ini. Untuk bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain, aku menggunakan perkhidmatan keretapi. Sistem keretapi di Morocco sememangnya sistematik & lebih kurang sama seperti di benua Eropah. Aku sendiri berasa kagum. Ini semestinya dapat memudahkan pengembaraan aku di sana.
Morocco atau dalam Bahasa Arabnya Al-Maghrib adalah sebuah negara yang terletak di bahagian barat laut benua Afrika yang mempunyai keluasan seluas 446,550 km persegi & jumlah penduduk seramai 30,000,000 orang. Negara ini disempadani oleh Algeria di bahagian timur & Mauritania di bahagian selatan. Di bahagian utaranya pula adalah persisiran pantai yang menghadap Laut Mediterranean & juga Selat Gibraltar yang memisahkan benua Afrika dengan benua Eropah secara amnya & Morocco dengan Sepanyol secara khususnya. Bahagian barat negara ini pula adalah persisiran pantai yang menghadap Lautan Atlantik. Morocco adalah anggota Liga Arab & Organisation of the Islamic Conference (OIC). Ianya adalah satu-satunya negara di benua Afrika yang tidak menganggotai Kesatuan Afrika. Ia mengundur diri daripada kesatuan tersebut pada tahun 1984 & tidak menunjukkan minat untuk kembali semula menjadi ahli.
Peta kedudukan Morocco di dalam benua Afrika
Peta MoroccoMatawang yang digunakan di Morocco ialah Dirham. 1.00 Euro bersamaan dengan 11.00 Dirham, sementara 1.00 Ringgit pula bersamaan dengan 2.20 Dirham. Bahasa Arab merupakan bahasa rasmi negara ini. Bahasa kedua yang utama di sini selepas Bahasa Arab ialah Bahasa Perancis. Ini kerana Morocco merupakan tanah jajahan Perancis sebelum ia mendapat kemerdekaannya pada tahun 1956. Boleh dikatakan hampir kesemua penduduk Morocco boleh berbahasa Perancis, terutamanya penduduk di bandar-bandar besar. Bahasa Perancis juga adalah bahasa utama yang digunakan dalam perdagangan, ekonomi, di sekolah-sekolah & di badan-badan kerajaan di negara ini. Papan tanda dalam dwibahasa, iaitu Bahasa Arab & Bahasa Perancis pun boleh didapati di mana-mana sahaja. Penggunaan Bahasa Inggeris teramatlah kurang.
Dialek Bahasa Arab yang dipertuturkan oleh penduduk-penduduk Morocco agak berbeza daripada negara-negara Arab yang lain kerana ia dicampur aduk dengan Bahasa Perancis. Aku menghadapi banyak juga masalah untuk berkomunikasi dengan mereka. Mujurlah aku mempunyai pengetahuan sedikit dalam Bahasa Perancis & Bahasa Arab. Selain kedua-dua bahasa tersebut, Bahasa Berber juga turut dipertuturkan oleh sebilangan penduduknya yang berbangsa Berber. Morocco mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan. Ketua negaranya adalah Raja & dibantu oleh Perdana Menteri. Raja yang memerintah di Morocco sekarang bernama Muhammad VI.
Morocco terletak di dalam zon waktu yang sama seperti United Kingdom & Ireland. Oleh itu, aku tidak perlu memperbetulkan jam tangan aku. Negara ini mempunyai struktur geografi yang pelbagai dari gunung-ganang sehinggalah ke padang pasir. Banjaran Atlas merentang dari bahagian barat daya ke timur laut negara ini. Hampir keseluruhan bahagian tenggaranya pula adalah Gurun Sahara, iaitu gurun yang terbesar di dunia yang merentasi beberapa buah negara di bahagian utara benua Afrika. Kawasan yang mendatar di Morocco mengalami iklim Mediterranean, sama seperti negara-negara Eropah seperti Sepanyol, Itali, Greece & sebagainya. Lebih kurang 66 peratus penduduk Morocco berbangsa Arab. Yang selebihnya pula adalah bangsa Berber, iaitu bangsa yang mula-mula sekali menghuni bumi Morocco, sebelum kedatangan orang-orang Arab yang menyebarkan Islam dari Semenanjung Arab pada kurun ke-7. 98 peratus daripada penduduk Morocco kini beragama Islam.
Keluarga bangsa Berber di MoroccoMenurut sejarah, bumi Morocco ini sudah menjadi penempatan manusia sejak tahun 8000 SM lagi. Kemudiannya, sekitar kurun pertama Masihi, iaitu ketika Empayar Rom sedang menikmati zaman kegemilangannya, tanah Morocco berada di bawah jajahan empayar tersebut. Selepas kejatuhan Empayar Rom pada kurun ke-5, bumi Morocco ini jatuh pula ke tangan orang-orang Vandal & Visigoth yang berasal dari bahagian utara benua Eropah yang bertanggungjawab meruntuhkan Empayar Rom. Tidak lama kemudian, orang-orang Vandal & Visigoth ini berjaya diusir setelah Empayar Rom Timur atau Byzantine yang berpusat di Constantinople & mengambil alih pemerintahan di sini.
Peta Empayar Rom sewaktu era kegemilangannyaIslam akhirnya tiba di bumi Morocco ini pada tahun 680, sewaktu usaha penyebaran Islam begitu giat dijalankan oleh penduduk-penduduk di tanah Arab yang pada waktu itu diketuai oleh Khalifah Bani Umayyah yang pertama iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan. Jeneral Bani Umayyah yang bertanggungjawab membawa tentera-tenteranya menegakkan syiar Islam di bumi Morocco ini ialah Uqba ibn Nafi. Beliau adalah anak saudara kepada ‘Amr ibn al-‘As, sahabat rapat junjungan besar Rasulullah SAW yang merupakan komander tentera yang bertanggungjawab menawan & menyebarkan Islam di bumi Mesir 40 tahun sebelumnya. Uqba ibn Nafi ini adalah seorang jeneral yang tegas, cerdik & berani. Beliau dilantik menjadi komander tentera pada tahun 670.
Sejurus selepas perlantikan Uqba ibn Nafi, bermulalah usaha penyebaran Islam yang dilakukannya bersama tentera-tenteranya yang mulai bergerak dari Damsyik, ibu kota kerajaan Islam pada waktu itu hingga tiba di Libya, Algeria, Tunisia & akhirnya di Morocco pada tahun 680. Mereka lantas menggelarkan tanah-tanah jajahan Islam baru di bahagian barat laut Afrika ini dengan nama al-Maghreb yang bermaksud Barat Jauh. Menurut seorang sejarahwan Islam, sewaktu Uqba ibn Nafi pertama kali melihat Lautan Atlantik di persisiran pantai Morocco, beliau berkata, “Oh Tuhan. Jikalau tiada lautan yang menjadi penghalang, akan ku teruskan pergerakanku sehingga ke nafas terakhir seperti Iskandar Zulkarnain bagi menegakkan agama-Mu & menumpaskan golongan kafir”. Jikalau tidak ada Lautan Atlantik yang memisahkan benua Afrika & benua Amerika, sudah pasti Islam telah tiba di benua Amerika yang pada waktu itu dihuni oleh penduduk asli benua Amerika iaitu orang-orang bangsa Red Indian yang turut mempunyai tamadun-tamadun yang tersendiri seperti Inca, Aztec, Maya & sebagainya.
Dengan tertawannya tanah-tanah di rantau al-Maghreb ini, tersebarlah syiar Islam di bumi ini sehingga hampir kesemua penduduk asal di sini, iaitu orang-orang bangsa Berber memeluk agama syumul tersebut. Ini adalah satu kejayaan besar Islam yang sudah pastinya tidak boleh dilupakan. Uqba ibn Nafi ini juga turut digelar ‘Conquerer of Africa’ kerana kejayaannya itu.
Peta kerajaan Bani UmayyahSelepas penerimaan Islam & pengaruh kebudayaan Arab di bumi Morocco, muncullah pula pelbagai kerajaan-kerajaan kecil di sini seperti Nekor, Barghawata & sebagainya yang kadangkalanya bermusuhan antara satu sama lain. Di bawah Idris ibn Abdullah yang menjadi pengasas Dinasti Idris, muncul satu kerajaan besar di sini yang diasaskan pada tahun 788 yang bebas daripada pengaruh empayar Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad & juga empayar Bani Umayyah yang berpusat di Cordoba. Idris ibn Abdullah ini adalah cicit kepada Saidina Hassan, cucu Rasulullah SAW. Beliau melarikan diri dari Damsyik ke sini selepas terdapatnya satu usaha untuk membunuhnya di sana. Ibu kota kerajaan di bawah Dinasti Idris ini adalah kota Fes. Kerajaan ini kemudiannya menjadi pusat ilmu yang sangat masyhur & menjadi kuasa yang kuat di rantau barat Mediterranean.
Peta kerajaan Dinasti IdrisPada kurun ke-11 selepas kemerosotan kerajaan di bawah Dinasti Idris yang merupakan orang-orang Arab, pengaruh orang-orang Arab di bumi Morocco semakin pudar. Ditambah lagi dengan kemunculan kerajaan-kerajaan dinasti dari bangsa Berber yang semakin hari semakin bertambah kuat. Antara dinasti-dinasti yang terpenting & terkuat ialah Almoravid, Almohad, Marinid & kemudiannya Saadi. Morocco mencapai zaman kegemilangannya di bawah dinasti-dinasti tersebut. Di bawah dinasti-dinasti tersebut, hampir seluruh kawasan di rantau barat laut Afrika & sebahagian daripada selatan Sepanyol atau turut dikenali dengan nama Andalusia berada di bawah jajahan kerajaan-kerajaan tersebut.
Peta kerajaan Dinasti Almoravid
Peta kerajaan Dinasti Almohad
Peta kerajaan Dinasti MarinidSelepas kejatuhan Dinasti Saadi, orang-orang bangsa Arab kembali berpengaruh di bumi Morocco dengan pengasasan Dinasti Alaowiyah pada pertengahan kurun ke-17 & dinasti tersebut terus memerintah Morocco sehingga kini. Sekitar awal era pemerintahan Dinasti Alaowiyah, Morocco menghadapi ancaman daripada kerajaan Sepanyol & juga empayar Turki Uthmaniyah yang pada waktu itu sedang dalam usaha untuk meluaskan empayarnya hingga ke utara Afrika. Sewaktu pengisytiharan kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776, kerajaan Dinasti Alaowiyah adalah yang pertama mengiktiraf kemerdekaan negara tersebut. Hubungan baik antara kedua-duanya sebenarnya sudah terjalin sejak Perang Kemerdekaan Amerika lagi. Hubungan baik antara Morocco & Amerika Syarikat masih lagi kekal sehingga ke hari ini.
Morocco pernah menjadi rebutan antara kuasa Eropah terutamanya Perancis, Portugis & Sepanyol kerana kekayaaannya. Walau bagaimanapun, hanya Perancis yang berjaya bertapak di sini, iaitu pada tahun 1904. Sepanyol hanya berjaya menawan ‘Sahara Barat’ sahaja, iaitu kawasan di selatan Morocco yang tidak mempunyai apa-apa sumber kekayaan. Selain Morocco, Perancis juga berjaya meluaskan empayarnya ke Algeria & Tunisia. Usaha untuk menuntut kemerdekaan daripada Perancis di Morocco bermula tidak lama kemudian, iaitu sewaktu tamatnya Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1953, Sultan Morocco yang memerintah pada waktu itu, iaitu Muhammad V, dibuang negeri ke pulau Madagascar bersama keluarganya. Baginda digantikan dengan saudaranya, Muhammad bin Arafah yang menjadi sultan boneka Perancis. Peristiwa ini menyemarakkan lagi kemarahan rakyat Morocco terhadap kerajaan Perancis. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh mereka untuk meminta agar Sultan mereka dikembalikan semula.
Peta Empayar Perancis sewaktu zaman kolonialisma BaratAkhirnya, kerajaan Perancis membawa pulang Sultan mereka itu & pada tahun 1956, perundingan telah diadakan antara Sultan dengan kerajaan Perancis bagi menuntut kemerdekaan Morocco. Pada tahun yang sama juga, Morocco telah berjaya mendapatkan kemerdekaan seperti yang diharapkan. Gelaran Sultan kemudian ditukar menjadi Raja & kekal sedemikian sehingga kini. Walaupun Morocco telah mencapai kemerdekaannya, kawasan ‘Sahara Barat’ di bahagian selatannya sehingga kini masih menjadi rebutan antara kerajaan Morocco & Sepanyol.
Peta Sahara Barat
Bendera MoroccoHari 1: 4 DISEMBER 2007Penerbangan Ryanair ke London akan bertolak pada pukul 6.00 petang nanti dari Lapangan Terbang Dublin. Aku terpaksa ke London kerana tiada penerbangan terus dari Dublin ke Morocco. Walaupun penat semalam masih belum hilang lagi, aku terpaksa gagahkan diri untuk ke Lapangan Terbang Dublin seawal pukul 3.00 petang. Selepas mendaftar masuk & sebagainya, aku pun menunggu masa untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat. Tidak berapa lama kemudian, penumpang-penumpang pun dipanggil masuk & tidak lama kemudian, pesawat pun berlepas meninggalkan bumi Dublin menuju ke London. Penerbangan mengambil masa lebih kurang sejam lamanya. Lebih kurang pukul 7.00 malam, pesawat pun mendarat di Lapangan Terbang London Luton.
Memandangkan penerbangan aku ke Morocco adalah pada awal pagi esok, aku terpaksa bermalam di Lapangan Terbang London Luton. Walaupun dalam keadaan yang tidak selesa, aku dapat juga melelapkan mata buat beberapa jam.
Hari 2: 5 DISEMBER 2007Penerbangan aku ke Marrakech, Morocco akan berlepas pada pukul 6.00 pagi ini. Selepas mencuci muka & sebagainya, aku pun terus mendaftar masuk seawal pukul 4.00 pagi. Selepas menunggu beberapa lama, penumpang-penumpang pun dijemput masuk ke dalam pesawat yang kemudiannya berlepas meninggalkan bumi London menuju ke Marrakech. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3½ jam. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, aku pun tiba di Lapangan Terbang Menara, Marrakech.
Setibanya aku di lapangan terbang tersebut, aku pun terus ke kaunter imigresen untuk menyelesaikan urusan passport & visa. Mujurlah tiada apa-apa masalah. Selepas itu, aku pun berjalan keluar untuk mencari pengangkutan awam untuk ke pusat bandar Marrakech. Malangnya, tiada kemudahan pengangkutan awam seperti bas untuk ke pusat bandar. Jikalau ada pun, aku mungkin kurang faham akan sistemnya. Lebih baik aku mengambil teksi. Aku pada waktu itu sebenarnya sudah pun dikerumuni oleh beberapa orang pemandu teksi yang ingin menawarkan perkhidmatan mereka. Aku bertanyakan harga. Harga yang ditawarkan agak mahal & tidak berpatutan bagi aku. Aku yang tidak pandai tawar-menawar ini pun terpaksa bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Ditambah pula mereka ini kurang fasih berbahasa Inggeris. Susah untuk berkomunikasi. Aku mengikut salah seorang daripada pemandu-pemandu teksi ke teksinya. Lantas, aku memintanya menghantar aku ke stesen keretapi. Sewaktu berada di dalam teksinya, pemandu tersebut cuba untuk menjadi peramah & mengajak aku berbual-bual. Malangnya disebabkan ketidakfasihannya berbahasa Inggeris & penguasaan Bahasa Arab aku yang begitu lemah, kami saling tidak memahami. Hahaha. Akhirnya kami berdua senyap sahaja melayan diri masing-masing.
20 minit kemudian, kami pun tiba di stesen keretapi Marrakech. Aku terus mengeluarkan dompet aku untuk mengeluarkan wang Dirham yang aku sudah tukar sewaktu di lapangan terbang tadi. Aku tiada wang kecil. Oleh itu, aku terpaksa memberi wang besar. Pemandu teksi itu kemudiannya berkata yang dia juga tidak mempunyai wang kecil & meminta supaya aku menghalalkan baki wang yang dia hutang aku. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah pemandu teksi itu. Apakan daya, aku hanya bersendirian. Tidak mampu berbuat apa-apa. Nak taknak, terpaksa juga aku halalkan. Mujurlah jumlahnya tidak banyak.
Di dalam stesen keretapi tersebut, aku menunjukkan jadual perjalanan keretapi mengelilingi Morocco yang telah aku rancang kepada penjual tiket di kaunter tiket. Aku telah merancang jadual perjalanan tersebut sewaktu di Dublin lagi dengan merujuk halaman web syarikat keretapi Morocco yang agak sistematik. Sengaja aku membeli kesemua tiket bagi perjalanan keretapi aku di Morocco agar aku tidak perlu lagi membeli tiket-tiket di stesen-stesen keretapi yang lain di Morocco. Memudahkan kerja aku & menjimatkan masa.
Aku akan bertolak ke Casablanca pada waktu malam nanti selepas mengelilingi kota Marrakech pada siang hari ini. Oleh itu, aku perlu mencari tempat untuk menyimpan beg sementara aku berjalan-jalan di sekitar kota ini. Takkanlah aku hendak mengusung beg aku mengelilingi kota Marrakech ini. Beg aku bukannya ringan.
Aku pada mulanya mencari-cari di mana tempat untuk menyimpan beg di dalam stesen keretapi tersebut, malangnya stesen keretapi tersebut tidak mempunyai kemudahan itu. Oleh itu, aku terpaksa mencari idea lain untuk menyimpan beg aku. Aku berjalan membawa beg aku yang berat itu menuju ke pusat bandar yang terletak agak jauh dari stesen keretapi. Lebih kurang 2 km jauhnya. Aku tidak mahu menaiki teksi kerana tidak ingin ditipu lagi. Cuaca yang panas menyebabkan aku menjadi seperti hendak pitam. Mujurlah ada restoran McDonald’s dalam perjalanan aku ke pusat bandar. Aku mengisi perut aku di situ dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Kali ini aku boleh memilih apa sahaja memandangkan segala apa yang dijual di restoran tersebut adalah dijamin halal.
Selepas mengisi perut yang lapar, aku pun meneruskan perjalanan ke pusat bandar. Beberapa minit kemudian, aku pun tiba di pusat bandar. Aku tercari-cari jikalau ada tempat menyimpan beg bagi pelancong. Malangnya tidak ada. Aku kemudian secara tiba-tiba mendapat idea yang agak bernas. Aku mencari hostel yang harganya agak berpatutan. Di hostel tersebut, aku memberitahu pemiliknya yang aku ingin menempah sebuah bilik di hostel tersebut untuk minggu hadapan, hari terakhir aku di Morocco, sebelum aku pulang ke Dublin. Pemilik hostel itu memberitahu aku yang itu semua boleh diuruskan. Kemudian, aku meminta jasa baiknya supaya aku dapat menumpangkan beg aku di hostelnya buat sementara waktu pada hari ini. Mujurlah pemilik hostel itu tidak teragak-agak membenarkan aku menumpangkan beg aku di situ. Lega rasanya. Selepas mengucapkan terima kasih kepadanya, aku pun terus memulakan ekspedisi pengembaraan di kota Marrakech ini.
Marrakech atau turut dikenali dengan nama ‘Red City’ adalah antara bandar-bandar yang terpenting di Morocco & pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan di sini. Dengan jumlah penduduk seramai 1,036,000 orang, ianya adalah bandar ke-3 terbesar di negara ini selepas Casablanca & Rabat. Marrakech juga adalah bandar yang paling utama di bahagian barat daya negara ini & ianya terletak di kaki pergunungan Atlas yang sentiasa diselaputi salji. Dari jauh, pemandangan bandar Marrakech ini sangatlah menakjubkan, dengan berlatar belakangkan banjaran Atlas.
Peta kedudukan Marrakech di dalam Morocco
Banjaran Atlas berhampiran Marrakech, MoroccoSeperti yang telah disebut, Marrakech pernah menjadi pusat pentadbiran kerajaan. Sultan dari Dinasti Almoravid yang bernama Abu Bakar ibn Umar adalah orang yang bertanggung jawab memindahkan pusat pentadbiran kerajaan tersebut dari Aghmat ke Marrakech pada kurun ke-11. Antara sebab utama perpindahan pusat pentadbiran adalah kerana kesesakan penduduk yang agak melampau di Aghmat. Kerja-kerja pembinaan bangunan-bangunan kerajaan bermula pada tahun 1070 & berakhir sewaktu pemerintahan sultan Dinasti Almoravid yang baru, iaitu Yusuf ibn Tashfin.
Marrakech melalui waktu kegemilangannya pada awal kurun ke-12 sewaktu pemerintahan sultan dari Dinasti Almohad yang bernama Yakub al-Mansor. Ramai sasterawan & ilmuwan telah berhijrah ke sini sewaktu pemerintahannya. Ia juga pernah penjadi tempat yang terkenal dengan kegiatan ahli-ahli sufi sewaktu sultan dari Dinasti Alaowiyah yang bernama Moulay Ismail ibn Sharif memerintah sekitar akhir kurun ke-17. Terdapat satu festival yang dirayakan di sini, iaitu ‘Tujuh Ulamak’ yang diasaskan oleh ahli sufi terkenal yang bernama Abu Ali al-Hassan al-Yusi atas kehendak sultan.
Tempat pertama di Marrakech yang aku singgahi ialah Koutoubia Mosque, masjid yang terbesar di kota ini. Bangunan masjid ini beserta menaza azannya mulai dibina sewaktu pemerintahan sultan Dinasti Almohad yang pertama iaitu Abdul Mukmin sempena kejayaannya menamatkan riwayat pemerintahan Dinasti Almoravid. Masjid ini hanya siap dibina sepenuhnya pada awal kurun ke-12 sewaktu di bawah pemerintahan cucunya, Yakub al-Mansor, iaitu sultan yang memerintah sewaktu kerajaan ini melalui zaman kegemilangannya sebagai pusat ahli-ahli ilmuwan & sasterawan. Struktur menara azan masjid setinggi 69 meter ini adalah bangunan yang tertinggi di kota Marrakech & boleh dilihat dari jarak berbelas-belas kilometer. Ianya pernah dijadikan model untuk pembinaan menara Giralda di Seville, Sepanyol & juga Hassan Tower di Rabat. Masjid ini adalah antara senibina Almohad yang termasyhur di bumi Morocco.
Sewaktu aku berjalan mengelilingi masjid usang yang mempunyai senibina yang begitu mengagumkan ini, aku didatangi oleh seorang lelaki remaja yang menawarkan dirinya untuk menceritakan tentang sejarah masjid ini. Aku pun mendengar dia bercerita, sambil kami berdua berjalan-jalan menawafi masjid ini. Agak lama juga dia bercerita. Lebih kurang 20 minit lamanya. Setelah habis sahaja bercerita, secara tiba-tiba dia meminta aku membayar wang kepadanya. Aku terkejut & tidak tahu hendak berkata apa. Aku ingatkan dia secara sukarela ingin membantu aku, rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Aku lantas menyeluk saku aku & memberikan beberapa keping syiling yang ada. Namun, lelaki belasan tahun itu tidak berpuas hati & meminta lebih lagi. Aku memarahinya kembali & mengatakan yang aku tidak mempunyai wang yang banyak. Kemudian, aku berjalan cepat-cepat meninggalkannya yang masih tidak berpuas hati & dalam keadaan marah itu. Aku tidak berani menoleh ke belakang. Aku terus beredar dari kawasan masjid itu.
Koutoubia Mosque, Marrakech, Morocco
Koutoubia Mosque, Marrakech, Morocco
Koutoubia Mosque, Marrakech, Morocco
Ruang dalaman Koutoubia Mosque, Marrakech, MoroccoSetelah aku pasti yang lelaki itu tidak mengekori aku, aku pun terus melangkah ke destinasi seterusnya, iaitu Bab Agnaou, salah satu daripada 9 pintu gerbang yang terdapat di Marrakech. Struktur yang menyerupai kasut kuda ini dibina sekitar kurun ke-12 sewaktu di bawah kerajaan Dinasti Almohad. Namanya, Agnaou dalam Bahasa Berber merujuk kepada bangsa kulit hitam. Terdapat ukiran ayat-ayat suci al-Quran pada dinding pintu gerbang ini yang diukir menggunakan kesenian kaligrafi Kufic yang digunakan di Morocco & juga di Andalusia. Bab Agnaou ini adalah pintu masuk untuk ke Kasbah yang merupakan kota lama.
Bab Agnaou, Marrakech, MoroccoSelepas bergambar di hadapan Bab Agnaou, aku pun masuk ke dalam Kasbah. Ianya adalah kota lama yang dibina sewaktu pemerintahan kerajaan Dinasti Almohad. Terdapat banyak senibina Almohad di dalam kota lama ini. Senibina pertama yang aku kunjungi ialah Kasbah Mosque. Masjid ini dibina pada awal kurun ke-12 sewaktu pemerintahan Yakub al-Mansur. Senibinanya agak serupa dengan Koutoubia Mosque, tetapi saiznya agak kecil sedikit. Penambahan yang dibuat pada masjid ini sekitar abad ke-16 & ke-17 sedikit sebanyak telah mencacatkan senibina asal masjid ini. Walau bagaimanapun, bagi aku ianya tetap kelihatan menawan.
Kasbah, Marrakech, Morocco
Kasbah Mosque, Marrakech, MoroccoSelepas puas meneliti keindahan Kasbah Mosque, aku meneruskan perjalanan ke Saadian Tombs, sebuah kawasan yang memuatkan makam-makam 60 ahli keluarga Dinasti Saadi yang pernah memerintah Morocco dari tahun 1554 hingga tahun 1659. Dinasti Saadi ini percaya bahawa mereka adalah daripada keturunan Rasulullah SAW. Kesahihannya hanya Allah sahaja yang tahu. Sultan daripada Dinasti Saadi yang termasyhur adalah Ahmad al-Mansur, yang berjaya menghalau Portugis dari Morocco & juga mempertahankan Morocco daripada ditakluki Empayar Turki Uthmaniyah. Kawasan makam-makam ini sebenarnya tersembunyi & terbiar selama hampir 200 tahun & hanya ditemui pada tahun 1917. Keindahan senibina yang terdapat di sini menjadikan kawasan ini sebagai salah satu kawasan tarikan pelancong di bumi Marrakech. Untuk melawat makam-makam ini, pelancong dikenakan bayaran yang agak murah.
Saadian Tombs, Marrakech, Morocco
Saadian Tombs, Marrakech, Morocco
Saadian Tombs, Marrakech, Morocco
Saadian Tombs, Marrakech, Morocco
Saadian Tombs, Marrakech, Morocco
Saadian Tombs, Marrakech, MoroccoSetelah puas menikmati kecantikan senibina Saadi di Saadian Tombs, aku berjalan pula ke sebuah lagi tarikan yang ada di kawasan Kasbah, iaitu Al-Badi Palace. Ianya adalah kesan tinggalan istana kerajaan Dinasti Saadi yang dibina sewaktu pemerintahan Ahmad al-Mansur sekitar tahun 1570-an. Kawasan istana yang luas ini mempunyai 360 buah bilik & mengambil masa selama 25 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Ia merupakan antara senibina Islam yang termasyhur pada waktu itu. Senibina istana ini dikatakan dipengaruhi oleh senibina Alhambra di Granada, Sepanyol. Sayangnya, selepas tamatnya era pemerintahan Dinasti Saadi, bangunan-bangunan yang terdapat di dalam kawasan istana ini diruntuhkan oleh pemerintah pertama Dinasti Alaowiyah, iaitu Moulay Ismail ibn Sharif & batu-batu hasil runtuhan itu digunakan untuk membina istana barunya di Meknes.
Kasbah, Marrakech, Morocco
Kasbah, Marrakech, Morocco
Al-Badi Palace, Marrakech, Morocco
Al-Badi Palace, Marrakech, Morocco
Al-Badi Palace, Marrakech, Morocco
Al-Badi Palace, Marrakech, Morocco
Pemandangan kota Marrakech dari Al-Badi Palace, Marrakech, MoroccoDestinasi aku yang seterusnya ialah sebuah lagi istana lama yang terdapat di Marrakech, iaitu Bahia Palace. Istana ini dibina pada kurun ke-19 & dibina bertujuan untuk menjadi istana yang teragung pada waktu itu. Senibina istana ini merupakan campuran senibina Islam beserta senibina Morocco. Terdapat taman-taman bunga yang cantik di dalam kawasan istana ini. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian yang dibina oleh 2 orang yang berlainan & pada waktu yang berlainan. Kedua-duanya adalah pembantu Sultan, iaitu Si Musa & Ba Ahmad.
Bahia Palace, Marrakech, Morocco
Bahia Palace, Marrakech, Morocco
Bahia Palace, Marrakech, Morocco
Bahia Palace, Marrakech, Morocco
Bahia Palace, Marrakech, Morocco
Bahia Palace, Marrakech, MoroccoBahia Palace adalah tempat terakhir yang aku jejaki di kota Marrakech. Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat yang perlu dilawati. Aku akan ke tempat-tempat tersebut pada hari terakhir aku di Morocco nanti, sebelum pulang ke Dublin. Pada pukul 7.00 malam ini, aku akan menaiki keretapi untuk ke Casablanca. Oleh itu, selepas selesai sahaja aku melawat Bahia Palace, aku terus ke hostel di mana aku menyimpan beg galas aku. Aku kemudian mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pemilik hostel itu kerana sudi membenarkan aku menyimpan beg aku di situ. Aku berjanji aku akan kembali ke hostelnya minggu hadapan. Selepas mengambil beg, aku terus menuju ke stesen keretapi dengan berjalan kaki sejauh 2 km. Aku serik menaiki teksi di sini.
Sesampainya aku di stesen keretapi, aku pun menunggu di dalam bangunan stesen tersebut. 10 minit sebelum keretapi bergerak, aku pun terus bergegas masuk ke dalamnya. Tidak lama kemudian, ianya pun bergerak meninggalkan Marrakech. Perjalanan ke Casablanca mengambil masa selama 3 jam 10 minit. Aku duduk di dalam satu kabin bersama-sama dengan 2 orang lelaki Morocco. Mereka mempelawa aku makan bersama mereka, tetapi aku menolak & mengatakan bahawa aku sudah kenyang. Mereka mengatakan mempelawa orang yang tidak dikenali untuk makan sekali adalah antara adat resam mereka. Aku berasa agak kagum. Lain sekali dengan di Malaysia mahupun di Ireland. Kami bertiga kemudian berbual panjang. Mereka boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan agak baik. Salah seorang daripada mereka adalah seorang doktor. Rancak kami berbual.
Lebih kurang pukul 10.10 malam, aku pun tiba di Casablanca. Setibanya aku di stesen keretapi Casablanca, aku mengucapkan selamat tinggal kepada mereka berdua. Mereka tidak turun sekali kerana mereka akan turun di destinasi yang seterusnya. Selepas turun daripada keretapi, aku terus mencari teksi untuk membawa aku ke hostel yang sudah pun aku rujuk di dalam buku panduan aku. Aku terpaksa menggunakan khidmat teksi kerana kedudukan stesen keretapi ini yang agak jauh daripada pusat bandar. Bayaran yang dikenakan agak berpatutan. Mujurlah. Setibanya aku di hostel yang aku berkenan, aku pun terus mendaftar masuk. Selepas mandi & menunaikan solat, aku pun terus melelapkan mata sementara menanti hari esok.
Hari 3: 6 DISEMBER 2007Selepas mandi & bersiap-siap, aku pun keluar untuk menimba pengalaman baru di bandar kedua di Morocco yang aku jejaki, iaitu Casablanca. Bandar Casablanca terletak di pinggir Lautan Atlantik. Ianya adalah bandar yang terbesar di Morocco. Ia juga merupakan bandar yang terbesar di rantau al-Maghreb & juga bandar ke-6 terbesar di benua Afrika. Penduduknya berjumlah 3,600,000 orang. Casablanca memainkan peranan sebagai tulang belakang kepada ekonomi Morocco kerana di sinilah segala kegiatan urus niaga & perindustrian tertumpu. Ia juga adalah pelabuhan utama negara ini & merupakan pelabuhan yang terbesar di Afrika Utara.
Peta kedudukan Casablanca di dalam MoroccoCasablanca mempunyai iklim Mediterranean beserta subtropika. Iklimnya juga banyak dipengaruhi oleh arus sejuk Lautan Atlantik yang menyebabkan suhunya pada Musim Panas & Musim Sejuk tidak terlampau ekstrim. Pada Musim Sejuk, purata suhunya ialah 12 darjah celcius. Pada Musim Panas pula, purata suhunya pula ialah 23 darjah celcius.
Menurut sejarah, kawasan Casablanca ini telah mula diduduki oleh orang-orang bangsa Berber sejak kurun ke-7 lagi. Nama asalnya adalah Anfa & sebuah kerajaan yang bebas telah wujud di sini. Kemudiannya, pada awal kurun ke-11, ianya berada di bawah pemerintahan kerajaan Dinasti Almoravid. Seterusnya, Casablanca jatuh pula ke bawah jajahan kerajaan Dinasti Merinid mulai kurun ke-14 & mula menjadi pelabuhan yang penting pada waktu itu. Selepas itu, pada kurun ke-15, bandar ini sekali lagi bebas daripada mana-mana kerajaan & merupakan bandar pelabuhan yang termasyhur di sekitar rantau tersebut. Kemasyhurannya ini menyebabkan kedatangan Portugis untuk menawannya pada tahun 1468. Portugis telah menghancurkan bandar ini pada tahun tersebut & sisa-sisa kehancuran bandar ini kemudiannya digunakan untuk membina kubu ketenteraan di sini pada tahun 1515. Namanya kemudian ditukar menjadi ‘Casa Branca’ yang bermaksud rumah putih dalam Bahasa Portugis.
Dari tahun 1580 hingga 1640, Casa Branca jatuh pula ke tangan Sepanyol. Namanya ditukar menjadi Casablanca & namanya kekal begitu sehingga ke hari ini. Pada tahun 1640, Casablanca sekali lagi menjadi tanah jajahan Portugis. Dan akhirnya, pada tahun 1755, kedua-dua kuasa penjajah tersebut meninggalkan bumi Casablanca ini akibat kejadian gempa bumi dahsyat yang berlaku pada tahun tersebut yang mengakibatkan kerosakan teruk di seluruh bandar ini. Bandar Casablanca ini kemudiannya dibina semula selepas kejadian gempa bumi itu oleh Sultan Morocco yang bernama Muhammad ibn Abdullah yang memerintah sekitar akhir kurun ke-18. Dia adalah anak kepada Moulay Ismail ibn Sharif & merupakan sekutu kuat Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu, iaitu George Washington. Mulai kurun ke-19, populasi penduduk di Casablanca semakin bertambah & fungsinya sebagai kawasan perdagangan & perindustrian semakin meningkat. Pada tahun 1910, Casablanca secara rasmi jatuh pula ke tangan Perancis.
Sewaktu Perang Dunia Kedua, Casablanca turut merasai serpihan daripada perang tersebut. Sebuah filem romantik tahun 1942 yang bertajuk ‘Casablanca’ menceritakan tentang suasana politik di Casablanca sewaktu permulaan Perang Dunia Kedua selain daripada isu percintaan. Filem yang amat popular ini telah memenangi 3 kategori termasuk Filem Terbaik dalam anugerah Academy Awards. Selepas Perang Dunia Kedua, bandar Casablanca ini kemudiannya menjadi medan utama rusuhan anti-Perancis di Morocco. Satu kejadian pengeboman telah berlaku di sini sewaktu perayaan Krismas pada tahun 1953 yang telah menyebabkan banyak kecederaan & kematian. Pada tahun 1956, Casablanca akhirnya bebas daripada jajahan Perancis & berada di bawah pentadbiran kerajaan Morocco yang turut merdeka pada tahun itu.
Filem CasablancaBeberapa kejadian pengeboman berani mati telah berlaku di Casablanca pada bulan Mei 2003 yang menyebabkan 33 orang awam terkorban & lebih daripada 100 orang cedera parah. Kejadian ini dikatakan mempunyai hubung kait dengan pergerakan Al-Qaeda. Wallahu ‘alam. Beberapa kejadian pengeboman sekali lagi berlaku pada awal tahun 2007. Salah satunya berlaku di sebuah kafe internet pada bulan Mac tahun tersebut. Pada bulan April tahun yang sama, berlaku lagi kejadian pengeboman berdekatan dengan kedutaan Amerika Syarikat yang menyebabkan bangunan kedutaan tersebut terpaksa ditutup untuk sebulan. Mujurlah tiada apa-apa kejadian buruk berlaku sewaktu aku di sana. Alhamdulillah.
Tempat pertama di Casablanca yang aku kunjungi ialah Place des Nations Unies, sebuah kawasan di tengah-tengah bandar Casablanca yang sibuk dengan kenderaan & dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang mempunyai banyak signifikasi & sejarah. Pada awal kurun ke-20, kawasan ini hanyalah merupakan sebuah dataran yang menjadi tempat tumpuan penglipurlara & pemain ular. Kawasan ini mulai dibangunkan oleh Perancis pada tahun 1920 & dinamakan Place de France sebelum ditukar menjadi Place des Nations Unies. Di sekeliling kawasan ini terdapat banyak kedai-kedai cenderamata, restoran & juga hotel-hotel ternama. Antara hotel yang terdapat di sini ialah Hyatt Regency Hotel yang menjadi lokasi penggambaran filem Casablanca. Di bahagian timur laut kawasan ini terdapat sebuah menara jam yang mempunyai senibina yang agak menarik. Ia pada mulanya dibina pada tahun 1920. Namun, ia kemudian dirobohkan pada tahun 1940 & selepas itu, ianya dibina semula dengan berpandukan senibina asal. Menara jam ini adalah simbol penjajahan Perancis di kota ini.
Place des Nations Unies, Casablanca, Morocco
Menara jam di Place des Nations Unies, Casablanca, MoroccoSelepas bergambar di kawasan Place des Nations Unies, aku mengatur langkah pula ke Place Muhammad V, sebuah dataran yang turut dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang mempunyai siknifikasi & sejarah. Kawasan ini adalah kawasan pusat pentadbiran bandar Casablanca. Bangunan-bangunan di sekelilingya mempunyai percampuran senibina Perancis & Morocco. Antara bangunan-bangunan penting yang terdapat di sekeliling Place Muhammad V ini ialah Prefecture, Palais de Justice, Consulate de France, Post Office & juga air pancut. Prefecture yang mempunyai sebuah menara setinggi 50 m ini siap dibina pada tahun 1937. Kompleks bangunan ini mempunyai 3 buah taman tropika kecil di tengah-tengahnya. Palais de Justice pula adalah bangunan mahkamah yang siap dibina pada tahun 1922. Senibinanya begitu unik sekali. Bertentangan dengan Palais de Justice terdapat sebuah air pancut yang kawasan di sekitarnya dipenuhi oleh burung-burung merpati.
Place Muhammad V, Casablanca, Morocco
Place Muhammad V, Casablanca, Morocco
Prefecture di Place Muhammad V, Casablanca, Morocco
Palais de Justice di Place Muhammad V, Casablanca, Morocco
Palais de Justice di Place Muhammad V, Casablanca, Morocco
Air pancut di Place Muhammad V, Casablanca, MoroccoSelepas puas bergambar di sekitar Place Muhammad V, aku meneruskan perjalanan ke Old Medina pula yang merupakan kota lama di bandar Casablanca yang dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual beraneka jenis barangan & juga rumah-rumah lama. Sewaktu permulaan abad ke-20, kawasan ini merupakan tumpuan utama penduduk di bandar ini. Ianya dikelilingi oleh tembok besar yang mempunyai 4 pintu masuk. Hanya 2 sahaja yang kekal sehingga ke hari ini, iaitu Bab Marrakech & Bab al-Jadid. Di bahagian luar tembok ini terdapat juga sederetan gerai-gerai yang menjual bermacam-macam jenis barang.
Aku masuk ke dalam Old Medina ini untuk merasai suasana di dalamnya yang sibuk dengan kegiatan menjual beli barang. Gaya aku sebagai seorang pelancong menarik perhatian ramai orang termasuk mereka yang menawarkan diri untuk menjadi pemandu pelancong untuk membawa aku menyusuri kawasan Old Medina yang luas ini. Kawasan ini sememangnya amat luas & sesiapa sahaja yang tidak mempunyai peta mudah sesat di dalamnya. Mujurlah aku mempunyai peta yang terkandung di dalam buku panduan aku. Oleh itu, aku menolak segala bantuan yang ditawarkan kepada aku kerana aku yakin mereka akhirnya akan meminta wang sebagai balasan. Aku tidak akan terpedaya lagi.
Old Medina, Casablanca, Morocco
Old Medina, Casablanca, MoroccoDengan menggunakan peta di dalam buku panduan, aku berjaya menyusuri Old Medina yang sibuk & luas itu & aku akhirnya tiba di kawasan pelabuhan. Seperti yang telah diperkatakan, pelabuhan Casablanca ini adalah antara pelabuhan yang terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, ia bukanlah pelabuhan semulajadi, tetapi sebuah pelabuhan buatan. Keluasannya menjangkau 1.8 km persegi.
Pelabuhan Casablanca, MoroccoAku hanya melalui bahagian tepi kawasan pelabuhan tersebut untuk menuju ke destinasi aku yang seterusnya, iaitu Hassan II Mosque. Masjid yang terletak di pinggiran Lautan Atlantik ini adalah masjid yang terbesar di Morocco & ketiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Mekah & Masjid Nabawi di Madinah. Menara azannya adalah menara azan yang tertinggi di dunia, dengan ketinggian 210 meter. Senibina masjid yang berunsurkan senibina Morocco ini direka oleh seorang arkitek dari Perancis yang bernama Michel Pinseau. Usaha pembinaannya juga turut dilakukan oleh syarikat pembinaan dari Perancis yang bernama Bouygues.
Masjid yang boleh memuatkan seramai 25,000 jemaah ini mula dibina pada tahun 1986 & siap sepenuhnya pada tahun 1993. Ianya dibina di atas tapak bahagian laut yang ditambak & separuh daripada keluasan masjid ini berada di atas air Lautan Atlantik. Ianya dibina sebegitu atas kehendak Raja Morocco sendiri, iaitu Hassan II yang mengatakan baginda mahu membina masjid tersebut di atas air kerana terdapat satu petikan ayat di dalam Al-Quran yang menyebut bahawa ‘singgahsana Allah terletak di atas air’. Aku sendiri tidak pasti dari surah mana ayat tersebut dipetik. Walau apapun, keindahan senibina masjid ini membuatkan aku kaku seketika. Ianya adalah antara masjid yang paling cantik yang pernah aku kunjungi seumur hidup aku. Subhanallah. Senibina Morocco sememangnya antara senibina Islam yang sangat mengagumkan. Kecantikan senibinanya mengingatkan aku kepada kecantikan senibina Alhambra di Sepanyol yang turut berunsurkan senibina Morocco. Hassan II Mosque ini adalah satu daripada 2 buah masjid di Morocco di mana orang-orang bukan Islam dibenarkan masuk ke dalamnya. Sebuah lagi masjid terletak di sebuah bandar yang bernama Tin Mal.
Sampah sarap yang mencemarkan pemandangan Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco (Masjid ke-3 terbesar di dunia)
Menara azan Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco (Menara azan tertinggi di dunia)
Perkarangan Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Perkarangan Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Perkarangan Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Perkarangan Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Perkarangan Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Hassan II Mosque di pinggiran Lautan Atlantik, Casablanca, Morocco
Perkarangan Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Ruang dalaman Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Ruang dalaman Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Ruang dalaman Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Ruang dalaman Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Ruang dalaman Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Ruang dalaman Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Ruang dalaman Hassan II Mosque, Casablanca, Morocco
Ruang dalaman Hassan II Mosque, Casablanca, MoroccoSelepas menunaikan solat Zuhur & bergambar di dalam & di kawasan luar Hassan II Mosque, aku berjalan kembali ke hostel aku. Sebelum sampai di hostel, aku singgah di restoran Kentucky Fried Chicken untuk makan petang. Lapar pula rasanya. Setelah itu, aku pun mengatur langkah menuju ke hostel untuk mengemas barang-barang aku. Pada malam ini, aku akan ke destinasi ketiga aku di Morocco, iaitu Rabat.
Setelah selesai berkemas & sebagainya, aku pun meninggalkan hostel yang aku tumpang untuk semalam itu. Aku terus mencari teksi untuk ke stesen keretapi yang terletak agak jauh dari pusat bandar. Setibanya aku di stesen keretapi, aku berehat-rehat dahulu sementara menunggu ketibaan keretapi. Keretapi yang dijangka akan tiba pada pukul 8.00 malam sampai tepat pada waktunya. Aku pun terus masuk ke dalamnya & beberapa minit kemudian, ianya pun bergerak meninggalkan Casablanca. Perjalanan ke Rabat mengambil masa sejam sahaja. Jarak antara Casablanca & Rabat tidaklah sejauh mana.
Lebih kurang pukul 9.00 malam, aku pun tiba di stesen keretapi Rabat Ville. Sesampainya aku di stesen tersebut, aku terus keluar mencari hostel yang telah pun aku rujuk di dalam buku panduan aku. Lokasinya terletak amat berdekatan dengan stesen keretapi tersebut. Aku hanya mengambil masa 5 minit sahaja untuk ke hostel itu. Mujurlah terdapat kekosongan. Selepas mendaftar masuk, aku pun terus masuk ke dalam bilik aku untuk berehat-rehat & bersolat. Selepas selesai menunaikan solat, aku keluar untuk menikmati angin malam di Rabat. Aku tidak berjalan sejauh mana. Hanya kawasan di hadapan hostel tersebut sahaja. Lagipun, malam sudah pun larut.
Sedang aku duduk di atas sebuah kerusi di hadapan hostel, tiba-tiba datang seorang lelaki berusia 20-an ingin berbual dengan aku. Dia bertutur dalam Bahasa Arab pada mulanya. Aku kemudiannya pun mengatakan yang aku tidak fasih berbahasa Arab. Kemudian, dia bertanya sama ada aku boleh berbahasa Perancis. Aku sekali lagi terpaksa mengecewakannya. Huhuhu. Sedih pula rasanya. Orang-orang Morocco ini sebenarnya peramah, tetapi malangnya ramai antara mereka tidak boleh berbahasa Inggeris & aku pula tidak tahu berbahasa Arab ataupun Perancis. Pemuda itu kemudiannya hanya diam sahaja. Aku pula yang berasa kekok. Lalu, aku pun terus meminta diri untuk kembali ke hostel. Setibanya di hostel, aku pun terus melelapkan mata.
Hari 4: 7 DISEMBER 2007Selepas selesai mandi & bersiap-siap, aku pun keluar untuk memulakan pengembaraan aku di kota Rabat. Rabat yang mempunyai jumlah penduduk seramai 1,700,000 orang ini adalah ibu negara Morocco & merupakan bandar kedua terbesar di negara ini selepas Casablanca. Ianya terletak di muara Sungai Bou Regreg yang mengalir ke Lautan Atlantik. Kedudukannya di pinggiran Lautan Atlantik seperti Casablanca menyebabkan iklimnya turut sama seperti Casablanca.
Peta kedudukan Rabat di dalam MoroccoSejarah Rabat bermula dengan pembukaannya pada kurun ke-3 SM. Namanya pada waktu itu ialah Chellah. Pada tahun 40, penempatan di Chellah ini ditawan oleh Empayar Rom & kemudiannya menjadi kawasan penempatan orang-orang Rom & diberi nama baru iaitu Sala Colonia. Orang-orang Rom hanya menetap di sini sehingga tahun 250 sahaja, di mana kemudiannya kota ini ditinggalkan untuk ditadbir oleh orang-orang tempatan. Pada tahun 1146 sewaktu berada di bawah kerajaan Dinasti Almohad yang pada waktu itu diperintah oleh Abdul Mukmin, kota ini dijadikan kota pertahanan untuk berlindung daripada serangan Sepanyol. Nama ‘Rabat’ mulai digunakan pada tahun 1170 selepas kejayaan kota ini sebagai kota pertahanan yang kuat. Rabat kemudiannya dijadikan ibu kota kepada kerajaan Dinasti Almohad sewaktu di bawah pemerintahan Yakub al-Mansur. Baginda kemudiannya membina kubu pertahanan di sekeliling kota ini yang diberi nama Kasbah of the Udayas.
Selepas kemangkatan Yakub al-Mansur, kerajaan Dinasti Almohad menjadi semakin lemah. Kebanyakan tanah jajahannya di Sepanyol & Afrika terlepas ke tangan pihak musuh sehinggalah ke hari kehancuran Dinasti tersebut. Pada kurun ke-13, Rabat semakin hilang kepentingannya & pada waktu yang sama, bandar Fes menjadi semakin berpengaruh. Pada tahun 1627, sebuah kerajaan baru yang menyatukan Rabat & Sale dibentuk & diberi nama Republik of Bour Regreg. Republik ini ditadbir oleh para lanun yang menggunakan kedua-dua bandar ini sebagai tempat untuk menyerang & merompak kapal-kapal yang lalu-lalang. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Dinasti Alaowiyah pada waktu itu untuk menghentikan kegiatan lanun-lanun tersebut. Bantuan dari Eropah juga diminta, namun republik itu hanya berjaya dilenyapkan pada tahun 1818. Walaupun Republic of Bour Regreg ini telah lenyap, namun kegiatan lanun masih lagi berleluasa pada waktu itu sehinggalah ianya berjaya diselesaikan beberapa tahun kemudian.
Sewaktu Morocco jatuh ke tangan Perancis secara rasminya pada tahun 1912, ibu kota Morocco pada waktu itu ialah Fes. Selepas kedatangan Perancis, Rabat dijadikan sebagai ibu kota baru, menggantikan Fes kerana ketidakstabilan Fes yang sering berlakunya rusuhan. Sultan yang memerintah pada waktu itu, iaitu Moulay Yusuf ibn Hassan terpaksa juga berpindah ke Rabat mengikut arahan Perancis. Selepas Morocco mendapat kemerdekaannya daripada Perancis pada tahun 1956, Sultan yang memerintah pada waktu itu, iaitu Muhammad V mengambil keputusan untuk mengekalkan Rabat sebagai ibu kota kerajaan Morocco.
Tempat pertama di Rabat yang aku jejaki ialah jalan di mana letaknya hostel yang aku duduki iaitu Avenue Muhammad V. Jalan ini adalah antara jalan-jalan yang utama & terpenting di kota Rabat. Jalan ini menyusur dari kawasan medina hingga ke Sunna Mosque. Pohon-pohon palma yang ditanam di tengah-tengah jalan ini membuatkannya kelihatan cantik. Bangunan-bangunan yang terdapat di sepanjang Avenue Muhammad V ini juga menarik senibinanya. Antara bangunan-bangunan yang terdapat di sepanjang jalan ini adalah seperti Bank of Morocco, pejabat pos, bangunan parlimen & juga stesen keretapi.
Avenue Muhammad V, Rabat, MoroccoSelepas bergambar di Avenue Muhammad V, aku berjalan pula menuju ke Bab Ar-Rouah. Ianya adalah pintu gerbang kubu pertahanan yang dibina sewaktu era kerajaan Dinasti Almohad. Senibinanya kelihatan seakan-akan kasut kuda. Ianya juga dihiasi dengan ukiran kaligrafi Kufic. Di dalam Bab Ar-Rouah ini terdapat beberapa buah bilik yang pada masa kini dijadikan muzium pameran.
Berhampiran Bab Ar-Rouah, Rabat, Morocco
Berhampiran Bab Ar-Rouah, Rabat, Morocco
Bab Ar-Rouah, Rabat, Morocco
Bab Ar-Rouah, Rabat, MoroccoSeterusnya, aku berjalan menuju ke Sunna Mosque. Dalam perjalanan ke sana, aku melalui tepi istana raja atau di dalam Bahasa Arabnya dipanggil Darul Makhzan. Kompleks istana ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1864 & pada masa kini terdapat 2,000 orang bekerja di dalamnya. Di dalam kompleks ini terdapat pejabat-pejabat kerajaan, mahkamah agung & pejabat Perdana Menteri. Ia juga merupakan kediaman utama Raja Morocco. Akan tetapi, orang-orang awam & para pelancong tidak dibenarkan mengambil gambar kompleks istana ini walaupun dari kawasan luar. Terdapat beberapa orang pengawal yang mengawal di bahagian luar kompleks ini.
Pintu masuk Darul Makhzan, Rabat, Morocco(curi-curi ambil)Selepas melihat-lihat kompleks istana Darul Makhzan dari luar, aku pun meneruskan perjalanan aku ke Sunna Mosque yang terletak tidak jauh dari situ. Masjid ini dibina pada kurun ke-18 oleh sultan yang memerintah pada waktu itu, iaitu Sidi Muhammad ibn Abdullah. Ianya adalah salah sebuah masjid yang terpenting di kota Rabat. Selepas bergambar di hadapan Sunna Mosque, aku meneruskan langkah ke Andalusian Wall, tembok pertahanan yang agak panjang jaraknya, iaitu sejauh 1,500 meter, dari Bab Ahad hinggalah ke Small Fort of Sidi Makhlouf. Tembok ini dibina oleh pelarian-pelarian Islam dari Andalusia selepas mereka dihalau oleh Raja & Permaisuri Sepanyol sewaktu era Inquisicion. Bab Ahad yang terletak di penghujung Andalusian Wall adalah salah satu senibina Almohad yang mengagumkan. Ianya adalah antara pintu masuk utama ke medina. Pintu gerbang ini dibina pada tahun 1814 sewaktu era pemerintahan Moulay Sliman.
Sunna Mosque, Rabat, Morocco
Andalusian Wall, Rabat, Morocco
Andalusian Wall, Rabat, Morocco
Berhampiran Bab Ahad, Rabat, Morocco
Bab Ahad, Rabat, Morocco
Bab Ahad, Rabat, Morocco
Berhampiran Bab Ahad, Rabat, MoroccoAku seterusnya masuk ke dalam kawasan medina yang merupakan sebuah kota lama di mana terdapat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Untuk berjalan di dalam medina ini, aku memerlukan kepakaran membaca peta. Jikalau tidak, pasti sesat. Dengan berpandukan peta di dalam buku panduan, aku berjaya merentasi medina ini untuk ke tempat yang seterusnya, iaitu Oudaia Kasbah, sebuah kawasan kecil yang dikelilingi oleh City Walls. City Walls yang terletak di muara Sungai Bou Regreg ini adalah tembok pertahanan yang dibina oleh kerajaan Dinasti Almohad pada kurun ke-12 & telah diperbaiki semula pada kurun ke-17 & ke-18 oleh pelarian-pelarian dari Andalusia & seterusnya oleh kerajaan Dinasti Alaowiyah. Pintu masuk ke Oudaia Kasbah ini adalah sebuah pintu gerbang yang bernama Bab Oudaia yang merupakan satu lagi senibina terulung Dinasti Almohad. Ianya dibina sewaktu pemerintahan Yakub al-Mansur. Pada masa kini, pintu gerbang ini berfungsi sebagai muzium pameran. Di dalam Oudaia Kasbah ini terdapat pelbagai tarikan seperti Andalusian Garden & Al-Atika Mosque.
Medina, Rabat, Morocco
Medina, Rabat, Morocco
City Walls, Rabat, Morocco
Bab Oudaia, Rabat, MoroccoSelepas puas bergambar di kawasan Oudaia Kasbah, aku meneruskan pengembaraan aku ke sebuah kompleks di mana terdapatnya Makam Muhammad V & Hassan Tower. Kompleks ini agak jauh dari Oudaia Kasbah. Hampir 30 minit berjalan kaki. Pada waktu ini waktu Zuhur sudah pun masuk & hari ini adalah hari Jumaat. Disebabkan aku adalah musafir, aku mengambil keputusan untuk menjamakkan sahaja solat Zuhur & Asar. Setibanya aku di kompleks tersebut, para jemaah solat Jumaat sudah pun beredar dari masjid yang terdapat di dalam kompleks itu. Aku lalu masuk ke dalam masjid itu untuk menunaikan solat jamak. Kemudian, baru aku keluar untuk menikmati khazanah yang terdapat di kompleks ini.
Hassan Tower adalah sebuah menara azan kepada masjid yang tidak siap dibina. Menara azan itu sendiri tidak siap dibina sebenarnya. Pembinaan masjid ini dimulakan pada tahun 1195 sewaktu pemerintahan Yakub al-Mansur. Baginda bercadang ingin membina masjid yang terbesar di Hemisfera Barat bagi mengalahkan Masjid di Cordoba yang pada waktu itu adalah masjid yang terbesar di Hemisfera Barat. Baginda juga ingin membina menara azan yang tertinggi di dunia, mengalahkan menara azan Giralda di Seville yang pada waktu itu adalah menara azan yang tertinggi di dunia. Malangnya, baginda mangkat pada tahun 1199. Ini menyebabkan operasi pembinaan masjid & menara azan ini terhenti. Menara azan yang sepatutnya dibina dengan ketinggian 86 meter, hanya berjaya dibina setinggi 44 meter sahaja.
Bahagian lain masjid juga hanya berjaya disiapkan sedikit sahaja, iaitu hanya 200 batang tiang berjaya didirikan. Kejadian gempa bumi yang berlaku di sini pada tahun 1755 mengakibatkan kerosakan yang agak teruk. Hassan Tower adalah antara simbol terpenting bagi bandar Rabat. Di kawasan inilah Solat Jumaat pertama diadakan selepas kemerdekaan Morocco daripada Perancis dengan berimamkan Sultan Morocco sendiri, iaitu Muhammad V. Kawasan ini kini merupakan salah satu daripada ‘UNESCO World Heritage Sites’.
Hassan Tower, Rabat, Morocco
Hassan Tower, Rabat, Morocco
Hassan Tower, Rabat, Morocco
Hassan Tower, Rabat, MoroccoSelain Hassan Tower & runtuhan masjid yang tidak siap sepenuhnya itu, terdapat juga Mausoleum Muhammad V di dalam kompleks ini. Selain makam Muhammad V, Bapa Kemerdekaan Morocco, terdapat juga makam anak-anaknya di dalam mausoleum ini, iaitu Hassan II & Abdullah. Bangunan mausoleum ini adalah antara senibina Alaowiyah yang termasyhur yang siap sepenuhnya pada tahun 1971 sewaktu era pemerintahan Hassan II. Bersebelahan dengan mausoleum ini terletak masjid di mana aku menunaikan solat tadi. Selepas puas bergambar di dalam kompleks ini, aku pun kembali semula ke hostel untuk berehat-rehat. Aku tidak ke mana-mana malam ini kerana kepenatan.
Mausoleum Muhammad V, Rabat, Morocco
Mausoleum Muhammad V & masjid, Rabat, Morocco
Mausoleum Muhammad V, Rabat, Morocco
Ruang dalaman Mausoleum Muhammad V, Rabat, Morocco
Ruang dalaman Mausoleum Muhammad V, Rabat, MoroccoHari 5: 8 DISEMBER 2007Hari ini adalah hari kedua aku di bumi Rabat. Destinasi pertama aku pada hari ini adalah Chellah Necropolis. Selepas bersiap-siap, aku pun bergerak menuju ke destinasi tujuan dengan berjalan kaki. Jarak tempat tersebut agak jauh dari hostel penginapan aku. Chellah Necropolis ini adalah runtuhan sebuah kompleks kota Rom & merupakan tempat penempatan terawal di muara Sungai Regreg. Kota ini ditinggalkan tidak berpenghuni mulai tahun 1154 kerana munculnya sebuah kota baru berhampirannya, iaitu Sale. Kerajaan Dinasti Almohad mengabaikan kota ini. Hanya sewaktu pemerintahan sultan-sultan Dinasti Merinid pada kurun ke-14, kota ini digunakan semula dengan pembinaan pelbagai monumen, termasuk masjid, sekolah, makam & sebagainya. Abu al-Hassan adalah sultan yang bertanggung jawab membina benteng pertahanan di sekeliling kota ini & ianya masih kukuh sehingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun, kota ini sekali lagi ditinggalkan selepas kejadian gempa bumi pada tahun 1755. Makam-makam sultan Dinasti Merinid yang ada di dalam runtuhan kota ini adalah Abu Yakub Yusuf, Abu Thabit, Abu al-Hassan. Berhampiran dengan Chellah Necropolis, terdapat sebuah pintu gerbang besar yang bernama Bab Zaer yang dibina sewaktu era pemerintahan Almohad.
Chellah Necropolis, Rabat, Morocco
Pintu masuk Chellah Necropolis, Rabat, Morocco
Di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco
Runtuhan masjid di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco
Runtuhan masjid di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco
Khazanah peninggalan Rom di dalam Chellah Necropolis, Rabat, Morocco
Berhampiran Chellah Necropolis, Rabat, MoroccoChellah Necropolis adalah destinasi terakhir aku di Rabat. Selepas puas bergambar di dalam Chellah Necropolis, aku menuju ke Avenue Muhammad V untuk bersiar-siar. Lebih kurang pukul 4.30 petang, aku pun kembali semula ke hostel untuk berkemas-kemas. Tepat pukul 5.45 petang nanti, aku akan menaiki keretapi ke destinasi aku yang seterusnya di negara Morocco, iaitu Tangier. Lebih kurang pukul 5.15 petang, aku pun bergerak menuju ke stesen keretapi Rabat Ville untuk menunggu ketibaan keretapi.
Sedang aku menunggu berseorangan, tiba-tiba seorang lelaki remaja berusia belasan tahun menegur aku dalam Bahasa Arab. Aku kemudian memberitahunya yang aku tidak boleh berbahasa Arab. Dia kemudian mengulangi soalannya di dalam Bahasa Inggeris. Rupa-rupanya dia ingin bertanyakan waktu. Aku pun memberitahunya yang waktu sekarang adalah pukul 5.30 petang. Dia kemudiannya mengajak aku untuk berbual-bual. Fasih benar Bahasa Inggerisnya. Belum lagi aku menjumpai orang Morocco yang boleh berbahasa Inggeris sefasihnya. Pelbagai soalan ditanya tentang negara Malaysia & tentang Bahasa Melayu. Dia nampak sungguh-sungguh berminat untuk mendalami kedua-dua perkara tersebut. Dia meminta aku menterjemah pelbagai perkataan Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Dia agak terkejut kerana kebanyakan perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu sama seperti Bahasa Arab. Hahah. Itu sememangnya benar. Banyak perkataan-perkataan Bahasa Melayu dipinjam daripada Bahasa Arab sejak pengislaman Empayar Melaka pada kurun ke-15 dahulu.
Satu soalan daripadanya yang benar-benar mengejutkan aku adalah apabila dia bertanya adakah aku mempraktiskan ajaran Islam. Aku menjawab ya. Kemudian dia berkata yang dia mengaku bahawa dia beragama Islam, tetapi dia tertarik dengan ajaran Kristian & dia mengatakan mungkin ajaran Kristian itu benar. Selepas itu dia bertanya kepada aku, adakah aku benar-benar memahami ajaran Islam & juga isi kandungan al-Quran kerana aku tidak boleh berbahasa Arab, sedangkan isi kandungan al-Quran itu adalah dalam Bahasa Arab. Lidah aku agak kelu untuk berkata-kata kerana aku belum pernah berhadapan dengan kes sebegini. Aku hanya memberitahunya bahawa aku hanya mengamalkan apa yang aku belajar daripada pembelajaran di sekolah, di majlis-majlis agama & juga melalui pembacaan & aku tidak layak untuk berkata lebih-lebih kerana ilmu yang aku ada tidaklah sehebat ahli-ahli ulamak untuk berhujah dengannya. Itu sahaja yang aku mampu katakan. Kalau hendak diikutkan hati, hendak sahaja aku berdebat dengannya. Akan tetapi, faktor masa menjadi masalahnya. Keretapi yang aku tunggu akan tiba 5 minit sahaja lagi & lelaki itu pula tidak menuju ke destinasi yang sama.
Beberapa minit kemudian, keretapi yang aku nantikan pun tiba. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada lelaki remaja tadi & berterima kasih kepadanya kerana telah mengisi masa aku dengan perbualan yang menarik. Aku juga memujinya kerana kefasihan Bahasa Inggerisnya. Dia mengucapkan terima kasih & selamat jalan kepada aku. Entah bilalah lagi aku akan menjumpai seseorang yang seperti itu. Hahaha. Perjalanan untuk ke Tangier dari Rabat mengambil masa lebih kurang 4¾ jam. Di dalam keretapi itu, aku memikirkan apa hujah-hujah yang boleh & perlu aku akan katakan kepada lelaki remaja tadi jikalau aku diberi kesempatan masa yang panjang. Hmmmm. Pengalaman bersama lelaki tadi sedikit sebanyak telah menginsafkan aku. Aku perlu mendalami Islam dengan lebih mendalam lagi bagi menyediakan diri aku untuk menghadapi situasi seperti yang aku lalui tadi. Sesungguhnya, ilmu agama tak akan pernah habis untuk dipelajari.
Aku tiba di stesen keretapi Tangier Ville pada pukul 10.30 malam. Sesampainya aku di situ, aku menaiki teksi untuk ke hostel yang aku sudah rujuk di dalam buku panduan. Malangnya, hostel tersebut sudah penuh. Mujurlah ada hostel berdekatan yang masih kosong. Selepas mendaftar masuk, aku pun terus masuk ke bilik untuk mandi, solat & kemudiannya melelapkan mata.
Hari 6: 9 DISEMBER 2007Selepas mandi & menyiapkan diri, aku pun terus keluar untuk menikmati keindahan kota Tangier. Tangier adalah sebuah bandar yang terletak di bahagian utara negara Morocco, di pinggiran Selat Gibraltar yang menjadi penyambung Laut Mediterranean & Lautan Atlantik. Penduduknya adalah seramai 700,000 orang. Bandar ini memainkan peranan sebagai pusat perindustrian kedua terpenting di Morocco selepas Casablanca. Tangier juga adalah antara tempat tumpuan utama pelancong di negara ini kerana ia adalah pintu masuk utama pelancong-pelancong dari Eropah ke Morocco bagi yang menaiki feri dari Sepanyol. Disebabkan kedudukannya yang hampir dengan Sepanyol, kebanyakan penduduk di sini boleh berbahasa Sepanyol. Tangier juga merupakan tempat lahir pelayar Islam yang teragung, iaitu Ibnu Battuta yang dilahirkan di sini pada tahun 1304. Beliau memulakan pengembaraannya dari bumi Tangier pada tahun 1325 sewaktu usianya baru mencecah 21 tahun & hanya kembali ke bumi Morocco semula 24 tahun kemudiannya. Antara tempat-tempat yang disinggahinya sepanjang 24 tahun pengembaraannya ialah Algeria, Tunisia, Mesir, Syria, Semenanjung Arab, Turki, Libya, Asia Tengah, India, Kepulauan Melayu & China.
Peta Kedudukan Tangier di dalam Morocco
Ibnu Battuta
Peta Pengembaraan Ibnu Battuta Mengelilingi Dunia
Bandar Tangier ini telah lama dihuni oleh orang-orang Berber & Phoenicia. Ia kemudiannya berada di bawah Empayar Carthage mulai awal kurun ke-5 SM. Kemudian, ia jatuh ke tangan Empayar Rom pada kurun pertama Masihi. Selepas kehancuran Empayar Rom pada kurun ke-5, Tangier berada pula di bawah jajahan orang-orang Vandal. Selepas itu, Tangier menjadi sebahagian daripada Empayar Byzantine sehinggalah tibanya orang-orang Arab ke sini pada tahun 702 yang menyebarkan Islam ke sini & mengambil alih pentadbirannya.
Pada tahun 1437, Portugis cuba untuk menawan Tangier selepas kejayaan mereka menawan Ceuta, namun usaha mereka menemui kegagalan. Walau bagaimanapun, percubaan kedua mereka pada tahun 1471 menemui kejayaan & Tangier berjaya menjadi sebahagian daripada Empayar Portugis. Raja Portugis kemudiannya menyerahkan Tangier kepada Raja England yang bernama Charles II pada tahun 1661 sebagai sebahagian daripada ‘dowry’ sempena perkahwinan puterinya dengan putera diraja England. Tidak berapa lama kemudian, Sultan Morocco yang bernama Moulay Ismail mencuba untuk menawan kembali Tangier pada tahun 1679, tetapi usahanya gagal. Orang-orang Inggeris akhirnya meninggalkan Tangier pada tahun 1684. Akan tetapi, sebelum mereka meninggalkan bandar ini, mereka menghacurkan dahulu kota & pelabuhannya. Bandar ini kemudiannya dibangunkan semula oleh Moulay Ismail, namun usahanya tidak membuahkan hasil. Malah, prestasi Tangier semakin merosot.
Hanya sewaktu akhir tahun ke-19 & awal tahun ke-20, bandar Tangier mulai menjadi penting & kembali menjadi rebutan kuasa-kuasa besar Eropah kerana kedudukannya yang strategik di Selat Gibraltar. Penduduknya terdiri daripada pelbagai jenis bangsa seperti Arab, Berber, Yahudi & Eropah, terutamanya Sepanyol. Tangier akhirnya jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1912. Walau bagaimanapun, pada tahun 1923, Tangier diberi taraf bandar antarabangsa yang ditadbir oleh beberapa negara, iaitu Perancis, Sepanyol & United Kingdom. Kemudian, ianya dituruti oleh Itali, Portugal & Belgium pada tahun 1928. Tangier kemudiannya jatuh kembali di bawah tawanan Sepanyol antara tahun 1940-1945, sewaktu Perang Dunia Kedua. Tidak berapa lama selepas itu, iaitu sewaktu Morocco mendapat kemerdekaannya, Tangier diserahkan kembali kepada kerajaan Morocco.
Tempat pertama di Tangier yang aku lawati adalah kawasan di sekitar Avenue Muhammad VI, jalan di mana terletaknya hostel aku. Berhampirannya terletak pelabuhan Tangier. Di situ terdapat jeti feri untuk ke Sepanyol, Perancis & Itali. Seterusnya, aku bergerak menuju ke dalam kawasan Medina, kota lama di mana terdapatnya lorong-lorong kecil & juga rumah-rumah lama. Terdapat sebuah masjid di sini, iaitu Grand Mosque yang merupakan sebuah masjid yang agak penting di Tangier. Ia dibina di atas tapak bekas gereja Portugis. Ianya dibina sewaktu pemerintahan Moulay Ismail & diperbesarkan pada tahun 1815 sewaktu pemerintahan Moulay Sliman. Aku kemudiannya berjalan pula ke tengah-tengah kawasan Medina ini di mana terletaknya sebuah dataran kecil yang diberi nama Petit Socco. Ianya pernah menjadi kawasan yang terpenting di dalam medina ini di mana terdapatnya pelbagai kedai-kedai ternama, tempat pertemuan ahli-ahli perniagaan & sebagainya. Selepas itu, aku mengatur langkah ke Grand Socco, yang turut memainkan peranan seperti Petit Socco. Cuma kawasannya lebih besar daripada Petit Socco & terdapat sebuah masjid di sini. Di tengah-tengah kawasan Grand Socco ini pula terdapat sebuah air pancut.
Avenue Muhammad VI, Tangier, Morocco
Pelabuhan Tangier, Morocco
Jeti Feri di Tangier, Morocco
Grand Mosque, Tangier, Morocco
Grand Mosque, Tangier, Morocco
Petit Socco, Tangier, Morocco
Grand Socco, Tangier, Morocco
Sebuah Masjid di Grand Socco, Tangier, MoroccoSelepas bergambar di Grand Socco, aku meneruskan perjalanan ke sebuah tebing tinggi di pinggiran Selat Gibraltar. Nasib aku kurang baik hari ini kerana cuaca agak berkabus. Jikalau cuaca cerah, aku mungkin dapat melihat bumi Sepanyol di seberang Selat Gibraltar ini. Melalui Selat Gibraltar inilah jeneral Bani Umayyah yang berbangsa Berber, iaitu Tariq bin Ziyad & tenteranya menyeberang ke bumi Sepanyol dari bumi Morocco pada tahun 711. Kejayaan tenteranya menewaskan tentera Visigoth di Sepanyol telah mengharumkan namanya & seterusnya berjaya menegakkan syiar Islam di bumi Sepanyol atau turut dikenali sebagai Andalusia. Selepas puas mengimbau sejarah Tariq bin Ziyad & tenteranya, aku berjalan menuju ke kawasan Kasbah. Kawasan penempatan ini dibina di atas tapak penempatan zaman Rom dahulu. Ianya dibina sewaktu zaman penjajahan Portugis & juga sewaktu di bawah pemerintahan Moulay Ismail. Di kawasan kasbah ini terdapat sebuah muzium yang bernama Musee de la Kasbah. Muzium ini mempamerkan hasil-hasil kesenian Morocco. Ianya pada zaman dahulunya merupakan sebuah istana yang dibina pada kurun ke-17 sewaktu pemerintahan Moulay Ismail.
Selat Gibraltar di Tangier, Morocco
Selat Gibraltar di Tangier, Morocco
Musee de la Kasbah, Tangier, Morocco
Di dalam Musee de la Kasbah, Tangier, Morocco
Di dalam Musee de la Kasbah, Tangier, Morocco
Berhampiran Musee de la Kasbah, Tangier, MoroccoSelepas puas menikmati keindahan kesenian Morocco, aku berjalan pula menuju ke kawasan pantai berpasir yang terletak berdekatan dengan hostel aku. Ianya merupakan antara kawasan rekreasi utama penduduk di sini & juga pelancong-pelancong dari luar. Aku menghabiskan masa yang agak lama di sini kerana ini adalah tempat terakhir yang aku jejaki di bumi Tangier ini. Selepas puas menikmati keindahan Selat Gibraltar di pantai berpasir itu, aku pun kembali ke hostel untuk berkemas-kemas. Kemudian, aku menaiki teksi ke stesen keretapi Tangier Ville untuk ke destinasi yang seterusnya, iaitu Meknes. Untuk ke Meknes, aku perlu menukar keretapi di sebuah bandar yang bernama Sidi Kacem. Oleh itu, dari Tangier, aku perlu menaiki keretapi ke Sidi Kacem terlebih dahulu.
Persisiran pantai Selat Gibraltar di Tangier, Morocco
Persisiran pantai Selat Gibraltar di Tangier, Morocco
Stesen keretapi Tangier Ville, Tangier, MoroccoSesampainya aku di stesen keretapi Tangier Ville, aku terus masuk ke dalam keretapi yang sudah sedia ada di situ. Lebih kurang pukul 5.15 petang, ianya pun mulai bergerak meninggalkan Tangier. Sesampainya di stesen keretapi Sidi Kacem, kebanyakan penumpang termasuk aku turun dari keretapi untuk menukar keretapi lain. Ketibaan keretapi untuk ke Meknes agak lewat. Lebih kurang sejam lewatnya. Penat juga aku & penumpang-penumpang lain menunggu. Mujurlah aku boleh memahami sedikit pengumuman Bahasa Perancis yang dibuat di stesen keretapi tersebut. Setelah penat menunggu, akhirnya tiba pun keretapi yang dinantikan. Kami semua pun terus masuk ke dalamnya & tidak lama kemudian ia pun bergerak meninggalkan Sidi Kacem. Aku tiba di Meknes lebih kurang pukul 10.30 malam. Kemudian, aku terus mencari hostel yang telah pun aku rujuk di dalam buku panduan aku. Mujurlah ianya senang dicari & agak berdekatan dengan stesen keretapi tersebut. Selepas mendaftar masuk, aku pun terus mandi, menunaikan solat & kemudiannya melelapkan mata.
Hari 7: 10 DISEMBER 2007Selepas mandi & mengemas diri, aku pun terus memulakan pengembaraan aku di kota Meknes. Meknes terletak di bahagian utara Morocco & mempunyai jumlah penduduk seramai 950,000 orang. Ia pernah berada di bawah jajahan Empayar Rom mulai tahun 117 sehingga kejatuhan empayar tersebut pada kurun ke-5. Meknes kemudiannya berada di bawah pemerintahan kerajaan Dinasti Almohad & seterusnya di bawah kerajaan Dinasti Merinid. Ia pernah menjadi ibu kota Morocco sewaktu di bawah pemerintahan Moulay Ismail yang berasal dari Dinasti Alaowiyah dari tahun 1672 hingga tahun 1727 sebelum ibu kota Morocco dipindahkan ke Marrakech. Sewaktu era pemerintahan Moulay Ismaillah kota ini mengecapi zaman kegemilangannya. Selepas kemangkatan Moulay Ismail, ibu kota Morocco dipindahkan ke Marrakech oleh penggantinya, iaitu Muhammad III & populariti kota Meknes terus pudar ditelan waktu. Gempa bumi dahsyat yang berlaku di Lisbon, Portugal pada tahun 1755 turut memberi impak kepada kota Meknes yang menyebabkan banyak bangunan di sini mengalami kerosakan yang teruk. Usaha baik pulih hanya dijalankan beberapa dekad yang lalu sebelum kota ini menjadi tumpuan pelancong.
Peta Kedudukan Meknes di dalam MoroccoHostel yang aku tumpangi terletak agak jauh dari Old Medina, iaitu kota lama Meknes yang menjadi tumpuan utama pelancong di sini. Kota lama ini turut tersenarai dalam 'UNESCO World Heritage Sites'. Aku perlu berjalan kaki sejauh 2 km untuk ke Old Medina itu. Sesampainya aku di situ, aku didatangi oleh seorang budak lelaki berusia belasan tahun yang menawarkan khidmat untuk membawa aku mengelilingi kota lama itu. Menurut katanya, aku boleh sesat jikalau tiada orang yang sanggup membawa aku mengelilingi tempat itu. Dia nampak ikhlas hendak menolong, tetapi aku ni bukan mudah hendak mempercayai orang yang tidak dikenali. Ditambah-tambah lagi dengan situasi aku yang bersendirian. Lebih baik aku menolak tawarannya supaya tiada kejadian buruk yang bakal menimpa diri aku. Lagipun aku tahu bahawa budak itu sudah pasti inginkan balasan wang. Aku tidak akan tertipu lagi. Aku tanpa berfikir panjang terus menolak tawarannya dengan cara yang baik. Tetapi, budak lelaki itu tetap mendesak. Aku akhirnya berjalan cepat-cepat meninggalkan budak itu dalam keadaan terpinga-pinga. Mujurlah dia tidak mengekori aku. Aku kemudiannya menggunakan peta yang terdapat di dalam buku panduan aku untuk dijadikan panduan menyusuri Old Medina itu. Peta itu boleh tahan lengkapnya.
Old Medina dari jauh, Meknes, MoroccoTempat pertama di Meknes yang aku jejaki ialah Place al-Hadim, sebuah dataran yang terletak di tengah-tengah Old Medina ini. Dataran ini dibuka sewaktu era pemerintahan Moulay Ismail. Di sekeliling dataran ini terdapat banyak kedai yang menjual pelbagai jenis barang termasuk cenderahati. Aku lalu masuk ke dalam sebuah kedai cenderahati untuk sekadar melihat-lihat. Aku bertanyakan harga sebuah lampu kecil kepada pemilik kedai itu kerana tiada tanda harga diletakkan. Akan tetapi, pertanyaan aku itu kemudiannya bertukar menjadi sessi tawar-menawar pula. Akhirnya, aku tidak jadi hendak membeli lampu itu kerana harga akhir yang ditawarkan agak tidak berpatutan. Lagipun, aku sekadar ingin bertanya sahaja. Yang peliknya, aku kemudiannya dimarahi pula oleh pemilik kedai itu kerana aku kononnya telah membuang masanya. Hahaha. Memang beginilah sifat kebanyakan penjual-penjual di bumi Morocco ini. Aku mengambilnya sebagai iktibar. Lain kali, aku hanya akan bertanyakan harga barang-barang yang aku betul-betul ingin beli sahaja. Boleh dikatakan kesemua barangan yang dijual di kedai-kedai kecil di bumi Morocco ini tidak diletakkan tanda harga. Pembeli-pembeli perlu tawar-menawar harga dengan pemilik-pemilik kedai. Inilah yang menjadi masalahnya.
Aku kemudiannya berjalan-jalan mengelilingi kawasan Place al-Hadim ini yang sememangnya dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang unik senibinanya. Antaranya ialah sebuah pintu gerbang setinggi 16 meter yang bernama Bab al-Mansur. Ia merupakan pintu gerbang yang mempunyai senibina yang terhebat sekali di bumi Morocco. Bab al-Mansur ini mula dibina pada tahun 1672 sewaktu pemerintahan Moulay Ismail & siap sepenuhnya pada tahun 1732 sewaktu pemerintahan anaknya, iaitu Moulay Abdullah. Sewaktu aku di sini, pintu gerbang itu sedang diperbaik pulih. Sayang sekali.
Place al-Hadim, Meknes, Morocco
Place al-Hadim, Meknes, Morocco
Place al-Hadim, Meknes, Morocco
Bab al-Mansur, Meknes, MoroccoSeterusnya, aku berjalan ke Mausoleum of Moulay Ismail. Tempat ini menempatkan makam jenazah Moulay Ismail, iaitu antara Sultan Morocco yang teragung & Sultan yang bertanggungjawab menjadikan Meknes sebagai ibu kota kerajaan tersebut. Makam ini dibina pada kurun ke-17 & diubai suai pada kurun ke-18 & 20. Selain Moulay Ismail, jenazah isteri & anaknya Moulay Ahmad al-Dahbi berserta Sultan Morocco yang bernama Moulay Abdul Rahman turut disemadikan di sini. Sebinina dalaman & luaran makam ini penuh dengan ukiran-ukiran kesenian Morocco yang amat cantik, seperti di kota Alhambra di Granada. Aku menghabiskan masa lebih kurang sejam di dalamnya untuk menikmati keindahan senibinanya yang benar-benar mengagumkan, di samping menyedekahkan Al-Fatihah kepada jenazah-jenazah yang disemadikan di sini. Pelancong-pelancong dikenakan bayaran untuk masuk ke dalam makam ini. Harganya tidak mahal. Disebabkan Mausoleum of Moulay Ismail ini adalah tempat yang suci bagi penduduk di sini, hanya orang-orang beragama Islam sahaja dibenarkan masuk ke dalamnya.
Pintu Gerbang ke Mausoleum of Moulay Ismail, Meknes, Morocco
Pintu Masuk Mausoleum of Moulay Ismail, Meknes, Morocco
Pintu Masuk Mausoleum of Moulay Ismail, Meknes, Morocco
Ruang Dalaman Mausoleum of Moulay Ismail, Meknes, Morocco
Ruang Dalaman Mausoleum of Moulay Ismail, Meknes, Morocco
Ruang Dalaman Mausoleum of Moulay Ismail, Meknes, Morocco
Ruang Dalaman Mausoleum of Moulay Ismail, Meknes, Morocco
Ruang Dalaman Mausoleum of Moulay Ismail, Meknes, MoroccoAku kemudiannya bergerak menuju ke Musee Dar Jamai, sebuah muzium yang sebelumnya merupakan istana yang siap dibina pada tahun 1882 oleh keluarga Jamai yang mempunyai pengaruh yang kuat di sini. 2 orang daripada ahli keluarga tersebut merupakan wazir Sultan Morocco yang bernama Moulay al-Hassan I. Selepas kemangkatan sultan itu, keluarga Jamai hilang pengaruhnya termasuk istana mereka itu sekali yang akhirnya jatuh ke tangan keluarga Al-Glaowi. Pada tahun 1912, sewaktu awal era penjajahan Perancis di bumi Morocco, istana ini dijadikan sebagai hospital tentera. Kemudiannya, pada tahun 1920, ianya mula dijadikan sebagai muzium. Muzium ini mempamerkan pelbagai hasil kesenian Morocco seperti barangan kayu, barangan seramik, permaidani, pakaian diraja, barang-barang kemas & bermacam-macam lagi. Harga tiket untuk masuk ke muzium ini tidak terlalu mahal.
Musee Dar Jamai, Meknes, Morocco
Bersebelahan Musee Dar Jamai, Meknes, Morocco
Ruang dalaman Musee Dar Jamai, Meknes, MoroccoSelepas menikmati keindahan kesenian Morocco di dalam Musee Dar Jamai, aku meneruskan perjalanan ke Grand Mosque, masjid yang terpenting di Meknes yang dibina pada kurun ke-12 sewaktu di era kerajaan Dinasti Almoravid. Ianya kemudian diubahsuai pada kurun ke-14. Bertentangan dengan Grand Mosque, terletak Medersa Bou Inania yang merupakan bekas sekolah al-Quran yang pernah masyhur di sini suatu ketika dahulu. Ianya diasaskan oleh Bou Inan pada kurun ke-14 sewaktu di era pemerintahan kerajaan Dinasti Merinid. Orang-orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan ini.
Menara azan Grand Mosque, Meknes, Morocco
Pintu masuk Grand Mosque, Meknes, Morocco
Ruang dalaman Grand Mosque, Meknes, MoroccoAku kemudiannya berjalan pula menuju ke Darul Makhzan, istana diraja Morocco. Orang-orang awam tidak dibenarkan masuk ke dalamnya. Aku ke sini hanya untuk bergambar dengan salah sebuah pintu gerbangnya sahaja yang boleh dikatakan agak cantik senibinanya. Jauh juga aku perlu berjalan untuk mencari pintu gerbang itu. Nasib baik cantik.
Dalam Perjalanan ke Darul Makhzan, Meknes, Morocco
Pintu Gerbang di Darul Makhzan, Meknes, MoroccoSelepas bergambar dengan pintu gerbang Darul Makhzan, aku kembali ke Place al-Hadim untuk mencari cenderahati untuk dibawa pulang. Harga-harga cenderahati di sini agak murah harganya. Aku mengelak daripada melalui kedai yang aku masuki awal pagi tadi kerana aku tidak mahu berselisih dengan pemiliknya yang garang itu. Selepas membeli beberapa buah cenderahati, aku pun berjalan kembali semula ke hostel. Dalam perjalanan ke hostel, aku singgah dahulu di restoran MacDonald’s untuk menikmati hidangan tengah hari. Kemudian, aku pun meneruskan perjalanan aku pulang ke hostel.
Selepas berehat-rehat & mengemas barang-barang, aku pun terus menuju ke stesen keretapi yang tidak jauh dari hostel aku. Destinasi aku yang seterusnya di bumi Morocco ini ialah Fes. Selepas beberapa minit menunggu, keretapi yang aku nantikan pun tiba. Lebih kurang pukul 5.30 petang, keretapi itu pun mulai bergerak meninggalkan Meknes. Perjalanan ke Fes dari Meknes hanya mengambil masa lebih kurang 40 minit sahaja. Lebih kurang pukul 6.10 petang, aku pun tiba di stesen keretapi Fes. Dengan berpandukan buku panduan yang aku bawa, aku pun mencari lokasi hostel yang sudah pun aku pilih. Tidak berapa lama selepas mencari, aku pun menjumpai hostel tersebut. Selepas mendaftar masuk, aku dibawa ke bilik aku. Selepas mandi, solat & sebagainya, aku pun terus melelapkan mata.
Hari 8: 11 DISEMBER 2007Awal-awal pagi lagi aku sudah bangun & bersiap-siap untuk memulakan ekspedisi mengelilingi kota Fes. Fes adalah bandar ke-4 terbesar di Morocco selepas Casablanca, Rabat & Marrakech. Ia mempunyai jumlah penduduk seramai 1,000,000 orang. Fes merupakan salah satu daripada 4 kota yang pernah menjadi kota diraja Morocco selain Marrakech, Meknes & Rabat. Kota Fes ini terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu Fes al-Bali yang merupakan kota lama, Fes al-Jadid yang merupakan kota yang baru & Ville Nouvelle yang merupakan kawasan yang paling baru yang dibangunkan oleh Perancis.
Peta Kedudukan Fes di dalam MoroccoMenurut sejarah, Fes yang terletak di pinggiran Sungai Fes ini adalah pusat pemerintahan yang tertua di Morocco. Ia dibangunkan pada tahun 789 oleh Idris I, pengasas Dinasti Idris & seterusnya disambung oleh anaknya yang bernama Idris II. Kota ini kemudiannya didatangi oleh ramai pendatang dari Afrika Utara, Semenanjung Arab, Sepanyol & tidak kurang juga bangsa Yahudi. Sewaktu Fes berada di bawah pemerintahan kerajaan Dinasti Almohad, ianya dipercayai sebagai bandar yang terbesar di dunia dari tahun 1170 hingga 1180. Ianya menjadi tumpuan utama orang-orang Islam & juga Kristian dari Eropah yang ingin mempelajari ilmu sains & ilmu keagamaan. Kota ini kemudiannya berada di bawah kerajaan Dinasti Merinid mulai tahun 1269 hingga 1420. Dari tahun 1420 hingga 1554, muncul pula sebuah kerajaan yang diberi nama kerajaan Fes. Pada waktu inilah ramai penduduk dari Andalusia melarikan diri ke sini selepas penawanan seluruh Sepanyol oleh Raja Ferdinand & Ratu Isabella pada tahun 1492.
Fes kemudiannya jatuh ke bawah pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1579. Ia hanya berjaya membebaskan diri daripada empayar tersebut pada awal kurun ke-17 & kemudiannya berada di bawah kerajaan Dinasti Saadi mulai tahun 1603 hingga tahun 1649. Selepas itu, ia jatuh pula ke tangan kerajaan Dinasti Alaowiyah. Sewaktu pemerintahan Moulay Ismail, pusat pentadbiran kerajaan dipindahkan ke Meknes & ini menyebabkan kemerosotan pengaruh Fes. Walau bagaimanapun, itu hanyalah sementara. Fes kemudian kembali kepada fungsinya sebagai pusat pentadbiran kerajaan sehinggalah kedatangan Perancis pada tahun 1912 yang memindahkan pusat pentadbiran Morocco ke Rabat & ianya kekal sebegitu sehingga ke hari ini.
Tempat pertama di Fes yang aku jejaki ialah sebuah masjid yang terletak berhampiran dengan hostel aku. Aku tidak pasti apa namanya. Namun, senibinanya amat cantik. Selepas bergambar dengan masjid tersebut, aku terus berjalan menuju ke Fes al-Bali iaitu kota lama di bandar ini yang terletak agak jauh dari hostel aku yang terletak di bahagian Ville Nouvelle. Hampir 2 km jauhnya. Setelah penat berjalan, aku akhirnya sampai juga di Fes al-Bali. Fes al-Bali ini dipercayai sebagai kawasan tanpa kenderaan yang terbesar di dunia & ianya disenaraikan dalam salah satu daripada 'UNESCO World Heritage Sites'. Kawasan ini dikelilingi oleh tembok besar seperti sebuah kubu pertahanan & mempunyai beberapa buah pintu gerbang yang menjadi jalan masuk ke dalamnya. Pintu gerbang yang paling terkenal ialah Bab Bou Jeloud, yang dibina pada tahun 1913. Bagi aku, Bab Bou Jeloud ini adalah pintu gerbang yang paling cantik sekali yang pernah aku lihat sepanjang aku berada di bumi Morocco ini.
Masjid berhampiran hostel aku, Fes, Morocco
Masjid berhampiran hostel aku, Fes, Morocco
Fes al-Bali dari jauh, Fes, Morocco
Bab Bou Jeloud di Fes al-Bali, Fes, MoroccoAku melintas masuk melalui Bab Bou Jeloud untuk menikmati kesibukan suasana di dalam Fes al-Bali yang sememangnya sibuk dengan kegiatan menjual-beli. Terdapat beratus-ratus kedai di sini yang menjual beraneka jenis barang. Seperti biasa, aku menjadi tumpuan mereka yang ingin menawarkan diri sebagai pemandu pelancong & seperti biasa, aku menolak semua tawaran tersebut. Aku lebih selesa menggunakan peta yang terdapat di dalam buku panduan aku daripada menghabiskan wang mengupah pemandu-pemandu pelancong yang tak diiktiraf itu.
Fes al-Bali, Fes, Morocco
Fes al-Bali, Fes, MoroccoSelain kedai-kedai, terdapat juga beberapa buah bangunan penting di dalam kawasan Fes al-Bali ini. Bangunan pertama yang aku lawati ialah Bou Inania Medersa yang mempunyai pengaruh senibina Merinid & merupakan antara senibina Merinid yang teragung di bumi Morocco. Senibina dalamannya mengingatkan aku kepada senibina Alhambra. Madrasah ini dibangunkan pada dekad 1350-an oleh Abu Inan Faris, orang sama yang membangunkan madrasah Bou Inania Medersa di Meknes. Madrasah ini berfungsi sebagai pusat pendidikan & juga sebagai tempat beribadat. Ianya merupakan antara madrasah yang terpenting di bumi Morocco. Ia juga adalah satu-satunya madrasah di bumi Fes yang mempunyai menara azan. Madrasah ini adalah antara madrasah-madrasah di Morocco di mana orang-orang bukan Islam dibenarkan masuk.
Ruang dalaman Bou Inania Medersa, Fes, Morocco
Ruang dalaman Bou Inania Medersa, Fes, Morocco
Ruang dalaman Bou Inania Medersa, Fes, Morocco
Menara azan Bou Inania Medersa, Fes, MoroccoSelepas puas menikmati keindahan senibina Bou Inania Medersa, aku meneruskan ekspedisi aku ke bangunan berhampiran, iaitu University of al-Karaouine yang juga merupakan sebuah masjid yang boleh memuatkan seramai 20,000 jemaah. Menurut sejarah, universiti ini diasaskan pada tahun 859 oleh Fatima al-Fihri, anak kepada peniaga kaya yang berasal dari Kairouan, sebuah tempat yang terletak di Tunisia. Mereka kemudiannya berhijrah ke Fes. Universiti ini merupakan salah sebuah pusat yang terkenal & terpenting dalam mempelajari ilmu agama & duniawi dalam dunia Islam. Ia juga memainkan peranan penting sebagai penghubung utama antara dunia Islam & Eropah kerana ramai pendatang dari Eropah turut menimba ilmu di sini. Universiti ini telah berjaya melahirkan ramai cendakiawan-cendakiawan Islam yang terulung seperti Ibnu Rushayd, Mohammed ibn Hajj al-Abdari al-Fasi, Abu Imran Yaqub al-Fasi & ramai lagi. Universiti of al-Karaouine ini juga merupakan universiti yang masih berfungsi yang tertua di dunia yang diiktiraf dalam Guiness Book of World Records. Ia sebenarnya lebih tua daripada University Al-Azhar di Kaherah, Mesir yang hanya diasaskan pada tahun 975, lebih kurang seratus tahun selepas pengasasan University of al-Karaouine.
Di Universiti of al-Karaouine ini terdapat sebuah perpustakaan yang menyimpan manuskrip-manuskrip berharga seperti Al-Muwatta, iaitu undang-undang Islam yang dikumpulkan oleh Imam Malik & salinan asal buku Al-‘Ibar, buku yang ditulis oleh Ibnu Khaldun, seorang cendakiawan Islam yang sangat terkenal. Universiti ini telah mengalami proses pembesaran sejak ianya mula dibuka. Antara kerajaan-kerajaan yang melakukan pembesarannya ialah Bani Umayyah, Dinasti Almoravid & Dinasti Saadi.
Al-Karaouine Mosque, Fes, Morocco
Menara azan Al-Karaouine Mosque, Fes, Morocco
University of Al-Karaouine, Fes, MoroccoSeterusnya, aku ke Zaouia Moulay Idris II yang merupakan makam kepada Moulay Idris II, pengasas kedua kota Fes yang mengasaskan semula kota ini pada tahun 810. Jenazah Moulay Idris II sebenarnya dijumpai di kawasan ini pada tahun 1308 dengan keadaan yang tidak reput. Dan mulai dari saat itulah, kawasan ini dibangunkan sedikit demi sedikit menjadi makam baginda sehingga ianya siap selengkapnya sewaktu pemerintahan Moulay Ismail pada awal kurun ke-18. Tempat ini dianggap suci oleh orang-orang di sini. Pengunjung-pengunjung yang berkunjung ke sini dipercayai akan beroleh berkat. Wallahu ‘alam.
Zaouia Moulay Idris II, Fes, MoroccoAku kemudian menuju ke Andalusian Quarter di mana terdapatnya sebuah masjid bernama Andalusian Mosque. Masjid ini diasaskan oleh Maryam al-Fihri, adik kepada Fatima al-Fihri yang mengasaskan University of al-Karaouine & juga orang-orang yang berasal dari Andalusia yang berhijrah ke sini pada kurun ke-13. Masjid ini kemudiannya diperbesarkan oleh pemerintah kerajaan Dinasti Almohad & juga Dinasti Merinid.
Andalusian Mosque, Fes, MoroccoSelepas menunaikan solat jamak Zohor & Asar di dalam Andalusian Mosque, aku berjalan pulang ke hostel. Dalam perjalanan pulang, aku bergambar dahulu di sebuah taman yang terdapat di tengah-tengah sebatang jalan di kawasan Ville Nouvelle. Agak cantik juga taman itu. Selepas puas bergambar, aku pun kembali ke hostel. Pada waktu malamnya, aku ke restoran MacDonald’s untuk makan malam. Selepas makan, aku kembali ke hostel untuk berehat-rehat sementara menanti hari esok.
Sebuah Taman di Ville Nouvelle, Fes, Morocco
Sebuah Taman di Ville Nouvelle, Fes, MoroccoHari 9: 12 DISEMBER 2007Awal-awal pagi lagi aku sudah bangun bersiap-siap untuk memulakan pengembaraan aku pada hari kedua di kota Fes. Selepas selesai bersiap-siap, aku pun terus keluar. Pada hari ini, aku menerokai kawasan Fes al-Jadid pula, iaitu kota Fes yang baru. Ianya tidak terlalu jauh dari hostel yang aku tumpangi. Lokasi pertama di Fes al-Jadid yang aku kunjungi ialah Darul Makhzan, istana diraja Morocco. Istana moden seluas 80 hektar ini mempunyai senibina yang sangat memukau. Pintu masuk utamanya sahaja sudah mengagumkan. Namun, pengunjung hanya boleh melihat keindahan luarannya sahaja. Orang-orang awam tidak dibenarkan masuk ke dalam istana ini. Akan tetapi, mereka dibenarkan untuk bergambar di dataran di hadapan istana ini yang bernama Place des Alaouites.
Darul Makhzan, Fes, Morocco
Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco
Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco
Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco
Pintu Darul Makhzan, Fes, Morocco
Pintu Darul Makhzan, Fes, MoroccoSedang aku asyik bergambar di hadapan istana ini, tiba-tiba datang sekumpulan pelancong yang kelihatan seperti orang-orang Malaysia melalui raut-raut wajah & pakaian-pakaian yang dipakai oleh mereka. Aku lantas mencuri-curi dengar perbualan mereka. Memang sah, mereka adalah orang-orang Malaysia. Aku berasa sangat gembira kerana sudah seminggu aku tidak bertutur dalam Bahasa Melayu. Aku lantas menegur seorang makcik yang berusia 40-an. Dia pada mulanya agak terkejut apabila aku secara tiba-tiba menegurnya. Aku pun kemudiannya memperkenalkan diri aku & kami seterusnya berbual-bual panjang. Aku menceritakan tentang latar belakang aku & juga pengalaman aku selama seminggu di bumi Morocco. Dia pula menceritakan pengalaman mereka yang baru sahaja 3 hari di Morocco selepas beberapa hari menghabiskan masa di bumi Sepanyol.
Makcik itu kemudiannya memperkenalkan anak lelakinya kepada aku. Selepas itu, dia perkenalkan juga aku kepada beberapa orang ahli rombongan yang lain sambil membeli-belah di kedai-kedai yang terdapat di situ. Hampir 30 minit aku menghabiskan masa bersama mereka sebelum mereka semua menaiki semula bas rombongan untuk ke tempat lain. Aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Selepas itu, aku kembali keseorangan. Sedih pula rasanya. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja aku ikut mereka. Tapi, perjalanan kami berbeza. Aku pula lebih suka mengikut perancangan sendiri daripada mengikut perancangan pemandu pelancong. Lebih bebas.
Bersama dengan Makcik, ibunya & anaknya di Fes, MoroccoSelepas berpisah dengan ahli-ahli rombongan tadi, aku kembali semula ke Darul Makhzan kerana aku belum puas bergambar di situ. Banyak kepingan gambar yang aku ambil. Hampir 15 minit lamanya aku menghabiskan masa di situ. Ini kemudiannya menimbulkan syak wasangka pengawal-pengawal di luar istana itu. Mereka lantas menghampiri aku & bertanyakan beberapa soalan & meminta aku menunjukkan passport aku. Aku pada mulanya agak gentar. Namun, aku berjaya menenangkan perasaan aku kerana aku yakin aku tidak melakukan apa-apa kesalahan serius. Aku menceritakan kepada mereka yang aku hanya ingin bergambar sahaja, tiada niat lain. Bahasa Inggeris mereka tidak berapa fasih. Namun, mujurlah mereka boleh memahami apa yang aku cuba sampaikan. Selepas disoalsiasat beberapa minit, akhirnya mereka melepaskan aku. Aku bersyukur sangat-sangat. Lega rasanya.
Selepas itu, aku terus menuju ke tempat lain. Serik pula rasanya aku hendak bergambar di hadapan istana-istana di bumi Morocco ini. Orang-orang di sini betul-betul menjaga keselamatan institusi diraja mereka. Destinasi aku yang seterusnya ialah Mechouars, iaitu sebuah kawasan di mana terdapatnya banyak gerai yang menjual beraneka jenis barang. Kawasan Mechouars ini dikelilingi oleh kubu pertahanan. Pintu masuk ke kawasan ini adalah beberapa pintu gerbang, iaitu Bab Dekaken, Bab al-Seba & Bab Segma. Kemudian, aku bergerak pula ke kawasan Kasbah Cherarda yang dibuka pada kurun ke-17. Ianya juga dikelilingi oleh kubu pertahanan.
Bab Dekaken di Mechouars, Fes, Morocco
Kasbah Cherarda, Fes, MoroccoAku kemudiannya menghabiskan masa di kawasan Kasbah-kasbah tersebut dengan membeli beberapa barangan cenderahati untuk dibawa pulang. Selepas itu, aku kembali semula ke hostel untuk berkemas-kemas sebelum bertolak ke stesen keretapi. Aku akan bertolak ke Marrakech semula pada petang ini. Selepas selesai berkemas, aku pun terus berjalan ke stesen keretapi Fes. Lebih kurang pukul 2.40 petang, aku pun terus masuk ke dalam keretapi yang sedia menunggu di situ. 10 minit kemudian, ianya pun bergerak meninggalkan Fes. Perjalanan ke Marrakech memakan masa 7¼ jam.
Kawasan Kasbah, Fes, Morocco
Kawasan Kasbah, Fes, MoroccoLebih kurang pukul 10.05 malam, aku pun tiba di stesen keretapi Marrakech setelah beberapa jam menghabiskan masa di dalam keretapi. Selepas turun dari keretapi, aku pun terus berjalan menuju ke hostel yang telah pun aku tempah sewaktu hari pertama aku di Marrakech dahulu. Sedang aku berjalan kaki dari stesen keretapi menuju ke hostel yang jaraknya 2 km itu, tiba-tiba datang seorang lelaki berusia 50-an mendekati aku. Rupanya amat menakutkan sekali. Gayanya seperti seorang yang sedang mabuk. Dia kemudiannya bersuara. Dia memberitahu aku jikalau aku sedang mencari hostel, dia boleh membawa aku ke hostel yang bagus. Aku kemudian memberitahunya yang aku sudah pun menempah hostel. Akan tetapi, dia tidak mempercayai kata-kata aku. Dia tetap mendesak untuk membawa aku ke hostel yang ditawarkannya. Aku dengan keras memarahinya & menyuruhnya menjauhi aku. Aku kemudian berjalan dengan pantas meninggalkan lelaki itu sehinggalah aku yakin yang dia sudah hilang dari pandangan aku.
Walau bagaimanapun, lebih kurang 10 minit kemudian, entah dari arah mana, lelaki tadi muncul semula. Aku menjadi sangat panik. Keadaannya yang mabuk & seperti orang gila itulah yang memanikkan aku. Aku takut jikalau dia mengapa-apakan aku. Aku cepat-cepat berjalan, namun lelaki itu tetap mengekori aku & tetap mendesak untuk membawa aku ke hostel yang ditawarkannya. Aku tak henti-henti memarahinya & menyuruhnya jangan mengikuti aku. Waktu itu aku hanya mampu berdoa kepada Allah SWT supaya aku tidak diapa-apakan oleh lelaki itu.
Nasib aku amat baik. Secara tiba-tiba, seorang anggota polis pelancong yang sedang membuat rondaan dengan menaiki motorsikal datang menghampiri kami. Dia bertanya kepada aku apa yang sedang berlaku. Aku pun memberitahunya yang lelaki gila itu mengekori aku & cuba mengapa-apakan aku. Polis pelancong itu lalu memarahi lelaki itu & menahannya. Aku kemudian mengucapkan terima kasih kepada polis pelancong itu & terus berjalan menuju ke tempat tujuan aku, iaitu hostel yang telah pun aku tempah minggu lalu. Aku bersyukur sangat-sangat kerana tiada kejadian buruk menimpa diri aku. Alhamdulillah. Kerajaan Morocco sememangnya telah menyediakan perkhidmatan pasukan polis pelancong untuk mengawasi keselamatan pelancong-pelancong di negara ini. Mujurlah anggota polis pelancong tadi tiba tepat pada waktunya.
Lebih kurang 20 minit kemudian, aku pun tiba di hostel tersebut. Sekali lagi, aku berjumpa dengan pemilik hostel itu & aku mengatakan kepadanya yang aku telah mengotakan janji aku. Pemilik hostel itu hanya ketawa. Selepas dia menunjukkan bilik aku, dia meninggalkan aku bersendirian. Selepas mandi & solat, aku pun terus melelapkan mata kepenatan. Tiba-tiba, aku terbayang semula wajah lelaki yang menggerunkan tadi. Mujurlah aku tidak diapa-apakannya. Menakutkan sungguh pengalaman tadi.
Hari 10: 13 DISEMBER 2007Pada pagi ini, selepas selesai sahaja mandi & berkemas-kemas, aku pun keluar untuk menjelajahi kota Marrakech buat kali kedua. Aku telah pun menjelajahi kota ini dalam masa satu hari sewaktu hari pertama aku di bumi Morocco pada minggu lalu. Kali ini, aku akan melengkapkan penjelajahan aku di kota ini. Tempat pertama yang aku jejaki ialah Bab Doukkala Mosque. Masjid ini dibina pada pertengahan kurun ke-16 oleh ibu kepada Ahmad al-Mansor, pemerintah yang memerintah pada waktu itu. Aku tidak lama di sini. Seterusnya, aku ke Mouassine Mosque, sebuah masjid lama yang dibina antara tahun 1562 hingga 1573, sewaktu pemerintahan Sultan dari Dinasti Saadi yang bernama Moulay Abdullah.
Bab Doukkala Mosque, Marrakech, Morocco
Bab Doukkala Mosque, Marrakech, Morocco
Mouassine Mosque, Marrakech, MoroccoSelepas itu, aku meneruskan perjalanan aku ke kawasan The Souks yang bermaksud pasar. Ianya adalah antara pasar-pasar yang terkenal di seluruh rantau al-Maghreb. Kedai-kedai di sini disusun mengikut jenis barangan yang dijual. Antara barangan yang dijual adalah kain-kain fabrik, barang-barang kemas, barangan kulit, barangan kraftangan, selipar, sayur-sayuran, haiwan ternakan & pelbagai lagi. Kawasannya yang amat luas menyebabkan aku hampir sesat di dalamnya. Namun, dengan berpandukan peta yang ada di dalam buku panduan & juga dengan bantuan daripada penduduk tempatan, aku berjaya berjalan menyusuri kesibukan The Souks ini untuk menuju ke destinasi aku yang seterusnya, iaitu Musee de Marrakech.
The Souks, Marrakech, Morocco
The Souks, Marrakech, MoroccoMusee de Marrakech adalah sebuah muzium yang pada dahulunya merupakan sebuah istana yang dibina oleh wazir kepada Sultan Moulay Mehdi Hassan yang memerintah pada akhir kurun ke-19. Nama istana tersebut ialah Dar Menebhi. Muzium ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama mempamerkan hasil-hasil kesenian kontemporari & lukisan-lukisan. Sementara itu, bahagian kedua pula mempamerkan koleksi syiling lama tinggalan kerajaan Dinasti Idris hingga ke kerajaan Dinasti Alaowiyah, salinan lama Al-Quran, seramik-seramik & banyak lagi. Kecantikan senibina muzium ini benar-benar memukau pandangan aku. Aku menghabiskan masa yang agak lama di dalam muzium ini.
Ruang Dalaman Musee de Marrakech, Marrakech, Morocco
Ruang Dalaman Musee de Marrakech, Marrakech, Morocco
Ruang Dalaman Musee de Marrakech, Marrakech, Morocco
Ruang Dalaman Musee de Marrakech, Marrakech, MoroccoSelepas puas melihat khazanah-khazanah yang ada di dalam Musee de Marrakech, aku ke tempat yang seterusnya, iaitu Koubba Ba’Adiyn. Tiket untuk masuk ke tempat ini disekalikan dengan tiket untuk masuk ke dalam Musee de Marrakech tadi. Koubba Ba’Adiyn ini adalah sebuah kubah kecil yang diperbuat daripada bata-bata yang merupakan satu-satunya tinggalan kerajaan Dinasti Almoravid di kota Marrakech. Ianya dibina oleh Ali bin Yusuf pada tahun 1106. Kubah ini sebenarnya adalah sebahagian daripada masjid yang dibina sewaktu pemerintahan kerajaan Dinasti Almoravid yang kemudiannya diruntuhkan oleh kerajaan Dinasti Almohad selepas mereka mengambil alih pemerintahan kota Marrakech. Kubah ini merupakan satu-satunya struktur masjid tersebut yang tidak dihancurkan. Ianya tersembunyi selama beratus-ratus tahun, sehinggalah ianya dijumpai pada tahun 1948. Di dalam kubah ini terkandung juga sebuah kolam kecil untuk berwuduk.
Koubba Ba’Adiyn, Marrakech, Morocco
Koubba Ba’Adiyn, Marrakech, Morocco
Bahagian Dalam Koubba Ba’Adiyn, Marrakech, MoroccoSejurus selepas itu, aku terus berjalan ke tempat seterusnya, iaitu Bin Yusuf Medersa. Madrasah ini merupakan antara madrasah-madrasah yang terulung & terbesar di rantau al-Maghreb yang boleh memuatkan seramai 900 orang anak murid. Ianya diasaskan oleh pemerintah kerajaan Dinasti Merinid yang bernama Abu al-Hassan pada pertengahan kurun ke-14. Kemudian, ianya diperbesarkan oleh pemerintah kerajaan Dinasti Saadi yang bernama Moulay Abdullah pada kurun ke-16 untuk menandingi Medersa Bou Inania di Fes. Nama madrasah ini diambil bersempena dengan nama masjid yang terletak berdekatan dengannya , iaitu Bin Yusuf Mosque yang dibina sewaktu pemerintahan kerajaan Dinasti Almoravid. Selama 4 kurun lamanya masjid & madrasah ini menjadi tumpuan utama penduduk di sini untuk menunaikan ibadat & juga sebagai pusat pengajian al-Quran. Kehalusan senibina Islam yang terdapat di madrasah ini benar-benar dapat memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya. Pintu masuknya sahaja sudah mengagumkan. Rasanya seperti hendak sahaja aku tinggal di sini.
Bin Yusuf Medersa, Marrakech, Morocco
Bin Yusuf Medersa, Marrakech, Morocco
Bin Yusuf Medersa, Marrakech, Morocco
Bin Yusuf Medersa, Marrakech, MoroccoAku kemudiannya menuju ke destinasi terakhir aku di Marrakech, iaitu Djemaa al-Fana, sebuah dataran luas yang menjadi medan pasar awam pada waktu pagi & arena pertunjukan terbuka pada waktu malam, di mana terdapatnya gerai-gerai makanan, pertunjukan ahli-ahli muzik, penari-penari, penglipur lara, pemain ular & banyak lagi. Dengan adanya gerai-gerai makanan yang menjual daging-daging panggang pada waktu malam, kawasan ini dipenuhi dengan asap-asap & bau rempah ratus yang betul-betul boleh menaikkan nafsu makan sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Aku juga turut mengambil kesempatan yang ada untuk menjamah makanan-makanan yang dijual di sini. Amat menyelerakan sekali.
Selama beratus-ratus tahun Djemaa al-Fana telah menjadi nadi utama Marrakech & juga simbol utama kota ini. Ianyalah yang menjadikan kota ini unik & lain daripada kota-kota yang lain. Tanpanya, Marrakech hanya akan sama seperti bandar-bandar lain di Morocco. Djemaa al-Fana ini turut diiktiraf sebagai salah satu daripada 'UNESCO World Heritage Sites'. Sebelum kurun ke-19, kawasan ini sebenarnya menyimpan sejarah yang hitam, iaitu sebagai tempat pemancungan pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan besar. Adakalanya, seramai 45 orang pesalah dipancung dalam satu hari & kepala-kepala mereka digantung di pintu-pintu masuk kota ini.
Djemaa al-Fana Sebelum Matahari Terbenam, Marrakech, Morocco
Pemain Ular di Djemaa al-Fana, Marrakech, Morocco
Djemaa al-Fana Ketika Matahari Terbenam, Marrakech, Morocco
Gerai Buah-Buahan di Djemaa al-Fana, Marrakech, Morocco
Gerai-Gerai Makanan di Djemaa al-Fana, Marrakech, Morocco
Djemaa al-Fana Selepas Matahari Terbenam, Marrakech, MoroccoAku menghabiskan masa yang agak lama Djemaa al-Fana, dari sebelum terbenamnya mentari, sehinggalah masuk waktu Isyak. Selepas puas menikmati makanan-makanan yang ada di Djemaa al-Fana, aku kembali ke hostel untuk mandi, menunaikan solat & kemudiannya melelapkan mata. Dengan terjejaknya Djemaa al-Fana tadi, maka berakhirlah ekspedisi aku di bumi Morocco ini. Keesokan harinya, aku akan pulang semula ke Dublin setelah 9 hari aku bermastautin di negara ini.
Hari 11: 14 DISEMBER 2007Seawal pukul 6.00 pagi lagi aku sudah bangun untuk berkemas-kemas, mandi & menunaikan solat Subuh. Selepas semuanya selesai, aku pun terus keluar. Sebelum itu, aku mengucapkan terima kasih dahulu kepada pemilik hostel itu yang telah berjasa pada aku minggu lepas kerana sudi membenarkan aku menumpangkan beg aku di dalam hostelnya sementara aku berjalan-jalan di sekitar kota Marrakech. Selepas mengucapkan terima kasih kepadanya, aku terus menuju ke sebuah teksi di stesen teksi yang terletak di hadapan hostel tersebut & meminta pemandunya membawa aku ke lapangan terbang.
Aku bertanyakan dahulu akan harga tambang yang perlu dibayar. Jauh lebih murah berbanding harga yang aku bayar sewaktu aku datang dari lapangan terbang ke pusat bandar Marrakech pada minggu lepas. Mujurlah pemandu teksi kali ini bukan jenis yang suka mencekik darah pelancong seperti pemandu teksi di lapangan terbang itu. Aku lantas bersetuju dengan harga tambang yang dikenakan & pemandu teksi itu pun membawa aku ke lapangan terbang. Suasana pagi yang lengang menyebabkan aku tiba di lapangan terbang dalam jangka masa yang agak singkat. Pemandu teksi itu pula bukan jenis yang peramah. Kami berdua hanya senyap melayan diri masing-masing.
Setibanya aku di Lapangan Terbang Menara Marrakech, aku terus ke kaunter pendaftaran. Selepas semuanya selesai, aku pun terus melalui zon pemeriksaan keselamatan & kemudiannya ke terminal untuk menaiki pesawat Ryanair untuk ke London. Setelah lebih daripada sejam menunggu, akhirnya para penumpang pun diminta masuk ke dalam pesawat. Pesawat kemudian berlepas meninggalkan Marrakech, menuju ke London lebih kurang pada pukul 10.00 pagi. Perjalanan ke London memakan masa hampir 3¾ jam lamanya. Lebih kurang pukul 1.45 tengah hari, aku pun tiba di Lapangan Terbang Luton, London. Penerbangan Ryanair ke Dublin yang aku tempah adalah pada awal pagi esoknya. Oleh itu, aku terpaksa menghabiskan masa hampir 17 jam di Lapangan Terbang London Luton yang agak bosan itu.
Hari 12: 15 DISEMBER 2007Setelah 15 jam menunggu di samping beberapa jam melelapkan mata, akhirnya tamat juga penantian aku. Penantian sememangnya satu penyeksaan. Lebih kurang pukul 4.30 pagi, aku pun terus ke kaunter pendaftaran & kemudiannya melalui zon pemeriksaan keselamatan. Selepas semuanya selesai, aku menunggu pula untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat. Tidak berapa lama kemudian, para penumpang pun dijemput masuk & pesawat berlepas meninggalkan London pada pukul 6.30 pagi. Perjalanan ke Dublin mengambil masa lebih kurang sejam lamanya. Lebih kurang pukul 7.30 pagi, aku pun tiba di Lapangan Terbang Dublin dengan selamat.
Pengalaman selama hampir 10 hari di bumi Morocco adalah antara pengalaman-pengalaman yang amat berharga bagi diri aku kerana ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki seorang diri di negara yang penduduknya bertutur dalam Bahasa Arab. Sememangnya, terlalu banyak kenangan pahit yang telah aku lalui dengan penduduk di sini yang rata-ratanya boleh dikategorikan sebagai orang-orang yang agak kasar, mata duitan & kadangkalanya agak menakutkan. Ini mungkin kerana faktor kemunduran ekonomi penduduk-penduduk di negara ini. Dan mungkin juga kerana aku mengembara seorang diri. Maka, lebih mudah untuk aku diganggu.
Walau bagaimanapun, tidak semua penduduk Morocco berkelakuan sedemikian rupa. Masih ada antara mereka yang berkelakuan mulia & sudi menolong aku secara ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Contohnya seperti pemilik hostel di Marrakech itu & juga 2 orang lelaki peramah yang duduk bersama-sama aku di dalam keretapi dari Marrakech ke Casablanca. Tidak lupa juga beberapa orang awam yang sudi membantu aku di kala aku sesat & juga pemilik-pemilik kedai yang begitu peramah yang meluahkan kekaguman mereka terhadap negara Malaysia. Itu adalah antara kenangan-kenangan manis yang aku perolehi di sini.
Bumi Morocco sememangnya menyimpan seribu satu khazanah yang berharga, terutamanya senibinanya yang mampu memukau hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Senibina sebegini rupa hanya boleh dijumpai di bumi Morocco & negara-negara rantau al-Maghreb sahaja. Ianya tidak dijumpai di tempat-tempat lain di dunia ini. Pencapaian mereka dalam ilmu senibina ini menyebabkan aku berasa amat bangga menjadi seorang Muslim. Inilah sebenarnya yang menjadi penyebab utama hati aku tertarik sangat ingin berkunjung ke bumi Morocco. Untuk mengamati senibinanya di samping merasai suasana Islam di bumi Afrika Utara ini.
Terlalu banyak keindahan yang tersimpan di bumi Morocco ini yang sukar diceritakan dengan kata-kata. Kesemuanya itu hanya boleh diterokai oleh mereka yang menjejakkan sendiri kaki di sini. Oleh itu, aku sangat-sangat menggalakkan pembaca blog ini supaya berkunjung ke bumi Morocco ini yang boleh diibaratkan seperti permata Islam di ufuk Barat. Namun, aku nasihatkan supaya tidak ke sini seorang diri, terutamanya golongan hawa atas faktor keselamatan. Bawalah bersama sekurang-kurangnya seorang teman.
Dengan ini, sekian sahajalah travelogue aku di bumi Morocco. Semoga pembaca semua mendapat banyak manfaat & informasi yang berguna yang boleh diaplikasikan apabila berkunjung ke negara ini nanti.
Ini adalah kali ketiga aku menjejakkan kaki di bumi Perancis. Kali pertama adalah sewaktu Musim Sejuk tahun 2003, bersama 4 orang rakan dari Dublin. Kami bermukim di Paris selama 17 hari di rumah seorang rakan di situ. Dalam tempoh 17 hari itu, kami sempat ke sebuah lagi bandar di negara itu, iaitu Colmar. Kali kedua pula adalah sewaktu Musim Panas tahun 2005, bersama ayah aku yang datang berkunjung ke bumi Eropah. Aku & ayah aku hanya berjalan-jalan di sekitar kota Paris sahaja selama 3 hari. Pada kali ketiga ini, aku ditemani pula oleh 3 orang rakan dari Dublin. Mereka ialah Asrih & Thani, pelajar perubatan Tahun Kedua di Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI) & Muaz, pelajar perubatan Tahun Pertama di universiti yang sama.
Pada kali ini, aku tidak ke Paris lagi, tetapi ke satu kawasan lain yang diberi nama French Riviera. Aku sengaja mengajak mereka bertiga menemani aku kerana aku ingin mempunyai teman sewaktu berjalan-jalan di sana nanti. Bosan pula rasanya mengembara bersendirian seperti di negara-negara rantau Baltik & di Morocco yang baru sahaja aku kunjungi. Di samping itu, aku juga berharap aku akan dapat mencurahkan sebanyak mungkin ilmu-ilmu aku kepada mereka bertiga yang baru berusia setahun jagung di bumi asing ini. Aku harapkan segala pengalaman yang akan mereka perolehi bersama-sama dengan aku nanti dapat mereka gunakan untuk masa hadapan apabila mereka mengembara ke tempat-tempat lain di benua Eropah ini.
Aku, Thani, Asrih & MuazAku sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menjejakkan kaki di French Riviera. Mujurlah aku diberi kesempatan untuk ke sana sewaktu cuti Musim Sejuk kali ini. Kami berempat berlepas ke sana sehari selepas ketibaan aku di Dublin dari bumi Morocco. Pengembaraan aku dalam cuti Musim Sejuk ini seolah-olah seperti sebuah Marathon pula jadinya. Dari rantau Baltik, terus ke Newcastle & Nottingham. Kemudian, terus pula ke Morocco. Dan sekarang, hendak ke French Riviera pula. Hahaha. Walaupun penat, aku tetap gagahkan diri aku untuk bersama-sama dengan mereka bertiga ke French Riviera. Mujurlah mereka ada bersama untuk menemani aku. Bersemangat pula jadinya.
Pengembaraan aku, Thani, Asrih & Muaz bermula pada tarikh 16 Disember 2007 & berakhir pada tarikh 20 Disember 2007. Lebih kurang 5 hari lamanya. Bandar-bandar yang kami berempat kunjungi ialah Nice, Cannes, Monte Carlo & Marseilles. Kami bermalam di hostel-hostel yang telah pun kami tempah melalui internet. Harga-harganya agak berpatutan. Sebagai panduan untuk berjalan-jalan di sana, aku membawa sekali buku panduan ‘Europe on a Shoestring’ terbitan Lonely Planet yang sememangnya amat berguna. Untuk bergerak dari satu bandar ke bandar yang lain, kami menggunakan perkhidmatan keretapi yang mudah & cepat.
French Riviera atau namanya dalam Bahasa Perancis,
Côte d'Azur adalah sebuah kawasan di persisiran pantai Laut Mediterranean di bahagian tenggara negara Perancis. Ia merupakan antara kawasan resort yang popular di benua Eropah. Antara bandar-bandar yang terletak di sini ialah Cannes, Monte Carlo, Antibes, Juan-les-Pins, Frejus & Nice. Nice adalah bandar yang terbesar di sini yang juga menjadi hab utama para pelancong yang berkunjung ke French Riviera. Seramai 2,000,000 orang penduduk menetap di sepanjang persisiran pantai French Riviera ini. Sebagai kawasan pelancongan yang ternama, terdapat hampir 18 buah pusat permainan golf, 14 buah resort ski & 3,000 buah restoran di sepanjang pantai tersebut.
Peta Kedudukan French Riviera di dalam Perancis
Peta French RivieraMenurut sejarah, kawasan French Riviera ini telah dihuni oleh manusia sejak zaman Paleolitik lagi, iaitu sejak tahun 950,000 SM. Kemudian, sekitar tahun 8 SM, kawasan ini mula menjadi sebahagian daripada tanah jajahan Empayar Rom. Banyak bandar di sini dimajukan dengan pembinaan monumen-monumen & ampiteater-ampiteater. Pengaruh agama Kristian Katholik mulai bertapak di French Riviera pada kurun ke-4 dengan pembinaan gereja-gereja yang kebanyakannya masih kukuh sehingga ke hari ini.
Selepas keruntuhan Empayar Rom pada kurun ke-5, kawasan French Riviera dimasuki oleh orang-orang Visigoth, Burgundi & Ostrogoth yang sentiasa berperang antara satu sama lain sehinggalah akhirnya kawasan ini berjaya ditakluki oleh orang-orang Saracen & Norman pada kurun ke-9. Kawasan ini kemudiannya menjadi aman dengan kewujudan kerajaan Provence yang diperintah oleh pelbagai Dinasti, iaitu Bosonid, Catalan & kemudiannya Angevin. Sebelum tahun 1480, kerajaan Provence adalah kerajaan yang bebas & berdaulat. Walau bagaimanapun, kerajaan ini akhirnya menjadi sebahagian daripada Perancis pada tahun 1486 selepas kematian Comte de Provence yang bernama Rene I. Perancis pada waktu itu berada di bawah pemerintahan raja yang bernama Louis XI.
Sebelum kurun ke-18, French Riviera ini hanyalah sebuah kawasan terpencil & daif yang hanya dipenuhi dengan perkampungan nelayan & ladang-ladang zaitun, serta tempat-tempat penghasilan minyak wangi. Walau bagaimanapun, pada akhir kurun ke-18, kawasan ini mulai menjadi popular di kalangan hartawan dari Britain yang tertarik dengan keindahan pantai yang terdapat di sini. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk mempopularkan kawasan ini yang akhirnya menjadi satu kawasan peranginan yang ternama bagi hartawan-hartawan Britain. French Riviera ini kemudiannya menjadi popular di kalangan golongan pemerintah Eropah pula seperti Alexander II (Tsar Russia), Napoleon III (Maharaja Perancis), Leopold II (Raja Belgium) & Victoria (Ratu England). Ia juga turut menjadi tempat para pelukis seperti Auguste Renoir, Henri Matisse & Pablo Picasso mencari ilham. Selepas Perang Dunia Pertama, kawasan French Riviera ini mula menjadi tumpuan pelancong-pelancong dari Amerika Syarikat pula.
Kawasan persisiran pantai French Riviera ini mengalami iklim Mediterranean, iaitu panas & kering pada Musim Panas & sejuk & lembap pada Musim Sejuk. Penerimaan cahaya matahari hari tanpa hujan selama 300 hari dalam setahun menjadikan kawasan persisiran pantainya amat popular di kalangan pelancong. Penduduk di sini bertutur dalam Bahasa Perancis. Penggunaan Bahasa Inggeris agak meluas kerana industri pelancongan adalah industri yang terpenting di sini. Ia menerima kehadiran pelancong dari seluruh dunia setiap hari tanpa henti. Oleh itu, kami berempat tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan orang tempatan.
Hari 1: 16 DISEMBER 2007Penerbangan Ryanair dari Dublin ke Nice, Perancis akan berlepas pada pukul 6.30 pagi hari ini. Untuk menjimatkan wang daripada menaiki teksi ke Lapangan Terbang Dublin, aku,
Thani,
Asrih &
Muaz memilih untuk bermalam sahaja di lapangan terbang tersebut malam sebelum penerbangan kami. Kami menaiki bas untuk ke lapangan terbang pada malam itu. Walaupun dalam keadaan yang kurang selesa, kami berjaya juga melelapkan mata buat beberapa jam. Seterusnya, lebih kurang pukul 4.30 pagi, kami berempat pun mula mendaftar masuk. Setelah menunggu hampir sejam lamanya, para penumpang pun dipanggil masuk ke dalam pesawat. Tidak berapa lama kemudian, ianya pun berlepas meninggalkan bumi Dublin menuju ke Nice. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2¼ jam. Lebih kurang pukul 9.45 waktu tempatan Perancis, kami pun tiba di Lapangan Terbang Nice Côte d'Azur.
Selepas selesai sahaja urusan imigresen, kami pun keluar dari lapangan terbang tersebut. Kami kemudiannya menaiki bas untuk ke pusat bandar Nice yang terletak agak jauh dari lapangan terbang itu. Bas tersebut melalui jalan raya yang menyusuri persisiran pantai Laut Mediterranean. Pemandangan di sepanjang jalan raya itu sungguh mengasyikkan, dengan kejernihan air lautnya, pasir-pasir yang putih & pohon-pohon palma yang cantik tersusun di sepanjang pantai tersebut. Memang tidak hairanlah mengapa bandar ini seringkali menjadi tumpuan pelancong.
Bas yang kami naiki berhenti di stesen keretapi Nice Ville. Setibanya kami di situ, kami membuka peta yang terdapat di dalam buku panduan aku untuk mencari lokasi hostel yang telah pun kami tempah melalui internet. Hostel tersebut terletak tidak jauh dari stesen keretapi. Lebih kurang dalam 15 minit sahaja, kami berempat berjaya menjumpainya. Hostel itu terletak berdekatan dengan restoran Kentucky Fried Chicken yang bakal menjadi tempat kami makan tengah hari nanti. Makanan di dalam kesemua cawangan restoran Kentucky Fried Chicken di negara Perancis halal dimakan kerana menurut kata pelajar-pelajar Malaysia di sini, pemilik rangkaian KFC di Perancis adalah seorang Muslim.
Stesen Keretapi Nice Ville, Nice, PerancisKami bermalam selama 3 malam di hostel ini. 2 malam berturut-turut pada 16 & 17 Disember & malam terakhir pada 19 Disember. Kami diberi pilihan sama ada untuk membayar 2 malam dahulu atau terus membayar untuk ketiga-tiga malam sekaligus. Kami memilih untuk membayar ketiga-tiga malam sekaligus. Selepas mendaftar masuk, kami pun dibawa masuk ke dalam bilik kami. Keadaan bilik tersebut amat selesa. Cuma bilik airnya sahaja yang bermasalah kerana air bertakung. Oleh itu, sebelum kami keluar menjelajah kota Nice, kami meminta penjaga kaunter resepsi hostel itu untuk melakukan sesuatu dengan bilik air di bilik kami itu. Selepas itu, barulah kami memulakan penjelajahan kami.
Nice adalah bandar kedua paling popular di kalangan pelancong di negara Perancis selepas Paris. Ia juga merupakan hab utama para pelancong yang berkunjung di French Riviera. Lapangan terbangnya adalah lapangan terbang kedua tersibuk di Perancis selepas Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris. Bandar yang diasaskan pada tahun 350 SM ini hanya mulai menjadi sebahagian daripada Perancis pada tahun 1860. Jumlah penduduk di sini adalah seramai 348,000 orang, menjadikannya bandar ke-5 terbesar di Perancis dari segi jumlah bilangan penduduk selepas Paris, Marseilles, Lyon & Toulouse.
Peta Kedudukan Nice di dalam PerancisTempat pertama di Nice yang kami jejaki ialah St Nicholas Russian Orthodox Cathedral
(Cathédrale Orthodoxe Russe Saint-Nicolas) yang merupakan salah satu monumen terpenting di negara Perancis. Gereja ini dibina atas sumbangan Tsar Russia yang terakhir, iaitu Nicholas II & mula dibuka pada tahun 1912. Ianya adalah Russian Orthodox Cathedral yang terbesar sekali di luar negara Russia. Menurut sejarah, pada kurun ke-19, Tsar Russia pada waktu itu yang bernama Alexander II telah berkunjung ke Nice & telah jatuh hati dengan keindahan & keadaan iklim bandar ini. Bandar Nice kemudiannya menjadi tumpuan penghijrahan orang-orang Russia yang membentuk komuniti yang agak besar & menyebabkan timbulnya idea untuk membina gereja mazhab Russian Orthodox untuk memudahkan mereka beribadat. Pada masa kini, terdapat sedikit konflik berkenaan dengan hak milik gereja ini antara kerajaan Russia & penduduk tempatan Nice yang beragama Kristian mazhab Russian Orthodox.
Bersama Asrih di St Nicholas Russian Orthodox Cathedral, Nice, PerancisSelepas bergambar dengan gereja yang besar itu, aku, Thani, Asrih & Muaz meneruskan perjalanan kami ke sebuah lagi gereja yang popular di sini, iaitu Notre Dame de Nice. Rupa bentuknya seakan-akan Notre Dame di Paris, cuma saiznya lebih kecil. Aku sendiri kurang pasti tentang sejarah gereja ini. Kami kemudiannya terus ke restoran Kentucky Fried Chicken untuk santapan tengah hari. Rasa ayamnya kurang menyelerakan berbanding ayam KFC di Malaysia. Mungkin kerana rempahnya agak berbeza. Selepas selesai sahaja makan, kami menyambung perjalanan kami ke beberapa tempat seperti Theatre National de Nice, Museum of Modern and Contemporary Art
(Musee d’Art Moderne et d’Art Contemporain) & Palais de Justice. Kesemuanya adalah bangunan-bangunan yang mempunyai senibina yang menarik. Namun, aku kurang pasti mengenai sejarah ketiga-tiganya.
Bersama Asrih di Notre Dame de Nice, Nice, Perancis
Theatre National de Nice, Nice, Perancis
Bersama Asrih & Thani di Museum of Modern and Contemporary Art, Nice, Perancis
Palais de Justice, Nice, PerancisSelepas itu, kami terus ke sebuah dataran yang bernama Place Massena yang merupakan dataran utama di kota Nice. Ianya menjadi tempat utama aktiviti-aktiviti awam di sini seperti konsert & perarakan. Sewaktu kami di sini, sebuah ‘funfair’ yang sangat meriah sedang berlangsung. Banyak permainan tersedia. Kami tidak mencuba kerana kesuntukan masa. Waktu sudah pun hampir senja.
Place Massena, Nice, Perancis
Place Massena, Nice, PerancisKami kemudiannya menuju ke persisiran pantai Laut Mediterranean yang tidak jauh dari Place Massena. Pada waktu kami di sini, hari pun sudah senja. Kami menghabiskan masa senja kami di sini menyaksikan matahari terbenam. Pemandangannya teramatlah indah. Subhanallah. Selepas puas bergambar, bermain-main air & menghirup udara laut yang segar, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke hostel. Sebelum sampai hostel, kami singgah dahulu di restoran Kentucky Fried Chicken untuk makan malam. Kemudian, kami pun kembali ke hostel.
Bersama Asrih & Thani di Persisiran Pantai Laut Mediterranean, Nice, Perancis
Bersama Asrih & Thani di Persisiran Pantai Laut Mediterranean, Nice, Perancis
Persisiran Pantai Laut Mediterranean, Nice, Perancis
Bersama Muaz, Thani & Asrih di Persisiran Pantai Laut Mediterranean sewaktu Matahari Terbenam, Nice, Perancis
Persisiran Pantai Laut Mediterranean, Nice, Perancis
Persisiran Pantai Laut Mediterranean, Nice, Perancis
Makan Malam di Restoran Kentucky Fried Chicken bersama Thani, Asrih & Muaz, Nice, PerancisSesampainya kami di bilik, kami melihat keadaan bilik air kami sama sahaja seperti keadaannya pada waktu pagi tadi. Air bertakung. Aku & Asrih kemudiannya turun ke bawah untuk melaporkan hal itu kepada penjaga kaunter resepsi. Pada waktu itu, penjaganya bukan orang yang sama seperti pada waktu pagi tadi. Setelah meluahkan rasa tidak puas hati kami, dia akhirnya bersetuju untuk menukarkan kami ke bilik lain. Kami berempat kemudiannya pun dibawa berpindah ke bilik lain. Tiada apa-apa masalah yang terdapat dalam bilik baru ini. Oleh itu, selepas mandi & solat, kami berempat pun terus melelapkan mata.
Hari 2: 17 DISEMBER 2007Pada pagi hari ini, aku,
Thani,
Asrih &
Muaz akan menaiki keretapi ke Monaco pada pukul 9.10 pagi. Oleh itu, selepas mandi & bersiap, kami berempat terus mengatur langkah menuju ke stesen keretapi Nice Ville. Selepas membeli tiket pergi & balik, kami menunggu ketibaan keretapi di dalam stesen tersebut. Tidak berapa lama kemudian, keretapi yang dinantikan pun tiba & kami terus masuk ke dalamnya. Seperti yang dijadualkan, tepat pada pukul 9.10 pagi, keretapi itu pun bergerak meninggalkan Nice menuju ke Monaco. Kami akan kembali semula ke Nice pada waktu petang nanti. Perjalanan dari Nice ke Monaco memakan masa cuma 20 minit sahaja. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami pun tiba di stesen keretapi Monte Carlo, Monaco. Sesampainya sahaja di situ, kami pun terus memulakan penjelajahan kami di negara kecil Monaco ini.
Monaco adalah sebuah negara kecil yang terletak di kawasan French Riviera, di pinggiran Laut Mediterranean. Dengan keluasan 1.95 km persegi, negara ini adalah negara kedua terkecil di dunia selepas Vatican City. Seseorang hanya memerlukan masa lebih kurang 56 minit sahaja untuk berjalan kaki merentasi diameter negara ini. Ibu negaranya adalah negara itu sendiri. Disebabkan itu, ianya digelar ‘negara bandar’. Jumlah penduduk Monaco adalah seramai 32,500 orang, menjadikannya sebagai negara yang paling padat penduduk di dunia dengan kepadatan penduduk 16,800 orang per km persegi. Penduduk di negara ini tidak perlu membayar cukai pendapatan, sama seperti penduduk di negara United Arab Emirates. Itu yang seronoknya jikalau kita bekerja di Monaco. 84% daripada penduduk Monaco sebenarnya berasal dari negara-negara lain & kebanyakannya adalah dari golongan hartawan.
Peta Kedudukan MonacoMonaco mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan yang diketuai oleh Putera Albert II yang berasal dari keluarga Grimaldi. Keluarga Grimaldi ini telah menjadi pemerintah Monaco sejak tahun 1297 lagi. Pengasas kerajaan ini adalah Francesco Grimaldi yang berasal dari Genoa, Italy. Pemerintahan diraja dibantu oleh seorang Menteri, selaku ketua pentadbiran. Negara Monaco ini terbahagi kepada 3 wilayah iaitu Monaco-Ville, Monte Carlo & La Condamine. Bahasa rasmi di negara ini adalah Bahasa Perancis. Walau bagaimanapun, kebanyakan penduduknya boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan fasih kerana kebanyakan daripada mereka bukanlah berasal dari sini. Matawang yang digunakan adalah Euro, sama seperti Perancis.
Peta Monaco
Bendera MonacoMenurut sejarah, pada tahun 1793, sewaktu kehangatan Revolusi Perancis, Monaco telah ditawan oleh Perancis & berada di bawah pemerintahan Perancis hingga tahun 1814. Mulai tahun 1814, ianya bebas daripada Perancis, tetapi berada di bawah kerajaan Sardinia pula. Pada tahun 1860, Sardinia pula jatuh ke tangan Perancis & ini menyebabkan Monaco pun turut serta jatuh ke tangan Perancis. Beberapa rusuhan anti-Perancis di Monaco kemudiannya berlaku sehinggalah termeterainya Perjanjian Franco-Monegasque pada tahun 1861 yang mengiktiraf semula kedaulatan Monaco.
Dari tahun 1861 sehingga tahun 1919, negara Monaco bebas sepenuhnya daripada kekuasaan Perancis. Walau bagaimanapun, selepas Perang Dunia Pertama, urusan politik, pertahanan & ekonomi Monaco diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan Perancis. Ini terkandung dalam Perjanjian Versailles yang ditandatangani dalam tahun 1919. Kemudiannya, pada tahun 1943, sewaktu Perang Dunia Kedua sedang berlangsung, Itali telah mencerobohi Monaco & menubuhkan kerajaan Fascist. Tidak berapa lama kemudian, selepas kejatuhan Bennito Mussolini, Monaco diambil alih pula oleh Nazi Jerman. Selepas Perang Dunia, Monaco mulai menjadi aman.
Monte Carlo adalah salah satu daripada 3 wilayah kecil yang membahagikan Monaco. Ia diasaskan pada tahun 1866. Nama Monte Carlo membawa maksud ‘Bukit Charles’ dalam Bahasa Itali. Ianya dinamakan bersempena dengan nama Putera Charles III, pemerintah Monaco pada kurun ke-19. Jumlah penduduk di wilayah ini adalah seramai 3,000 orang. Monte Carlo amat terkenal di seluruh dunia sebagai syurga bagi orang-orang kaya. Ia sememangnya terkenal dengan kasino, aktiviti perjudian, glamor, kapal-kapal layar yang mewah & juga tempat pertemuan ahli-ahli perniagaan & orang-orang ternama. Ia juga sinonim dengan sukan lumba kereta Formula One & seringkali dijadikan lokasi penggambaran filem-filem Barat, contohnya 2 buah filem James Bond, iaitu Never Say Never Again & Goldeneye.
Tempat pertama yang aku, Thani, Asrih & Muaz jejaki di Monaco ialah Port de Monaco, sebuah pelabuhan kecil di mana terdapatnya banyak bot-bot persendirian yang dilabuhkan di sini. Port de Monaco terletak di dalam wilayah La Condamine. Pemandangan di sini tersangat-sangatlah menakjubkan, dengan jumlah bot yang tidak terkira banyaknya & berlatarbelakangkan bangunan-bangunan yang tinggi mencakar langit. Kami menikmati sarapan pagi kami di sini kerana tidak sempat bersarapan pagi di Nice tadi.
Port de Monaco, Monaco
Bersama Thani & Asrih di Port de Monaco, Monaco
Port de Monaco, MonacoSelepas selesai bersarapan & mengambil gambar di Port de Monaco, kami meneruskan perjalanan kami ke Monte Carlo Casino yang terletak di dalam wilayah Monte Carlo. Untuk ke casino tersebut, kami melalui laluan trek Formula One yang diberi nama Circuit de Monaco. Ianya adalah antara laluan trek Formula One yang terkenal di seluruh dunia. Laluan ini digunakan sewaktu acara Formula One Monaco Grand Prix yang dimulakan pada tahun 1929. Acara tersebut diadakan pada satu hujung minggu di bulan Mei setiap tahun. Antara seksyen yang popular di trek ini adalah 3 selekoh tajamnya & terowongnya yang terletak di bawah Fairmont Hotel. Pada hari-hari lain, laluan ini hanyalah jalan raya biasa. Di sepanjang laluan trek Formula One ini, kami dapat menikmati pemandangan Port de Monaco yang sangat cantik. Kami mengambil masa yang agak lama untuk tiba di Monte Carlo Casino kerana sibuk bergambar di sepanjang laluan trek itu.
Circuit de Monaco, Monaco
Bersama Thani & Asrih di Circuit de Monaco, Monaco
Pemandangan Port de Monaco dari Circuit de Monaco, Monaco
Pemandangan Port de Monaco dari Circuit de Monaco, Monaco
Pemandangan Port de Monaco dari Circuit de Monaco, Monaco
Selekoh tajam di Circuit de Monaco, Monaco
Bersama Thani & Muaz di Selekoh tajam di Circuit de Monaco, Monaco
Terowong di bawah Fairmont Hotel di Circuit de Monaco, Monaco
Terowong di bawah Fairmont Hotel di Circuit de Monaco, Monaco
Terowong di bawah Fairmont Hotel di Circuit de Monaco, Monaco
Pemandangan pantai yang indah dari Circuit de Monaco, MonacoLebih kurang setengah jam kemudian, aku,
Thani,
Asrih &
Muaz pun tiba di Monte Carlo Casino, yang merupakan salah sebuah tempat tarikan pelancong yang utama di Monaco. Ia menyediakan kemudahan untuk berjudi, teater opera & ballet & juga restoran. Cuma pelancong-pelancong luar sahaja dibenarkan berjudi di sini. Penduduk tempatan Monaco tidak dibenarkan untuk memasuki ke dalam dewan-dewan berjudi yang ada di dalamnya. Monte Carlo Casino ini adalah tuan rumah kepada European Poker Tour Grand Final, acara tahunan pertandingan poker yang paling berpestrij di benua Eropah.
Menurut sejarah, pemerintah Monaco yang bernama Putera Florestan I adalah orang yang bertanggungjawab menghalalkan kegiatan berjudi di Monaco pada tahun 1854. Sebuah casino telah dibina pada tahun 1856, berdekatan dengan Port de Monaco. Anaknya, iaitu Putera Charles III kemudiannya mengarahkan pembinaan sebuah lagi casino yang lebih besar untuk menjadikan Monaco sebagai tempat perjudian yang terkenal di dunia. Dan casino itu dinamakan Monte Carlo Casino, bersempena dengan nama Charles III. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1858 & siap sepenuhnya tidak berapa lama kemudian. Kami berempat cuma bergambar di luar casino itu sahaja. Kami tidak mempunyai keinginan untuk masuk ke dalamnya kerana kami hendak menjauhi kegiatan berjudi yang sememangnya haram di sisi Islam.
Bersama Muaz & Thani di Monte Carlo Casino, Monaco
Bersama Thani, Asrih & Muaz di Monte Carlo Casino, Monaco
Bersama Asrih & Thani di Monte Carlo Casino, Monaco
Monte Carlo Casino, Monaco
Monte Carlo Casino, MonacoSelepas bergambar di luar Monte Carlo Casino, kami meneruskan perjalanan kami ke Prince's Palace of Monaco yang terletak agak jauh di atas sebuah bukit di wilayah Monaco-Ville. Untuk ke istana itu, kami mengambil masa lebih daripada sejam kerana kami sibuk bergambar di sana-sini sewaktu dalam perjalanan menuju ke sana. Pemandangan yang kami lihat sepanjang perjalanan kami ke istana itu tersangat-sangatlah cantik. Kami melalui semula Port de Monaco untuk ke istana itu. Dalam perjalanan ke sana, kami sempat singgah di sebuah kedai cenderahati untuk membeli beberapa buah cenderahati untuk dibawa pulang.
Port de Monaco, MonacoKedudukan Prince’s Palace of Monaco yang terletak di atas bukit menyebabkan kami agak lelah untuk menuju ke puncaknya. Namun, pemandangan indah Monaco yang dapat dinikmati sepanjang pendakian kami sedikit-sebanyak dapat menghilangkan rasa penat. Kami mengambil masa hampir 20 minit untuk ke puncak bukit itu di mana terletaknya istana yang menjadi tempat tujuan kami berempat.
Dalam pendakian ke Prince’s Palace of Monaco, Monaco
Panorama Port de Monaco dari Prince’s Palace of Monaco, Monaco
Panorama Port de Monaco dari Prince’s Palace of Monaco, MonacoPrince’s Palace of Monaco ini adalah kediaman rasmi Prince of Monaco, iaitu pemerintah kerajaan Monaco. Ia pada mulanya dibina pada tahun 1191 sebagai kubu pertahanan Republik Genoa & seringkali diserangi oleh kuasa luar. Ianya mula menjadi kediaman rasmi keluarga Grimaldi, iaitu keluarga pemerintah Monaco mulai tahun 1297, selepas ianya berjaya ditawan oleh Francois Grimaldi, pemerintah Monaco yang pertama.
Keluarga Grimaldi pada mulanya hanyalah tuan tanah sistem feudalisma. Namun, mulai kurun ke-17, mereka mula mendapat taraf ‘Putera’. Istana ini pernah ditawan oleh Perancis pada kurun ke-18 & keluarga Grimaldi dibuang negeri selama 20 tahun. Walau bagaimanapun, mereka berjaya kembali semula ke Monaco selepas 20 tahun. Tidak seperti kerajaan-kerajaan & empayar-empayar lain di Eropah di mana setiap daripadanya mempunyai jumlah bilangan istana yang lebih daripada satu, istana di Monaco cuma ada satu sahaja. Ini disebabkan masalah keluasan tanahnya yang terhad. Prince's Palace of Monaco adalah antara istana yang paling lama dihuni oleh sesebuah dinasti di benua Eropah. Ianya telah lebih 700 tahun dihuni oleh Dinasti Grimaldi & terus dihuni oleh dinasti tersebut sehingga kini. Istana ini pada masa kini turut dijadikan sebagai muzium yang mempamerkan kisah-kisah sejarah Monaco. Selepas melawat muzium di dalam Prince’s Palace of Monaco, kami berehat-rehat sebentar di luar, menyaksikan keindahan Monaco dari puncak bukit tersebut.
Bersama Thani di Prince’s Palace of Monaco, Monaco
Prince’s Palace of Monaco, MonacoSelepas hilang penat, kami pun meneruskan perjalanan kami. Destinasi seterusnya ialah Oceanographic Museum yang turut terletak di dalam wilayah Monaco-ville. Muzium ini terletak berhampiran tebing laut sehinggi 85 meter dari paras laut. Ianya mempamerkan koleksi hidupan laut yang boleh dilihat di Laut Mediterranean seperti tapak sulaiman, kuda laut, penyu, obor-obor, ketam, ikan jerung & banyak lagi. Muzium ini mula dibuka pada tahun 1910 selepas mengambil masa selama 11 tahun untuk dibina. Ia dirasmikan oleh Putera Albert I. Kami berempat tidak masuk ke dalam muzium ini kerana masing-masing tidak berminat. Kami cuma berehat-rehat di sebuah taman kecil bersebelahan dengannya. Dari situ, kami dapat melihat panorama laut yang amat cantik.
Oceanographic Museum, MonacoDestinasi kami yang seterusnya ialah Saint Nicholas Cathedral atau turut dikenali dengan nama Cathedrale de Monaco. Ianya adalah sebuah gereja Roman Katholik & merupakan gereja yang paling penting di Monaco kerana di sinilah letaknya tempat persemadian kebanyakan ahli keluarga Grimaldi, pemerintah Monaco. Gereja ini siap dibina pada tahun 1875. Ia dibina di atas tapak sebuah gereja lama yang dibina pada tahun 1252 yang diruntuhkan untuk pembinaan gereja baru ini. Selepas melawat gereja tersebut, kami berempat berjalan menuju ke pusat bandar untuk bersiar-siar di samping mencari restoran McDonald’s untuk mengisi perut yang sedang lapar. Mujurlah kami berjaya menjumpai restoran tersebut. Seperti biasa, Fillet O’Fish menjadi pilihan kami kerana itu sahaja yang halal untuk dimakan. Selepas makan, kami bersiar-siar sambil melihat kedai-kedai.
Saint Nicholas Cathedral, MonacoApabila waktu sudah malam, kami kembali ke Port de Monaco untuk menikmati suasana malam di situ yang sememangnya memukau hati. Kami mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan. Selepas itu, kami kembali semula ke stesen keretapi Monte Carlo, Monaco untuk pulang ke Nice. Keretapi yang kami naiki bertolak pada pukul 8.40 malam. Lebih kurang 20 minit kemudian, kami tiba di stesen keretapi Nice Ville. Setibanya kami di situ, kami terus berjalan pulang ke hostel kami. Selepas mandi, solat & sebagainya, kami berempat pun melelapkan mata kepenatan.
Port de Monaco pada waktu malam, Monaco
Bersama Thani & Asrih di Stesen Keretapi Monte Carlo, MonacoHari 3: 18 DISEMBER 2007Pagi ini, aku,
Thani,
Asrih &
Muaz perlu bersiap-siap awal kerana kami berempat akan menaiki keretapi ke Cannes pada pukul 9.00 pagi. Selepas semuanya siap, kami pun bergerak meninggalkan hostel. Kami akan kembali semula ke hostel tersebut malam esoknya. Sesampainya kami di stesen keretapi Nice Ville, kami terus masuk ke dalam keretapi yang sudah sedia ada di situ. Tepat pukul 9.00 pagi, ianya pun mulai bergerak meninggalkan Nice. Perjalanan ke Cannes mengambil masa lebih kurang 40 minit. Lebih kurang puku 9.40 pagi, kami pun tiba di stesen keretapi Cannes. Sejurus selepas ketibaan kami di stesen itu, kami terus mencari tempat menyimpan barang di dalam stesen itu. Mujurlah ada sebuah bilik loker di situ. Selepas menyimpan barang-barang kami di dalam loker-loker, kami pun memulakan pengembaraan kami di kota Cannes.
Bersama Thani & Asrih di stesen keretapi Cannes, Cannes, PerancisCannes adalah sebuah lagi bandar yang terkenal di French Riviera. Keluasannya adalah lebih kurang 19.6 km persegi, dengan jumlah penduduk seramai 70,000 orang. Tempat pertama yang kami jejaki di kota ini adalah Palais des Festivals et des Congrès, antara mercu tanda utama Cannes. Bangunan ini adalah tempat berlangsungnya Cannes Film Festival, salah satu festival filem yang tertua & terkenal di dunia. Festival ini dimulakan pada tahun 1946 & diadakan setiap tahun pada bulan Mei. Anugerah yang paling tertinggi dalam festival filem ini adalah Palme d’Or, yang diberikan kepada filem-filem terbaik setiap tahun. Antara filem-filem yang pernah mendapat anugerah Palme d’Or ialah The Piano, Pulp Fiction, The Pianist & The Wind That Shakes The Barley. Palais des Festivals et des Congrès ini sebenarnya siap dibina pada tahun 1982. Pada tahun-tahun sebelumnya, Cannes Film Festival ini diadakan di bangunan lain.
Peta Kedudukan Cannes di dalam Perancis
Logo Cannes Film Festival
Bersama Muaz, Thani & Asrih di Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, Perancis
Bersama Asrih di Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, Perancis
Bersama Thani & Asrih di Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, Perancis
Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, Perancis (Mr & Mrs Smith)
Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, Perancis (Austin Powers & Foxy Cleopatra)Di bahagian luar bangunan Palais des Festivals et des Congrès ini terdapat satu lorong kecil yang seolah-olah seperti Walk of Fame yang terdapat di Hollywood. Di lorong kecil tersebut, terdapat tapak-tapak tangan pelakon-pelakon popular dari seluruh dunia. Kami berempat cuma mengenali pelakon-pelakon Hollywood & British sahaja. Antara tapak-tapak tangan pelakon Hollywood & British yang kami jumpai adalah Bruce Willis, Ben Kingsley, Sharon Stone, Julie Andrews, Michael Douglas & Whoopi Goldberg. Berhampiran dengan bangunan Palais des Festivals et des Congrès adalah pinggiran pantai Laut Mediterranean. Kami bermain-main sebentar di sini sambil mengambil beberapa keping gambar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Tapak tangan Bruce Willis di Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, Perancis
Tapak tangan Ben Kingsley di Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, Perancis
Tapak tangan Sharon Stone di Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, Perancis
Tapak tangan Julie Andrews di Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, Perancis
Pantai Laut Mediterranean berhampiran Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, Perancis
Bersama Thani & Asrih di Pantai Laut Mediterranean berhampiran Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, Perancis
Bersama Thani & Muaz di Pantai Laut Mediterranean berhampiran Palais des Festivals et des Congrès, Cannes, PerancisDestinasi kami yang seterusnya ialah Boulevard de la Croisette, sebatang jalan raya yang terletak di pinggiran pantai. Ia adalah jalan yang paling utama & paling sibuk di kota Cannes. Terdapat banyak restoran, café & butik di sini. Pemandangannya juga cukup cantik, dihiasi dengan pokok-pokok palma yang tumbuh subur di sepanjang jalan ini. Selepas puas melihat kedai-kedai yang ada di Boulevard de la Croisette, kami meneruskan perjalanan kami ke Musee de la Castre, sebuah muzium yang terletak di atas puncak sebuah bukit yang diberi nama La Suquet. Perjalanan untuk ke puncak bukit tersebut memakan masa lebih kurang setengah jam. Dalam perjalanan ke muzium itu, kami melalui Vieux Port, sebuah pelabuhan di mana terdapat berpuluh-puluh buah kapal layar. Dan sewaktu kami mendaki bukit untuk ke muzium tersebut, kami dapat menikmati panorama kota Cannes yang sangat mengasyikkan. Kami sempat mengambil beberapa keping gambar.
Boulevard de la Croisette, Cannes, Perancis
Bersama Thani & Asrih di Boulevard de la Croisette, Cannes, Perancis
Panorama kota Cannes sewaktu dalam pendakian ke Musee de la Castre, Cannes, Perancis
Panorama kota Cannes sewaktu dalam pendakian ke Musee de la Castre, Cannes, PerancisSetibanya kami di pintu masuk Musee de la Castre, muzium itu ditutup sementara waktu untuk makan tengah hari. Kami perlu menunggu sejam sebelum ianya dibuka semula. Sudah alang-alang sampai di situ, kami pun mengambil keputusan untuk menunggu. Sementara menunggu, kami menunaikan dahulu solat jamak Zohor & Asar. Selepas solat, kami berehat-rehat di satu kawasan teduh. Tidak berapa lama kemudian, muzium itu pun dibuka semula. Musee de la Castre ini mempamerkan khazanah-khazanah lama dari pelbagai tamadun dari seluruh dunia. Sebagai pelajar, kami diberi masuk secara percuma. Kami menghabiskan masa lebih kurang 1½ jam di dalam muzium itu. Kami sempat ke atas bumbung muzium tersebut yang sememangnya dibuka kepada pelancong. Dari atas bumbung itu, kami dapat menyaksikan pemandangan yang tersangat-sangat cantik. Hampir setengah jam kami berempat menghabiskan masa bergambar di situ.
Panorama kota Cannes dari atas Musee de la Castre, Cannes, Perancis
Panorama kota Cannes dari atas Musee de la Castre, Cannes, PerancisSelepas puas bergambar, kami turun semula ke kawasan Vieux Port untuk bersiar-siar di kawasan itu. Terdapat banyak gerai-gerai kecil yang menjual beraneka jenis makanan & cenderahati. Kami sempat merasa beberapa jenis makanan & membeli beberapa cenderahati untuk dibawa balik. Selepas itu, kami menuju ke restoran MacDonald’s untuk makan tengah hari. Selesai sahaja makan, kami bergegas kembali semula ke stesen keretapi. Kami ke bilik loker untuk mengambil barang-barang yang kami simpan dahulu sebelum bergerak ke terminal keretapi.
Destinasi kami yang seterusnya adalah Marseilles. Keretapi ke Marseilles akan bergerak pada pukul 6.20 petang & dijangka akan sampai di Marseilles pada pukul 8.30 malam. Lebih kurang 2 jam 10 minit lamanya. Sedang kami menunggu ketibaan keretapi, kami terdengar satu pengumuman yang mengatakan bahawa keretapi ke Marseilles sedang menghadapi masalah. Oleh itu, para penumpang diminta menaiki keretapi lain ke stesen keretapi yang lain & menaiki keretapi ke Marseilles dari stesen itu. Penumpang-penumpang ke Marseilles semua berada dalam keresahan, termasuklah kami berempat. Mujurlah ada beberapa orang pekerja membantu menenangkan kami semua. Setibanya sebuah keretapi di terminal yang kami tunggu, pekerja-pekerja tersebut meminta penumpang-penumpang ke Marseilles untuk masuk ke dalamnya & memberitahu kami supaya turun di stesen keretapi yang telah diumumkan untuk menaiki keretapi ke Marseilles dari situ. Tidak berapa lama kemudian, keretapi yang kami naiki itu pun bergerak meninggalkan Cannes.
Setibanya kami di stesen keretapi yang dimaksudkan, kami pun turun dari keretapi tersebut & menaiki keretapi lain untuk menuju ke Marseilles. Lega rasanya selepas kami sudah masuk ke dalam keretapi tersebut. Pengalaman ini sedikit sebanyak dapat mengajar kami, terutamanya Thani, Asrih & Muaz yang baru pertama kali keluar mengembara bahawa dalam sesuatu pengembaraan, tidak semuanya akan berjalan dengan lancar. Masalah-masalah sebegini kadangkala boleh timbul & kita kena peka dengan keadaan sekeliling. Dalam perjalanan ke Marseilles, kami berempat berbual panjang mengenai banyak perkara. Kebanyakannya adalah kisah-kisah lucu.
Kami tiba di stesen keretapi Marseilles Saint Charles agak lewat daripada waktu yang dijangkakan. Setibanya kami di stesen itu, kami terus berjalan menuju ke hostel yang sudah pun kami tempah melalui internet. Usaha untuk mencari hostel itu aku serahkan kepada Muaz kerana aku kepenatan. Dia menggunakan buku panduan aku untuk mencari lokasi hostel itu. Tidak berapa lama selepas mencari, kami akhirnya tiba di pintu hadapan hostel tersebut. Selepas mendaftar masuk, kami pun dibawa masuk ke dalam bilik kami. Keadaannya tidaklah seselesa hostel di Nice. Namun, asalkan kami ada tempat untuk berteduh & melelapkan mata, itu sudah cukup.
Selepas meletakkan barang-barang di dalam bilik, kami berempat berjalan keluar untuk mencari makanan. Rupa-rupanya di bandar Marseilles ini terdapat banyak restoran halal. Ini kerana terdapat populasi orang Islam yang ramai di sini. Kami berasa lega kerana tidak perlu lagi makan Fillet O'Fish di restoran MacDonald’s. Kami singgah di sebuah restoran kebab untuk membeli kebab untuk dibawa balik ke hostel. Setibanya kami di hostel, kami pun makan dengan lahapnya di ruang makan hostel itu. Kemudian, kami kembali ke bilik untuk mandi & solat. Selepas itu, kami pun terus hanyut dibuai mimpi.
Hari 4: 19 DISEMBER 2007Pada awal pagi ini selepas bersarapan pagi, aku,
Thani,
Asrih &
Muaz pun memulakan ekspedisi kami menjelajahi kota Marseilles. Marseilles adalah sebuah lagi bandar di kawasan French Riviera yang kami berempat jejaki. Ia adalah bandar ketiga terbesar di Perancis selepas Paris & Lyon. Ia juga merupakan bandar pelabuhan yang terpenting & terbesar di negara ini. Jumlah penduduknya adalah seramai 1,600,000 orang.
Peta kedudukan Marseilles di dalam PerancisMenurut sejarah, Marseilles adalah kota yang tertua di Perancis. Ianya diasaskan pada tahun 600SM oleh orang-orang Greek dari Phocaea sebagai kota pelabuhan & perdagangan. Bandar ini kemudiannya jatuh ke tangan Empayar Rom pada tahun 49SM & terus berada di bawah jajahan empayar tersebut sehingga kehancuran empayar itu. Sewaktu di bawah jajahan Empayar Romlah agama Kristian mula tersebar di Marseilles. Menurut kepercayaan penduduk tempatan, Mary Magdelene yang kononnya kekasih Nabi Isa a.s telah mendarat di sini selepas melarikan diri dari Jerusalem & dia juga dikatakan meninggal dunia di sini.
Selepas kehancuran Empayar Rom pada kurun ke-5, Marseilles jatuh pula ke tangan Visigoths. Kota ini kemudian akhirnya berjaya diambil alih oleh Raja Frank pada kurun ke-6 & terus menjadi kota pelabuhan & perdagangan yang masyhur di rantau Mediterranean. Ia kemudiannya berada di bawah kerajaan Provence pada tahun 1481 yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada kerajaan Perancis pada tahun berikutnya. Pelbagai rusuhan untuk membebaskan Marseilles daripada kerajaan Perancis telah dilakukan, namun semuanya berjaya dipatahkan. Sewaktu berlakunya Revolusi Perancis pada akhir kurun ke-18, Marseilles turut memberi sumbangan yang besar dengan menghantar 500 orang sukarelawan ke Paris untuk membantu perjuangan revolusi.
Perang Dunia Kedua yang berlaku pada tahun 1940-an telah meninggalkan titik hitam dalam sejarah Marseilles. Kota ini telah dibom oleh tentera Nazi Jerman & Itali pada tahun 1940. Ia kemudiannya ditakluki oleh tentera Nazi Jerman dari tahun 1942 hingga 1944. Pelbagai kehancuran telah dilakukan sewaktu kota ini berada di bawah pemerintahan Nazi Jerman. Namun, usaha baik pulih mulai dijalankan pada tahun 1950-an selepas kekalahan Jerman dalam perang tersebut.
Mulai tahun 1950-an, selepas Perang Dunia Kedua, kota Marseilles mula menjadi tumpuan berjuta-juta orang imigran yang berhijrah ke Perancis. Begitu juga dengan orang-orang Islam dari Algeria yang mula berhijrah ke Perancis mulai tahun 1962 melalui kota Marseilles setelah negara mereka mendapat kemerdekaan daripada kerajaan Perancis. Pada hari ini, terdapat lebih 4 juta orang Islam di bumi Perancis, di mana majoritinya berasal dari Algeria, Morocco & Tunisia. Selain orang-orang Islam dari ketiga-tiga negara Afrika Utara tersebut, Marseilles juga menjadi tumpuan penduduk-penduduk dari negara Itali, Sepanyol & Greek. Boleh dikatakan hampir separuh daripada penduduk Marseilles pada hari ini berasal dari negara lain.
Kami berempat mengelilingi kota Marseilles dengan berjalan kaki sahaja walaupun kota ini sebenarnya agak besar. Ini adalah untuk menjimatkan kos. Secara kebetulan, hari kami berada di Marseilles adalah Hari Raya Aidil Adha. Oleh itu, di sana-sini kelihatan ramai orang Islam yang baru sahaja selesai menunaikan solat sunat Aidil Adha. Niat kami berempat untuk menunaikan solat sunat tersebut tidak kesampaian kerana kami tidak tahu di mana lokasi untuk menunaikannya. Terlupa pula hendak bertanya kepada pemilik restoran yang kami singgah malam tadi.
Tempat pertama di Marseilles yang kami jejaki ialah stesen keretapi Marseilles Saint Charles. Kami sengaja ingin bergambar di hadapannya. Agak cantik juga sebenarnya senibina stesen keretapi ini. Destinasi kami yang seterusnya ialah Musée des Beaux-Arts (Museum of Fine Arts) yang merupakan muzium yang tertua di Marseilles. Aku sendiri kurang pasti mengenai sejarah bangunan muzium ini. Walau apapun, muzium ini pada masa kini sedang ditutup untuk kerja-kerja baik pulih. Sebelum ditutup, ianya mempamerkan khazanah-khazanah seperti lukisan-lukisan & patung-patung dari kurun ke-16 hingga ke-19. Kami berempat hanya bergambar di bahagian luar muzium ini sahaja yang tidak kurang cantiknya.
Stesen keretapi Marseilles St Charles, Marseilles, Perancis
Musée des Beaux-Arts, Marseilles, PerancisSelepas bergambar di Musée des Beaux-Arts, kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah stadium yang diberi nama Stade Velodrome. Stadium ini merupakan stadium rasmi bagi kelab bola sepak Olympique de Marseille & merupakan stadium kelab bola sepak yang terbesar di Perancis yang boleh memuatkan seramai 60,000 orang penonton. Stadium yang dibuka pada tahun 1937 ini pernah menjadi medan perlawanan bola sepak sewaktu Perancis menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun 1998. Selain perlawanan bola sepak, stadium ini juga pernah dijadikan medan perlawanan ragbi sewaktu Piala Dunia Ragbi tahun 1997. Kami berempat bergambar solo di bahagian luar stadium ini.
Stade Velodrome, Marseilles, PerancisKami kemudiannya berjalan kaki menuju ke destinasi yang seterusnya, iaitu Notre-Dame de la Garde, sebuah gereja yang terletak agak jauh nun di atas sebuah bukit. Memandangkan ini adalah hari ke-4 pengembaraan kami, aku memberi peluang kepada orang lain pula untuk menjadi pembaca peta. Aku menyerahkan tugas tersebut kepada Muaz. Perjalanan untuk ke gereja tersebut penuh dengan liku kerana peta yang kami gunakan agak mengelirukan. Ditambah pula dengan ketidakselesaan aku, Thani & Asrih yang terpaksa menahan pundi kencing kami yang sudah penuh. Mujurlah Muaz hebat mencari arah walaupun dia baru pertama kali memikul tanggungjawab itu.
Dalam pendakian ke Notre-Dame de la Garde, Marseilles, PerancisSetelah hampir setengah jam mendaki, kami akhirnya berjaya juga tiba di kawasan gereja tersebut. Terima kasih & tahniah diucapkan kepada Muaz. Sesampainya kami berempat di situ. aku, Asrih & Thani terus mencari lokasi tandas. Selepas selesai sahaja membuang segala apa yang perlu dibuang, kami pun berjalan-jalan mengelilingi kawasan luar & juga berlegar-legar di kawasan dalaman Notre-Dame de la Garde ini. Gereja yang bertaraf basilica ini terletak di puncak yang tertinggi di kota Marseilles. Oleh itu, ianya boleh dilihat dari mana-mana sudut kota ini. Gereja yang mempunyai senibina yang amat unik ini dibina antara tahun 1853 & 1864. Menara locengnya yang setinggi 60 meter boleh dilihat berpuluh-puluh batu dari tengah laut.
Notre-Dame de la Garde, Marseilles, Perancis
Notre-Dame de la Garde, Marseilles, Perancis
Notre-Dame de la Garde, Marseilles, PerancisDari kawasan Notre-Dame de la Garde ini, kami dapat menikmati keindahan kota Marseilles dari atas. Marseilles sememangnya bandar yang amat luas & cantik. Kami juga dapat melihat kepulauan Frioul yang terdiri daripada 4 buah pulau yang terletak di tengah-tengah Laut Mediterranean, 4 kilometer dari persisiran pantai Marseilles. Pulau-pulau tersebut ialah If, Pomegues, Ratonneau & Tiboulain. Indah sungguh panorama yang kami saksikan. Segala penat lelah kami mendaki bukit untuk sampai ke puncaknya benar-benar terbalas.
Pemandangan kota Marseilles dari Notre-Dame de la Garde, Marseilles, Perancis
Pemandangan kepulauan Frioul dari Notre-Dame de la Garde, Marseilles, Perancis
Pemandangan kota Marseilles dari Notre-Dame de la Garde, Marseilles, PerancisSelepas puas bergambar & menikmati panorama yang indah dari Notre-Dame de la Garde, kami menuruni bukit tersebut untuk menuju ke Old Port yang terletak di tengah-tengah kota Marseilles. Perjalanan untuk ke pelabuhan tersebut mengambil masa hampir setengah jam. Old Port telah dibuka sejak tahun 600SM lagi oleh orang-orang Greek yang bertandang ke Marseilles. Hingga kurun ke-19, Old Port memainkan peranan sebagai pusat kegiatan maritim di kota ini. Pada tahun 1854 sahaja, pelabuhan ini sudah boleh menampung antara 1,000 hingga 1,200 buah kapal. Dianggarkan sebanyak 18,000 kapal singgah ke pelabuhan ini setiap tahun. Walau bagaimanapun, disebabkan kedalaman pelabuhan ini hanya 6 meter sahaja, lama-kelamaan, ianya menjadi kurang sesuai untuk kapal-kapal baru yang memerlukan pelabuhan yang lebih dalam. Akhirnya, pelabuhan baru terpaksa dibina di La Joliette. Old Port pada masa kini hanya berperanan sebagai sebuah marina yang menempatkan kapal-kapal peribadi. Selain berfungsi sebagai marina, Old Port juga berperanan sebagai terminal bot-bot yang membawa pelancong ke pulau-pulau berhampiran.
Menurut sejarah, Old Port pernah dibom oleh tentera Nazi Jerman sewaktu Perang Dunia Kedua & pelabuhan ini mengalami kerosakan yang teruk. Walau bagaimanapun, ianya berjaya dibaik pulih selepas tamatnya perang tersebut. Kini, Old Port merupakan salah satu tarikan utama pelancong-pelancong di kota Marseilles. Antara bangunan-bangunan penting yang terdapat di sekeliling Old Port adalah St Victor’s Abbey, rumah api Phare de Sainte Marie, Canebiere & Hotel de Ville.
Bersama Thani & Muaz di Old Port, Marseilles, Perancis
Old Port, Marseilles, PerancisSelepas bergambar di kawasan Old Port, aku,
Thani,
Asrih &
Muaz mengambil keputusan untuk menaiki bot untuk ke Pulau If, iaitu antara pulau-pulau di kepulauan Frioul yang terletak tidak jauh dari kota Marseilles. Pulau If adalah pulau terkecil antara keempat-empat buah pulau di kepulauan tersebut. Walau bagaimanapun, ianya adalah pulau yang paling terkenal antara keempat-empatnya. Ini kerana di sinilah letaknya Chateau d’If, kubu lama yang kemudiannya berfungsi sebagai penjara.
Selepas membeli tiket, kami berempat pun menaiki bot untuk menuju ke pulau tersebut. Bot itu agak penuh dengan pelancong-pelancong yang ingin menjejakkan kaki ke pulau yang terkenal itu. Perjalanan menaiki bot ke Pulau If sememangnya adalah sebuah pengalaman yang menarik bagi aku & ketiga-tiga junior aku. Ini adalah pengalaman pertama mereka menaiki bot di benua Eropah. Mereka kelihatan agak teruja. Aku pun tidak kurang terujanya. Hahaha. Keindahan kota Marseilles & kepulauan Frioul dapat dinikmati dari atas bot tersebut.
Bersama Asrih & Thani di atas bot menuju ke Pulau If, Perancis
Bersama Asrih & Thani di atas bot menuju ke Pulau If, Perancis
Di atas bot menuju ke Pulau If, Perancis
Pulau If, Perancis
Pulau If, PerancisSelepas hampir 20 minit perjalanan, kami semua pun tiba di Pulau If. Setibanya kami di pulau tersebut, kami terus menuju ke Chateau d’If yang terletak agak berdekatan dengan terminal bot. Pulau ini kecil sahaja. Keluasannya hanya 30,000 meter persegi. Satu-satunya tarikan yang ada di sini adalah kubu tersebut yang memenuhi hampir keseluruhan pulau ini. Chateau d’If ini merupakan bangunan 3 tingkat berbentuk segiempat sama dengan kepanjangan 28 meter di setiap bahagiannya. Ia juga turut mempunyai 3 buah menara.
Bersama Thani di jeti Pulau If, Perancis
Chateau d'If, Pulau If, Perancis
Chateau d'If, Pulau If, Perancis
Chateau d'If, Pulau If, Perancis
Chateau d'If, Pulau If, Perancis
Chateau d'If, Pulau If, PerancisChateau d’If dibina antara tahun 1524-1531 atas arahan Raja Perancis yang bernama Francois I untuk berlindung daripada serangan musuh dari laut. Pembinaan kubu ini sebenarnya menimbulkan kontroversi kerana sejak kota Marseilles menjadi sebahagian daripada Perancis pada tahun 1481, sistem pertahanannya masih lagi di bawah hal ehwal peribadi kota tersebut & tidak boleh dicampur tangan oleh kerajaan Perancis. Sejak ia dibina, kubu ini tidak pernah langsung menjadi medan pertempuran untuk melawan mana-mana musuh. Maharaja Holy Rom yang bernama Charles V pernah bercadang untuk menyerang Marseilles pada tahun 1531. Namun, baginda akhirnya membatalkan rancangan tersebut. Ini mungkin kerana baginda bimbang akan kekuatan kubu Cheateau d’If.
Disebabkan kedudukannya yang agak terpencil, Chateau d’If ini akhirnya ditukar fungsinya menjadi penjara. Ia digunakan untuk memenjarakan pesalah-pesalah politik & agama. Chateau d’If ini kemudiannya menjadi terkenal di seluruh dunia mulai tahun 1844 apabila ia digunakan sebagai lokasi penjara dalam novel ‘The Count Of Monte Cristo’, hasil karya penulis novel berbangsa Perancis yang ternama, iaitu Alexandre Dumas yang turut terkenal dengan novel The Three Musketeers. Di dalam novel tersebut, watak utamanya, iaitu Edmond Dantes telah dipenjarakan di Chateau d’If untuk jangka masa 14 tahun atas kesalahan yang tidak dilakukannya akibat perbuatan khianat kawannya sendiri. Dia akhirnya berjaya melarikan diri dari penjara tersebut & berjaya menjumpai harta karun. Dengan kekayaan yang baru dimilikinya, dia menyamar dengan menggunakan nama Count of Monte Cristo untuk membalas dendam ke atas kawannya yang telah mengkhianatinya. Novel 'The Count of Monte Cristo' ini adalah antara novel-novel yang terkenal di seluruh dunia. Ia juga pernah difilemkan sebanyak berbelas-belas kali. Filem yang terbaru dikeluarkan pada tahun 2002.
Penjara di dalam Chateau d'If, Pulau If, Perancis
Novel 'The Count of Monte Cristo'
Filem 'The Count of Monte Cristo' keluaran tahun 2002Chateau d’If ini telah dibuka kepada orang awam pada tahun 1890 selepas peranannya sebagai penjara dihentikan. Kami berempat menghabiskan masa lebih kurang sejam di Pulau If ini untuk bergambar & menikmati panorama yang cantik. Dari sini, kami dapat melihat kota Marseilles dari jauh. Indah sekali. Apabila sudah puas, kami pun kembali ke jeti untuk kembali semula ke Old Port di Marseilles.
Pemandangan kota Marseilles dari Chateau d'If, Pulau If, Perancis
Pemandangan kota Marseilles dari Chateau d'If, Pulau If, Perancis
Pemandangan kota Marseilles dari Chateau d'If, Pulau If, PerancisSetibanya kami di Old Port, kami berjalan kaki menuju ke destinasi kami yang seterusnya, iaitu Cathedral of Sainte-Marie-Majeure, sebuah lagi gereja yang terpenting & terbesar di kota Marseilles yang mempunyai senibina seakan-akan sama seperti Notre-Dame de la Garde. Cathedral of Sainte-Marie-Majeure ini diasaskan pada kurun ke-4, diperbesarkan pada kurun ke-11 & dibina semula pada kurun ke-19. Ianya adalah antara gereja-gereja yang tercantik di bumi Perancis ini.
Cathedral of Sainte-Marie-Majeure, Marseilles, Perancis
Bersama Thani di Cathedral of Sainte-Marie-Majeure, Marseilles, PerancisSelepas bergambar di luar gereja tersebut, kami berjalan pula ke La Vieille Charite, sebuah bekas rumah kebajikan yang menempatkan peminta-peminta sedekah yang kini berfungsi sebagai sebuah muzium & pusat kebudayaan. Bangunan ini dibina antara tahun 1671 & 1749. Kami berempat hanya bergambar di bahagian luarnya sahaja memandang ianya sudah pun ditutup sewaktu kami tiba di situ.
Bersama Muaz & Asrih di La Vieille Charite, Marseilles, PerancisKami kemudiannya meneruskan perjalanan pulang ke hostel. Pengembaraan kami di kota Marseilles sudah pun tamat. Dalam perjalanan ke hostel, kami tergerak hati untuk membeli tiket keretapi untuk pulang ke Nice. Mujurlah kami membeli tiket seawal pukul 4.30 petang, kerana keretapi terakhir ke Nice pada hari ini akan bertolak sejam dari sekarang. Akan tetapi, di dalam jadual perjalanan keretapi yang aku rujuk di internet beberapa hari lalu, keretapi terakhir ke Nice pada hari ini sepatutnya bertolak pada pukul 9.00 malam nanti. Mungkin ada kesilapan pada jadual itu. Kami berempat benar-benar bersyukur kerana digerakkan hati untuk membeli tiket seawal itu. Jikalau tidak, kami terpaksa menaiki keretapi pagi esok & sudah pastinya kami tidak akan sempat untuk mengejar kapal terbang pulang ke Dublin yang akan berlepas awal pagi esok juga dari Nice. Syukur Alhamdulillah.
Selepas selesai membeli tiket, kami pun pulang semula ke hostel. Selepas berkemas-kemas, kami kembali ke stesen keretapi. Keretapi ke Nice sudah ada di situ sewaktu kami tiba & kami pun lantas masuk ke dalamnya. Beberapa minit kemudian, ianya pun bergerak meninggalkan Marseilles. Perjalanan ke Nice mengambil masa lebih kurang 2 jam lamanya.
Setelah tiba di stesen keretapi Nice Ville, kami berempat terus bergerak menuju ke hostel yang kami tumpangi 2 malam yang lepas. Kami menghadapi sedikit masalah sewaktu kami hendak mendaftar masuk. Kami menyatakan kepada orang yang menjaga di kaunter pendaftaran hostel itu bahawa kami telah pun menjelaskan wang penginapan untuk malam ini sewaktu kami tiba di hostel ini 3 hari lepas. Namun, penjaga kaunter tersebut berkata yang dia tidak menjumpai apa-apa rekod pembayaran untuk malam ini. Kami berempat menjadi bengang.
Aku akhirnya menyuruh orang tersebut menelefon pengurus hostel. Dia pun menurut kata aku. Selepas mereka bercakap-cakap di telefon, akhirnya orang tersebut meminta maaf kepada kami berempat kerana telah melakukan kesilapan. Dia kemudian menyerahkan kunci bilik kepada kami. Aku dengan muka marah mengambil kunci tersebut. Kami berempat kemudian bergerak menuju ke bilik kami. Selepas mandi & solat, kami berempat keluar untuk makan malam. Selepas makan, kami pun kembali ke hostel untuk berehat-rehat.
Hari 5: 20 DISEMBER 2007Hari ini adalah hari terakhir aku,
Thani,
Asrih &
Muaz di French Riviera. Kami akan berlepas pulang ke Dublin pada waktu pagi hari ini. Selepas mandi & bersiap, kami pun berjalan keluar dari hostel yang kami tumpangi. Kami bergerak menuju ke stesen keretapi Nice Ville untuk menaiki bas ke Lapangan Terbang Nice Côte d'Azur. Setibanya kami di lapangan terbang tersebut, kami terus mendaftar masuk. Setibanya kami di kaunter imigresen, kami berempat terpaksa berhadapan dengan sedikit masalah. Kami ditahan oleh polis imigresen & passport kami diambil. Kami tidak tahu apa sebenarnya kesalahan kami.
Kami berempat kemudiannya dibawa masuk ke pejabat imigresen & kami diminta menunggu di ruang legar pejabat tersebut. Kami bertanyakan apa masalah yang sedang berlaku, namun kami diberi jawapan yang tidak jelas. Ditambah pula dengan ketidakfasihan mereka berbahasa Inggeris. Mujurlah kemudiannya muncul seorang pegawai yang boleh berbahasa Inggeris. Dia berkata kepada kami bahawa terdapat satu gambar passport yang agak berbeza dengan wajah terkini tuan punya passport. Nama tuan punya passport tersebut biarlah aku rahsiakan untuk menjaga nama baiknya. Pegawai itu berkata mereka terpaksa memfotokopi kesemua passport kami sebagai langkah keselamatan. Kami akan dibebaskan tidak lama lagi, menurut katanya.
Selepas semuanya telah selesai, kami pun dibebaskan oleh mereka. Di hadapan mereka kami tersenyum tanda terima kasih. Di belakang mereka, kami membuat muka sakit hati & memaki-hamun mereka sesama kami. Alasan gambar passport yang tidak sama dengan wajah terkini tuan punya passport sangatlah tidak munasabah sama sekali untuk dijadikan alasan. Kami berempat terasa seperti didiskriminasi kerana faktor bangsa & agama kami. Walau apapun, kami bersyukur teramat sangat kerana tidak ada masalah besar yang timbul & kami masih sempat untuk menaiki pesawat.
Selepas beberapa minit menunggu, para penumpang pun dibenarkan menaiki pesawat. Penerbangan Ryanair ke Dublin berlepas pada pukul 11.15 pagi. Perjalanan ke Dublin mengambil masa lebih kurang 2½ jam. Lebih kurang pukul 12.45 tengah hari waktu Ireland, kami pun tiba di Lapangan Terbang Dublin.
Pengalaman selama 5 hari di French Riviera memberi seribu kenangan manis kepada aku, Thani, Asrih & Muaz. Ini adalah kali pertama aku mengembara bersama-sama mereka bertiga & ini juga merupakan kali pertama mereka bertiga menjejakkan kaki di tanah besar Eropah. French Riviera sememangnya destinasi pelancongan yang penuh dengan keajaiban. Tiada ungkapan kata yang boleh menggambarkan betapa indahnya tempat tersebut. Hanya mereka yang menjejakkan kaki di sini sahaja yang mampu memahaminya. Walaupun ada beberapa kenangan pahit yang kami tempuhi, semua itu adalah adat resam mengembara. Apa-apa pun, pengalaman di French Riviera akan selama-lamanya berada di dalam hati kami berempat.
TAMAT.