WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG VII)
>> Wednesday, April 26, 2006
Keesokannye, kiteorg naik bus dari Madrid utk ke Toledo. Perjalanan mengambil masa sejam. Sesampainye kat bus station Toledo, kiteorg naik satu lagi bus utk ke Toledo city centre. Toledo dulunye pernah dikuasai oleh empayar Rome & sebuah kubu dibina di sini. Pd kurun ke-6, Visigoths merampas Toledo drp Rome & menjadikan Toledo sbg pusat pemerintahan empayarnye. Kemudiannye, org2 Islam (Moorish) pulak berjaya menguasai bandar ini. Ianya menjadi bandar Islam terpenting di tengah2 Spain & jugak pusat ilmiah & kebudayaan Islam pd kurun ke-11. Namun, Toledo kemudiannye dirampas oleh kuasa Kristian iaitu oleh Alfonso VI pd tahun 1085 & ianya menjadi pusat kpd kerajaan Castille. Sewaktu Middle Ages dahulu, Toledo menjadi pusat percampuran kebudayaan Islam, Kristian & Yahudi. Disebabkan itu, ianya digelar Ciudad le las Tres Culturas (City of the Three Cultures). Pd waktu tersebut jugaklah Toledo Cathedral mula dibina.
Bandar Toledo ni sebenarnye berbukit-bukau. Penat jugak la kiteorg berjalan. Kiteorg travel around Toledo dgn berjalan kaki je sbb bandar die takde la sebesar mane. Antara tempat2 yg kiteorg singgah ialah Plaza de Zocodover, Alcázar, Toledo Cathedral & Puerta del Sol. Plaza de Zocodover ialah market square yg utama di Toledo. Terdapat banyak kedai kat sini. Alcázar pulak adalah antara landmark utama Toledo. Ianya merupakan kubu kpd kuasa2 yg pernah memerintah Toledo iaitu Romans, Visigoths, Islam & Spaniards. Ianya pernah menjadi rebutan sewaktu perang saudara pd zaman dahulu. Kini, ianya dijadikan military museum. Toledo Cathedral pulak adalah antara cathedral yg terbesar di dunia. Ianya siap dibina pd tahun 1498. Puerta de Sol pulak adalah antara kesan peninggalan Islam yg terdapat di Toledo. Di sini terdapat sebuah bekas masjid yg diberi name Mosque of the Christ of the Light. Aku pun tak paham kenape masjid tu diberi name sebegitu. Hmm.
Kat Toledo ni, ada banyak gile souvenir shop & hampir semuenye menjual pedang2 yg cantik ukirannye. Kiteorg pun ape lagi. Terpedaye la. Masing2 beli pedang. Heheh. Lepas shopping, Hanif singgah kejap kedai kebab utk beli kebab. Lepas tu, kiteorg pun naik la bus utk kembali ke bus station Toledo. Tibe2, Hanif teringat yg die tertinggal bag galas die kat kedai kebab tadi. Cepat2 die turun dari bus. Nasib baik le bus tak bergerak lagi. Tak sempat die nak naik balik, bus pun bergerak. So, kiteorg terpakse le tunggu Hanif kat bus station Toledo. Kiteorg agak risau sbb mungkin passport Hanif ade kat dlm bag tu. Kalau hilang bag tu, mcm mane?? Huhuh. Mmg tak sedap hati le. Tunggu punye tunggu, akhirnye sampai pun Hanif. Nasib baik bag die ade. Hish. Buat org risau je la mamat ni. Lepas tu, kiteorg pun terus ambik bus utk kembali semule ke Madrid. Sampai2 je kat Madrid, kiteorg lepak2 kejap kat hostel sambil mengemas barang. Lepas tu, kiteorg terus menuju ke train station Madrid Chamartin. Train ke Cordoba bertolak pukul 11.10 mlm. Kiteorg book tempat tidur sbb naik night train.
Bersambung...

0 buah komen:
Post a Comment