GYNaeCoLoGY RoTaTioN

>> Saturday, April 08, 2006



27 MARCH - 7 APRIL 2006

2 minggu rotation Gynaecology dah pun berakhir. Cepat btul mase berlalu. Gynaecology adalah cabang perubatan yg berkaitan dgn penyakit2 & penjagaan sistem pembiakan wanita. Hmm. Satu cabang yg agak mencabar jugak la kan. Jgn terkejut kalau ramai antara pakar2 Gynaecology adalah lelaki. Heheh.

Sepanjang 2 minggu kiteorg dlm rotation ni, kiteorg bebudak Group C dibahagikan kpd 2 subgroups (A & B). In the 1st week, Group A buat Gynaecological Surgery & Group B buat Gynaecological Medicine. In 2nd week pulak, kiteorg swap. Group A buat Medicine, Group B buat Surgery. Aku dlm Group B. So, aku buat Gynaecological Medicine dulu sewaktu 1st week.

Sepanjang minggu pertama tu, kiteorg bebudak group B ade 3 clinic session & 3 tutorial bersama dgn bebudak group A skali. 1 tutorial dgn SHO, 1 dgn Registrar & 1 lagi dgn Professor O'Herlihy. Utk tutorial dgn Professor O'Herlihy, kiteorg bebudak Group B kene present case sewaktu tutorial. Since patient tak ramai, aku share patient dgn Am. Kiteorg berborak dgn patient tu ttg die punye history & kiteorg jugak buat sedikit physical examination on that patient. She came in with intermenstrual bleeding (bleeding that occur between menstrual periods) yg sudah pun berlarutan selama 6 bulan. Ianya mungkin disebabkan oleh side effect of tamoxifen yg diberi utk rawatan breast cancer. Yup. Patient ni ade medical history of breast cancer & die dah pun buat mastectomy (surgical removal of all or part of a breast) kat die punye right breast 2 thn yg lepas. Patient ni dtg ke Mater Hospital hari tu utk buat hysteroscopy (endoscopy of uterus) utk memastikan punca sebenar intermenstrual bleeding yg die sedang alami. Resultnye sudah pun diketahui 2 hari kemudian. There is no significant finding. Maknanye, patient ni takde ape2 masalah (cancer or anything else). Intermenstrual bleeding yg dia alami tu mungkin hanya disebabkan oleh side effect of tamoxifen. Antara penyebab utama intermenstrual bleeding di kalangan wanita ialah keguguran, ketidakseimbangan hormon, pengambilan pil pencegah hamil, kekurangan thyroid hormone, stress, penggunaan IUD sbg alat pencegah hamil & cancer pd cervix, uterus atau ovary.

Hysteroscopy
Hysteroscopy

Sewaktu tutorial dgn Profesor O'Herlihy, Am volunteer utk present case tu. Peh. Berani btul minah tu. Selamat aku. Hekhekhek. Org kate Professor ni garang gile. Tapi aku tgk die takde la segarang mane yg org kate. Cume die agak sarcastic la. Ingatan die jugak teramat2 la kuat. Bak kate senior2 aku, Professor ni boleh ingat name2 kiteorg semue sampai kiteorg Final Year. Gile dahsyat. Huhuh. Professor ni jugak sgt cerewet. Sewaktu tutorial dgn die, kiteorg kene butangkan semue butang lab coat, lab coat kena betul2 bersih, kasut kena sesuai & wajib pakai name tag. Kalau ade yg tak lengkap, habis la kiteorg kene marah. Huhuh. Menakutkan jugak la.

Sewaktu tutorial bersama dgn Registrar dlm 1st week, kiteorg diajar bagaimana utk membuat pap smear (cervical smear). Sebuah manikin disediakan. Pap smear dijalankan utk mengenalpasti ape2 perubahan pd cell cervix yg berkemungkinan telah menjadi cancer cell. Cancer cervix adalah cancer yg sgt common di kalangan wanita. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Utk procedure ini, speculum akan dimasukkan ke dlm vagina supaya cervix jelas kelihatan. Sebatang berus kecil digunakan utk mengambil serpihan2 cell yg terdapat pd dinding cervix. Serpihan2 cell tu kemudiannye diletakkan di atas slide kaca & dihantar ke makmal utk ujikaji. Pap smear ni tak menyakitkan. Wanita yg berumur lebih 21 thn dinasihatkan membuatnye setiap thn. Ditambah lagi kalau wanita tu mempunyai immune system yg lemah disebabkan organ transplant, chemotherapy & pengambilan steroid & jugak jikalau wanita tu HIV positif.

Pap Smear
Pap Smear

Clinic session pulak agak membosankan sbb aku takleh tgk physical examination. Dr tak kasi tgk sbb aku lelaki. Tak adil!! Tensen btul. Sewaktu clinic session bersama dgn Registrar, aku ditegur sbb aku pakai kasut yg berbelang putih. Die suruh aku jgn pakai kasut tu lagi sbb tak sesuai utk dipakai kat hospital & kalau aku pakai kasut tu depan Professor O'Herlihy, aku confirm akan kene marah. Peh. Esoknye, terus aku pakai kasut lain. Hehe.

Sewaktu 2nd week, kiteorg bebudak group B buat Gynaecological Surgery pulak. Kiteorg ade 3 surgical session & 3 tutorial bersama bebudak group A. Antara surgery yg kiteorg tgk ialah hysterectomy (surgical removal of part or all of the uterus), hysteroscopy & laparoscopy (visual examination of the inside of the abdomen). Hysterectomy ade 2 cara. Satu ialah abdominal hysterectomy (through an incision in the abdominal wall) & satu lagi ialah vaginal hysterectomy (through the vagina). Hysterectomy yg kiteorg tgk ialah abdominal hysterectomy. Jenis2 Hysterectomy pulak ada 4 jenis which are total hysterectomy (removal of cervix & uterus (commonest)), subtotal hysterectomy (removal of upper part of uterus, leaving the cervix in place), radical hysterectomy / total hysterectomy with bilateral salpingo oophorectomy (removal of uterus, cervix & upper part of vagina. Sometimes, one or both ovaries & fallopian tubes are removed as well (salpingo oophorectomy)) & Wertheim's hysterectomy (removal of uterus, fallopian tubes, ovaries, upper vagina, broad ligaments & regional lymph nodes). Name Wertheim diambil bersempena dgn nama seorg Gynaecologist dari Austria yg mencipta teknik hysterectomy yg melibatkan broad ligaments & lymph nodes. Antara sbb2 utama wanita perlu menjalani hysterectomy ialah uterine fibroids, endometriosis, uterine prolapse, cancer of endometrium, uterine sarcoma, cancer of cervix, cancer of ovary & cancer of fallopian tube. Utk further information ttg perkara ni, sile rujuk kat mane2 website yg berkaitan ok. Tak mampu aku nak ceritekan kesemuenye kat sini. Heh.

Hysterectomy
Hysterectomy

Actually, ni adalah first time aku masuk Operation Theatre. Peh. Rase nak pengsan pun ade jugak mase tgk operation2 tu. Tapi kena la biasekan diri. Nanti aku kene buat jugak bende2 ni bile dah jadi doktor. InsyaAllah. Aku jugak sempat mencuri 2 pasang scrubs utk dibawa balik rumah. Heheh. Jahat btul. Tapi ramai je org yg buat mcm tu. So, tak kisah la. Lagipun kite dah bayar mahal2 utk buat Medicine. Heheh. Tutorial pulak adalah lebih kurang sama mcm last week. Cuma kali ni, Group A pulak yg present case dlm tutorial bersama Professor O'Herlihy.

So, tu le serba sedikit kisah 2 minggu rotation Gynaecology aku. Next week, kiteorg akan buat rotation Radiology pulak.

1 buah komen:

Anonymous Tuesday, December 14, 2010 at 6:50:00 PM GMT+8  

sgt membantu! thank you! ;)

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP