WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG V)

>> Wednesday, April 12, 2006



Pd pukul 8 pg, kiteorg pun sampai kat train station Madrid Chamartin. Sejurus saje sampai kat situ, kiteorg terus menuju ke hostel yg kiteorg dah book online. On the way ke hostel, roda bag tarik Rizal tibe2 tercabut. Heheh. Nasib baik la boleh pasang balik. Kalau tak, mmg siksa la nak angkat dgn pemegang bag tu sepanjang perjalanan. Tapi, still kene hati2 jugak sbb mungkin akan tercabut lagi. Hmm. Sampai2 je kat hostel, kiteorg terus mandi. Lepas mandi, kiteorg pun memulekan ekspedisi menjelajah bandar Madrid. Kiteorg travel around Madrid dgn menaiki Metro & berjalan kaki. Madrid adalah ibu negara Spain & merupakan bandar terbesar di Spain. Penduduknye berjumlah 3 juta org. Bandar ni terletak di tengah2 negara ini. Tempat pertama yg kiteorg jejaki ialah area Paseo del Prado. Kat area ni terdapat banyak museum & galeri seni. Spt yg dimention sebelum ni, kiteorg tak minat nak masuk museum. So, mmg not our place la. Hahah. Antara museum2 yg terdapat kat area Paseo del Prado ni ialah Museo del Prado & Museo Thyssen-Bornemisza. Terdapat jugak sebuah binaan yg menjadi salah satu mercu tanda Madrid iaitu Puerta de Alcalá yg terletak kat tgh2 roundabout.

Train Station Madrid Chamartin, Madrid, Spain
Train Station Madrid Chamartin, Madrid, Spain


Madrid, Spain
Madrid, Spain


Madrid, Spain
Madrid, Spain


Museo del Prado, Madrid, Spain
Museo del Prado, Madrid, Spain


Puerta de Alcalá, Madrid, Spain
Puerta de Alcalá, Madrid, Spain

Tempat seterusnye ialah Parque del Retiro (Retiro Park). Ianya adalah sebahagian drp Royal Palace Complex. Dlm park ni, terdapat sebuah tasik di mana terdapatnye sampan2 yg boleh disewa. Ramai jugak la org mendayung sampan kat sini. Di satu bahagian tasik tersebut, terdapat statue Alfonso XII. Suasana kat dlm taman ni agak mententeramkan jugak la. Cantik. Sedang asyik kiteorg menikmati suasana dlm tmn ni, tibe2 kiteorg terserempak dgn Arnee & 2 org lagi housemates die. Heh. Tak sangke jumpe dieorg kat sini. Ape lagi. Kiteorg pun bergambar la. Bukan senang nak jumpe org Melayu kat Madrid ni. Heheh.

Bersama Arnee kat Parque del Retiro, Madrid, Spain
Bersama Arnee kat Parque del Retiro, Madrid, Spain


Parque del Retiro, Madrid, Spain
Parque del Retiro, Madrid, Spain

Lepas puas berjalan2 dlm taman tu, kiteorg pun meneruskan perjalanan ke Palacio Real (Royal Palace). Pembinaan palace ni diupah oleh Raja Felipe V kpd Giovanni Sachetti bagi menggantikan Alcázar yg hangus terbakar pd tahun 1734. Palace ni sebenarnye tak siap sepenuhnye. Kini, ianya digunakan oleh King Juan Carlos & Queen Sofia utk upacara tertentu sahaja. Di sebelah palace ni, terletak sebuah gereja yg bername Cathedral de Nuestra Señora de la Almudela yg mula dibina pd thn 1879 & siap sepenuhnye 100 thn kemudian. Kat luar palace ni, kiteorg tibe2 bertembung dgn 2 org classmates Hanif iaitu Fifah & sorang lagi aku tak sure name die. Heh. Ape lagi. Bergambar lagi la. Heheh.

Palacio Real, Madrid, Spain
Palacio Real, Madrid, Spain


Palacio Real, Madrid, Spain
Palacio Real, Madrid, Spain


Cathedral de Nuestra Señora de la Almudela, Madrid, Spain
Cathedral de Nuestra Señora de la Almudela, Madrid, Spain

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP