WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG VIII)

>> Monday, May 01, 2006



Pd pukul 4.40 pg, kiteorg pun tiba di train station Cordoba Central. Alamak. Roda bag tarik Rizal tercabut lagi & kali ni mmg tak boleh dipasang balik. Dah tak boleh diselamatkan dah. So, terpaksa la die angkat dgn pemegang kat tepi bag tu. Kesian pulak kiteorg tgk die. So, kiteorg pun gilir2 tolong bawakkan bag die. Jauh jugak la hostel yg kiteorg book dari train station. Tapi nasib baik la last2 jumpe jugak. Kiteorg lepak2 kejap kat dlm hostel sementara menunggu hari siang. Lepas mandi, kiteorg pun memulakan perjalanan menjelajahi bandar Cordoba.

Train Station Cordoba Central, Cordoba, Spain
Train Station Cordoba Central, Cordoba, Spain

Cordoba adalah bandar pertama di Andalusia yg kiteorg jejaki. Andalusia atau name tempatannye Andalucia adalah salah sebuah negeri di Spain. Ia jugak dipanggil Al-Andalus dlm bahasa Arab. Ianya terletak di bahagian selatan negara ni. Spt yg kite tahu, Andalusia pernah diduduki oleh kuasa Islam (Moorish) mulai tahun 711 hinggalah 1492. Hampir 800 thn lamenye. Sebelum dikuasai Islam, tanah Andalusia ni diduduki oleh kuasa Visigoths. Pd thn 711, setelah 2 thn bertempur dgn org2 Visigoths, Andalusia berjaya ditawan oleh Thariq bin Ziyad & anggota tenteranya yg berbangsa Arab & Berber dari Morocco, melalui Selat Gibraltar. Di bawah kekuasaan Islam, Seville, Granada & Cordoba menjadi pusat2 ilmiah, kesenian & kebudayaan Islam yg amat masyhur di seluruh dunia. Pelbagai infrastruktur berunsurkan Islam dibina di bandar2 ni & kebanyakannye masih kekal hingga skarang, cuma penggunaannye amat terbatas pada masa kini. Kebanyakannye dijadikan muzium utk tarikan pelancong. Nama tokoh2 ilmuan Islam di Andalusia spt Ibn Rusyd, Ibn Hazm, Ibn Arabi, Ibn Tufayl, Ibn Bajjah, Ibn Zuhr & Al-Idrisi sudah pastinya masih lagi terngiang2 di pemikiran kita jika kita masih lagi mengingati ape yg kite belajar dlm subjek Sejarah dulu. Selain itu, kawasan Andalusia ni jugak agak subur tanahnye. Beriklimkan Mediterranean, banyak pokok2 yg jarang dijumpai di tempat2 lain boleh hidup dgn subur di sini. Antaranya ialah pokok limau, zaitun & anggur.

Peta Kedudukan Andalusia Dlm Spain
Peta Kedudukan Andalusia Dlm Spain


Wilayah Org2 Islam & Kristian Di Spain
Wilayah Org2 Islam & Kristian Di Spain

Spt yg telah dimention, Corboda adalah salah satu bandar yg terletak di dlm negeri Andalusia. Pd kurun ke-10 sewaktu zaman kegemilangan kuasa Islam di Andalusia, Cordoba adalah pusat kpd empayar Islam di sebelah Barat. Tanah di sini agak subur, di mana terdapat banyak gile pokok limau yg lebat2 belake buahnye, kat dlm taman2 mahupun kat tepi2 jalan. Bersepah2. Boleh petik sesuke hati. Heheh. Tapi rasenye masam gile la. Patut le buahnye lebat2. Sbb takde org nak petik. Masam sgt. Kalau manis, sure boleh buat bisnes. Hehe. Kiteorg travel around dgn berjalan kaki je.

Pokok Limau Yg Bersepah2 Di Tepi2 Jalan, Cordoba, Spain
Pokok Limau Yg Bersepah2 Di Tepi2 Jalan, Cordoba, Spain


Makan Buah Limau di Cordoba, Spain
Makan Buah Limau di Cordoba, Spain

Tempat pertama yg kiteorg kunjungi sudah tentunya Mezquita (Mosque), antara masjid yg paling agung dlm sejarah Islam di bumi Andalusia. Ianya mula dibina oleh Abdul Rahman I pd tahun 785. Pd kurun ke-10, al Hakam II membuat beberape tambahan iaitu mihrab & maqsura. Mulai tahun 1236 selepas kejatuhan Cordoba ke tangan kuasa Kristian, masjid ini mula digunakan sbg gereja. Pd kurun ke-16, kawasan di tengah2 masjid ini dimusnahkan utk pembinaan sebuah Cathedral di atas tapaknye. Menara loceng Torre del Aminar juga dibina di atas tapak asal menara azan masjid ni yg turut dimusnahkan. Agak sedih jugak la sebenarnye bile aku mendapat tahu ttg fakta ni. Begitu mudah maruah masjid yg agung ni dicemarkan dgn pembinaan cathedral di tengah2nye.

Mezquita, Cordoba, Spain
Mezquita, Cordoba, Spain


Mihrab Di Dlm Mezquita, Cordoba, Spain
Mihrab Di Dlm Mezquita, Cordoba, Spain


Torre del Aminar di Mezquita, Cordoba, Spain
Torre del Aminar di Mezquita, Cordoba, Spain

Kat luar masjid ni, terdapat sebuah garden (Patio de los Naranjos) yg dipenuhi dgn pokok2 limau yg lebat2 buahnye. Geram aku tgk. Heh. Tiket utk masuk ke dlm Mezquita berharga 10 Euro. Takde la mahal sgt. So, kiteorg pun masuk ke dlmnye. Mmg wajib masuk pun. Rugi kalau tak masuk. Subhanallah. Lawa gile la binaan dlm masjid ni. Tiang2 granit dan gerbang2 jasper & marmar yg berwarna merah & putih berselang-seli betul2 mengasyikkan bile dipandang. Terdapat banyak ukiran2 berunsurkan Islam & ayat2 Al-Quran terdapat kat dlm masjid ni. Sayang skali sbb masjid ni akhirnya jatuh ke tangan org Kristian. Umat Islam kini tak dibenarkan utk menunaikan solat kat dlm masjid ni. Hmm. Entah bile la hak milik & maruah masjid yg agung ni dpt dikembalikan ke tangan org Islam. Wallahu Alam. Spt yg telah dimention, kat tgh2 masjid ni terdapat sebuah Cathedral. Pelbagai bentuk statue & salib mencemarkan kesucian masjid ni. Sedih jugak la bila difikirkan. Hmmm. Kiteorg spend almost 2 hours kat dlm Mezquita.

Garden Limau Di Luar Mezquita, Cordoba, Spain
Patio de los Naranjos di Luar Mezquita, Cordoba, Spain


Mezquita, Cordoba, Spain
Mezquita, Cordoba, Spain


Dalam Mezquita, Cordoba, Spain
Dalam Mezquita, Cordoba, Spain


Dalam Mezquita, Cordoba, Spain
Dalam Mezquita, Cordoba, Spain


Dalam Mezquita, Cordoba, Spain
Dalam Mezquita, Cordoba, Spain


Dalam Mezquita, Cordoba, Spain
Dalam Mezquita, Cordoba, Spain


Percampuran Achitecture Muslim & Kristian Dalam Mezquita, Cordoba, Spain
Percampuran Achitecture Muslim & Kristian Dalam Mezquita, Cordoba, Spain

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP