WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG XI)

>> Saturday, May 13, 2006

Keesokannye, kiteorg pun memulakan ekspedisi menjelajah kota Granada. Granada, sama spt Cordoba, terletak di dlm negeri Andalusia. Ianya adalah ibu kota terakhir empayar Islam di Andalusia, bermula pd tahun 1238 hingga 1492, iaitu selama 250 tahun. Granada akhirnya jatuh ke tangan pemerintah Kristian pd tahun 1492 & secara tidak langsungnye seluruh Andalusia jatuh ke tangan Kristian pd tahun tersebut. Dynasty Islam terakhir yg memerintah ialah Dynasty Nasrid. So kesimpulannye, Granada adalah kota Islam terakhir di Andalusia sebelum kekalahan Islam kpd Kristian. Granada mencapai zaman kegemilangannye sewaktu pemerintahan Dynasty Nasrid. Di bawah pemerintahan Kristian pulak, kota ini menjadi pusat Renaissance.

Tempat pertama yg kiteorg jejaki di Granada sudah tentunye Alhambra yg terletak berdekatan dgn hostel kiteorg. Alhambra yg bermaksud "The Red One" dlm bahasa Arab merupakan antara peninggalan Islam yg agung di bumi Andalusia. Ianya terletak di kaki pergunungan Sierra Nevada, sebuah ski resort yg diselaputi salji sewaktu winter. Binaan Alhambra teramatlah menakjubkan. Ianya dibina sewaktu pemerintahan Dynasty Nasrid di bawah Khalifah Ismail I, Yusuf I & Muhammad V. Khalifah2 ini cuba mewujudkan suasana spt syurga di muka bumi iaitu di Alhambra & usaha mereka benar2 menjadi kenyataan. Alhambra sesungguhnya tersangatlah indah. Banyak ukiran2 berunsurkan Islam & ayat2 Al-Quran terpamer pd dinding2 & ianya sangat mengasyikkan. Sape2 yg dtg Spain tanpa mengunjungi Alhambra mmg tersangatlah rugi. Seriously. Sewaktu kat dlm Alhambra, kiteorg terserempak dgn classmates Jem yg jugak bebudak Banting batch aku iaitu Azreen, Nazeera & Niesa. Tak sangke dieorg pun dtg Spain. Heheh. Ape lagi. Bergambar la dgn dieorg pulak. Hai, ramai betul la rakyat Dublin kat Spain.

Alhambra Berlatarbelakangkan Pergunungan Sierra Nevada, Granada, Spain
Alhambra Berlatarbelakangkan Pergunungan Sierra Nevada, Granada, Spain

Alhambra ni sebenarnye terbahagi kpd 3 bhg iaitu Palacio Nazaries, Generalife & Alcazaba. Palacio Nazaries yg merupakan tarikan paling utama kat sini adalah istana kpd pemerintah2 Dynasty Nasrid. Generalife pulak adalah sebuah garden yg dahulunye merupakan tempat raja2 beristiherat. Sementara Alcazaba pulak adalah kubu pertahanan. Di Alcazaba terdapat sebuah menara kawalan yg diberi name Torre de la Vela di mane seluruh kota Granada & gunung-ganang di sekelilingnye boleh diperhatikan dari atasnye. Kat menare ni terdapat sebuah loceng yg dibunyikan utk memberi amaran. Kebetulan, hari kiteorg kat Alhambra (2 January) adalah hari ulangtahun penyerahan Granada ke tangan kuasa Kristian oleh kuasa Islam. So every year, pelancong2 yg dtg sini akan dibenarkan membunyikan loceng sbg menandakan kemenangan kuasa Kristian merampas Andalusia drp kuasa Islam & secara tak langsungnye menguasai seluruh tanah Spain. Kiteorg tak boleh le nak join dieorg bunyikan loceng tu. Tak elok le kan. Sakit jugak la hati bile menyaksikan kegembiraan pelancong2 membunyikan loceng tu. Dieorg seolah2 bergembira dgn kekalahan kuasa Islam & kemenangan kuasa Kristian merampas bumi Andalusia. Entah bile la maruah Islam di Andalusia dpt dikembalikan. Wallahu Alam.

Pintu Masuk Alhambra, Granada, Spain
Pintu Masuk Alhambra, Granada, Spain

Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain

Bersama Azreen, Niesa & Nazeera Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Bersama Azreen, Niesa & Nazeera Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain

Patung2 Singa Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain

Sebuah Kubah Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Sebuah Kubah Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain

Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain

Pemandangan Bandar Granada Dari Atas Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Pemandangan Bandar Granada Dari Atas Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain

Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain

Sepohon Pokok Peach Kat Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Sepohon Pokok Peach Kat Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain

Pemandangan Palacio Nazaries Dari Generalife di Alhambra, Granada, Spain
Pemandangan Palacio Nazaries Dari Generalife di Alhambra, Granada, Spain

Generalife di Alhambra, Granada, Spain
Generalife di Alhambra, Granada, Spain

Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain
Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain

Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain
Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain

Pemandangan Bandar Granada Dari Atas Torre de la Vela kat Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain
Pemandangan Bandar Granada Dari Atas Torre de la Vela kat Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain

Pemandangan Pergunungan Sierra Nevada Dari Atas Torre de la Vela kat Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain
Pemandangan Pergunungan Sierra Nevada Dari Atas Torre de la Vela kat Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain

Seorang Pelancong Membunyikan Loceng Torre de la Vela di Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain

Kat bawah ni, aku selitkan sebuah lirik lagu yg bertajuk "Andalusia" yg dicipta & dinyanyikan oleh M. Nasir. Lagu ni pernah memenangi award Lagu Terbaik dlm pertandingan Juara Lagu di TV3 pd tahun 1999. Selamilah maksud yg tersirat di sebalik lirik lagu ni.

ANDALUSIA
(Ciptaan: M. Nasir)

Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini ku bakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu Andalusia
Pohon izinkanlah aku mengalami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gambus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus

Sahutlah Andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi Alhambra
Ataupun masih bergelora
Menanti saat melimpah mengikut mata air

Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Illahu

Kiteorg spent hampir 6-7 jam kat dlm Alhambra. Luas gile. Lepas dah puas, kiteorg turun ke bandar Granada dgn bus. Kiteorg makan lunch dulu sebelum shopping souvenir. Kiteorg lunch dgn kebab. Lepas makan, kiteorg pun gi shopping. Bile dah habis shopping, kiteorg taktau nak buat ape lagi. Actually banyak lagi tempat yg menarik kat sekeliling bandar Granada ni. Tapi kiteorg btul2 dah tak larat nak jalan2. So, kiteorg pun terus balik semule ke hostel. Then, kiteorg turun kembali ke bandar Granada bersama2 dgn bag2 kiteorg. Kiteorg terus ke train station. Mlm ni kiteorg akan ke Seville pulak. Train ke Seville bertolak dari Granada pd pukul 9 mlm.

Makan Kebab di Plaza Nueva, Granada, Spain
Makan Kebab di Plaza Nueva, Granada, Spain

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP