WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG IX)

>> Thursday, May 04, 2006

Lepas puas menikmati keindahan suasana dlm Mezquita, kiteorg singgah kat beberape kedai souvenir utk membeli-belah. Terletak berdekatan dgn Mezquita ialah Alcázar de los Reyes Cristianos yg terletak kat Old Jewish Quarter. Ianya adalah istana & kubu yg dibina pd kurun ke-14 oleh Alfonso XI selepas kejatuhan Cordoba ke tangan kuasa Kristian. Pemerintah Kristian di Spain pd waktu itu iaitu Ferdinand V & Isabella menetap di sini pd tahun 1328 sewaktu usaha utk merampas Granada pulak drp kuasa Islam. Kat dlm Alcázar ni terdapat garden yg dikatekan lawa. Tapi kiteorg tak masuk sbb rase mcm tak perlu. Kat bhg luar Alcázar terdapat beberape ekor kucing yg amat jinak. Kiteorg kasi kucing2 tu makan roti. Heh. Lapar betul dieorg. Comel2 pulak tu.

Alcázar de los Reyes Cristianos, Cordoba, Spain
Alcázar de los Reyes Cristianos, Cordoba, Spain

Dalam Alcázar de los Reyes Cristianos, Cordoba, Spain
Dalam Alcázar de los Reyes Cristianos, Cordoba, Spain

Kucing2 Yg Jinak Kat Luar Alcázar, Cordoba, Spain
Kucing2 Yg Jinak Kat Luar Alcázar, Cordoba, Spain

Kucing2 Yg Jinak Kat Luar Alcázar, Cordoba, Spain
Kucing2 Yg Jinak Kat Luar Alcázar, Cordoba, Spain

Kemudiannye, kiteorg menuju ke sebuah jambatan yg merentangi Sungai Rio Guadalquivir yg menghubungkan Old Town dgn Torre de la Calahorra. Torre de la Calahorra dibina pd kurun ke-14 & merupakan sebuah menara pertahanan pd zaman dahulu. Kini, ianya dijadikan muzium yg mempamerkan pencapaian intelektual Islam di Cordoba. Jambatan tersebut sedang mengalami construction sewaktu kiteorg dtg. So, kiteorg tak dapat la nak merentasinye. Just bergambar kat depannye saje.

Jambatan Yg Menghubungkan Old Town Dgn Torre de la Calahorra, Cordoba, Spain

Torre de la Calahorra, Cordoba, Spain
Torre de la Calahorra, Cordoba, Spain

Lepas tu, kiteorg terus ke Plaza de las Tendillas yg terletak btul2 kat depan hostel kiteorg. Pd waktu ni, suasana kat situ agak sibuk utk persiapan sambutan tahun baru pd mlm nanti. Kiteorg actually dah taktau nak buat ape dah. So, kiteorg terus kembali ke hostel & tidur. Padahal, jam baru pukul 4 ptg. Hehe. Pd malamnye, kiteorg pun keluar utk same2 meraikan sambutan tahun baru. Agak meriah jugak la. Tapi yg sakit hatinye, bile tepat je pukul 12.00 tgh mlm, ramai je manusia yg bukak botol arak & percik ke sane sini. Aku pun terkena tempiasnye. Isk2. Nasib baik terkena tangan je. So, lepas dah tak larat dah berdiri, aku & Hanif pun balik ke hostel. Jem & Rizal stay. Lepas basuh tangan semue, aku pun masuk tidur. Suasana kat luar masih bising gile. Tapi disebabkan kepenatan, aku terlelap jugak. Hehe.

Persiapan Sambutan Tahun Baru di Plaza de las Tendillas, Cordoba, Spain
Persiapan Sambutan Tahun Baru di Plaza de las Tendillas, Cordoba, Spain

Sambutan Tahun Baru di Plaza de las Tendillas, Cordoba, Spain
Sambutan Tahun Baru di Plaza de las Tendillas, Cordoba, Spain

Sambutan Tahun Baru di Plaza de las Tendillas, Cordoba, Spain
Sambutan Tahun Baru di Plaza de las Tendillas, Cordoba, Spain

Utk mengetahui lebih lanjut ttg sejarah Cordoba khasnya & Andalusia umumnya, sila la baca cerpen yg dikarang oleh housemate aku, Fadhlil aka Fahd Razy yg bertajuk: Rekah-Rekah Kota Andalusia. Selamat membaca.

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP