WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG II)

>> Tuesday, March 28, 2006



Keesokannye, kiteorg pun memulakan perjalanan mengelilingi bandar Barcelona, Spain. Spain atau nama tempatannya España adalah sebuah negara Europe yg terletak kat semenanjung Iberia yg merangkumi 2 negara iaitu Spain & Portugal. Semenanjung Iberia terkenal dgn cuacanye yg agak panas berbanding negara2 Europe yg lain. Spain yg terletak di antara Laut Mediterranean & Lautan Atlantik amat famous dgn tarian flamenco, bullfighting & iklimnye yg pelbagai iaitu dari gunung2 yg diselaputi snow hinggalah kpd kawasan2 yg kering & panas di bhg selatan. Penduduk Spain menggunakan bahasa Spanish sbg bahasa rasmi. Namun, terdapat jugak beberapa bahasa lain yg turut digunakan mengikut negeri & kawasan masing2. Contohnye spt di negeri Catalunya & kawasan Basque, penduduknye mempunyai bahasa sendiri. Kebanyakan org Spain tak brape fasih menggunekan English. So, kiteorg menghadapi banyak gile la masalah sewaktu nak membeli barang & bertanyekan direction. Kadang2 tu, kiteorg cakap Melayu jek dieorg. Hahaha. Ade jugak la kiteorg menggunekan bahasa isyarat. Heh. Mcm org terencat la pulak kan.

Semenanjung Iberia Yang Merangkumi Spain & Portugal
Semenanjung Iberia Yang Merangkumi Spain & Portugal


Tarian Flamenco di Spain
Tarian Flamenco di Spain


Bullfighting di Spain
Bullfighting di Spain

Barcelona yg merupakan ibu negeri Catalunya adalah bandar kedua terbesar di Spain selepas Madrid. Org2 di negeri Catalunya mempunyai bahasa rasmi sendiri yg agak berbeza sedikit drp bahasa Spanish. Barcelona yg terletak di persisiran Laut Mediterranean adalah antara pelabuhan yg tersibuk di rantau Mediterranean. Bandar ni jugak merupakan bandar kelahiran pelukis2 terkenal spt Salvador Dali, Pablo Picasso & Joan Miró. Kejayaan Barcelona sewaktu menjadi tuan rumah Sukan Olympic pd tahun 1992 membuatkannye menjadi salah satu bandar yg termasyhur di dunia.

Sukan Olympic 1992 di Barcelona, Spain
Sukan Olympic 1992 di Barcelona, Spain


Upacara Penutup Sukan Olympic 1992 di Barcelona, Spain
Upacara Penutup Sukan Olympic 1992 di Barcelona, Spain

Kiteorg travel around Barcelona dgn menggunakan Metro. Kiteorg beli 2 days ticket. Sebelum menjelajah bandar Barcelona, kiteorg ke train station dulu utk beli tiket train utk semue perjalanan kiteorg iaitu dari Barcelona sampailah ke Seville. Nasib baik la tiket semue ade. Kalau tak, mmg rosak la plan sbb kiteorg dah book hostel kat semue tempat dah. Lepas beli tiket, baru la kiteorg dpt berjalan2 dgn tenang. Tempat pertama di Barcelona yg kiteorg kunjungi ialah Sagrada Familia. Ianya adalah gereja besar yg mula dibina pd tahun 1882 & hingga kini masih belum siap sepenuhnya. Gereja ini kini mempunyai 8 buah menara yg masing2 mempunyai ketinggian 100 meter. 10 buah lagi menara akan dibina bagi melengkapkan 18 menara keseluruhannye. Sagrada Familia ini adalah antara hasil kerja terbaik seorang arkitek tempatan yg masyhur iaitu Antoni Gaudi yg mayatnya turut dikebumikan di dlm gereja ini. Projek menyiapkan pembinaan gereja ini kini turut disupport dari segi kewangan oleh penduduk tempatan.

Sagrada Familia, Barcelona, Spain
Sagrada Familia, Barcelona, Spain


Sagrada Familia, Barcelona, Spain
Sagrada Familia, Barcelona, Spain


Sagrada Familia, Barcelona, Spain
Sagrada Familia, Barcelona, Spain


Antoni Gaudi
Antoni Gaudi

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP