SuMMeR aka WiNTeR iN DoWN uNDeR (BHG XIV)

>> Friday, March 17, 2006



Esoknye adalah hari terakhir Mas kat situ. Die akan naik flight MAS balik Msia pukul 2.20 ptg nanti. Die balik sehari awal dari aku, Ilyasak & Reza sbb die nak ke majlis akad nikah Faizah & Bahij iaitu member2 seuniversity die (University College Cork) yg akan berlangsung esoknye (15 July) kat Melaka. Faizah tu member aku jugak. Satu batch kat KMB dulu. Tapi aku malas la pulak nak tukar2 tarikh tiket. Lagipun, sempat je aku nak pergi kenduri kahwin die on 16 July. So, pd pukul 11.30 pg, Azhar pun pegi le hantar Mas ke airport.

Sementara tu, kiteorg yg lain ni keluar sendiri ke Sydney city centre. Kiteorg dah terror dah naik bus. Hehe. Kiteorg tak gi memane pun hari ni. Just shopping souvenir kat Paddy’s Market je. Paddy’s Market ni adalah market yg tertua & terkenal di Sydney. Ia dibina pd thn 1869 & terkenal kerana menjual barang2 yg murah terutamanye souvenir2. Banyak gile souvenir kiteorg beli kat sini. Kiteorg spend lebih kurang 5 jam kat dlm market ni. Hahah. Bayangkanlah. Mulenye ingat nak balik Msia Hall pukul 3.00 ptg utk jumpe Azhar sbb die nak bawak kiteorg ke Bondi beach, tapi last2, pukul 5.00 ptg baru sampai Msia Hall. Hari pun dah nak malam.

Paddy's Market, Sydney, Australia
Paddy's Market, Sydney, Australia


Dlm Paddy's Market, Sydney, Australia
Dlm Paddy's Market, Sydney, Australia

Mule2 tu ingatkan tak jadi nak pergi Bondi beach sbb dah malam. But then, since takde ape2 aktiviti mlm tu, kiteorg pun decided utk ke Bondi beach jugak mlm tu dgn menaiki bus. Kiteorg kene naik 3 bus utk ke sane. Agak jauh jugak la. Hampir sejam baru sampai. Tak ade ape2 pun kat situ sebenarnye. Just pantai je. Bondi beach ni adalah antara pantai2 yg glamer jugak la kat Sydney. So, rugi la kalau tak pergi kan. Jejakkan kaki kat pantai die pun dah cukup. Disebabkan rase lapar, kiteorg singgah makan kat Oporto, iaitu fast food restaurant yg halal. Kiteorg makan burger ayam. Lepas makan, kiteorg jalan2 kat shopping complex yg berdekatan. Lepas tu, kiteorg pun balik semule ke Msia Hall.

Kat Bondi Beach, Sydney, Australia
Kat Bondi Beach, Sydney, Australia


Dlm Restaurant Oporto Kat Bondi Beach, Sydney, Australia
Dlm Restaurant Oporto Kat Bondi Beach, Sydney, Australia


Kat Bondi Beach, Sydney, Australia
Kat Bondi Beach, Sydney, Australia


Kat Bondi Beach, Sydney, Australia
Kat Bondi Beach, Sydney, Australia

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP