SuMMeR aka WiNTeR iN DoWN uNDeR (BHG XIII)

>> Tuesday, March 07, 2006



Esoknye adalah hari utk memulangkan kereta2 yg kiteorg sewa. So aku, Reza, Mas & Azhar pun pergi ke Europcar office. Kiteorg agak terkejut bile org yg menguruskan hal pemulangan kereta tu telah mengesan kesan2 calar pd badan kereta yg berhampiran dgn tayar. Kiteorg yakin yg tu adalah kerana pukulan rantai yg kiteorg pasang semasa menaiki Snowy Mountains dulu. Tapi kiteorg cakap yg kiteorg taktau ape2. Kiteorg sendiri sebenarnye tak perasan langsung adanya kesan2 calar tu. Dua2 buah kereta pulak tu. Last2, kiteorg terpaksa bayar denda accidental damage sebanyak AU$330 dolar per car. So, setiap sorang kene bayar AU$80 la. Huhuhu. Aku bayarkan gune credit card aku dulu. Tu pun nasib baik le kiteorg ambik insurans. Kalau takde insurans, kiteorg terpakse bayar AU$2,000 per car. Mampos!! Huh. Syukur gile.

Time tu Jem & yg lain taktau lagi pasal denda tu. So, kiteorg plan nak kejutkan dieorg dgn menokok tambahkan cerita. Kiteorg pun cakap kat dieorg yg kiteorg kene bayar denda AU$2,000 per car. Semue muke pucat, terkejut. Hahaha. But last2 kiteorg tak sampai hati la pulak nak terus menipu. Kiteorg pun cerite le kisah yg sebenarnye. Baru la dieorg lega. Tu pun still sakit hati jugak la. Tak pasal2 je melayang AU$80 sorang. Sial punye rantai.

Lepas semue dah sejukkan hati, kiteorg pun keluar ke Sydney city dgn bus. Kiteorg ke Circular Quay. Hari ni kiteorg akan naik Captain Cook Cruise dari Circular Quay ke Darling Harbour. Ni adalah kali kedua kiteorg buat aktiviti seumpama tu. Sebelum naik cruise, aku, Mas, Reza, Ilyasak & Azhar berjalan ke Sydney Opera House kejap sbb kiteorg tak puas lagi bergambar kat situ. Hari ni adalah hari yg cerah gile. Lagi cantik drp hari tu. So, kiteorg pun bergambar sakan la kat situ. Sementara Jem, Fyzal & Manap pulak tunggu kiteorg kat jetty Circular Quay.

Opera House, Sydney, Australia
Opera House, Sydney, Australia


Harbour Bridge, Sydney, Australia
Harbour Bridge, Sydney, Australia


Sydney, Australia
Sydney, Australia

Bile dah puas bergambar, kiteorg pun naik le Captain Cook Cruise tu. Cruise tu menyusuri bawah Harbour Bridge. Tak berhenti2 kiteorg bergambar kat atas ferry tu. Cruise ni mengambil mase lebih sejam sebelum ia berlabuh kat Darling Harbour. Sesampainye kiteorg kat Darling Harbour, kiteorg semue turun kat situ kecuali Mas & Ilyasak. Dieorg turun kat tempat lain sbb Mas nak pegi jumpe uncle die kat bangunan ape tah. Uncle die menetap kat Sydney. Ilyasak pulak teringin sgt nak berkenalan dgn uncle Mas. Haha. Lantak die la. So, bile kiteorg dah turun kat Darling Harbour, kiteorg pun berjalan2 la kat situ lagi utk kali kedua. Mule2 kiteorg bergambar kat Chinese Garden. Chinese Garden ni dibina pd thn 1984. Ianya adalah hadiah drp bandar Guangdong di China kpd Sydney. Lepas bergambar kat situ, kiteorg ke Chinatown pulak. Bile dah boring jalan2, kiteorg pun balik semule ke Msia Hall. Tak lame lepas tu, Mas & Ilyasak pun balik.

Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia
Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia


Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia
Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia


Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia
Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia


Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia
Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia


Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia
Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia


Darling Harbour, Sydney, Australia
Darling Harbour, Sydney, Australia


Chinese Garden, Sydney, Australia
Chinese Garden, Sydney, Australia


Chinese Garden, Sydney, Australia
Chinese Garden, Sydney, Australia


Chinatown, Sydney, Australia
Chinatown, Sydney, Australia

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP