WaRKaH TeRaKHiR: KiSaH RoSLi DHoBY

>> Saturday, June 04, 2011



Drama bersiri 8 episod ni sebenarnya dah lama dah ditayangkan kat Astro, iaitu pada pertengahan tahun 2009. Tapi, baru sekarang aku punyai masa utk tonton. Tiba2 je aku tergerak hati utk mencari drama bersiri ni kat YouTube. Alhamdulillah, berjaya dijumpai. Hampir separuh hari aku mengisi masa melayan drama yg penuh emosi ni. Berjurai2 air mata aku keluar, terutamanya di episod2 terakhir drama bersiri ni.

Nama Rosli Dhoby ni mungkin agak familiar di kalangan kita. Seorang pejuang kemerdekaan negeri Sarawak yg kita pernah dengar namanya sewaktu kita belajar subjek Sejarah ketika di sekolah menengah dulu. Tapi, tahukah kita siapa sebenarnya Rosli Dhoby & apakah pengorbanan yg telah dilakukannya? Utk mengetahui jawapannya, aku recommend korang semua utk tonton drama bersiri Warkah Terakhir yg sememangnya higly recommended.

Drama bersiri Warkah Terakhir ni mengisahkan tentang kisah hidup Rosli Dhoby, seorang pemuda Melayu Sarawak yg mempejuangkan kemerdekaan bumi Sarawak drp British ketika usianya baru mencecah 17 tahun. Beliau dilahirkan & dibesarkan di Sibu, Sarawak pada tahun 1932, ketika era pemerintahan Dinasti Brooke di Sarawak. Beliau adalah seorang pelajar yg amat pintar. Sewaktu akhir tahun 1940-an, selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, bumi Sarawak agak kucar-kacir & rusuhan berlaku di sana-sini kerana rakyat Sarawak menentang penyerahan negara mereka oleh Dinasti Brooke kepada Empayar British. Harapan mereka utk memerintah negara sendiri hancur apabila keluarga Brooke menyerahkan Sarawak kepada British & ini menjadikan Sarawak sbg salah satu daripada tanah-tanah koloni Empayar British.

Dalam kekusutan yg berlaku ketika itu, sebuah organisasi underground di bawah naungan Parti Pemuda Melayu yang bernama 'Rukun 13' telah ditubuhkan utk membunuh gabenor British di Sarawak bagi menyampaikan mesej yg lebih tegas kepada pihak British yg rakyat Sarawak tidak ingin dijadikan tanah koloni Empayar British. Rosli Dhoby kemudiannya dipujuk oleh anggota2 Rukun 13 utk menyertai pertubuhan mereka bagi melancarkan usaha pembunuhan tersebut. Beliau pada mulanya enggan utk menyertainya. Akan tetapi setelah berfikir panjang, beliau telah berubah fikiran. Malah, beliau sendiri yg volunteer utk membunuh gabenor British kedua Sarawak yg bernama Duncan George Stewart yg akan tiba di bumi Sarawak tidak lama lagi. Usianya pada ketika itu baru sahaja mencecah 17 tahun. Alasan beliau mem'volunteer'kan diri adalah kerana usia beliau yg belum mencecah 18 tahun. Mengikut undang2 British, seseorang yg di bawah umur 18 tahun tidak akan dihukum mati sekiranya melakukan kesalahan membunuh.

Gabenor British kedua Sarawak yg bernama Duncan George Stewart itu akhirnya berjaya dibunuh oleh Rosli Dhoby pada tanggal 3 Disember 1949 sewaktu gabenor tersebut diraikan ketibaannya di Sibu. Gabenor yg cedera parah tersebut kemudiannya dibawa ke Singapura & akhirnya meninggal dunia di sana. Rosli Dhoby & anggota2 Rukun 13 ditangkap. 4 daripada mereka dihukum gantung sampai mati, termasuk Rosli Dhoby. Yg lainnya dipenjarakan selama 5-10 tahun. Rosli Dhoby pada waktu itu baru sahaja berumur 17 tahun & mengikut undang2 British, beliau masih lagi 'Juvana' & tidak boleh dihukum bunuh. Akan tetapi, British telah menggunakan taktik kotor dgn mengubah fakta. Surat beranak Rosli Dhoby telah diubahsuai. Tahun kelahirannya ditukar ke tahun 1930 & bukannya 1932. Oleh itu, beliau layak menerima hukuman bunuh seperti seorang dewasa yg berumur 19 tahun. Maka, tanggal 2 Mac 1950, Rosli Dhoby dihukum gantung sampai mati di penjara Kuching. Beliau adalah rakyat Sarawak pertama yg dihukum gantung sampai mati oleh British.

Mayat Rosli Dhoby bersama2 3 orang lagi anggota Rukun 13 dikebumikan oleh pihak British di dalam Penjara Kuching tanpa bernisan. Pada 2 Mac 1996, barulah keempat-empat pejuang kemerdekaan ini dikebumikan semula dengan diberikan pengkebumian negeri di Makam Pahlawan Sarawak, berdekatan dengan Masjid Bahagian Sibu. Ketika itulah keempat-empat buah keranda yg mengandungi tinggalan jenazah mereka diselimuti dengan bendera negeri Sarawak, sebagai menunaikan salah satu daripada wasiat Allahyarham Rosli Dhoby.

Utk mengetahui lebih lanjut tentang Rosli Dhoby, tontonlah drama bersiri Warkah Terakhir ni. Selepas habis menonton drama bersiri ni, aku rasa benar2 kagum dgn semangat Rosli Dhoby. Walaupun baru berusia 17 tahun, beliau mempunyai semangat juang & pengorbanan yg begitu tinggi utk kemerdekaan bumi Sarawak drp belenggu penjajahan. Hasil drp pengorbanan beliaulah, Sarawak akhirnya berjaya mendapat kemerdekaan drp British pada tahun 1963 & seterusnya menyertai Malaysia. Walaupun ada antara mereka yg menganggap Rosli Dhoby sbg pembunuh, namun bagi aku, beliau adalah pahlawan Islam sejati yg cuma mementingkan kesejahteraan agama & bangsanya. Pengorbanan yg dilakukan beliau tak terhingga nilainya. Moga rohnya berada di kalangan orang2 beriman.

Tahniah & terima kasih aku ucapkan kepada pengarah drama bersiri ni, iaitu Wan Hasliza kerana berjaya menghasilkan sebuah drama epik sejarah yg amat2 berkualiti & memberi banyak pengajaran buat kita semua. Tahniah juga aku ucapkan kepada Beto Kusyairy yg berjaya menjiwai watak Rosli Dhoby dgn penuh berkesan sekali sampai berjaya membuat air mata aku berjurau2 jatuh. Begitu juga dgn pelakon2 lain. Semoga akan lebih banyak lagi drama2 tempatan yg mengadaptasi kisah perjuangan & pengorbanan pahlawan2 kemerdekaan terdahulu supaya generasi sekarang & akan datang akan lebih menghargai erti kemerdekaan.

p/s: Yang menariknya ttg drama bersiri Warkah Terakhir ini ialah dialog2nya dipertuturkan dalam Bahasa Melayu dialek Sarawak. Hebat jugak pelakon2 dalam drama ni bertutur dalam dialek Sarawak. Hehehe. Tapi jgn risau, subtitle Bahasa Melayu standard tetap disediakan bagi mereka yg bukan dari Sarawak, contohnya spt aku. Hehe.


Potret Rosli Dhoby yg sebenar


Beto Kusyairy sbg Rosli Dhoby dlm drama bersiri Warkah Terakhir


Beto Kusyairy sbg Rosli Dhoby dlm drama bersiri Warkah Terakhir


Pelakon2 yg memegang watak sbg anggota2 Rukun 13 dlm drama bersiri Warkah Terakhir



Trailer Warkah Terakhir



Warkah Terakhir Episod 1 Part 1/6 (utk part2 & episod2 seterusnya, sila tonton di YouTube)



Dokumentari Rosli Dhoby: Pembunuh atau Pejuang (utk part2 seterusnya, sila tonton di YouTube)



SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


23 buah komen:

Cikgu Nurin Saturday, June 4, 2011 at 9:43:00 PM GMT+8  

Dia pejuang, pembunuh itu gelaran yg diberi oleh penjajah...sayang, sejarah seperti ini tak diketengahkan...macam mana generasi sekarang nak menghargai dan mencintai negara..kita banyak memenuhi masa remaja dengan benda-benda lain....

Jue Nara Tuesday, June 7, 2011 at 5:23:00 PM GMT+8  

err.. penah tgk iklan kat ASTRO tp tak penah tgk.. hehe..

Asrul "iLham" Sany Tuesday, June 7, 2011 at 7:46:00 PM GMT+8  

wah, penulis buku ek???

menarik...

nanti keep in touch ya

;D

Unknown Wednesday, June 8, 2011 at 12:37:00 AM GMT+8  

dulu selalu baca kisah dia ni kat library... pejuang yg x harus dilupakan

Unknown Wednesday, June 8, 2011 at 10:11:00 AM GMT+8  

Saya pernah mengikuti cerita ini sampai habis di Astro..memang pun..tak boleh nak tahan airmata saat2 dia ditangkap dan dipenjara hinggalah dihukum..very touching

Ina Hashim Wednesday, June 8, 2011 at 10:26:00 AM GMT+8  

salam ziarah balas...seronoknya tengok tuan blog dapat mengembara ke sana sini seluruh dunia

Unknown Wednesday, June 8, 2011 at 10:26:00 AM GMT+8  

x byk drama yg beri kesan macam drama ni. sy suka juga Beto ni berlakon. walaupun x glamor n kureng kehensemannye, tp lakonan die bersahaja :)

anyway, nice blog :)

gadisBunga™ Wednesday, June 8, 2011 at 1:13:00 PM GMT+8  

salam singgah.

saya tak penah tgk lagi cerita ni. puncanya sebab selalu tak sempat nak catch up.

tak penah miss even satu episod pun ye?

ZaraZueyin Wednesday, June 8, 2011 at 1:14:00 PM GMT+8  

alamak xde astro
teringat masa belaja sejarah dulu2, zaman sekolah ;)

sahromnasrudin Thursday, June 9, 2011 at 12:59:00 PM GMT+8  

assalamualaikum doc...

trime kasih atas penerangan ini..sy mmg tahu psl pejuang ini tp tak tahu secara detail..trime kasih doc telah menerangkannya

Aleyn Friday, June 10, 2011 at 12:21:00 AM GMT+8  

Serious tak pernah dengar nama pejuang ni...subjek sejarah pun tak der rasanyer....

Anyway...sure dia dah banyak berjasa....Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnyer, amin

Afzainizam Saturday, June 11, 2011 at 3:42:00 AM GMT+8  

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
اسلام عليكم
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
sejarah honda civic ej @ ek

bagusss bila kita sentiasa memperingati macammana perjuangan masa dulu2

C`ayob.com Saturday, June 11, 2011 at 7:34:00 PM GMT+8  

singah kembail..waaaa...bakal menjadi doktor ke?? ramainya follow awk....

....terima kasih banyak2....

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi;
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu tuan yang baik budi.

Mari tuan kita menari
Menari bersama,di hari pagi
Terima kasih ucapan di beri
Kalau ada masa, datang lah lagi.......

http://cayob.blogspot.com/

mas saari Saturday, June 11, 2011 at 11:49:00 PM GMT+8  

terima kasih singgah blog saya dan saya balas kunjungan dan follow blog awak!

sangat kagum dgn awak kerana telah menjelajah ke banyak negara...semoga awak terus sukses!

bersama kak Es Sunday, June 12, 2011 at 11:26:00 PM GMT+8  

belum pernah lagi tgk citer ni..
perlu juga tgk nak tahu jalan cerita.

Nieda Monday, June 13, 2011 at 6:28:00 PM GMT+8  

Salam Dr Jhaz. Akak pernah singah blog anda. Terpegun dgn kembara ke 40+ buah negara.

Anonymous Monday, May 21, 2012 at 1:56:00 PM GMT+8  

Siapa yg kata xda dlm subjek sejarah???
ada ok, sejarah TINGKATAN 3...

silibus lama n silibus baru semua ada.

Anonymous Tuesday, March 5, 2013 at 7:32:00 PM GMT+8  

buy valium from canada buy valium no prescription needed - best place order valium

Blogger Wednesday, August 2, 2017 at 11:44:00 PM GMT+8  

Do you need free Facebook Followers?
Did you know that you can get these ON AUTO-PILOT AND ABSOLUTELY FREE by using Like 4 Like?

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP