JuVaNa: MY CuRReNT oBSeSSioN

>> Monday, June 27, 2011



OK. Dalam entry hari ni, aku nak sentuh sikit pasal drama series yg pada masa kini menjadi bualan ramai org. Tak lain tak bukan, drama series JUVANA yg disiarkan kat TV3 setiap hari Isnin jam 9.00 malam. Walaupun adakalanya aku terlepas menyaksikan episod2 drama series ni disebabkan jadual oncall, aku tidak melepaskan peluang utk menonton secara online di website malaymoviesfull.blogspot.com. Mana boleh miss beb!! Best gile kot crite ni.

Drama series ni mengisahkan tentang Daim yg dimasukkan ke dalam sekolah juvana atas tuduhan membunuh maknya sendiri. Kat dalam sekolah ni, dia terpaksa berhadapan dgn bermacam2 karenah pelajar2 yg rata2nya samseng & suka membuli terutamanya si Botak. Geram gile aku dgn si Botak tu. Rasa nak sekeh2 je kepala dia. Cikgu2 kat dalam sekolah ni jgk menghadapi macam2 dugaan utk mendidik bebudak ni, terutamanya Cikgu Zakiah, seorang cikgu kaunseling wanita yg dah lama bercita2 nak mengajar di sekolah juvana.

Anyway, tahniah & terima kasih kpd pengarah, penulis skrip, penerbit, pengarah, pelakon2 & kesemua yg menjayakan drama series ni. One of the best Malay drama series ever on tv. Diharapkan akan banyak lagilah drama2 Melayu yg berkualiti & mengandungi banyak mesej spt drama series Juvana ni. Lagu tema dia (Babak Terakhir nyanyian Drama Band) pun best jgk. Layaaan.. :)




Trailer JUVANA



SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


8 buah komen:

ejaMaria Monday, June 27, 2011 at 7:30:00 AM GMT+8  

ha ah... masa 1st time tengok pun dah rasa best... mmg tunggu la tiap2 episod... ;p

Ilhamny.com Monday, June 27, 2011 at 8:38:00 AM GMT+8  

sy pun dah addict ntah cita nih..tapi nyampah, nak kena tunggu isnin bru dpt tgk..kan best kalau dia siar setiap ari..

Biqque Monday, June 27, 2011 at 11:20:00 AM GMT+8  

cite ni best, sume belakon mcm betul2 kat luar (kira tak nampak fake la)

aizamia3 Monday, June 27, 2011 at 11:46:00 AM GMT+8  

jarang dapat tengok.. tapi cerita dia menarik..

Ringgo Monday, June 27, 2011 at 12:51:00 PM GMT+8  

bleh tgk iklan je .. belom berkesempatan nak layan lg ..
drama & filem sepatutnya boleh dijadikan media untuk mendidik anak2 muda sekarang ni dengan mesej2 yg positif & membina ..
ke arah muslim yg terbilang ..

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP