KaSHaF iMaNi

>> Thursday, May 12, 2011



Dalam entry kali ni, aku nak cerita sikit tentang telemovie yang entah kenapa meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri aku. Telemovie ni bertajuk KASHAF IMANI & mula ditayangkan di saluran Astro Ria pada 17 Februari dulu, bersempena dgn Maulidur Rasul. Banyak kali jugak telemovie ni diulang siaran kat Astro Ria. Dan dah banyak kali jgk aku tengok balik telemovie ni kat laptop. Dah lebih 3 kali kot (download from internet), tapi still aku tak rasa bosan.

Telemovie arahan Azma Aizal Yusoof aka Isma Yusoof ni menceritakan tentang Kashaf (Beto Kusyairy), seorang pemuda bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah (Normah Damanhuri) yang bekerja sebagai GRO & adiknya, Shamim (Wan Sharmila), seorang pelajar kolej. Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Suatu hari, dia telah bergaduh dengan ibunya & telah dihalau keluar oleh ibunya itu.

Imani (Sharifah Amani) pula adalah jiran flat Kashaf yg meminati Kashaf dalam diam & suka mengumpul barang2 yg dibuang oleh Kashaf yg lalu disimpannya di dalam sebuah tin biskut kosong. Aktivitinya itu akhirnya ter’kantoi’ jugak dengan Kashaf. Hahaha. Malu giler dia. Imani adalah anak yatim piatu yang tinggal bersama-sama dengan neneknya (Noryati Taib). Dia bekerja di sebuah perpustakaan. Keistimewaan Imani adalah dia dianugerahkan kebolehan melihat roh-roh mereka yg sudah mati atau koma yg berkeliaran kerana tidak tenteram.

Malam selepas Kashaf dihalau keluar oleh ibunya, Kashaf telah dipukul oleh gengster-gengster upahan pengedar dadah bernama Farouk (Ismail Abdul Aziz) sehingga dia cedera parah & terus jatuh koma. Semasa dalam koma, roh Kashaf berkeliaran & dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya, tetapi orang-orang lain tak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati. Akan tetapi, hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia lalu meminta pertolongan daripada Imani untuk menyatakan kepada ibunya yg dia memohon jutaan kemaafan daripada ibunya itu kerana dia takut dia tidak sempat utk memohon maaf sebelum nyawanya betul-betul dicabut.

Banyak sebenarnya pengajaran yg kita boleh ambil daripada telemovie Kashaf Imani ni. Salah satu daripadanya adalah ajal maut itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja di luar jangkaan kita. Tak kira usia tua atau muda, apabila ajal kita sudah tiba, Allah tak akan melewatkan atau mempercepatkannya walau sedetik pun. Namun, adakalanya, miracles can happen. Orang yg koma & boleh dikatakan nyawa-nyawa ikan adakalanya boleh hidup semula seperti biasa. Semuanya itu adalah kekuasaan Allah yg di luar kefahaman kita, hamba-hamba-Nya yang jahil. Alam roh itu adalah rahsia Allah SWT. Wallahu ’alam. Walau apa pun, kita hendaklah sentiasa bersedia kerana ajal kita boleh jadi esok, lusa atau bila-bila masa sahaja tanpa pengetahuan kita.

Bertaubatlah segera sekiranya kita melakukan apa-apa kesalahan terutamanya dengan ibu kita kerana syurga kita terletak di bawah telapak kaki ibu. Doa seseorang ibu itu tiada hijabnya di sisi Allah SWT. Apa sahaja yg didoakan oleh seseorang ibu utk anak-anaknya, akan segera dimakbulkan oleh Allah SWT. Dosa menderhaka kepada ibu pula akan terus dibalas oleh Allah serta-merta di dunia. Oleh itu, sentiasalah kita berbuat baik dgn ibu kita & jgn sesekali menderhaka atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka. Tak akan wujud kita di muka bumi ini tanpa mereka & tak akan dapat kita mencium bau syurga tanpa keredhaan mereka.

Disebabkan itulah telemovie Kashaf Amani ini benar-benar meninggalkan kesan yg amat mendalam dalam diri aku. Ia mengingatkan aku betapa dekatnya aku dengan mati. Aku sendiri tidak tahu bila nyawa aku akan dicabut. Mungkin esok, mungkin minggu depan, mungkin lambat lagi. Wallahu ’alam. Semua itu adalah rahsia Allah SWT. Apa-apa pun, aku haruslah sentiasa bersedia utk menghadapi saat itu dengan bekalan yg cukup. Mati itu adalah sesuatu yg pasti.

Lakonan Beto Kusyairy. Sharifah Amani, Normah Damanhuri, Wan Sharmila, Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K’n, Noryati Taib & Ain Satar dalam telemovie Kashaf Imani ni harus mendapat pujian. Dengan lakonan yg bersahaja, mereka telah berjaya membuat aku tersenyum & menangis sepanjang aku menonton. Harapan aku semoga telemovie ini & pelakon-pelakonnya akan dijulang sebagai telemovie terbaik & pelakon-pelakon terbaik dalam mana-mana penganugerahan suatu hari nanti. Mereka sememangnya layak!!!! 10/10 bintang... Highly recommended utk ditonton!!!

Klik link kat bawah ni utk menonton telemovie KASHAF AMANI ni secara online:

Kashaf Imani (Part 1)

Kashaf Imani (Part 2)

Kashaf Imani (Part 3)

Kashaf Imani (Part 4)

Kashaf Imani (Part 5)

Kashaf Imani (Part 6)

Kashaf Imani (Part 7)



Trailer telemovie KASHAF IMANI:




Kashaf Imani


Beto Kusyairy sbg Kashaf


Sharifah Amani sbg Imani


Wan Sharmila sbg Shamim & Normah Damanhuri sbg Rosnah (ibu Kashaf & Shamim)



SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


19 buah komen:

Cikgu Nurin Saturday, April 30, 2011 at 11:37:00 PM GMT+8  

Akak tak pernah sempat tgk movie ni..nnt try download...

nanieyghanie Wednesday, May 18, 2011 at 11:05:00 PM GMT+8  

tele-filem nie best giler;)
tq 4 sharing the link, dah byk kali carik kt youtube, x jumpa.

Anonymous Thursday, May 19, 2011 at 5:30:00 AM GMT+8  

very good story.
cuma satu ja agak kureng.. clip no 4 lepaih dia kena tikam tu.. awat driver kereta yg parking sebelah tak perasan body dia awai2 tp kakak sorang tu yg terkezut nmpk??? or dia igt kashaf tgh tidoq mula2 tp smp tgh hari tak bangun2? emrm confuse-confuse :P

FadhDeela Saturday, May 21, 2011 at 1:13:00 AM GMT+8  

suka jugak tgk cite nie!!!! besttt n insaf giler! sayang makkk kita :)

SyahNURazni Saturday, May 21, 2011 at 1:28:00 PM GMT+8  

owh thanks for the link... sudah lama mencari, cuba mendownload dan sampai saat ni masih sedang berusaha... =)

btw, sungguh!!! kashaf imani meninggalkan kesan mendalam dalam hidup saya juga... tgk berkali2 juga tidak jemu...

Orchid Monday, May 23, 2011 at 10:55:00 AM GMT+8  

drama paling best sya nonton setakat ini...tak jemu wapun dah nengok 3 kali di astro...best gilerrr..penuh keinsafan...setiap kali menonton wpun dah tahu jalan ceritanya..airmata tetap mengalir...veri touching ayatnya dialog imani kt sepital " kashaf bgtau.."hari2 dia sayang makcik'..huhuhuhu...hari2 setiap masa saat jugak saya sayang mak saya!!

tia @ Ini Kisah Tia Thursday, May 26, 2011 at 10:30:00 AM GMT+8  

wah ! ni yang Tia cari . suka sangat tengok cerita ni . Tia minta share link ye ;)

Anonymous Friday, May 27, 2011 at 6:04:00 PM GMT+8  

sape pelakon laki ni? plakon baru ek? tak kenal. dlm pic yg first skali tu, siyes muka dia + stail rmbut cmtu bt dia nmpak mcm plakon korean sorg ni..,.tak habes2 ngan korea..ampun.. =p

hUd@hUdz Sunday, May 29, 2011 at 2:56:00 PM GMT+8  

uit tq laa kasi sharing cite kashaf imani..ssh gler nk download cite ni..tq byk2 brO=)

Fara Friday, June 3, 2011 at 3:17:00 PM GMT+8  

saya jugak ada wat n3 berkaitan beto..i like..

CikGu NOr Friday, June 10, 2011 at 2:44:00 PM GMT+8  

Saya pun sudah tgok cerita ni..memang menyentuh perasaaan

iela halilah Monday, June 20, 2011 at 2:43:00 PM GMT+8  

huhu.. ske btl aq tgk cerita ni.. and dr cerita, aq minat beto kusyairy.. he's gorgeous!

inniakhofullah Thursday, September 22, 2011 at 6:32:00 AM GMT+8  

salam,

walau post ni dah lama, tp telemovie ni saya baru tengok memandangkan tajuknya yang begitu BESAR maknanya.


before tgk tu, saya expect movie ni betul2 relate dengan tajuk,iaitu memberi makna sebenar tentang tajuk tersebut,rupa-rupanya TIDAK sama sekali.


kashaf imani merupakan anugerah Allah yang diberikan kepada hamba-hambaNya tidak lain hambaNya tersebut mestilah melalui jalan-jalan tasawuf iaitu jalan alam kerohanian.


Mungkin lebih tepat jika movie ini diletakkan tajuknya kashaf kauni iaitu anugerah Allah yang diberikan kepada makhlukNya tidak kira sama ada makhlukNya itu beragama Islam atau tidak.

Wallahualam.

iNtAn sHaFiNAs Saturday, October 22, 2011 at 1:27:00 PM GMT+8  

sama2...intan pn suka tgk cte ni..xkn prnh rsa bosan..sbb die tinggalkn kesan yg sgt mendalam di ati...terlalu bnyk pengjrn yg bole kte dptkn..hehee...amani comel je berlakon cmtu..

purchase exceed similarly Thursday, May 3, 2012 at 11:36:00 PM GMT+8  

It's Oscar Week, and to get the jewelry juices flowing I've collected what I (humbly) think camisas de futebol are some of the best Oscar jewelry moments for your gawking pleasure.

Anonymous Tuesday, March 5, 2013 at 9:35:00 PM GMT+8  

diazepam without prescription buy valium online no prescription canada - can you buy valium online no prescription

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP