SuMMeR 2006 (WaLeS, iTaLY, VaTiCaN CiTY, GReeCe, TuRKeY, SCoTLaND, eGYPT) (TRaVeLoGue LeNGKaP)

>> Tuesday, July 24, 2007



Sewaktu cuti summer 2006 yg lepas, aku ditemani oleh beberape org kawan2 utk menjelajahi beberape buah negare. Negara2 tersebut ialah Wales (UK), Italy, Greece, Turkey, Scotland (UK) & Egypt. Perjalanan kiteorg di Wales, Italy, Greece, Turkey & Scotland mengambil masa lebih kurang sebulan lamenye (24 June – 25 July). Sebelum meneruskan perjalanan ke Egypt, aku pulang dahulu ke Dublin utk berehat selame seminggu. Tanggal 1 August, aku pun terus ke Egypt. Aku spent masa di Egypt selama 2 minggu lamanya (1-16 August).

So, pd tarikh 24 June 2006, aku, Jem & Azza pun bertolak ke Bristol dari Dublin dgn menaiki flight Ryanair. Flight kiteorg adalah pd waktu tgh hari. So, takde la kena rush sgt. Setibanya kiteorg di Bristol, kiteorg menaiki train ke Cardiff. Perjalanan train mengambil masa lebih kurang 50 minit. Sampai2 je kiteorg kat Cardiff, kiteorg dijemput oleh Ihsan iaitu salah seorg member aku yg sama2 belajar kat Kolej MARA Banting dulu. Kiteorg lepak kat rumah dia sampai 27 June. Dia tinggal serumah dgn beberape org student Msia yg lain. Mlm tu, kiteorg lepak2 je kat bilik die sambil berborak2. Tak keluar mane2 pun lagi.

Bristol Train Station, Bristol, England
Bristol Train Station, Bristol, England


Cardiff Train Station, Cardiff, Wales
Cardiff Train Station, Cardiff, Wales

Keesokannye, barulah kiteorg sama2 menjelajahi bandar Cardiff ni. Ihsan jadi tour guide. Hehe. Cardiff terletak dlm Wales. Wales atau nama tempatannye Cymru adalah salah satu negeri yg melengkapi United Kingdom selain drp England, Scotland & Northern Ireland. Penduduk Wales berjumlah 2.9 juta org semua skali & mempunyai bahasa yg tersendiri iaitu Welsh. Wales jugak mempunyai Parliament sendiri yg hingga kini masih lagi berfungsi. Negeri ni jugak pernah terkenal kerana mempunyai lombong2 arang batu & besi yg sgt banyak. Org2 Welsh ni tak berape suka org2 English kerana dieorg sampai sekarang masih lagi kononnya dijajah oleh org2 English. Cardiff atau nama tempatannye Caerdydd adalah ibu negeri Wales. Ianya jugak digelar “Europe’s Youngest Capital”.

Tempat pertama yg kiteorg lalui ialah Cardiff Stadium. Stadium ni baru je dibina beberape thn yg lepas. Kat depannye ade pasar di mana terdapatnye banyak gerai2 makanan. Kiteorg pun ade jugak la beli beberape jenis makanan. Saje nak isi perut. Lepas tu, kiteorg menuju ke Cardiff Castle. Agak lawa jugak la suasana kat dlm castle ni. Kiteorg ambik tour guide utk mengelilingi dlm bangunan castle tersebut. Dari atas castle tu, kiteorg boleh menikmati pemandangan bandar Cardiff dari atas. Cantik gile.

Cardiff Stadium, Cardiff, Wales
Cardiff Stadium, Cardiff, Wales


Gerai2 Makanan kat depan Cardiff Castle, Cardiff, Wales
Gerai2 Makanan kat depan Cardiff Castle, Cardiff, Wales


Cardiff Castle, Cardiff, Wales
Cardiff Castle, Cardiff, Wales


Cardiff Castle, Cardiff, Wales
Cardiff Castle, Cardiff, Wales


Cardiff Castle, Cardiff, Wales
Cardiff Castle, Cardiff, Wales


Pemandangan Bandar Cardiff Dari Atas Cardiff Castle, Cardiff, Wales
Pemandangan Bandar Cardiff Dari Atas Cardiff Castle, Cardiff, Wales

Lepas spent lebih kurang 2 jam kat dlm Cardiff Castle, kiteorg ke kedai souvenir yg terdapat kat luar castle tu utk membeli beberape buah souvenir sbg kenangan. Then, Ihsan bawak kiteorg lalu Cardiff City Hall & jugak Cardiff University di mana tempat dia belajar. Kemudiannye, kiteorg terus balik rumah. Penat gile.

Cardiff City Hall, Cardiff, Wales
Cardiff City Hall, Cardiff, Wales


Cardiff University, Cardiff, Wales
Cardiff University, Cardiff, Wales

Esoknye, kiteorg keluar kejap je sbb cuaca tak berape baik. Hujan lebat gile. Lusa, barulah kiteorg menuju ke Cardiff Bay iaitu salah satu tempat hang out yg agak best. Ianya terletak kat tepi laut. Terdapat banyak bangunan2 yg agak penting kat situ spt Parliament, shopping complex, museums & mcm lagi. Lame jugak la kiteorg kat situ. Lepas dah puas, kiteorg kembali ke rumah Ihsan utk bersiap2. Kiteorg akan naik bus ke London ptg nanti. Tepat pukul 6.00 ptg, bus pun bertolak ke London. Sedih jugak la nak meninggalkan Ihsan. Die mcm happy gile sewaktu kiteorg ada. Huhuhuh. Terime kasih banyak2 ye Ihsan sbb memberi kiteorg layanan yg sgt best. Hehe. Lebih kurang pukul 9.15 mlm, kiteorg pun tiba di London Victoria bus station. Then, kiteorg terus naik bus ke London Stansted Airport. Kiteorg akan naik flight Ryanair ke Milan pd waktu pagi esoknye.

Cardiff Bay, Cardiff, Wales
Cardiff Bay, Cardiff, Wales


Cardiff Bay, Cardiff, Wales
Cardiff Bay, Cardiff, Wales


Cardiff Bay, Cardiff, Wales
Cardiff Bay, Cardiff, Wales


Dlm Cardiff Parliament, Cardiff, Wales
Dlm Cardiff Parliament, Cardiff, Wales


Dlm Cardiff Parliament, Cardiff, Wales
Dlm Cardiff Parliament, Cardiff, Wales


Cardiff Bay, Cardiff, Wales
Cardiff Bay, Cardiff, Wales


Sesampainye kiteorg kat Milan, kiteorg terus menuju ke hostel yg kiteorg dah book online. Tapi, yg hampehnye, bilik yg kiteorg book tu ada masalah sikit. So, tuan punye hostel terpakse tumpangkan kiteorg kat hostel lain. Dah la kena jalan sendiri. Tensen btul. Nasib baik la bilik kat hostel yg satu lagi ni boleh tahan jugak selesanya. Hmmm...

Lepas mandi, kiteorg terus keluar menjelajahi bandar Milan ni. Milan adalah bandar pertama di Italy yg kiteorg jejaki. Italy atau nama tempatannye Italia terletak di bhg tengah & selatan Europe. Ianya beriklim Mediterranean. Italy adalah negara Europe yg paling kaya dgn kesenian & sejarah tamadun manusia. Bermula dgn pengasasan Empayar Rome pd thn 509 SM, permulaan penganutan & penyebaran agama Kristian Katolik secara besar-besaran di Eropah pd thn 330 M apabila Maharaja Constantine memeluk Kristian & mengisytiharkan Kristian sbg agama rasmi Empayar Rom , hinggalah ke permulaan pergerakan Renaissance yg membawa fahaman sekular ke serata pelusuk Eropah pd abad ke-15 M. Pergerakan Renaissance ini dicetuskan oleh pelukis2 yg terkenal di Italy spt Donatello, Botticelli, Leonardo da Vinci, Raphael & Michaelangelo. Selain kaya dgn sejarah, Italy jugak amat terkenal dgn makanan2 tradisionalnye spt pizza, pasta, sphagetti & macam2 lagi. Org2 kat sini menggunakan bahasa Italy & tak ramai yg fasih berbahasa English. Susah sikit la. Huhhuh.

Milan atau nama tempatannya Milano adalah bandar kedua terbesar & terpenting di Italy selepas Rome. Ianya pernah menjadi pusat Empayar Rom mulai thn 286 M hingga thn 402 M. Milan kini adalah bandar yg menjadi tulang belakang ekonomi bg Italy & jugak antara pusat fashion yg termasyhur di dunia, setaraf dgn Paris, London & New York. Bandar ni takde mende sgt sebenarnye. Hanya sebuah kota metropolitan yg besar. Tak byk sgt tourist attractions. Cume, sape2 yg mempunyai hobi shopping, tempat ni boleh diibaratkan sbg shopping heaven. Tapi malangnye, I’m not one of them. So, kesimpulannye, Milan ni agak membosankan. Hehehe.

Kiteorg travel around dgn berjalan kaki & jugak menaiki Metro. Panas gile Milan. Suhu hampir mencecah 40 darjah celcius. Huhuhu. Tempat pertama yg kiteorg pergi ialah Milan Central train station, utk membeli tiket2 train utk semua perjalanan kiteorg di Italy. Lepas tu, kiteorg terus ke Piazza del Duomo di mane terletaknye Milan Cathedral yg dikatekan cathedral yg ke-4 terbesar di dunia. Ianya mula dibina pd thn 1386 & disiapkan sepenuhnye sewaktu pemerintahan Napoleon pd thn 1809. Cathedral ini memuatkan 3400 statues, 135 spires & 96 gargoyles. Bagi aku, bentuk luaran cathedral ni sgt cantik & unik. Tak pernah jumpe kat tempat lain. Tapi malangnye, construction yg sedang dijalankan mencacatkan rupa depan cathedral tu. Hmm. Silap timing la pulak. Heheh. Berhampiran dgn Milan Cathedral, terletak Galleria Vittoro Emanuele II, sebuah arked tertutup yg merupakan salah sebuah bangunan di Europe yg pertama yg menggunakan besi & kaca sbg material utama. Kat dlm bangunan ni terdapat byk kedai yg menjual pelbagai jenis barang. Selain itu, di Piazza del Duomo jugak terletak Palazzo Arcivescovile, Palazzo Reale & Pinacoteca Ambrosiana.

Piazza del Duomo, Milan, Italy
Piazza del Duomo, Milan, Italy


Piazza del Duomo, Milan, Italy
Piazza del Duomo, Milan, Italy


Milan Cathedral, Milan, Italy
Milan Cathedral, Milan, Italy


Milan Cathedral di Piazza del Duomo, Milan, Italy
Milan Cathedral, Milan, Italy


Dalam Milan Cathedral, Milan, Italy
Dalam Milan Cathedral, Milan, Italy


Dalam Milan Cathedral, Milan, Italy
Dalam Milan Cathedral, Milan, Italy


Galleria Vittoro Emanuele II di Piazza del Duomo, Milan, Italy
Galleria Vittoro Emanuele II di Piazza del Duomo, Milan, Italy


Dalam Galleria Vittoro Emanuele II, Milan, Italy
Dalam Galleria Vittoro Emanuele II, Milan, Italy

Kiteorg kemudiannye menuju ke area La Scala di mana terdapatnye byk attraction2 yg best. Antaranya ialah Castello Sforzesco. Castle ini dibina pd thn 1368. Pd mulanya, ianya adalah kubu kpd Visconti utk berlindung drp serangan Venice. Ia kemudiannye menjadi kediaman dynasty Sforza yg memerintah Renaissance di Milan. Leonardo da Vinci turut terlibat dlm pembinaan bangunan ini sewaktu Renaissance. Di dlm castle ni, terdapat beberape muzium. Salah satu hasil seni Michaelangelo terdapat di dlm salah satu muzium tersebut. Lepas tu, kiteorg berjalan ke Chiesa Di Santa Maria Della Grazie di mana terletaknya mural salah satu lukisan yg terpenting dlm tamadun Europe iaitu “The Last Supper” yg merupakan hasil seni Leonardo da Vinci. Ianya dikatakan dilukis antara thn 1495-1498. Kiteorg tak dpt nak tengok lukisan tu sbb kena book in advance. Hmm. Takpe laa. Tak berminat sgt pun sebenarnye nak tengok. Heheh.

Castello  Sforzesco, Milan, Italy
Castello Sforzesco, Milan, Italy


Castello Sforzesco, Milan, Italy
Castello Sforzesco, Milan, Italy


Chiesa Di Santa Maria Della Grazie, Milan, Italy
Chiesa Di Santa Maria Della Grazie, Milan, Italy


The Last Supper
The Last Supper

Tempat terakhir yg kiteorg pergi ialah Stadium Meazza San Siro yg merupakan stadium bg club bola sepak AC Milan & Inter Milan. Jauh gile stadium ni. Penat kiteorg berjalan. Kiteorg just bergambar kat luar je. Tak dpt nak masuk. Dah tutup kot waktu kiteorg sampai. Huhuhuh. Lepas bergambar, kiteorg kembali semula ke hostel utk berehat & solat. Pd waktu mlm, kiteorg keluar utk menikmati suasana Milan pd waktu mlm. Kiteorg ke Piazza del Duomo utk bergambar malam kat situ. Ya Allah. Byk gile nyamuk kat situ. Kiteorg tak sanggup nak stay lama2. Lepas puas bergambar, kiteorg cepat2 blah & kembali ke hostel.

Stadium Meazza San Siro, Milan, Italy
Stadium Meazza San Siro, Milan, Italy


Piazza del Duomo di Waktu Malam, Milan, Italy
Piazza del Duomo di Waktu Malam, Milan, Italy


Milan Cathedral di Waktu Malam, Milan, Italy
Milan Cathedral di Waktu Malam, Milan, Italy


Keesokan paginye, kiteorg meninggalkan Milan & naik train ke Verona, Italy. Verona adalah bandar yg menjadi tarikan pelancong kerana kononnye di bandar inilah terjadinya kisah tragis percintaan Romeo & Juliet yg kisahnye ditulis oleh William Shakespeare. Selain itu, bandar ini jugak turut digelar “Little Rome” kerana kepentingannye pd suatu masa dahulu.

Verona, Italy
Verona, Italy

Tempat pertama yg kiteorg jejaki ialah Roman Arena, iaitu Roman amphitheatre yg dibina pd kurun pertama. Ianya kini dijadikan sbg opera house. Roman Arena ini adalah Roman amphitheatre yg ke-3 terbesar & boleh memuatkan 20,000 org. Binaannye kebanyakannye masih kukuh sampai skarang, malah lagi kukuh drp Colosseum di Rome. Hmm. Kagum btul. Tempat seterusnye yg kiteorg pergi ialah Piazza dei Signori di mana terletaknye Loggia del Consiglio yg merupakan bekas city hall. Selain itu, terdapat jugak Palazzo degli Scaligeri & Arche Scaligeri. Hmm. Takde ape yg menarik sgt pun kat piazza ni.

Roman Arena, Verona, Italy
Roman Arena, Verona, Italy


Roman Arena, Verona, Italy
Roman Arena, Verona, Italy


Roman Arena, Verona, Italy
Roman Arena, Verona, Italy


Roman Arena, Verona, Italy
Roman Arena, Verona, Italy


Piazza dei Signori, Verona, Italy
Piazza dei Signori, Verona, Italy

Then, kiteorg terus ke Casa di Giulietta (Juliet’s House) yg kononnye adalah rumah Juliet. Di sini terdapat sebuah balkoni yg dikatakan tempat di mana Juliet & Romeo sering berjumpe. Terdapat jugak statue Juliet yg diperbuat drp gangsa di halaman rumah ini. Lepas puas bergambar kat sini, kiteorg berjalan menuju ke Castelvecchio. Sebelum sampai kat situ, kiteorg berjalan melalui Roman Theatre yg dibina pd kurun pertama & masih lagi digunakan hingga skarang utk persembahan konsert & teater. Castelvecchio adalah kubu yg dibina di atas River Adige. Ianya adalah sebuah jambatan yg kini dijadikan muzium.

Rumah Juliet, Verona, Italy
Rumah Juliet, Verona, Italy


Statue Juliet di Rumah Juliet, Verona, Italy
Statue Juliet di Rumah Juliet, Verona, Italy


Roman Theatre, Verona, Italy
Roman Theatre, Verona, Italy


CastelVecchio, Verona, Italy
CastelVecchio, Verona, Italy


Castelvecchio, Verona, Italy
CastelVecchio, Verona, Italy

Lepas bergambar kat Castelvecchio, kiteorg singgah kat sebuah restoran utk makan pizza. Nyam nyam nyam. Sedap gile. Lepas makan, kiteorg berehat2 kejap kat sebuah taman sementara menunggu train pd pukul 7.10 ptg. Kiteorg bertolak ke Venice, Italy pd ptg tu jugak. Perjalanan mengambil masa 1 jam 20 minit lamanya.

Makan Pizza, Verona, Italy
Makan Pizza, Verona, Italy


Sesampainye kiteorg di Venice, kiteorg terus menuju ke hostel yg kiteorg dah book online. Selepas check in, kiteorg pun berehat2 la kat dlm hostel tu sementara menunggu pagi. Pagi esoknye, kiteorg terus memulakan ekspedisi menjelajahi kota Venice. Venice atau nama tempatannye Venezia adalah sebuah bandar yg sgt menarik & amat berbeza drp bandar2 yg aku pernah kunjungi sebelum ni. Dibentuk oleh 117 buah pulau2 kecil, kota Venice mempunyai 150 buah terusan yg memisahkan pulau2 tersebut & 409 buah jambatan yg menyambungkan satu pulau dgn pulau2 yg lain. Disebabkan keadaan yg sedemikian rupa, tiada sebarang kenderaan darat pun yg digunakan di kota ini. Semua kenderaan darat yg sampai di sini spt bas, kereta dan sebagainya perlu diletakkan di satu tempat khas yg disediakan. Hanya kenderaan air sahaja yg digunakan utk menjelajahi kota ini iaitu gondola, traghetto, vaporetto & water taxis. Gondola adalah kenderaan air yg termahal. Tapi ramai je pelancong2 yg naik mende ni. Salah satu tarikan pelancong kononnye. Heheh. Traghetto pulak adalah jenis gondola yg murah. Sementara Vaporetto adalah kenderaan air yg paling banyak digunakan kerana ianya murah & menghubungkan banyak jetty di sepanjang Grand Canal. Water taxis jugak adalah antara kenderaan air yg sering digunakan. Jalan2 & lorong2 yg terdapat di kota ini agak sempit & boleh menyebabkan kite sesat. So, kena betul2 pandai baca peta. Kalau tak, mmg senang sesat. Heheh. Venice jugak adalah tempat kelahiran pelayar yg terkenal iaitu Marco Polo. Beliau pernah sampai ke negara kite suatu masa dahulu.

Peta Venice, Italy
Peta Venice, Italy


Vaporetto, Venice, Italy
Vaporetto, Venice, Italy

Tempat pertama yg kiteorg jejaki ialah Piazza San Marco. Utk ke situ, kiteorg menaiki vaporetto dari train station. Vaporetto ni melalui sepanjang terusan Grand Canal utk ke Piazza San Marco. Grand Canal adalah terusan yg terlebar & terpanjang di Venice. Berbentuk S, panjang terusan ini ialah 3.5 km dgn kedalaman 6 m. Terdapat hanya 3 buah jambatan di sepanjang terusan ini iaitu Ponte di Rialto, Ponte dell’ Accademia & Ponte dei Scalzi. Pemandangan yg kiteorg nikmati sepanjang perjalanan kiteorg menaiki vaporetto menyusuri Grand Canal ni teramat mengasyikkan. Subhanallah. Sangat indah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Di Piazza San Marco, terdapat sebuah gereja yg diberi name Basilica di San Marco. Binaannye dipengaruhi oleh unsur2 Byzantine, Romanesque & Renaissance. Basilica ini dahulunya adalah setanding dgn Hagia Sofia yg terletak di Constantinople atau kininya dikenali sbg Istanbul. Tujuan Basilica di San Marco ini dibina adalah utk menempatkan makam St Mark, salah seorg org yg terpenting dalam agama Kristian. Basilica ni boleh tahan jugak la lawanya.

Grand Canal, Venice, Italy
Grand Canal, Venice, Italy


Grand Canal, Venice, Italy
Grand Canal, Venice, Italy


Grand Canal, Venice, Italy
Grand Canal, Venice, Italy


Piazza San Marco, Venice, Italy
Piazza San Marco, Venice, Italy


Piazza San Marco, Venice, Italy
Piazza San Marco, Venice, Italy


Basilica di San Marco, Venice, Italy
Basilica di San Marco, Venice, Italy

Setelah puas bergambar di Piazza San Marco, kiteorg berjalan kaki mengelilingi kota Venice utk kembali ke train station. Boleh je kalau nak naik Vaporetto. Tapi kiteorg nak try berjalan kaki di kota Venice. Time ni la skill membaca map tersangat2 diperlukan. Heheh. Sambil berjalan, kiteorg sempat singgah di Ponte di Rialto, iaitu salah satu jambatan yg merentangi Grand Canal. Di sekelilingnye terdapat banyak gile kedai2 souvenir. Rambang gile mata kiteorg. Kat area ni jugak la kiteorg terserempak dgn 3 beranak, org Msia. Heheh. Tak sangka dpt jumpe org Msia yg lain kat sini. Lepas habis shopping, kiteorg decided utk naik gondola. Mahal pun mahal la. Peluang mcm ni takkan dtg lagi seumur hidup. Btul tak? Heheh. Gondola yg kiteorg naik ni pun adalah antara yg termurah & student price. 60 Euro utk satu gondola. So, 20 Euro seorg. Ok la tu kan? Heheh. Perjalanan menaiki gondola tu mengambil masa 30 minit lamenye. Pakcik tukang kayuh gondola ni membawa kiteorg menyusuri terusan2 kecil yg dihiasi dgn beberape buah jambatan yg mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Pergh. Mmg romantic gile. Hehehe.

Ponte di Rialto, Venice, Italy
Ponte di Rialto, Venice, Italy


Grand Canal, Venice, Italy
Grand Canal, Venice, Italy


Naik Gondola, Venice, Italy
Naik Gondola, Venice, Italy


Naik Gondola, Venice, Italy
Naik Gondola, Venice, Italy


Naik Gondola, Venice, Italy
Naik Gondola, Venice, Italy

Lepas puas naik gondola, kiteorg singgah kat sebuah restoran utk makan pizza. Pizza lagi. Heheh. Bile dah kenyang, kiteorg meneruskan perjalanan utk ke train station. Alhamdulillah. Jumpa jugak train station akhirnye. Nasib baik la tak sesat. Bile dah nak maghrib, kiteorg pun kembali ke hostel kiteorg. Kiteorg akan bertolak ke Florence pukul 3.00 pagi nanti. So, lebih kurang pukul 12.00 tgh mlm, kiteorg pun bertolak menuju ke train station. Kiteorg lepak2 je kat situ sementara menunggu train datang. Tunggu punye tunggu, akhirnya datang pun train.

Venice, Italy
Venice, Italy


Makan Pizza, Venice, Italy
Makan Pizza, Venice, Italy


Jalan-Jalan, Venice, Italy
Jalan-Jalan, Venice, Italy


Lebih kurang pukul 6.00 pagi, kiteorg pun tiba di Florence. Kiteorg terus menuju ke hostel yg kiteorg dah book online. Tapi malangnye, kiteorg takleh nak check in lagi sbb waktu check in adalah pukul 11.00 pg. So, kena la tunggu. Huhuh. Tunggu punye tunggu, akhirnye dpt jugak check in. Lepas check in, mandi2 & bersiap2, kiteorg pun memulakan perjalanan mengelilingi bandar Florence, Italy.

Florence atau nama tempatannye Firenze terletak di tebing River Arno. Kota ini merupakan pusat kepada kebangkitan Renaissance & jugak kediaman Machiavelli, Michaelangelo & Medici. Ianya jugak adalah tempat kelahiran pelukis yg terkenal iaitu Leonardo da Vinci yg mashyhur dgn lukisan potret “Monalisa”, “The Last Supper” & pelbagai lagi. Sewaktu kurun ke-13, Florence adalah bandar yg sibuk dgn urusan perdagangan sutera & bulu kambing biri-biri. Pd kurun ke-15, ianya menjadi pusat kpd tercetusnye perkembangan seni, architecture, perniagaan & politik sehingga lahirnya revolusi yg diberi name Renaissance yg memisahkan agama dan kehidupan. Kota Florence ini amat kaya dgn seni, kebudayaan & sejarah. Selepas penyatuan Italy, Florence adalah ibu kota Italy yg pertama mulai thn 1865 hinggalah thn 1871 apabila Rome mengambil alih. Cuaca di sini agak panas drp Milan. Berpeluh2 kiteorg. Kiteorg travel around dgn berjalan kaki.

Machiavelli
Machiavelli

Tempat pertama yg kiteorg lalui ialah Galleria dell’ Accademia yg menempatkan hasil2 lukisan pelukis2 kurun ke-13 hingga kurun ke-16. Tarikan utama yg terdapat di dlm gallery ini ialah statue marmar yg diberi jolokan “The Most Famous Sculpture in the Western World”, iaitu statue David yg diukir oleh Michaelangelo sewaktu berusia 29 thn. Statue ni pada mulanya diletakkan kat Piazza della Signoria. Tapi disebabkan pelbagai peristiwa buruk yg berlaku yg mengancam kekukuhan statue ini, ianya pun dipindahkan ke dlm gallery ni pd thn 1873. Kiteorg tak masuk ke dlm gallery ni sbb kena beratur panjang gile. Mcm buang mase la pulak kan.

Depan Galleria dell’ Accademia, Florence, Italy
Depan Galleria dell’ Accademia, Florence, Italy


Statue David di dlm Galleria dell’ Accademia, Florence, Italy
Statue David di dlm Galleria dell’ Accademia, Florence, Italy

Lepas tu, kiteorg meneruskan perjalanan kiteorg ke Piazza del Duomo. Di sinilah terletaknye mercu tanda utama Florence iaitu Duomo atau dlm English bermaksud Cathedral. Nama rasminye ialah Cathedrale di Santa Maria del Fiore. Binaannye sgt mengagumkan. Bumbungnye berwarna oren & pernah memenangi pertandingan, sementara dinding luarnya adalah marmar yg berwarna merah, hijau & putih dgn corak2 yg sgt menarik. Pembinaannye bermula pd thn 1294 & siap sepenuhnye 150 thn kemudian. Mereka yg terlibat dlm pembinaan cathedral ini ialah Arnolfo di Cambio, Brunelleschi, Vasari, Zuccari, Donatello, Paolo Uccelo & Lorenzo Ghiberti. Battistero yg terletak btul2 bersebelahan dgn Duomo adalah bangunan tertua di Florence & dibina antara kurun ke-5 hingga kurun ke-11. Bangunan ini terkenal dgn pintu yg bersalut gangsa, yg diberi name “Gate of Paradise”.

Duomo, Florence, Italy
Duomo, Florence, Italy


Duomo, Florence, Italy
Duomo, Florence, Italy


Duomo, Florence, Italy
Duomo, Florence, Italy


Battistero, Florence, Italy
Battistero, Florence, Italy


Gate of Paradise di Battistero, Florence, Italy
Gate of Paradise di Battistero, Florence, Italy


Tempat seterusnye ialah Piazza della Republica yg merupakan open space terbesar di Florence. Ianya pd mulanya adalah Roman Forum. Kini, ianya adalah pusat kpd fashion & cafe2 yg mahal di Florence. Berdekatan dgnnye terdapat gerai2 kecil yg menjual pelbagai jenis barang termasuk souvenir. Kiteorg ade jugak la beli beberape buah souvenir sbg kenangan. Kemudian, kiteorg berjalan ke Piazza della Signoria yg merupakan pusat kpd kehidupan politik di Florence. Di sini terletak Palazzo Vecchio yg dibina antara thn 1298-1340. Ianya adalah traditional seat kpd pentadbiran Florence. Ia pernah menjadi kediaman Medici pd kurun ke-16. Kini, ianya menempatkan hasil2 kerja Michaelangelo, Leonardo da Vinci & Bronzino. Di luar Palazzo Vecchio terdapat Fountain of Neptune, statue tiruan David yg dihasilkan oleh Michaelangelo (statue asli terletak di Galleria dell’ Academia) & statue tiruan Marzocco yg dihasilkan oleh Donatello (statue asli terletak di Museo del Bargello).

Piazza della Republica, Florence, Italy
Piazza della Republica, Florence, Italy


Piazza della Republica, Florence, Italy
Piazza della Republica, Florence, Italy


Gerai-Gerai Berdekatan dengan Piazza della Republica, Florence, Italy
Gerai-Gerai Berdekatan dengan Piazza della Republica, Florence, Italy


Piazza della Signoria, Florence, Italy
Piazza della Signoria, Florence, Italy


Piazza della Signoria, Florence, Italy
Piazza della Signoria, Florence, Italy


Palazzo Vecchio, Florence, Italy
Palazzo Vecchio, Florence, Italy


Fountain of Neptune Di Luar Palazzo Vecchio, Florence, Italy
Fountain of Neptune Di Luar Palazzo Vecchio, Florence, Italy


Statue Tiruan David Di Luar Palazzo Vecchio, Florence, Italy
Statue Tiruan David Di Luar Palazzo Vecchio, Florence, Italy

Terletak bersebelahan dgn Palazzo Vecchio ialah Loggia della Signoria yg dibina pd kurun ke-14 sbg platform utk upacara2 umum. Kini, ia hanya menjadi tempat pertunjukan sculptures. Di sini terdapat sebuah statue gangsa yg agak famous iaitu statue Perseus memegang kepala Medusa yg telah dipancung. Mercato Nuovo terletak berdekatan. Ianya dibina pd kurun ke-16 utk menyimpan emas & perak kerajaan. Kini, ia dijadikan pasar barang2 souvenir & barang2 kulit. Kiteorg shopping jugak kat sini. Heheh. Seterusnye, kiteorg melalui Uffizi Gallery. Gallery ini dibina oleh Vasari pd thn 1554 sbg pejabat kpd Duke Casimo. Kini, ianya dijadikan muzium lukisan2 yg terkenal spt “Birth of Venus” oleh Botticelli, “The Annunciation” oleh Leonardo da Vinci, “Holy Family” oleh Michaelangelo, “Venus of Urbino” oleh Titian & jugak hasil kerja pelukis2 lain spt Raphael, Andrea del Sarto, Tintoretto & Caravaggio.

Loggia della Signoria, Florence, Italy
Loggia della Signoria, Florence, Italy


Statue Perseus Memegang Kepala Medusa di Loggia della Signoria, Florence, Italy
Statue Perseus Memegang Kepala Medusa di Loggia della Signoria, Florence, Italy


Mercato Nuovo, Florence, Italy
Mercato Nuovo, Florence, Italy


Uffizi Gallery, Florence, Italy
Uffizi Gallery, Florence, Italy


Birth of Venus oleh Botticelli
Birth of Venus oleh Botticelli


Annunciation oleh Leonardo da Vinci
Annunciation oleh Leonardo da Vinci

Lepas tu, kiteorg meneruskan perjalanan ke Ponte Vecchio (Old Bridge), jambatan yg paling famous di Florence. Ianya adalah jambatan pertama yg dibina di Florence, merentangi River Arno. Ianya dibina pd thn 1345 bg menggantikan jambatan yg dibina sewaktu zaman kegemilangan Empayar Rom. Di atas jambatan ini terdapat banyak kedai2 yg menjual emas & perak. Dahulunya, kedai2 di sini adalah kepunyaan penjual2 daging. Jambatan ni adalah satu2nya jambatan yg tidak dirobohkan oleh tentera Nazi di Florence sewaktu Perang Dunia Kedua. Selepas puas bergambar di jambatan ini, kiteorg menuju ke sebuah puncak bukit yg dikelilingi oleh Boboli Garden. Kiteorg naik bukit tu utk melihat pemandangan kota Florence dari atas. Tapi tak sangka pulak yg kiteorg kena bayar utk masuk garden tu. Hmm. Hampeh btul. Tapi ok la. Pemandangan kota Florence dari atas bukit tu mmg agak mengasyikkan.

Ponte Vecchio, Florence, Italy
Ponte Vecchio, Florence, Italy


Ponte Vecchio, Florence, Italy
Ponte Vecchio, Florence, Italy


Dalam Boboli Garden, Florence, Italy
Dalam Boboli Garden, Florence, Italy


Pemandangan Kota Florence Dari Atas Boboli Garden, Florence, Italy
Pemandangan Kota Florence Dari Atas Boboli Garden, Florence, Italy

Lepas puas bergambar, kiteorg berjalan menuju ke Piazzale Michaelangelo. Rupa2nya, Piazzale Michaelangelo ni terletak kat atas bukit & pemandangan kota Florence dari atas sini lebih cantik drp pemandangan dari atas bukit tadi. Ceh. Menyesal masuk Boboli Garden tu. Cuma aku & Azza je yg naik bukit menuju ke Piazzale Michaelangelo ni. Jem tunggu kat kaki bukit. Tak larat nak naik. Heheh. Seriously, pemandangan kota Florence dari atas sini mmg tersangat2 lawa. Lebih2 lagi kiteorg kat sini pd waktu senja. Subhanallah. Indah sungguh. Lepas puas menikmati keindahan kota Florence dari Piazzale Michaelangelo, kiteorg berjalan menuju ke Chiesa di Santa Croce. Gereja ini menempatkan makam Machiavelli, Galileo & Michaelangelo. Lepas tu, kiteorg terus kembali ke hostel. Esok paginye, kiteorg akan bertolak ke Pisa dgn train.

Piazzale Michaelangelo, Florence, Italy
Piazzale Michaelangelo, Florence, Italy


Pemandangan Kota Florence Dari Atas Piazzale Michaelangelo, Florence, Italy
Pemandangan Kota Florence Dari Atas Piazzale Michaelangelo, Florence, Italy


Chiesa di Santa Croce, Florence, Italy
Chiesa di Santa Croce, Florence, Italy


Perjalanan train dari Florence ke Pisa mengambil masa sejam. Lebih kurang pukul 11.30 pg, kiteorg pun tiba di Pisa. Pisa pd zaman dahulunye pernah bersaing hebat dgn Genoa & Venice dari segi kuasa maritime. Ia jugak merupakan tempat kelahiran Galileo Galilei. Tapi kini, ia hanya terkenal dgn menara condong yg merupakan tarikan pelancong seluruh dunia. Sesampainye kiteorg di Pisa, kiteorg terus berjalan menuju ke Piazza del Duomo di mana terletaknye Pisa Cathedrale & menara locengnya yg condong, iaitu menara yg menjadi tarikan utama pelancong ke sini. Cathedral ini dibina mulai thn 1064. Menara loceng cathedral ini dibina oleh arkitek Bonanno Pisano. Ia sudah mula menyondong sewaktu tingkat ketiganya siap dibina & setiap thn, ia akan menyondong sebanyak 1 mm. Pelbagai usaha dilakukan supaya menara ini berhenti menyondong, namun semuanya gagal, hinggalah pd thn 1998 apabila kabel dipasang mengelilingi tingkat ketiga. Usaha ini agak berjaya. Kecondongan menara ini pada masa kini ialah 4.1 m drp paksi 90 darjah.

Pisa Cathedale, Pisa, Italy
Pisa Cathedale, Pisa, Italy

Bermcm2 jenis pose pelancong2 kat sini bergambar. Kelakar pulak bile tgk. Hahaha. Kiteorg pun tanpa segan silu turut berposing sakan. Hampir 2 jam kiteorg berada kat depan menara ni. Lepas puas bergambar, kiteorg beli beberape buah souvenir di gerai2 yg terdapat di Piazza del Duomo tu. Then, kiteorg singgah kat sebuah restoran berdekatan utk makan sphagetti. Lepas tu, kiteorg kembali semula ke train station utk meneruskan perjalanan ke Rome pd ptg tersebut.

Aksi-Aksi Manusia Di Depan Tower of Pisa, Pisa, Italy
Aksi-Aksi Manusia Di Depan Tower of Pisa, Pisa, Italy


Tower of Pisa, Pisa, Italy
Tower of Pisa, Pisa, Italy


Tower of Pisa, Pisa, Italy
Tower of Pisa, Pisa, Italy


Tower of Pisa, Pisa, Italy
Tower of Pisa, Pisa, Italy


Tower of Pisa, Pisa, Italy
Tower of Pisa, Pisa, Italy


Makan Sphagetti, Pisa, Italy
Makan Sphagetti, Pisa, Italy


Perjalanan train dari Pisa ke Rome mengambil masa lebih kurang 3 jam 45 minit. Kiteorg tiba di Rome pada pukul 9.30 mlm. Sampai2 je kat sana, kiteorg terus menuju ke hostel yg kiteorg dah book online. Lepas mandi & solat, kiteorg terus tidur. Penat gile.

Keesokannye, kiteorg memulakan ekspedisi mengelilingi kota Rome. Rome atau nama tempatannye Roma adalah ibu negara Italy. Rome yg terletak di pinggir River Tiber adalah kota metropolitan yg teramat kaya dgn nilai sejarah, lagenda dan monument2 yg penting yg berkaitan dgn peradaban manusia. Ia jugak turut digelar sbg ‘Eternal City’ yg bermaksud kota yg kekal. Menurut lagenda, Romulus dan Remus, dua adik-beradik yg kononnye dipelihara oleh seekor serigala betina adalah pengasas kota Rome yg diasaskan pd tahun 753 SM. Mereka dikatakan berketurunan bangsa Troy yg telah kalah dlm peperangan menentang bangsa Greek pd suatu masa dahulu.

Romulus dan Remus
Romulus dan Remus

Sedikit demi sedikit, kota Rome berkembang dan akhirnya menjadi sebuah empayar yang terbesar dalam sejarah Eropah. Antara Maharaja2 Empayar Rome yg terkenal ialah Augustus, Tiberius, Caligula, Nero dan Constantine. Rome jugak adalah pusat kepada agama Kristian Katholik, mazhab Kristian yg pertama dan terbesar di dunia. Apabila Constantine memeluk agama Kristian, baginda telah menjadikan Kristian sbg agama rasmi Empayar Rome.

Empayar Rome
Empayar Rome

Kiteorg travel around Rome dgn menaiki metro dan jugak berjalan kaki. Tempat pertama yg kiteorg kunjungi ialah Colosseum, yg merupakan monument yg paling masyhur di Rome. Ianya mula dibina pd tahun 72 SM sewaktu pemerintahan Maharaja Vespasian. Bangunan yg berbentuk spt stadium ni dahulunya boleh memuatkan 80,000 org dan digunakan sbg tempat pertarungan gladiator dan binatang buas. Beribu2 manusia dan binatang terkorban sewaktu pertarungan2 tersebut. Sewaktu Middle Ages, Colosseum dijadikan sbg kota pertahanan dan seterusnye dijadikan kauri utk marmar. Kini, bhg dalam Colosseum ini kebanyakannya telah roboh. Maklum le. Dah berusia lebih 2,000 thn. Berhampiran dgn Colosseum, terdapat sebuah arch yg diberi nama Arch of Constantine. Ianya dibina utk memberi penghormatan kpd Maharaja Constantine setelah memenangi peperangan pd thn 312 M.

Gladiator
Gladiator


Colosseum, Rome, Italy
Colosseum, Rome, Italy


Dalam Colosseum, Rome, Italy
Dalam Colosseum, Rome, Italy


Dalam Colosseum, Rome, Italy
Dalam Colosseum, Rome, Italy


Dalam Colosseum, Rome, Italy
Dalam Colosseum, Rome, Italy


Arch of Constantine, Rome, Italy
Arch of Constantine, Rome, Italy

Berdekatan dgn Colosseum jugak terdapat runtuhan Roman Forum dan Palatine Hill. Roman Forum dahulunya adalah pusat komersil, politik dan agama di kota Rome. Upacara2 umum dan mesyuarat senate diadakan di sini. Antara bangunan2 penting yg terdapat dlm area Roman Forum ini ialah Tempio di Antonino e Faustina, Basilica Aemilia, Curia, Lapis Niger, Arco di Settimo Severo, Tempio di Saturno, Basilica Giulia, Tempio di Giulio Cesare, Chiesa di Santa Maria Antiqua, Case delle Vestali dan Tempio di Vesta. Di Palatine Hill pulak terdapat beberapa bangunan spt Domus Augustana, Domus Flavia, Tempio della Magna Mater dan Casa di Livia.

Roman Forum, Rome, Italy
Roman Forum, Rome, Italy


Roman Forum, Rome, Italy
Roman Forum, Rome, Italy


Roman Forum, Rome, Italy
Roman Forum, Rome, Italy


Roman Forum, Rome, Italy
Roman Forum, Rome, Italy


Roman Forum, Rome, Italy
Roman Forum, Rome, Italy


Tempio di Antonino e Faustina di Roman Forum, Rome, Italy
Tempio di Antonino e Faustina di Roman Forum, Rome, Italy


Seterusnya, kiteorg berjalan melalui Monumento Vittorio Emanuele II yg terletak di Piazza Venezia. Ianya dibina sbg tanda peringatan kpd peristiwa penyatuan Italy. Kemudiannye, kiteorg berjalan ke Fontana di Trevi, fountain yg direka oleh Nicola Salvi pd tahun 1732. Sumber airnya diperolehi drp aqueducts yg terawal di Rome. Lepas puas bergambar kat situ, kiteorg meneruskan perjalanan ke Piazza di Spagna. Di sini terdapat anak2 tangga yg diberi name Spanish Steps yg menuju ke sebuah gereja yg bernama Trinita dei Monti. Anak2 tangga ini dibina pd thn 1725 M. Time kiteorg kat sini, gereja tu tgh dlm renovation. So, gambar pun tak berape lawa la.

Monumento Vittorio Emanuele II, Rome, Italy
Monumento Vittorio Emanuele II, Rome, Italy


Fontana di Trevi, Rome, Italy
Fontana di Trevi, Rome, Italy


Gereja Trinita dei Monti dan Spanish Steps, Rome, Italy
Gereja Trinita dei Monti dan Spanish Steps, Rome, Italy


Gereja Trinita dei Monti dan Spanish Steps, Rome, Italy
Gereja Trinita dei Monti dan Spanish Steps, Rome, Italy

Kemudiannye, kiteorg menaiki metro ke Vatican City. Vatican City sebenarnya adalah sebuah negara lain & bukannya di bawah pentadbiran kerajaan Italy. Ianya adalah negara yg terkecil di dunia selepas Benitto Mussolini memberi kuasa pemerintahan kota ini sepenuhnya kpd Pope pd thn 1929. Vatican City adalah pusat kpd Gereja Kristian Katholik. Sbg sebuah negara, ianya mempunyai sistem pos yg tersendiri dan dikawal oleh pengawal2 yg berbangsa Swiss. Di sinilah terletaknya gereja paling penting dan pernah menjadi gereja yg terbesar di dunia iaitu St Peter’s Basilica. Gereja ini terletak di kawasan yg diberi nama Piazza San Pietro. Di sinilah terletaknya makam St Peter, salah seorg org yg terpenting dlm sejarah agama Kristian Katholik. Gereja ini mula dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Constantine pd kurun ke-4. Di tgh2 Piazza San Pietro terdapat sebuah obelisk yg dibawa oleh Caligula ke Rome dari Heliopolis di Egypt. Piazza San Pietro ini dikelilingi oleh 2 semibulatan deretan tiang. Di atas setiap tiang2 tu terdapat statue org2 yg terpenting dlm agama Kristian Katholik yg berjumlah 140 statue kesemuanya.

St Peter's Basilica, Vatican City
St Peter's Basilica, Vatican City


St Peter’s Basilica, Vatican City
St Peter's Basilica, Vatican City


Dalam St Peter’s Basilica, Vatican City
Dalam St Peter’s Basilica, Vatican City


Dalam St Peter’s Basilica, Vatican City
Dalam St Peter’s Basilica, Vatican City


Pengawal-Pengawal Swiss di St Peter’s Basilica, Vatican City
Pengawal-Pengawal Swiss di St Peter’s Basilica, Vatican City


Pejabat Pos Berdekatan St Peter’s Basilica, Vatican City
Pejabat Pos Berdekatan St Peter’s Basilica, Vatican City

Vatican Museum jugak adalah antara daya tarikan utama di Vatican City. Tapi kiteorg tak berkesempatan utk masuk sbb dah ditutup. Sistine Chapel yg terdapat dlm Vatican Museum adalah tempat di mana College of Cardinals memilih Pope baru. Pd ceilingnye, terdapat lukisan yg dilukis oleh Michaelangelo yg menggambarkan cerita dari Genesis. Selain itu, terdapat jugak lukisan Michaelangelo yg bertajuk Creation dan jugak Last Judgement. Bila senja dah tiba, kiteorg terus pulang ke hostel. Lepas solat, aku dan Azza keluar utk bergambar malam di Colosseum dan Fontana di Trevi. Lepas tu, kiteorg terus balik ke hostel utk tidur.

Vatican Museum, Vatican City
Vatican Museum, Vatican City


Sistine Chapel Di Vatican Museum, Vatican City
Sistine Chapel Di Vatican Museum, Vatican City


Genesis oleh Michaelangelo
Genesis oleh Michaelangelo


Colosseum Di Waktu Malam, Rome, Italy
Colosseum Di Waktu Malam, Rome, Italy


Fontana di Trevi di Waktu Malam, Rome, Italy
Fontana di Trevi di Waktu Malam, Rome, Italy


Keesokan paginye pd hari ke-3 di Rome, kiteorg bertiga berjalan menuju je Pantheon, the best preserved building of Ancient Rome, sbb binaannye masih lagi utuh, tak spt binaan2 zaman Rome yg lain. Binaan ini dibina pd tahun 120 M oleh Maharaja Rome pd waktu tersebut iaitu Hadrian, di atas tapak temple yg dibina oleh Marcus Agrippa pd thn 27 SM, menantu kpd Maharaja Rome, Augustus. Pembinaan Pantheon ditujukan khas kpd 'planetary gods'. Namun, pd thn 608 M, ianya dijadikan gereja Roman Katholik. Kubah yg terdapat pd Pantheon adalah antara pencapaian yg terpenting dlm senibina empayar Rome. Makam Raja2 Italy spt Vittorio Emanuele II & Umberto I ditempatkan di sini. Begitu jugak dgn makam pelukis yg terkenal, Raphael.

Pantheon, Rome, Italy
Pantheon, Rome, Italy


Dalam Pantheon, Rome, Italy
Dalam Pantheon, Rome, Italy


Dalam Pantheon, Rome, Italy
Dalam Pantheon, Rome, Italy


Kubah Dlm Pantheon, Rome, Italy
Kubah Dlm Pantheon, Rome, Italy

Seterusnye, kiteorg ke Castel Sant' Angelo yg dibina pd thn 135 M yg menempatkan makam Maharaja Rome, Hadrian. Ianya kemudian dijadikan kubu pertahanan. Ini adalah tempat terakhir yg kiteorg kunjungi. Bile dah puas bergambar, kiteorg kembali ke hostel utk berkemas. Azza akan pulang ke Dublin pd waktu ptg nanti. So, bile dah habis berkemas & berehat2, kiteorg berjalan menuju ke train station. Bile dah sampai kat depan train station, Azza pun terus naik bus ke Rome Ciampino Airport utk pulang semula ke Dublin dgn flight Ryanair. Tinggallah aku berdua dgn Jem. Huhuhu. Goodbye Azza!! Terime kasih atas pengalaman2 yg best sepanjang trip kite ni. Aku & Jem kemudiannye masuk ke dlm train station & lepak kat dlm McDonalds sementara menunggu train ke Brindisi pd waktu mlm nanti. Kiteorg akan naik overnight train ke Brindisi. Dari Brindisi, kiteorg akan naik ferry ke Greece.

Castel Sant' Angelo, Rome, Italy
Castel Sant' Angelo, Rome, Italy


Overnight train yg aku & Jem naik dari Rome tiba di Brindisi pd awal pagi esoknye. Satu peristiwa yg agak pahit berlaku sewaktu kiteorg tgh tidur dlm train tersebut. Bag galas aku hampir2 dicuri oleh seorg lelaki yg masuk ke dlm cabin kiteorg. Nasib baik Jem tersedar dari tidur. Mamat yg masuk dlm cabin tu kemudiannye beri alasan yg kononnye die perlukan sebatang rokok. Huh. Kiteorg mcm dah biasa dgn alasan tu. Kiteorg tau sgt yg niat sebenarnye adalah utk curi barang kiteorg. Kiteorg pun cakap kat die yg kiteorg takde rokok. Then, mamat tu pun blah. Peh. Lega gile. Kalau tak, sure bag galas aku dah kena ambik. Huhuhu. Alhamdulillah.

Bandar Brindisi yg kiteorg jejaki ni terletak di bhg selatan Italy. Takde ape yg menarik sebenarnye kat bandar ni. Ia hanyalah tempat persinggahan pelancong2 yg ingin ke Greece kerana ianya adalah terminal utama ferry2 dari Italy ke Greece. Ferry kiteorg ke Greece bertolak pd waktu ptg nanti. So, kiteorg agak kebosanan jugak la sementara menunggu ferry sampai. Huhuhu. So, kiteorg spend mase yg ada ni dgn travel around bandar Brindisi yg agak kecil ni. Kiteorg bergambar dgn Roman Column yg merupakan kesan peninggalan Empayar Rome yg berusia lebih 1000 thn & jugak sebuah monument yg dibina oleh Benitto Mussolini pd thn 1933 sbg tanda peringatan kpd pelayar2 Italy. Kiteorg jugak berkesempatan bermain dam ular yg Jem bawak. Hahah. Nampak sgt yg kiteorg ni bosan gile kan. Hehe.

Brindisi, Italy
Brindisi, Italy


Roman Column, Brindisi, Italy
Roman Column, Brindisi, Italy


Monument Of Italian Sailors, Brindisi, Italy
Monument Of Italian Sailors, Brindisi, Italy

Setelah penat menunggu beberape jam, akhirnya sampai pun ferry. Ferry kiteorg ni dikelolakan oleh syarikat 'My Way'. Kiteorg book online. Kiteorg book 'airplane seat' so that kiteorg boleh tidur dgn selesa dgn harga yg agak berpatutan. Ferry ni agak besar & selesa jugak la. Not bad at all. Semua kemudahan ada.

Perjalanan ke Greece mengambil masa lebih 12 jam. Ferry yg merentasi Laut Adriatic yg memisahkan Italy & Greece ni bergerak menuju ke sebuah bandar di Greece yg bernama Patras. Kiteorg tiba di bandar ni keesokan paginya. Patras adalah bandar ketiga terbesar di Greece selepas Athens & Thessaloniki & merupakan terminal utama kpd pelancong2 yg ingin menaiki ferry dari Greece ke Italy. Tak ade ape yg menarik pun di bandar ni. So, sejurus selepas kiteorg jejakkan kaki di bandar ni, kiteorg terus naik bus menuju ke bandar Athens, ibu negara Greece. Perjalanan ke Athens dari Patras mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Perjalanan Ferry Dari Brindisi (Italy) ke Patras (Greece)
Perjalanan Ferry Dari Brindisi (Italy) ke Patras (Greece)


Senja Di Laut Adriatic, Dari Italy ke Greece
Senja Di Laut Adriatic, Dari Italy ke Greece


Hampir Tiba Patras, Greece
Hampir Tiba Patras, Greece

Sesampainya di Athens, kiteorg terus menuju ke train station utk beli tiket train ke Thessaloniki pd waktu mlm 2 hari kemudiannye. Kiteorg plan nak ke Istanbul dari Athens. Tapi, kiteorg terpaksa singgah di Thessaloniki dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul. Tak ada direct train dari Athens ke Istanbul. Leceh btul. Itu 2 hari kemudian punye cerite. Hari ni punye cerite, kiteorg akan naik ferry dari Athens ke Pulau Santorini pd waktu mlm nanti. Kiteorg dah pun book ticket ferry tu online. So, lepas selesai beli tiket train, kiteorg bercadang utk jejakkan kaki di seberapa byk tempat yg boleh di bandar Athens ni, sementara menunggu ferry ke Pulau Santorini. Kiteorg terpaksa heret bag2 kiteorg skali sbb tak jumpe tempat yg sesuai utk kiteorg tinggalkan bag2 kiteorg. Kat dlm train station tu pun takde lockers atau luggage room. Hampeh btul!

Greece atau nama tempatannya Ελλάδα (Ellada) adalah antara negara yg tertua di dunia. Ianya adalah 'cradle of Islamic & Western civilisation'. Di sinilah lahirnya para cendakiawan spt Aristotle, Socrates, Plato & ramai lagi. Ilmu2 dieorg ni la yg menjadi rujukan utama para cendakiawan Islam & Barat dari dulu sampailah skarang. Greece jugak kaya dgn hasil2 architecture yg berusia berkurun2 lamanya, kesan peninggalan empayar Mycenaean, Minoan, Hellenistic, Byzantine & jugak empayar Turki Uthmaniyah. Kedudukannya di pinggir Laut Mediterranean menjadikan purata suhunya agak tinggi berbanding negara2 Europe yg lain. Waktu tempatan di sini 2 jam lebih awal drp waktu di UK & Ireland.

Penduduk2 di Greece kebanyakannya beragama Kristian Greek Orthodox yg agak berbeza fahamannya berbanding Kristian Roman Katholik. Senibina gereja2 di sini jugak agak berlainan drp gereja2 Roman Katholik yg aku selalu tengok. Penduduk di negara ni menggunakan bahasa Greek sbg bahasa utama mereka. Namun, ramai jugak yg agak fasih berbahasa English. Malah, English dieorg lagi bagus drp org2 Italian. Tulisan Greek tak menggunakan huruf2 Roman spt yg biasa kite guna. Tulisan Greek menggunakan huruf2 symbol yg kite guna dlm subjek Matematik spt λ, δ, α & byk lagi. Menarik kan? Hehehe.

Huruf2 Dalam Tulisan Greek
Huruf2 Dalam Tulisan Greek

Athens atau nama tempatannya Aθήνα (Athena) adalah ibu negara Greece & jugak merupakan bandar terbesar di negara ini. Athens adalah antara bandar yg tertua di dunia. Ianya adalah tempat pertembungan budaya Timur & Barat. Di sini terdapat banyak runtuhan2 peninggalan tamadun2 zaman dahulu. Di sinilah jugak lahirnya sukan yg paling berpestrij di dunia iaitu Sukan Olympic.

Dari train station, kiteorg terus menuju ke Stadium Olympic yg terletak agak jauh dari city centre. Kiteorg ke sana dgn menaiki metro. Kiteorg terpaksa bawak skali bag2 kiteorg yg agak berat tu. Huhuhu. Stadium Olympic yg kiteorg jejaki ni bukanlah Stadium Sukan Olympic pertama di dunia yg diadakan pd thn 1896, tapi ianya adalah stadium baru yg dibina utk Sukan Olympic pd thn 2004, which is 2 thn lepas. Kompleks stadium ni sgtlah lawa & menakjubkan. Kagum gile. Lepas spend almost 1 hour kat sini, kiteorg terus menuju ke terminal ferry Piraeus yg jugak terletak agak jauh dari city centre. Kiteorg ke sana dgn menaiki metro. Dari Piraeus, kiteorg akan naik ferry ke Pulau Santorini. So, pd hari ni kiteorg cuma sempat ke Stadium Olympic je. Tapi takpe. Kiteorg still ade satu hari lagi di Athens selepas kiteorg balik dari trip kiteorg ke Turkey nanti.

Di Stadium Olympic, Athens, Greece
Di Stadium Olympic 2004, Athens, Greece


Di Stadium Olympic, Athens, Greece
Di Stadium Olympic 2004, Athens, Greece


Di Stadium Olympic, Athens, Greece
Di Stadium Olympic 2004, Athens, Greece


Di Stadium Olympic, Athens, Greece
Di Stadium Olympic 2004, Athens, Greece


Tunggu punye tunggu, akhirnya tiba pun ferry Hellenic Seaways yg kiteorg tunggu sejak berjam2 lalu di jetty Piraeus, Athens ni. Lewat pulak ferry ni sampai. Lepas semua penumpang dah masuk, ferry ni pun bergerak menuju ke Pulau Santorini. Waktu tu dah malam dah. Perjalanan ke Pulau Santorini mengambil masa lebih kurang 11 jam. Kiteorg book 'airplane seat' so that kiteorg dpt tidur dgn selesa. Harganya pun takde la mahal sgt.

Keesokan paginya, kiteorg pun tiba di perairan Pulau Santorini. Pemandangan pulau2 di sekitarnya dari atas ferry teramatlah mengasyikkan. Belum pernah aku menyaksikan pemandangan yg seindah itu. Subhanallah. Lebih kurang pukul 10 pg, ferry yg kiteorg naiki pun berlabuh di Port Athinios, iaitu jetty utama di Pulau Santorini. Kiteorg dijemput oleh driver hostel yg kiteorg book online. Hahah. Terasa mcm celebrity pulak. Selama ni aku tak pernah dijemput oleh mane2 pemilik hostel pun. Hostel kiteorg terletak di Pantai Perissa, salah satu pantai yg menjadi tourist attractions. Hostel tu agak mewah jugak la sbb siap ade swimming pool lagi. Hihih. Tapi bayarannya takde la mahal sgt. Berbelas euro jek sorang utk satu mlm.

Hampir Tiba Di Pulau Santorini, Greece
Hampir Tiba Di Pulau Santorini, Greece


Pulau Santorini, Greece Dari Jauh
Pulau Santorini, Greece Dari Jauh

Selepas mandi, solat dan sebagainya, kiteorg pun terus bergerak utk menaiki bus ke bandar Fira, bandar utama di Pulau Santorini. Pulau Santorini atau dlm tulisan Greek, Σαντορίνη adalah salah satu pulau drp kepulauan Cyclades yg terletak di Laut Aegean, 200 km dari tanah besar Greece. Selain nama Santorini, pulau ini jugak diberi nama Thira (Θήρα) oleh org2 tempatan. Rupa bentuk pulau ini agak aneh sebenarnya. Ianya berbentuk spt bulan sabit & terdapat beberape buah pulau kecil berhampirannya. Menurut sejarah, gunung berapi yg terdapat di pulau ni pernah meletup pd suatu masa dahulu & letupan itulah yg menyebabkan Pulau Santorini berbentuk sedimikian rupa. Wallahu 'alam. Penduduk di pulau ini yg berjumlah 13,000 org menggunakan bahasa Greek dlm kehidupan seharian. Namun, ada jugak yg boleh berbahasa English.

Kedudukan Pulau Santorini aka Thira Dlm Peta Greece
Kedudukan Pulau Santorini aka Thira Dlm Peta Greece


Bentuk Pulau Santorini
Bentuk Pulau Santorini


Serpihan Pulau Santorini Selepas Letupan Gunung Berapi, Greece
Serpihan Pulau Santorini Selepas Letupan Gunung Berapi

Fira atau dlm tulisan Greek, Φηρα adalah capital city of Santorini & merupakan bandar terpenting di sini. Bandar ini terletak di tebing setinggi 260m yg menghadap Laut Aegean & panoramanya sangat2 menakjubkan. Boleh dikatakan hampir semue bangunan di bandar ini dicat dgn warna putih & gereja2 yg terdapat di sini mempunyai kubah2 yg berwarna biru. Itulah yg menjadikan pemandangan bandar ni tersangat indah kalau dilihat dari jauh. Kiteorg travel around bandar Fira ni dgn berjalan kaki je. Takde la besar mane. Byk jugak la kedai2 terdapat di bandar ni, especially kedai souvenir. Pulau Santorini jugak terkenal dgn keldai2nya. Byk btul souvenir2 patung keldai dijual. Nak tunggang keldai pun boleh. Tapi kena bayar la. Hihih. Menarik gak. Tapi aku & Jem tak berani nak tunggang.

Fira, Pulau Santorini, Greece
Fira, Pulau Santorini, Greece


Fira, Pulau Santorini, Greece
Fira, Pulau Santorini, Greece


Fira, Pulau Santorini, Greece
Fira, Pulau Santorini, Greece


Keldai2 di Pulau Santorini, Greece
Keldai2 di Pulau Santorini, Greece

Selepas puas berkelana di bandar Fira, kiteorg naik bus menuju ke bandar Oia pulak, iaitu bandar kedua terbesar di Pulau Santorini. Oia sama spt bandar Fira, jugak terletak di tebing tinggi yg menghadap Laut Aegean & bangunan2 di sini jugak bertemakan warna putih & berkubah biru. Oia ni terkenal dgn pemandangan matahari terbenamnya yg sgt2 cantik. Sbb itulah pelancong2 ramai gile kat sini sewaktu sunset. Kiteorg tak berkesempatan nak menikmati sunset sbb kiteorg plan nak bermandi-manda di Pantai Perissa yg terletak berdekatan dgn hostel kiteorg tu sebelum matahari terbenam.

Oia, Pulau Santorini, Greece
Oia, Pulau Santorini, Greece


Oia, Pulau Santorini, Greece
Oia, Pulau Santorini, Greece


Sebuah Gereja Greek Orthodox, Oia, Pulau Santorini, Greece
Sebuah Gereja Greek Orthodox, Oia, Pulau Santorini, Greece


Oia, Pulau Santorini, Greece
Oia, Pulau Santorini, Greece

So, selepas lebih kurang sejam di Oia, kiteorg kembali ke Pantai Perissa dgn menaiki bus. Tapi malangnya, kiteorg tak sempat nak bermandi-manda sbb dah masuk maghrib. Huhuh. So, kiteorg terpaksa tunda plan kiteorg tu ke esok pagi. Huhuh. Pd waktu mlm, kiteorg lepak kat dlm bilik je. Masak, makan, tgk tv, solat & terus tidur.

Esok paginye, lebih kurang pukul 6 pg, kiteorg berdua berjalan menuju ke Pantai Perissa utk bermandi-manda. Kiteorg berdua je kat situ waktu tu. Hahah. Awal pg gile. Mane ade org mandi kat pantai seawal tu. Mcm org gile je. Haha. Air laut pun agak sejuk. Aaah. Lantak la. Asalkan dpt mandi sudah. Rugi la kan kalau tak mandi. Hostel dah la dekat je dgn pantai tu. Bile lagi nak merase air Laut Aegean. Hihihi.

Bersantai Di Pantai Perissa, Pulau Santorini, Greece
Bersantai Di Pantai Perissa, Pulau Santorini, Greece


Pantai Perissa, Pulau Santorini, Greece
Pantai Perissa, Pulau Santorini, Greece


Pantai Perissa, Pulau Santorini, Greece
Pantai Perissa, Pulau Santorini, Greece


Bermandi-Manda Di Pantai Perissa, Pulau Santorini, Greece
Bermandi-Manda Di Pantai Perissa, Pulau Santorini, Greece


Hostel Kiteorg, Perissa, Pulau Santorini, Greece
Hostel Kiteorg, Perissa, Pulau Santorini, Greece

Lepas 2 jam bermandi-manda di Pantai Perissa, kiteorg pun terus bersiap2 utk ke jetty Port Athinios. Ferry kiteorg ke Piraeus, Athens akan bergerak pd pukul 10.00 pg nanti. Lepas dah bersiap2 semue, kiteorg terus menuju ke jetty tersebut dgn menaiki van kepunyaan hostel tu. Kena bayar beb. Ingatkan free. Hampeh je. Hihih. Tepat pukul 10.00 pg, ferry Hellenic Seaways tu pun bergerak menuju ke Piraeus, Athens. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 11 jam.

Setelah hampir 11 jam kiteorg dlm ferry dari Pulau Santorini, akhirnya tiba pun kiteorg kembali di jetty Piraeus, Athens. Waktu tu dah mlm dah. Lebih kurang pukul 10.00 mlm. Sampai2 je di jetty Piraeus, kiteorg terus naik metro utk ke train station. Kiteorg akan naik train ke Thessaloniki pd mlm tu jugak. Train akan bertolak dari Athens ke Thessaloniki pd pukul 11 lebih. So, kiteorg cuma ada lebih kurang sejam je sebelum train bertolak. Huhuhu. Cuak gile. Takut tak sempat nak kejar train je. Perjalanan dgn menaiki metro dari jetty Piraeus ke train station pun mengambil masa agak lama. Huhuhu.

Tapi Alhamdulillah. Kiteorg sempat jugak sampai di train station sebelum train tiba. Lega gile. Spt yg telah aku ceritakan sebelum ni, kiteorg terpaksa naik train dari Athens ke Thessaloniki sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul sbb takde direct train dari Athens ke Istanbul. Agak leceh jugak laa kan. Setelah beberape minit menunggu, akhirnya tiba pun train tersebut. Kiteorg ditempatkan dlm sebuah cabin yg memuatkan 8 org. Sempit nak mampus. Dah la perjalanan train ni mengambil masa lebih kurang 7 jam utk sampai ke Thessaloniki. Huhuhu. Mati le aku.

Setelah 7 jam menderita dlm train Athens-Thessaloniki (tak boleh tidur pun), akhirnya kiteorg pun tiba di bandar Thessaloniki pd waktu pagi keesokannye. Alhamdulillah. Lega gile kiteorg bile dah sampai. Tamat penderitaan. Sampai2 je kat train station Thessaloniki, kiteorg terus beli tiket train ke Istanbul. Train kiteorg ke Istanbul akan bergerak pd pukul 8.00 mlm nanti. So, kiteorg ada satu hari di Thessaloniki.

Selepas cuci muka & berehat2 di dlm train station tu, kiteorg pun decided utk keluar berjalan2 di bandar Thessaloniki ni dgn berjalan kaki. Thessaloniki atau dlm tulisan Greeknya, Θεσσαλονίκη adalah bandar kedua terbesar & kedua terpenting di Greece selepas Athens & ianya jugak adalah capital city of Greek region of Macedonia. Bandar Thessaloniki ni diasaskan pd thn 315 SM oleh Raja Macedonia yg bernama Cassander. Nama Thessaloniki ni adalah bersempena dgn nama permaisurinya iaitu Thessalonica, yg jugak merupakan adinda kpd Alexander the Great. Antara nama2 lain yg diberi kpd bandar ni adalah Selonica oleh org2 Western Europe & Selanik oleh org2 Turkish. Sama spt Athens, Thessaloniki mempunyai architecture & culture yg turut dipengaruhi oleh campuran tamadun2 Greek, Rome, Byzantine & Turki Uthmaniyah. Thessaloniki jugak adalah tempat kelahiran bapa pemodenan Turkey iaitu Mustafa Kamal Attaturk, manusia durjana yg bertanggungjawab menyekularkan Turkey. Selain itu, bandar ni jugak terkenal dgn bougatsa, sejenis pastry yg berintikan custard yg lazat gile.

Bougatsa
Bougatsa

Tempat pertama yg kiteorg jejaki di Thessaloniki ialah Bey Hamami, sebuah bekas rumah mandi, peninggalan empayar Turki Uthmaniyah. Kemudiannye, kiteorg ke Roman Forum, runtuhan peninggalan empayar Rome. Takde la besar sgt area dia. Then, kiteorg berjalan ke Haghios Dimitrios, sebuah gereja mazhab Greek Orthodox. Ianya adalah gereja yg tertua & terpenting di Thessaloniki. Sewaktu pemerintahan empayar Turki Uthmaniyah, gereja ini ditukar menjadi masjid (1493-1912). Namun, selepas kemerdekaan Greece dari Turki Uthmaniyah, bangunan ini ditukar kembali menjadi gereja Greek Orthodox.

Bey Hamami, Thessaloniki, Greece
Bey Hamami, Thessaloniki, Greece


Roman Forum, Thessaloniki, Greece
Roman Forum, Thessaloniki, Greece


Haghios Dimitrios, Thessaloniki, Greece
Haghios Dimitrios, Thessaloniki, Greece


Dalam Haghios Dimitrios, Thessaloniki, Greece
Dalam Haghios Dimitrios, Thessaloniki, Greece

Selepas melihat senibina gereja ini di dalam dan di luar, kiteorg terus berjalan menuju ke sebuah lagi gereja yg terkenal di sini yg diberi nama Hagia Sofia (Church of the Holy Wisdom), sama spt nama yg diberi kpd bangunan yg terkenal di Istanbul tu. Tapi, Haghia Sofia di Thessaloniki ni takde la sebesar Haghia Sofia di Istanbul. Kiteorg tak masuk ke dlmnye sbb mcm takde ape2 je.

Haghia Sofia, Thessaloniki, Greece
Haghia Sofia, Thessaloniki, Greece

Lepas tu, kiteorg berjalan ke Rotunda atau Haghios Georgios. Gereja yg merupakan bangunan tertua di Thessaloniki ni dibina sewaktu era Empayar Rome dulu. Berdekatan dgnnya adalah gereja Haghios Panteleimon & Arch & Tomb of Galerius. Arch yg dibina pd thn 305 M ni dibina sewaktu pemerintahan Emperor Rome yg bernama Galerius bersempena dgn kemenangan mengalahkan Sassanids.

Rotunda aka Haghios Georgios, Thessaloniki, Greece
Rotunda aka Haghios Georgios, Thessaloniki, Greece


Haghios Panteleimon, Thessaloniki, Greece
Haghios Panteleimon, Thessaloniki, Greece


Arch of Galerius, Thessaloniki, Greece
Arch of Galerius, Thessaloniki, Greece

Kemudiannye, kiteorg ke waterfront of the city yg menghadap Laut Aegean. Di situ, terletak sebuah menara yg diberi name White Tower & berdekatan dgnnya terdapat statue Alexander the Great sedang menunggang kuda. White Tower tersebut adalah symbol kpd bandar Thessaloniki ini. Ianya dibina sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman the Magnificient, seorg sultan empayar Turki Uthmaniyah yg terkenal. Menara ini digunakan sbg menara kawalan pd zaman tersebut. Kini, ianya dijadikan muzium yg mempamerkan khazanah2 empayar Byzantine.

White Tower, Thessaloniki, Greece
White Tower, Thessaloniki, Greece


Statue Alexander the Great, Thessaloniki, Greece
Statue Alexander the Great, Thessaloniki, Greece

Lepas puas bergambar di situ, kiteorg pun kembali ke train station memandangkan cuaca pun mcm nak hujan. Kiteorg lepak2 je kat dlm train station tu sementara menunggu train ke Istanbul tiba. Lebih kurang pukul 7.45 ptg, kiteorg dah boleh masuk ke dlm train tersebut. Tepat pukul 8.04 ptg, train pun bergerak meninggalkan bandar Thessaloniki utk ke destinasi kiteorg yg seterusnye iaitu Istanbul. Perjalanan train tersebut mengambil masa lebih kurang 12 jam. Ianya adalah overnight train.

Setelah 12 jam menaiki overnight train dari Thessaloniki, kiteorg pun tiba di train station Istanbul Sikerci keesokan paginye. Istanbul sememangnya adalah antara tempat yg dah lama aku idam2kan utk dijejaki sejak bertahun2 dahulu. Akhirnya, tercapai jugak hajat ini. Train yg aku & Jem naik mlm tadi mmg selesa gile. Kiteorg tidur dlm cabin yg di dalamnye terdapat 2 buah katil (double decker). Dlm cabin tu siap ade almari baju & sink lagi. Hihih. Agak mewah jugak la. Harganya pun agak mahal la of course. One way lebih kurang 50 Euro. Tapi berbaloi la. Pemandangan luar dari train tu pd waktu pagi pun agak lawa jugak la. Byk gile ladang bunga matahari yg terdapat di bumi Turkey ini. Jarang sekali dapat aku lihat pemandangan yg sedemikian rupa. Subhanallah. Train station Istanbul Sikerci yg menjadi destinasi kiteorg ni dahulunya merupakan destinasi terakhir bagi keretapi Orient Express yg sgt terkenal pd suatu masa dahulu. Keretapi Orient Express ni bergerak sejauh lebih 1500 batu dari kota Paris sampailah ke Istanbul, dgn melalui bandar2 spt Strasbourg, Munich, Vienna, Budapest & Bucharest. Namun, keretapi ni hanya beroperasi sekejap je iaitu antara tahun 1889 - 1977. Pd thn 1977, operasinya ditamatkan.

Ladang Bunga Matahari Di Turkey
Ladang Bunga Matahari Di Turkey


Ladang Bunga Matahari Di Turkey
Ladang Bunga Matahari Di Turkey


Train Station Istanbul Sikerci, Istanbul, Turkey
Train Station Istanbul Sikerci, Istanbul, Turkey


Train Station Istanbul Sikerci, Istanbul, Turkey
Train Station Istanbul Sikerci, Istanbul, Turkey


Iklan Train Orient Express
Iklan Train Orient Express


Peta Perjalanan Train Orient Express dari Paris ke Istanbul
Peta Perjalanan Train Orient Express dari Paris ke Istanbul

Sesampainye kiteorg di train station tu, kiteorg didatangi oleh seorg pemuda Turkish. Die offer kiteorg berdua utk menginap di hostel kawannye yg terletak tak jauh dari train station tu & jugak terletak berdekatan dgn area Sultanahmet yg merupakan area yg paling famous di Istanbul. Since kiteorg pun takde book mane2 hostel, so kiteorg follow je pemuda tu. Hmm. Agak selesa jugak la bilik yg kiteorg dpt. Double bed room. 10 euro sorang utk satu mlm. Murah gile la kan. Heheh.

Lepas mandi & bersiap2, kiteorg terus keluar utk menjelajahi kota Istanbul, Turkey. Kiteorg travel around dgn berjalan kaki & naik tram. Turkey adalah negara Islam pertama yg aku jejaki sepanjang 4 thn aku berkecimpung dlm bidang travel ni. 99% penduduk Turkey adalah Muslim. Turkey atau dalam bahasa tempatannya, Türkiye adalah satu2nya negara di dunia ini yg terletak di pertemuan dua buah benua, iaitu Asia & Europe. Di negara inilah lahirnya beberapa tamadun besar di dunia spt Byzantine & Turki Uthmaniyah. Disebabkan kedudukannye di pertemuan benua Asia & Europe, maka kebudayaan masyarakat Turkey agak unik kerana dipengaruhi oleh dua kebudayaan yg amat berbeza, iaitu Timur (Islam) & Barat. Sampai ke hari ini, Turkey masih lagi mengalami krisis identity kerana pengaruh dua budaya yg spt langit dan bumi itu. Org2 di Turkey menggunakan bahasa Turkish dlm kehidupan seharian. English agak jarang digunakan & tak ramai yg fasih berbahasa English. Waktu tempatan di sini adalah 2 jam lebih awal drp waktu di UK & Ireland. Matawang Turkey ialah Turkish New Lira (YTL). 1 Euro bersamaan dgn 2 Lira.

Peta Turkey
Peta Turkey


Kedudukan Turkey Dlm Peta Dunia
Kedudukan Turkey Dlm Peta Dunia

Spt yg kita semua tahu, di bumi Turkey inilah lahirnya empayar Islam yg terkuat, terbesar & paling lama bertahan dalam sejarah dunia, iaitu empayar Turki Uthmaniyah. Empayar gergasi ini diasaskan pd thn 1299 oleh Osman Ghazi, Sultan yg pertama. Namun, pd thn 1922, di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, empayar ini akhirnya berkubur, selepas Mustafa Kamal Attaturk mengambil alih pemerintahan selepas kekalahan Turkey dlm Perang Dunia Pertama. Mustafa Kamal lah yg bertanggung jawab memodenkan Turkey & menghapuskan sistem kesultanan & khalifah & menggantikannye dgn sistem Republik. Turkey disekularkan secara menyeluruh oleh manusia laknatullah ini.

Empayar Turki Uthmaniyah Pd Thn 1580
Empayar Turki Uthmaniyah Pd Thn 1580


Mustafa Kamal Attaturk Laknatullah
Mustafa Kamal Attaturk Laknatullah

Istanbul adalah bandar terbesar & terpenting di Turkey. Ianya adalah ibu kota empayar Turki Uthmaniyah pd zaman dahulu. Namun, apabila Mustafa Kamal Attaturk mula memerintah, ibu kota Republik Turkey berpindah ke Ankara pd thn 1923. Bandar Istanbul adalah bandar yg dikelilingi oleh 3 buah laut, iaitu Selat Bosphorus, Laut Marmara & Golden Horn. Istanbul adalah tempatnya di mana benua Asia & Europe bertemu. Selat Bosphorus adalah selat yg memisahkan dua benua tersebut.

Peta Istanbul
Peta Istanbul

Nama asal Istanbul adalah Byzantium, yg didiami oleh org2 Greek sejak tahun 667 SM. Pd thn 330 M, Roman Emperor yg bername Constantine membuka bandar Byzantium & menjadikannye ibu kota baru empayar Rome kerana kedudukannye yg lebih strategik utk mentadbir tanah2 jajahan empayar Rome di sebelah timur. Nama Byzantium ditukar kpd Constantinople. Empayar Rome yg amat besar tu akhirnya terpecah menjadi dua iaitu Empayar Rome Barat & Empayar Rome Timur. Bandar Rome di Italy adalah ibu kota Empayar Rome Barat, sementara Constantinople adalah ibu kota Empayar Rome Timur atau jugak dikenali dgn nama Empayar Byzantine. Bandar Constantinople menjadi pusat kpd mazhab Kristian Greek Orthodox, sementara bandar Rome di Italy kekal sbg pusat kpd mazhab Kristian Roman Katholik. Kedua2 mazhab ni saling bermusuhan antara satu sama lain.

Pembahagian Empayar Rome Barat dan Rome Timur
Pembahagian Empayar Rome Barat dan Rome Timur

Pd thn 1453 M, Sultan Muhammad Al-Fatih, Sultan Empayar Turki Uthmaniyah pd waktu tersebut berjaya menerobosi kubu Constantinople dan berjaya merampas Constantinople drp Emperor Constantine XI yg zalim yg memerintah Empayar Byzantine pd waktu tersebut. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya, Constantinople itu akan dibuka oleh umatku. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin & tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Selepas kejatuhan Constantinople ke tangan Sultan Muhammad Al-Fatih, nama Constantinople ditukar kpd Islambul, yg bermaksud Kota Islam dlm bahasa Turkish. Nama 'Istanbul' sebenarnye adalah nama yg diberi oleh Mustafa Kamal Attaturk selepas kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah pd thn 1923. Utk mengetahui ttg sejarah Istanbul dgn lebih mendalam, sila lawat website USTAZ HASRIZAL di kategori ‘Diari Kembara’. Korang jugak boleh menonton video animasi ttg bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih dgn angkatan tenteranya berusaha menawan kota Constantinople, dgn klik atas link di bawah ini:

SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

Sultan Muhammad Al-Fatih
Sultan Muhammad Al-Fatih


Emperor Constantine XI
Emperor Constantine XI


Peta Constantinople Sewaktu Era Pemerintahan Emperor Constantine XI
Peta Constantinople Sewaktu Era Pemerintahan Emperor Constantine XI


Pembukaan Constantinople Oleh Sultan Muhammad Al-Fatih Pd Thn 1453
Pembukaan Constantinople Oleh Sultan Muhammad Al-Fatih Pd Thn 1453


Tempat pertama yg kiteorg jejaki di kota Istanbul ialah area Sultanahmet. Di sinilah terletaknye monument2 terpenting di Istanbul spt Topkapi Palace, Blue Mosque & Hagia Sofia. Monument pertama yg kiteorg kunjungi ialah Topkapi Palace. Pembinaan Topkapi Palace ini diarahkan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih selepas bandar Istanbul ini ditawan drp Emperor Constantine XI. Ianya adalah istana kediaman & pentadbiran Sultan2 Empayar Turki Uthmaniyah mulai tahun 1465 hinggalah ke thn 1853. Pd thn 1854, Dolmabahce Palace mula mengambil alih status Topkapi Palace sbg Istana Diraja.

Pintu Masuk Topkapi Palace, Istanbul, Turkey
Pintu Masuk Topkapi Palace, Istanbul, Turkey


Pintu Masuk Topkapi Palace, Istanbul, Turkey
Pintu Masuk Topkapi Palace, Istanbul, Turkey

Di Topkapi Palace ini, terdapat banyak bangunan2 kecil & dikelilingi oleh 4 buah courts. Istana yg kini dijadikan muzium, mempamerkan banyak khazanah2 empayar Turki Uthmaniyah spt tembikar, jubah, senjata, perisai, lukisan, khat, manuskrip, harta Sultan, barang perhiasan spt intan, berlian & permata dan banyak lagi. Selain itu, harta2 peribadi Rasulullah SAW spt pedang & jubah baginda jugak turut dipamerkan di dlm Topkapi Palace ini. Corak2 flora, geometri & khat yg terdapat pd jubin2 di semua bangunan di istana ini teramat mengagumkan. Belum pernah aku lihat corak2 yg sedemikian rupa sebelum ni. Kubah2 biru yg melitupi bangunan2 di sini jugak amat unik & inilah yg menjadi simbol kpd architecture Turki Uthmaniyah. Subhanallah.

Harem (Bangunan Peribadi Sultan) di Topkapi Palace, Istanbul, Turkey
Harem (Bangunan Peribadi Sultan) di Topkapi Palace, Istanbul, Turkey


Tempat Sultan Bersemayam Di Dlm Topkapi Palace, Istanbul, Turkey
Tempat Sultan Bersemayam Di Dlm Topkapi Palace, Istanbul, Turkey


Dalam Topkapi Palace, Istanbul, Turkey
Dalam Topkapi Palace, Istanbul, Turkey


Dalam Topkapi Palace, Istanbul, Turkey
Dalam Topkapi Palace, Istanbul, Turkey


Dalam Topkapi Palace, Istanbul, Turkey
Dalam Topkapi Palace, Istanbul, Turkey


Dalam Topkapi Palace, Istanbul, Turkey
Dalam Topkapi Palace, Istanbul, Turkey


Antara Corak2 Yg Terdapat Pd Jubin2 Di Dlm Topkapi Palace, Istanbul, Turkey
Antara Corak2 Yg Terdapat Pd Jubin2 Di Dlm Topkapi Palace, Istanbul, Turkey


Antara Corak2 Yg Terdapat Pd Jubin2 Di Dlm Topkapi Palace, Istanbul, Turkey
Antara Corak2 Yg Terdapat Pd Jubin2 Di Dlm Topkapi Palace, Istanbul, Turkey


Antara Corak2 Yg Terdapat Pd Jubin2 Di Dlm Topkapi Palace, Istanbul, Turkey
Antara Corak2 Yg Terdapat Pd Jubin2 Di Dlm Topkapi Palace, Istanbul, Turkey

Selepas lebih 3 jam berada di dlm Topkapi Palace, kiteorg kemudiannye berjalan menuju ke taman yg terletak di antara Blue Mosque & Hagia Sofia. Kiteorg agak beruntung sbb kiteorg dtg ke Istanbul pd waktu summer. Waktu itu, bunga2 di taman tersebut sedang mekar semekar2nya. Lawa gile. Kiteorg bergambar sakan di situ, berlatar belakangkan Blue Mosque & Hagia Sofia. Selepas puas bergambar, kiteorg masuk ke dlm Blue Mosque utk menunaikan solat. Blue Mosque atau dlm bahasa tempatan, Sultan Ahmed Camii adalah antara masjid yg paling terkenal & tercantik di Istanbul. Ianya dibina antara thn 1609-1616 atas arahan Sultan Ahmed I. Ianya sengaja dibina bertentangan dgn Hagia Sofia utk menunjukkan bahawa org2 Islam jugak turut mempunyai architecture yg hebat & setanding dgn architecture Kristian Byzantine.

Hagia Sofia dan Blue Mosque, Istanbul, Turkey
Hagia Sofia dan Blue Mosque, Istanbul, Turkey


Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Blue Mosque, Istanbul, Turkey
Blue Mosque, Istanbul, Turkey


Blue Mosque, Istanbul, Turkey
Blue Mosque, Istanbul, Turkey

Blue Mosque ini adalah satu2nya masjid di Turkey yg mempunyai 6 buah menara. Architecture kubah2nya sangatlah mengagumkan. Indah sungguh. Itu baru architecture luaran. Di dalamnya pulak, subhanallah. Corak2 flora & geometri yg terdapat pd jubin2 di sekeliling ruang dalaman masjid berserta dgn tulisan2 khat yg terdapat pd bhg dalam kubah2nya adalah antara benda yg paling cantik yg aku pernah tgk dlm seumur hidup aku. Aku mcm boleh duduk di dalam masjid tu berminggu2 lamanya utk menikmati keindahan dalaman masjid itu.

Kawasan Dalaman Blue Mosque, Istanbul, Turkey
Kawasan Dalaman Blue Mosque, Istanbul, Turkey


Corak Dalaman Kubah Blue Mosque, Istanbul, Turkey
Corak Dalaman Kubah Blue Mosque, Istanbul, Turkey


Corak Dalaman Kubah2 Blue Mosque, Istanbul, Turkey
Corak Dalaman Kubah2 Blue Mosque, Istanbul, Turkey


Ruang Dalaman Blue Mosque, Istanbul, Turkey
Ruang Dalaman Blue Mosque, Istanbul, Turkey


Ruang Dalaman Blue Mosque, Istanbul, Turkey
Ruang Dalaman Blue Mosque, Istanbul, Turkey


Ruang Dalaman Blue Mosque, Istanbul, Turkey
Ruang Dalaman Blue Mosque, Istanbul, Turkey


Antara Corak2 Yg Terdapat Pd Jubin2 Di Dlm Blue Mosque, Istanbul, Turkey
Antara Corak2 Yg Terdapat Pd Jubin2 Di Dlm Blue Mosque, Istanbul, Turkey

Selepas solat & menikmati keindahan Blue Mosque, kiteorg bergerak ke area Hippodrome yg terletak bersebelahan dgn Blue Mosque. Sewaktu era pemerintahan Constantine I, Hippodrome ini merupakan trek lumba kuda. Ianya adalah pusat sukan & social penduduk2 Constantinople pd waktu itu. Area Hippodrome ini berbentuk U. Panjangnya ialah 450 m & lebarnya ialah 130 m. Ianya boleh memuatkan 100,000 penonton. Hippodrome ini hanya bertahan utk beberapa thn sahaja. Ia kemudiannya dirobohkan oleh tentera2 Salib & tak dibina semula.

Antara monument2 yg masih kekal terdapat di area Hippodrome ini ialah sebuah obelisk yg berusia 3,500 thn yg diambil oleh Emperor Theodosius dari tanah jajahannya di Egypt pd thn 390 M. Selain itu, terdapat jugak sebuah lagi obelisk & serpentine column. Terdapat jugak sebuah German Fountain (Kaiser Wilhelm Fountain) yg dibina oleh kerajaan Germany pd thn 1900 sempena lawatan German Emperor Wilhelm II ke Istanbul pd thn 1898.

Hippodrome, Istanbul, Turkey
Hippodrome, Istanbul, Turkey


Obelisk di Hippodrome, Istanbul, Turkey
Obelisk di Hippodrome, Istanbul, Turkey


Serpentine Column di Hippodrome, Istanbul, Turkey
Serpentine Column di Hippodrome, Istanbul, Turkey


Kaiser Wilhelm Fountain, Istanbul, Turkey
Kaiser Wilhelm Fountain, Istanbul, Turkey


Selepas berlegar2 di area Hippodrome, kiteorg singgah kejap di sebuah kedai souvenir berdekatan dgn Kaiser Wilhelm Fountain tu. Kedai souvenir tersebut bernama 'Istanblue'. Murah jugak la harga barang2 dlm kedai tu. Tapi kiteorg just survey dulu. Hari last nanti baru shopping sampai tak ingat dunia. Hihih. Lepas melakukan survey, kiteorg berjalan kaki ke Sokullu Mehmet Pasa Mosque. Senibina masjid ini direka oleh arkitek yg terkenal iaitu Sinan, di bawah arahan Sokkulu Mehmet Pasa, menteri besar sewaktu era pemerintahan Sultan Selim II. Senibina dalaman masjid ini sgt2 mengasyikkan, dgn corak2 flora yg terdapat pd jubin2 Izniknya. Di masjid ini terdapat sebuah madrasah. Kiteorg berbual2 sebentar dgn salah sorang student madrasah tersebut yg berusia belasan tahun. Die tanye kiteorg ni dari mana sbb muka kiteorg nampak mcm agak aneh. Hehe. English dia agak ok jugak la walaupun ada sangkut2 sikit. Org2 Turkish ni mmg peramah la. Dieorg akan cuba sedaya-upaya utk melayan org2 luar walaupun terdapat jurang bahasa. Aku sangat2lah kagum.

Sokullu Mehmet Pasa Mosque, Istanbul, Turkey
Sokullu Mehmet Pasa Mosque, Istanbul, Turkey

Kiteorg kemudiannye dibawa masuk ke dlm masjid tersebut oleh salah seorg penjaga masjid tu. Die sempat menunjukkan beberape keping gambar dalaman masjid tersebut yg diambil oleh jurugambar professional utk dijual. Tapi kiteorg tak berminat nak membeli la pulak sbb macam agak mahal. Kiteorg ingat nak ambik gambar dalam masjid tu dgn menggunakan kamera kiteorg je, tapi mcm segan pulak. Huhuh. Last2 tak ambik pun gambar dlm tu. Segan punye pasal. Lepas spend beberape minit dlm masjid tu, kiteorg pun keluar utk ke tempat lain pulak. Kiteorg ucap terima kasih kat penjaga masjid tu. Kiteorg kemudiannya singgah di restaurant MacDonald utk makan dulu. Lapar la pulak. Hihi. Kiteorg order Big Mac. Dah lama gile tak makan Big Mac. Slalu order Fillet-O-Fish je. Ye la. Tempat2 lain kat Europe ni mana ada MacDonald yg halal. So, kat Turkey ni, kiteorg bantai la makan semue makanan yg sebelum ni tak boleh dimakan. Hihih.

Makan Big Mac di MacDonald, Istanbul, Turkey
Makan Big Mac di MacDonald, Istanbul, Turkey

Bila senja menjelma, kiteorg berjalan ke taman yg terletak di antara Blue Mosque & Hagia Sofia. Sampai2 je kiteorg kat situ, azan mula berkumandang dari Blue Mosque. Kemudian, disusuli pulak dgn azan dari masjid2 lain di sekeliling kota Istanbul ni. Syahdu sungguh rasa di hati. Dah lama aku tak dengar kesyahduan bunyi azan yg berkumandang sedemikian rupa. Kat negara2 lain di Europe, azan hanya boleh didengari di dalam masjid sahaja. Tak boleh berkumandang di luar masjid. Nak menjaga ketenteraman penduduk awam la kononnye. Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Tenang sungguh hati ini apabila mendengar laungan azan yg saling tindih menindih itu. Terase spt berpijak di tanah air Malaysia.

Kalau korang nak tau, sewaktu awal pemerintahan Mustafa Kamal Attaturk sbg Presiden Republik Turkey dulu, lebih kurang pd thn 1920-an, laungan azan di seluruh Turkey ditukarkan ke bahasa Turkish. Laungan azan dalam bahasa Arab diharamkan sama sekali. Ianya berterusan sampai la ke thn 1950, apabila laungan azan ditukar kembali ke bahasa Arab. Terima kasih kpd para rebellions yg banyak berkorban utk memekarkan kembali Islam di bumi Turkey walaupun usaha mereka masih belum berjaya secara keseluruhannya. Wallahu 'Alam.

Selepas solat, aku & Jem bergambar di hadapan Blue Mosque. Kali ni kiteorg nak mengabadikan gambar malam pulak. Indah sungguh Blue Mosque di kala malam. Di hadapan Blue Mosque tu terdapat beberape org makcik menjual tudung. Lawa gile tudung2 yg dieorg jual tu. Aku & Jem borong banyak gile. Hihihi. Kemudiannye, aku & Jem singgah di sebuah kedai kebab utk makan malam sebelum kiteorg kembali ke hostel. Lepas makan, kiteorg pun kembali ke hostel utk berehat2. Byk lagi tempat di Istanbul yg belum dijelajahi.

Blue Mosque di Waktu Malam, Istanbul, Turkey
Blue Mosque di Waktu Malam, Istanbul, Turkey


Blue Mosque di Waktu Malam, Istanbul, Turkey
Blue Mosque di Waktu Malam, Istanbul, Turkey


Blue Mosque di Waktu Malam, Istanbul, Turkey
Blue Mosque di Waktu Malam, Istanbul, Turkey


Keesokan paginya pd hari kedua di Istanbul, kiteorg naik tram & metro utk menuju ke bus station, utk beli tiket bus ke Ankara pd malam esoknya. Kedudukan bus station (Buyuk Otogar) ni agak jauh jugak la dari city centre. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang sejam. Sesampainya kiteorg di bus station tu, kiteorg perhatikan ada beratus2 syarikat bus di sebuah kawasan yg luas gile. Dan semua syarikat bus tu menjual tiket ke Ankara. Rambang mata kiteorg dibuatnya. Akhirnya, kiteorg ikut intuisi kiteorg je. Hahah.

Bus Station Istanbul, Turkey
Bus Station Istanbul, Turkey

Lepas selesai beli tiket, kiteorg kembali ke city centre Istanbul. Bile dah sampai, kiteorg berjalan kaki ke Makam Sultan Ahmed I yg terletak bersebelahan dgn Blue Mosque, masjid yg dibina sewaktu era pemerintahannya. Setelah menghadiahkan surah Al-Fatihah kpdnya dan ahli2 keluarganya, kiteorg meneruskan perjalanan ke Rumah Mandi Roxelana yg terletak berdekatan dgn Hagia Sofia. Senibina rumah mandi ini direka oleh arkitek yg terkenal iaitu Sinan, sewaktu era pemerintahan Sultan Suleyman the Magnificient. Nama Roxelana adalah bersempena dgn nama permaisuri baginda. Sewaktu zaman Turki Uthmaniyah, rumah mandi ini turut digunakan sbg tempat utk mengambil wuduk bg mereka yg hendak menunaikan solat di Hagia Sofia. Rumah mandi tersebut kini dijadikan kedai menjual carpet.

Makam Sultan Ahmed I, Istanbul, Turkey
Makam Sultan Ahmed I, Istanbul, Turkey


Makam2 Sultan Ahmed I dan Keluarga, Istanbul, Turkey
Makam2 Sultan Ahmed I dan Keluarga, Istanbul, Turkey


Rumah Mandi Roxelana, Istanbul, Turkey
Rumah Mandi Roxelana, Istanbul, Turkey


Dalam Rumah Mandi Roxelana, Istanbul, Turkey
Dalam Rumah Mandi Roxelana, Istanbul, Turkey

Seterusnya, kiteorg terus menuju ke Hagia Sofia. Kiteorg tak berkesempatan utk masuk ke dlm Hagia Sofia semlm memandangkan ianya ditutup pd setiap hari Isnin. So, pd hari ni barulah kiteorg berpeluang utk masuk ke dlmnye. Nama Hagia Sofia atau dlm bahasa Turkish, Aya Sofia memberi maksud ‘Church of the Holy Wisdom’. Ianya siap dibina pd thn 537 M sewaktu era pemerintahan Justinian I, Emperor of Byzantine Empire pd waktu tersebut. Ianya dibina di atas tapak bekas sebuah gereja yg telah termusnah dlm satu kebakaran.

Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Hagia Sofia, Istanbul, Turkey

Hagia Sofia adalah antara contoh senibina Byzantine yg masih kekal hingga kini walaupun usianya sudah menjangkaui lebih 1,400 thn. Corak mosaics & tiang marmar yg menghiasi isi dalamannya yg amat menakjubkan menjadikan gereja ini sbg gereja yg termasyhur di dunia pd suatu masa dahulu, mengalahkan saingannya iaitu St Peter’s Basilica di Rome. Hagia Sofia memegang takhta sbg gereja terbesar di dunia selama 1,000 thn, sebelum Seville Cathedral siap dibina di Seville, Spain. Emperor Justinian I sewaktu kali pertama masuk ke dlm Hagia Sofia selepas ianya siap dibina, berkata “Solomon, I have surpassed thee!” Hagia Sofia merupakan seat of Orthodox Patriarch of Constantinople bg org2 Kristian mazhab Greek Orthodox, setaraf dgn St Peter’s Basilica di Rome yg merupakan seat of Pope bg org2 Kristian mazhab Katholik.

Emperor Justinian
Emperor Justinian

Walau bagaimanapun, selepas Sultan Muhammad Al-Fatih berjaya menawan Istanbul pd thn 1453, Hagia Sofia telah ditukar menjadi masjid. Pelbagai pengubahsuaian dibuat supaya bangunan ini benar2 mencerminkan sebuah masjid. Gambar2 mosaic yg mengsyirikkan Allah ditampal di atasnya dgn ayat2 suci Al-Qur’an & 4 buah menara dibina di sekeliling bangunan ini. Kerja2 pengubahsuaian tersebut diketuai oleh arkitek Sinan. Sultan Muhammad Al-Fatih pernah berkata “Barangsiapa yg menukar Masjid Hagia Sofia kembali kepada gereja, maka akan berolehlah baginya kutukan dan laknat dariku dan dari Tuhan Masjid Hagia Sofia itu.” Kutukan dan laknat tersebut akhirnya jatuh ke atas Mustafa Kamal Attaturk apabila dia menukar Masjid Hagia Sofia ini menjadi muzium. Dia mengarahkan segala tampalan yg dibuat di atas gambar2 yg mensyirikkan Allah dikikis semula bagi menampakkan bukti yg masjid ini merupakan sebuah gereja sebelumnya. Dan tak ada sesiapa dibenarkan menunaikan solat lagi di dalam masjid ini. Mustafa Kamal Laknatullah.

So, sewaktu kiteorg masuk ke dlm Hagia Sofia tu, mmg terpampang la beberapa gambar mosaic spt gambar Jesus Christ, Mary & mcm2 lagi. Namun, terdapat jugak ayat2 suci Al-Qur’an yg masih terpelihara spt yg terdpt pd bhg dalam kubah bangunan ini. Begitu jugak dgn 8 pingat besar yg mempamerkan nama Allah, Muhammad, 4 org khalifah Ar-Rasyidin, berserta Hassan & Hussin yg masih tergantung elok di setiap sudut dalamannnya. Mihrab yg menjadi panduan kiblat jugak masih kekal di tempatnya. Bangunan Hagia Sofia kini benar2 mengalami krisis identity. Selepas masuk ke dlm Hagia Sofia ini, barulah aku sedar bahawa senibina semua masjid yg terdapat di kota Istanbul & ribuan masjid2 lain di Turkey adalah bermodelkan senibina Hagia Sofia yg sangat indah. Kalau korang nak tahu, sewaktu kali pertama Sultan Muhammad Al-Fatih memijakkan kaki di bumi Constantinople aka Istanbul selepas kemenangan tenteranya, Hagia Sofia lah yg menjadi tumpuan utamanya kerana sudah lama baginda mengagumi & memuja keindahan senibina bangunan tersebut dari jauh. Hmm. Baru la aku faham mengapa kebanyakan masjid2 kat sini agak serupa senibinanya. Hihihi.

Nama Allah dan Muhammad Dicemarkan Dgn Gambar Syirik Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Nama Allah dan Muhammad Dicemarkan Dgn Gambar Syirik Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Gambar2 Yg Mengsyirikkan Allah Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Gambar2 Yg Mengsyirikkan Allah Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Gambar2 Yg Mengsyirikkan Allah Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Gambar2 Yg Mengsyirikkan Allah Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Gambar2 Yg Mengsyirikkan Allah Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Gambar2 Yg Mengsyirikkan Allah Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Gambar2 Yg Mengsyirikkan Allah Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Gambar2 Yg Mengsyirikkan Allah Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Bhg Dalam Kubah Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Bhg Dalam Kubah Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Mihrab Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Mihrab Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey
Di Dlm Hagia Sofia, Istanbul, Turkey


Selepas puas menikmati keindahan Hagia Sofia, kiteorg berjalan kaki pulak ke Basilica Cistern yg terletak agak berhampiran dgn Hagia Sofia. Basilica Cistern adalah bekas tangki air bawah tanah yg terbesar drp beberapa buah bekas tangki air bawah tanah yg terdapat di Istanbul. Keluasan Basilica Cistern ini ialah 143 m x 65 m dgn kedalaman 9 m, berkebolehan utk mengisi 80,000 m3 air. Di dalamnya terdapat 336 tiang marmar. Basilica Cistern ini dibina oleh org2 Greek sewaktu era pemerintahan Justinian pd kurun ke-6, sewaktu zaman kegemilangan empayar Byzantine. Kiteorg tak masuk ke dlm Basilica Cistern ni sbb malas & nak jimat duit. Hehe. Teruk kan alasan.

Di Luar Basilica Cistern, Istanbul, Turkey
Di Luar Basilica Cistern, Istanbul, Turkey


Di Dlm Basilica Cistern, Istanbul, Turkey
Di Dlm Basilica Cistern, Istanbul, Turkey

So, lepas tu, kiteorg terus berjalan ke makam Sultan Mahmut II. Makam ini jugak menempatkan makam Sultan Abdul Aziz & Sultan Abdul Hamid II, iaitu Sultan Turki Uthmaniyah & Khalifah Islam yg terakhir. Selepas menyedekahkan surah Al-Fatihah, kiteorg berdua bergerak ke area Eminonu yg terletak di tebing Golden Horn. Golden Horn ni berbentuk spt sungai, tapi ianya bukannya sungai. Ianya lebih kpd teluk. Sewaktu era empayar Byzantine dahulu, sebuah rantai gergasi diletak di penghujung Golden Horn di mana ia bertemu dgn Selat Bosphorus, agar kapal2 musuh tak dpt mencerobohi Golden Horn. Area di bhg utara Golden Horn diberi name Galata, sementara area di bhg selatan diberi name Eminonu. Pd thn 1836, sebuah jambatan yg diberi name Galata Bridge dibina merentangi Golden Horn bg menghubungkan Eminonu dgn Galata. Di bhg Galata, terdapat sebuah menara yg diberi nama Galata Tower. Fungsinya pd zaman dahulu adalah utk mengawal lalu lintas kapal yg masuk ke dlm Golden Horn.

Makam Sultan Mahmut II, Istanbul, Turkey
Makam Sultan Mahmut II, Istanbul, Turkey


Makam2 Sultan Mahmut II, Sultan Abdul Aziz, Sultan Abdul Hamid II dan keluarga, Istanbul, Turkey
Makam2 Sultan Mahmut II, Sultan Abdul Aziz, Sultan Abdul Hamid II dan keluarga, Istanbul, Turkey


Peta Golden Horn, Istanbul, Turkey
Peta Golden Horn, Istanbul, Turkey


Berlatar belakangkan Galata Bridge & Galata Tower di Golden Horn, Istanbul, Turkey
Berlatar belakangkan Galata Bridge & Galata Tower di Golden Horn, Istanbul, Turkey


Galata Tower, Istanbul, Turkey
Galata Tower, Istanbul, Turkey

Eminonu adalah tempat di mana terletaknye jetty yg tersibuk di Istanbul. Di jetty ni terdapat berpuluh2 buah ferry yg beroperasi utk menyeberangi Golden Horn utk ke area Galata & jugak utk ke bahagian Istanbul Asia, menyeberangi Selat Bosphorus. Selain itu, di area Eminonu ini jugak terdapat beberape buah masjid & bangunan2 yg menjadi tarikan pelancong. Antara masjid2 yg terletak di area ini ialah Yeni Mosque & Rustam Pasha Mosque. Di sini jugak terdapat sebuah Spice Bazaar.

Berlatar belakangkan Golden Horn di Eminonu, Istanbul, Turkey
Berlatar belakangkan Golden Horn di Eminonu, Istanbul, Turkey


Berlatar Belakangkan Yeni Mosque & Suleymaniye Mosque di Eminonu, Istanbul, Turkey
Berlatar Belakangkan Yeni Mosque & Suleymaniye Mosque di Eminonu, Istanbul, Turkey


Berlatar belakangkan Spice Bazaar dan Rustam Pasha Mosque di Eminonu, Istanbul, Turkey
Berlatar belakangkan Spice Bazaar dan Rustam Pasha Mosque di Eminonu, Istanbul, Turkey

Kiteorg berdua singgah di Yeni Mosque utk menunaikan solat. Yeni bermaksud 'New' dlm English. Masjid ini siap dibina di sekitar thn 1663. Senibina dalamannya adalah seindah senibina dalaman di Blue Mosque. Indah sungguh. Kemudian, kiteorg bergerak menuju ke Spice Bazaar atau turut dikenali sbg Egytpian Bazaar. Ianya adalah bazaar kedua terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaar. Spice Bazaar ini siap dibina pd tahun 1660 & pelbagai jenis rempah dari Asia Timur dijual di sini. Kiteorg tak beli ape2.

Yeni Mosque, Istanbul, Turkey
Yeni Mosque, Istanbul, Turkey


Yeni Mosque, Istanbul, Turkey
Yeni Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dlm Yeni Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dlm Yeni Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dlm Yeni Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dlm Yeni Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dlm Yeni Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dlm Yeni Mosque, Istanbul, Turkey


Pintu Masuk Spice Bazaar, Istanbul, Turkey
Pintu Masuk Spice Bazaar, Istanbul, Turkey


Di Dlm Spice Bazaar, Istanbul, Turkey
Di Dlm Spice Bazaar, Istanbul, Turkey

Kiteorg seterusnye berjalan menuju ke Suleymaniye Mosque yg terletak di atas sebuah bukit. Agak penat jugak la memanjat bukit tu. Suleymaniye Mosque atau dlm bahasa Turkish, Suleymaniye Camii adalah masjid yg siap dibina pd thn 1557 sewaktu era pemerintahan Sultan Suleyman the Magnificient. Arkiteknya adalah Sinan. Senibina dalaman masjid ni sememangnya sgt2 cantik. Subhanallah. Pd zaman dahulu, di sekeliling masjid ini terdapat pelbagai infrastruktur spt dapur, hospital, madrasah & rumah mandi. Berdekatan dgn masjid tersebut, terletak makam Sultan Suleyman & keluarganya. Makam arkitek diraja yg termasyhur iaitu Sinan jugak terletak di sini. Sepanjang bekerja dgn 4 org Sultan Turki Uthmaniyah, beliau telah membina 94 buah masjid, 41 buah rumah mandi, 35 buah istana & banyak lagi.

Suleymaniye Mosque
Suleymaniye Mosque, Istanbul, Turkey


Suleymaniye Mosque, Istanbul, Turkey
Suleymaniye Mosque, Istanbul, Turkey


Suleymaniye Mosque, Istanbul, Turkey
Suleymaniye Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dlm Suleymaniye Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dlm Suleymaniye Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dlm Suleymaniye Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dlm Suleymaniye Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dlm Suleymaniye Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dlm Suleymaniye Mosque, Istanbul, Turkey


Makam Sultan Suleyman, Istanbul, Turkey
Makam Sultan Suleyman, Istanbul, Turkey


Makam2 Sultan Suleyman dan keluarga, Istanbul, Turkey
Makam2 Sultan Suleyman dan keluarga, Istanbul, Turkey


Arkitek Sinan
Arkitek Sinan

Selepas menikmati keindahan dalaman Suleymaniye Mosque & menziarahi makam2 tersebut, kiteorg terus berjalan menuju ke Grand Bazaar. Grand Bazaar ni adalah pasar tertutup yg terbesar di Turkey & antara yg terbesar di dunia. Terdapat lebih 4,000 kedai & lebih 58 lorong terdapat di dalamnya yg membolehkan sape2 saje sesat di dalamnya. Hihihi. Nasib baik la kiteorg ada map bazaar tersebut. Kedai2 di dalamnye menjual barang2 kemas, pakaian, periuk belanga, rempah-ratus, permaidani & yg paling penting, souvenirs. Hahah. Grand Bazaar ni sebenarnya dibina sewaktu era pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih, tak berapa lama selepas baginda berjaya menawan Istanbul pd thn 1453. Kiteorg beli agak banyak jugak la souvenir kat sini, yg kemudiannya menyebabkan kiteorg menyesal tersangat2 kerana harga souvenir2 di kedai2 lain rupe2nye jauh lebih murah drp harga souvenir2 kat dlm Grand Bazaar ni. Huhuhu. If I can turn back time. So, kpd sape2 yg berhajat nak beli souvenir kat sini, lupakanlah hajat tu kerana harga souvenir2 di dlm Grand Bazaar ni adalah 2 kali ganda lagi mahal drp harga souvenir2 di kedai2 lain. Dtg sini just utk bergambar je, ok? Hihih.

Pintu Masuk Grand Bazaar, Istanbul, Turkey
Pintu Masuk Grand Bazaar, Istanbul, Turkey


Di Dlm Grand Bazaar, Istanbul, Turkey
Di Dlm Grand Bazaar, Istanbul, Turkey

Bile malam menjelma, kiteorg pun pegi makan dinner. Kemudiannya, kiteorg ke Blue Mosque utk menunaikan solat. Lepas bersolat, kiteorg bergambar di hadapan Hagia Sofia utk mengabadikan gambarnya di waktu malam. Cantik sungguh. Berhampiran dgn Hagia Sofia, terdapat sebuah open-air restaurant. Kiteorg agak bernasib baik sbb time tu seorg penari ‘whirling dervishes’ sedang membuat persembahan. Nanti aku akan ceritekan ttg tarian ni di entri aku yg akan datang. Selepas tu, kiteorg terus pulang ke hostel utk berehat.

Hagia Sofia di Waktu Malam, Istanbul, Turkey
Hagia Sofia di Waktu Malam, Istanbul, Turkey


Hagia Sofia di Waktu Malam, Istanbul, Turkey
Hagia Sofia di Waktu Malam, Istanbul, Turkey


Tarian Whirling Dervishes, Istanbul, Turkey
Tarian Whirling Dervishes, Istanbul, Turkey


Tarian Whirling Dervishes, Istanbul, Turkey
Tarian Whirling Dervishes, Istanbul, Turkey


Keesokan paginya pd hari ketiga di Istanbul, kiteorg makan breakfast di Burger King. Hahah. Nak lepas geram punye pasal. Kemudiannye, kiteorg menuju ke jetty Eminonu utk menaiki ferry ke Harem, sebuah tempat yg terletak di tanah Asia Istanbul. Dari atas ferry yg menyeberangi Selat Bosphorus tu, kiteorg dpt menyaksikan pemandangan Istanbul yg sgt indah. Subhanallah. Bile dah sampai di jetty Harem, kiteorg berjalan kaki menuju ke jetty Uskudar. Actually, takde ape2 yg menarik pun yg terdapat di bhg Asia Istanbul. Semue tourist attractions terletak di bhg Europe. Kiteorg saje je nak jejakkan kaki di bhg Asia Istanbul. Heheh. Sewaktu berjalan kaki dari jetty Harem ke jetty Uskudar yg mengambil masa lebih kurang sejam, kiteorg dpt menikmati panorama kota Istanbul bhg Europe dari bhg Asia. Panorama tersebut sgt2 la mengagumkan. Blue Mosque, Hagia Sofia, Topkapi Palace & masjid2 lain semuanya kelihatan jelas.

Di Atas Ferry Dari Jetty Eminonu ke Jetty Harem, Menyeberangi Selat Bosphorus, Istanbul, Turkey
Di Atas Ferry Dari Jetty Eminonu ke Jetty Harem, Menyeberangi Selat Bosphorus, Istanbul, Turkey


Di Atas Ferry Dari Jetty Eminonu ke Jetty Harem, Menyeberangi Selat Bosphorus, Istanbul, Turkey
Di Atas Ferry Dari Jetty Eminonu ke Jetty Harem, Menyeberangi Selat Bosphorus, Istanbul, Turkey


Di Atas Ferry Dari Jetty Eminonu ke Jetty Harem, Menyeberangi Selat Bosphorus, Istanbul, Turkey
Di Atas Ferry Dari Jetty Eminonu ke Jetty Harem, Menyeberangi Selat Bosphorus, Istanbul, Turkey


Panorama Istanbul Bhg Europe Dari Istanbul Bhg Asia
Panorama Istanbul Bhg Europe Dari Istanbul Bhg Asia


Panorama Istanbul Bhg Europe Dari Istanbul Bhg Asia
Panorama Istanbul Bhg Europe Dari Istanbul Bhg Asia


Panorama Istanbul Bhg Europe Dari Istanbul Bhg Asia (Zoom)
Panorama Istanbul Bhg Europe Dari Istanbul Bhg Asia (Zoom)


Pemandangan Bosphorus Bridge Dari Istanbul Bhg Asia
Pemandangan Bosphorus Bridge Dari Istanbul Bhg Asia

Bila dah sampai di jetty Uskudar, kiteorg naik ferry utk ke bhg Europe semula, iaitu ke jetty Besiktas. Dari jetty Besiktas, kiteorg kemudiannya berjalan kaki menuju ke Ortakoy Mosque yg terletak betul2 di bawah Bosphorus Bridge, jambatan pertama & terpenting yg menghubungkan benua Asia & benua Europe. Jambatan ini siap dibina pd thn 1973. Perjalanan kiteorg dari jetty Besiktas ke Ortakoy Mosque dgn berjalan kaki mengambil masa lebih drp sejam. Cis. Dlm map nampak mcm dekat je. Bile dah sampai di Ortakoy Mosque, kiteorg pun berehat2 kejap dlm masjid tu di samping menunaikan solat. Penat gile ok. Pemandangan Ortakoy Mosque beserta Bosphorus Bridge menyebabkan tempat ni menjadi salah satu drp tourist attractions. Sbb tu la kiteorg sanggup berjalan kaki ke sini. Heheh.

Panorama Istanbul Bhg Asia Dari Istanbul Bhg Europe
Panorama Istanbul Bhg Asia Dari Istanbul Bhg Europe


Ortakoy Mosque dan Bosphorus Bridge, Istanbul, Turkey
Ortakoy Mosque dan Bosphorus Bridge, Istanbul, Turkey

Bile dah cukup berehat, kiteorg bergerak menuju ke Taksim Square pulak. Kiteorg naik bus ke sana. Tak larat dah nak jalan. Huhuh. Taksim Square adalah pusat membeli-belah & hiburan yg terpenting di Istanbul. Terdapat banyak kedai, kelab malam, pub & hotel di area ini. Ianya dianggap sbg ‘heart of modern Istanbul’. Sememangnya area ini adalah tempat maksiat kerana byk gile kelab malam & pub terdapat di area ni. Di Taksim Square ni jugak terdapat sebuah monument yg diberi nama Cumhuriyet Aniti atau dalam English, Republic Monument yg dibina pd thn 1928, sbg memperingati pembentukan Republik Turkey. Perarakan2 penting diadakan di Taksim Square ni la. Kiteorg tak lama di Taksim Square ni. Just lepak2 utk makan lunch kat Pizza Hut je. Lepas geram jugak sbb dah lama tak makan Pizza Hut. Heheh. Then, kiteorg menuju ke bus station kecil di Taksim Square ni utk naik bus ke Eminonu. Tapi malangnya, last bus pd hari tu dah bertolak. So, kiteorg terpaksa naik bus ke jetty Besiktas semula. Dari jetty Besiktas, kiteorg naik ferry menuju ke jetty Uskudar dahulu. Then, baru kiteorg naik ferry menuju ke jetty Eminonu. Takde direct ferry dari jetty Besiktas ke jetty Eminonu. Leceh betul. Huhhu.

Cumhuriyet Aniti Monument di Taksim Square, Istanbul, Turkey
Cumhuriyet Aniti Monument di Taksim Square, Istanbul, Turkey

Bile dah sampai di jetty Eminonu, kiteorg terus berjalan menuju ke Blue Mosque utk menunaikan solat Asar. Lepas solat, kiteorg ke kedai Istanblue utk borong souvenir2 murah yg kiteorg teringin nak beli. Then, kiteorg lepak2 kejap kat area Kaiser William Fountain, berdekatan dgn kedai tu. Sedang kiteorg berehat2 kat situ, tiba2 kiteorg didatangi oleh seorg pakcik yg duduk di kerusi sebelah kiteorg. Die cuba berborak dgn kiteorg dgn menggunakan bahasa Turkish. Kiteorg yg tak paham sepatah habuk hanya geleng2kan kepala jek. Hihihi. Lepas tu, die pun angguk2 tanda paham. Kemudiannya, ada sorang penjual teh datang kat kiteorg. Pakcik tu dgn baik hatinya belanja kiteorg masing2 secawan teh. Waah! Terharu gile!! Kiteorg pun ucaplah terima kasih dlm bahasa Turkish, iaitu 'Tesekkur ederim'. Ntah btul ke tak kiteorg sebut. Hahah. Lepas jamu air teh tu, kiteorg bergerak ke Blue Mosque semula utk solat Maghrib.

Lepas solat Jamak Maghrib+Isyak, kiteorg pegi makan dinner. Then, kiteorg kembali ke hostel utk bersiap2 utk ke bus station. Kiteorg akan bertolak ke Ankara pd mlm tu. Bile dah siap packing, kiteorg pun naik tram & metro utk ke bus station. Tepat pukul 12.00 tgh mlm, bus kiteorg pun bertolak dari Istanbul ke Ankara. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Dari Ankara nanti, kiteorg akan travel ke 5 buah lagi bandar di seluruh negara Turkey, bumi khalifah Islam terakhir ini. Kiteorg akan kembali semula ke Istanbul pd hari terakhir di Turkey nanti.

Lebih kurang pukul 6.00 pagi, baru la bus yg kiteorg naik dari Istanbul tiba di bus station Ankara. Bus station Ankara ni mmg besar gile. Kalah Dublin Airport ok. Hahaha. Mmg no wonder la pengangkutan bus adalah pengangkutan awam yg terpenting di bumi Turkey ni. Bus station Ankara ni ada 2 tingkat. Tingkat bawah utk arrival, tingkat atas utk departure. Gempak kan? Haa. Syarikat2 bus di Turkey ni ada beratus2 sebenarnye. Masing2 saling bersaing antara satu sama lain utk memberi perkhidmatan yg terbaik kpd penumpang2 bus. Kalau korang nak tahu, setiap bus mempunyai paling kurang 2 org pramugara/pramugari yg akan menjamu penumpang2nya dgn makanan dan minuman. Mcm dlm flight la pulak kan. Hahah. Anda kagum? Itulah uniknya perkhidmatan bus di Turkey. Perkhidmatan bus kat Malaysia? Huh. No komen...

Di Dlm Bus Station, Ankara, Turkey
Di Dlm Bus Station, Ankara, Turkey

Sesampainya kiteorg di bus station Ankara, kiteorg terus beli tiket bus utk ke Konya pd waktu ptg nanti. Lepas selesai beli tiket, kiteorg menaiki metro utk ke city centre yg terletak agak jauh dari situ. Bila dah sampai di city centre, kiteorg makan breakfast dulu dgn membeli beberapa keping roti 'simit' yg berupa seakan2 roti bretzel dari sorang pakcik penjual roti di tepi jalan. Murah gile & sedap. Pastuh, kiteorg minum air teh yg dijual oleh sorang pakcik penjual teh. Air teh atau dlm bahasa Turkish, 'çay' mmg menjadi kegemaran penduduk2 Turkey. Sbb tu ramai gile org jual teh di kaki lima, di dataran, di tgh2 taman dan sebagainya.

Simit
Simit


Seorang Budak Turkish Penjual Teh
Seorang Budak Turkish Penjual Teh aka 'çay'

Ankara atau nama lamanya, Angora adalah bandar kedua terbesar di Turkey selepas Istanbul & merupakan ibu negara Turkey sejak tahun 1923, selepas Mustafa Kamal Attaturk dilantik menjadi Presiden Turkey yg pertama. Sebelum Ankara, Istanbul merupakan ibu kota kpd empayar Turki Uthmaniyah. Namun, selepas kejatuhan empayar tersebut, pusat pentadbiran Turkey dipindahkan ke Ankara. Ankara terletak di tgh2 semenanjung Anatolia, iaitu tanah Turkey di bhg Asia. Ianya merupakan pusat komersil & industri yg penting di Turkey. Selain itu, Ankara jugak terkenal dgn kambing2nya yg berbulu panjang & kucing Angora yg hanya boleh dijumpai di sini. Dalam sejarah, Ankara pernah ditakluki oleh pelbagai empayar spt Parsi, Greek, Galatia, Rome & akhir sekali Turki Uthmaniyah. Sbb tu la kat sini banyak hasil peninggalan empayar2 tersebut.

Kambing Angora
Kambing Angora


Kucing Angora
Kucing Angora

Tempat pertama di Ankara yg kiteorg kunjungi ialah Türkiye Büyük Millet Meclisi yg bermaksud Turkish Grand National Assembly Building. Ianya merupakan tempat perbincangan utama pd thn 1920an sewaktu usaha utk membebaskan Turkey drp penjajah2 setelah kekalahan Turki Uthmaniyah dlm Perang Dunia Pertama dan bagi mewujudkan sebuah republik dgn menamatkan sistem kesultanan dan khalifah Turki Uthmaniyah. Ianya diketuai oleh tidak lain dan tidak bukan, Mustafa Kamal Attaturk. Kiteorg just bergambar di hadapan bangunan ni jek. Takde la menarik mana pun bangunan ni. Huhuhu.

Turkish Grand National Assembly Building, Ankara, Turkey
Turkish Grand National Assembly Building, Ankara, Turkey

Kemudiannye, kiteorg berjalan ke sebuah dataran kecil yg bernama Zafer Square. Kat situ terdapat sebuah statue Mustafa Kamal Attaturk sedang menunggang kuda. Statue tu diberi nama Victory Monument, yg melambangkan kejayaan Attaturk memodenkan Turkey. Dgn penuh selamba, kiteorg bergambar dgn statue tu. Kemudiannya, kiteorg berjalan ke Haci Bayram Mosque yg terletak bersebelahan dgn Temple Of Augustus yg telah runtuh. Masjid ini dibina di sekitar kurun ke-15, berpandukan senibina Seljuk. Ia kemudiannya diubah suai oleh arkitek Sinan pd kurun ke-16.

Victory Monument di Zafer Square, Ankara, Turkey
Victory Monument di Zafer Square, Ankara, Turkey


Haci Bayram Mosque, Ankara, Turkey
Haci Bayram Mosque, Ankara, Turkey


Di Dlm Haci Bayram Mosque, Ankara, Turkey
Di Dlm Haci Bayram Mosque, Ankara, Turkey


Lepas berehat2 di dlm Haci Bayram Mosque tu, kiteorg meneruskan perjalanan ke Ankara Citadel yg terletak nun jauh di atas bukit. Tapak citadel ni diasaskan oleh org2 Galatian & kubu di sini disiapkan sepenuhnya oleh org2 Rome. Org2 Byzantine & Seljuk kemudiannya membuat beberapa pengubahsuaian dan tambahan. Area yg merupakan kawasan yg tertua di Ankara ini menyimpan pelbagai contoh2 traditional architecture yg berharga. Di sini jugak terdapat sebuah taman utk beristirehat. Kiteorg yg tak larat memanjat sampai ke puncak bukit tu hanya mampu mencapai separuh jalan jek. Penat gile ok. Huhuhu. Sepanjang jalan ke puncak bukit tu terdapat kawasan perumahan tradisional. Agak ramai jugak la penghuni kawasan tu. Ramai kanak2 berlari2 ke sane ke sini. Cute2 semuanya. Hihihi. (Aku bukan paedophile ok!!)

Ankara Citadel Yg Terletak Di Atas Bukit, Ankara, Turkey
Ankara Citadel Yg Terletak Di Atas Bukit, Ankara, Turkey


Ankara Citadel, Ankara, Turkey
Ankara Citadel, Ankara, Turkey


Separuh Jalan Ke Ankara Citadel, Ankara, Turkey
Separuh Jalan Ke Ankara Citadel, Ankara, Turkey


Kanak2 Turkish Di Kawasan Ankara Citadel
Kanak2 Turkish Di Kawasan Ankara Citadel

Lepas turun dari citadel tu, kiteorg meneruskan perjalanan kiteorg dgn menaiki metro utk ke Anitkabir. Di Anitkabir inilah terletaknya makam manusia yg paling disanjung oleh golongan2 sekular di Turkey iaitu Mustafa Kamal Attaturk. Anitkabir ni terletak di atas bukit. So, terpaksa la kiteorg berhempas pulas berjalan utk sampai ke atas. Tapi takde la setinggi citadel tadi tu. Huhuh. Kompleks Makam Mustafa Kamal Attaturk atau lebih dikenali sbg Attaturk Mausoleum ni siap dibina pd thn 1953. Di sini jugak terdapat sebuah muzium yg menempatkan sebuah statue Attaturk yg diperbuat drp lilin, tulisan2nya, surat2nya, barang2 peribadinya dan jugak pertunjukan video ttg pengorbanan dan perjuangan Mustafa Kamal Attaturk utk memerdekakan Turkey drp penjajah2. Kiteorg berkesempatan jugak la utk menonton pertunjukan video tu.

Mustafa Kamal Attaturk Laknatullah
Mustafa Kamal Attaturk Laknatullah


On The Way ke Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey
On The Way ke Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey


Berlatar Belakangkan Bangunan Makam Mustafa Kamal Attaturk Di Perkarangan Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey
Berlatar Belakangkan Bangunan Makam Mustafa Kamal Attaturk Di Perkarangan Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey


Di Perkarangan Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey
Di Perkarangan Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey


Di Perkarangan Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey
Di Perkarangan Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey


Di Perkarangan Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey
Di Perkarangan Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey


Panorama Bandar Ankara Dari Perkarangan Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey
Panorama Bandar Ankara Dari Perkarangan Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey

Makam Mustafa Kamal Attaturk ni agak pelik la sebenarnya. Mayatnya seolah2 terapung di atas tanah. Aku pernah dengar org kata yg mayatnya tak diterima bumi kerana kemurkaan Allah swt. Hmmm. Wallahu ‘alam. Yg penting, aku dpt melihat dgn mata sendiri makam manusia laknatullah ni. Rase nak sepak2 je makam dia tu. Walaupun dia begitu disanjung oleh rakyat Turkey kerana perjuangannya memerdekakan Turkey, tapi ideology sekularnya menyebabkan seluruh umat Islam di dunia membencinya. Di seluruh kompleks Attaturk Mausoleum yg luas gile ni, tak terdapat walau sehuruf pun ayat Al-Quran, walaupun secara teknikalnya Mustafa Kamal Attaturk ini adalah seorg Muslim. Hmmm. No komen..

Di Dlm Bangunan Makam Mustafa Kamal Attaturk Di Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey
Di Dlm Bangunan Makam Mustafa Kamal Attaturk Di Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey


Makam Mustafa Kamal Attaturk Di Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey
Makam Mustafa Kamal Attaturk Di Attaturk Mausoleum, Ankara, Turkey

Lepas menziarahi makam Mustafa Kamal Attaturk laknatullah tu, kiteorg bercadang utk terus ke bus station Ankara sbb mcm dah takde tempat lain dah yg perlu dikunjungi di Ankara ni. Patut la org kata Ankara ni bosan. Heh. Mmg pun. Yg ada cuma makam manusia laknatullah tu je la. Hmm. Bila dah sampai kat bus station, kiteorg makan lunch dulu. Then, bila dah tiba masa, kiteorg pun naik masuk ke dlm bus utk menuju ke satu lagi bandar di dlm Turkey iaitu Konya. Perjalanan dari Ankara ke Konya mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Makan Lunch Di Bus Station, Ankara, Turkey
Makan Lunch Di Bus Station, Ankara, Turkey


Setelah 4 jam perjalanan dgn bus dari Ankara, akhirnya kiteorg tiba di Konya pd waktu senja. Setibanya kiteorg di bus station Konya, kiteorg terus beli tiket bus utk ke Izmir pd hari esoknya. Kemudian, kiteorg naik dolmus utk ke city centre Konya. Dolmus ni sebenarnye mcm bus mini jugak la, tapi lagi kecik drp bus mini. Perjalanan ke city centre dgn menaiki dolmus mengambil masa lebih drp sejam. Lama gile. Driver yg peramah & boleh berbahasa English dgn baik berborak dgn kiteorg ttg kisah hidup die. Heheh. Tak larat. Tapi die banyak berborak dgn Jem je sbb Jem duduk kat depan. Aku pulak duduk kat belakang. Malas nak pindah depan sbb bag besar sgt. So, aku duduk kat belakang je la sambil menjaga bag2 kiteorg. Aku pasang telinga je la kat belakang tu, mendengar perbualan Jem & driver dolmus tu. Hehehe.

Dolmus
Dolmus

Bila dah sampai di city centre, kiteorg bergegas utk mencari hostel yg kiteorg refer dari buku travel guide. Nasib baik jumpe. Hostel tu murah dan sgt selesa. Lepas mandi, solat dan sebagainya, kiteorg pun terus tidur. Penat seh.

Keesokan paginya, baru la kiteorg memulakan ekspedisi menjelajahi Konya. Kiteorg travel around dgn berjalan kaki je. Bandar ni takde la sebesar mane. Bandar Konya mempunyai reputasi sbg antara bandar yg penuh dgn unsur2 keislaman di bumi Turkey. Apatah lagi apabila bandar ini merupakan pusat kpd Parti Islam Refah yg dipimpin oleh Necmettin Erbakan. Beliau pernah memenangi pilihanraya Perdana Menteri pd thn 1995 & ini telah mengejutkan para pemimpin sekular. Namun, beliau akhirnya digulingkan pd thn 1997, 2 thn selepas beliau memegang jawatan sbg Perdana Menteri Turkey & partinya iaitu Parti Refah turut diharamkan. Hmmm. Apa yg kiteorg perhatikan, di bandar Konya ni lebih ramai wanita bertudung berbanding di Istanbul & Ankara. Itu adalah bukti yg menunjukkan bahawa penduduk2 bandar Konya masih lagi memelihara unsur2 keislaman mereka. Bandar Konya ini dahulunya merupakan ibu kota kpd Kesultanan Seljuk Rome dari tahun 1150 hingga ke thn 1300. Ia merupakan antara bandar yg termasyhur di semenanjung Anatolia pd era tersebut.

Necmettin Erbakan
Necmettin Erbakan

Tempat pertama di Konya yg kiteorg kunjungi ialah Mevlana Museum. Ianya adalah tarikan utama pelancong2 ke bandar Konya & merupakan tempat suci bg org2 Islam di Turkey. Museum ini menempatkan makam seorg ahli sufi yg sgt terkenal bukan sahaja di Turkey, malah di seluruh dunia. Nama ahli sufi tersebut ialah Maulana Jalaluddin Rumi. Puisi dan penulisannya yg kebanyakannya ditulis dlm bahasa Parsi merupakan antara yg dihormati & dihargai dlm dunia Islam & jugak dunia Barat. Beliau dilahirkan pd thn 1207 di Afghanistan. Namun, beliau & keluarganya akhirnya berhijrah ke Mekah selepas Afghanistan ditawan oleh tentera Mongol. Kemudian, mereka berpindah pulak ke Konya pd thn 1228. Maulana Jalaluddin Rumi pernah belajar di Aleppo & Damascus. Hasil drp meditasinya, beliau telah menulis banyak hasil2 seni yg sgt berharga.

Mevlana Museum, Konya, Turkey
Mevlana Museum, Konya, Turkey


Mevlana Museum, Konya, Turkey
Mevlana Museum, Konya, Turkey


Di Perkarangan Mevlana Museum, Konya, Turkey
Di Perkarangan Mevlana Museum, Konya, Turkey


Di Dalam Mevlana Museum, Konya, Turkey
Di Dalam Mevlana Museum, Konya, Turkey


Di Dalam Mevlana Museum, Konya, Turkey
Di Dalam Mevlana Museum, Konya, Turkey


Makam Maulana Jalaluddin Rumi Di Mevlana Museum, Konya, Turkey
Makam Maulana Jalaluddin Rumi Di Mevlana Museum, Konya, Turkey


Di Mevlana Museum, Konya, Turkey
Di Mevlana Museum, Konya, Turkey


Maulana Jalaluddin Rumi
Maulana Jalaluddin Rumi

Sbg menghargai keagungan Maulana Jalaluddin Rumi, anak lelakinya iaitu Sultan Veled Celeb berserta pengikut2nya telah mereka sejenis tarian yg diberi nama ‘Whirling Dervishes’ selepas kematian Maulana Jalaluddin Rumi pd thn 1273. Ianya adalah umpama berzikir kpd Allah dlm bentuk upacara tarian & music yg diberi nama ‘Sema’. Sema melambangkan perjalanan mistik roh seorg hamba Allah utk mencapai kesempurnaan dgn menaikkan semangat kecintaan kpd Allah, membuang keegoan dan mencari kebenaran. Tarian ini sgt terkenal sewaktu era kegemilangan empayar Turki Uthmaniyah & ianya berjaya tersebar hingga ke Balkan, Syria & Egypt. Walau bagaimanapun, pd thn 1923, tarian ini diharamkan oleh Mustafa Kamal Attaturk. Namun, pd thn 1950, ianya kembali diperkenalkan kerana ia dianggap boleh membantu menarik pelancong2 luar ke Turkey. Selain makam Maulana Jalaluddin Rumi, terdapat jugak sebuah masjid di dlm Mevlana Museum ini. Aku tak berape pasti apa nama masjid tu.

Tarian Whirling Dervishes
Tarian Whirling Dervishes


Selepas selesai menziarahi Mevlana Museum & menyedekahkan surah Al-Fatihah kpd Maulana Jalaluddin Rumi, kiteorg meneruskan perjalanan mengelilingi bandar Konya. Secara kebetulan, kiteorg lalu di hadapan sebuah kedai carpet. Takde intention pun nak masuk ke dlm kedai carpet tu. Tapi disebabkan pemilik kedai tu insist jugak suruh kiteorg masuk, kiteorg pun akhirnya mengalah. Kiteorg pun masuk la ke dlm kedai tu. Dan aku akhirnya tertewas dgn kata2 manis pemilik kedai tu. Aku dgn tanpa berfikir panjang terus membeli segulung carpet. Menurut kata pemilik kedai tu, tu adalah carpet yg termurah & yg paling berpatutan utk dibeli. Huhuh. Jem tak beli sekali sbb die rase carpet tu mcm tak berapa lawa kot. Ah. Lantak la. Lepas tu, kiteorg sambung perjalanan kiteorg mengelilingi bandar Konya ni & kiteorg sekali lagi diinsist utk masuk ke dlm sebuah lagi kedai carpet. Dan kali ni Jem pulak yg tertewas. Hahaha. Actually, kiteorg tak menyesal la beli carpet kat sini sbb harga carpet2 kat sini mmg antara yg termurah di Turkey. Lagipun, Turkey kan mmg terkenal dgn industri pembuatan carpet. Hehehe.

Konya, Turkey
Konya, Turkey


Turkish Carpets
Turkish Carpets

Lepas shopping carpet, kiteorg cepat2 berjalan ke Alaettin Mosque yg terletak di atas sebuah bukit kecil yg diberi nama Alaettin Teppesi (Alaettin Hill). Hari ni adalah hari Jumaat. So, kiteorg bersembahyang Jumaat di sini. Khutbahnya dlm bahasa Turkish. So, mmg tak paham la. Hihihi. Alaettin Mosque ini adalah masjid yg terpenting di bandar Konya. Ianya siap dibina pd thn 1221 sewaktu era pemerintahan Sultan Alaeddin Keykubad I, Sultan Seljuk Rome pd waktu tersebut. Ianya dibina berpandukan senibina Arab.

Alaettin Mosque, Konya, Turkey
Alaettin Mosque, Konya, Turkey


Dlm Alaettin Mosque, Konya, Turkey
Dlm Alaettin Mosque, Konya, Turkey


Dlm Alaettin Mosque, Konya, Turkey
Dlm Alaettin Mosque, Konya, Turkey


Dlm Alaettin Mosque, Konya, Turkey
Dlm Alaettin Mosque, Konya, Turkey

Lepas selesai solat Jumaat di Alaettin Mosque, kiteorg berjalan mengelilingi Alaettin Hill. Saja2 membuang masa. Actually, takde apa lagi dah yg menarik di bandar Konya ni selain Mevlana Museum. So, lepas makan lunch di MacDonald, kiteorg terus kembali ke hostel utk berkemas2. Kemudian, kiteorg ke sebuah masjid berdekatan dgn hostel tu utk menunaikan solat Asar. Sewaktu kiteorg berehat2 dlm masjid tu, kiteorg didatangi oleh 3 org budak lelaki yg berusia antara 10-13 thn yg belajar di madrasah masjid tu. Dieorg cuba berborak2 dgn kiteorg dlm English. Maybe dieorg nak practice English yg dieorg blajar kat sekolah kot. Hihih. Kelakar. Tapi dieorg mmg baik gile. Siap offer kiteorg gula2 lagi. Hahaha. Org2 Turkey mmg peramah & pemurah, tak kira muda ataupun tua.

Di Alaettin Hill, Konya, Turkey
Di Alaettin Hill, Konya, Turkey


Di Alaettin Hill, Konya, Turkey
Di Alaettin Hill, Konya, Turkey

Bila mlm dah menjelma, kiteorg terus menuju ke bus station dgn menaiki tram. Kiteorg dah tak sanggup nak naik dolmus. Tak selesa & perjalanan mengambil masa lebih sejam. Naik tram lagi cepat sampai. Sesampainya kiteorg di bus station Konya, kiteorg lepak2 kejap sementara menunggu bus tiba. Bila bus dah tiba, kiteorg pun terus masuk ke dlm bus. Perjalanan ke Izmir dari Konya mengambil masa lebih kurang 8 jam lamanya.

Setelah 8 jam perjalanan dgn bus dari Konya, akhirnya tiba jugak kiteorg di bandar Izmir pd keesokan paginya. Izmir yg terletak di pinggiran Laut Aegean adalah bandar ketiga terbesar & terpenting di Turkey, selepas Istanbul & Ankara. Ianya jugak adalah pelabuhan kedua terpenting di Turkey selepas Istanbul. Nama lama bagi Izmir ialah Smyrna, nama yg diberi oleh org2 Greek yg tinggal di sini pd zaman dahulu kala. Izmir adalah nama baru yg diberi oleh org2 Turkish setelah bandar ini dipopulasi oleh mereka. Izmir kini adalah bandar yg paling condong sekali ke arah gaya hidup Barat dlm seluruh negara Turkey & majority penduduknya adalah org2 Kristian & Yahudi.

Actually, kiteorg ke Izmir ni bukanlah utk melawat bandar ni. Izmir ni takde ape2 sebenarnye. Hanya sebuah bandar moden jek. Tujuan kiteorg ke Izmir ni adalah utk ke sebuah tempat yg bernama Selcuk yg terletak berhampiran dgn Izmir. Di Selcuk ni terdapat sebuah runtuhan kota peninggalan Empayar Rome. Nama kota tersebut ialah Ephesus. Setibanya kiteorg di station bus Izmir, kiteorg terus beli tiket bus utk ke bandar Canakkale pd waktu petang nanti. Kemudian, kiteorg makan breakfast dulu. Then, barulah kiteorg terus menaiki bus lain utk ke bandar Selcuk. Perjalanan dgn menaiki bus tersebut mengambil masa lebih kurang sejam lamanya.

Sesampainya kiteorg di station bus Selcuk, kiteorg terus naik teksi utk ke runtuhan kota Ephesus tu. Perjalanan dgn teksi utk ke sana mengambil masa lebih kurang 10 minit je. Actually, boleh je kalau nak jalan kaki, tapi disebabkan cuaca kat situ agak panas & matahari pun terik semacam, kiteorg pun decided utk naik teksi. Hihih.

Sesampainya kiteorg di Ephesus, kiteorg pun memulakan ekspedisi mengelilingi runtuhan kota ini. Nak masuk kena bayar. Murah je. Area ni tersangatlah panas & kering pd waktu summer. So, dinasihatkan setiap org utk membawa paling kurang 2 botol besar air. Hihi. Kota Ephesus ni adalah salah satu drp bandar2 org Ionian Greek yg termasyhur di Anatolia pd zaman dahulu. Kota ini diasaskan oleh org2 Greek dari Athens pd thn 1,000 SM. Selepas itu, ianya diduduki oleh org2 dari Empayar Rome & kemudiannye menjadi kota org2 Rome yg terbesar di bhg Asia. Kota ini terletak berdekatan dgn Temple Of Artemis yg merupakan salah satu drp 7 Wonders Of Ancient World. Malangnya, Temple Of Artemis ni hanya meninggalkan tapak saje. Binaannya sudah tidak lagi wujud.

Ephesus, Selcuk, Turkey
Ephesus, Selcuk, Turkey


Gambaran Temple Of Artemis di Ephesus, Selcuk, Turkey
Gambaran Temple Of Artemis di Ephesus, Selcuk, Turkey

Ephesus jugak merupakan antara tapak permulaan kpd agama Kristian. St Paul & St John dikatakan berpusat di sini sewaktu usaha utk menyebarkan agama Kristian ke seluruh empayar Rome di bhg Asia. Kota Ephesus ni jugak dikatakan disebut di dlm ‘Book Of Revelation’. Selain itu, rumah Maryam (ibu Nabi Isa) dikatakan terletak 7 km dari Ephesus. Ianya adalah rumah terakhir Maryam sebelum meninggal dunia. Rumah tersebut kini menjadi tumpuan org2 Kristian utk bermunajat. Hmmm.

Rumah Maryam, 7 km Dari Ephesus, Selcuk, Turkey
Rumah Maryam, 7 km Dari Ephesus, Selcuk, Turkey

Antara runtuhan2 binaan penting yg terdapat di dlm kota Ephesus ni ialah Library Of Celcus, Theatre, Temple Of Hadrian, Gate Of Hercules, Odeon & jugak sebuah statue yg diberi nama ‘Statue Of Artemis’. Statue ni agak pelik la bentuk dia. Seolah2 mcm seorg wanita yg banyak buah dada. Hihihi. Library Of Celcus siap dibina pd thn 125 SM oleh Gaius Julius Aquila sbg memperingati ayahnya. Apa yg tinggal kini hanyalah binaan pintu masuk library tu. Theatre pulak adalah sebuah runtuhan gelanggang yg dahulunya dijadikan tempat perlawanan gladiator yg dahulunya boleh memuatkan 25,000 penonton.

Statue Of Artemis, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey
Statue Of Artemis, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey


Library Of Celcus, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey
Library Of Celcus, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey


Library Of Celcus, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey
Library Of Celcus, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey


Theatre, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey
Theatre, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey


Theatre, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey
Theatre, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey


Temple Of Hadrian, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey
Temple Of Hadrian, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey


Gate Of Hercules, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey
Gate Of Hercules, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey


Odeon, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey
Odeon, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey


Odeon, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey
Odeon, Di Dlm Ephesus, Selcuk, Turkey

Selepas hampir 3 jam di dalam runtuhan kota Ephesus ni, kiteorg akhirnya terus kembali ke bandar Selcuk dgn menaiki teksi. Lepas makan lunch, kiteorg terus menaiki bus utk kembali ke bus station Izmir. Sesampainya kiteorg di bus station tersebut, kiteorg berehat2 & bersolat dulu di surau yg terdapat di situ. Then, bila bus dah sampai, kiteorg terus masuk ke dlm bus tersebut utk menuju ke sebuah lagi bandar di dlm Turkey iaitu Canakkale. Perjalanan dari Izmir ke Canakkale mengambil masa lebih kurang 5 jam.

Setelah 5 jam perjalanan dgn bus dari Izmir, akhirnya kiteorg tiba di Canakkale pd waktu mlm. Sampai2 je kiteorg di station bus Canakkale, kiteorg terus beli tiket bus utk ke Bursa pd keesokan ptgnya. Lepas selesai beli tiket, kiteorg terus mencari hostel yg berdekatan dgn station bus tu. Pergh. Nasib baik kiteorg jumpe sebuah hostel berdekatan dgn area tu. Hostel tu murah & agak selesa jugak la. Lepas mandi, solat dan sebagainya, kiteorg pun terus tidur.

Bandar Canakkale ni takde ape2 sebenarnya. Tujuan kiteorg ke sini adalah utk ke runtuhan kota Troy yg terletak berdekatan dgn bandar ni. So, keesokan paginya after breakfast, kiteorg berjalan kaki ke sebuah jambatan yg terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari hostel kiteorg. Di bawah jambatan tu terdapat sebuah bus station kecil. Bus utk ke runtuhan kota Troy boleh diambil dari sini. Perjalanan bus tersebut ke kota Troy mengambil masa lebih kurang setengah jam je. Takde la lama sangat.

Sesampainya di Troy, kiteorg pun memulakan penjelajahan mengelilingi runtuhan kota ini. Troy atau dlm bahasa Turkish Truva adalah sebuah kota lagenda & tempat berlakunya ‘Trojan War’ antara penduduk Troy dgn org2 Greek dari Sparta, menurut epik Iliad yg ditulis oleh seorg penulis epik Greek yg terkenal iaitu Homer. So, kisah Trojan War ni sebenarnya hanyalah lagenda. Kesahihannya boleh diragui. Hihih. Trojan War ni dikatakan berlaku antara kurun ke-14 SM & kurun ke-12 SM. Setelah penduduk Troy kalah kpd org2 Greek, kebanyakan mereka berpindah ke Italy. Ada yg mengatakan bahawa org2 Troy inilah yg kemudiannya mengasaskan empayar Rome. Hmmm. Selain kisah Trojan War, lokasi kota Troy ini jugak sebenarnya boleh diragui kerana tak ada bukti kukuh yg menyatakan kota Troy terletak di sini. Tapi, who cares kan. Janji aku dah sampai kat sini. Hahaha. Kawasan ni kini dimasukkan dlm list UNESCO’s World Heritage. Hmmm. Bangga jugak la.

Kedudukan kota Troy & kota Sparta
Kedudukan kota Troy & kota Sparta

Aku rasa tak perlu la aku ceritakan ttg kisah lagenda kota Troy ni. Korang sure dah familiar dgn watak2 Achilles, Hector, Paris & Helen yg dilakonkan oleh Brad Pitt, Eric Bana, Orlando Bloom & Diane Kruger dlm film ‘Troy’ kan? Aku sure ramai antara korang dah pun tgk film yg best tu. So, tak perlulah aku ceritakan lagi tentangnya. Hehehe.

Film Troy
Film Troy

Kiteorg spend masa lebih kurang 2 jam di runtuhan kota ni. Takde ape2 yg best pun. Yg menarik pun hanyalah binaan kuda Troy yg diperbuat drp kayu. Tapi ni bukannye binaan asal. Ianya hanyalah replika saje. Aku rase korang semua pun dah familiar dgn kuda Troy ni kan? Hihihi. Selain drp kuda tu, takde ape2 lagi dah yg menarik di sini. Yg ada cuma batu2 kesan runtuhan kota ni je la. So, lepas puas berkelana di sini, kiteorg terus kejar bus utk kembali ke bus station Canakkale.

Di Pintu Masuk Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey
Di Pintu Masuk Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey


Trojan Horse Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey
Trojan Horse Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey


Trojan Horse Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey
Trojan Horse Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey


Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey
Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey


Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey
Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey


Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey
Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey


Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey
Di Runtuhan Kota Troy, Canakkale, Turkey

Bila dah sampai di bus station Canakkale, kiteorg berjalan ke sebuah restoran utk lunch. Kemudian, kiteorg kembali ke hostel kiteorg utk berkemas. Bile dah siap, kiteorg ke bus station utk menunggu bus. Bila bus dah sampai, kiteorg pun terus masuk ke dlm bus. Destinasi kiteorg yg seterusnya ialah Bursa. Perjalanan bus dari Canakkale ke Bursa mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Setelah 6 jam dalam bus dari Canakkale, akhirnya kiteorg tiba di Bursa pd waktu mlm. Sampai2 je di bus station Bursa, kiteorg terus beli tiket bus utk ke Edirne pd hari esoknya. Lepas tu, baru la kiteorg naik bus utk ke city centre Bursa. Bile dah sampai di city centre, kiteorg pun punye la dok cari hostel yg kiteorg rujuk dari buku travel guide. Setelah bersusah payah mencari, akhirnya jumpe jugak. Hostel tu ok la. Murah dan selesa. Tuan punya hostel tu pun baik gile. Sewaktu kiteorg sampai situ, isteri tuan punye hostel tu siap sediakan sepinggan kuih & air teh lagi utk kiteorg. Hahaha. Terharu btul bile dpt layanan sebegitu. Lepas letak bag2 kiteorg dlm bilik, kiteorg keluar kejap utk makan dinner. Lapar gile. Lepas makan, kiteorg kembali ke hostel. Lepas mandi, solat dan sebagainya, kiteorg terus tidur.

Keesokannya, baru la kiteorg memulakan penjelajahan kota Bursa. Kiteorg travel around dgn berjalan kaki je. Bandar Bursa adalah bandar keempat terbesar dan terpenting di Turkey selepas Istanbul, Ankara & Izmir. Bandar ni jugak dikenali dgn nama ‘Green Bursa’ kerana taman2nya yg serba hijau yg terdapat di seluruh pelusuk bandar ni. Selain itu, Bursa jugak sgt terkenal dgn ‘Iskender Kebab’nya. Haa. Iskender Kebab yg famous tu berasal dari sini la. Nama lama bagi Bursa ialah Prusa, sempena nama pengasasnya iaitu King Prusias I. Pd zaman dahulu, bandar Bursa inilah yg menjadi penghujung kpd Jalan Sutera yg panjangnya lebih kurang 8,000 km. Jalan Sutera ni la yg menghubungkan perdagangan antara dunia Barat dan Timur pada zaman dahulu.

Iskender Kebab
Iskender Kebab


Jalan Sutera
Jalan Sutera

Bursa ialah ibu kota Empayar Turki Uthmaniyah yg pertama. Ia sebelumnya berada di bawah Byzantine Empire, sehinggalah ke thn 1326 apabila ianya ditawan oleh Osman Gazi, Sultan Empayar Turki Uthmaniyah yg pertama & tenteranya. Selepas ditawan, bandar ni terus dijadikan sbg ibu kota Empayar Turki Uthmaniyah sehinggalah ke thn 1365 apabila Edirne mengambil alih fungsi Bursa sbg ibu kota empayar. Sewaktu era kegemilangan Empayar Turki Uthmaniyah, Bursa sgt terkenal sbg pusat pembuatan sutera. Kini, bandar Bursa jugak menjadi pusat kpd pembuatan kereta Fiat & Renault di Turkey.

Tempat pertama di Bursa yg kiteorg jejaki ialah Makam Osman Gazi & Orhan Gazi. Osman Gazi adalah org yg bertanggung jawab mengasaskan Empayar Turki Uthmaniyah & merupakan Sultan empayar yg pertama. Orhan Gazi pulak adalah anaknya yg menjadi Sultan yg kedua.

Osman Gazi
Osman Gazi


Di Perkarangan Makam Osman Gazi, Bursa, Turkey
Di Perkarangan Makam Osman Gazi, Bursa, Turkey


Makam Osman Gazi, Bursa, Turkey
Makam Osman Gazi, Bursa, Turkey


Di Perkarangan Makam Orhan Gazi, Bursa, Turkey
Di Perkarangan Makam Orhan Gazi, Bursa, Turkey


Makam Orhan Gazi, Bursa, Turkey
Makam Orhan Gazi, Bursa, Turkey

Lepas menyedekahkan Al-Fatihah kpd mereka berdua, kiteorg meneruskan perjalanan ke market area. Market area kat sini sgtlah besar. Mcm2 benda ada dijual terutamanya kain2 sutera. Di market area ni terdapat sebuah masjid yg paling penting di Bursa iaitu Great Mosque atau dlm bahasa tempatan Ulu Camii. Senibina masjid ini adalah senibina awal empayar Turki Uthmaniyah. Oleh itu, senibinanya agak berbeza drp senibina masjid2 di Istanbul yg dibina sewaktu pertengahan era kegemilangan empayar tersebut. Great Mosque ni dibina oleh Ali Neccar antara thn 1396 – 1399 di bawah pemerintahan Sultan Bayezid I. Masjid ini sgtlah besar & berbentuk segiempat tepat. Ianya mempunyai 20 kubah yg disokong oleh 12 buah tiang yg terdapat di dlmnya. Ianya juga mempunyai 2 buah menara di bhg luar. Di dinding dalaman masjid ini pulak terdapat byk ukiran2 khat yg sgt cantik. Terdapat jugak sebuah fountain di dlm masjid ini yg menjadi tempat mengambil wuduk. Seriously cakap, senibina masjid ni mmg tersangat lawa.

Di Market Area, Bursa, Turkey
Di Market Area, Bursa, Turkey


Great Mosque, Bursa, Turkey
Great Mosque, Bursa, Turkey


Great Mosque, Bursa, Turkey
Great Mosque, Bursa, Turkey


Di Dalam Great Mosque, Bursa, Turkey
Di Dalam Great Mosque, Bursa, Turkey


Di Dalam Great Mosque, Bursa, Turkey
Di Dalam Great Mosque, Bursa, Turkey


Fountain Di Dalam Great Mosque, Bursa, Turkey
Fountain Di Dalam Great Mosque, Bursa, Turkey


Selepas berehat2 di dlm Great Mosque, kiteorg meneruskan perjalanan ke Koza Park yg jugak turut terletak di market area yg luas tu. Takde ape2 kat park ni. Cuma ada sebuah fountain jek. Tapi ramai gak la org lepak2 kat situ. Lepas bergambar kat situ, kiteorg terus ke Orhan Gazi Mosque. Masjid ini dibina pd thn 1339 sewaktu pemerintahan Sultan Orhan Gazi. Ia kemudiannya diperbaiki semula oleh Sultan Mehmet pd thn 1417 selepas diserang oleh Karamanoglu Mehmet Bey pd thn 1413. Senibina masjid ini pun agak cantik jugak la. Tak nyesal masuk.

Koza Park, Bursa, Turkey
Koza Park, Bursa, Turkey


Orhan Gazi Mosque, Bursa, Turkey
Orhan Gazi Mosque, Bursa, Turkey


Di Dalam Orhan Gazi Mosque, Bursa, Turkey
Di Dalam Orhan Gazi Mosque, Bursa, Turkey


Di Dalam Orhan Gazi Mosque, Bursa, Turkey
Di Dalam Orhan Gazi Mosque, Bursa, Turkey


Di Dalam Orhan Gazi Mosque, Bursa, Turkey
Di Dalam Orhan Gazi Mosque, Bursa, Turkey

Kiteorg kemudiannya berjalan ke Koza Han yg merupakan antara bangunan yg paling attractive & cantik yg terdapat di market area. Bangunan ini dibina pd thn 1491 sewaktu pemerintahan Sultan Beyazit II. Di dalamnya terdapat banyak kedai2 yg menjual tekstil terutamanya yg diperbuat drp sutera. Tudung2 byk la dijual kat sini. Lawa2 belake. Tapi kiteorg takde duit la nak beli. Dah borong banyak gile kat Istanbul dulu. Heheh. Bangunan ni dahulunya adalah pusat perdagangan tekstil sutera di Bursa yg sgt terkenal. Hmmm. Bila dah tgh hari, kiteorg makan lunch dulu. Kiteorg makan di sebuah restoran yg terletak di market area ni. Kiteorg makan Iskender Kebab. Hmm. Boleh tahan la sedapnye.

Koza Han, Bursa, Turkey
Koza Han, Bursa, Turkey


Di Dalam Koza Han, Bursa, Turkey
Di Dalam Koza Han, Bursa, Turkey


Tudung-Tudung Yang Lawa Di Dalam Koza Han, Bursa, Turkey
Tudung-Tudung Yang Lawa Di Dalam Koza Han, Bursa, Turkey

Selepas tu, kiteorg berjalan kaki ke Green Tomb. Ianya adalah makam Sultan Mehmet I. Bangunan makam yg berwarna hijau ini adalah salah satu landmark yg terpenting di Bursa. Ianya dibina antara tahun 1414 – 1421. Senibina bangunan makam ini lebih dipengaruhi oleh senibina Seljuk drp senibina classical Turki Uthmaniyah. Bhg luarnya yg berwarna hijau adalah batu marmar hijau. Malangnya, bangunan makam ni sedang dlm renovation sewaktu kiteorg di situ. So, tak dpt la nak masuk ke dlmnya. Kiteor hanya bergambar dari luar jek. Kiteorg seterusnya meneruskan perjalanan ke Green Mosque yg terletak berhampiran dgn Green Tomb tu. Green Mosque atau nama tempatannya Yesil Camii ini dibina untuk Sultan Mehmet I yg baru mangkat. Ianya mula dibina pd thn 1419 & siap dibina pd thn 1421. Pembinaan masjid ini melambangkan peralihan senibina empayar Turki Uthmaniyah yg sebelum ini dipengaruhi oleh senibina Seljuk. Green Mosque ni adalah purely Turkish style of architecture & merupakan masjid yg terunggul sekali di Bursa. Di dlm masjid ni terdapat tempat istirehat Sultan yg dihiasi dgn marmar hijau. Begitu jugak dgn mihrab masjid ini yg turut dihiasi dgn marmar hijau. Sbb tu la masjid ni digelar Green Mosque. Cantik jugak la senibina dalamannya. Agak berlainan drp masjid2 lain yg terdapat di Turkey.

Green Tomb, Bursa, Turkey
Green Tomb, Bursa, Turkey


Green Mosque, Bursa, Turkey
Green Mosque, Bursa, Turkey


Green Mosque, Bursa, Turkey
Green Mosque, Bursa, Turkey


Di Dalam Green Mosque, Bursa, Turkey
Di Dalam Green Mosque, Bursa, Turkey


Di Dalam Green Mosque, Bursa, Turkey
Di Dalam Green Mosque, Bursa, Turkey


Tempat Istirehat Sultan Di Dalam Green Mosque, Bursa, Turkey
Tempat Istirehat Sultan Di Dalam Green Mosque, Bursa, Turkey

Selepas menunaikan solat kat dlm Green Mosque, kiteorg terus menuju ke Zafer Square yg merupakan shopping complex yg paling utama di Bursa. Actually, kiteorg dah taktau nak buat ape dah. Semue tempat yg menarik kiteorg dah cover. Heheh. Sambil jalan2 di dlm shopping complex tu, tibe2 tergerak hati pulak nak tgk wayang. Waktu tu movie Pirates Of The Caribbean: Dead Man’s Chest tgh hot. So, kiteorg pun decided utk tgk movie tu. Nasib baik dlm English. Kalau dlm Turkish, mmg kiteorg cancel la plan kiteorg tu. Hihihi. Habis je tgk movie tu, kiteorg terus kembali ke hostel. Lepas kemas2 barang, kiteorg terus bergerak ke bus station dgn menaiki bus. Bile dah sampai di bus station, kiteorg bersolat kejap. Lepas tu, bile bus dah sampai, kiteorg terus masuk ke dlm bus. Destinasi kiteorg yg seterusnya ialah Edirne. Perjalanan dari Bursa ke Edirne mengambil masa lebih kurang 10 jam lamanya. Agak lama jugak la. Huhuhu.

Zafer Square Shopping Complex, Bursa, Turkey
Zafer Square Shopping Complex, Bursa, Turkey


Selepas 10 jam duduk dlm bus dari Bursa, kiteorg akhirnya tiba jugak di Edirne. Tapi masalahnya, kiteorg dihentikan bukannya di station bus, tapi di satu tempat yg agak misteri. Kiteorg rasa tempat tu adalah university. So, kiteorg tanpa berfikir panjang terus tahan teksi & mintak driver teksi tu bawak kiteorg ke bus station. Huhuhu. Bile dah sampai di bus station Edirne, kiteorg terus beli tiket bus ke Istanbul pd waktu ptg nanti. Edirne adalah destinasi terakhir kiteorg di Turkey sebelum kiteorg kembali semula ke Istanbul. Lepas selesai beli tiket, kiteorg terus ke city centre Edirne dgn menaiki bus.

Bile dah sampai di city centre Edirne, kiteorg pun memulakan ekspedisi menjelajahi kota ini. Edirne adalah salah satu bandar di Turkey yg terletak di bhg Europe. Bhg Europe Turkey jugak dikenali sbg ‘Thrace’. Bandar Edirne ini terletak berhampiran dgn sempadan tiga negara iaitu Turkey, Greece & Bulgaria. Nama lamanya ialah Adrianople bersempena dgn nama pengasasnya iaitu Roman Emperor yg bernama Hadrian. Selepas berada di bawah Empayar Rome, Edirne diletakkan pulak di bawah Empayar Byzantine. Pd thn 1362, Sultan Murat I iaitu Sultan Empayar Turki Uthmaniyah pd waktu tersebut berjaya menawan Edirne & terus menjadikannya sbg ibu kota kedua Empayar Turki Uthmaniyah selepas Bursa. Edirne kekal menjadi ibu kota empayar tersebut sehinggalah pd thn 1453 apabila Istanbul menggantikannya. Dari kota Edirne inilah Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya berusaha utk menawan Constantinople aka Istanbul.

Tempat pertama yg kiteorg kunjungi di Edirne ini ialah Selimiye Mosque. Masjid ini siap dibina oleh arkitek yg terkenal iaitu Sinan pd thn 1575, di bawah arahan Sultan Selim II. Ianya adalah hasil kerja terbaik arkitek Sinan & merupakan masjid yg terunggul dlm sejarah Empayar Turki Uthmaniyah. Pd zaman dahulunya, di sekeliling masjid ini terdapat kompleks hospital, sekolah, perpustakaan & rumah mandi. Menara2 azan yg terdapat di sekeliling masjid ini adalah menara2 azan yg tertinggi di seluruh Turkey. Tinggi menara2 tersebut ialah masing2 70.9 m. Senibina dalaman masjid ini mmg tak terkata cantiknya. Kiteorg nak snap gambar dlm masjid ni, tapi malangnya ada seorg pak guard dok jaga kat dlm masjid tu & terpampang pulak notis ‘No photography’. Isk. Tensen btul!!. So, kiteorg bergambar kat perkarangan masjid je.

Selimiye Mosque, Edirne, Turkey
Selimiye Mosque, Edirne, Turkey


Di Perkarangan Selimiye Mosque, Edirne, Turkey
Di Perkarangan Selimiye Mosque, Edirne, Turkey


Di Perkarangan Selimiye Mosque, Edirne, Turkey
Di Perkarangan Selimiye Mosque, Edirne, Turkey


Di Perkarangan Selimiye Mosque, Edirne, Turkey
Di Perkarangan Selimiye Mosque, Edirne, Turkey


Di Perkarangan Selimiye Mosque, Edirne, Turkey
Di Perkarangan Selimiye Mosque, Edirne, Turkey


Di Dalam Selimiye Mosque, Edirne, Turkey
Di Dalam Selimiye Mosque, Edirne, Turkey

Selepas puas menikmati keindahan Selimiye Mosque, kiteorg meneruskan perjalanan dgn mencari kedai utk makan breakfast. Lapar gile. Lepas makan, kiteorg menuju ke sebuah lagi masjid yg terdapat di kota Edirne ini iaitu Old Mosque atau dalam bahasa tempatan Eski Camii. Ianya adalah masjid yg tertua di Edirne. Ianya adalah versi kecil Great Mosque yg terletak di Bursa. Masjid ini mulai dibina pd thn 1403 oleh anak sulung Sultan Beyazit I iaitu Suleyman & pembinaannya dihabiskan oleh anak bongsunya iaitu Mehmet I pd thn 1414. Masjid yg berbentuk segiempat sama ini mempunyai 9 buah kubah yg disokong oleh 4 tiang yg terdapat di dlmnya. Di pintu masuk utama masjid ini terpampang nama ‘Allah’ & ‘Muhammad’ yg agak besar saiznya. Kat dlm masjid ni pun tak dibenarkan mengambil gambar. Isk. Tensen btul la. Tapi senibina dalamannya mmg agak cantik jugak la. Lebih kurang sama mcm Great Mosque di Bursa.

Old Mosque, Edirne, Turkey
Old Mosque, Edirne, Turkey


Di Bhg Luar Old Mosque, Edirne, Turkey
Di Bhg Luar Old Mosque, Edirne, Turkey

Lepas menunaikan solat di Old Mosque, kiteorg menuju ke Mosque Of The Three Balconies atau dlm bahasa tempatan Uc Serefeli Camii. Sebelum Istanbul ditawan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih, Mosque Of Three Balconies ini adalah masjid yg terulung sekali dlm empayar Turki Uthmaniyah. Ianya siap dibina pd thn 1447, 6 thn sebelum Istanbul ditawan. Namanya adalah bersempena dgn 3 buah balkoni yg menghiasi salah sebuah menaranya. Tiga buah lagi menaranya adalah unik kerana mempunyai bentuk & ketinggian yg berbeza antara satu sama lain. Itulah yg menjadikan masjid ni adalah salah satu masjid yg unik di Turkey. Kiteorg boleh bergambar di dlm masjid tu. Perghh. At last. Senibina dalaman masjid ni pun boleh tahan la cantiknya.

Mosque Of Three Balconies, Edirne, Turkey
Mosque Of Three Balconies, Edirne, Turkey


Mosque Of Three Balconies, Edirne, Turkey
Mosque Of Three Balconies, Edirne, Turkey


Lepas selesai melawat ketiga2 masjid tu, kiteorg dah taktau nak buat ape dah. Edirne ni sebenarnya tak banyak tempat2 yg menarik. Tourist pun mcm takde je. Aku rase kiteorg berdua jek tourist yg ade kat situ pada waktu tu. Patut la semua org mcm tgk semacam je kat kiteorg. Huhuhu. Lepas taktau nak buat ape dah, kiteorg terus decided utk naik bus kembali ke bus station Edirne. Sesampainye kiteorg kat bus station tu, kiteorg terus ke kaunter tiket utk awalkan perjalanan kiteorg ke Istanbul. Nasib baik boleh. So, lebih kurang 10 minit lepas tu, kiteorg pun bergerak dgn bus menuju ke Istanbul. Perjalanan ke Istanbul mengambil masa lebih kurang 3 jam.

Sesampainya kiteorg di Istanbul selepas 3 jam menaiki bus dari Edirne, kiteorg terus ke hostel yg kiteorg stay sebelum ni. Malas dah nak cari hostel lain. Lepas check in, kiteorg mandi & solat. Kemudian, kiteorg berehat kejap. Lepas tu, bila dah lewat ptg sikit, aku berjalan sorang2 menuju ke taman yg terletak di antara Blue Mosque & Hagia Sofia tu. Aku mcm rindu pulak nak tgk keindahan Hagia Sofia & Blue Mosque. Aku keluar sorang2 je. Jem lepak dlm bilik. Die malas nak keluar.

Sedang aku berehat2 sambil mengambil gambar panorama Hagia Sofia & Blue Mosque, aku tiba2 didatangi oleh seorg pemuda Turkish. Die tiba2 ajak aku berborak dgn dia. Hmm. Aku mmg tau yg org2 Turkish ni peramah2 belake. English pemuda tu pun boleh tahan bagus jugak la. Lepas 10 minit berborak2 kosong dgn dia, tibe2 dia offer utk bawak aku jalan2 di kota Istanbul ni. Aku mcm agak kaget jugak la. Serba salah pun ada gak. Aku taktau niat sebenar dia. Die betul2 ikhlas ke nak bawak aku jln2 Istanbul ni, atau dia ada maksud tersirat? Dia kata dia takkan mintak duit. Tapi aku still ragu2 jugak. Well, aku ni mmg agak prejudice. Susah nak percaya kat org. Tambah2 lagi dlm situasi mcm ni dgn org yang tak dikenali. So, aku dgn selambanya cakap yg aku nak pergi ke Blue Mosque utk solat Asar (mmg btul pun aku nak gi solat Asar), dgn harapan pemuda tu akan blah. Tapi, dia kata dia akan tunggu aku di luar. Pulak dah. Then dia kata, lepas aku selesai solat Asar, dtg la jumpa dia kat kerusi di luar Blue Mosque tu. Aku pun cakap yg aku setuju.

Lepas habis solat, aku still teragak2 lagi. Nak ikut dia ke tak? Niat dia mungkin ikhlas nak bawak aku jalan2 Istanbul ni. Best jugak dpt kawan baru. Muka dia pun muka baik. Tapi perasaan prejudice aku pulak memberi pendapat yg berlainan. Aku ni mmg susah sgt nak percaya kat org lebih2 lagi bila org tu aku baru kenal. Aku taktau lagi hati budi dia mcm mana. Dibuatnya dia rompak aku ke, bunuh aku ke, atau ape2 lagi, mcm mana? Huhuhu. Serba salah aku dibuatnya. Last2, aku decided utk stay je kat dlm masjid tu utk jangka masa sejam. Kalau pemuda tu btul2 ikhlas nak bawak aku jalan2, mungkin dia akan cari aku kat dlm masjid tu. Tapi, kalau dia still tak dtg jugak cari aku kat dlm masjid tu, aku akan blah mcm tu je. Haha. Keputusan yg bijak kan? Hihih. Dan spt yg aku harap2kan, pemuda tu tak dtg pun cari aku kat dlm masjid tu. So, aku pun blah. Hihih. Aku terus balik ke hostel & cerita kat Jem ape yg berlaku. Terkejut beruk die. Then, kiteorg pun stay kat dlm hostel tu sampai la ke esok paginya.

Keesokan paginya, kiteorg bgn agak lambat sikit sbb mcm dah takde benda nak buat. Lepas check out & simpan barang2 kat luggage room, kiteorg pun keluar la kejap menjelajah kota Istanbul utk kali terakhir. Lepas ni mmg susah dah nak dtg sini kan. Hihih. Pikir punya pikir, kiteorg akhirnya decided utk ke Rustam Pasha Mosque sbb kiteorg tak masuk lagi ke dlm masjid tu. Menurut kata buku travel guide, masjid tu mmg wajib dilawati sbb senibina dalamannya yg sangat cantik. Masjid tu terletak berdekatan dgn Spice Bazaar. Tapi, sebelum kiteorg ke masjid tu, kiteorg singgah kejap di sebuah kedai yg menjual Turkish Delight. Turkish Delight atau nama tempatannya 'lokum' adalah sejenis makanan Turkish yg berbentuk spt dodol. Kedai yg kiteorg masuk ni merupakan kedai Turkish Delight yg paling famous di Istanbul.

Turkish-Delight aka Lokum
Turkish Delight aka Lokum


Kedai Turkish Delight, Istanbul, Turkey
Kedai Turkish Delight, Istanbul, Turkey

Lepas borong 4-5 bungkus Turkish Delight sorang, kiteorg pun terus menuju ke Rustam Pasha Mosque. Bile dah masuk ke dlm masjid tu, aku terpegun gile melihat keindahan senibina dalamannya. Dari luar nampak biasa je. Tapi, bila dah masuk dlm, subhanallah, lawa nak mampus. Setiap sudut dalamannya, termasuk tiang2, mihrab & mimbarnya dihiasi dgn tiles Iznik yg terbaik yg mempunyai corak2 flora yg sangat2 menakjubkan. Disebabkan kecantikan corak tilesnya, masjid ini menjadi masjid yg mempunyai corak tiles yg tercantik di seluruh kota Istanbul. Mmg tak rugi kiteorg masuk ke dlm masjid ni. Rustam Pasha Mosque ini siap dibina pd thn 1561 oleh arkitek yg tidak asing lagi iaitu Sinan. Ianya dibina utk Rustam Pasha, iaitu menantu kpd Grand Vizier of Sultan Suleyman.

Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey
Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey


Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey
Di Dalam Rustam Pasha Mosque, Istanbul, Turkey

Selepas menunaikan solat di dlm masjid ni, kiteorg berjalan pulak ke kedai souvenir shop ‘Istanblue’ utk shopping buat kali terakhir. Kiteorg beli souvenir2 yg kiteorg rasa mmg patut utk dibeli. Kemudiannya, bila dah selesai shopping, kiteorg kembali ke hostel utk kemas2 barang. Kiteorg akan naik train utk kembali ke Athens, Greece ptg ni. Perghh. Mcm tak percaya je yg kiteorg dah nak meninggalkan bumi Turkey. Seriously cakap, aku mcm dah jatuh cinta dgn Turkey. Semue benda pasal Turkey aku suka. Org2 dia pun baik2. Walaupun negara ni mengalami krisis identity antara fahaman sekular & fahaman konservatif Islam, tapi Turkey sebenarnya masih lagi kuat pegangan Islamnya. Bukan semua penduduk Turkey berfahaman sekular spt kebanyakan antara kita sangkakan. Sebenarnya, golongan yg berilmu agama lebih ramai drp golongan yg sekular. Cuma golongan yg majority ini tak dpt nak bangkit kerana cengkaman kerajaan yg berfahaman sekular.

Walau apa pun, mari la sama2 kita doakan supaya suatu hari nanti, kegemilangan Islam di bumi Turkey ini akan kembali mekar. Sesungguhnya, tulip masih mekar di Istanbul. Heheh. Macam cerpen FahdRazy pulak. Bila dah siap packing barang, kiteorg pun terus berjalan menuju ke train station Sikerci. Tepat pukul 8.00 ptg, train pun bertolak dari Istanbul menuju ke Thessaloniki, Greece. Train yg kiteorg naik ni adalah train sama yg kiteorg naik dari Thessaloniki dulu. Perjalanan train ni mengambil masa lebih kurang 12 jam lamanya.

Hari 27: 20 JULAI 2006

Setelah hampir 12 jam kami di dalam keretapi dari Istanbul, akhirnya kami tiba juga di stesen keretapi Thessaloniki, Greece pada awal pagi hari ini. Sesampainya kami di sini, kami terus menuju ke sebuah restoran di hadapan stesen tersebut untuk bersarapan pagi. Lapar benar kami. Selepas bersarapan, kami kembali ke stesen keretapi tersebut. Keretapi ke Athens akan bertolak pada pukul 12 tengah hari nanti. Kami tidak ke mana-mana pada hari ini memandangkan kami sudah pun menjelajah bandar Thessaloniki sebelum ini. Kami hanya berehat-rehat di dalam stesen tersebut sementara menunggu keretapi tiba. Setelah berjam-jam menunggu, akhirnya keretapi yang kami nantikan pun tiba di terminalnya. Kami lantas masuk ke dalam keretapi tersebut. Tidak berapa lama kemudian, ia pun bergerak meninggalkan Thessaloniki menuju ke Athens. Perjalanan kami mengambil masa hampir 6 jam lamanya.

Setibanya kami di stesen keretapi Athens Larissa, kami terus mencari hostel yang sudah kami rujuk melalui buku ‘Western Europe’. Setelah puas mencari, akhirnya kami menjumpai lokasi hostel tersebut. Setelah mendaftar masuk, kami pun terus dibawa ke bilik kami. Bilik tersebut boleh dikatakan agak selesa & lengkap dengan segala kemudahan. Selepas mandi, solat & sebagainya, kami pun keluar untuk menjelajahi kota Athens. Pada waktu ini, matahari sudah pun hampir melabuhkan tirainya. Kami sebenarnya sudah pun menjejakkan kaki di Athens sebelum ini, iaitu sebelum kami ke bumi Turki. Tetapi, pada waktu itu, kami hanya berkesempatan untuk ke Stadium Olimpik 2004 sahaja. Oleh itu, pada kali ini kami akan menghabiskan sasi-bakinya.

Tempat yang kami kunjungi pada malam ini adalah Monastiraki iaitu sebuah pasar lambak yang terletak berhampiran dengan hostel kami. Di sini terdapat banyak gerai & kedai yang menjual pelbagai jenis barang termasuklah cenderamata yang murah-murah belaka. Ia sudah tentunya menjadi syurga kepada kami yang gemar membeli cenderamata. Hahahah. Di kawasan ini terdapat sebuah gereja Greek Orthodox yang agak besar. Aku tidak pasti apa namanya. Dari kawasan ini juga, pelancong-pelancong boleh menikmati keindahan Acropolis yang jelas kelihatan di atas sebuah bukit. Panorama tersebut tersangatlah mengasyikkan.

Monastiraki pada waktu senja, Athens, Greece
Monastiraki pada waktu senja, Athens, Greece

Tempat ini sahajalah yang sempat untuk kami kunjungi pada malam ini. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam di sini sahaja. Selepas puas membeli-belah, kami pun kembali ke hostel kami. Sekembalinya kami ke hostel, kami menaiki anak tangga untuk ke bahagian atas bangunan hostel ini untuk menikmati panorama Acropolis yang sangat indah pada waktu malam. Subhanallah. Selepas itu, kami pun kembali ke bilik kami.

Panorama Acropolis pada waktu malam, Athens, Greece
Panorama Acropolis pada waktu malam, Athens, Greece


Panorama Acropolis pada waktu malam, Athens, Greece
Panorama Acropolis pada waktu malam, Athens, Greece


Hari 28: 21 JULAI 2006

Selesai sahaja bersarapan pagi di hostel, kami terus memulakan ekspedisi kami mengelilingi bandar Athens. Kami mengelilingi bandar ini dengan berjalan kaki & juga menaiki Metro. Tempat pertama yang kami jejaki ialah runtuhan Roman Agora. Ianya adalah sebuah kawasan forum yang dahulunya dibina oleh orang-orang Empayar Rom untuk bersaing dengan Agora Lama yang dibina oleh orang-orang Greek. Monumen utama yang terdapat di sini ialah ‘Tower of the Winds’, iaitu sebuah menara marmar yang berbentuk oktagon. Menara ini dibina pada sekitar tahun 50 SM, 200 tahun sebelum pembinaan Roman Agora ini sendiri. Sewaktu di bawah Empayar Byzantine, menara ini menjadi menara loceng kepada sebuah gereja yang terletak di sini.

Roman Agora, Athens, Greece
Roman Agora, Athens, Greece


'Tower of the Winds' di Roman Agora, Athens, Greece
'Tower of the Winds' di Roman Agora, Athens, Greece

Seterusnya, kami berjalan kaki menuju ke Acropolis. Sebenarnya terdapat banyak acropolis di seluruh Greece. Namun, Acropolis di Athens ini adalah yang paling terkenal. Sebelum kami tiba di Acropolis, kami berkesempatan untuk melihat kawasan Agora Lama. Pada zaman dahulu, ianya adalah kawasan untuk bersosial & juga kawasan pentadbiran. Ia dibina oleh orang-orang Greek pada kurun ke-6 SM. Socrates & Aristotle dikatakan pernah menyampaikan ilmu mereka di sini. Terdapat banyak kuil dibina di kawasan ini. Runtuhan kuil yang masih boleh dilihat pada hari ini ialah Kuil Hephaestus. Selain itu, terdapat juga runtuhan sebuah gereja. Kawasan ini agak luas.

Agora Lama, Athens, Greece
Agora Lama, Athens, Greece


Agora Lama, Athens, Greece
Agora Lama, Athens, Greece

Selepas mengambil gambar berlatar belakangkan Agora Lama, kami meneruskan perjalanan kami ke Acropolis. Acropolis ini sebenarnya adalah sebuah kawasan yang terletak di puncak sebuah bukit. Oleh itu, kami terpaksa mengagahkan diri mendaki bukit tersebut. Setelah berpeluh-peluh berjalan, akhirnya kami tiba juga di Acropolis tersebut. Untuk masuk ke dalamnya, kami perlu membayar tiket. Pelajar-pelajar akan mendapat harga diskaun. Kawasan Acropolis ini agak licin kerana dipenuhi dengan debu-debu pasir. Kami terpaksa berjalan dengan berhati-hati agar tidak jatuh. Antara runtuhan-runtuhan yang masih terdapat di Acropolis ialah Parthenon, Erechtheum, Propylaea & Odeon Herodes Atticus.

Acropolis, Athens, Greece
Acropolis, Athens, Greece

Parthenon adalah runtuhan sebuah kuil yang dibina untuk Tuhan Athena sewaktu kurun ke-5 SM. Kuil ini dibina bagi menggantikan kuil lama yang telah diruntuhkan oleh tentera Parsi yang menyerang Athens pada tahun 480 SM. Pada kurun ke-6, Parthenon telah bertukar fungsinya menjadi sebuah gereja Greek Orthodox, di bawah Empayar Byzantine. Selepas Athens ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyah, ianya ditukar pula menjadi sebuah masjid pada tahun 1460. Pada tahun 1687, bangunan ini hampir dimusnahkan akibat serangan tentera-tentera Venice. Namun, mulai tahun 1975, kerajaan Greece mula mengambil langkah untuk memperbaiki struktur binaan Parthenon ini & seterusnya mendapat bantuan dari segi kewangan daripada Kesatuan Eropah. Kerja-kerja pembaikan masih lagi diteruskan sehingga ke hari ini. Parthenon sememangnya adalah antara binaan purba yang terkenal di Greece kerana kebanyakan daripada struktur binaannya masih kekal utuh sehingga sekarang. Ianya adalah simbol utama Athens & juga negara Greece.

Parthenon di Acropolis, Athens, Greece
Parthenon di Acropolis, Athens, Greece


Parthenon di Acropolis, Athens, Greece
Parthenon di Acropolis, Athens, Greece

Erechtheum pula adalah runtuhan sebuah kuil yang dibina untuk Tuhan Athena & Poseidon Erechtheus. Ia siap dibina pada tahun 407 SM. Erechtheum dikatakan dibina di atas tapak kuil yang telah dimusnahkan oleh tentera-tentera Parsi pada tahun 480 SM. Kuil ini terkenal dengan anjungnya di mana terdapat ukiran patung beberapa orang gadis di sini. Kuil ini diperbuat daripada batu marmar. Propylaea adalah runtuhan monumen pintu gerbang yang menjadi laluan utama untuk memasuki kawasan Acropolis. Kerja-kerja pembinaannya dimulakan pada tahun 437 SM. Namun, disebabkan Perang Pelopponesia antara Athens & Sparta pada tahun 431 SM, Propylaea tidak dapat disiapkan sepenuhnya. Pada tahun 1984, kerja-kerja membaik pulih monumen ini dimulakan oleh kerajaan Greece & berterusan sehingga sekarang. Odeon Herodes Atticus pula adalah sebuah ampiteater yang dibina oleh Herodes Atticus pada tahun 161 sebagai memperingati isterinya yang telah meninggal dunia. Ampiteater ini menjadi tempat pertunjukan konsert muzik pada zaman dahulu.

Erechtheum di Acropolis, Athens, Greece
Erechtheum di Acropolis, Athens, Greece


Erechtheum di Acropolis, Athens, Greece
Erechtheum di Acropolis, Athens, Greece


Propylaea di Acropolis, Athens, Greece
Propylaea di Acropolis, Athens, Greece


Odeon Herodes Atticus di Acropolis, Athens, Greece
Odeon Herodes Atticus di Acropolis, Athens, Greece


Odeon Herodes Atticus di Acropolis, Athens, Greece
Odeon Herodes Atticus di Acropolis, Athens, Greece

Di kawasan Acropolis ini terdapat sebuah muzium yang mempamerkan ukiran-ukiran patung yang berusia ribuan tahun. Kami mengambil kesempatan untuk masuk ke dalamnya walaupun kami sebenarnya kurang berminat dengan muzium. Kami ingin bergambar dengan ukiran-ukiran patung tersebut, tetapi pelawat-pelawat muzium tersebut tidak dibenarkan bergambar dengan ukiran-ukiran tersebut. Pelawat hanya dibenarkan mengambil gambar ukiran-ukiran tersebut tanpa ada manusia di dalam gambar. Hahaha. Apakah motif mereka? Kami secara senyap-senyap melanggar peraturan ini. Aku berlakon konon-kononnya aku sedang mengamati kehalusan ukiran-ukiran patung tersebut & dalam pada masa yang sama, Jem menggunakan kameranya untuk mengambil gambar aku bersama-sama dengan ukiran-ukiran tersebut. Hahaha. Mujurlah tiada siapa yang syak.

Di dalam muzium di Acropolis, Athens, Greece
Di dalam muzium di Acropolis, Athens, Greece


Di dalam muzium di Acropolis, Athens, Greece
Di dalam muzium di Acropolis, Athens, Greece


Dari Acropolis, kami kemudiannya berjalan menuju ke runtuhan Teater Dionysos yang terletak berdekatan dengan Acropolis tersebut. Runtuhan teater ini dibina antara tahun 342 & 326 SM & boleh memuatkan seramai 17,000 orang pada waktu tersebut. Seterusnya, kami berjalan pula ke runtuhan Kuil Olympian Zeus. Kuil ini dibina untuk Tuhan Zeus atau turut dikenali dengan nama Jupiter oleh orang-orang dari Empayar Rom. Pembinaan kuil ini dimulakan pada tahun 515 SM. Namun, kerja-kerja pembinaan tersebut tergendala selepas tahun 510 SM. Pada kurun ke-3 SM, sewaktu Greece di bawah kekuasaan Macedonia, kerja-kerja pembinaan kuil ini diteruskan. Akan tetapi, ianya tergendala sekali lagi selepas tahun 164 SM. Kemudiannya, pada tahun 86, sewaktu Greece di bawah Empayar Rom, kerja-kerja pembinaan kuil tersebut diteruskan lagi & akhirnya, ia disiapkan sepenuhnya pada kurun ke-2, sewaktu pemerintahan Maharaja Rom yang bernama Hadrian.

Teater Dionysos, Athens, Greece
Teater Dionysos, Athens, Greece

Kuil Olympian Zeus ini adalah kuil yang terbesar di Greece pada waktu ia disiapkan sepenuhnya. Hadrian kemudiannya telah mengarahkan pembinaan 2 buah patung emas yang besar untuk diletakkan di dalam kuil tersebut iaitu patung Tuhan Zeus & juga patung dirinya sendiri. Namun, lama-kelamaan, kuil ini akhirnya runtuh. Ianya dikatakan runtuh disebabkan kejadian gempa bumi. Yang tinggal kini hanyalah beberapa batang tiang yang masih lagi kukuh. Kuil ini sememangnya tersangat besar. Kagum kami melihatnya. Berhampiran dengan runtuhan kuil ini, terdapat sebuah monumen pintu gerbang yang bernama ‘Arch of Hadrian’. Ianya dibina sebagai memperingati kejayaan pembinaan Kuil Olympian Zeus oleh Hadrian.

Kuil Olympian Zeus, Athens, Greece
Kuil Olympian Zeus, Athens, Greece


‘Arch of Hadrian’, Athens, Greece
‘Arch of Hadrian’, Athens, Greece

Selepas itu, kami berjalan menuju ke Zappeion yang merupakan Taman Nasional yang terdapat di Athens. Ia adalah tempat untuk bermesyuarat & perlangsungan upacara-upacara rasmi. Kemudian, kami ke Stadium Olimpik 1896 pula, iaitu stadium di mana berlangsungnya Sukan Olimpik moden yang pertama di dunia. Pada zaman dahulu, stadium ini digunakan untuk Sukan Panathena sebagai tanda penghormatan kepada Tuhan Athena. Kemudian, pada tahun 1895, stadium ini diperbaik pulih untuk upacara Sukan Olimpik 1896. Ianya adalah Sukan Olimpik pertama di dunia sejak ianya diharamkan oleh Maharaja Rom yang bernama Theodosius pada tahun 393 selepas Empayar Rom dikristiankan. Sukan Olimpik 1896 ini disertai oleh hanya 14 buah negara sahaja.

Zappeion, Athens, Greece
Zappeion, Athens, Greece


Stadium Olimpik 1896, Athens, Greece
Stadium Olimpik 1896, Athens, Greece

Kami kemudiannya berjalan ke bangunan Parlimen Greece. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1843. Ia pada mulanya menempatkan golongan kerabat diraja Greece. Namun, selepas pemerintahan beraja dihapuskan pada tahun 1924, bangunan ini ditukar menjadi muzium & kemudiannya menjadi hospital. Pada tahun 1929, bangunan ini mula berfungsi sebagai bangunan Parlimen. Selepas bergambar di hadapannya, kami menaiki Metro untuk ke Monastiraki. Kami membeli beberapa buah lagi cenderamata untuk dijadikan kenangan. Kemudian, kami singgah di sebuah restoran MacDonald untuk makan tengah hari. Selepas makan, kami kembali ke hostel kami untuk bersiap-siap untuk ke lapangan terbang. Apabila kami berdua sudah bersedia, kami pun terus menaiki Metro untuk ke Lapangan Terbang Athens. Penerbangan Easyjet kami ke London Gatwick akan berlepas pada pukul 10.00 malam nanti. Kami mempunyai masa hampir 3 jam sebelum penerbangan kami berlepas. Setelah mendaftar masuk & sebagainya, penerbangan kami pun berlepas meninggalkan Athens menuju ke London Gatwick. Penerbangan kami ini mengambil masa hampir 4 jam lamanya.

Bangunan Parlimen Greece, Athens, Greece
Bangunan Parlimen Greece, Athens, Greece


Monastiraki, Athens, Greece
Monastiraki, Athens, Greece


Monastiraki, Athens, Greece
Monastiraki, Athens, Greece

Sesampainya kami di Lapangan Terbang London Gatwick, waktu sudah pun menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Kami akan ke Glasgow, Scotland pada keesokan malamnya dengan menaiki bas dari London. Oleh itu, kami sudah pun memberitahu Apen, kawan kami yang sama-sama belajar di Kolej MARA Banting dahulu yang kini sedang belajar di London bahawa kami akan menumpang di biliknya sementara menunggu bas ke Glasgow. Kami bercadang untuk menaiki bas dari Lapangan Terbang London Gatwick untuk ke pusat bandar London sejurus selepas kami tiba di lapangan terbang ini. Akan tetapi, kami sudah terlepas bas terakhir yang sudah pun bertolak pada pukul 12.00 tengah malam tadi. Kami tidak ada jalan lain selain daripada tidur di dalam lapangan terbang tersebut sementara menunggu bas terawal yang akan bertolak pada pukul 5.00 pagi nanti. Hahahah. Aku menghubungi Apen untuk memberitahunya tentang hal ini. Dia hanya ketawa sahaja. Hahaha. Selepas itu, kami berdua pun terus cuba melelapkan mata kami sementara menunggu pukul 5.00 pagi.

Hari 29: 22 JULAI 2006

Setelah berjam-jam menunggu, akhirnya bas pertama pun mulai muncul pada pukul 5.00 pagi. Kami terus masuk ke dalamnya. Cuma ada 3 orang penumpang sahaja yang menaiki bas tersebut iaitu aku, Jem & seorang lelaki asing. Sejurus selepas kami masuk ke dalamnya, bas tersebut pun mulai bergerak meninggalkan Lapangan Terbang London Gatwick. Perjalanan ke pusat bandar London mengambil masa hampir 2 jam lamanya.

Kami tiba di stesen bas London Victoria 2 jam kemudian. Sesampainya kami di sini, aku terus bersms dengan Apen. Aku bertanyakan di mana kami harus berjumpa dengannya. Dia membalas sms aku dengan meminta kami berdua ke tempat kerjanya yang terletak berdekatan dengan Oxford Street. Kami pun terus ke situ dengan menaiki Underground. Sesampainya kami di tempat kerjanya, dia meminta kami menunggu di ruang tamu dahulu sementara menunggu waktu kerjanya tamat. Kami pun menunggu di sini selama hampir 30 minit. Selepas waktu kerjanya tamat, dia membawa kami ke tempat tinggalnya, iaitu sebuah bilik di MARA House. Aku & Jem kemudiannya bergilir-gilir ke bilik air untuk mandi. Selepas itu, kami berehat-rehat di dalam biliknya. Disebabkan terlampau penat, kami berdua akhirnya tertidur sehingga waktu tengah hari. Selepas bangun dari tidur, kami mengambil keputusan untuk keluar mencari makanan di samping bersiar-siar di kota London. Secara rasminya, ini adalah kali ke-3 aku di London. Hahaha. Apen tidak ikut bersama kerana dia perlu menyiapkan kerjanya. Aku & Jem bersiar-siar di kota ini sehingga waktu malam. Kami mengelilingi kota London dengan menaiki Underground & juga berjalan kaki.

Selepas puas mengelilingi London, kami pulang semula ke bilik Apen untuk bersiap-siap untuk ke stesen bas. Kami akan ke Glasgow pada malam ini dengan menaiki bas. Setelah kami berdua sudah bersiap, aku menaiki Underground menuju ke tempat kerja Apen. Dia sedang bekerja pada waktu ini. Jem pula menunggu di stesen Underground Paddington. Aku ke tempat kerja Apen untuk memulangkan kunci simpanan yang diberikannya kepada kami. Aku juga mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menumpangkan kami berdua di dalam biliknya. Kemudian, aku terus bergegas ke tempat Jem menunggu. Selepas itu, kami terus menaiki Underground untuk ke stesen bas London Victoria.

Satu peristiwa yang memanikkan kami telah berlaku. Underground yang kami naiki berhenti separuh jalan kerana kerosakan teknikal. Kami pula sudah kesuntukan masa. Tanpa berfikir panjang, kami keluar dari stesen Underground tersebut & terus menahan sebuah teksi. Kami meminta pemandu teksi tersebut membawa kami ke stesen bas London Victoria tanpa memikirkan berapa harga tambang yang perlu kami bayar nanti. Apa yang kami fikirkan pada waktu ini adalah supaya kami tiba di stesen bas tersebut sebelum bas ke Glasgow bertolak. Kami tidak ingin ketinggalan bas. Ini sebenarnya adalah kali pertama aku menaiki teksi di London. Hahaha.

Kami tiba di stesen bas tersebut 10 minit sebelum bas bertolak. Syukur kepada Allah. Tambang teksi yang kami perlu bayar tidaklah semahal yang kami sangkakan. Setibanya kami di stesen bas ini, kami terus masuk ke dalam bas yang sudah pun berada di terminalnya. 10 minit kemudian, iaitu pada pukul 11.00 malam, bas tersebut pun bertolak meninggalkan kota London menuju ke Glasgow. Perjalanan mengambil masa hampir 8 jam lamanya.

Hari 30: 23 JULAI 2006

Aku & Jem tiba di stesen bas Glasgow Buchanan lebih kurang pada pukul 7.00 pagi. Kami akan ke Edinburgh dengan menaiki bas dari sini pada pukul 9.00 pagi nanti. Oleh itu, kami berehat-rehat di sini dahulu sementara menunggu bas tersebut tiba. Setelah hampir 2 jam menunggu, bas tersebut pun akhirnya tiba & kami terus masuk ke dalamnya. Tidak berapa lama kemudian, ianya pun bertolak menuju ke Edinburgh. Kami akan kembali semula ke Glasgow pada hari terakhir trip kami nanti. Perjalanan dari Glasgow ke Edinburgh dengan bas tersebut memakan masa selama sejam sahaja.

Setibanya kami di stesen bas Edinburgh St Andrew, kami terus mencari hostel yang sudah kami tempah melalui internet. Setelah menjumpainya, kami terus mendaftar masuk. Selepas mandi, bersarapan pagi & sebagainya, kami pun memulakan penjelajahan kota Edinburgh, Scotland.

Peta Scotland, United Kingdom
Peta Scotland, United Kingdom

Scotland adalah salah sebuah negeri yang membentuk United Kingdom. Ianya terletak di bahagian utara negara ini. Hampir keseluruhan Scotland pernah dijajah oleh Empayar Rom selepas tahun 87. Pada waktu itu, England & Wales sudah pun dijajah oleh empayar gergasi tersebut. Namun, Maharaja Rom yang bernama Domitian kemudiannya memerintahkan tenteranya untuk meninggalkan Scotland untuk berperang dengan puak Dacian di tanah besar Eropah. Scotland ditinggalkan begitu sahaja. Terdapat banyak binaan yang tidak dapat disiapkan.

Pada tahun 843, Kenneth I telah berjaya menyatukan Scotland & menjadi Raja Scotland yang pertama. Selepas kematian Raja Scotland yang bernama Alexander III yang tidak meninggalkan waris, pembesar-pembesar Scotland telah meminta bantuan Raja England pada waktu itu iaitu Edward I yang turut dikenali sebagai Edward Longshanks untuk menjadi hakim kepada perlantikan orang yang layak menaiki takhta Scotland. John Balliol akhirnya telah ditabalkan sebagai Raja Scotland. Akan tetapi, Edward I telah mempergunakan John Balliol ini untuk kepentingan England. Ini telah melahirkan rasa tidak puas hati penduduk-penduduk Scotland & mencetuskan Perang Pembebasan Scotland. Antara pejuang-pejuang terkenal yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada penduduk-penduduk Scotland ialah William Wallace, Andrew de Moray & Robert the Bruce. Terdapat sebuah filem menarik yang memaparkan kisah perjuangan William Wallace untuk membebaskan penduduk Scotland daripada cengkaman Edward Longshanks, iaitu filem Braveheart. Filem lakonan & arahan Mel Gibson ini telah memenangi anugerah Academy Awards untuk kategori Filem Terbaik pada tahun 1995.

Braveheart
Braveheart

Setelah Scotland berjaya mendapat kemerdekaan daripada England, Robert the Bruce telah ditabalkan sebagai Raja Scotland pada tahun 1306. Kemudian, perang kedua antara Scotland & England telah tercetus antara tahun 1332 & 1357. Scotland telah berjaya mengalahkan England & keadaan Scotland menjadi stabil selepas itu. Kerajaan Scotland kemudiannya menjadi kerajaan autonomi sehinggalah pada tahun 1707 apabila ia bersatu dengan kerajaan England untuk membentuk kerajaan Great Britain. Namun begitu, parlimen, sistem undang-undang, sistem pendidikan & sistem gerejanya yang tersendiri masih lagi kekal & berfungsi sehingga sekarang.

Scotland sangat terkenal dengan beberapa perkara seperti alat muzik bag paip, kawasan tanah tingginya yang sangat indah & pakaian tradisional kaum lelakinya yang unik. Loghat bahasa Inggeris yang digunakan oleh penduduk Scotland juga agak unik. Selain daripada bahasa Inggeris, bahasa Gaelic, iaitu bahasa ibunda Scotland juga masih digunakan.

Seorang lelaki Scotland dengan pakaian tradisional sedang memainkan bag paip
Seorang lelaki Scotland dengan pakaian tradisional sedang memainkan bag paip

Edinburgh adalah ibu kota Scotland & merupakan bandar kedua terbesar di Scotland selepas Glasgow. Ia telah menjadi ibu kota Scotland sejak tahun 1437 lagi & merupakan bandar di mana terletaknya kerusi parlimen Scotland. Kota ini sangat terkenal bukan sahaja di United Kingdom, malahan di seluruh Eropah. Ia adalah bandar kedua yang paling banyak dikunjungi oleh pelancong luar di United Kingdom, selepas London. Edinburgh terkenal dengan senibina bangunan-bangunannya yang penuh berunsurkan ciri-ciri gothic yang sangat menawan.

Edinburgh pernah menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1970 (Sukan Komanwel ke-9) & 1986 (Sukan Komanwel ke-13). Sewaktu Sukan Komanwel 1970, sebanyak 42 buah negara Komanwel telah menurut serta & sebanyak 10 jenis sukan telah dipertandingkan. Australia telah menduduki tempat pertama. Tempat ke-2 diduduki oleh England. Sementara tempat ke-3 pula diduduki oleh Kanada. Scotland hanya berjaya menduduki tempat ke-4 pada tahun tersebut. Sukan Komanwel pada tahun 1986 pula disertai oleh 27 buah negara Komanwel & sebanyak 10 jenis sukan telah dipertandingkan. England telah menduduki tempat pertama. Tempat ke-2 diduduki oleh Kanada. Sementara tempat ke-3 pula diduduki oleh Australia. Scotland hanya berjaya menduduki tempat ke-6 pada tahun itu.

Logo Sukan Komanwel ke-9 di Edinburgh pada tahun 1970
Logo Sukan Komanwel ke-9 di Edinburgh pada tahun 1970


Logo Sukan Komanwel ke-13 di Edinburgh pada tahun 1986
Logo Sukan Komanwel ke-13 di Edinburgh pada tahun 1986

Tempat pertama di Edinburgh yang kami kunjungi ialah pejabat pelancongan. Tujuan kami ke sini adalah untuk membeli tiket bas tour Loch Ness untuk hari esok. Selepas selesai membeli tiket tersebut, kami terus menuju ke sebuah monumen yang diberi nama Scott Monument yang terletak di sebuah taman, iaitu Princes Street Gardens. Monumen yang siap dibina pada tahun 1844 ini dibina untuk memperingati seorang penulis Scotland yang bernama Sir Walter Scott. Binaan monumen yang berwarna hitam ini dipenuhi dengan unsur-unsur gothic yang menjadikannya kelihatan sangat cantik. Arkitek monumen ini bernama George Meikle Kemp. Beliau diberi kepercayaan untuk membina monumen tersebut selepas dia berjaya memenangi pertandingan mereka monumen untuk memperingati Sir Walter Scott selepas kematiannya pada tahun 1832.

Scott Monument, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Scott Monument, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Kemudiannya, kami mendaki sebuah bukit untuk ke Edinburgh Castle yang terletak di puncak bukit tersebut. Edinburgh Castle adalah sebuah istana & kubu lama yang menjadi mercu tanda utama kota Edinburgh. Ianya merupakan pusat pertahanan utama bandar ini pada zaman dahulu. Ia diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan United Kingdom selama beberapa tahun lamanya sehingga ke tahun 1923. Untuk masuk ke dalam kawasan istana ini, kami perlu membeli tiket. Harganya tidaklah terlampau mahal. Dari atas Edinburgh Castle ini, seluruh kota Edinburgh dapat diperhatikan. Antara binaan-binaan penting yang terdapat di sekitar kawasan istana & kubu ini ialah David’s Tower, Crown Square, King’s Lodging, Great Hall, Crown Room, Scottish National War Memorial, National War Museum of Scotland, St Margaret’s Chapel & Mons Meg.

Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Di dalam kawasan Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Di dalam kawasan Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Pemandangan Edinburgh dari Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Pemandangan kota Edinburgh dari Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

David’s Tower adalah sebuah menara yang siap dibina pada tahun 1386, sewaktu pemerintahan Raja Scotland yang bernama David II. Ia pada mulanya hanyalah pintu masuk utama istana ini. Namun, lama-kelamaan, menara ini diperbesarkan dengan pembinaan bilik-bilik untuk tetamu diraja. Crown Square adalah sebuah dataran yang terletak di puncak istana ini. Dataran ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan seperti War Memorial, Royal Palace, Great Hall & Queen Anne Building.

Crown Square di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Crown Square di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

King’s Lodging pula adalah bekas apartmen diraja pada kurun ke-15. Di dalamnya terdapat sebuah bilik kecil di mana bakal Raja England yang bernama James VI telah dilahirkan oleh ibunya iaitu Mary, Ratu Scotland pada waktu tersebut. Pembinaan Great Hall pula telah diarahkan oleh James IV. Ianya adalah bekas dewan persidangan ahli-ahli parlimen Scotland. Crown Room adalah bilik penyimpanan harta-harta berharga keturunan diraja Scotland. Sementara itu, Scottish National War Memorial pula dibina selepas Perang Dunia I untuk memperingati pengorbanan tentera yang telah terkorban dalam perang tersebut. National War Museum of Scotland pula menyimpan sejarah ketenteraan Scotland sejak 400 tahun yang lalu.

St Margaret’s Chapel adalah bangunan yang tertua di kawasan Edinburgh Castle ini. Ia dibina pada kurun ke-12 sewaktu pemerintahan Raja Scotland yang bernama David I. Ianya adalah milik peribadi golongan diraja & dibina untuk memperingati ibu kepada David I iaitu Margaret yang telah meninggal dunia pada tahun 1093. Ianya kini adalah gereja yang terkecil di Edinburgh & hanya boleh memuatkan 25 orang sahaja. Mons Meg pula adalah sebuah meriam yang terletak di bahagian luar gereja ini.

St Margaret’s Chapel di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
St Margaret’s Chapel di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Mons Meg di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Mons Meg di Edinburgh Castle, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Selepas puas mengelilingi Edinburgh Castle, kami pun mencari jalan keluar. Selepas keluar dari sini, kami singgah di sebuah kedai membuat muffler & kilt. Kilt adalah gaun yang merupakan pakaian tradisional kaum lelaki Scotland. Pelbagai corak muffler & kilt diperbuat & dijual di sini. Selepas itu, kami melalui Royal Mile, iaitu sebatang jalan yang terletak di antara Edinburgh Castle & Holyrood Palace. Ianya adalah antara jalan-jalan yang sering dipenuhi oleh pelancong-pelancong. Di sepanjang jalan ini terdapat banyak kedai cenderamata. Kami singgah di beberapa buah kedai untuk membeli beberapa buah cenderamata untuk dibuat kenangan.

Di kedai membuat muffler & kilt, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Di kedai membuat muffler & kilt, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Royal Mile, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Royal Mile, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Kemudian, kami berjalan menuju ke sebuah ukiran patung anjing kecil yang terletak di hadapan sebuah bar yang bernama Greyfriars Bobby's Bar. Anjing tersebut bernama Bobby. Kisah tentang anjing ini sangat terkenal di Edinburgh. Bobby adalah seekor anjing kepunyaan seorang polis yang bernama John Gray yang meninggal dunia akibat menghidapi penyakit batuk kering pada tahun 1858. John Gray dikebumikan di Greyfriars Kirkyard. Bobby yang telah bersama tuannya selama 14 tahun itu dikatakan telah menghabiskan sepanjang hayatnya duduk di atas perkuburan tuannya. Bar di mana terdapatnya ukiran patung Bobby ini terletak bertentangan dengan perkuburan tersebut. Kisah tentang kesetiaan anjing ini kepada tuannya tersebut sebenarnya telah banyak dibukukan & difilemkan.

Ukiran patung Bobby, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Ukiran patung Bobby, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Seterusnya, kami melalui St Giles Cathedral, sebuah gereja yang mempunyai menara yang berbentuk mahkota yang terletak di Royal Mile ini. Gereja ini telah berkhidmat sebagai institusi agama Kristian di Edinburgh selama hampir 900 tahun lamanya. Ianya adalah gereja Kristian bermazhab Presbyterianisma iaitu mazhab Kristian yang lahir sewaktu Reformasi Scotland pada kurun ke-16. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan kami dengan melalui Waverly Bridge, salah sebuah jambatan yang terdapat di Edinburgh. Jambatan ini adalah antara jambatan-jambatan yang tercantik & terpenting di bandar ini. Kemudian, kami berjalan ke bangunan Scottish Parliament yang terletak di kawasan Holyrood. Bangunan ini dirasmikan pada tahun 2004 oleh Ratu England iaitu Elizabeth II. Rupa bentuk bangunan ini agak memelikkan, tetapi unik.

St Giles Cathedral, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
St Giles Cathedral, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Waverly Bridge, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Waverly Bridge, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Scottish Parliament, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Scottish Parliament, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Berdekatan dengan bangunan Scottish Parliament, terletak Holyrood Palace yang merupakan kediaman rasmi kerabat diraja Scotland sejak kurun ke-15. Ia pada mulanya adalah sebuah monasteri yang dibuka oleh Raja Scotland yang bernama David I pada tahun 1128. Banyak upacara perkahwinan & pertabalan diraja dilakukan di sini. Sewaktu di bawah pemerintahan James IV pada awal kurun ke-15, bangunan ini secara rasminya ditukar menjadi kediaman diraja. Pada tahun 1650, sewaktu lawatan Oliver Cromwell & tenteranya, istana ini telah terbakar tanpa diketahui sebabnya. Oliver Cronwell kemudiannya telah memulakan operasi untuk membina semula Holyrood Palace ini & sewaktu di bawah pemerintahan Charles II, ia berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 1679. Pada masa kini, istana ini sering menerima kunjungan daripada keturunan diraja England.

Holyrood Palace, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Holyrood Palace, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Holyrood Palace, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Holyrood Palace, Edinburgh, Scotland, United Kingdom

Selepas itu, kami berjalan menuju ke Calton Hill, salah sebuah bukit yang terdapat di Edinburgh. Kami mendaki bukit ini sehingga ke puncaknya yang mengambil masa 10 minit sahaja. Di puncak bukit ini terdapat sebuah monumen yang dibina sempena memperingati tentera-tentera Scotland yang mati dalam Perang Waterloo. Dari atas puncak Calton Hill ini, kami dapat menikmati panorama kota Edinburgh yang sangat indah. Sesungguhnya Edinburgh adalah salah satu bandar yang tercantik yang pernah aku jejaki. Subhanallah. Kami berdua menghabiskan masa hampir sejam di puncak bukit ini dengan bergambar. Selepas puas bergambar, kami kembali ke pusat bandar Edinburgh untuk bersiar-siar sambil membeli cenderamata untuk dibuat kenangan. Setelah penat, kami pun kembali ke hostel kami.

Di puncak Calton Hill, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Di puncak Calton Hill, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Di puncak Calton Hill, Edinburgh, Scotland, United Kingdom
Di puncak Calton Hill, Edinburgh, Scotland, United Kingdom


Hari 31: 24 JULAI 2006

Pada pagi hari ini, kami berdua bersiap-siap untuk menaiki bas tour Loch Ness. Setelah semuanya sudah lengkap, kami pun terus berjalan menuju ke Edinburgh Castle. Bas tour tersebut akan bertolak dari hadapan istana tersebut. Selepas menunggu selama beberapa minit, akhirnya 2 buah bas pun tiba di tempat kami menunggu. Kami & penumpang-penumpang lain terus masuk ke dalam bas-bas tersebut sambil tiket-tiket kami diperiksa oleh pemandu-pemandu bas merangkap pemandu-pemandu pelancong.

Setelah semua penumpang sudah berada di dalam kedua-dua bas tersebut, kedua-duanya pun mulai bergerak. Bas yang aku & Jem naiki dilabelkan sebagai bas pertama & bas ini bergerak dahulu meninggalkan bas kedua. Pemandu bas ini tersangatlah peramah & bercakap tanpa henti. Pelbagai informasi tentang kawasan-kawasan yang kami lalui disampaikan olehnya. Kami semua benar-benar terhibur & tidak berasa bosan.

Destinasi utama kami iaitu Loch Ness akan dijejaki dalam masa lebih kurang 4 jam lagi. Loch Ness adalah sebuah tasik yang amat terkenal yang terletak di kawasan tanah tinggi Scotland. Tasik ini adalah tasik yang menakung jumlah air tawar yang terbanyak di United Kingdom. Ia terletak berhampiran dengan sebuah bandar yang bernama Inverness. Yang menjadikan tasik ini terkenal ialah lagenda seekor raksasa yang bernama Nessie. Raksasa ini dikatakan pernah muncul di permukaan tasik tersebut pada suatu masa dahulu. Wallahu ‘alam. Pelancong-pelancong yang datang ke Loch Ness boleh menyewa sampan-sampan & mendayung di sekeliling tasik ini. Tasik ini sememangnya adalah antara tumpuan utama pelancong ke Scotland.

Loch Ness, Scotland, United Kingdom
Loch Ness, Scotland, United Kingdom


Raksasa Nessie di Loch Ness, Scotland, United Kingdom
Raksasa Nessie di Loch Ness, Scotland, United Kingdom

Bas tour yang kami naiki melalui kawasan tanah tinggi Scotland yang mempunyai pemandangan sekeliling yang sangat mendamaikan. Subhanallah. Begitu indah bumi ciptaan Allah swt. Aku & Jem seperti tidak sabar-sabar lagi untuk tiba di Loch Ness untuk mendayung sampan di sekeliling tasik itu. Hahahah. Akan tetapi, kami hanya merancang. Allah swt sahajalah yang berkuasa untuk menentukan segalanya.

Setelah hampir 2 jam kami dalam perjalanan, bas yang kami naiki tiba-tiba rosak. Bunyi siren bas tersebut tiba-tiba berbunyi & tidak dapat dihentikan. Pemandu bas tersebut bingung. Dia kemudiannya terpaksa memberhentikan bas yang dipandunya & mematikan enjin bas tersebut untuk menghentikan bunyi siren. Kami semua terkandas di sebuah kawasan yang sunyi lagi asing. Pemandu bas tersebut kemudiannya menghubungi mekanik yang terdekat untuk memeriksa bas tersebut. Menurut kata pemandu bas tersebut, mekanik yang dihubunginya itu akan tiba dalam masa sejam. Disebabkan terlampau bosan di dalam bas, aku, Jem & penumpang-penumpang lain keluar dari bas untuk menghirup udara luar. Indah sungguh pemandangan. Aku & Jem sempat mengambil beberapa keping gambar. Kami juga sempat memetik beberapa biji buah raspberi yang tumbuh liar & kami memakan buah-buah tersebut mentah-mentah. Hahaha.

Sewaktu terkandas, Scotland, United Kingdom
Sewaktu terkandas, Scotland, United Kingdom

Setelah hampir sejam menunggu, akhirnya mekanik yang dihubungi pun tiba. Dia pun terus memeriksa kerosakan bas tersebut. Dia kemudiannya cuba menghidupkan enjin bas tersebut & siren masih lagi berbunyi. Akhirnya, dia terpaksa memberitahu pemandu bas tersebut bahawa bas ini memerlukan jangka masa yang panjang untuk diperbaiki & kemudiannya pemandu bas tersebut pun menyampaikannya kepada kami. Ramai antara kami yang agak marah kerana kejadian ini telah membuang masa kami. Aku & Jem juga begitu. Namun, apa yang kami boleh buat. Ini semua adalah kehendak Allah swt. Segala kejadian itu ada sebabnya. Kami berdua hanya pasrah.

Pemandu bas tersebut kemudian memberitahu kami bahawa dia akan memberhentikan kami di sebuah stesen minyak yang berdekatan & dalam masa 20 minit, sebuah bas lain akan tiba untuk membawa kami pulang ke bandar Edinburgh. Kami boleh meminta gantirugi kami apabila tiba di sana nanti. Huhuhu. Setelah 20 minit menunggu, akhirnya bas yang dijanjikan pun tiba. Kami semua lantas terus menaiki bas tersebut, termasuk pemandu bas tadi. Setelah hampir 2 jam perjalanan, kami pun tiba semula di bandar Edinburgh. Pemandu bas tadi sekali lagi meminta maaf kepada kami semua atas kerosakan bas yang tidak dijangka akan berlaku itu. Kami semua dengan rela hati memaafkannya walaupun kami sebenarnya benar-benar panas hati.

Aku & Jem kemudiannya terus berjalan menuju ke pejabat pelancongan untuk meminta gantirugi. Selepas itu, kami makan tengah hari di sebuah restoran Cina yang menyediakan perkhidmatan buffet. Kami makan sepuas hati untuk melepaskan rasa marah dengan kejadian yang berlaku kepada kami pada hari ini. Huhuhuh. Kami makan semua makanan-makanan laut yang disediakan sehingga kenyang. Selepas itu, kami bersiar-siar sebentar di bandar Edinburgh. Apabila sudah penat, kami pun pulang semula ke hostel kami.

Hari 32 (Akhir): 25 JULAI 2006

Hari ini adalah hari terakhir trip kami. Kami akan pulang semula ke Dublin dari Glasgow pada waktu petang nanti. Tidak sabar rasanya untuk pulang ke rumah setelah 38 hari berkelana di bumi asing. Setelah bersiap-siap, kami berdua pun terus berjalan kaki dari hostel kami menuju ke stesen bas Edinburgh St Andrews. Kami akan bertolak ke Glasgow dengan menaiki bas. Setelah beberapa minit menunggu, bas yang kami nantikan pun tiba & kami terus masuk ke dalamnya. Tidak berapa lama kemudian, ia pun bergerak meninggalkan Edinburgh lebih kurang pada pukul 9.00 pagi. Perjalanan ke Glasgow mengambil masa hampir sejam lamanya.

Setibanya kami di stesen bas Glasgow Buchanan, kami seolah-olah hilang minat untuk berjalan-jalan. Kami seperti tidak sabar untuk kembali ke Dublin. Glasgow adalah bandar yang terbesar di Scotland. Bandar ini mula berkembang sebagai pusat industri kejuruteraan berat & pembuatan kapal sejak Revolusi Industri yang tercetus di United Kingdom sewaktu kurun ke-18. Sewaktu zaman kegemilangan Empayar British dahulu, Glasgow adalah bandar kedua terpenting dalam empayar tersebut selepas London. Namun, selepas Perang Dunia II, kemasyhuran bandar Glasgow mulai menurun.

Kami berdua cuma bergambar di hadapan Glasgow Royal Concert Hall & Glasgow City Hall sahaja. Glasgow Royal Concert Hall telah dibuka secara rasmi pada tahun 1990, sementara Glasgow City Hall pula mulai dibuka pada tahun 1841. Setelah bergambar di hadapan kedua-dua bangunan tersebut, kami mengambil keputusan untuk menonton wayang di sebuah pawagam yang terletak berhampiran dengan stesen bas Glasgow Buchanan. Kami menonton filem Superman Returns yang sedang hangat pada waktu ini.

Glasgow Royal Concert Hall, Glasgow, Scotland, United Kingdom
Glasgow Royal Concert Hall, Glasgow, Scotland, United Kingdom


Glasgow City Hall, Glasgow, Scotland, United Kingdom
Glasgow City Hall, Glasgow, Scotland, United Kingdom

Setelah tamat menonton filem tersebut, kami kembali ke stesen bas. Kami kemudiannya terus mengambil bas untuk menuju ke Lapangan Terbang Glasgow Prestwick. Perjalanan ke sana mengambil masa hampir 2 jam. Setibanya kami di lapangan terbang tersebut, kami berehat-rehat sambil menunggu waktu pendaftaran masuk. Selepas sudah boleh mendaftar masuk, kami pun terus beratur. Kemudian, kami menunggu untuk masuk ke dalam kapal terbang pula. Setelah beberapa minit menunggu, kami akhirnya dibenarkan masuk ke dalamnya & tidak berapa lama kemudian, ianya pun berlepas meninggalkan Glasgow. Penerbangan Ryanair kami ini mengambil masa lebih kurang sejam untuk tiba di Dublin. Sejam kemudian, kami berdua akhirnya tiba di Lapangan Terbang Dublin. Waktu sudah pun malam. Alhamdulillah. Kami selamat tiba di Dublin.

Perjalanan kami selama 32 hari menjejakkan kaki di bumi Wales, Itali, Vatican City, Greece, Turki & Scotland sudah tentunya adalah suatu pengalaman yang sukar dilupakan. Setiap tempat yang dijejaki mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Namun begitu, bumi Turki adalah yang terbaik bagi aku. Aku seolah-olah telah jatuh cinta dengan bumi Turki. Ini mungkin disebabkan kecantikan masjid-masjidnya, keramahan penduduk-penduduknya & kesedapan makanan-makanannya yang halal dimakan. Walau apa pun, kami berdua termasuk Azza yang cuma sempat bersama dengan kami sewaktu di Wales, Itali & Vatican City bersyukur kepada Allah swt kerana diberi peluang sekali lagi untuk berjalan-jalan melihat keindahan bumi ciptaan-Nya. Subhanallah. Sepanjang trip ini, aku telah membelanjakan hampir 1,500 Euro. Banyak juga sebenarnya. Namun, wang bukanlah penghalang bagi aku. Tiada apa yang dapat ditukar ganti dengan pengalaman yang aku telah perolehi.

Pengembaraan aku di Mesir bumi Anbiyak disertai oleh 5 orang pelajar Malaysia di Dublin iaitu aku, Tok Wan, Acab, Johan & Ahmad. Acab, Johan & Ahmad telah bertolak dahulu ke Mesir dengan niat untuk belajar bahasa Arab. Mereka telah bertolak ke sana pada bulan Jun. Sementara aku & Tok Wan pula bertolak ke sana pada bulan Ogos. Niat aku & Tok Wan ke Mesir hanyalah untuk mengembara semata-mata. Kami tidak mempunyai niat untuk belajar bahasa Arab seperti ketiga-tiga rakan kami yang lain. Hahaha. Pengembaraan aku pada kali ini mengambil masa selama 16 hari. Aku bertolak ke Mesir seminggu selepas aku & Jem tiba di Dublin setelah tamatnya pengembaraan kami di Wales, Itali, Vatican City, Greece, Turki & Scotland. Cuti Musim Panas aku masih panjang lagi sebenarnya.

Pengembaraan aku di Mesir bermula paada tarikh 1 Ogos 2006 & berakhir pada tarikh 16 Ogos 2006. Lebih kurang 2 minggu lamanya. Antara bandar-bandar di Mesir yang sempat aku kunjungi ialah Kaherah, Iskandariah, Dumyat, Fayyum & juga beberapa buah tempat di Semenanjung Sinai seperti Jabal Musa, Taba’ & Dahab. Aku hanya memakai baju T sahaja sepanjang berada di Mesir kerana cuacanya yang tersangat panas, iaitu melebihi 40 darjah celcius & juga sangat kering. Cuaca sebegini amat berbeza sekali berbanding negara-negara Eropah yang telah aku jejaki.

Sepanjang kami berada di bandar Kaherah, Mesir, aku & Tok Wan bermalam di Rumah Perlis, sementara Acab, Johan & Ahmad pula bermalam di Rumah Malaysia Abbasiyah. Bayaran penginapan kami tersangatlah murah. Untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, kami telah menggunakan perkhidmatan sebuah agensi pelancongan milik seorang pelajar Malaysia di sana iaitu ‘Al-Syafie Travel’. Pemiliknya yang bernama Arif atau digelar Ustaz Arif kini sedang belajar dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar. Agensi ini menyediakan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pemandu yang juga turut ditugaskan sebagai pemandu pelancong. Bayaran perkhidmatan agensi ini tidaklah terlampau mahal & agak berpatutan.

Hari 1: 1 OGOS 2006

Pengembaraan aku di bumi Mesir bermula pada hari ini. Penerbangan Malev Hungarian Airlines aku akan berlepas pada pukul 8.00 pagi ini dari Lapangan Terbang Dublin. Aku telah pun bermalam di lapangan terbang ini malam tadi kerana takut terlepas kapal terbang. Untuk ke Kaherah, Mesir, aku perlu transit di Budapest, Hungary kerana tiada penerbangan terus dari Dublin ke Kaherah. Aku hanya berseorangan sahaja menaiki penerbangan tersebut. Tok Wan akan menyusuli aku pada esok harinya. Kami menaiki penerbangan pada hari yang berlainan kerana kami membeli tiket pada waktu yang berlainan. Acab, Johan & Ahmad sudah pun berada di bumi Mesir pada waktu ini. Aku telah berpesan kepada mereka untuk menjemput aku di Lapangan Terbang Kaherah nanti.

Setelah menunggu berjam-jam lamanya di Lapangan Terbang Dublin sejak malam tadi, akhirnya kaunter pendaftaran masuk pun dibuka. Aku lantas terus mendaftar masuk. Kemudiannya, aku menunggu pula masa untuk masuk ke dalam pesawat. Setelah beberapa minit menunggu, pintu pesawat pun dibuka. Aku & penumpang-penumpang yang lain lantas terus masuk ke dalamnya. Tidak berapa lama kemudian, ianya pun berlepas meninggalkan Dublin menuju ke Budapest. Penerbangan tersebut mengambil masa hampir 3 jam lamanya. Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki penerbangan Malev Hungarian Airlines. Boleh tahan juga selesanya. Aku telah pun memesan makanan halal sewaktu pembelian tiket dahulu.

Pesawat Malev Hungarian Airlines
Pesawat Malev Hungarian Airlines

Setibanya aku di Lapangan Terbang Budapest Ferihegy, waktu sudah pun menunjukkan pukul 11.45 pagi waktu tempatan Hungary. Penerbangan aku ke Kaherah akan berlepas pada pukul 11.15 malam nanti. Oleh itu, aku mempunyai masa terluang melebihi 11 jam di Budapest. Disebabkan terlampau bosan, aku terus mengambil keputusan untuk bersiar-siar di pusat bandar Budapest. Oleh itu, aku telah menempah sebuah teksi murah untuk ke pusat bandarnya. Perjalanan ke sana dari lapangan terbang tersebut mengambil masa lebih kurang 30 minit. Setibanya aku di pusat bandar Budapest, teksi tersebut meninggalkan aku di hadapan sebuah hotel. Aku akan dijemput semula pada pukul 7.00 petang nanti di tempat yang sama. Bayarannya tidaklah terlampau mahal.

Aku kemudiannya terus memulakan ekspedisi mengelilingi bandar Budapest ini. Sebenarnya, aku pernah menjejakkan kaki di Budapest sebelum ini iaitu sewaktu pengembaraan Musim Panas 2004. Maka, ini adalah pengalaman kali ke-2 aku di sini. Aku hanya menghabiskan masa dengan bersiar-siar & juga mengambil beberapa keping gambar panorama untuk dijadikan kenangan.

Panorama Országház, Budapest, Hungary
Panorama Országház, Budapest, Hungary


Panorama Széchenyi Lánchíd & Budai Vár, Budapest, Hungary
Panorama Széchenyi Lánchíd & Budai Vár, Budapest, Hungary

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 7.00 petang, aku pun dijemput oleh teksi yang sama untuk kembali ke Lapangan Terbang Budapest Ferihegy. Pada waktu ini, hujan turun dengan amat lebat sekali, seolah-olah seperti ribut petir sedang berlaku. Belum pernah aku lihat hujan selebat ini di bumi Eropah. Setibanya aku di lapangan terbang tersebut, aku berehat-rehat di dalamnya sementara menunggu waktu pendaftaran masuk. Setelah berjam-jam menunggu, aku & penumpang-penumpang lain pun akhirnya dibenarkan untuk mendaftar masuk. Kemudian, aku menunggu pula masa untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat. Hujan sebenarnya masih belum berhenti sejak petang tadi & ianya menjadi semakin lebat.

Tiba-tiba, kedengaran satu pengumuman yang mengatakan bahawa kesemua penerbangan dari pukul 6.00 petang akan ditunda sehingga cuaca kembali pulih. Disebabkan itulah kawasan menunggu menjadi tersangat sesak. Berbelas-belas penerbangan terpaksa ditunda kerana cuaca buruk. Begitu juga dengan penerbangan aku yang sepatutnya akan berlepas pada pukul 11.15 malam terpaksa juga ditunda. Akhirnya, apabila cuaca sudah agak pulih, kesemua penerbangan yang ditunda dari pukul 6.00 petang tadi satu demi satu berlepas meninggalkan Budapest tanpa henti. Giliran penerbangan aku adalah pada pukul 1.00 pagi. Syukur kepada Allah kerana penerbangan aku tidaklah tertunda begitu lama. Hanya 1 3/4 jam sahaja tertunda.

Beberapa minit selepas masuk ke dalam pesawat, ianya pun berlepas meninggalkan Budapest menuju ke Kaherah. Penerbangan Malev Hungarian Airlines ini mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk tiba di bumi Kaherah.

Hari 2: 2 OGOS 2006

Setibanya aku di Lapangan Terbang Kaherah, aku dikenakan untuk membayar visa sewaktu aku hendak melepasi kaunter imigresen, sedangkan aku hanya akan berada di Mesir untuk jangka masa 2 minggu sahaja. Pembayaran visa Mesir bagi warganegara Malaysia sebenarnya hanya dikenakan jikalau kita menetap di sini lebih daripada 2 minggu. Aku malas hendak bergaduh. Maka, aku pun membayar setem visa tersebut yang tidaklah semahal mana. Selepas melepasi kaunter imigresen tersebut, aku terlihat Johan, Ahmad & seorang lelaki Melayu yang tidak dikenali sedang menunggu aku. Hahaha. Aku berasa sangat lega apabila dapat melihat wajah-wajah mereka. Aku takutkan kelewatan penerbangan aku akan menyebabkan mereka terus pulang. Aku sepatutnya tiba di lapangan terbang tersebut pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan Mesir. Tetapi, disebabkan masalah cuaca di Budapest, aku tiba di sini pada pukul 5.15 pagi. 1¾ jam lewat.

Aku kemudiannya bersalam-salaman dengan mereka bertiga & menceritakan punca kelewatan aku. Acab tidak dapat datang bersama kerana dia mempunyai kelas bahasa Arab pada pagi ini. Lelaki Melayu yang tidak aku kenali itu rupa-rupanya adalah seorang pelajar Malaysia yang sedang belajar di salah sebuah universiti di Kaherah. Namanya ialah Faisal. Baik & peramah orangnya.

Setelah menunaikan solat Subuh di surau, kami berempat menahan teksi. Faisal yang amat fasih berbahasa Arab itu berbincang & tawar-menawar harga tambang dengan pemandu teksi tersebut. Setelah mencapai kata sepakat, kami pun masuk ke dalamnya. Destinasi kami adalah Rumah Perlis di mana aku akan ditempatkan. Acab, Johan & Ahmad pula menetap di Rumah Malaysia Abbasiyah yang terletak agak jauh dari Rumah Perlis. Aku diletakkan di Rumah Perlis kerana sekuriti di Rumah Malaysia Abbasiyah agak ketat. Mereka bertiga pun menumpang di sana secara senyap-senyap. Di Rumah Perlis, kebebasan aku agak terjamin. Hahaha. Di Kaherah ini sebenarnya terdapat 14 buah Rumah Malaysia. Rumah Malaysia yang terbesar & yang menjadi pusat kepada Rumah-Rumah Malaysia yang lain ialah Rumah Malaysia Abbasiyah. Rumah-Rumah Malaysia yang lain masing-masing diberi nama mengikut negeri-negeri di Malaysia. Contohnya, Rumah Perlis yang menjadi destinasi kami sekarang ini.

Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke Rumah Perlis, aku perhatikan suasana yang amat berbeza daripada suasana bumi Eropah yang telah aku jejaki sebelum ini. Terlampau banyak perbezaannya yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Setibanya kami di Rumah Perlis yang merupakan sebuah bangunan flat 5 tingkat, aku dibawa ke sebuah bilik yang menempatkan tetamu-tetamu luar. Kebetulan pada waktu ini terdapat 2 orang pelajar Malaysia dari United Kingdom yang sedang menumpang berteduh di sini. Mereka ialah Nabil yang kini belajar di University of Sheffield & Hasbullah atau nama gelarannya Yeop yang kini belajar di University of Manchester. Kedua-dua mereka adalah pelajar kursus kejuruteraan. Nabil akan pulang semula ke United Kingdom pada waktu petang nanti. Oleh itu, cuma Yeop & aku sahaja yang akan tinggal di dalam bilik itu.

Aku kemudiannya membaringkan diri kerana penat. Begitu juga dengan Johan, Ahmad & Faisal. Apabila waktu tengah hari sudah tiba, aku diajak oleh Yeop & beberapa orang penghuni Rumah Perlis untuk makan tengah hari di sebuah restoran Melayu yang terdapat di tingkat bawah bangunan flat tersebut. Murah sekali harga makanan-makanan yang dijual. Aku berasa tersangat gembira. Hahaha. Aku juga berkesempatan untuk berkenalan dengan beberapa orang penghuni rumah tersebut, termasuk mereka yang bekerja di restoran itu. Kesemua mereka baik-baik belaka orangya & amat peramah. Pelajar yang ditugaskan menjadi ketua kepada penghuni-penghuni Rumah Perlis ialah Nazim atau digelar Ustaz Nazim. Penguasaan bahasa Arabnya tersangatlah hebat.

Selepas makan tengah hari, aku kembali ke bilik aku. Sedang aku berehat-rehat, tiba-tiba Acab datang memberi kunjungan. Kelasnya baru sahaja tamat. Kami pun berbual panjang di dalam bilik tumpangan aku tersebut. Sudah lebih sebulan aku tidak berjumpa dengan ahli rumah aku di Dublin itu. Aku sebenarnya sudah pun bersms dengan Ustaz Arif, tuan punya agensi pelancongan yang akan aku ikuti. Kami sudah membuat temu janji pada pukul 4.00 petang nanti di restoran Rumah Perlis. Selepas menunggu beberapa lama, akhirnya Ustaz Arif pun tiba. Aku & Acab berbincang dengannya tentang rangka perjalanan yang telah pun dibuat olehnya. Kami memintanya membuat beberapa perubahan memandangkan Acab, Johan & Ahmad pun turut ingin mengikuti trip yang dikelolakan olehnya. Sebelum ini, cuma aku & Tok Wan sahaja yang akan mengikutinya. Setelah habis berbincang, Ustaz Arif pun pulang ke rumahnya.

Acab kemudiannya membawa aku ke Rumah Malaysia Abbasiyah dengan menaiki bas. Aku hanya bergantung kepadanya sahaja memandangkan aku tidak tahu-menahu langsung tentang selok-belok kota Kaherah. Aku baru sahaja tiba di sini pada hari ini, sedangkan dia sudah berada di sini lebih daripada sebulan lamanya. Hahaha. Setibanya kami di Rumah Malaysia Abbasiyah, aku berkenalan dengan beberapa orang pelajar Malaysia yang tinggal di sini. Rumah Malaysia Abbasiyah ini sebenarnya menempatkan lebih daripada seribu orang pelajar Malaysia yang menuntut di beberapa buah universiti di sekitar kota ini. Antara pelajar-pelajar yang aku sempat berkenalan adalah Zuhdi, kawan kepada Acab. Aku tidak ingat akan nama pelajar-pelajar yang lain. Kami rancak berbual sehingga waktu Maghrib.

Apabila azan berkumandang, kami semua bergerak menuju ke surau yang terdapat di sini. Setelah selesai solat Maghrib, aku diajak untuk mengikuti ceramah yang diberi oleh seorang penceramah yang agak terkenal. Aku tidak ingat akan namanya. Akan tetapi, ceramah yang diberinya tersangat menarik. Ianya berkenaan dengan hal ehwal semasa negara-negara Islam di Timur Tengah. Kusyuk aku mendengar ceramah beliau yang mengambil masa lebih daripada 2 jam lamanya.

Selepas selesai ceramah, Acab membawa aku ke bilik kawannya yang lain iaitu Faizal. Orangnya kecil, tapi bersuara lantang. Hahahah. Kemudian, kami ke bilik rakan-rakan yang lain pula. Tok Wan akan tiba di Lapangan Terbang Kaherah pada malam ini. Oleh itu, aku terpaksa berjaga agar tidak tertidur. Aku, Acab & Faizal akan ke lapangan terbang tersebut pada pukul 3.00 pagi nanti untuk menjemput Tok Wan di sana.

Hari 3: 3 OGOS 2006

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi, aku, Acab & Faizal pun terus bergerak menuju ke Lapangan Terbang Kaherah dengan menaiki teksi. Setibanya kami di sana, kami tidak nampak langsung batang hidung Tok Wan yang sepatutnya sudah tiba pada waktu ini. Mungkin penerbangannya tertunda, sama seperti aku semalam. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya muncul juga dia dari kaunter imigresen. Kami pun terus bersalam-salaman dengannya. Dia kemudian memberitahu kami bahawa penerbangannya telah ditunda kerana masalah cuaca, sama seperti penerbangan aku semalam. Hmmm. Nampaknya keadaan di Budapest sama seperti semalam agaknya.

Kami kemudiannya menahan teksi untuk ke Rumah Perlis. Tok Wan akan menemani aku di sana bersama-sama dengan Yeop. Selepas menghantar kami ke Rumah Perlis, Acab & Faizal kembali ke Rumah Malaysia Abbasiyah. Kami tidak ke mana-mana hari ini memandangkan Tok Wan baru sahaja sampai & masih belum hilang penatnya. Kami hanya berehat-rehat di dalam bilik sambil berbual-bual. Apabila sudah masuk waktu solat Maghrib, kami dijemput untuk makan di surau Rumah Perlis, bersama-sama dengan mereka yang berbuka puasa sunat hari Khamis. Kami pada mulanya agak segan kerana kami tidak berpuasa pun pada hari ini. Namun, setelah didesak, kami hanya menurut sahaja. Hahaha. Selepas majlis berbuka puasa & solat Maghrib, diadakan pula majlis bacaan Yasin sempena malam Jumaat & juga majlis tazkirah sebelum masuknya waktu solat Isyak. Selepas selesai solat Isyak, diadakan pula majlis mesyuarat mingguan Rumah Perlis. Aku & Tok Wan mengambil keputusan untuk kembali ke bilik kami kerana kami tidak ada kena-mengena dengan mesyuarat tersebut. Hahaha.

Hari 4: 4 OGOS 2006

Pada hari ini barulah kami memulakan ekspedisi pengembaraan kami di kota Kaherah, Mesir. Mesir adalah sebuah negara yang terletak di bahagian Timur Laut benua Afrika. Negara ini juga turut dikategorikan sebagai salah sebuah negara-negara Timur Tengah kerana kedudukannya yang amat hampir dengan negara-negara Arab & penduduknya juga menggunakan bahasa Arab dalam perbualan seharian. Mesir menduduki tempat ke-2 dalam jumlah bilangan penduduk teramai di benua Afrika, selepas Nigeria. Kebanyakan daripada penduduknya tinggal di kawasan lembah Sungai Nil yang merentasi negara ini dari selatan hinggalah ke utara. Ianya adalah nadi utama kepada negara Mesir. Sungai tersebut seperti yang kita semua tahu adalah sungai yang terpanjang di dunia. Kawasan lembahnya teramatlah subur & segala jenis tumbuhan dapat hidup dengan suburnya di lembah tersebut. Selain kawasan lembah Sungai Nil, kawasan-kawasan lain di negara ini hanya dilitupi oleh gurun Sahara yang kering-kontang.

Lokasi Negara Mesir
Lokasi Negara Mesir


Sungai Nil
Sungai Nil

Seperti yang kita semua tahu, di bumi Mesir telah wujud sebuah empayar yang merupakan empayar manusia yang tertua di dunia. Empayar Mesir telah diasaskan pada 5000 tahun dahulu & ianya telah wujud terlebih dahulu daripada kewujudan Empayar Parsi, Greek & Rom. Kawasan lembah Sungai Nil menjadi nadi utama kepada penduduk-penduduk empayar tersebut. Sewaktu Zaman Neolitik, telah wujud 2 buah kerajaan di sini iaitu Mesir Utara & Mesir Selatan yang masing-masing diketuai oleh raja yang digelar Firaun. Pusat pentadbiran Mesir Utara terletak di Buto, sementara pusat pentadbiran Mesir Selatan pula terletak di Nekhen. Beberapa ribu tahun kemudian, iaitu pada tahun 3150 SM, Firaun yang bernama Menes telah menyatukan kedua-dua buah kerajaan ini & kemudiannya telah melahirkan beberapa buah dinasti yang memerintah empayar ini untuk jangkamasa hampir 3000 tahun lamanya. Empayar Mesir merupakan tamadun manusia yang terhebat yang wujud pada waktu tersebut. Kebudayaan Mesir dari sudut agama, kesenian, bahasa & adat resam telah berkembang dengan pesatnya pada waktu itu.

Empayar Mesir yang telah bersatu itu dibahagikan kepada 3 zaman iaitu zaman kerajaan Mesir Lama (2700 SM – 2200 SM), zaman kerajaan Mesir Pertengahan (2200 SM – 1550 SM) & zaman kerajaan Mesir Baru (1550 SM – 1070 SM). Pusat pemerintahan empayar ini sentiasa bertukar dari semasa ke semasa. Antara bandar-bandar yang pernah menjadi pusat pentadbiran Empayar Mesir ialah Avaris, Memphis & Thebes. Firaun-firaun yang terkenal kebanyakannya memerintah sewaktu zaman kerajaan Mesir Baru. Antaranya ialah Hatshepsut, Thutmose III, Akhenaten & isterinya iaitu Nefertiti, Tutankhamun & Ramesses II. Ramesses II dikatakan sebagai Firaun yang paling hebat sekali & yang paling berkuasa dalam sejarah Empayar Mesir. Ramesses II juga dipercayai sebagai Firaun yang telah bermusuhan dengan Nabi Musa a.s & akhirnya mati tenggelam di Laut Merah. Kebanyakan Firaun yang memerintah Mesir, terutamanya Ramesses II telah mengarahkan semua penduduk Mesir menyembah mereka sebagai tuhan. Disebabkan itulah Firaun-firaun tersebut dilaknat berulangkali oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran. Berikut adalah antara petikan ayat-ayat Al-Quran yang mengisahkan tentang Nabi Musa a.s & Firaun laknatullah:

'Firaun berkata (dengan sombongnya), "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?" Nabi Musa menjawab, "Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya." Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya, "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?" Nabi Musa menegaskan lagi, "Dialah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu." Firaun berkata (kepada orang-orangnya), "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?" Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaan-Nya dengan) berkata, "Dialah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahami-Nya!" Firaun berkata, "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan."' (Surah Asy-Syu'ara': Ayat 23-29)

Empayar Mesir yang gagah & agung itu akhirnya berjaya ditawan oleh kerajaan Parsi pada tahun 343 SM setelah tenteranya kalah dalam sebuah peperangan yang berlaku pada tahun tersebut. Firaun terakhir yang memerintah Mesir adalah Nectanebo II. Beberapa ratus tahun kemudiannya, Mesir jatuh pula ke tangan kerajaan Greek. Kemudian, ia jatuh ke tangan Empayar Rom pula selepas kematian Cleopatra. Selepas kejatuhan Empayar Rom, Empayar Byzantine mengambil alih pemerintahan bumi Mesir. Mesir telah ditawan oleh kuasa luar selama hampir 2000 tahun lamanya.

Sebelum Mesir jatuh ke tangan Empayar Byzantine lagi, agama Kristian telah pun dibawa ke sini oleh St Mark the Evangelist, iaitu pada kurun pertama. Sewaktu Mesir di bawah Empayar Rom & sewaktu empayar tersebut di bawah pemerintahan Maharaja yang bernama Diocletian, sejumlah besar penganut agama Kristian telah dibunuh olehnya. Pada waktu ini, Empayar Rom belum lagi dikristiankan. Keadaan hanya menjadi pulih selepas Empayar Rom dikristiankan dengan pengkristianan Maharaja Rom yang bernama Constantine. Kitab Injil kemudiannya ditafsirkan ke dalam bahasa Arab & pada tahun 451, Coptic Orthodox Church of Alexandria yang membawa mazhab baru bagi penduduk Kristian Mesir telah diasaskan. Sekarang ini, terdapat lebih daripada 7 juta orang penduduk Mesir yang masih menganut agama Kristian Koptik tersebut.

Penganut-Penganut Agama Kristian Koptik di Mesir
Penganut-Penganut Agama Kristian Koptik di Mesir


Pada tahun 639, Mesir telah ditawan oleh kerajaan Islam yang baru sahaja berusia setahun jagung yang berpusat di Semenanjung Arab. Pada waktu itu, kerajaan Islam terletak di bawah pentadbiran Khalifah Umar al-Khattab. Tentera Islam yang berjaya menawan Mesir pada tahun tersebut diketuai oleh Amr ibn al-A'as, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi pemerintah Mesir pertama yang berbangsa Arab. Mulai dari tahun itu, ramai penduduk Mesir telah memeluk agama Islam. Mesir kemudiannya diletakkan di bawah naungan kerajaan Bani Umaiyyah yang berpusat di Damsyik. Selepas pemerintah Bani Umaiyyah digulingkan oleh pemerintah Bani Abbasiyah pada tahun 750, Mesir diletakkan pula di bawah naungan kerajaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad. Pada tahun 910, sebuah kerajaan bermazhab Syi’ah yang bernama Fatimiyah telah ditubuhkan di Mesir yang berpusat di Kaherah. Walau bagaimanapun, kerajaan Fatimiyah ini hanya mampu bertahan hingga ke tahun 1171.

Kemudiannya, Mesir dikuasai oleh kerajaan Ayyubiyah yang diasaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1171. Beliaulah yang kemudiannya bertanggungjawab menawan semula Jerusalem daripada orang-orang Kristian dalam Perang Hattin yang berlaku pada tahun 1187. Nama beliau sangat masyhur pada waktu itu. Selepas kejatuhan kerajaan Ayyubiyah, kerajaan Mamluk pula ditubuhkan di Mesir. Pada tahun 1517, Mesir telah berjaya ditawan oleh Empayar Turki Uthmaniyah. Namun, kerajaan Mamluk masih tetap kekal memerintah bumi Mesir di bawah naungan empayar gergasi tersebut.

Gambaran wajah Salahuddin Al-Ayyubi
Gambaran wajah Salahuddin Al-Ayyubi

Kemudian, pada tahun 1798, Mesir telah diserang oleh tentera Napoleon Bonaparte dari Perancis. Penaklukan Perancis ini telah menaikkan semangat penduduk Mesir yang kagum dengan semangat Revolusi Perancis. Mereka inginkan pentadbiran sendiri setelah beribu-ribu tahun dikuasai oleh kuasa luar. Ini telah mencetuskan perang saudara di bumi Mesir. Namun, Empayar Turki Uthmaniyah akhirnya berjaya menawan semula Mesir & seorang wizurai telah dilantik untuk mentadbir Mesir pada tahun 1805. Beliau adalah seorang yang berbangsa Albania & namanya ialah Muhammad Ali Pasha. Beliaulah yang kemudiannya banyak berusaha untuk membangunkan Mesir. Usahanya itu kemudiannya diteruskan oleh anaknya iaitu Ismail Pasha. Penyiapan Terusan Suez telah berjaya dilakukan pada tahun 1869 sewaktu di bawah pentadbiran Ismail Pasha. Dengan siapnya terusan ini, Mesir menjadi antara pusat-pusat perdagangan & pengangkutan yang terpenting di dunia pada waktu tersebut.

Muhammad Ali Pasha
Muhammad Ali Pasha


Terusan Suez, Mesir
Terusan Suez, Mesir

Pada tahun 1882, kerajaan Mesir mulai dikuasai oleh United Kingdom. Husayn Kamil dilantik menjadi Sultan Mesir yang baru pada tahun 1914 oleh United Kingdom, selepas Mesir bebas sepenuhnya daripada Empayar Turki Uthmaniyah. Kemudiannya, penduduk Mesir telah berjuang pula untuk memerdekakan tanahair mereka daripada United Kingdom. Pada tahun 1922, United Kingdom akhirnya telah memberikan kemerdekaan separuh kepada Mesir. Saad Zaghlul dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir yang pertama pada tahun 1924.

Sebuah revolusi besar telah berlaku di Mesir pada tahun 1952 di mana Raja Mesir pada waktu itu iaitu Farouk I telah berjaya digulingkan. Farouk I adalah Raja Mesir yang terakhir. Republik Mesir kemudiannya ditubuhkan pada tahun 1953 dengan diketuai oleh Muhammad Naguib sebagai Presiden Mesir yang pertama. Kemudiannya, pada tahun 1954, Gamal Abdel Nasser dilantik sebagai Presiden Mesir yang ke-2. Beliaulah orang yang bertanggungjawab mengisytiharkan kemerdekaan Mesir yang sepenuhnya daripada United Kingdom pada tarikh 18 Jun 1956.

Farouk I
Farouk I


Muhammad Naguib
Muhammad Naguib


Gamal Abdel Nasser
Gamal Abdel Nasser

Pada tahun 1970 selepas kematian Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat dilantik menjadi Presiden Mesir yang ke-3. Kemudian, selepas Anwar Sadat mati dibunuh pada tahun 1981, Hosni Mubarak pula dilantik sebagai Presiden Mesir yang baru & beliau masih memegang jawatan tersebut hingga ke hari ini. Beliau dibantu oleh Perdana Menteri selaku ketua pentadbiran.

Anwar Sadat
Anwar Sadat


Hosni Mubarak
Hosni Mubarak

Orang-orang Mesir bertutur dalam bahasa Arab dalam kehidupan seharian mereka. Namun, loghat bahasa Arab yang dipertuturkan oleh mereka agak berbeza sedikit berbanding bahasa Arab piawai. Majoriti daripada penduduknya tidak fasih berbahasa Inggeris. Aku benar-benar menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan mereka kerana aku tidak tahu berbahasa Arab & mereka pula tidak tahu berbahasa Inggeris. Mujurlah ada kawan-kawan baru di Kaherah & juga pemandu-pemandu pelancong kami yang boleh berbahasa Arab dengan fasih. Merekalah yang banyak membantu aku. Tanpa mereka, aku pastinya akan sesat tanpa arah. Hahaha. Acab, Johan & Ahmad juga boleh berbahasa Arab kerana tujuan mereka ke sini sememangnya adalah untuk belajar bahasa tersebut. Namun, penguasaan bahasa Arab mereka tidaklah terlampau hebat. Hahahah. Mesir menggunakan matawang Egyptian Pound. 1 Euro bersamaan dengan 7.60 Egyptian Pound. Waktu tempatan Mesir adalah 2 jam lebih awal daripada waktu GMT.

Kaherah atau nama tempatannya Al-Qahirah terletak di pinggiran Sungai Nil & merupakan ibu negara Mesir. Ianya bukan sahaja bandar yang terbesar di negara ini, malah ianya juga adalah bandar yang terbesar di benua Afrika & di rantau Timur Tengah. Kawasan yang tertua di Kaherah atau nama lamanya, Fustat telah diasaskan pada tahun 648 selepas Mesir berjaya ditawan oleh tentera-tentera Islam yang diketuai oleh Amr ibn al-A'as. Fustat terletak berdekatan dengan bandar-bandar lama seperti Memphis, Heliopolis & Giza. Ia kemudiannya dijadikan pusat pemerintahan baru di Mesir bagi menggantikan Iskandariah.

Kedudukan bandar Kaherah di dalam negara Mesir
Kedudukan bandar Kaherah di dalam negara Mesir

Fustat mulai menjadi pusat perkembangan Islam yang penting di Afrika Utara sewaktu di bawah kerajaan Bani Umaiyyah. Dari sini jugalah pemerintah terakhir kerajaan Bani Umaiyyah yang berpusat di Damsyik, iaitu Marwan II berusaha untuk mempertahankan kerajaannya daripada serangan tentera kerajaan Bani Abbasiyah. Namun, usahanya gagal & dia dibunuh pada tahun 750 oleh pemerintah kerajaan Bani Abbasiyah. Pada tahun tersebut jugalah Kaherah jatuh ke bawah pentadbiran kerajaan Bani Abbasiyah. Waris terakhir kerajaan Bani Umaiyyah iaitu Abdul Rahman I kemudiannya telah berjaya melarikan diri ke Cordoba, Sepanyol & menyambung kewibawaan kerajaan Bani Umaiyyah di sana.

Seterusnya, sewaktu kewujudan kerajaan Fatimiyah di Mesir, Fustat dijadikan pusat pemerintahan kerajaan ini secara rasminya pada tahun 969 & tidak berapa lama kemudian nama Fustat ditukar kepada Al-Qahirah (Kaherah). Kaherah seterusnya terus mekar menjadi pusat perkembangan agama Islam yang masyhur di rantau Timur Tengah. Sewaktu di bawah kerajaan Ayyubiah mulai tahun 1171, Kaherah meneruskan keagungannya sebagai antara bandar-bandar yang terpenting dalam dunia Islam. Kerajaan Mamluk yang mulai berkuasa dari tahun 1250 hingga ke tahun 1517 masih lagi mengekalkan Kaherah sebagai pusat pemerintahan. Kerajaan Mamluk kemudiannya ditawan pula oleh Empayar Turki Uthmaniyah & diletakkan di bawah naungan empayar tersebut. Kaherah tetap kekal menjadi bandar yang penting di rantau Timur Tengah.

Selepas pemergian tentera Napoleon Bonaparte, Muhammad Ali Pasha telah dilantik menjadi wizurai Sultan Turki Uthmaniyah di Mesir & pusat pentadbirannya adalah di Kaherah dari tahun 1801 sehingga ke tahun 1882. Di bawah pentadbirannya, Kaherah telah berkembang dengan pesatnya. Usahanya kemudian diteruskan pula oleh anaknya iaitu Ismail Pasha. Pada tahun 1882, Mesir telah ditawan oleh United Kingdom. Selepas kemerdekaan Mesir sepenuhnya pada tahun 1956, Kaherah dijadikan ibu kota negara ini secara rasminya sehingga kini.

Kami mengelilingi kota Kaherah pada hari ini dengan menaiki teksi & juga bas. Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, Acab membawa aku & Tok Wan ke Masjid Amr ibn al-A'as untuk menunaikan solat Jumaat. Kami menaiki teksi bersama-sama dengan Faizal. Setibanya kami di masjid tersebut, kami berjumpa pula dengan Johan & Ahmad yang tiba di sini lebih kurang 2 minit selepas ketibaan kami. Kemudian, kami berenam pun terus masuk ke dalam masjid tersebut. Masjid Amr ibn al-A'as sebenarnya adalah masjid pertama yang dibina di benua Afrika. Ia dibina tidak berapa lama selepas Kaherah berjaya ditawan oleh tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Amr ibn al-A'as pada tahun 639. Pembinaan masjid ini diarahkan oleh Khalifah Islam pada waktu tersebut iaitu Umar al-Khattab r.a & menamakannya bersempena dengan nama Amr ibn al-A’as yang telah berjaya menawan kota ini. Masjid ini adalah masjid ke-4 yang dibina dalam sejarah Islam, selepas Masjid Nabawi di Madinah, Masjid Basra & Masjid Kufah.

Senibina awal Masjid Amr ibn al-A’as ini diperbuat daripada tanah liat, berbumbungkan pelepah tamar & bertiangkan batang-batang pokok tamar. Ianya kemudian dibina semula dengan binaan yang lebih kukuh & keluasan yang lebih besar pada kurun ke-9. Keluasan masjid ini boleh menampung beribu-ribu orang jemaah. Khutbah yang disampaikan oleh khatib adalah dalam bahasa Arab. Maka, aku yang tidak tahu berbahasa Arab terasa rugi pula kerana tidak mempunyai asas dalam bahasa ini. Hmmm. Selepas selesai solat Jumaat, kami berenam bergambar dahulu di dalam & di hadapan masjid yang cantik & bersejarah ini sebelum kami meneruskan perjalanan ke tempat lain dengan menaiki teksi.

Di dalam Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Di dalam Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir


Di dalam Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Di dalam Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir


Di dalam Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Di dalam Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir


Di dalam Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Di dalam Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir


Di hadapan Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Di hadapan Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir


Masjid  Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir
Masjid Amr ibn al-A’as, Kaherah, Mesir

Tempat seterusnya yang kami jejaki ialah Masjid Sayyidah Nafisah. Di dalamnya terdapat makam Sayyidah Nafisah yang merupakan seorang tokoh wanita Islam yang sangat terkenal. Beliau adalah keturunan Rasulullah s.a.w. Nama penuhnya ialah Sayyidah Nafisah binti Hasan al-Anwar bin Zaid bin Hasan bin Saidina Ali r.a. Saidina Ali r.a pula adalah suami kepada Fatimah az-Zahra iaitu puteri Rasulullah s.a.w. Sayyidah Nafisah dilahirkan di Mekah pada tahun 145 H & kemudiannya berpindah ke Madinah pada tahun 150 H. Pada tahun 193 H sewaktu usianya 48 tahun, beliau telah membuat kunjungan ke bumi Kaherah. Penduduk Kaherah kemudiannya memintanya untuk terus menetap di sini. Pada mula, beliau enggan. Namun, setelah dipujuk, beliau akhirnya bersetuju.

Sewaktu di Kaherah, Sayyidah Nafisah sering dikunjungi oleh Imam Syafi’e & anak-anak muridnya yang ingin berguru dengan beliau. Hubungan Sayyidah Nafisah dengan Imam Syafi’e sangat erat & mereka sering membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan akidah Islam. Tidak berapa lama kemudian selepas kematian Imam Syafi’e, Sayyidah Nafisah mulai merasakan ajalnya sudah hampir & beliau dikatakan telah menggali kuburnya sendiri di dalam rumahnya.

Setelah ajalnya sudah tiba pada tahun 208 H, suaminya ingin membawa jenazahnya pulang ke Madinah untuk dikebumikan seperti yang telah diwasiatkan oleh Sayyidah Nafisah sendiri. Namun, penduduk-penduduk Kaherah telah meminta jenazah beliau dikebumikan di kubur yang telah digali oleh beliau sendiri di rumahnya itu. Pada mulanya, suami Sayyidah Nafisah enggan berbuat demikian. Namun, setelah dia bermimpikan Rasulullah s.a.w yang mengarahkannya mengikuti permintaan penduduk-penduduk Kaherah, beliau pun mengebumikan jenazah isterinya itu di dalam rumahnya yang kini dijadikan masjid. Kami berenam berkesempatan untuk menziarahi makam beliau di dalam masjid tersebut. Setelah menghadiahkan surah Al-Fatihah & berdoa meminta keberkatan, kami pun meneruskan perjalanan kami ke tempat lain pula.

Masjid Sayyidah Nafisah, Kaherah, Mesir
Masjid Sayyidah Nafisah, Kaherah, Mesir


Makam Sayyidah Nafisah, Kaherah, Mesir
Makam Sayyidah Nafisah, Kaherah, Mesir

Destinasi kami yang seterusnya ialah Masjid Imam Syafi’e. Di dalam masjid inilah terletaknya makam Imam Syafi’e, iaitu hamba Allah yang telah mengasaskan Mazhab Syafi’e yang menjadi ikutan kita, masyarakat Muslim di Asia Tenggara & juga beberapa buah lagi negara di dunia seperti Mesir & negara-negara Afrika Timur. Orang yang bertanggungjawab membina masjid tersebut ialah Salahuddin al-Ayyubi yang membinanya di atas tapak makam Imam Syafi’e. Imam Syafi’e adalah imam yang ke-3 mengikut susunan tarikh kelahiran 4 orang pengasas mazhab. 3 buah mazhab lain seperti yang kita maklumi ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Hanbali & Mazhab Maliki.

Nama sebenar Imam Syafi’e ialah Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 H di Gaza, Palestin. Beliau kemudiannya berpindah ke Mekah sewaktu berusia 10 tahun. Kemudian, beliau berpindah pula ke Madinah & menjadi anak murid kepada Imam Malik ibn Anas yang merupakan pengasas kepada Mazhab Maliki. Selepas itu, Imam Syafi’e berpindah ke Baghdad & akhir sekali ke Mesir. Imam Syafi’e adalah keturunan Bani Hashim & Abdul Mutalib. Keturunannya dipercayai bertemu dengan keturunan Rasulullah s.a.w di sebelah datuk baginda iaitu Abdul Manaf.

Imam Syafi'e banyak mengembara mencari ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan. Beliau telah mempelajari ilmu fiqah & hadis sehingga ke tahap yang tertinggi. Antara mereka yang pernah menjadi guru kepada Imam Syafi’e selain daripada Imam Malik ibn Anas ialah Sayyidah Nafisah, Muslim bin Khalid az-Zanji & Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah. Berdekatan dengan makam Imam Syafi’e, terdapat sebuah kesan tapak kaki di atas lantai yang dikatakan tapak kaki Rasulullah s.a.w. Menurut cerita seorang lelaki Arab yang kami jumpa di sini, seorang hamba Allah pernah tertidur di kawasan makam ini & dia tiba-tiba ternampak jasad Rasulullah s.a.w muncul di kawasan makam tersebut. Rasulullah s.a.w kemudiannya meninggalkan kesan tapak kaki baginda di atas lantai tersebut. Wallahu ‘alam.

Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir
Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir


Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir
Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir


Makam Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir
Makam Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir


Kesan tapak kaki yang dikatakan tapak kaki Rasulullah s.a.w di dalam Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir
Kesan tapak kaki yang dikatakan tapak kaki Rasulullah s.a.w di dalam Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir

Selepas menyedekahkan Al-Fatihah & berdoa meminta keberkatan, kami pun berjalan keluar dari masjid tersebut. Kami kemudiannya singgah di sebuah gerai yang terletak di hadapan masjid tersebut. Kami memesan beberapa keping roti & sejenis lauk yang aku tidak pasti apa namanya. Kebersihan gerai tersebut tersangat-sangatlah boleh diragui kerana lalat-lalat berterbangan di sana-sini. Aku berasa sangat tidak selesa. Selepas makan, kami pun terus pulang semula ke Rumah Malaysia Abbasiyah untuk berehat-rehat & menunaikan solat Asar. Harap-harap kami tidak dijangkiti apa-apa penyakit selepas makan di gerai tadi. Hahaha.

Makan-makan di sebuah gerai di hadapan Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir
Makan-makan di sebuah gerai di hadapan Masjid Imam Syafi'e, Kaherah, Mesir


Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir
Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir


Di pintu hadapan Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir
Di pintu hadapan Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir


Di dalam kawasan Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir
Di dalam kawasan Rumah Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir

Selepas selesai menunaikan solat Asar, kami berenam menaiki teksi menuju ke Memorial 6 October. Memorial ini dibina bagi memperingati kemenangan tentera Mesir & Syria mengalahkan tentera Israel dalam sebuah peperangan yang berlaku pada tahun 1973. Perang tersebut dikenali sebagai Perang Oktober kerana ia berlaku dalam bulan tersebut. Tujuan utama perang ini adalah untuk merampas semula semenanjung Sinai yang telah ditawan oleh Israel 6 tahun sebelum itu. Kejayaan Mesir dalam peperangan ini telah mengharumkan nama presidennya pada waktu itu iaitu Anwar Saddat.

Untuk memasuki memorial ini, kami perlu membeli tiket yang harganya tidaklah terlampau mahal. Kami meminjam kad pelajar pelajar-pelajar di Rumah Malaysia Abbasiyah untuk mendapat diskaun. Mujurlah wajah kami tidak diperiksa oleh penjual tiket. Hahaha. Di dalam memorial tersebut, dipamerkan kenderaan-kenderaan & peralatan-peralatan yang digunakan sewaktu Perang Oktober seperti kereta kebal, meriam & sebagainya. Terdapat juga beberapa pertunjukan interaktif yang agak menarik. Tapi malangnya bahasa yang digunakan adalah bahasa Arab. Oleh itu, aku tidak langsung memahami apa yang dikatakan. Hahaha.

Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir
Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir


Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir
Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir


Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir
Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir


Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir
Di dalam kawasan Memorial 6 October, Kaherah, Mesir


Pertunjukan interaktif di dalam Memorial 6 Oktober, Kaherah, Mesir
Pertunjukan interaktif di dalam Memorial 6 Oktober, Kaherah, Mesir

Selepas puas berlegar-legar di dalam memorial tersebut & menunaikan solat Maghrib, kami berenam pun kembali semula ke Rumah Malaysia Abbasiyah. Aku & Tok Wan kemudiannya dibawa pulang ke Rumah Perlis oleh Ahmad & Johan. Mereka berdua akan turut bermalam di Rumah Perlis pada malam ini kerana kami berempat akan menaiki kereta ke Iskandariah pada awal pagi esoknya. Acab tidak akan bersama-sama dengan kami ke Iskandariah kerana dia sudah pernah ke sana sebelum ini. Selepas solat Isyak, kami berempat pun terus melelapkan mata kepenatan. Banyak sungguh aktiviti kami pada hari ini.

Hari 5: 5 OGOS 2006

Pada awal pagi hari ini, aku, Tok Wan, Johan & Ahmad menunggu kedatangan kereta di hadapan Rumah Perlis seperti yang dijanjikan oleh Ustaz Arif, tuan punya agensi pelancongan Al-Syafie Travel yang menguruskan jadual perjalanan kami mengelilingi bumi Mesir. Kami akan ke Iskandariah dengan menaiki kereta tersebut pada hari ini. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya kereta yang dijanjikan pun tiba. Pemandu kereta tersebut bernama Nasir. Kami memanggilnya Ustaz Nasir. Beliau berasal dari Pattani, Thailand. Beliaulah yang akan menjadi pemandu pelancong kami di Iskandariah pada hari ini. Ustaz Arif pun turut ada sekali. Tetapi, dia tidak akan mengikuti kami ke Iskandariah kerana dia ada hal penting.

Lebih kurang pukul 8.30 pagi, kami pun bertolak meninggalkan Rumah Perlis. Sebelum meneruskan perjalanan ke Iskandariah, kami singgah dahulu di kawasan asrama Rumah Selangor untuk bersarapan pagi. Selepas itu, barulah kami terus bertolak menuju ke Iskandariah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Ustaz Nasir tersebut. Perjalanan dari Kaherah ke Iskandariah memakan masa hampir 3 jam lamanya.

Iskandariah atau namanya dalam bahasa Inggeris, Alexandria adalah bandar ke-2 terbesar di Mesir & merupakan bandar pelabuhan yang terbesar di negara ini. Iskandariah terletak di pinggiran Laut Mediterranean iaitu di bahagian utara Mesir. Nama Iskandariah atau Alexandria adalah bersempena dengan nama pengasasnya iaitu Alexander the Great atau namanya dalam bahasa Arab, Iskandar Zulkarnain yang merupakan Raja Macedonia pada waktu itu. Ada yang mengatakan bahawa beliau mengesakan Allah s.w.t & ada yang mengatakan bahawa beliau mengaku dirinya adalah tuhan. Pendapat lain pula mengatakan bahawa Alexander the Great & Iskandar Zulkarnain adalah 2 orang yang berlainan. Wallahu ‘alam. Akan tetapi, nama Zulkarnain ada disebut di dalam Al-Quran yang mungkin merujuk kepada Iskandar Zulkarnain. Berikut adalah petikan ayat-ayat Al-Quran tersebut:

'Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah, "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya." Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya), "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka." Ia berkata, "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya. Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati."

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata, "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" Dia menjawab, "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata, "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia, "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya." Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain, "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar." Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.' (Surah Al-Kahfi: Ayat 83-99)


Iskandariah telah diasaskan pada tahun 334 SM oleh Alexander selepas kejayaan beliau menawan seluruh tanah Greece. Bandar ini diasaskan bertujuan untuk menghubungkan Greece dengan Sungai Nil yang merupakan kawasan pertanian yang sangat subur pada waktu itu. Beberapa bulan selepas pengasasan Iskandariah, Alexander telah meninggalkan bandar ini & menuju ke Timur untuk menawan Empayar Parsi yang pada waktu itu di bawah pemerintahan Maharaja yang bernama Darius III. Dia kemudiannya tidak kembali semula ke bandar ini buat selama-lamanya. Tugas pentadbiran Iskandariah diserahkan kepada wizurainya yang bernama Cleomenes.

Alexander akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di Babylon pada tahun 323 SM, sewaktu usianya baru hendak mencecah 33 tahun. Ada yang mengatakan bahawa beliau dijangkiti suatu penyakit yang aneh. Wallahu ‘alam. Pada waktu itu, Alexander telah membentuk salah sebuah empayar yang terluas dalam sejarah dunia. Selepas kematian beliau, pemerintahan wilayah Mesir diambil alih oleh Ptolemy I & Iskandariah dijadikan pusat pentadbirannya. Beliau mengebumikan mayat Alexander di Iskandariah & makamnya kemudian menjadi tumpuan utama pelancong ke sini termasuklah Julius Caesar, Maharaja Rom yang pertama. Namun, pada masa kini, makam tersebut tidak diketahui lokasinya. Ianya dikatakan dilihat buat kali terakhir pada kurun ke-4. Kisah tentang riwayat hidup Alexander the Great ini ada diceritakan dalam filem 'Alexander' yang dilakonkan oleh Colin Farrell.


Peta kedudukan Iskandariah/Alexandria di dalam Mesir



Wajah gambaran Alexander the Great



Empayar Alexander the Great



Filem Alexander

Sewaktu era kegemilangan Empayar Greek, Iskandariah adalah bandar yang terbesar di dunia pada waktu itu. Percampuran budaya Greek & Mesir menjadikan Iskandariah sebagai bandar yang unik. Namun, ia kemudiannya diletakkan di bawah naungan Empayar Rom tidak berapa lama selepas empayar ini diasaskan & Iskandariah menjadi bandar ke-2 terbesar & terkaya dalam empayar tersebut selepas kota Rom. Selepas kematian Cleopatra sebagai pemerintah Mesir, Iskandariah diletakkan secara rasminya di bawah Empayar Rom sewaktu pemerintahan Maharaja Rom yang bernama Augustus. Selepas Empayar Rom dikristiankan pada kurun ke-4, Iskandariah menjadi pusat utama pergerakan agama Kristian di bumi Mesir.

Pada tahun 616, Iskandariah telah ditawan oleh Empayar Parsi sewaktu empayar tersebut di bawah pemerintahan Raja yang bernama Khosrau II. Beberapa tahun selepas itu, ia ditawan pula oleh Empayar Rom Timur atau Byzantine sewaktu empayar itu di bawah pemerintahan Maharaja yang bernama Heraclius. Peristiwa peperangan antara Empayar Byzantine & Empayar Parsi yang berlaku sewaktu era dakwah Rasulullah s.a.w ini ada diceritakan di dalam Al-Quran, di mana Allah s.w.t telah meramalkan bahawa tentera Rom Timur atau Byzantine akan berjaya mengalahkan semula tentera Parsi selepas kekalahan mereka kepada tentera Parsi. Ayat-ayatnya berbunyi begini:

'Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan pula lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun; kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom mengalahkan Parsi) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah; Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.' (Surah Ar-Rum: Ayat 2-5)

Pada tahun 641, Iskandariah ditawan pula oleh tentera Islam di bawah pimpinan Amr ibn Al-‘As. Empayar Byzantine yang berpusat di Constantinople (Istanbul) pada waktu itu tidak dapat mempertahankan Iskandariah kerana Maharajanya iaitu Heraclius telah meninggal dunia & penggantinya iaitu Constantine III baru berusia 12 tahun sewaktu ia dilantik menjadi maharaja empayar tersebut. Pelbagai kerosakan telah berlaku sewaktu tentera Islam berusaha untuk menawan kota Iskandariah. Walau bagaimanapun, usaha untuk memperbaiki keadaan bandar ini telah diusahakan secara besar-besaran antara tahun 1810 & 1850 oleh Muhammad Ali Pasha, iaitu wizurai Empayar Turki Uthmaniyah di Mesir.

Iskandariah telah menjadi pusat pentadbiran Mesir selama beratus-ratus tahun lamanya. Namun, selepas kewujudan bandar Kaherah yang kemudiannya dijadikan pusat pentadbiran Mesir yang baru selepas Mesir terletak di bawah naungan kerajaan Islam, fungsi Iskandariah sebagai pusat pentadbiran Mesir telah berakhir. Kepentingannya menjadi semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Namun, ianya kini kembali bangun menjadi bandar yang penting di Mesir. Iskandariah kini adalah bandar ke-2 terpenting di negara ini kerana pelabuhannya yang menjadi pusat komersil & pengangkutan yang utama di negara ini.

Tempat pertama di Iskandariah yang kami jejaki ialah Citadel of Qaitbay yang merupakan sebuah kubu yang dibina pada tahun 1477 sewaktu pemerintahan Raja kerajaan Mamluk yang bernama Al-Ashraf Sayf al-Din Qa'it Bay. Untuk masuk ke dalam kubu ini, kami perlu membeli tiket yang harganya agak berpatutan. Kubu ini meliputi kawasan yang sangat luas & terletak di pinggiran Laut Mediterranean. Di dalamnya terdapat sebuah bekas masjid yang dipercayai sebagai masjid yang tertua di Iskandariah. Dari atas kubu ini, panorama kota Iskandariah yang indah dapat dinikmati. Subhanallah. Kami berempat termasuk Ustaz Nasir menghabiskan masa hampir sejam di dalam kubu tersebut.

Citadel of Qaitbay ini sebenarnya dikatakan dibina di atas tapak runtuhan sebuah rumah api yang bernama Pharos of Alexandria. Rumah api yang mulai dibina pada kurun ke-3 SM sewaktu pemerintahan Ptolemy I tersebut merupakan rumah api pertama yang dibina di dunia. Ianya adalah salah satu daripada ‘7 Keajaiban Dunia Purba’. Rumah api tersebut malangnya sudah tidak lagi wujud pada masa kini. Ianya dikatakan telah runtuh akibat kejadian gempa bumi yang berlaku antara tahun 1303 & 1323. Batu-batu daripada runtuhan rumah api tersebut kemudiannya dikatakan telah digunakan untuk pembinaan Citadel of Qaitbay pada tahun 1477.


Citadel of Qaitbay, Iskandariah, Mesir



Di dalam Citadel of Qaitbay, Iskandariah, Mesir



Di dalam Citadel of Qaitbay, Iskandariah, Mesir



Di dalam Citadel of Qaitbay, Iskandariah, Mesir



Pemandangan kota Iskandariah dari atas Citadel of Qaitbay, Iskandariah, Mesir



Lukisan gambaran rumah api Pharos of Alexandria

Selepas puas bergambar di dalam kubu tersebut, kami menuju pula ke Masjid Abu Abbas Al-Mursi, salah sebuah masjid yang terpenting di Iskandariah. Masjid ini dibina di atas tapak makam seorang pendakwah dari Murcia, Sepanyol yang bernama Abu Abbas Al-Mursi. Menurut sejarah, beliau bersama-sama dengan penduduk-penduduk Sepanyol yang beragama Islam telah membawa diri ke Iskandariah setelah kerajaan Islam di Sepanyol menjadi lemah akibat serangan kerajaan Kristian pada kurun ke-13. Di Iskandariah, beliau telah menjadi guru agama yang terkenal & banyak berjasa.

Masjid yang pertama telah dibina di atas tapak makam Abu Abbas Al-Mursi tersebut pada tahun 1307 oleh Sheikh Zein Ad-Din Ibn Al-Qattan. Namun, keadaan masjid itu tidak terurus mulai tahun 1477. Masjid itu kemudiannya diperbaiki oleh Gaqmas Az-Zahari & makamnya terletak bersebelahan dengan makam Abu Abbas Al-Mursi. Pada tahun 1596, masjid itu diperbaharui pula oleh Sheikh Abu al-Abbas & makamnya juga terletak di dalam masjid tersebut. Pada tahun 1775, pembesaran masjid ini dilakukan oleh Sheikh Abu al-Hassan El Maghribi & kebesarannya kekal seperti sekarang. Kubah-kubah & menara-menaranya yang dilihat pada masa kini hanya dibina pada tahun 1943.

Raja Mesir yang bernama Farouk kemudiannya mengarahkan pembinaan sebuah dataran di kawasan masjid ini & dataran tersebut diberi nama Midan al-Masgid. Masjid Abu Abbas Al-Mursi ini menjadi pusat utama dataran tersebut & ianya dikelilingi pula oleh 5 buah lagi masjid. Senibina Masjid Abu Abbas Al-Mursi beserta masjid-masjid lain di sekelilingnya yang berwarna putih itu tersangatlah mengagumkan. Di dataran Midan al-Masgid ini terdapat juga sebuah kebun pokok kurma. Aku yang belum pernah melihat kebun pokok kurma dari dekat terus mengambil gambar di hadapannya. Hahahah.


Masjid Abu Abbas Al-Mursi di Midan Al-Masgid, Iskandariah, Mesir



Di dalam Masjid Abu Abbas Al-Mursi, Iskandariah, Mesir



Di Midan Al-Masgid, Iskandariah, Mesir



Kebun pokok kurma di Midan Al-Masgid, Iskandariah, Mesir

Selepas menunaikan solat jamak Zohor & Asar, kami berlima meneruskan perjalanan ke Masjid Nabi Daniel yang dikatakan menempatkan makam Nabi Daniel & Luqman al-Hakim. Sebenarnya, tidak terdapat bukti kukuh yang boleh mengesahkan kedudukan sebenar makam Nabi Daniel & Luqman al-Hakim. Nabi Daniel yang berasal daripada kaum Bani Israel di Palestin telah dibawa ke Babylon setelah kerajaan Israel dikalahkan oleh kerajaan Babylon yang pada waktu itu diperintah oleh Raja yang bernama Nebuchadnezzar. Kerana kebijaksanaannya, Nabi Daniel telah dilantik menjadi salah seorang pembesar diraja. Tidak berapa lama kemudian, pengasas kepada Empayar Parsi, iaitu Cyrus II & tenteranya telah berjaya menawan Babylon pada kurun ke-5 SM. Nabi Daniel masih lagi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan yang besar sewaktu Babylon di bawah Empayar Parsi. Selepas kematian Cyrus II, puteranya yang bernama Darius pula ditabalkan sebagai Raja Parsi & Nabi Daniel tetap mempunyai pengaruh yang besar dalam pentadbiran.

Disebabkan hasad dengki pembesar-pembesar yang lain, Nabi Daniel kemudiannya dimasukkan ke dalam kandang singa kerana keengganannya meninggalkan ajaran agamanya yang menyembah Allah yang Esa. Namun, baginda akhirnya diselamatkan oleh Allah s.w.t daripada keganasan binatang buas tersebut. Nabi Daniel dikatakan wafat di bumi Iran & makamnya dipercayai terletak di bandar Susa, Iran. Ada juga pendapat-pendapat lain yang mengatakan bahawa makamnya terletak di Kirkuk, Iraq & di Samarkand, Uzbekistan. Dan ada juga yang berpendapat bahawa makamnya terletak di dalam Masjid Nabi Daniel di Iskandariah ini. Wallahu ‘alam.

Luqman al-Hakim pula adalah seorang ayah yang banyak mengajar anak-anaknya supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah s.w.t. Namanya ada disebut di dalam Al-Quran. Berikut adalah petikan ayat-ayat Al-Quran tersebut:

'(Luqman menasihati anaknya dengan berkata), "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi." "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya." "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."' (Surah Luqman: Ayat 16-19)


Masjid Nabi Daniel, Iskandariah, Mesir



Masjid Nabi Daniel, Iskandariah, Mesir

Selepas menziarahi makam kedua-dua hamba Allah s.w.t tersebut, kami menuju pula ke Istana Montaza yang merupakan bekas kediaman pentadbir-pentadbir Mesir dari keturunan Muhammad Ali Pasha. Istana ini siap dibina pada tahun 1892 sewaktu Mesir di bawah pentadbiran Abbas Hilmi Pasha. Ianya dikelilingi oleh sebuah taman yang amat luas & terletak di pinggiran Laut Mediterranean. Di dalam taman tersebut terdapat juga sebuah kebun pokok kurma yang luas. Kami yang jarang dapat melihat kebun pokok kurma seluas itu menjadi kagum. Lantas, kami terus mencapai kamera & bergambar dengan pokok-pokok kurma tersebut dengan menggayakan pelbagai aksi. Hahaha.


Istana Montaza, Iskandariah, Mesir



Kebun pokok kurma di kawasan Istana Montaza, Iskandariah, Mesir



Di kebun pokok kurma di kawasan Istana Montaza, Iskandariah, Mesir

Destinasi kami yang terakhir di Iskandariah ialah Bibliotheca Alexandrina, sebuah perpustakaan yang dibina sempena memperingati Royal Library of Alexandria yang telah runtuh akibat serangan demi serangan dari musuh. Royal Library of Alexandria yang telah runtuh itu telah siap dibina pada kurun ke-3 SM sewaktu era pemerintahan Ptolemy II di Mesir & merupakan perpustakaan yang terbesar di dunia pada waktu itu. Iskandariah pada waktu itu merupakan pusat ilmu pengetahuan yang termasyhur di seluruh dunia. Setelah perpustakaan itu tidak digunakan lagi selepas kedatangan Islam di bumi Mesir, buku-buku yang masih terdapat di dalam perpustakaan itu dikatakan telah dipindahkan ke perpustakaan di Masjid Al-Azhar di Kaherah pada awal kurun ke-8. Bibliotheca Alexandrina adalah perpustakaan baru yang siap dibina pada tahun 2003 berhampiran dengan tapak Royal Library of Alexandria yang telah tiada itu. Perpustakaan baru ini sememangnya kelihatan sangat anggun & cantik. Suasana dalamannya juga amat moden & mengagumkan. Untuk masuk ke dalamnya, kami perlu membeli tiket yang harganya tidaklah begitu mahal.


Bibliotheca Alexandrina, Iskandariah, Mesir



Di dalam Bibliotheca Alexandrina, Iskandariah, Mesir

Selepas puas bergambar di dalam Bibliotheca Alexandrina, kami singgah sebentar di sebuah restoran untuk membeli makanan bagi mengisi perut apabila di dalam kereta nanti. Selepas selesai membeli, kami pun meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke Kaherah. Jam pada waktu itu sudah pun menunjukkan pukul 4.00 petang. Perjalanan pulang ke Kaherah dengan kereta mengambil masa hampir 3 jam lamanya. Aku tertidur di dalam kereta kerana kepenatan.

Setibanya kami di Kaherah, Ustaz Nasir menghantar Johan & Ahmad ke Rumah Malaysia Abbasiyah. Kemudian, dia membawa aku & Tok Wan ke Rumah Perlis. Kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ustaz Nasir kerana telah menjadi pemandu pelancong kami yang sangat bagus. Banyak informasi tentang Iskandariah telah kami perolehi daripadanya. Aku & Tok Wan kemudiannya terus masuk ke dalam bilik kami. Selepas solat, kami pun terus melelapkan mata kepenatan.

Hari 6: 6 OGOS 2006

Hari ini adalah hari ulangtahun aku yang ke-24. Tak sangka pula aku akan meraikan hari ulangtahun yang ke-24 di Kaherah. Hahaha. Aku tidak memberitahu sesiapa kerana tidak ingin menyusahkan mereka. Pada hari ini, aku & Tok Wan hanya menghabiskan masa kami di dalam bilik sambil membaca buku-buku kepunyaan Yeop yang terdapat di dalam bilik tumpangan kami. Pada waktu malam nanti, kami akan bergerak menuju ke Semenanjung Sinai dengan menaiki van yang sudah pun ditempah oleh Ustaz Arif. Acab, Johan & Ahmad akan ikut bersama.

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, kami berlima pun menunggu ketibaan van seperti yang dijanjikan oleh Ustaz Arif di luar Rumah Perlis. Tidak berapa lama selepas menunggu, van tersebut pun akhirnya tiba. Van itu dipandu oleh seorang lelaki tempatan. Bersama-sama dengannya adalah seorang lelaki Melayu yang bernama Azhari. Kami memanggilnya Ustaz Azhari. Beliau akan menjadi pemandu pelancong kami di Semenanjung Sinai nanti, sementara lelaki tempatan tersebut pula ditugaskan untuk memandu van itu. Ustaz Azhari ini berasal dari Kedah. Beliau sebenarnya sudah bertahun-tahun tinggal di Mesir & telah berkahwin dengan wanita tempatan. Beliau adalah bapa kepada 3 orang anak & kini tinggal di Rumah Malaysia Abbasiyah. Beliau bekerja di restoran Rumah Malaysia tersebut. Tidak berapa lama selepas ketibaan van tersebut, kami semua pun terus bergerak menuju ke Semenanjung Sinai. Perjalanan ke sana dari Kaherah mengambil masa lebih kurang 6 jam lamanya. Kami semua banyak menghabiskan masa di dalam van tersebut dengan tidur sahaja memandangkan kami tidak dapat melihat apa-apa di luar kerana gelap.


Sebelum bertolak ke Semenanjung Sinai di hadapan Rumah Perlis, Kaherah, Mesir

Hari 7: 7 OGOS 2006

Sedar-sedar sahaja dari tidur lebih kurang pada pukul 5.30 pagi, kami sudah pun berada di Semenanjung Sinai. Di sekeliling kami hanya terdapat padang pasir yang luas beserta gunung-ganang yang kering-kontang & jarang sekali kelihatan pohon-pohon yang menghijau. Yang ada cuma semak-samun yang tidak seberapa. Indah & tenang sungguh suasana sebegini. Inilah rupanya keadaan padang pasir yang jarang sekali dapat aku nikmati. Subhanallah.


Pemandangan luar dari dalam van di Semenanjung Sinai, Mesir



Pemandangan luar dari dalam van di Semenanjung Sinai, Mesir



Pemandangan luar dari dalam van di Semenanjung Sinai, Mesir



Pemandangan luar dari dalam van di Semenanjung Sinai, Mesir

Tidak berapa lama kemudian, kami berhenti di suatu kawasan di mana terdapat sebuah surau kecil di situ. Kami menunaikan solat Subuh sementara matahari belum memancarkan sinarnya. Selepas selesai solat Subuh, kami meneruskan perjalanan kami menerokai Semenanjung Sinai.

Semenanjung Sinai adalah sebuah semenanjung yang berbentuk segitiga yang terletak di antara negara Mesir & Palestin/Israel. Ianya adalah kepunyaan negara Mesir. Semenanjung ini terletak di antara 2 buah laut iaitu Laut Mediterranean di bahagian utaranya & Laut Merah di bahagian selatannya & 2 buah teluk iaitu Teluk Suez di bahagian barat & Teluk Aqabah di bahagian timur. Hampir seluruh Semenanjung Sinai ini dilitupi oleh padang pasir & gunung-gunung berbatu sahaja. Lebih kurang 5000 tahun dahulu, kawasan ini adalah kawasan perlombongan batu permata fairuz yang penting bagi Empayar Mesir. Kemudiannya, dari tahun 1260 ke tahun 1518, semenanjung ini dikuasai pula oleh kerajaan Mamluk. Namun, selepas kekalahan mereka kepada tentera Turki Uthmaniyah yang pada waktu itu diperintah oleh Sultan yang bernama Selim I, Semenanjung Sinai jatuh ke tangan empayar tersebut & ianya terus diletakkan di bawah pentadbiran wiruzai Turki Uthmaniyah di Mesir, iaitu keturunan Pasha sehinggalah ke awal kurun ke-20. Pada tahun 1906, pentadbiran semenanjung ini jatuh pula ke tangan United Kingdom. United Kingdom kemudiannya menandakan sempadan antara Mesir & Palestin. Sempadan tersebut masih kekal hingga ke hari ini.


Kedudukan Semenanjung Sinai di Mesir



Peta Semenanjung Sinai

Pada tahun 1948, tentera Mesir telah berarak menuju ke sempadan negara Israel yang telah dibentuk oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menempatkan bangsa-bangsa Yahudi yang bebas. Ini telah mencetuskan Perang Arab-Israel pada tahun tersebut. Setahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1949, Perjanjian Armistice telah ditandatangani antara Israel, Mesir, Jordan, Lubnan & Syria & ini telah menamatkan Perang Arab-Israel. Dalam perjanjian tersebut, Semenanjung Sinai & juga Semenanjung Gaza diletakkan di bawah pentadbiran Mesir. Kemudiannya, pada tahun 1956, Mesir telah mengenakan sekatan terhadap pelabuhan Israel di Eilat. Ini telah menyebabkan serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Sinai dengan bantuan United Kingdom & Perancis & mereka berjaya menawan keseluruhan semenanjung tersebut dalam jangka masa beberapa hari. Beberapa bulan kemudian, tentera Israel telah berundur dari sini atas desakan Amerika Syarikat & Soviet Union. Semenanjung Sinai kemudiannya diletakkan di bawah pentadbiran Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada tahun 1967, tentera Mesir telah berarak ke Semenanjung Sinai untuk merampasnya kembali & mengarahkan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berundur. Israel kemudiannya telah memulakan Perang Enam Hari dengan Mesir & tentera Mesir berjaya dikalahkan. Israel kemudiannya mengambil alih pentadbiran keseluruhan semenanjung ini & Terusan Suez yang jatuh ke tangan Israel pada waktu itu terus ditutup.

Pada bulan Oktober 1973, tercetus pula satu lagi peperangan antara Mesir & Israel yang digelar Perang Oktober. Dalam peperangan ini, tentera Mesir akhirnya berjaya menewaskan tentera Israel & Semenanjung Sinai beserta Terusan Suez berjaya dikembalikan kepada Mesir. Terusan Suez yang telah ditutup untuk sekian lama, akhirnya dibuka kembali. Pada tahun 1979, Perjanjian Damai Mesir-Israel telah ditandatangani. Dalam perjanjian tersebut, Israel telah mengiktiraf Semenanjung Sinai sebagai hak milik kerajaan Mesir. Kerajaan Mesir pula telah mengiktiraf kedaulatan kerajaan Israel. Mesir merupakan negara Arab pertama yang mengiktiraf negara haram tersebut. Kemudiannya, ia disusuli pula oleh negara Jordan pada tahun 1994.

Daripada sejarah Semenanjung Sinai ini, kita dapat bayangkan betapa berharganya tanah semenanjung tersebut sehingga menjadi rebutan antara negara Mesir & Israel. Menurut sejarah, di sinilah terletaknya sebuah kawasan pergunungan yang diberi nama Jabal Musa yang merupakan lokasi di mana Nabi Musa a.s & kaum Bani Israel berlegar-legar selepas mereka berjaya melarikan diri dari kekejaman Firaun di Mesir. Di sini jugalah dipercayai kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

Tempat pertama di Semenanjung Sinai yang kami kunjungi ialah Taba’. Kami tiba di sini lebih kurang pada pukul 8.30 pagi. Taba’ terletak di sempadan Mesir & Israel. Ia terletak di pinggiran Teluk Aqabah. Di sinilah terletaknya kompleks imigresen yang tersibuk antara Mesir & Israel. Taba’ yang terletak di sempadan 2 buah negara tersebut turut menjadi mangsa kepada peperangan yang berlaku antara kedua-dua buah negara itu sebelum ini. Namun, ia akhirnya diberikan kepada kerajaan Mesir selepas perjanjian damai antara kedua-dua negara tersebut dimeterai pada tahun 1979.

Kawasan Taba’ ini juga merupakan sebuah kawasan rekreasi yang popular. Terdapat beberapa buah hotel mewah & sebuah padang golf di sini yang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong dari Israel. Mereka kini diberi kebenaran untuk menetap di sini tanpa visa untuk jangkamasa 48 jam. Pada bulan Oktober 2004, telah berlaku sebuah malapetaka di mana Hotel Hilton di sini telah dibom. Seramai 34 orang terkorban & majoritinya adalah pelancong-pelancong dari Israel. Kami mengambil kesempatan yang ada ini untuk bergambar di hadapan kompleks imigresen Mesir-Israel itu. Bukan mudah untuk melihat negara haram Israel dari dekat.


Peta kedudukan Taba' di Semenanjung Sinai, Mesir



Pelancong-pelancong Israel di kompleks imigresen Mesir-Israel di Taba', Semenanjung Sinai, Mesir



Kompleks imigresen Mesir-Israel di Taba', Semenanjung Sinai, Mesir



Hotel Hilton di Taba', Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas bergambar, kami pun meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya. Tidak jauh dari kompleks imigresen tersebut, terletak sebuah pulau yang diberi nama Pulau Firaun. Pulau ini terletak di kawasan yang strategik di mana lalu lintas kapal antara tanah Arab di bahagian timur & tanah Mesir di bahagian barat dapat dikawal. Ia dahulunya adalah pusat kawalan lalu lintas kapal yang penting sewaktu zaman kegemilangan Empayar Byzantine. Sebuah gereja yang dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Byzantine yang bernama Justinian VI masih lagi terdapat di sini sehingga ke hari ini.

Sewaktu era permulaan penyebaran Islam pada kurun ke-7, pulau Firaun ini mulai menjadi tempat persinggahan penduduk-penduduk Islam dari Afrika yang ingin ke Mekah untuk menunaikan Haji. Pulau ini kemudiannya diambil alih pemerintahannya oleh tentera Salib yang mula bertapak di Palestin & Syria pada tahun 1099 apabila Kerajaan Jerusalem ditubuhkan pada tahun tersebut. Pada kurun ke-12, mereka membina sebuah kubu di atas Pulau Firaun dengan menggunakan wang cukai yang dikutip daripada orang-orang Islam yang singgah di sini sewaktu dalam perjalanan ke Mekah. Kubu tersebut diberi nama Ile de Graye. Pada tahun 1170, Salahuddin Al-Ayyubi akhirnya berjaya menawan pulau tersebut dengan mengalahkan tentera Salib & kubu tersebut telah diubahsuai olehnya.

Di seberang pulau tersebut yang terletak tengah-tengah Teluk Aqabah, negara Jordan dapat dilihat dengan jelas. Kawasan di sekeliling Pulau Firaun kini amat terkenal di kalangan pelancong-pelancong kerana batu-batu karangnya yang sangat cantik & mengagumkan. Air laut di sekelilingnya juga tersangat jernih. Untuk ke pulau tersebut, pelancong-pelancong perlu menaiki feri. Disebabkan ketibaan kami terlampau awal, kami tidak dapat ke pulau tersebut kerana perkhidmatan feri hanya akan mula beroperasi lebih kurang pukul 10.00 pagi nanti. Oleh itu, kami hanya bergambar berlatarbelakangkan pulau tersebut sahaja.


Berlatarbelakangkan Pulau Firaun & negara Jordan di Taba', Semenanjung Sinai, Mesir



Berhampiran Pulau Firaun di Taba', Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas bergambar dengan Pulau Firaun, kami terus bergerak menuju ke Dahab. Kami tiba di situ lebih kurang pada pukul 11.00 pagi. Dahab adalah sebuah pekan kecil yang terletak di bahagian tenggara Semenanjung Sinai. Di sini terdapat sebuah pantai yang terletak di pinggiran Teluk Aqabah. Di seberang teluk ini, negara Arab Saudi dapat dilihat dengan jelas. Pantai Dahab sangat terkenal dengan aktiviti ‘SCUBA diving’ & ‘snorkelling’. Di sini juga terdapat berpuluh-puluh buah restoran makanan laut. Namun, sewaktu kedatangan kami ke sini, jumlah pelancong tidaklah begitu ramai. Ini kerana pantai ini baru sahaja mengalami suatu mala petaka iaitu pengeboman yang berlaku pada bulan April yang lalu. Hampir 23 orang telah terkorban & 80 orang lagi tercedera dalam kejadian pengeboman tersebut. Patutlah keadaan di sini agak sunyi & tidak ramai orang pada waktu ini.


Peta kedudukan Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Berlatarbelakangkan negara Arab Saudi di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir

Setibanya kami di pantai Dahab, Ustaz Azhari telah menempah 3 buah bilik untuk kami berehat-rehat sebelum memulakan perjalanan kami ke Jabal Musa pada waktu malam nanti. Selepas meletakkan barang-barang kami di dalam bilik masing-masing, kami berlima termasuk Ustaz Azhari bersiar-siar di sepanjang pantai tersebut sambil bermain dengan beberapa ekor tapak sulaiman yang agak aneh bentuknya. Belum pernah kami melihat tapak sulaiman yang berbentuk sedemikian rupa. Kemudiannya, kami singgah di sebuah restoran makanan laut untuk makan tengah hari. Selesa sungguh cuaca pada hari ini di pantai Dahab.


Pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Bermain dengan tapak sulaiman di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Beberapa ekor tapak sulaiman di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Seekor tapak sulaiman di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Makan tengah hari di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas makan, kami kembali ke bilik masing-masing untuk melelapkan mata. Aku berkongsi bilik dengan Ustaz Azhari. Pemandu van kami yang berbangsa tempatan itu pula berehat-rehat di sebuah khemah kayu di luar. Kemudiannya, selepas solat jamak Zohor & Asar, aku, Tok Wan, Acab, Johan & Ahmad terus berjalan menuju kembali ke tepi pantai untuk bermandi-manda. Hahaha. Gembira sungguh kami kerana dapat mandi air laut. Bukan selalu dapat mandi di air laut Teluk Aqabah. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam dengan bermandi-manda. Apabila sudah puas, kami pun kembali ke bilik masing-masing.


Mandi-manda di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Mandi-manda di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas menunaikan solat jamak Maghrib & Isyak, kami bersiar-siar di tepi pantai Dahab untuk menghirup udara malam Teluk Aqabah. Waktu malam di sini agak panas & kering. Aku benar-benar berasa tidak selesa. Selepas bersiar-siar, kami kembali semula ke bilik kami. Kami berehat-rehat sementara menunggu pukul 12.00 tengah malam di mana kami akan bertolak menuju ke Jabal Musa.


Waktu malam di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Waktu malam di pantai Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir



Berehat-rehat sementara menunggu masa untuk bertolak ke Jabal Musa, Dahab, Semenanjung Sinai, Mesir

Hari 8: 8 OGOS 2006

Apabila jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, kami semua pun bersiap sedia untuk bertolak ke Jabal Musa. Van yang dipandu oleh lelaki tempatan tersebut mulai bergerak pada pukul 12.30 tengah malam. Perjalanan ke Jabal Musa dari Dahab mengambil masa lebih kurang sejam. Setibanya kami di kaki Jabal Musa pada lebih kurang pukul 1.30 pagi, kami pun bersiap sedia di samping memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti pendakian kami. Setelah semua orang sudah bersedia, kami berlima termasuk Ustaz Azhari pun terus memulakan ekspedisi kami mendaki Jabal Musa. Pemandu van tersebut tidak ikut bersama. Dia akan menjemput semula kami di kaki Jabal Musa pada waktu tengah hari nanti.

Kami berenam memulakan pendakian kami lebih kurang pada pukul 1.45 pagi. Kesemua pendaki dikehendaki mendaki pergunungan tersebut pada waktu malam kerana pada waktu siang, suasana di sini teramat panas & tidak sesuai untuk aktiviti pendakian. Agak ramai juga pendaki-pendaki lain yang turut mendaki bersama-sama kami. Kami berlima bergerak berpandukan Ustaz Azhari kerana beliau mempunyai pengalaman mendaki Jabal Musa lebih daripada 5 kali. Kami bernasib baik kerana bulan sedang mengambang penuh pada malam ini. Oleh itu, kami tidak memerlukan lampu suluh untuk menyuluh laluan kami.

Aku & Tok Wan menerima cabaran yang paling getir sekali kerana kami berdua hanya memakai sandal sahaja sedangkan mereka yang lain memakai kasut yang bersesuaian untuk mendaki gunung. Hahaha. Walau apapun, kami berdua tetap akan membuktikan bahawa kami tetap akan berjaya sampai ke puncak Jabal Musa walaupun hanya dengan memakai sandal. Pendakian kami untuk tiba di puncak Jabal Musa dijangka akan mengambil masa selama 2½ jam. Selain daripada berjalan kaki, ada juga sesetengah pendaki yang menaiki unta separuh jalan. Pendakian Jabal Musa ini sesungguhnya tersangatlah memenatkan.


Dalam pendakian ke puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Dalam pendakian ke puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Dalam pendakian ke puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Dalam pendakian ke puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Dalam pendakian ke puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Jabal Musa ini sebenarnya terletak bersebelahan dengan Gunung Catherine yang merupakan gunung yang tertinggi di Mesir. Jabal Musa dikatakan merupakan tempat di mana Nabi Musa a.s & kaum Bani Israel bermukim selepas mereka berjaya melarikan diri daripada kekejaman Firaun & juga tempat di mana Nabi Musa a.s menerima kitab Taurat daripada Allah s.w.t. Jabal Musa juga turut dikenali dengan nama Gunung Tur. Gunung Tur ini telah disebut beberapa kali oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran. Berikut adalah antara petikan ayat-ayat Al-Quran yang menyebut nama gunung tersebut:

'Demi Gunung Tur.' (Surah At-Tur: Ayat 1)

'Dan engkau juga tidak berada dekat Gunung Tur ketika Kami menyeru (Nabi Musa dan memberi wahyu kepadanya dahulu), tetapi (diturunkan) rahmat (Al-Quran) dari Tuhanmu (menerangkan Kisah itu) supaya engkau memberi amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang Rasul pemberi amaran sebelummu, semoga mereka beroleh pengajaran (serta insaf mematuhinya).' (Surah Al-Qasas: Ayat 46)


Peta kedudukan Jabal Musa di Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas Nabi Musa a.s & kaum Bani Israel berjaya melarikan diri daripada kekejaman Firaun, mereka berhenti seketika di kawasan pergunungan Jabal Musa. Kemudian, Nabi Musa a.s meninggalkan kaumnya selama beberapa hari untuk bermunajat kepada Allah s.w.t. Baginda dikatakan telah bermunajat selama 40 hari, 40 malam & telah berpuasa sepanjang tempoh tersebut. Sewaktu bermunajat inilah baginda memohon kepada Allah s.w.t supaya menunjukkan zat-Nya. Allah s.w.t kemudian mengarahkan Nabi Musa a.s supaya melihat di suatu sudut bukit. Lalu kemudian, bukit tersebut tiba-tiba hancur hingga masuk ke perut bumi, tanpa meninggalkan bekasnya. Baginda kemudiannya terperanjat dan gementar seluruh tubuh lalu pengsan. Apabila baginda sudah kembali sedar, baginda bertasbih memuji Allah s.w.t & memohon ampun atas kesalahannya. Allah s.w.t kemudiannya menurunkan kitab Taurat kepada baginda. Peristiwa ini ada diceritakan di dalam Al-Quran seperti di bawah:

'Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata, "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu." Allah berfirman, "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku"; Setelah Tuhannya 'Tajalla' (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) 'Tajalli-Nya' menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.

Setelah ia sedar semula, berkatalah ia, "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepada-Mu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku). Allah berfirman, "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilihmu melebihi umat manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa perutusan-Ku (Kitab Taurat) dan dengan Kalam-Ku; oleh itu, terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur." Dan Kami telah menuliskan bagi Nabi Musa pada Lauh-lauh (Taurat) itu, dari pelbagai jenis nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar Syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, terimalah dia (dan amalkanlah wahai Musa) dengan bersungguh-sungguh, dan suruhlah kaummu berpegang (serta mengamalkan) yang sebaik-baiknya (iaitu suruhan-suruhannya). Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik – derhaka.' (Surah Al-A'raf: Ayat 143-145)


Setelah 2½ jam kami berenam tercungap-cungap mendaki Jabal Musa yang kering-kontang ini, kami akhirnya tiba jua di puncaknya. Pada waktu ini, jam sudah pun menunjukkan pukul 4.15 pagi. Keadaan suhu di atas puncak pergunungan tersebut agak sejuk sebenarnya. Aku berasa menyesal kerana tidak membawa pakaian yang tebal-tebal sedikit. Setibanya kami di sini, kami terus masuk ke dalam sebuah lubang kecil yang dipercayai sebagai lubang di mana Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t. Aku seolah-olah tidak percaya bahawa aku sekarang berada di tempat di mana Nabi Allah tersebut dikatakan pernah bermunajat. Inilah antara pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku sebagai hamba Allah yang Maha Esa. Kami membaca sedikit doa untuk baginda & juga memohon kesejahteraan kepada diri kami.


Lubang di mana Nabi Musa a.s bermunajat di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di dalam lubang di mana Nabi Musa a.s bermunajat di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas itu, kami keluar dari lubang ini & berehat-rehat di bahagian luarnya. Cuaca menjadi semakin sejuk. Aku seperti tidak sabar untuk menunggu matahari memancarkan cahayanya yang bakal menghadiahkan habanya kepadaku. Terdapat beberapa orang kanak-kanak & remaja-remaja kaum Badwi yang membuat bisnes menyewakan selimut kepada para pelancong di atas puncak pergunungan tersebut. Bisnes mereka teramatlah laku. Aku tidak bercadang untuk menyewanya memandangkan aku masih lagi boleh bertahan. Harap-harapnya. Hahaha.

Kebanyakan pelancong yang mendaki Jabal Musa ini hanya bertujuan untuk melihat matahari terbit & pada pendapat aku mereka langsung tidak mengetahui akan kewujudan lubang kecil tersebut. Aku merasakan bahawa usaha mereka untuk mendaki pergunungan tersebut seperti tidak memadai dengan hasil yang bakal mereka perolehi. Sebelum matahari terbit, kami menunaikan solat Subuh dengan bertayamum.

Setelah hampir 2 jam menunggu dalam kesejukan, akhirnya mentari pun mula memancarkan sinar habanya. Suasana di sekeliling puncak Jabal Musa kelihatan kuning keemasan. Begitu indah sekali panorama tersebut. Subhanallah. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kami kemudiannya menghabiskan masa hampir 2 jam lamanya bergambar di atas puncak pergunungan tersebut. Kami seolah-olah tidak mahu beredar dari sini kerana suasananya teramat memukau minda. Di kawasan puncak Jabal Musa ini sebenarnya terdapat sebuah masjid kecil yang hanya boleh mengisi beberapa orang jemaah sahaja. Terdapat juga sebuah gereja kecil Greek Ortodox yang dibina pada tahun 1934 di atas tapak sebuah gereja yang telah dibina pada kurun ke-16.


Matahari terbit di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Matahari terbit di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Matahari terbit di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Lubang di mana Nabi Musa a.s bermunajat di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di dalam lubang di mana Nabi Musa a.s bermunajat di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Di puncak Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Setelah puas bergambar di puncak Jabal Musa, kami berenam pun memulakan langkah untuk kembali ke kaki pergunungan tersebut. Kami menggunakan jalan yang berbeza daripada jalan yang kami lalui sewaktu mendaki tadi. Pada waktu siang inilah baru kami dapat menikmati keindahan Jabal Musa dengan lebih jelas berbanding waktu malam tadi. Subhanallah. Cantik tidak terkata. Hakisan angin yang berlaku sejak beribu-ribu tahun dahulu telah menghasilkan pelbagai rupa bentuk batu di pergunungan tersebut yang tersangat unik & memukau pandangan. Kawasan pergunungan ini sebenarnya kering-kontang & hanya terdapat batu-batu & juga beberapa tumbuhan-tumbuhan kecil. Tumbuhan-tumbuhan tersebut menurut kata Ustaz Azhari adalah tumbuhan-tumbuhan herba yang amat berkhasiat. Beliau memetik beberapa batang untuk dibawa pulang ke Kaherah.


Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



Tumbuhan-tumbuhan herba di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Di kawasan Jabal Musa ini juga terdapat sebuah gerai yang menjual beberapa ketul batu yang aneh. Pada permukaan batu-batu tersebut terukir daun-daun halus. Menurut kata penjual batu tersebut, batu-batu itu merupakan kesan tinggalan peristiwa Allah s.w.t menghancurkan gunung tersebut di hadapan Nabi Musa a.s ketika baginda meminta Allah s.w.t menunjukkan zat-Nya. Tumbuhan-tumbuhan yang ada di Jabal Musa pada waktu itu turut menjadi takut sehingga kesemuanya masuk ke dalam batu-batu yang berdekatan. Wallahu 'alam.


Seketul batu yang aneh di Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Setelah hampir 2½ menuruni Jabal Musa, kami akhirnya tiba di kaki pergunungan tersebut. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah memudahkan perjalanan kami & tidak memberi apa-apa masalah kepada kami sepanjang kami mendaki & menuruni Jabal Musa tersebut. Setibanya kami di kaki pergunungan ini, kami singgah sebentar di sebuah monasteri yang bernama Saint Catherine's Monastery. Monasteri tersebut dibina sewaktu Mesir di bawah Empayar Byzantine. Maharaja Byzantine yang bernama Justinian I yang turut bertanggungjawab membina Hagia Sofia di Constantinople telah mengarahkan pembinaan monasteri tersebut di sini antara tahun 527 & tahun 565. Monasteri ini dibina menutupi Chapel of the Burning Bush yang merupakan tempat di mana Nabi Musa a.s dikatakan melihat pohon hijau yang terbakar di mana baginda mendengar satu suara yang merupakan wahyu daripada Allah s.w.t kepada baginda. Pohon hijau tersebut masih lagi ada di sini sehingga kini.

Kawasan monasteri ini merupakan kawasan suci kepada ketiga-tiga agama wahyu iaitu Yahudi, Kristian & Islam. Sebuah masjid dikatakan pernah dibina di dalam monasteri ini. Namun, tidak ada bukti yang kukuh bagi pernyataan tersebut. Di dalam Saint Catherine’s Monastery ini terdapat sebuah perpustakaan yang menyimpan koleksi manuskrip yang ke-2 terbanyak di dunia selepas Vatican Library di Vatican City. Manuskrip-manuskrip tersebut ditulis di dalam bahasa Greek, Koptik, Arab, Armenia, Hebrew & Syriak.


Saint Catherine's Monastery di kaki Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir



'Burning Bush' di dalam Saint Catherine's Monastery di kaki Jabal Musa, Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas melawat monasteri tersebut, kami pun terus menuju ke van kami yang baru sahaja tiba. Setelah masuk ke dalam van tersebut, kami pun meneruskan perjalanan kami. Berdekatan dengan kaki pergunungan Jabal Musa, terdapat sebuah makam yang dipercayai sebagai makam Nabi Harun a.s. Nabi Harun a.s adalah abang kepada Nabi Musa a.s yang sama-sama berjuang membimbing kaum Bani Israel ke jalan Allah s.w.t & melarikan diri daripada cengkaman Firaun. Kami hanya bergambar dari jauh sahaja kerana kesuntukan masa.


Makam Nabi Harun a.s di Semenanjung Sinai, Mesir



Makam Nabi Harun a.s di Semenanjung Sinai, Mesir

Destinasi kami yang seterusnya ialah sebuah lereng bukit di mana terdapat sebuah batu yang berbentuk agak pelik. Ianya terletak tidak jauh dari kaki Jabal Musa. Batu tersebut berbentuk seperti seekor lembu. Menurut kata penduduk tempatan, batu tersebut mempunyai sangkut-paut dengan lembu samiri yang pernah disembah oleh kaum Bani Israel sewaktu Nabi Musa a.s meninggalkan mereka selama 40 hari untuk bermunajat kepada Allah di Jabal Musa. Sepanjang peninggalan Nabi Musa a.s untuk bermunajat di Jabal Musa, Nabi Harun a.s telah diberikan amanah untuk mengawasi & memimpin kaum Bani Israel daripada melakukan kemungkaran, apa lagi menyekutukan Allah s.w.t dengan benda lain.

Walau bagaimanapun, sepanjang pemergian Nabi Musa a.s, berlaku satu ujian besar terhadap kaum Bani Israel. Nabi Musa a.s pada mulanya berjanji untuk meninggalkan mereka selama 30 hari sahaja. Akan tetapi, disebabkan kesalahannya yang ingin melihat zat Allah s.w.t, baginda terpaksa menambah 10 hari lagi untuk menebus dosanya, menjadikannya 40 hari. Kaum Bani Israel kemudiannya merasakan bahawa Nabi Musa a.s telah meninggalkan mereka. Sebilangan daripada mereka kemudiannya menyekutukan Allah s.w.t dengan menyembah patung anak lembu yang diperbuat daripada emas oleh Samiri. Mereka menyembah patung lembu itu selepas terpedaya dengan sihir Samiri yang menjadikan patung tersebut boleh berkata-kata. Nabi Harun a.s telah mengingatkan mereka bahawa kelakuan mereka itu adalah dosa besar. Namun, segala nasihat dan amaran berkenaan tidak dipedulikan.

Selepas bermunajat selama 40 hari, Nabi Musa a.s kembali kepada kaumnya dan baginda amat terkejut melihat perbuatan mereka menyembah patung lembu tersebut. Nabi Musa a.s bukan sahaja marah kepada kaumnya, malah juga kepada Nabi Harun a.s. Nabi Musa a.s menarik kepala dan janggut Nabi Harun a.s. Selepas itu, baginda mendapatkan Samiri, lalu menghalaunya bersama pengikut-pengikutnya. Patung lembu itu dibakar, kemudian dihanyutkan ke dalam laut oleh baginda.

Ada yang mengatakan bahawa pancaran dari patung lembu emas yang diperbuat oleh Samiri itu terpancar ke lereng bukit & membentuk seolah-olah seperti seekor lembu, seperti apa yang dilihat sekarang ini di lereng bukit tersebut. Nama Samiri ini juga sebenarnya menimbulkan persoalan, sama ada ianya merujuk kepada nama seorang manusia ataupun nama sekelompok manusia daripada kaum Bani Israel. Wallahu 'alam. Kisah tentang lembu Samiri tersebut ada diceritakan di dalam Al-Quran. Berikut adalah antara petikan ayat-ayat tersebut:

'(Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa, "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri." Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata, "Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu dengan satu perjanjian yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa yang dijanjikan itu? Atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?" Mereka menjawab, "Kami tidak menyalahi janji kami kepadamu itu dengan kuasa dan ikhtiar kami, tetapi kami telah dibebankan membawa barang-barang perhiasan orang-orang (Mesir) itu, supaya kami mencampakkannya ke dalam api lalu kami melakukan yang demikian, maka demikianlah juga 'Samiri' mencampakkan apa yang dibawanya." Kemudian Samiri mengeluarkan untuk mereka dari leburan barang-barang itu (patung) seekor anak lembu yang bertubuh lagi bersuara, lalu mereka berkata, "Ini ialah tuhan kamu dan tuhan bagi Musa, tetapi Musa telah lupa!" Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka, dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka?

Dan demi sesungguhnya, Nabi Harun telah pun berkata kepada mereka sebelum itu, "Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diperdayakan dengan patung itu, dan sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya; oleh itu, ikutlah daku dan taatlah akan perintahku." Mereka menjawab, "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan penyembahan patung ini, (bahkan) kami akan tetap menyembahnya hingga Nabi Musa kembali kepada kami." (Sekembalinya), Nabi Musa berkata, "Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat, daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?" Nabi Harun menjawab, "Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: 'Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!'"

(Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya, "Apa pula halmu, wahai Samiri?" Ia menjawab, "Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku." Nabi Musa berkata kepada Samiri, "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: 'Jangan sentuh daku', dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap."' (Surah Taha: Ayat 85-97)


Kagum sungguh kami melihat batu yang berbentuk seperti patung lembu tersebut. Mungkin begitulah rupanya bentuk lembu yang diperbuat oleh Samiri laknatullah.


Gambaran patung anak lembu emas Samiri



Batu yang berbentuk lembu, Semenanjung Sinai, Mesir



Batu yang berbentuk lembu, Semenanjung Sinai, Mesir



Batu yang berbentuk lembu, Semenanjung Sinai, Mesir

Selepas bergambar dengan batu yang berbentuk seperti lembu tersebut, kami pun meneruskan perjalanan kami. Tempat seterusnya yang kami jejaki ialah sebuah makam yang dipercayai sebagai makam Nabi Saleh a.s. Nabi Saleh a.s diutuskan oleh Allah s.w.t kepada kaum Tsamud yang mahir dalam seni membelah dan memahat gunung-ganang. Namun, mereka tidak menyembah Allah s.w.t, sebaliknya mereka menyembah berhala. Nabi Saleh a.s telah berdakwah mereka, namun hanya sedikit sahaja yang mengikuti baginda & yang lainnya meminta baginda menunjukkan mukjizat jika baginda benar-benar pesuruh Allah s.w.t.

Allah s.w.t kemudiannya memunculkan seekor unta betina dari sebalik sebuah batu besar. Unta tersebut sihat & mengeluarkan susu yang tidak pernah habis. Nabi Saleh a.s meminta kaumnya agar jangan mengganggu unta tersebut. Namun, kaumnya tetap mengkhianati baginda. Unta itu dibunuh oleh 2 orang pemuda kaum tersebut. Setelah mengetahui tentang pembunuhan unta itu, Nabi Saleh a.s memberi waktu kepada kaumnya selama 3 hari agar mereka bertaubat. Akan tetapi, mereka tetap berdegil. Nabi Saleh a.s & pengikutnya kemudian meninggalkan kota tersebut. Sepeninggalan baginda & pengikutnya, Allah s.w.t telah mengazab kaum Tsamud yang degil tersebut dengan guruh & halilintar yang amat dahsyat sehingga kota mereka hancur-lebur menjadi debu. MasyaAllah.

Berhampiran dengan makam Nabi Saleh a.s, terdapat sebuah lagi makam. Kami tidak pasti milik siapakah makam tersebut. Apa yang pastinya, kedua-dua makam tersebut tidak dijaga dengan rapi oleh kerajaan Mesir. Sedih sungguh kami melihatnya.


Makam Nabi Saleh a.s, Semenanjung Sinai, Mesir



Makam Nabi Saleh a.s, Semenanjung Sinai, Mesir



Makam Nabi Saleh a.s, Semenanjung Sinai, Mesir

Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke Hamam Firaun yang terletak di persisiran pantai Teluk Suez. Ianya adalah rumah mandi air panas semulajadi yang terletak di dalam sebuah gua kecil. Untuk masuk ke dalamnya, kami terpaksa merangkak. Udara di dalam rumah mandi semulajadi itu sememangnya agak panas. Subhanallah. Menurut cerita penduduk tempatan, ianya merupakan tempat di mana Firaun menyembuhkan penyakit rheumatismanya.


Hamam Firaun, Semenanjung Sinai, Mesir



Hamam Firaun, Semenanjung Sinai, Mesir

Kemudiannya, kami bergerak menuju ke kawasan yang merupakan medan pertempuran Perang Oktober yang berlaku pada tahun 1973. Kami telah dibawa mengelilingi kawasan ini oleh seorang askar tempatan yang bertugas di sini. Bahasa Inggeris beliau agak bagus. Beliau banyak menerangkan kepada kami tentang apa yang berlaku sewaktu peperangan tersebut & beliau juga turut menunjukkan beberapa peralatan yang digunakan sewaktu peperangan itu. Selepas itu, kami pun terus beransur pulang semula ke Kaherah. Sewaktu dalam perjalanan ke Kaherah, kami singgah dahulu di sebuah restoran untuk makan tengah hari & kemudiannya di sebuah masjid untuk menunaikan solat jamak Zohor & Asar. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan pulang ke Kaherah. Sudah banyak tempat di Semenanjung Sinai yang telah kami jejaki & kami berasa amat puas.


Medan pertempuran Perang Oktober, Semenanjung Sinai, Mesir



Medan pertempuran Perang Oktober, Semenanjung Sinai, Mesir

Kami tiba di Kaherah lebih kurang pada pukul 5.00 petang. Kami mengucapkan terima kasih kepada pemandu van yang berbangsa tempatan tersebut & tidak lupa kepada Ustaz Azhari yang telah menjadi pemandu pelancong yang sangat kami kagumi. Tanpa beliau, trip kami ke Semenanjung Sinai sudah tentunya tidak akan bermakna. Setibanya kami di Rumah Perlis, aku & Tok Wan terus masuk ke dalam bilik kami untuk berehat-rehat. Penat sungguh rasanya.

Sementara itu, Acab, Johan & Ahmad pula dibawa oleh Ustaz Azhari ke sebuah stesen bas di kota Kaherah kerana mereka bertiga akan ke Jordan pada malam nanti. Mereka akan menaiki bas ke Nuweiba yang terletak di Semenanjung Sinai & dari situ, mereka akan menaiki feri ke Aqaba, Jordan. Aku & Tok Wan yang pada mulanya bercadang untuk ke Jordan terpaksa membatalkan hajat kami kerana kesuntukan masa. Banyak lagi tempat di Kaherah yang belum kami jejaki. Aku sebenarnya tersangat ingin menjejakkan kaki di bumi Jordan. Namun, apakan daya. Allah s.w.t Maha Berkuasa menentukan segalanya.

Hari 9: 9 OGOS 2006

Pada hari ini, aku & Tok Wan tidak ke mana-mana. Kami hanya menghabiskan masa kami di dalam bilik tumpangan kami di Rumah Perlis sambil membaca buku-buku kepunyaan Yeop. Ustaz Arif memberi kesempatan kepada kami untuk berehat-rehat pada hari ini kerana dia tahu kepenatan kami berdua mendaki Jabal Musa masih belum hilang. Hahaha. Sementara itu, Acab, Johan & Ahmad sudah pun bertolak ke Jordan pada malam tadi.

Hari 10: 10 OGOS 2006

Pada hari ini, aku & Tok Wan akan mengelilingi kota Kaherah bersama-sama dengan seorang pemandu yang ditugaskan oleh Ustaz Arif. Nama pemandu tersebut ialah Ahmad. Kami memanggilnya dengan gelaran Ustaz Mat. Beliau berasal dari Pattani, Thailand & kini sedang belajar di Universiti Al-Azhar. Kami bertiga mulai bergerak pada pukul 8.30 pagi dari Rumah Perlis. Tempat pertama yang kami jejaki pada hari ini ialah bandar Giza, di mana terletaknya Giza Plateau yang menempatkan kompleks piramid-piramid yang merupakan monumen-monumen purba yang paling agung di bumi Kaherah. Bandar kecil ini terletak tidak jauh dari pusat bandar Kaherah, iaitu cuma 20 kilometer sahaja.

Giza Plateau adalah sebuah dataran padang pasir yang agak luas. Di Giza Plateau ini terdapat 3 buah piramid gergasi iaitu Pyramid of Khufu atau turut dikenali dengan nama Great Pyramid of Giza, Pyramid of Khafre & Pyramid of Menkaure. Selain daripada 3 buah piramid gergasi tersebut, terdapat juga beberapa buah lagi piramid-piramid kecil di kawasan Giza Plateau ini. Terdapat juga sebuah ukiran patung yang berbentuk separuh manusia & separuh singa yang bernama Great Sphinx of Giza. Kawasan Giza Plateau ini dipercayai aktif dibina pada kurun ke-25 SM, iaitu lebih kurang 4500 tahun dahulu.

Sesampainya kami di Giza Plateau, kami berasa sangat kagum melihat kebesaran ketiga-tiga buah piramid yang berdiri megah di sini. Aku seperti tidak percaya bahawa apa yang berada di hadapan aku sekarang adalah antara binaan-binaan yang tertua di dunia yang menjadi tumpuan manusia di seluruh dunia sejak beribu-ribu tahun dahulu. Cuaca di Giza Plateau ini tersangatlah panas. Mungkin hampir mencecah 50 darjah celcius. Namun, ianya tidak menghalang semangat kami.


Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Piramid-piramid di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Selepas meletakkan kereta di tempat yang disediakan, aku, Tok Wan & Ustaz Mat berjalan kaki mendekati Pyramid of Khufu yang merupakan piramid yang terbesar di sini. Sebuah blok batu yang membentuk piramid tersebut seolah-olah sama saiznya dengan ketinggian aku. Pyramid of Khufu atau nama gelarannya, Great Pyramid of Giza adalah piramid yang tertua & terbesar sekali di Giza Plateau ini. Ia juga adalah piramid yang terbesar di Mesir & yang tertinggi di dunia. Ia dipercayai siap dibina pada sekitar tahun 2560 SM & mengambil masa selama 20 tahun untuk disiapkan.

Piramid ini dibina bagi menempatkan makam Firaun yang bernama Khufu yang memerintah Mesir dari tahun 2589 SM hingga ke tahun 2566 SM. Dianggarkan seramai lebih daripada 300,000 orang pekerja telah dikerah untuk membina piramid ini. Ianya dibina daripada blok-blok batu kapur, batu basalt & batu granit yang berjumlah 2.4 juta buah semua sekali. Setiap blok piramid tersebut dianggarkan seberat 2-4 tan. Blok-blok batu tersebut dikatakan dibawa dari Tura yang terletak 14 kilometer dari sini & juga dari Aswan yang terletak 800 kilometer dari sini.

Permukaan luar piramid ini dahulunya diselaputi oleh lapisan batu kapur yang licin & bersinar-sinar. Namun, lapisan tersebut telah dihakis oleh pemerintah-pemerintah Mesir sejak beratus-ratus tahun dahulu untuk membina bangunan-bangunan di sekitar Kaherah. Yang tinggal kini hanyalah blok-blok batu yang menjadi rangka luarannya. Begitu hebat sekali tamadun masyarakat Mesir pada zaman dahulu. Sejak piramid ini siap dibina pada tahun 2560 SM, ianya merupakan bangunan yang tertinggi di dunia & memegang rekod tersebut selama hampir 4000 tahun lamanya, sehinggalah Lincoln Cathedral di London dibina pada tahun 1311.

Terdapat 3 buah bilik di dalam Pyramid of Khufu ini, iaitu King’s Chamber, Queen’s Chamber & sebuah lagi bilik yang tidak diketahui fungsinya. Pyramid of Khufu ini telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Purba yang telah disenaraikan pada tahun 140 SM oleh seorang penulis Greek yang bernama Antipater of Sidon. Piramid ini adalah satu-satunya binaan daripada 7 buah binaan tersebut yang masih kukuh & boleh dilihat pada masa kini. Ia juga adalah binaan yang tertua dalam senarai tersebut. 6 buah binaan yang lain masing-masing telah lenyap dari muka bumi ini akibat bencana alam & juga serangan musuh. 6 buah binaan tersebut ialah:

a) Hanging Gardens of Babylon di Baghdad, Iraq
b) Temple of Artemis di Ephesus, Turki
c) Statue of Zeus di Olympia, Greece
d) Mausoleum of Maussollos di Bodrum, Turki
e) Colossus of Rhodes di Pulau Rhodes, Greece
f) Pharos of Alexandria di Iskandariah, Mesir


Pyramid of Khufu di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Pyramid of Khufu di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Pyramid of Khufu di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Blok-blok batu Pyramid of Khufu di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Blok-blok batu Pyramid of Khufu di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Selepas berlegar-legar di sekitar Pyramid of Khufu & bergambar di hadapannya, Ustaz Mat seterusnya membawa kami ke sebuah muzium yang bernama Solar Boat Museum yang terletak berdekatan dengan Pyramid of Khufu. Muzium ini menempatkan sebuah kapal yang dikatakan dimiliki oleh Khufu. Ia dibina semula selama 14 tahun daripada 1200 keping serpihannya yang dijumpai pada tahun 1954. Kapal ini dikatakan sebagai kapal yang membawa mayat Khufu dari Memphis ke Giza untuk disimpan. Muzium ini telah dibuka kepada umum sejak tahun 1982. Untuk memasuki muzium ini, kami perlu membayar tiket yang harganya agak murah.


Kapal Khufu di dalam Solar Boat Museum di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Kapal Khufu di dalam Solar Boat Museum di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Selepas melawat muzium tersebut, kami ke Pyramid of Khafre pula dengan menaiki kereta. Kawasan Giza Plateau ini sebenarnya agak luas & kami perlu bergerak dengan menggunakan kereta untuk menjimatkan masa. Setibanya kami di Pyramid of Khafre, kami sekali lagi berasa kagum melihat kebesaran piramid tersebut. Penduduk-penduduk Mesir pada zaman dahulu sememangnya mempunyai teknologi canggih yang membolehkan mereka membina piramid-piramid yang cantik, tepat & sebegini besar.

Pyramid of Khafre ini adalah piramid yang ke-2 terbesar di Giza Plateau yang merupakan makam kepada Firaun yang bernama Khafre. Khafre adalah adik kepada Khufu & merupakan pengganti takhta Khufu. Khafre memerintah Mesir dari tahun 2650 SM sehingga tahun 2480 SM. Binaan Pyramid of Khafre ini adalah lebih cerun daripada Pyramid of Khufu & ianya dibina di atas tapak yang lebih tinggi daripada tapak Pyramid of Khufu. Disebabkan itulah ianya kelihatan seakan-akan lebih tinggi daripada Pyramid of Khufu. Piramid ini adalah satu-satunya pyramid di Giza Plateau yang masih mempunyai kesan tinggalan lapisan batu kapur yang menyelaputi permukaannya. Kesan tinggalan lapisan tersebut terdapat di puncak piramid ini. Di dalam Pyramid of Khafre ini terdapat sebuah bilik yang menempatkan mumia Khafre.

Sebuah lagi piramid gergasi yang terdapat di Giza Plateau ialah Pyramid of Menkaure yang merupakan piramid yang terkecil antara ketiga-tiga buah piramid tersebut. Ianya dibina bagi menempatkan makam Firaun yang bernama Menkaure yang memerintah Mesir dari tahun 2532 SM hingga tahun 2504 SM. Menkaure adalah waris kepada Khafre. Kami tidak menghampiri piramid ini kerana kesuntukan masa.


Pyramid of Khafre di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Pyramid of Khafre di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Pyramid of Menkaure & Pyramid of Khafre di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Selepas bergambar di hadapan Pyramid of Khafre, kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah kawasan di mana kami boleh menikmati panorama ketiga-tiga buah piramid tersebut. Aku & Tok Wan seperti tidak sabar-sabar lagi untuk bergambar di sini. Indah sekali panorama yang kami dapat lihat dari sini. Aku terasa seperti bermimpi. Hahahaha. Selepas mengambil beberapa keping gambar, Ustaz Mat memberi cadangan kepada kami untuk menunggang unta yang disediakan untuk para pelancong di kawasan ini. Aku pada mulanya enggan kerana takut & belum pernah menunggang apa-apa jenis haiwan pun sebelum ini. Namun, setelah dipujuk-pujuk & Tok Wan pun ingin sama menunggang unta, aku akhirnya bersetuju. Orang tua yang menjaga unta tersebut melilit kepala aku dengan sehelai kain agar kelihatan seperti orang Arab. Kemudian, aku mengatur langkah untuk mendekati unta tersebut. Terketar-ketar kaki aku sewaktu hendak naik menduduki di atas bonggol unta tersebut. Saat yang paling mengerikan adalah sewaktu unta tersebut bangun untuk berdiri. Aku terasa seperti hendak jatuh ke belakang. Hahaha. Namun, apabila unta tersebut sudah berjalan, terasa seperti seronok pula. Aku meminta Tok Wan mengambil beberapa keping gambar aku sewaktu menunggang unta tersebut untuk dijadikan kenangan.

Selepas hampir 5 minit menunggang unta itu, tibalah masa untuk aku turun. Sekali lagi saat yang mengerikan kembali, iaitu sewaktu unta tersebut hendak duduk. Hahaha. Kemudian, tiba pula giliran Tok Wan untuk menunggang unta tersebut & aku mengambil beberapa keping gambar sewaktu dia menunggang unta itu. Sesudah itu, Ustaz Mat pun menyedekahkan orang tua penjaga unta tersebut dengan beberapa helai wang kertas. Aku & Tok Wan benar-benar berasa gembira dengan pengalaman menunggang unta. Hahahah.


Berlatar belakangkan ketiga-tiga buah piramid di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Berlatar belakangkan ketiga-tiga buah piramid di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Berlatar belakangkan ketiga-tiga buah piramid di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Berlatar belakangkan ketiga-tiga buah piramid di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Menunggang unta di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Selepas itu, kami menaiki kereta untuk kembali ke Pyramid of Khufu. Kali ini kami akan masuk ke dalam piramid tersebut yang pintunya baru sahaja dibuka. Kami perlu membeli tiket terlebih dahulu sebelum masuk. Harga tiket agak mahal. Oleh itu, Ustaz Mat telah melakukan proses tawar-menawar dengan penjual tiket di kaunter tiket untuk mendapatkan harga diskaun memandangkan kami adalah pelajar-pelajar universiti. Setelah berhempas-pulas meminta diturunkan harga, akhirnya kami berjaya mendapat diskaun. Terima kasih Ustaz Mat!

Selepas membeli tiket, kami pun masuk ke dalam piramid tersebut. Hanya aku & Tok Wan sahaja yang masuk. Kami tidak dibenarkan membawa kamera ke dalamnya. Oleh itu, kami meminta Ustaz Mat untuk menjaga kamera-kamera kami di luar. Sewaktu berada di dalam piramid tersebut, kami berasa aneh kerana suhu di dalamnya jauh lebih sejuk berbanding suhu di luar yang hampir mencecah 50 darjah celcius. Ini mungkin kerana batu-batu piramid tersebut yang menyerap haba. Wallahu 'alam. Kami berdua berjalan menaiki tangga sambil membongkok untuk menuju ke King's Chamber yang terletak di bahagian atas piramid ini. Setelah hampir 5 minit berjalan, akhirnya kami tiba di bilik tersebut. Di dalamnya terdapat sebuah peti yang diperbuat daripada batu. Di sinilah mumia Firaun yang bernama Khufu tersebut dikatakan disimpan. Akan tetapi peti tersebut kosong & mumia Khufu sebenarnya tidak pernah dijumpai oleh mana-mana ahli arkeologi sehingga kini.

Selepas 10 minit di dalam King’s Chamber, kami berdua pun mulai melangkah keluar. Aku seperti tidak percaya bahawa aku kini berada di dalam Pyramid of Khufu, monumen yang merupakan salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia Purba. Hahaha. Selepas bertungkus-lumus mengatur langkah menuruni tangga yang agak cerun tersebut, kami akhirnya berjaya keluar dari piramid itu. Aku berasa sangat puas kerana dapat masuk ke dalamnya.

Selepas itu, Ustaz Mat membawa kami melihat dengan lebih dekat lagi ukiran patung Great Sphinx of Giza yang merupakan sebuah ukiran patung yang berkepala manusia & berbadan singa yang turut menjadi daya tarikan utama pelancong-pelancong di Giza Plateau. Ianya adalah antara ukiran patung yang terbesar di dunia yang diukir daripada sebuah batu. Ia dipercayai diukir pada millennium ke-3 SM sewaktu pemerintahan Khafre. Selepas Giza Plateau terbiar sekian lama, Great Sphinx of Giza ini telah tertimbus oleh pasir. Ia hanya dijumpai kemudiannya oleh Firaun yang bernama Thutmose IV pada kurun ke-13 SM. Firaun yang bernama Ramesses II juga dikatakan telah melakukan kerja-kerja pembaikan ukiran patung ini. Namun, keseluruhan ukiran patung ini hanya berjaya digali pada tahun 1925.

Walau bagaimanapun, hidung patung tersebut telah hilang sama sekali. Ianya dikatakan hilang akibat serangan sama ada oleh tentera Napoleon Bonaparte, Mamluk ataupun Turki Uthmaniyah. Great Sphinx of Giza ini dipercayai dibina untuk menjadi pengawal kepada piramid-piramid di Giza Plateau. Terdapat sebuah runtuhan kuil di hadapannya yang kini ditutup kepada umum. Pada mulanya, aku fikirkan bahawa Great Sphinx of Giza ini bersaiz besar. Namun, ianya tidaklah sebesar yang aku sangkakan. Hahaha. Selepas bergambar dengan ukiran patung tersebut, kami pun terus menuju kembali ke pusat bandar Kaherah. Selamat tinggal Giza. Pengalaman di sini sememangnya tersangat berharga bagi diri aku.


Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Great Sphinx of Giza di Giza Plateau, Kaherah, Mesir



Great Sphinx of Giza di Giza Plateau, Kaherah, Mesir

Setibanya kami di pusat bandar Kaherah, Ustaz Mat membawa kami ke Rumah Malaysia Abbasiyah untuk makan tengah hari & solat Zohor. Kemudian, kami ke destinasi kami yang seterusnya iaitu Cairo’s Zoo. Zoo ini agak bosan bagi aku & Tok Wan. Kami pada mulanya tidak berniat pun untuk masuk ke dalamnya. Tapi memandangkan Ustaz Mat sudah pun meletakkan keretanya di hadapan zoo tersebut, kami tiada pilihan lain. Terpaksalah kami mengikut Ustaz Mat masuk ke dalamnya. Aku sebenarnya kurang berminat untuk masuk ke dalam zoo tersebut kerana baunya yang tidak begitu enak. Namun, Ustaz Mat kelihatan gembira sahaja sewaktu berada di dalam zoo tersebut & ini telah memaksa aku menyembunyikan rasa ketidaksenangan aku. Hahaha.

Selepas hampir sejam kami menghabiskan masa di dalam zoo tersebut & setelah menunaikan solat Asar di sebuah surau yang terdapat di dalamnya, kami meneruskan perjalanan kami dengan menaiki kereta menuju ke tebing Sungai Nil. Kami akan menyusuri Sungai Nil dengan menaiki bot. Harga tambang tersangatlah murah. Namun, penyusuran kami tidaklah begitu lama. Hanya 15 minit sahaja. Namun, aku berasa puas kerana dapat menyusuri sungai yang merupakan sungai yang terpanjang di dunia. Bangga rasanya. Hahaha. Sewaktu menyusuri Sungai Nil ini, kami sempat bergambar berlatar belakangkan Cairo Tower yang merupakan sebuah menara televisyen yang terletak di atas sebuah pulau yang bernama Gezira yang terletak di tengah-tengah Sungai Nil. Menara ini mempunyai ketinggian 43 meter lebih tinggi daripada ketinggian Pyramid of Khufu. Cairo Tower ini siap dibina pada tahun 1961 & di atasnya terdapat sebuah restoran berputar. Dari atas menara ini, hampir seluruh kota Kaherah dapat diperhatikan.


Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Di atas bot menyusuri Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Di atas bot menyusuri Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Berlatar belakangkan Cairo Tower sewaktu menaiki bot menyusuri Sungai Nil, Kaherah, Mesir



Cairo Tower, Kaherah, Mesir

Selepas menaiki bot menyusuri Sungai Nil, aku & Tok Wan dibawa pula ke Masjid Al-Azhar, antara masjid yang paling agung dalam sejarah Islam di bumi Kaherah. Masjid ini siap dibina pada tahun 971 sewaktu Mesir di bawah pemerintahan kerajaan Fatimiyah. Masjid ini terletak berhampiran dengan Universiti Al-Azhar, salah sebuah universiti yang ternama dalam dunia Islam.


Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Selepas bergambar di dalam & di luar masjid yang terkenal & bersejarah ini, kami menuju pula ke Masjid Saidina Hussin yang terletak berdekatan dengan Masjid Al-Azhar. Masjid Saidina Hussin ini adalah antara masjid yang terpenting & tersuci dalam seluruh negara Mesir. Hanya orang-orang Islam sahaja dibenarkan masuk ke dalamnya.

Masjid yang baru ini siap dibina pada tahun 1870 sewaktu Kaherah berada di bawah pentadbiran wizurai Empayar Turki Uthmaniyah yang bernama Ismail Pasha. Ianya dibina di atas tapak sebuah masjid lama yang dibina pada awal kurun ke-12 sewaktu Mesir di bawah pemerintahan kerajaan Fatimiyah yang bermazhab Syi’ah. Masjid tersebut kemudiannya mengalami banyak pembaharuan selepas Kaherah berada di bawah pemerintahan kerajaan Ayyubiyah & seterusnya Turki Uthmaniyah.

Masjid Saidina Hussin ini sebenarnya menempatkan sebuah makam yang menyimpan kepala Saidina Hussin r.a, cucu kepada Rasulullah s.a.w yang dibawa ke sini dari Karbala, Iraq pada tahun 1153. Badannya pula masih kekal di Karbala, Iraq. Seperti yang kita semua maklumi, Saidina Hussin r.a telah terbunuh dalam Perang Karbala yang berlaku pada tahun 680 pada tarikh 10 Muharram. Disebabkan itulah, pada tarikh 10 Muharram setiap tahun, kawasan Masjid Saidina Hussin ini akan dipenuhi dengan penduduk-penduduk Kaherah terutamanya yang bermazhab Syi’ah bagi mengenangkan peristiwa pembunuhan Saidina Hussin r.a.


Masjid Saidina Hussin, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Saidina Hussin, Kaherah, Mesir



Makam yang menempatkan kepala Saidina Hussin r.a, Kaherah, Mesir

Selepas menghadiahkan Al-Fatihah kepada Saidina Hussin r.a, kami dibawa oleh Ustaz Mat kembali ke Rumah Perlis kerana hari sudah hampir senja. Kami akan berjumpa semula dengannya pada esok pagi untuk menyambung ekspedisi penerokaan kota Kaherah. Selepas solat Maghrib & Isyak, aku & Tok Wan pun terus melelapkan mata.

Hari 11: 11 OGOS 2006

Pada awal pagi hari ini, selepas bersarapan pagi, Ustaz Mat menjemput kami dengan keretanya di Rumah Perlis. Destinasi pertama kami pada hari ini adalah Qalaah Salahuddin Al-Ayyubi (Saladin Citadel) yang merupakan sebuah lagi tempat yang menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong di kota Kaherah. Kami tiba di citadel tersebut pada lebih kurang pukul 10.00 pagi. Untuk masuk ke dalamnya, kami perlu membeli tiket yang harganya tidaklah terlampau mahal.

Saladin Citadel yang terletak di atas puncak sebuah bukit yang bernama Muqattam Hill ini adalah sebuah kawasan yang merupakan bekas kubu pertahanan yang dibina oleh Salahuddin Al-Ayyubi antara tahun 1176 & 1183 untuk mempertahankan kota Kaherah daripada serangan tentera Salib. Kawasan ini juga merupakan pusat pentadbiran kota Kaherah & seluruh Mesir mulai dari tahun ianya siap dibina, iaitu pada tahun 1183 sehinggalah ke tahun 1860an apabila pemerintah Mesir pada waktu tersebut iaitu Ismail Pasha memindahkan pusat pentadbiran Mesir ke istana barunya iaitu Abdin Palace. Selepas kematian Salahuddin Al-Ayyubi, pentadbiran kubu pertahanan ini diambil alih pula oleh anak saudaranya iaitu al-Kamil yang telah melakukan operasi pembesaran kubu tersebut.

Selepas kejatuhan Mesir ke tangan pemerintah Mamluk pada tahun 1250, Saladin Citadel ini meneruskan fungsinya sebagai pusat pentadbiran Mesir. Pemerintah Mamluk yang bernama Baybars al-Bunduqdar telah membahagikan kawasan kubu ini kepada dua iaitu Kawasan Utara & Kawasan Selatan. Yang menjadi benteng pemisah antara kedua-duanya ialah sebuah tembok yang diberi nama Bab al-Qullah.

Seterusnya, kubu ini dikuasai pula oleh Empayar Turki Uthmaniyah selepas Mesir jatuh ke tangan empayar tersebut pada tahun 1517. Kebanyakan bangunan yang dapat dilihat di sini pada masa kini sebenarnya dibina sewaktu era Mesir di bawah jajahan Empayar Turki Uthmaniyah. Sewaktu Mesir berada di bawah pemerintahan wizurai Empayar Turki Uthmaniyah yang bernama Muhammad Ali Pasha, hampir kesemua bangunan-bangunan yang dibina sewaktu era pemerintahan Mamluk telah dimusnahkan kecuali hanya beberapa bangunan sahaja & salah satu daripadanya adalah Masjid An-Nasir Muhammad.

Kedudukan Saladin Citadel yang terletak di atas bukit ini menjadikan kawasannya berudara nyaman & hampir sebahagian daripada kota Kaherah dapat dilihat dari sini. Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i juga dapat dilihat dari sini.


Di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Pemandangan kota Kaherah dari Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Pemandangan Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i dari Saladin Citadel, Kaherah, Mesir

Di dalam Saladin Citadel ini, terdapat beberapa buah masjid & muzium yang cantik & menarik. Salah satu masjid yang terdapat di sini ialah Masjid Muhammad Ali Pasha yang siap dibina pada tahun 1848 sewaktu era pemerintahan Muhammad Ali Pasha. Senibina masjid ini adalah berpandukan senibina Turki Uthmaniyah & arkiteknya juga berasal dari Istanbul. Senibina luaran & dalaman masjid ini sememangnya sama seperti senibina masjid-masjid yang terdapat di Istanbul. Suasana dalaman masjid ini teramatlah menenangkan. Subhanallah. Makam Muhammad Ali Pasha terletak di dalam masjid tersebut. Pada akhir kurun ke-19, masjid ini telah mengalami beberapa kerosakan. Ianya kemudian diperbaik pulih pada tahun 1931 atas arahan Raja Mesir pada waktu itu yang bernama Fuad. Kerja baik pulih hanya berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 1939 sewaktu Mesir di bawah pemerintahan Raja yang bernama Farouk.


Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di perkarangan Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Makam Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Makam Muhammad Ali Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir

Sebuah lagi masjid yang terdapat di dalam Saladin Citadel ini ialah Masjid An-Nasir Muhammad yang terletak berhampiran dengan Masjid Muhammad Ali Pasha. Ianya mula dibina pada tahun 1318 & siap sepenuhnya pada tahun 1335. Masjid yang mempunyai kubah berwarna hijau ini dibina sewaktu Mesir di bawah pemerintahan pemerintah kerajaan Mamluk yang bernama An-Nasir Muhammad & masjid ini merupakan masjid yang paling penting di Kaherah pada waktu tersebut. Ianya adalah antara bangunan di Saladin Citadel yang tidak dimusnahkan oleh Muhammad Ali Pasha sewaktu beliau mulai berkuasa di Mesir. Senibina dalaman masjid ini tidak kurang menariknya & agak lain daripada yang lain.


Masjid An-Nasir Muhammad di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid An-Nasir Muhammad di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid An-Nasir Muhammad di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid An-Nasir Muhammad di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir

Masjid ketiga yang terdapat di sini ialah Masjid Suleyman Pasha yang dibina pada tahun 1528 & merupakan masjid pertama di Mesir yang mempunyai unsur senibina Turki Uthmaniyah. Ianya dibina untuk kemudahan tentera Turki Uthmaniyah pada waktu tersebut. Masjid ini dibina oleh pemerintah Mesir yang bernama Suleyman Pasha yang memerintah Mesir selepas kekalahan tentera Mamluk kepada tentera Turki Uthmaniyah.


Masjid Suleyman Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Suleyman Pasha di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir

Selepas melawat ketiga-tiga buah masjid tersebut, kami meneruskan perjalanan kami ke Military Museum iaitu muzium yang mempamerkan peralatan perang, pakaian seragam tentera & sebagainya. Bangunan ini pada mulanya dibina oleh Muhammad Ali Pasha pada tahun 1827 sebagai rumah kediaman pemerintah Mesir. Namun, pada tahun 1874, pemerintah Mesir yang bernama Ismail Pasha telah memindahkan rumah kediaman pemerintah Mesir ke istana yang baru dibina iaitu Abdin Palace. Sewaktu Perang Dunia II, bangunan ini dijadikan hospital tentera sewaktu penjajahan Inggeris di Mesir. Ia hanya dijadikan muzium tentera selepas kemerdekaan Mesir.


Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Ukiran-ukiran patung berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Ukiran patung Salahuddin Al-Ayyubi berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Ukiran patung Muhammad Ali Pasha berhampiran Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir



Di dalam Military Museum di dalam Saladin Citadel, Kaherah, Mesir

Setelah menghabiskan masa hampir 3 jam di dalam Saladin Citadel, kami pun terus mencari jalan keluar. Destinasi kami yang seterusnya ialah kompleks Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i. Kedua-dua masjid ini terletak bertentangan antara satu sama lain. Masjid Sultan Hassan adalah salah sebuah hasil peninggalan senibina kerajaan Mamluk yang termasyhur di bumi Kaherah. Masjid ini mulai dibina pada tahun 1356 di bawah arahan Sultan yang memerintah Mesir pada waktu itu iaitu Hassan. Masjid ini siap sepenuhnya pada tahun 1363. Pembinaan masjid ini turut dibiayai oleh wang & harta-harta hasil tinggalan penduduk-penduduk Kaherah yang terkorban dalam peristiwa ‘Black Death’ yang menimpa hampir seluruh dunia pada pertengahan kurun ke-14.

Tujuan masjid ini dibina adalah untuk dijadikan rumah ibadat & juga pusat ilmiah bagi umat-umat Islam keempat-empat mazhab iaitu Shafi’e, Maliki, Hanafi & Hanbali. Setiap mazhab mempunyai kawasan madrasah yang tersendiri di dalam masjid yang luas ini. Sultan Hassan sebenarnya telah dibunuh sewaktu masjid ini masih lagi dalam proses pembinaan & mayatnya tidak berjaya dijumpai. Makam yang terdapat di dalam masjid ini adalah makam kedua-dua puteranya yang pada mulanya dibina untuk menempatkan jenazahnya. Masjid ini sememangnya tersangat tinggi & besar. Senibina luarannya juga agak unik, begitu juga dengan senibina dalamannya.


Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i, Kaherah, Mesir



Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i, Kaherah, Mesir



Lorong di antara Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i, Kaherah, Mesir



Lorong di antara Masjid Sultan Hassan & Masjid Ar-Rifa'i, Kaherah, Mesir



Di pintu masuk Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di pintu masuk Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di pintu masuk Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di pintu masuk Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di pintu masuk Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Sultan Hassan, Kaherah, Mesir

Selepas melawat Masjid Sultan Hassan, kami melawat pula Masjid Ar-Rifa’i (Masjid Diraja) yang terletak bertentangan dengannya. Masjid Ar-Rifa'i ini sengaja dibina bertentangan dengan Masjid Sultan Hassan, bertujuan untuk bersaing dengan masjid tersebut dari sudut senibina. Masjid Ar-Rifa’i ini mulai dibina pada tahun 1869 di bawah arahan Khushyar Hanim, ibu kepada Ismail Pasha, bertujuan untuk memperbesarkan makam seorang ulamak yang bernama Ahmad Ar-Rifa’i & juga untuk menjadikan masjid ini sebagai tempat pengkebumian seluruh keluarganya. Walau bagaimanapun, pembinaan masjid ini tergendala sebentar pada tahun 1880 apabila Ismail Pasha yang memerintah Mesir pada waktu itu menuruni takhta & 5 tahun kemudian, ibunya, iaitu Khushyar Hanim pula meninggal dunia. Kerja-kerja pembinaan masjid ini hanya diteruskan pada tahun 1905 apabila Abbas Hilmi II menaiki takhta sebagai pemerintah Mesir. Tidak berapa lama selepas itu, masjid ini pun siap sepenuhnya. Senibina masjid ini juga tidak kurang hebatnya berbanding Masjid Sultan Hassan. Namun, pada pendapat aku, Masjid Sultan Hassan adalah lebih anggun & lebih menarik.


Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir

Di dalam Masjid Ar-Rifa'i ini terdapat beberapa buah makam. Antaranya ialah makam-makam ulamak yang terkenal iaitu Ahmad Ar-Rifa’i, Ali Abi Shubbak & Yahya al-Ansari. Makam Khushyar Hanim & anaknya, Ismail Pasha juga ditempatkan di dalam masjid ini. Begitu juga dengan makam-makam pemerintah Mesir yang lain seperti Raja Farouk. Selain itu, makam Shah terakhir Iran, iaitu Mohammad Reza Pahlavi juga ditempatkan di sini. Shah Iran yang terakhir tersebut telah melarikan diri dari Iran ke Kaherah sewaktu berlakunya Revolusi Islam di Iran pada tahun 1979 & setahun selepas itu, beliau meninggal dunia di sini.


Sebuah makam di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Sebuah makam di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Sebuah makam di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Sebuah makam di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Sebuah makam di dalam Masjid Ar-Rifa’i, Kaherah, Mesir



Mohammad Reza Pahlavi

Selepas melawat kedua-dua buah masjid tersebut, kami bertiga terus menuju ke Rumah Malaysia Abbasiyah untuk makan tengah hari & solat Zohor. Kemudian, kami dibawa pula oleh Ustaz Mat ke Masjid Amr ibn al-A’as. Kami sebenarnya sudah pernah datang ke masjid ini sebelum ini. Namun, tidak salah sekiranya kami ingin menjejakkan kaki di masjid yang bersejarah ini sekali lagi. Kami berehat-rehat sebentar di dalam masjid ini sementara menunggu masuknya waktu solat Asar. Apabila sudah masuk waktu solat Asar, kami pun menunaikan solat berjemaah dengan jemaah-jemaah lain di dalam masjid tersebut. Kemudian, Ustaz Mat pun membawa kami pulang semula ke Rumah Perlis. Kami akan berjumpa dengannya esok hari untuk menyambung ekspedisi kami. Selepas makan & solat, aku & Tok Wan pun terus melelapkan mata kepenatan.

Hari 12: 12 OGOS 2006

Pada awal pagi hari ini, aku & Tok Wan dibawa oleh Ustaz Mat ke Damietta pula, iaitu sebuah bandar pelabuhan kecil yang terletak di bahagian utara negara Mesir, di pinggiran Laut Mediterranean. Perjalanan ke sana dengan menaiki kereta mengambil masa hampir 2 jam lamanya. Ustaz Arif turut ikut bersama ke Damietta kerana menurutnya, dia belum pernah lagi menjejakkan kaki di bandar tersebut. Bandar Damietta atau nama tempatannya Dumyat ini terletak di kawasan delta Sungai Nil, iaitu di titik pertemuan Sungai Nil & Laut Mediterranean. Sewaktu era pemerintahan kerajaan Mesir Purba, Damietta merupakan sebuah bandar pelabuhan yang penting. Namun, kepentingannya kian menurun selepas era pemerintahan Greek, iaitu selepas penubuhan bandar Alexandria.

Walau bagaimanapun, Damietta kembali menjadi penting pada kurun ke-12 & ke-13. Pada tahun 1169, bandar ini menjadi rebutan antara kerajaan Islam yang dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayyubi & kerajaan Kristian di Jerusalem dalam peristiwa Perang Salib. Kerajaan Kristian yang terlibat turut dibantu oleh Empayar Byzantine. Kedudukan Damietta yang strategik iaitu di delta Sungai Nil menyebabkannya menjadi rebutan antara kedua-dua buah kerajaan tersebut. Sesiapa yang berjaya menawan Damietta bermakna dia akan dapat mengawal laluan sepanjang Sungai Nil & secara tidak langsung akan berkuasa di seluruh tanah Mesir.

Kerajaan Kristian telah berjaya menawan Damietta sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1219 dalam Perang Salib ke-5 & pada tahun 1249 dalam Perang Salib ke-7. Namun kejayaan mereka tidak kekal begitu lama. Damietta berjaya ditawan semula oleh kerajaan Islam. Pada tahun 1517, Empayar Turki Uthmaniyah berjaya menguasai Damietta. Pelbagai kerja-kerja pembaikan dilakukan di bandar ini mulai tahun tersebut & ianya kembali menjadi bandar pelabuhan yang penting di Mesir. Walau bagaimanapun, selepas penyiapan Terusan Suez pada tahun 1869 & perkembangan bandar Port Said yang terletak berdekatan dengan terusan tersebut, populariti Damietta semakin berkurang.


Kedudukan Damietta dalam negara Mesir

Kami berempat tiba di Damietta pada waktu tengah hari. Sesampainya kami di sini, Ustaz Mat & Ustaz Arif membawa aku & Tok Wan ke pasar untuk membeli ikan. Ikan-ikan yang dibeli kemudiannya dihantar ke sebuah kedai lain untuk dibakar. Kami akan berkelah di tepi pantai. Ikan-ikan yang dibakar tersebut dibungkus sekali dengan nasi & juga beberapa jenis sayur-sayuran. Selepas selesai membayar, kami pun berjalan kaki menuju ke tepi pantai. Ramai betul manusia di tepi pantai tersebut. Mujurlah masih terdapat sebuah pondok kecil yang masih kosong. Kami terus bergegas ke pondok tersebut. Kemudian, kami pun membentangkan kertas surat khabar untuk dijadikan alas makanan kami. Kami berempat makan dengan penuh selera makanan-makanan yang kami beli iaitu nasi berlaukkan ikan bakar & sayur-sayuran. Enak sekali.


Berkelah di pantai Damietta, Mesir



Berkelah di pantai Damietta, Mesir



Di pantai Damietta, Mesir

Selepas makan, kami berjalan-jalan sebentar di tepi pantai tersebut. Keadaan di sini agak sesak memandangkan terlampau ramai manusia. Kami hanya menghabiskan masa kami selama lebih kurang 15 minit sahaja di sini sebelum kami bertolak menuju ke destinasi kami yang seterusnya, iaitu sebuah kawasan rumah api yang terletak tidak berapa jauh dari pantai di mana kami berkelah. Di kawasan rumah api tersebut terdapat sebuah tugu yang terukir sepotong ayat Al-Quran seperti di bawah:

‘Ia biarkan air dua laut (yang masin & yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya.’ (Surah Ar-Rahman: Ayat 19-20)


Titik pertemuan Sungai Nil & Laut Mediterranean di Damietta, Mesir



Berlatar belakangkan Laut Mediterranean di Damietta, Mesir



Rumah api di Damietta, Mesir



Sebuah tugu di kawasan rumah api di Damietta, Mesir

Ayat-ayat Al-Quran tersebut sesuai dengan kedudukan rumah api tersebut yang terletak di delta Sungai Nil, titik pertemuan antara air Sungai Nil & Laut Mediterranean. Setelah bergambar di kawasan rumah api tersebut, kami bergerak menuju ke sebuah masjid di bandar Damietta untuk menunaikan solat jamak Zohor & Asar. Setelah solat, kami pun beransur pulang ke Kaherah. Kami tiba di Kaherah pada lewat petang, sebelum masuknya waktu Maghrib. Trip kami pada hari ini agak pendek, namun aku tetap berpuas hati.

Hari 13: 13 OGOS 2006

Selepas bersarapan pagi pada hari ini, kami dibawa oleh Ustaz Mat ke sebuah pusat penjualan kristal. Nama pusat tersebut ialah Asfour Cystal. Pusat penjualan kristal yang bertaraf dunia ini telah ditubuhkan pada tahun 1961 & mengeluarkan beribu-ribu barangan kristal setiap tahun. Bangunannya terletak agak jauh dari pusat bandar Kaherah. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih daripada sejam.

Sesampainya aku & Tok Wan di sini, kami menjadi rambang mata. Segala-galanya kelihatan cantik & bersinar-sinar. Harga-harganya juga agak berpatutan. Aku membeli beberapa barangan kristal yang tidak terlampau mahal untuk diri aku & juga untuk mak & abah. Hampir 70 Euro aku habiskan untuk berbelanja di sini. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam di dalam bangunan Asfour Crystal tersebut.


Bangunan Asfour Crystal, Kaherah, Mesir



Di dalam bangunan Asfour Crystal, Kaherah, Mesir



Di dalam bangunan Asfour Crystal, Kaherah, Mesir

Setelah selesai membayar, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya, iaitu Syajarah Maryam yang membawa maksud Pohon Maryam. Dalam sejarahnya, ketika Maryam melahirkan Nabi Isa a.s, Allah s.w.t telah memerintahkannya untuk membawa puteranya itu lari & keluar dari Palestin untuk menghindari penganiayaan dan kezaliman Raja Herod & juga celaan masyarakat Bani Israel pada waktu itu. Tempat terdekat dan aman selama pelariannya itu adalah Mesir. Dan pohon yang terdapat di sini dikatakan menjadi tempat berteduh Maryam & puteranya ketika mereka tiba di Mesir. Disebabkan itulah, pohon tersebut dikenali dengan nama Pohon Maryam (Syajarah Maryam). Pohon tersebut masih hidup & sudah mencapai usia 3 generasi. Rupa pohon tersebut kelihatan agak aneh bagi aku. Di kawasan ini jugalah Allah s.w.t dikatakan telah mengeluarkan mata air sebagai tempat minum & mandi Maryam dan Nabi Isa a.s. Telaga mata air tersebut masih wujud sehingga kini.


Syajarah Maryam, Kaherah, Mesir



Syajarah Maryam, Kaherah, Mesir



Telaga Maryam, Kaherah, Mesir

Setelah bergambar dengan Syajarah Maryam & telaganya, kami meneruskan perjalanan kami ke Masjid Saidina Hussin untuk menunaikan solat jamak Zohor & Asar. Selepas itu, kami ke Universiti Al-Azhar untuk bergambar. Terletak di kawasan Midan Al-Hussin, Universiti Al-Azhar adalah universiti yang paling terulung di Mesir & dalam dunia Islam. Ianya juga merupakan salah satu universiti yang paling berprestij di seluruh dunia. Ia terkenal sebagai universiti yang menghasilkan para ilmuan yang bukan sahaja mahir dalam ilmu kepakaran duniawi, malah turut arif dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama Islam. Universiti ini mula ditubuhkan pada tahun 970 & merupakan universiti yang ke-2 tertua di dunia selepas Universiti Al-Karaouine di Fez, Morocco.

Universiti Al-Azhar diasaskan oleh kerajaan Fatimiyyah yang berfahaman Syi’ah. Namun, ia akhirnya ditukar menjadi pusat pengajian penganut-penganut Islam yang berfahaman Sunnah. Terdapat pelbagai fakulti ditawarkan di universiti ini, daripada fakulti-fakulti yang berkaitan dengan agama Islam seperti Bahasa Arab, Syari’ah & Usuluddin sehinggalah ke fakulti-fakulti yang berkaitan dengan duniawi seperti perubatan, kejuruteraan, pertanian & banyak lagi. Kos pembelajaran & penginapan adalah percuma kepada masyarakat Islam di seluruh dunia.


Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Di dalam kawasan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Di dalam kawasan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir



Di dalam kawasan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Seterusnya, kami bertiga berjalan ke Khan Al-Khalili yang juga terletak di kawasan Midan Al-Hussin. Khan Al-Khalili adalah bazaar yang terbesar di Timur Tengah yang mempunyai beribu-ribu buah gerai & kedai yang menjual bermacam-macam jenis barang seperti emas, perak, tembaga, rempah-ratus, barangan kraftangan tempatan & juga barangan cenderamata. Ianya diasaskan pada tahun 1382 oleh Garkas Al-Khalili, salah seorang pembesar Sultan Barquq.

Untuk membeli-belah di Khan Al-Khalili, pelancong-pelancong perlu fasih bertutur dalam Bahasa Arab untuk proses tawar-menawar. Jikalau tidak, pelancong-pelancong mungkin akan ditipu dengan harga yang lebih mahal daripada harga sebenar. Aku & Tok Wan bernasib baik kerana kami ada bersama-sama dengan Ustaz Mat yang hebat bertutur dalam Bahasa Arab. Dialah yang membantu kami mendapatkan harga-harga barang yang murah. Aku & Tok Wan membeli beberapa barangan cenderamata untuk dibawa pulang ke Ireland, termasuklah minyak atar yang agak harum baunya. Setelah selesai membeli-belah, kami meneruskan perjalanan pulang ke Rumah Perlis. Hari sudah pun hampir senja. Kami akan meneruskan perjalanan kami esok.


Khan Al-Khalili, Kaherah, Mesir

Hari 14: 14 OGOS 2006

Awal-awal pagi lagi, aku, Tok Wan & Ustaz Mat bergerak menuju ke destinasi kami pada hari ini iaitu bandar Faiyum, yang terletak tidak berapa jauh dari bandar Kaherah. Perjalanan ke Faiyum dari Kaherah dengan menaiki kereta mengambil masa lebih kurang 1½ jam. Faiyum adalah kawasan yang subur & merupakan oasis yang terbesar di bumi Mesir. Pelbagai jenis perusahaan pertanian dikerjakan di sini. Tujuan utama kami ke Faiyum adalah untuk melihat dengan mata sendiri Tasik Qarun yang amat terkenal di sini. Keluasan tasik ini adalah 214 kilometer persegi dengan kedalaman sedalam 8 meter.

Menurut kisah penduduk tempatan, di tasik inilah wujudnya kota Qarun yang telah ditenggelamkan oleh Allah s.w.t beribu-ribu tahun yang lalu. Qarun sebenarnya adalah salah seorang daripada kaum Nabi Musa a.s & Allah s.w.t telah mengurniakan kekayaan yang tidak terhingga kepadanya. Kekayaannya melimpah ruah sehingga membolehkannya membina kotanya sendiri. Walau bagaimanapun, Qarun akhirnya menjadi tamak, bongkak & kedekut. Dia lupa bahawa nikmat yang diperolehinya adalah daripada Allah s.w.t. Disebabkan keegoannya, Allah s.w.t akhirnya menenggelamkan segala kekayaannya & terbentuklah Tasik Qarun seperti yang kita dapat lihat pada hari ini. Sesetengah penduduk tempatan percaya bahawa harta-harta Qarun masih lagi tersembunyi di dasar tasik berkenaan. Wallahu ‘alam. Kisah tentang Qarun & harta-hartanya ada disebut di dalam Al-Quran:

'Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya, "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu). Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."

Qarun menjawab (dengan sombongnya), "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku." (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia, "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik." Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka), "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar."

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri. Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun mulai sedar sambil berkata, "Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, dan Dialah juga yang menyempitkannya; kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"' (Surah Al-Qasas: Ayat 76-82)


Setibanya kami bertiga di Tasik Qarun, kami mengambil kesempatan untuk menaiki sampan ke tengah-tengah tasik tersebut. Sampan itu didayung oleh seorang penduduk tempatan. Bayarannya amat murah.


Dalam perjalanan ke Faiyum, Mesir



Tasik Qarun, Faiyum, Mesir



Tasik Qarun, Faiyum, Mesir



Tasik Qarun, Faiyum, Mesir



Tasik Qarun, Faiyum, Mesir

Selepas puas bergambar & mengambil pengajaran daripada kisah Qarun, kami bertiga bergerak menuju ke pusat bandar Faiyum. Ustaz Mat membawa kami ke sebuah kawasan di mana terdapat mata air semulajadi. Kandungan mata air tersebut kaya dengan zat-zat nutrien yang amat baik untuk kesihatan manusia. Berhampiran dengan mata air tersebut terdapat gerai-gerai menjual buah mangga. Ustaz Mat membeli beberapa kilogram buah mangga untuk dibawa pulang ke Kaherah. Harga buah-buah mangga tersebut murah-murah belaka.


Mata air semulajadi di Faiyum, Mesir



Mata air semulajadi di Faiyum, Mesir

Selepas itu, kami dibawa pula ke kincir air yang terdapat di pusat bandar Faiyum. Teknologi kincir air sebenarnya sudah lama wujud di bumi Mesir sejak beribu-ribu tahun dahulu & ianya masih lagi digunakan sehingga kini. Selepas bergambar dengan kincir air tersebut, kami bertiga pun terus pulang ke Kaherah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1½ jam. Sesampainya kami di Kaherah, kami makan tengah hari di sebuah restoran makanan segera. Selepas itu, kami pun pulang semula ke Rumah Perlis. Trip kami pada hari ini agak singkat, namun penuh dengan kepuasan. Acab, Johan & Ahmad sudah pun kembali ke Kaherah selepas beberapa hari mereka bertiga mengembara di negara Jordan.


Kincir air di Faiyum, Mesir



Kincir air di Faiyum, Mesir

Hari 15: 15 OGOS 2006

Hari ini adalah hari terakhir aku di Mesir sebelum aku pulang ke Dublin pada awal pagi esoknya. Destinasi pertama aku & Tok Wan pada hari ini ialah Makam Anwar Sadat. Beliau adalah Presiden Mesir yang ke-3 yang berkuasa di Mesir dari tahun 1970 sehingga tahun 1981. Beliau adalah antara nama yang paling agung dalam sejarah Mesir moden. Anwar Sadat telah menyertai revolusi pada tahun 1952 untuk menggulingkan Raja Mesir pada waktu itu iaitu Raja Farouk I. Pada tahun 1964, sewaktu Mesir di bawah pemerintahan Presiden yang bernama Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat telah dilantik sebagai Timbalan Presiden. Akhirnya, selepas kematian Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat pun dilantik sebagai Presiden Mesir pada tahun 1970. Sewaktu di bawah pemerintahan Anwar Sadatlah berlakunya peperangan antara Mesir & Israel, iaitu Perang Oktober yang berlaku pada tahun 1973. Walau bagaimanapun, Anwar Sadat akhirnya telah menandatangani perjanjian pendamaian antara Mesir & Israel.

Pada tarikh 6 Oktober 1981, sewaktu perarakan ulangtahun perayaan 6 Oktober di Kaherah, Anwar Sadat telah dibunuh oleh seorang pembunuh upahan. Pembunuhan tersebut telah dirancang oleh pertubuhan Egyptian Islamic Jihad yang membantah tindakan Anwar Sadat berdamai dengan negara Israel. Selepas kematian Anwar Sadat, pucuk kepimpinan Mesir diambil alih oleh Hosni Mubarak. Selepas menziarahi makam Anwar Sadat, kami bergambar pula di hadapan cawangan Universiti Al-Azhar yang terletak tidak jauh dari makam tersebut. Bangunan-bangunan di situ kelihatan baru, tidak seperti di Midan Al-Hussin.


Anwar Sadat



Makam Anwar Sadat, Kaherah, Mesir



Makam Anwar Sadat, Kaherah, Mesir



Makam Anwar Sadat, Kaherah, Mesir



Cawangan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

Kemudian, kami dibawa pula oleh Ustaz Mat ke Egyptian Museum, muzium yang mempamerkan khazanah-khazanah Mesir Purba yang paling berharga di seluruh dunia. Untuk masuk ke dalam muzium ini, kami perlu membeli tiket yang harganya tidaklah semahal mana. Ustaz Mat tidak masuk bersama. Hanya aku & Tok Wan sahaja yang masuk ke dalam muzium ini. Pelawat-pelawat tidak dibenarkan membawa kamera masuk ke dalam muzium tersebut. Oleh itu, kami meminta Ustaz Mat untuk menjaga kamera-kamera kami.


Egyptian Museum, Kaherah, Mesir



Di hadapan Egyptian Museum, Kaherah, Mesir

Lebih daripada 200,000 buah khazanah berharga Mesir Purba dipamerkan di sini. Muzium yang pertama di Mesir telah diasaskan oleh seorang warganegara Perancis yang bernama Auguste Mariette pada tahun 1863. Muzium tersebut kemudiannya semakin diperbesarkan & akhirnya ia terpaksa dipindahkan ke lokasi sekarang pada tahun 1902. Pelbagai khazanah Mesir Purba dapat kami lihat di dalam muzium ini. Tidak terkira banyaknya. Khazanah Mesir Purba yang paling berharga di dalam muzium ini ialah khazanah-khazanah yang diperolehi dari makam Firaun yang bernama Tutankhamun yang terletak di Valley of the Kings di bandar Luxor, Mesir. Khazanah-khazanah tersebut digali pada tahun 1923 & kemudiannya dibawa ke muzium ini untuk dipamerkan di bahagian Tutankhamun Galleries. Khazanah-khazanah yang terdapat di Tutankhamun Galleries ini amat bernilai sekali. Yang paling mengagumkan ialah topeng mumia Tutankhamun yang diperbuat daripada emas tulen. Begitu juga dengan kerandanya. Kagum sekali kami melihatnya.


Topeng mumia Tutankhamun di Tutankhamun Galleries di dalam Egyptian Museum, Kaherah, Mesir



Keranda Tutankhamun di Tutankhamun Galleries di dalam Egyptian Museum, Kaherah, Mesir

Kami kemudiannya masuk pula ke dalam Royal Mummy Room. Pelawat-pelawat perlu membeli tiket lain untuk masuk ke dalamnya. Harganya tidaklah terlampau mahal. Di dalam bilik tersebut terkandung mumia-mumia Firaun yang masyhur seperti Tuthmosis II, Seti I & juga Ramses II yang merupakan Firaun yang bermusuhan dengan Nabi Musa a.s. Mumia-mumia tersebut masih lagi utuh & tidak reput walaupun usia mumia-mumia itu sudah pun menjangkau lebih 3,000 tahun. MasyaAllah. Begitu hebat sekali ilmu pengawetan mayat masyarakat zaman Mesir Purba. Aku & Tok Wan berasa sangat beruntung kerana dapat melihat mumia-mumia tersebut dengan mata kami sendiri. Yang paling membanggakan ialah kami dapat melihat sendiri rupa Ramses II, Firaun yang menjadi musuh Nabi Musa a.s.


Royal Mummy Room di dalam Egyptian Museum, Kaherah, Mesir



Royal Mummy Room di dalam Egyptian Museum, Kaherah, Mesir



Mumia Ramses II di Royal Mummy Room di dalam Egyptian Museum, Kaherah, Mesir

Selepas menghabiskan masa lebih 2 jam di dalam Egyptian Museum, kami ke Khan Al-Khalili sekali lagi untuk membeli-belah buat kali terakhir. Selepas itu, barulah kami kembali ke Rumah Perlis. Memandangkan trip kami sudah pun tamat secara rasminya pada hari ini, kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ustaz Mat yang telah menjadi pemandu pelancong kami sepanjang kami berada di bumi Mesir. Jasa beliau akan kami kenang sampai bila-bila. Kami juga turut dikunjungi oleh Ustaz Arif pada waktu petang hari ini. Beliau menghadiahkan kami masing-masing sebotol minyak atar. Kami turut mengucapkan terima kasih kepadanya kerana merancang jadual perjalanan kami di bumi Mesir. InsyaAllah, kami akan mempromosikan agensi pelancongan beliau di Ireland nanti. Kami yakin, ramai lagi pelajar Malaysia di Ireland yang berminat untuk ke Mesir.

Pada waktu malamnya, aku, Tok Wan, Yeop, Acab, Johan & Ahmad dijemput oleh seorang ustaz yang bernama Fauzi untuk ke rumahnya. Kami berenam berjalan kaki ke sana. Rumahnya tidaklah terlampau jauh dari Rumah Perlis. Ustaz Fauzi ini sebenarnya sering berkunjung ke Dublin setiap tahun untuk menjadi penceramah utama dalam program Deen Intensive Dublin (DID) yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI) pada bulan May & June setiap tahun.

Di rumahnya, kami dijamu dengan nasi ayam yang dimasak oleh isterinya. Boleh tahan sedapnya. Selepas makan & berbual panjang, kami berlima pun beransur pulang. Aku, Yeop & Tok Wan berjalan kaki ke Rumah Perlis, sementara Acab, Johan & Ahmad menaiki teksi ke Rumah Malaysia Abbasiyah. Aku perlu mengemas barang-barang aku kerana aku akan bertolak ke Lapangan Terbang Kaherah pada pukul 12.00 tengah malam nanti. Penerbangan Malev Hungarian Airlines ke Budapest akan bertolak pada pukul 4.15 pagi ini. Acab & Ahmad juga akan meninggalkan Kaherah pada awal pagi ini. Kami akan berjumpa di Rumah Malaysia Abbasiyah untuk bersama-sama menuju ke lapangan terbang. Kami meminta pertolongan Ustaz Mat untuk membawa kami ke lapangan terbang.


Di rumah Ustaz Fauzi di Kaherah, Mesir

Setelah semuanya sudah siap, aku pun mengambil beberapa keping gambar di dalam bilik tumpangan kami di Rumah Perlis ini untuk dijadikan kenangan. Aku juga mengambil sekeping gambar bersama Ustaz Nazim, penjaga Rumah Perlis yang banyak berjasa kepada aku & Tok Wan sepanjang kami menumpang di Rumah Perlis. Selepas bergambar, aku pun membawa beg-beg aku ke luar Rumah Perlis untuk menunggu Ustaz Mat. Tidak berapa lama selepas itu, Ustaz Mat pun tiba. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Tok Wan. Dia akan pulang ke Dublin dalam jangka masa 2 hari lagi. Dia akan pulang bersama-sama Johan. Aku juga mengucapkan selamat tinggal kepada Ustaz Nazim. Begitu juga dengan penghuni-penghuni Rumah Perlis yang lain. Aku sudah pastinya akan merindui mereka semua. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada mereka semua, aku & Ustaz Mat pun bergerak ke Rumah Malaysia Abbasiyah untuk mengambil Acab & Ahmad pula. Sesampainya kami di situ, aku berjumpa dengan beberapa penghuni Rumah Malaysia Abbasiyah seperti Faizal & Faisal yang turut banyak membantu kami sepanjang kami berada di bumi Kaherah. Jasa-jasa mereka akan sentiasa aku kenang. Selepas mengucapkan selamat tinggal, kami berempat pun terus menuju ke Lapangan Terbang Kaherah.


Di dalam bilik tumpangan di Rumah Perlis, Kaherah, Mesir



Di dalam bilik tumpangan di Rumah Perlis, Kaherah, Mesir



Bersama dengan Ustaz Nazim di Rumah Perlis, Kaherah, Mesir

Hari 16 (Akhir): 16 OGOS 2006

Sesampainya kami di lapangan terbang tersebut, Ustaz Mat meninggalkan aku & Ahmad di Terminal 1 di mana penerbangan kami akan berlepas. Sementara penerbangan Acab akan berlepas di Terminal 3. Aku sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Mat. Selepas itu, aku & Ahmad pun terus berjalan masuk ke Terminal 1. Sewaktu kami berjalan seiringan, Ahmad tiba-tiba memberitahu aku bahawa dia bukanlah hendak pulang ke Dublin, tetapi dia hendak ke Khartoum, Sudan untuk berjumpa dengan ayahnya. Ya Allah. Aku benar-benar terkejut. Aku fikirkan dia akan pulang ke Dublin pada malam ini. Di dalam terminal tersebut, kami pun berpisah menuju ke kaunter pendaftaran masuk masing-masing. InsyaAllah kami akan berjumpa semula di Dublin nanti. Selepas mendaftar masuk, aku pun menunggu masa untuk dipanggil masuk ke dalam pesawat. Beberapa lama selepas menunggu, akhirnya penumpang-penumpang pun mulai dibenarkan masuk. Penerbangan Malev Hungarian Airlines ke Budapest itu berlepas pada pukul 4.15 pagi. Perjalanan ke Budapest mengambil masa lebih kurang 3¼ jam.

Setibanya aku di Lapangan Terbang Budapest Ferihegy lebih kurang pada pukul 6.30 pagi, aku perlu menunggu 12½ jam lagi untuk menaiki penerbangan Malev Hungarian Airlines ke Dublin. Aku menghabiskan masa di lapangan terbang tersebut dengan membaca buku 'Angels & Demons' yang aku beli di sini. Selepas 12½ jam menunggu, akhirnya, tamatlah penantian aku. Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Budapest Ferihegy pada pukul 7.00 petang. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam lamanya. Aku tiba di Lapangan Terbang Dublin lebih kurang pukul 9.00 malam. Alhamdulillah. Aku akhirnya selamat tiba di Dublin semula.

Pengalaman selama hampir 16 hari di bumi Mesir ini tersangatlah berharga bagi diri aku. Inilah pengalaman pertama aku menjejakkan kaki di rantau Timur Tengah di mana hampir kesemua penduduknya bertutur dalam Bahasa Arab. Walaupun orang-orangnya agak kasar, namun mereka tetap baik hati & menghormati pelancong-pelancong Islam dari negara lain. Khazanah-khazanah & senibina-senibina yang terdapat di bumi Mesir dari zaman Mesir Purba, ke zaman Islam, sehinggalah ke zaman moden juga tersangatlah unik & lain daripada apa yang pernah aku lihat sebelum ini. Mesir sememangnya bumi yang kaya. InsyaAllah, aku akan ke sini lagi suatu hari nanti untuk menerokai lebih banyak lagi khazanah-khazanah yang terdapat di sini.

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP