SuMMeR aka WiNTeR iN DoWN uNDeR (BHG VII)

>> Thursday, February 09, 2006



Esoknye, barulah kiteorg mulekan penjelajahan bandar Sydney. Azhar menjadi tourist guide kiteorg sepanjang kiteorg kat sini. Die dah plan semuenye. So, kiteorg just ikut je die. Heh. Thanx Azhar!! Sydney yg terletak di bhg tenggara Australia sama spt Melbourne turut mengalami iklim 4 musim. Tapi ianya takde la sesejuk Melbourne sewaktu Winter. Mungkin disebabkan kedudukannye di utara sedikit berbanding Melbourne. Sydney yg terletak di pinggir Laut Tasman yg bersambung dgn Lautan Pasifik adalah ibu negeri New South Wales yg merupakan negeri pertama yg dijumpai & dibangunkan oleh British. Sydney adalah bandar yg terbesar & terpenting di Australia. Ianya pernah diberi kepercayaan utk menjadi tuan rumah Sukan Olympic baru2 ini iaitu pd thn 2000.

Sukan Olympic 2000 di Sydney, Australia
Sukan Olympic 2000 di Sydney, Australia

Sebelum kiteorg keluar menjelajahi kota Sydney, kiteorg jumpe Kak Nani dulu, pegawai yg menguruskan Msia Hall Sydney. Kiteorg bayarkan duit sewa kat die. Kecoh gile akak tu. Peramah. Hehe. Kiteorg travel around Sydney dgn jln kaki & bus. Tempat pertama yg kiteorg pergi ialah Sydney Tower yg merupakan menara yg tertinggi di Sydney & jugak di Hemisfera Selatan. Name lamenye ialah AMP Tower. Ianya siap dibina sepenuhnye pd thn 1981. Ketinggiannye ialah 305m. Kiteorg ambik pakej Oz Trek + Tower. Oz Trek adalah virtual adventure yg memberikan maklumat2 mengenai Australia dari aspek landscape, sejarah, infrastructure & sebagainye. Ianya dibawa menerusi 180 darjah skrin & banyak special effects. Menarik gile. Lepas Oz Trek, kiteorg naik lif utk ke puncak Sydney Tower. Dari atas tu, kiteorg dpt lihat pemandangan seluruh bandar Sydney.

Sydney Tower, Sydney, Australia
Sydney Tower, Sydney, Australia


Pakej Oz Trek + Tower di Sydney Tower, Sydney, Australia
Pakej Oz Trek + Tower di Sydney Tower, Sydney, Australia


Pemandangan Sydney dari atas Sydney Tower, Sydney, Australia
Pemandangan Sydney dari atas Sydney Tower, Sydney, Australia


Di Atas Sydney Tower, Sydney, Australia
Di Atas Sydney Tower, Sydney, Australia

Bile dah puas, kiteorg turun ke bawah semule & teruskan perjalanan ke area Circular Quay. Circular Quay yg terletak di Sydney Cove (Teluk Sydney) merupakan ‘birthplace of Australia’. Di sinilah org2 British mula menjejakkan kaki di bumi Australia pd thn 1788. On the way ke situ, kiteorg lalu & bergambar kat depan Museum of Sydney yg mempamerkan kehidupan penduduk org Asli (aborigines) & sejarah Sydney sejak pembukaannye sampailah sekarang. Ianya jugak merupakan kediaman & office kpd 9 Gabenor Sydney dari tahun 1788 hingga 1846. Lepas bergambar kat situ, kiteorg teruskan perjalanan kiteorg. Akhirnye, kiteorg pun sampai kat Circular Quay di mane terletaknye Sydney Opera House & jugak Sydney Harbour Bridge. Sydney Opera House yg terkenal di seluruh dunia tu adalah mercu tanda nombor satu Sydney. Pelbagai persembahan simfoni, choral & concerts diadakan di sini. Siti Nurhaliza pun ada mengatakan yg beliau berminat utk mengadakan concert kat sini selepas kejayaan concertnya di Royal Albert Hall, London. Architecture bumbung2 Sydney Opera House yg berbentuk bulan sabit yg direka oleh John Coburn ini sgt2 menakjubkan. Lawa giler. Bangge jugak la sbb kiteorg dah sampai tempat ni. Heheh.

Circular Quay, Sydney, Australia
Circular Quay, Sydney, Australia


Museum of Sydney, Sydney, Australia
Museum of Sydney, Sydney, Australia


Opera House, Sydney, Australia
Opera House, Sydney, Australia


Opera House, Sydney, Australia
Opera House, Sydney, Australia

Harbour Bridge terletak berhampiran dgn Opera House. Ianya jugak merupakan antara mercu tanda terpenting di Sydney. Harbour Bridge yg direka oleh Dr John Bradfield ni siap dibina pd thn 1932 sewaktu kemelesetan ekonomi dunia & sewaktu kebangkitan era kejuruteraan. Ianya mengambil masa 8 thn utk dibina & menghubungkan city centre di bhg selatan dgn kawasan kediaman di bhg utara yg sebelum ini hanya dihubungkan oleh perkhidmatan ferry. Beribu2 org telah pun berjaya menaiki jambatan ini hingga ke puncaknye. Kiteorg teringin jugak nak naik, tapi harga tiketnye mahal gile. AU$200 sorang. Huhuhu. Selain Sydney Opera House & Sydney Harbour Bridge, skyline bangunan2 Sydney jugak boleh dilihat dari area Circular Quay ni & ianya sgtlah mengagumkan. Bandar Sydney ni sememangnye sgt moden & bangunannye tinggi2 belake. Since kiteorg dah sampai ke Opera House ni, kiteorg pun bergambar la sepuas2nye. Then, kiteorg masuk ke dlmnye pulak.

Harbour Bridge, Sydney, Australia
Harbour Bridge, Sydney, Australia


Harbour Bridge, Sydney, Australia
Harbour Bridge, Sydney, Australia


Skyline Bangunan2 di Circular Quay, Sydney, Australia
Skyline Bangunan2 di Circular Quay, Sydney, Australia


Opera House, Sydney, Australia
Opera House, Sydney, Australia


Dalam Opera House, Sydney, Australia
Dalam Opera House, Sydney, Australia

Bersambung...

2 buah komen:

Dwain Saturday, December 17, 2011 at 7:47:00 PM GMT+8  

This will not have effect as a matter of fact, that's what I suppose.
legal issues | how to sell home | Aruba map

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP