SuMMeR aka WiNTeR iN DoWN uNDeR (BHG IX)

>> Saturday, February 18, 2006



Esoknye, kiteorg naik train ke Katoomba, sebuah bandar kecik kat atas Blue Mountains. Kiteorg ditemani oleh 2 org girls dari Adelaide. Sorang tu senior, sorang lagi sebaye dgn kiteorg. Yg senior tu mmg dah arif pasal Blue Mountains, so die jadi tourist guide kiteorg. Hehe. Blue Mountains terletak di bhg utara New South Wales & agak jauh dari Sydney. Blue Mountains National Park yg turut tersenarai dlm UNESCO’s World Heritage adalah kawasan hutan yg berusia lebih drp 250 thn. Puncak yg tertinggi di sini mencapai ketinggian 1,100 m dari aras laut. Kawasan Blue Mountains ni didiami oleh penduduk org asli (aborigines) sejak 14,000 tahun dahulu. Blue Mountains mula menjadi tempat tarikan pelancong semenjak 1870. Nama Blue Mountains ni diambil bersempena dgn pokok eucalyptus yg mengeluarkan minyak yg menyebabkan kabus berwarna biru di sekeliling kawasan ini.

Sesampainye kat Katoomba, kiteorg beli pakej bus tour utk mengelilingi Blue Mountains National Park tu. Hop on hop off bus. Boleh berhenti kat satu tempat brape lame kiteorg nak & then bus lain akan dtg jemput pd waktu2 tertentu. Senang la kan. Ada banyak benda2 yg best kat Blue Mountains ni, spt air terjun, gua, cable car & mcm2 lagi. Tapi benda yg paling penting & paling utama ialah Three Sisters iaitu 3 buah batu besar yg terletak sebelah menyebelah. Batu2 tersebut mungkin terbentuk hasil drp hakisan angin. Namun, menurut lagenda org2 asli (aborigines), batu2 tersebut adalah 3 org adik-beradik perempuan yg dikurung oleh bapa dieorg utk melindungi dieorg drp binatang buas yg dipanggil ‘bunyip’. Kiteorg berkesempatan utk mendekati batu2 besar tu. Kiteorg terpakse berjungle tracking gile kat Blue Mountains ni. Dah le pakaian tak sesuai. Azhar ni bukannye nak cakap awal2 yg kiteorg akan masuk hutan mcm ni. Huhuh.

Train Station Katoomba, Blue Mountains, Australia
Train Station Katoomba, Blue Mountains, Australia


Kat Blue Mountains, Australia
Kat Blue Mountains, Australia


Kat Blue Mountains, Australia
Kat Blue Mountains, Australia


Kat Blue Mountains, Australia
Kat Blue Mountains, Australia


Three Sisters Kat Blue Mountains, Australia
Three Sisters Kat Blue Mountains, Australia


Three Sisters Kat Blue Mountains, Australia
Three Sisters Kat Blue Mountains, Australia


Pintu Gerbang ke Three Sisters Kat Blue Mountains, Australia
Pintu Gerbang ke Three Sisters Kat Blue Mountains, Australia


Turun Tangga untuk ke Three Sisters Kat Blue Mountains, Australia
Turun Tangga untuk ke Three Sisters Kat Blue Mountains, Australia


Kat Bawah Batu Three Sisters Kat Blue Mountains, Australia
Kat Bawah Batu Three Sisters Kat Blue Mountains, Australia

Kiteorg agak cemas bile tibe2 Manap & Fyzal lesap entah ke mane. Risau gile. Tadi ade je. Kiteorg jerit2 panggil name dieorg, tapi no response. Last2 kiteorg pasrah je. Hopefully they know how to survive. Dieorg ade map. So, takyah risau sangat la. Last2, kiteorg terjumpe dieorg kat souvenir shop. Dieorg pun tak paham mcm mane kiteorg tibe2 je hilang dari pandangan dieorg. Hahah. Misteri btul. Tapi ape2 pun, syukur la semue selamat. Bile dah separuh hari kat situ, kiteorg pun balik semula ke Sydney. Terus ke Msia Hall.

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP