SuMMeR aka WiNTeR iN DoWN uNDeR (BHG X)

>> Tuesday, February 21, 2006



Esoknye, kiteorg plan utk sewa kereta utk 4 hari. So aku, Azhar, Reza & Mas pun pergi la ke office Europcar utk sewa 2 buah kereta. Azhar tak berani nak guna kereta dia utk bawak jalan jauh2. So, terpaksa la sewa 2 kereta. Kereta2 tu disewa atas name Reza & Mas sbb dieorg dah over 23 thn. Aku bayarkan guna credit card aku dulu. Nanti dieorg semue akan bayarkan sorang2 kat aku. Then, bile semue org dah ready, kiteorg berlapan pun bergerak. Reza & Azhar drive. Kereta yg Azhar bawak diisi oleh Jem, Manap & Fyzal sementara kereta yg Reza bawak diisi oleh aku, Mas & Ilyasak. Heheh. Kiteorg Geng Melbourne ni mmg taknak berpecah. Kereta yg Azhar bawak berade kat depan sbb die tahu jalan. Kiteorg bertolak ke Canberra, ibu negara Australia.

Dalam Perjalanan ke Canberra, Australia
Dalam Perjalanan ke Canberra, Australia


Dalam Perjalanan ke Canberra, Australia
Dalam Perjalanan ke Canberra, Australia

Canberra adalah ibu negara Australia mulai tahun 1927 & terletak di dlm Capitol Territory yg terletak di dlm negeri New South Wales. Bandar Canberra ni adalah spt bandar Putrajaya, penuh dgn bangunan2 kerajaan. Bandar ni dikelilingi oleh tasik buatan yg bername Lake Burley Griffin, bukit-bukau & gunung-ganang. Kerana kedudukannye yg jauh dari pantai, winter di sini adalah lebih sejuk berbanding winter di Melbourne & Sydney yg iklimnye dipengaruhi oleh laut. Tempat pertama yg kiteorg lawati ialah Parliament House yg merupakan monument utama di Canberra. Parliament House yg terletak di atas Capital Hill ini mula dibuka pd thn 1988. Ianya terletak bertentangan dgn Australian War Memorial yg dihubungkan oleh ANZAC Parade. Lepas bergambar kat luar, kiteorg masuk ke dlmnye. Lawa jugak la kat dalamnye. Tiang2, lantai & dindingnye berkilat2.

Parliament House, Canberra, Australia
Parliament House, Canberra, Australia


Parliament House, Canberra, Australia
Parliament House, Canberra, Australia


Dlm Parliament House, Canberra, Australia
Dlm Parliament House, Canberra, Australia


Dalam Parliament House, Canberra, Australia
Dalam Parliament House, Canberra, Australia

Lepas spend mase kat dlm Parliament House, kiteorg bergerak pulak ke Old Parliament House. Old Parliament House ni siap dibina pd thn 1927 & merupakan bangunan parlimen pertama di Canberra sehinggalah ianya digantikan oleh Parliament House baru pd thn 1988. Bangunan Old Parliament House ni menyaksikan pelbagai peristiwa sejarah spt Australia’s Declaration of War pd thn 1939, pengumuman berita pengeboman di utara Australia oleh tentera Jepun pd thn 1942 & mcm2 lagi. Kiteorg bergambar kejap kat situ. Kemudiannye, bile dah nak senja, kiteorg ke Australian War Memorial pulak. Bangunan Memorial ni dibina utk memperingati tentera2 Australia yg telah berkhidmat utk negara.

Old Parliament House, Canberra, Australia
Old Parliament House, Canberra, Australia


Old Parliament House, Canberra, Australia
Old Parliament House, Canberra, Australia


Australian War Memorial, Canberra, Australia
Australian War Memorial, Canberra, Australia


ANZAC Parade Yg Menghubungkan Australian War Memorial & Parliament House, Canberra, Australia
ANZAC Parade Yg Menghubungkan Australian War Memorial & Parliament House, Canberra, Australia

Lepas bergambar kat Memorial tu, kiteorg terus bergerak ke Cooma, sebuah bandar kecik kat kaki gunung Snowy Mountains. Ianya adalah gateway kpd para pelancong yg ingin bermain ski di Snowy Mountains. Kiteorg akan main ski esok!! Yeah!! Hahah. Pengalaman pertama ni. Camne le agaknye nanti yek. Sampai2 je kat bandar Cooma tu, snow tgh turun dgn lebatnye. Huhhuh. Pengalaman pertama snow kat Hemisfera Selatan. Sejuk gile. Kiteorg cari hotel yg kiteorg dah book. Name hotel tu Malborough Motor Inn. Setelah puas mencari, akhirnye jumpe jugak. Ya Allah. Selesa gile bilik die. Kiteorg sewa 2 bilik utk 2 mlm. Satu bilik utk 4 org. Lengkap semuenye. Peti ais, tv, tilam yg empuk, bilik air yg bersih & mcm2 lagi la. Tapi sewanya mahal la. Nak dekat AU$40 semlm. Nak buat camne. Tu je yg murah.

Lepas makan dinner masing2, kiteorg gi ke kedai sewa peralatan ski. Kiteorg masing2 sewa satu set peralatan ski. AU$40 sorang. Murah gak la. Penat btul try kasut ski & baju jaket kat dlm kedai tu. Ade je yg tak kene. Kiteorg sewa skali rantai utk dipasang pd tayar kereta semasa melalui jalan yg diselaputi snow nanti. Bahaya kalau tak pasang rantai tu. Jln licin. Abg2 yg menjaga kedai tu menunjukkan cara2 yg btul utk pasang rantai tu pd tayar kereta. So, bile semue dah settle, kiteorg balik ke hostel bersama barang2 yg kiteorg sewa.

Kat Kedai Sewa Peralatan Ski, Cooma, Australia
Kat Kedai Sewa Peralatan Ski, Cooma, Australia


Kat Kedai Sewa Peralatan Ski, Cooma, Australia
Kat Kedai Sewa Peralatan Ski, Cooma, Australia

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP