SuMMeR aka WiNTeR iN DoWN uNDeR (BHG V)

>> Monday, February 06, 2006



Pagi esoknya, kiteorg bertolak ke Great Ocean Road yg terletak di bhg barat Victoria. Reza drive. Great Ocean Road ni adalah sebatang jalan raya yg panjang di pinggir pantai yg menghadap Southern Ocean. Perjalanan dgn menaiki kereta dari Melbourne ke Great Ocean Road mengambil masa lebih kurang 4-5 jam. Jauh gile. Ianya dikatakan salah satu world’s greatest scenic drive. Great Ocean Road ni terletak di antara Port Cambell & Port Fairy. Terdapat beberape buah bandar di sepanjang jalan ni. Tempat yg paling utama yg menjadi tarikan pelancong seluruh dunia ialah 12 Apostles yg terletak di Port Campbell National Park.

Peta Great Ocean Road, Australia
Peta Great Ocean Road, Australia

On the way ke Great Ocean Road, kiteorg singgah kejap kat Torquay Surf Beach utk tgk org surf. Tak ramai sgt org kat situ hari tu. Takpe la. Lepas bergambar, kiteorg teruskan perjalanan kiteorg. Dlm perjalanan, tiba2 kiteorg ternampak satu papan tanda kangaroo crossing. Ape lagi, kiteorg pun berhenti kejap la utk bergambar dgn papan tanda tu. Heh. Kat Australia saje ade papan tanda ni. Negara lain confirm takde. Lepas bergambar dgn papan tanda tu, kiteorg pun teruskan perjalanan. Akhirnya, sampai jugak kiteorg kat pintu gerbang Great Ocean Road yg menandakan kiteorg akan mula melalui the Great Ocean Road. Lepas bergambar kat pintu gerbang tu, kiteorg pun meneruskan perjalanan ke destinasi utama kiteorg iaitu Port Campbell National Park utk melihat 12 Apostles yg masyhur tu. Perjalanan jauh lagi sebenarnye. Tapi, kiteorg tak berase boring sbb pemandangan pantai kat sepanjang jalan ni teramat menakjubkan. Subhanallah. Cantik sungguh.

Torquay Surf Beach, Australia
Torquay Surf Beach, Australia


Papan Tanda Kangaroo Crossing, Australia
Papan Tanda Kangaroo Crossing, Australia


Pintu Gerbang Great Ocean Road, Australia
Pintu Gerbang Great Ocean Road, Australia


Pemandangan Great Ocean Road, Australia
Pemandangan Great Ocean Road, Australia


Pemandangan Great Ocean Road, Australia
Pemandangan Great Ocean Road, Australia


Pemandangan Great Ocean Road, Australia
Pemandangan Great Ocean Road, Australia

Lepas hampir 2 jam drive dari pintu gerbang tadi, barulah kiteorg sampai kat Port Campbell National Park di mana terletaknya 12 Apostles tu. Jauh nak mampus. 12 Apostles ni sebenarnye adalah batu2 monolith yg terbentuk drp hakisan ombak. Bentuk2nye sangatlah menakjubkan. Pemandangan 12 Apostles dari tepi pantai tu teramat mengasyikkan. Ditambah lagi dgn matahari yg terik memancar. Hanya org yg pernah sampai sini saja yg boleh menggambarkan betape indahnye pemandangan ni. Subhanallah. Tapi sayangnye, salah satu daripada batu2 yg ada kat situ baru sahaja runtuh semalam. Mungkin sbb dah terlalu lama dipukul ombak kot. Lama2 boleh runtuh jugak kan. Hehe. 12 Apostles ni turut disenaraikan dlm list UNESCO’s World Heritage Site.

12 Apostles, Great Ocean Road, Australia
12 Apostles, Great Ocean Road, Australia


12 Apostles, Great Ocean Road, Australia
12 Apostles, Great Ocean Road, Australia


12 Apostles, Great Ocean Road, Australia
12 Apostles, Great Ocean Road, Australia

Lepas puas bergambar & menikmati keindahan 12 Apostles, kiteorg pulang semula ke Melbourne. Kali ni Mas pulak drive. Reza dah penat. Kiteorg tak guna jalan yg tadi utk balik ke Melbourne. Kiteorg guna jalan lain yg lebih singkat masa perjalanan. Tapi jalan ni tak lalu tepi2 pantai la. Setelah 4-5 jam drive, akhirnya kiteorg pun sampai ke rumah Sam. Peh. Hari ni mmg penat gile. Lepas makan dinner, kiteorg berborak2 dgn Sam & Kak Sarah. Mcm2 benda kiteorg borak. Hahaha. Dieorg ni mmg baik & ramah gile la.

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP