WiNTeR iN FRaNCe & SWiTZeRLaND (BHG IV)

>> Thursday, September 08, 2005



Ini adelah hari ke 8 kiteorg kat Paris. Dah hampir semue tempat kiteorg dah pegi. Sham plan utk bawak kiteorg ke Colmar, sebuah bandar kecik kat Timur France yg berdekatan dgn sempadan France-Germany. Kat situ die ade kenal beberape org student Msia. So, boleh le tumpang rumah dieorg. Kebetulan, time tu ade sorang budak Colmar yg bername Syazwan. Sham kenal die. Die nak bawak family die ke Paris dari Colmar, tapi die takde accommodation kat Paris. So, Sham & die switch places. Kiteorg stay kat bilik die kat Colmar & die dgn family die stay kat bilik Sham. Great idea!! So, kiteorg berjumpelah dgn si Syazwan ni kat bandar Strasbourg, on the way ke Colmar dgn train utk bertukar kunci. Jauh jugak la Paris-Strasbourg. Nak dekat 6 jam naik train. Kat Strasbourg le first time kiteorg berkenalan dgn Syazwan ni. Happy go lucky gak orgnye. Hehheh. So, lepas dah bertukar kunci, kiteorg pun terus ke Colmar dgn train. Sejam perjalanan. Sesampainye kat Colmar, kiteorg tercari2 jugak la bilik si Syazwan ni. Setelah puas mencari, last2 jumpe jugak. Alhamdulillah.

Keesokannye, kiteorg round bandar Colmar ni. Bandar ni kecik je. Tapi sgt cantik. Bangunan2 die sangatlah menarik & lain dari yg lain. Sbb tu le bekas PM kite, Dr Mahathir terpikat dgn bandar ni sampai dibina pusat rekreasi kat Bukit Tinggi, Pahang yg diberi name Colmar jugak. Bangunan2 kat situ sebijik mcm bangunan2 yg ade kat Colmar, France ni. Heheh. Kebetulan, kiteorg terserempak dgn beberape org student Msia kat situ. Antaranye Chun Tah, Meor & Raudhah. Dieorg ni baik2 belake. Maklum le, tak ramai Msian kat situ. Heheh.

Colmar, France
Colmar, France


Colmar, France
Colmar, France


Colmar, France
Colmar, France

Esoknye pulak, kiteorg plan utk ke Zurich, Switzerland since Colmar ni pun dah dekat2 jugak dgn Switzerland. Kiteorg bertolak gi train station awal gile utk kejar train. Switzerland adalah sebuah negare kecik yg terletak kat tengah2 benue Europe ni. Ianya terletak antara banjaran Alps & Jura. 3 bahasa digunakan kat negara ni mengikut kawasan iaitu German, French & Italian. Org2 kat Zurich gune bahasa German. Zurich ni adelah bandar terbesar & terpenting kat Switzerland. Sesampainye kiteorg kat Zurich, snow turun dgn lebatnye. Happy gile kiteorg. Ye la. Kat Ireland jarang gile snow turun. Heheh. Sejuk gile time tu. Kiteorg travel keliling Zurich ni dgn kaki jek. Takde le besar sgt pusat bandar die. Antara tempat2 yg kiteorg pergi ialah Grossmunster, gereja Franmunster & beberape tempat lagi. Takde ape sgt yg best kat Zurich ni. Org dtg sini sbb bisnes ataupun nak main ski je kot. Tapi kiteorg tak plan pun nak main ski. Kiteorg cume sempat main snow fighting kejap la dekat satu park ni. Hehehe. Tengah2 kiteorg jalan kat Bahnhofstrasse yg menjadi jalan utama kat bandar ni, tibe2 terserempak dgn Azreen, Nini & Ezy, member2 kiteorg kat Dublin. Heheh. Kebetulan gile. Bile tibe waktu ptg, kiteorg pun balik semule ke Colmar dgn train.

Zurich, Switzerland
Zurich, Switzerland


Zurich, Switzerland
Zurich, Switzerland


Snow fighting, Zurich, Switzerland
Snow fighting, Zurich, Switzerland


Salji di Zurich, Switzerland
Salji di Zurich, Switzerland


Zurich, Switzerland
Zurich, Switzerland

Kiteorg sampai ke Colmar pd waktu mlm. Kiteorg lepak2 kejap kat bilik Syazwan sementara menunggu train pd pukul 12.00 tgh mlm ke Paris. Dgn tak diharap2, snow turun dgn lebatnye mlm tu kat Colmar. Happy gile kiteorg. Bukan setakat lebat je, siap jadi tebal lagi. Kiteorg ape lagi. Terus buat snowman kat luar. Hahaha. Best gile. Bile jam dah pukul 11.00 mlm, kiteorg pun bertolak ke train station Colmar. Time tu snow still lebat lagi. Isk2. Rase nak stay Colmar je & main snow pd esok paginye. Huhuhu. Sebelum train sampai, kiteorg sempat bermain snow fighting kat cark park kat luar train station tu. Siap jatuh2 lagi. Hahahah. Mmg jakun. Train dah sampai. Bye2 Colmar. Sedih2. Dlm train sangatlah bosan. Tibe2 aku teringat yg mlm tu adelah mlm Tahun Baru. Uwaaa!! Kiteorg celebrate New Year dlm train Colmar-Paris. Sedih btul!!!

Snowman, Colmar, France
Snowman, Colmar, France


Salji di Colmar, France
Salji di Colmar, France

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP