WiNTeR iN FRaNCe & SWiTZeRLaND (BHG AKHiR)

>> Thursday, September 22, 2005



Last2, kiteorg dah selamat menghampiri Beauvais Airport. 20 minit lagi sampai la kot. Jam dah pukul 5.40 ptg. Aku dah cuak dah. Sepatutnye kena check in 30 minit sebelum flight. Camne ni??? Dah terlepas dah. Hafizuddin & 2 org lagi minah salleh tu kat mane le agaknye skarang. Dah sampai ke belum yek. Hmm. Sesampainye kiteorg kat airport, jam dah pun pukul 6.00 ptg. Kiteorg mmg sah la tertinggal flight. Siap nampak lagi flight kiteorg baru berlepas. Aku rase sakit hati sangat time tu. Uwaarghh!!! Pergi kat kaunter check in, kiteorg terjumpe dgn Hafizuddin & 2 org lagi minah salleh tu. Dieorg pun miss flight jugak. Dieorg sampai 15 minit sebelum departure. Takleh check in jugak. Strict btul la org kaunter tu. Last2, kiteorg terpakse ambik flight pukul 1.00 tgh hari pd hari esoknye sbb tu je flight yg paling awal. Mlm tu mmg dah takde flight dah. Kiteorg kene bayar 60 Euro sorang utk beli flight ticket baru. Gune credit card la. Mana ade cash time tu. Huhuhh. Apenye malang nasib kiteorg.

Kiteorg pun terpakse le plan utk tido kat airport tu. Bagai jatuh ditimpa tangga, kiteorg didatangi satu lagi masalah. Airport tu ditutup pd waktu malam!!!! Arrghhhh!!! Tidak!!!! Habis kat mane nak tido?? Kiteorg dah siap balut badan dgn sleeping bag dah. Tibe2 kene marah dgn pekerja airport tu. Huhuhuh. Nak taknak, kiteorg kene le duduk luar. Kesejukan udara luar airport tu teramatlah sangat. Aku rase suhu time tu dah mencecah 0 darjah celcius. Sejuk nak mampos. Nasib baik le aku pakai jacket tebal & masing2 ade sleeping bag. Kat luar airport tu ade 3 pondok telefon yg berpintu. Kiteorg lepak kat dlm pondok telefon tu utk elak kesejukan. Satu pondok utk isi 2 org. Hahah. Mcm ape je. Aku share dgn Hafizuddin, Reza share dgn Jem. Farid pulak conquer satu lagi. Tak aci btul. Tapi, still sejuk jugak la kat dlm pondok telefon tu. Dah le sempit sbb terpakse share. Sedih btul. Disebabkan terlalu sempit, aku & Reza dah tak tahan. Kiteorg tido kat luar berselimutkan sleeping bag. Jem, Farid & Hafizuddin tido dlm pondok2 telefon tu. Dlm kesejukan yg amat melampau tu, kiteorg akhirnye tertido jugak. Aku siap boleh bermimpi lagi. Dah tu. Siap ade org boleh berdengkur pulak tu. Tu yg tak tahan tu. Hahahah.

Sedar2 je, jam dah pukul 6.00 pg. Pintu masuk airport masih tertutup. Tapi kat dlm tu ade 2 org pekerja tgh menyapu lantai. Dieorg tak nampak ke kiteorg kat luar kesejukan ni?? Takde peri kemanusiaan btul la. Dah le hujan renyai2. Siksa gile kiteorg time tu. Kalau difikirkan balik, tu le keadaan yg paling menyiksakan yg pernah aku lalui sepanjang hidup aku kat dunia ni. Pasrah je la. Tepat pukul 7.00 pg, pintu masuk airport pun dibukak. Alhamdulillah. Kiteorg cepat2 masuk ke dlm. Kiteorg bersyukur sgt2 sbb akhirnya tamat jugak penderitaan kiteorg. Dpt memanaskan badan yg menggeletar sejuk. Boleh mati kesejukan kiteorg kalau takde sleeping2 bag tu. Hmm. Satu lagi siksaan adelah terpakse menunggu flight pukul 1.00 tgh hari. Ade 6 jam lagi. Tapi ape2 pun, kiteorg lega sbb kiteorg dah ade kat dlm airport tu. Hai. Ape la dosa kiteorg ye.

Tup2, dah pun kul 11.00 pg. Kiteorg cepat2 check in. Taknak dah tertinggal flight lagi. Pukul 1 tgh hari flight Ryanair kiteorg pun bertolak dari Paris Beauvais Airport ke Dublin Airport. Sesampainye di Dublin, aku berase sgt lega sbb kiteorg akhirnya sampai dgn selamat. Pengalaman 17 hari kat Paris, Colmar & Zurich mmg aku takkan lupekan seumur hidup aku. Yg paling aku takkan lupekan adalah tido kat luar Beauvais Airport yg sangat2 sejuk itu. Bertarung nyawa kiteorg berusaha untuk survive. Hehe. Alhamdulillah, kiteorg masih hidup. Syukur kpd Allah. Mungkin itu adalah ujian drp-Nya utk menguji kesabaran kiteorg. Mungkin jugak ianya adalah hukuman kpd kesalahan2 yg kiteorg ade buat. Wallahu ‘Alam.

TAMAT... Nantikan Pengalaman Tour aku di Belgium, Netherlands & Luxembourg pd post yg akan datang...

1 buah komen:

Destinasiku Monday, September 27, 2010 at 10:14:00 PM GMT+8  

kalu tkde pengalaman 'best' camtu apa yg bole di kenang. asyik nk kenang sweet moment je kan...

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP