WiNTeR 2004 (LoNDoN, UK) (TRaVeLoGue LeNGKaP)

>> Friday, January 07, 2005



Aku, Hafizuddin & Rizal mengisi masa cuti winter kiteorg dgn melancong ke London. Kiteorg bertolak ke London on 30 December 2004 & balik semule ke Dublin on 5 January 2005. Ini adalah kali kedua aku ke London. Pengalaman kali kedua di London sudah semestinye tak sama dengan pengalaman kali pertama iaitu sewaktu December 2002. Semangat aku utk ke London kali ni takde le melonjak2 sangat spt sewaktu first time pergi dulu. Tapi bagi Rizal & Hafizuddin, dieorg mcm betul2 excited sbb ni adelah first trip dieorg ke London. Heheh. Kiteorg bertige lepak kat hostel Apen, member aku kat Kolej MARA Banting dulu. Die adelah student Engineering kat Imperial College London. Hostel d terletak jauh jugak la dari London city centre iaitu kat Zon 3.

Kiteorg sampai kat London Stansted Airport lebih kurang kul 12 tgh mlm. Sepatutnye sampai lagi awal. Tapi sbb flight delayed, kiteorg sampai lewat. Agak tensi jugak la. Dari airport, kiteorg naik bus ke Stratford. Kat situ, Apen ambik kiteorg & die bawak kiteorg ke hostel die dgn naik 4 bus. Underground tube dah tak beroperasi time tu. Ye la. Dah kul 1 pagi dah. Perjalanan dgn naik 4 bus mmg tersangatlah memenatkan. Sampai2 hostel die je, kiteorg berborak2 dulu sampai kul 5 pg. Then, kiteorg tidur kepenatan.

Esoknye, kiteorg mulekan perjalanan mengelilingi London. London adelah ibu negara United Kingdom & merupakan bandaraya terbesar di Europe. 7 juta org tinggal di sini. Kiteorg travel around London dgn menggunakan public transport Underground Tube. Kiteorg beli tiket Underground Tube utk 7 days bagi Zon 1,2,3 yg berharge lebih kurang £24. Utk 3 hari pertame, aku menjadi tourist guide bagi bebudak 2 org tu. Nasib baik le aku still ingat lagi cara utk ke tempat2 tourist attraction. Apen tak dpt ikut skali sbb die kene siapkan assignment die. Tempat2 yg kiteorg singgah pd siang hari ialah Royal Albert Hall, Imperial College, Kensington Park & Hyde Park. Royal Albert Hall ni adelah salah satu concert hall yg terkenal di dunia. Siti Nurhaliza adalah artis Asia yg kedua yg membuat persembahan kat sini lepas Lata Mangeshkar, penyanyi dari India. Imperial College adalah university yg terkemuka kat London. Apen blajar kat situ. Kensington Park & Hyde Park pulak adalah 2 public park yg paling famous kat London. Kecantikan Kensington Park mmg mengasyikkan. Kat sinilah terletaknye Kensington Palace iaitu tempat tinggal Puteri Diana sebelum kematiannya, Peter Pan Statue, tasik & banyak lagi attractions. Achilles Statue terdapat di Hyde Park.

Royal Albert Hall, London, UK
Royal Albert Hall, London, UK


Imperial College, London, UK
Imperial College, London, UK


Kensington Park, London, UK
Kensington Park, London, UK


Kensington Palace, London, UK
Kensington Palace, London, UK


Statue Peter Pan kat Kensington Park, London, UK
Statue Peter Pan kat Kensington Park, London, UK


Hyde Park, London, UK
Hyde Park, London, UK


Statue Achilles kat Hyde Park, London, UK
Statue Achilles kat Hyde Park, London, UK

Sebelum malam menjelma, kiteorg ke Marble Arch utk bergambar. Mlmnye, kiteorg ke Restoran Mawar utk makan malam. Restoran ni terletak kat Edgware Road, kawasan di mana terdapat banyak restoran2 halal. Restoran Mawar ni adelah Malaysian restaurant yg paling terkenal kat kota London. Harga2 makanan kat restoran ni ok la. 3 lauk baru £5. Lepas makan, kiteorg gi window shopping kat Oxford Street, jalan shopping yg utama kat London. Kemudian, kiteorg pergi ke Tower of London, Tower Bridge, London Bridge & Monument utk menikmati suasana malam kat tempat2 tu. Destinasi seterusnya ialah Piccadilly Circus. Kat sini terdapat satu papan iklan neon yg paling glamer kat London kerana ianya adalah papan iklan neon yg pertama di London. Lepas bergambar kat situ, kiteorg terus ke London Eye yg terletak berhampiran dgn Big Ben & Houses of Parliament utk menyaksikan percikan firework selame 10 minit sempena New Year. Gempaq gile. Kagum aku tengok. Habis je firework tu, semue org berpusu2 nak balik. Kiteorg stuck nak dekat satu jam kat tube station Westminster. Last2, kiteorg lari ke tube station lain (Embankment) yg tak jauh sgt dari situ. Kat sini kurang sikit org. Sampai2 je hostel Apen, kiteorg terus terlentang kepenatan.

Marble Arch, London, UK
Marble Arch, London, UK


Restoran Mawar, London, UK
Restoran Mawar, London, UK


Malam di Oxford Street, London, UK
Malam di Oxford Street, London, UK


Tower Bridge di Waktu Malam, London, UK
Tower Bridge di Waktu Malam, London, UK


Malam di atas Tower Bridge, London, UK
Malam di atas Tower Bridge, London, UK


Malam di Piccadilly Circus, London, UK
Malam di Piccadilly Circus, London, UK


Big Ben di Waktu Malam, London, UK
Big Ben di Waktu Malam, London, UK


Percikan firework, London Eye, London, UK
Percikan firework, London Eye, London, UK

Keesokannye, kiteorg pusing2 London utk hari kedue. Pertama skali, kiteorg ke Buckingham Palace. Ianya adalah kediaman rasmi Queen of England. Seterusnya, kiteorg ke Leicester Square & China Town yg terletak berdekatan antara satu sama lain. Leicester Square ni adalah pusat hiburan yg famous di London di mana terdapatnye banyak nightclubs & cinemas. Kat Leicester Square ni jugak terdapat satu kedai souvenir yg mempunyai cuckoo clock yg besar. Setiap satu jam, cuckoo clock tu akan berbunyi. Agak menarik jugak la. Kat pintu masuk kedai tu ade tulis ‘SWITZERLAND’. Aku pun taktau ape significantnye. Hehe. China Town pulak adalah kawasan di mana terdapatnye banyak kedai2 yg dimiliki oleh org2 Cina kat London. Kemudiannye, kiteorg pergi ke Trafalgar Square yg menjadi tempat rekreasi pelancong2 & jugak Londoners yg turut menjadi tempat burung2 merpati mencari makanan. Heheh. Lokasi terakhir kiteorg utk hari ni ialah Madame Tussaud’s & Planetarium. Madame Tussaud’s adalah wax museum yg terkenal di London. Kerja2 membuat patung lilin ni dimulakan oleh pompuan yg bername Madame Tussaud pd tahun 1835. Skarang ni, dlm museum tu, ade banyak patung2 raja2, politicians, celebrities & ahli2 sukan dunia yg diperbuat dari lilin. Nampak seakan2 real. Berbaloi jugak la masuk walaupun harga tiketnye agak mahal iaitu £17. Banyak gile bergambar kat dlm tu. Berhampiran dgn Madame Tussaud’s adalah London Planetarium. Kiteorg boleh gunakan tiket Madame Tussaud’s utk masuk ke planetarium tu.

Buckingham Palace, London, UK
Buckingham Palace, London, UK


Depan Buckingham Palace, London, UK
Depan Buckingham Palace, London, UK


Leicester Square, London, UK
Leicester Square, London, UK


Souvenir Shop Switzerland kat Leicester Square, London, UK
Souvenir Shop Switzerland kat Leicester Square, London, UK


China Town, London, UK
China Town, London, UK


Trafalgar Square, London, UK
Trafalgar Square, London, UK


Trafalgar Square, London, UK
Trafalgar Square, London, UK


Trafalgar Square, London, UK
Trafalgar Square, London, UK


Merpati di Trafalgar Square, London, UK
Merpati di Trafalgar Square, London, UK


Madame Tussaud's and Planetarium, London, UK
Madame Tussaud's and Planetarium, London, UK


Dalam Madame Tussauds, London, UK
Dalam Madame Tussauds, London, UK


Dalam Madame Tussaud's, London, UK
Dalam Madame Tussauds, London, UK

Mlmnye, kiteorg makan kat kedai Cina Halal kat Bayswater. Tak berbaloi makan kat sini. Tak berape sedap. Sebelum makan, aku secare tibe2 mendapat sms dari Amer Syaker, member aku kat MRSM Taiping dulu yg kini study kat Oxford University. Die ade bersame dgn Nizam Hafiz yg jugak member aku kat MRSM Taiping yg kini study kat Chicago, US. Hafiz tanya sama ade boleh tak die bermalam kat rumah Apen mlm tu sbb die takde accommodation for that night sbb Amer terpakse balik Oxford mlm tu jugak. So, aku pun gi le jumpe dieorg kat tube station Paddington yg terletak berdekatan dgn tube station Bayswater utk jemput Hafiz. Dah lame gile tak jumpe si Amer tu. Sejak habis SPM 1999 le kot. 5 tahun beb. Si Hafiz tu aku dah jumpe dah beberape hari sebelum aku ke London. Die dtg Dublin. Lepak umah cousin die, Fazween, yg kebetulan budak kelas aku kat UCD. Hmm. Kecik btul dunie. Heheheh. Hafiz akan balik semule ke Chicago, US pd hari lusenye.

Bersama Nizam Hafiz & Amer Syaker
Bersama Nizam Hafiz & Amer Syaker

Hari ketigenye, kiteorg & Hafiz berpecah. Die pergi ke tempat2 yg die belum pergi & begitu jugak dgn kiteorg bertige. Mule2 skali, kiteorg ke Big Ben & Houses of Parliament. Bangunan ni adalah antara mercu tanda utama London. Houses of Parliament ni sebenarnye telah digunakan sejak kurun ke-16 lagi. Dah lame gile kan? Big Ben adalah clock tower yg bercantum dgn bangunan parliament tu. Ianya mempunyai loceng seberat 14 tonne. Berat gile. Heheh. Westminster Abbey yg dibina pada kurun ke-11 lagi terletak berdekatan dgn bangunan parliament tu. Ianya adalah simbol kuasa agama di England. Ianya jugak adalah gereja utama dan tertua di London. Upacara pertabalan & perkahwinan diraja dilakukan kat sini. London Eye terletak berdekatan dgn Big Ben & Houses of Parliament. Ianya adalah ferris wheel yg tertinggi di dunia. Pemandangan seluruh London boleh dilihat dgn menaikinye. Full turn ambik masa 30 minit. Tapi kiteorg tak naik la. Tiket mahal. Hehe. London Aquarium dekat je dgn London Eye. Tapi kiteorg tak masuk la. Malas. Lepas tu, kiteorg naik Underground Tube utk ke Tower of London, Tower Bridge, London Bridge & Monument. Kiteorg dah ke sini dah sewaktu mlm New Year. Tapi kali ni kiteorg nak bergambar pd waktu siang pulak. Tower of London ini dibina pd tahun 1097. Ianya digunakan sbg kediaman diraja, tempat menyimpan senjata, harta, dan juga penjara kpd musuh2 diraja. Kini, Tower of London dijadikan muzium yg turut menyimpan Crown Jewels. Kemudian, kami ke Tower Bridge yg terletak berhampiran dgn Tower of London. Tower Bridge siap dibina pd tahun 1894. Bridge ni sangat menarik kerana ianya boleh dibuka kpd laluan kapal 5 kali sehari. Kiteorg meniti bridge ni utk menyeberang River Thames.

Big Ben, London, UK
Big Ben, London, UK


Houses of Parliament, London, UK
Houses of Parliament, London, UK


Westminster Abbey, London, UK
Westminster Abbey, London, UK


London Eye, London, UK
London Eye, London, UK


Tower of London, London, UK
Tower of London, London, UK


Tower Bridge, London, UK
Tower Bridge, London, UK


Tower Bridge Dibuka Utk Laluan Kapal, London, UK
Tower Bridge Dibuka Utk Laluan Kapal, London, UK


Di Atas Tower Bridge, London, UK
Di Atas Tower Bridge, London, UK

Setelah itu, kiteorg berjalan menyusuri Queeswalk sampailah ke London Bridge. London Bridge ni takde ape yg best pun. Biase je. Taktau le sbb ape ianya dinamekan London Bridge. Kiteorg menyeberang semule River Thames ni dgn meniti London Bridge. Monument terletak berdekatan dgn London Bridge. Tak pasti sgt pasal sejarah Monument ni. Then, kiteorg ke St Paul’s Cathedral. Cathedral ni adalah antara cathedral yg terkenal kat London. Upacara pengkebumian Sir Winston Churchill pd tahun 1965 & perkahwinan Prince Charles & Princess Diana pd tahun 1981 dilakukan di sini. Domnya adalah kedua terbesar di dunia selepas St Peter’s di Rome. Kiteorg kemudiannye berjalan ke Millennium Bridge yg terletak kat depan St Paul’s Cathedral tu. Ianya dibina untuk menyambut millennium baru pd tahun 2000. Lepas tu, kiteorg pergi ke Hard Rock Cafe. Aku tak beli ape2 kat Hard Rock Cafe. Aku bukannye Hard Rock Cafe's collector pun. Malas le nak spend duit kat sini. Mahal nak mampus harge barang2 die. Hafizuddin je yg spend duit kat sini. Die belanje almost £40 kat sini. Gile ahh. Mlmnye, kiteorg makan kat kantin Malaysia Hall. Murah jugak la harga makanan2 kat sini. 3 lauk termasuk air sirap baru £4.30. Malaysia Hall ni baru je dipindahkan. Sebelum ni, Malaysia Hall terletak dekat dgn Marble Arch. Malaysia Hall yg baru ni terletak dekat dgn Bayswater, yg agak berdekatan jugak dgn MARA Hostel.

London Bridge, London, UK
London Bridge, London, UK


St Paul's Cathedral, London, UK
St Paul's Cathedral, London, UK


Perkahwinan Prince Charles & Princess Diana di St Paul's Cathedral, London, UK
Perkahwinan Prince Charles & Princess Diana di St Paul's Cathedral, London, UK


St Paul's Cathedral dari Millenium Bridge, London, UK
St Paul's Cathedral dari Millenium Bridge, London, UK


Hard Rock Cafe, London, UK
Hard Rock Cafe, London, UK

OK. Hari keempat, Hafizuddin pulak yg bawak jalan berpandukan buku London guide yg die baru beli semlm. Antara tempat2 yg kiteorg gi hari ni adelah National History Museum, Victoria & Albert Museum, Science Museum, Covent Garden Market, British Museum & due atau tige tempat lagi yg aku tak ingat namenye. Kiteorg tak lame dlm museum2 tu. Just bergambar kat depan & sempat spend mase 20 minit je dlm setiap museum kecuali Science Museum. Kiteorg just bergambar kat luar aje. Mlmnye, kiteorg makan dinner kat kantin Malaysia Hall lagi. Lepas makan, kiteorg gi Harrods. Pemilik Harrods ni adalah org Islam. Mungkin ramai yg tak tau. Hehe. Time tu kat Harrods tgh ade sale. So, aku pun beli le satu souvenir yg agak murah utk mak aku. Heheheh.

National History Museum, London, UK
National History Museum, London, UK


Covent Garden Market, London, UK
Covent Garden Market, London, UK


British Museum, London, UK
British Museum, London, UK


Harrods, London, UK
Harrods, London, UK

Hari kelimenye, kiteorg ke Greenwich utk ke Royal Observatory, tempat yg menjadi pengukur kepade longitude bumi dan jugak world time. Longitudenye adelah 0 degree. Tempatnye terletak kat atas bukit. Penat jugak la kiteorg mendaki. Tapi takde la tinggi sangat. Lepas tu, kiteorg ke London Dungeon, Shakespeare’s Globe Theatre, Westminster Cathedral, Victoria Bus Station, Tate Gallery & shopping souvenir kat Oxford Street. Banyak duit habis utk shopping souvenir. Tapi takpe la. Aku maybe takkan ke London lagi lepas ni. Heheeheh. Lepas shopping, kiteorg makan malam kat kantin Malaysia Hall utk kali ketige.

Royal Observatory Greenwich, London, UK
Royal Observatory Greenwich, London, UK


Royal Observatory Greenwich, London, UK
Royal Observatory Greenwich, London, UK


Royal Observatory Greenwich, London, UK
Royal Observatory Greenwich, London, UK


London Dungeon, London, UK
London Dungeon, London, UK


Shakespeare Globe Theatre, London, UK
Shakespeare Globe Theatre, London, UK

Pada hari terakhir kat London, kiteorg gi makan tgh kat kantin Malaysia Hall. Lepas makan, kiteorg gi bergambar kat Sherlock Holmes Museum & London Central Mosque. Kiteorg solat Zohor & Asar kat London Central Mosque sebelum ambik bus ke Stansted Airport. Dari Stansted Airport, kiteorg naik flight Ryanair utk kembali ke Dublin Airport.

Malaysia Hall, London, UK
Malaysia Hall, London, UK


London Central Mosque, London, UK
London Central Mosque, London, UK

So, tu le serba sedikit pengalaman aku kat London bersame2 dgn Hafizuddin & Rizal. So, makaceh banyak2 ye Apen sbb sudi tumpangkan aku & member2 aku kat hostel ko. Sorry sbb kiteorg tak sempat nak masak utk ko. Hekhekhek. Dtg le Dublin. Nanti aku masak spesel utk ko. :P

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP