LaMBaiaN Ka'aBaH 1425 HiJRaH

>> Thursday, January 20, 2005



Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!
La Ilaha Illallahu Wallahu Akbar..
Allahu Akbar Walillahilhamd...


Pejam celik pejam celik dah tiba pun 10 Zulhijjah 1425 Hijrah tanpa disedari. Rase mcm baru minggu lepas je 1 Syawal. Cepat betul mase berlalu. Spt selalu, Raye Haji (Aidil Adha) ni tak le semeriah Raye Puasa (Aidil Fitri). Kalau kat Msia tak meriah, kat sini pun lebih kurang mcm tu le jugak. Mungkin kemeriahan Raye Haji ni hanya dirasai kat Negare2 Arab especially tanah suci Mekah je kot. Thn ni aku tak sure sameade ade tak saudara-mara aku yg gi tunaikan Haji. Maybe ade kot. Hmmm. Bile le tibe turn aku pulak ye. Heh. Umrah pun tak buat lagi. Takpe le. InsyaAllah kalau panjang umur & kalau ade rezeki dpt jugak le aku menjejakkan kaki ke Masjidil Haram tu. Hmm. Kat Ireland, Raye Haji thn ni jatuh pd hari ni, Khamis, 20 January. Kat Msia, Raye Haji jatuh pd hari Jumaat. Spt biase le. Kiteorg kat sini raye dulu. Heheheh.

Aku & ramai bebudak batch aku tak dpt gi solat sunat Aidil Adha kat Msia Hall sbb lecture pukul 9.00 - 11.00 pg. Solatnye pukul 10.00 pg. Boleh je kalau nak ponteng lecture. Tapi rase bersalah pulak nanti. Lecture penting pulak tu. Takpe le. Solat Aidil Adha tu sunat je. Belajar pulak Fardhu Kifayah. Ye tak? Heheh. Tapi ade je budak yg ponteng lecture. Heheh. Tak kesah la. After lecture, lebih kurang pukul 11.00 pg, kiteorg terus bergegas ke Msia Hall. Nak gi makan. Nasib baik le time tu org baru beratur nak makan. Kalau tak, melepas. Heheheh.

Sabtu ni bebudak rumah aku akan buat open house sempena Raya Haji dan jugak sempena 'house warming' sbb kiteorg baru je pindah. Ramai jugak la kiteorg jemput. Nak dekat 200 org. Perghh. Mcm mane le nanti yek. Sure penat gile nak layan semue org. Kalau semue org dtg serentak lagi le teruk. Hekhekhek. So, kpd bebudak Dublin yg dijemput, sile le hadirkan diri ke rumah kiteorg Sabtu ni k. 12 tgh sampai 6 ptg. Datang eh. Last but not least, Selamat Hari Raya Aidil Adha 1425 Hijrah...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP