MiNGGu YaNG SuNGGuH SiBuK

>> Thursday, January 27, 2005

Perghh. Sibuk sungguh aku minggu ni. Bukannye sibuk pasal exam ke ape, tapi sibuk pasal nak balik Malaysia. Padahal lambat lagi nak balik. Awal bulan June nanti. Mesti korang tertanye2 kenape aku beli tiket balik Malaysia awal sangat. Heheheh. Semue ni salah MAS le. Buat promotion tiket awal sangat. Promotionnye started on 1 January kot. Habis on 19 January. Nasib baik aku sempat book. 2 hari sebelum tamat tarikh promotion. Aku book through email kat STA Travel London. Ade jugak travel agency lain yg kasi offer murah tu, misalnye Lee's Travel. Tapi travel agency tu mcm takde je offer murah gi Australia. Offer gi Malaysia je. Ramai jugak la bebudak batch aku yg book dgn Lee's Travel tu sbb lagi murah. Hmm. Takpe la. Nak gi Australia punye pasal.

Sbb utama aku book tiket dgn STA Travel ni adalah sbb hargenye yg agak murah dan jugak dpt gi Australia skali. Offer ticket yg aku book ni sebenarnye include offer gi Malaysia & Australia. Return ticket. Sbb tu le aku cepat2 book. Taknak ketinggalan. Harga tiket semua skali termasuk tax & Australian Visa ialah £545 atau bersamaan dgn €785. Convert ke Ringgit Malaysia lebih kurang RM3,860 aje. Murah la tu kan. Tapi flight dari Dublin ke London aku kene beli sendiri la sbb flight yg aku dah book tu bertolak dari London. Return flight Dublin-London lebih kurang €80 je kot. So, total semue skali €865 la. Tak kesah la. Baru2 ni salah sorang member aku pergi tanye harge tiket balik Malaysia kat Sino Irish Travel, travel agency yg slalu bebudak Malaysia beli tiket. Harga return ticket Dublin-London-KL June nanti ialah €850. Gile dah naik harga. Last 2 years mase aku balik Malaysia, harga return ticket baru €775. Hmmm. Nasib baik le aku dah book ticket dgn STA Travel. Untung. Dpt gi Australia pulak tu. Hehehe.

Ni adelah detail2 flight yg aku dah book:

LONDON HEATHROW to PENANG - 4 JUNE 2005
KUALA LUMPUR to MELBOURNE - 1 JULY 2005
SYDNEY to KUALA LUMPUR - 15 JULY 2005
KUALA LUMPUR to LONDON HEATHROW - 11 SEPTEMBER 2005


Flight dari London on 4 June tu sebenarnye flight London Heathrow to KLIA. Tapi flight tu akan singgah kat Penang utk jangkamasa sejam. So fikir2 balik, baik aku berenti kat Penang je terus sbb rumah aku (Parit Buntar) mmg dekat gile dgn Penang. On 1 July aku akan bertolak ke Melbourne dari KLIA. Yg akan ikut aku adelah Ilyasak & insyaAllah Mas Irfan. Kalau ikut plan aku, kiteorg akan lepak kat Melbourne selame 6 hari. On 7 July kiteorg akan bertolak ke Sydney dgn bus, train atau flight. Tengok yg mane murah & berbaloi. Sampai kat Sydney, lepak kat sane sampai 15 July. On 15 July, balik semule ke KLIA. Kat Melbourne kiteorg akan tumpang kat umah member2 aku. Tgk le sape yg ade. Hopefully ade jugak le sesape yg stay kat situ time kiteorg dtg. Dengar citer mcm ramai je yg nak balik bercuti kat Malaysia. Huhuhuh. Jgn la balik weh!! Kang kat mane kiteorg nak tidur kat Melbourne tuh!! Huhuhu. Kat Sydney pulak kiteorg tumpang kat umah kawan Jem kot. By the time kiteorg sampai Sydney, Jem dah ade kat situ dah. Die lepak Sydney je. Tak gi tempat lain.

Hmmm. Semalam aku dah settlekan kesemuenye. Copy of passport aku dah pos dah. Guna registered post lagi tuh. Harga tiket aku bayar dgn credit card. Kene charge 1.5% iaitu lebih kurang £8.20 atau €11.80. Tak kesah la. Habis tu nak bayar camne lagi. Heh. Haaaa.. Lega. Semuanya dah settle. Tunggu nak dpt tiket je. Hopefully takde aral yg melintang le.

So, tu le perkara yg membuatkan minggu ni sungguh sibuk bagi aku. Bukannye ape. Nak make sure betul2 semuenye berjalan lancar. Tarikh flight kene make sure betul2 sbb kalau nak tukar lepas ni akan kene charge. Pembayaran jugak kene make sure betul2. Takut kalau tersilap ape2 nanti aku jugak yg susah. Copy of passport tu pun kene make sure hantar kat alamat yg betul & gune registered post utk lebih selamat. Hmmm. Syukurlah. Semue dah beres. Tak payah nak fikir2 pasal bende ni dah. Fuhh. Lega.....

Read more...

LaMBaiaN Ka'aBaH 1425 HiJRaH

>> Thursday, January 20, 2005



Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!
Allahu Akbar!!
La Ilaha Illallahu Wallahu Akbar..
Allahu Akbar Walillahilhamd...


Pejam celik pejam celik dah tiba pun 10 Zulhijjah 1425 Hijrah tanpa disedari. Rase mcm baru minggu lepas je 1 Syawal. Cepat betul mase berlalu. Spt selalu, Raye Haji (Aidil Adha) ni tak le semeriah Raye Puasa (Aidil Fitri). Kalau kat Msia tak meriah, kat sini pun lebih kurang mcm tu le jugak. Mungkin kemeriahan Raye Haji ni hanya dirasai kat Negare2 Arab especially tanah suci Mekah je kot. Thn ni aku tak sure sameade ade tak saudara-mara aku yg gi tunaikan Haji. Maybe ade kot. Hmmm. Bile le tibe turn aku pulak ye. Heh. Umrah pun tak buat lagi. Takpe le. InsyaAllah kalau panjang umur & kalau ade rezeki dpt jugak le aku menjejakkan kaki ke Masjidil Haram tu. Hmm. Kat Ireland, Raye Haji thn ni jatuh pd hari ni, Khamis, 20 January. Kat Msia, Raye Haji jatuh pd hari Jumaat. Spt biase le. Kiteorg kat sini raye dulu. Heheheh.

Aku & ramai bebudak batch aku tak dpt gi solat sunat Aidil Adha kat Msia Hall sbb lecture pukul 9.00 - 11.00 pg. Solatnye pukul 10.00 pg. Boleh je kalau nak ponteng lecture. Tapi rase bersalah pulak nanti. Lecture penting pulak tu. Takpe le. Solat Aidil Adha tu sunat je. Belajar pulak Fardhu Kifayah. Ye tak? Heheh. Tapi ade je budak yg ponteng lecture. Heheh. Tak kesah la. After lecture, lebih kurang pukul 11.00 pg, kiteorg terus bergegas ke Msia Hall. Nak gi makan. Nasib baik le time tu org baru beratur nak makan. Kalau tak, melepas. Heheheh.

Sabtu ni bebudak rumah aku akan buat open house sempena Raya Haji dan jugak sempena 'house warming' sbb kiteorg baru je pindah. Ramai jugak la kiteorg jemput. Nak dekat 200 org. Perghh. Mcm mane le nanti yek. Sure penat gile nak layan semue org. Kalau semue org dtg serentak lagi le teruk. Hekhekhek. So, kpd bebudak Dublin yg dijemput, sile le hadirkan diri ke rumah kiteorg Sabtu ni k. 12 tgh sampai 6 ptg. Datang eh. Last but not least, Selamat Hari Raya Aidil Adha 1425 Hijrah...

Read more...

TSuNaMi... UJiaN aTau HuKuMaN???

>> Wednesday, January 12, 2005



Malapetaka tsunami yg menimpa selatan benua Asia dan sebahagian kecil drp benua Afrika telah benar2 menggemparkan satu dunia. Kejadian ini berlaku sehari lepas perayaan Krismas oleh penganut2 Kristian iaitu pd 26 December 2004. Hampir 150,000 nyawa terkorban dan ratusan ribu lagi kehilangan saudara-mara dan tempat berlindung. Bencana yang dikatakan paling teruk selepas 40 tahun ini adalah antara yg terhebat dan akan terus terpahat dalam sejarah kehidupan manusia. Negara2 yg ditimpa dek bencana ini adelah Indonesia, Sri Lanka, India, Myanmar, Bangladesh, Thailand dan jugak Malaysia. Indonesia terutamanya Banda Aceh menerima kesan yg paling teruk. 100,000 nyawa melayang.

Aku rase terkejut jugak le bile terdengar tentang kejadian ni buat pertama kali kat Sky News. Tapi time tu, aku ingat perkara ni takde le seserius mane. Ingatkan just bencana kecik je. Tapi due tige hari lepas tu, barulah aku menyedari ttg kehebatan bencana ni. Yg mengejutkan aku adelah tentang puluhan mangsa yg terkorban kat Pulau Pinang. Dah le rumah aku dekat2 je ngan sempadan Perak-Penang. So, aku terus call family aku utk bertanyakan situasi sebenar kat sana. Aku agak kaget bile mak aku beritau yg die terase gegaran yg agak kuat sewaktu kejadian tu. 3 minit lamenye. Pd mulenye die agak risau le. Ingatkan ade ape2 kerosakan kat rumah tu sbb secare kebetulannye rumah aku tgh di’renovate’ time tu. Terus mak aku lari keluar rumah. Rupe2nye, jiran2 lain pun turut same keluar rumah. Dieorg pun turut rase gegaran tu & takut nak stay dlm rumah. Takut ape2 jadi. Hmm. Tak sangke. Gempa bumi yg berpunca dari dasar laut Barat Laut pulau Sumatera tu boleh jugak dirasai sampai ke Malaysia. Bukan saje pantai barat semenanjung, tapi pantai timur spt Kelantan pun turut merasai gegaran yg same. Kuat betul gempa bumi dasar laut yg menyebabkan tsunami tu. Sampai ke benua Afrika (Somalia) pun turut menerime kesannye.

Teringatkan Banda Aceh, aku berasa amat sedih sbb ramai umat Islam terkorban kat situ. Ratusan ribu. Kanak2 yg jadi anak yatim pun turutlah ramai kan. Hmmm. Kadangkala aku terfikir la jugak. Malapetaka yg menimpa ni, adakah ianya sekadar ujian dari Allah SWT atau adakah ianya hukuman dari-Nya kerana kelalaian umat Islam menjalankan perintah-Nya dan jugak melanggar larangan-Nya. Kalau ikutkan sejarah, Banda Aceh ni dulu terkenal sbg tempat kuatnya Islam bertapak sehingga ianya dikenali sbg Serambi Mekah. Namun, aku ada terbaca satu artikel yg menyatakan bahawa sebahagian penduduknya masih lagi mengamalkan perbuatan syirik dgn mengadakan pesta memuja2 makam seorang wali Allah iaitu Teunku Syah yg dikatakan membawa masuk ajaran Islam ke bumi Aceh, walaupun pesta tu telah pun dilarang oleh sebahagian lagi penduduknya. Kat Penang pun, kejadian maksiat semakin berleluasa skarang ni. Mungkin kerana ni lah Allah SWT turunkan bala. Bala Allah SWT spt yg kita tahu tidak hanya tertumpu kepada mereka yg melanggar larangan-Nya, tetapi yg tidak bersalah pun akan turut merasainya kerana sikap tidak nasihat-menasihati antara satu sama lain. Namun, satu perkara yg membuatkan aku berasa insaf adalah keteguhan beberape masjid yg tidak mengalami kesan buruk akibat kejadian tsunami ni walaupun ribuan rumah di sekeliling masjid2 tersebut ranap sama sekali kerana disapu oleh gelombang air laut yg selaju 700 km sejam dan setinggi 10 meter. Salah satu drp masjid2 tu adalah Masjid Baiturrahman di Banda Aceh yg berusia 710 tahun. Subhanallah. Hanya Allah SWT yg tahu bagaimana masjid2 tu masih tetap utuh. Namun hakikatnya, bukan sahaja masjid2 yg terselamat. Kuil2 Hindu, patung2 Buddha dan salib di salah satu gereja jugak dikatekan terselamat. Ada pihak mengatekan keutuhan bangunan2 tersebut dan jugak salib tu adalah kerana structurenye yg dikatekan sangat kuat dan tidak mampu dirosakkan oleh sebarang bencana. Hmmm. Hanya Allah SWT saje yg tahu jawapannye. Allahu Akbar!!

Tsunami 2
Masjid Baiturrahman yg masih utuh dikelilingi oleh ribuan rumah yg telah ranap

Berikut adalah beberape perkara yg mungkin dapat dijadikan renungan buat diri kita:
a) Malawati, seorang muslimah dari Aceh yang berusia 23 tahun terselamat dari bencana tsunami setelah berpaut pada pokok nipah selama enam hari di lautan Hindi. Beliau ketika tsunami menyerang sedang berlari menuju ke masjid.
b) Rizal Shahputra, muslim dari Aceh yang berusia 20 tahun, terapung selama sembilan hari di tengah lautan Hindi berpaut pada pokok kelapa, tidak meninggalkan solat walau satu waktu pun sepanjang tempoh terapung di lautan. Beliau ketika tsunami menyerang, sedang membina masjid.
c) Dua orang kanak-kanak di Sri Lanka menjadi yatim piatu apabila ibu bapa menjadi mangsa korban tsunami. Kedua kanak-kanak ini berada di masjid ketika tsunami menyerang rumah mereka.
d) Masjid di Kampung Masjid Terapong, Tanjung Bungah, Pulau Pinang tidak mengalami kerosakan bahkan dikatakan lantai dan permaidaninya kering, walhal rumah di sekeliling dilanda ombak besar.
e) 26 Dec 1932 – Gempa bumi berlaku di China membunuh 70,000 nyawa. 26 Dec 1939 – Gempa bumi 7.9 Richter berlaku di Wilyah Erzincan, Turki membunuh 41,000 nyawa. 26 Dec 2003 – Gempa bumi 6.5 Richter berlaku di Wilayah Bam, Iran membunuh 45,000 nyawa. 26 Dec 1996 - Ribut Greg di Keningau, Sabah yg meragut beratus nyawa. 26 Dec 2004 – Gempa bumi dan tsunami yg meragut 150,000 nyawa di selatan benua Asia dan sebahagian kecil benua Afrika. Adakah persamaan tarikh kejadian2 ini hanya sekadar kebetulan sahaja??

Read more...

WiNTeR 2004 (LoNDoN, UK) (TRaVeLoGue LeNGKaP)

>> Friday, January 07, 2005



Aku, Hafizuddin & Rizal mengisi masa cuti winter kiteorg dgn melancong ke London. Kiteorg bertolak ke London on 30 December 2004 & balik semule ke Dublin on 5 January 2005. Ini adalah kali kedua aku ke London. Pengalaman kali kedua di London sudah semestinye tak sama dengan pengalaman kali pertama iaitu sewaktu December 2002. Semangat aku utk ke London kali ni takde le melonjak2 sangat spt sewaktu first time pergi dulu. Tapi bagi Rizal & Hafizuddin, dieorg mcm betul2 excited sbb ni adelah first trip dieorg ke London. Heheh. Kiteorg bertige lepak kat hostel Apen, member aku kat Kolej MARA Banting dulu. Die adelah student Engineering kat Imperial College London. Hostel d terletak jauh jugak la dari London city centre iaitu kat Zon 3.

Kiteorg sampai kat London Stansted Airport lebih kurang kul 12 tgh mlm. Sepatutnye sampai lagi awal. Tapi sbb flight delayed, kiteorg sampai lewat. Agak tensi jugak la. Dari airport, kiteorg naik bus ke Stratford. Kat situ, Apen ambik kiteorg & die bawak kiteorg ke hostel die dgn naik 4 bus. Underground tube dah tak beroperasi time tu. Ye la. Dah kul 1 pagi dah. Perjalanan dgn naik 4 bus mmg tersangatlah memenatkan. Sampai2 hostel die je, kiteorg berborak2 dulu sampai kul 5 pg. Then, kiteorg tidur kepenatan.

Esoknye, kiteorg mulekan perjalanan mengelilingi London. London adelah ibu negara United Kingdom & merupakan bandaraya terbesar di Europe. 7 juta org tinggal di sini. Kiteorg travel around London dgn menggunakan public transport Underground Tube. Kiteorg beli tiket Underground Tube utk 7 days bagi Zon 1,2,3 yg berharge lebih kurang £24. Utk 3 hari pertame, aku menjadi tourist guide bagi bebudak 2 org tu. Nasib baik le aku still ingat lagi cara utk ke tempat2 tourist attraction. Apen tak dpt ikut skali sbb die kene siapkan assignment die. Tempat2 yg kiteorg singgah pd siang hari ialah Royal Albert Hall, Imperial College, Kensington Park & Hyde Park. Royal Albert Hall ni adelah salah satu concert hall yg terkenal di dunia. Siti Nurhaliza adalah artis Asia yg kedua yg membuat persembahan kat sini lepas Lata Mangeshkar, penyanyi dari India. Imperial College adalah university yg terkemuka kat London. Apen blajar kat situ. Kensington Park & Hyde Park pulak adalah 2 public park yg paling famous kat London. Kecantikan Kensington Park mmg mengasyikkan. Kat sinilah terletaknye Kensington Palace iaitu tempat tinggal Puteri Diana sebelum kematiannya, Peter Pan Statue, tasik & banyak lagi attractions. Achilles Statue terdapat di Hyde Park.

Royal Albert Hall, London, UK
Royal Albert Hall, London, UK


Imperial College, London, UK
Imperial College, London, UK


Kensington Park, London, UK
Kensington Park, London, UK


Kensington Palace, London, UK
Kensington Palace, London, UK


Statue Peter Pan kat Kensington Park, London, UK
Statue Peter Pan kat Kensington Park, London, UK


Hyde Park, London, UK
Hyde Park, London, UK


Statue Achilles kat Hyde Park, London, UK
Statue Achilles kat Hyde Park, London, UK

Sebelum malam menjelma, kiteorg ke Marble Arch utk bergambar. Mlmnye, kiteorg ke Restoran Mawar utk makan malam. Restoran ni terletak kat Edgware Road, kawasan di mana terdapat banyak restoran2 halal. Restoran Mawar ni adelah Malaysian restaurant yg paling terkenal kat kota London. Harga2 makanan kat restoran ni ok la. 3 lauk baru £5. Lepas makan, kiteorg gi window shopping kat Oxford Street, jalan shopping yg utama kat London. Kemudian, kiteorg pergi ke Tower of London, Tower Bridge, London Bridge & Monument utk menikmati suasana malam kat tempat2 tu. Destinasi seterusnya ialah Piccadilly Circus. Kat sini terdapat satu papan iklan neon yg paling glamer kat London kerana ianya adalah papan iklan neon yg pertama di London. Lepas bergambar kat situ, kiteorg terus ke London Eye yg terletak berhampiran dgn Big Ben & Houses of Parliament utk menyaksikan percikan firework selame 10 minit sempena New Year. Gempaq gile. Kagum aku tengok. Habis je firework tu, semue org berpusu2 nak balik. Kiteorg stuck nak dekat satu jam kat tube station Westminster. Last2, kiteorg lari ke tube station lain (Embankment) yg tak jauh sgt dari situ. Kat sini kurang sikit org. Sampai2 je hostel Apen, kiteorg terus terlentang kepenatan.

Marble Arch, London, UK
Marble Arch, London, UK


Restoran Mawar, London, UK
Restoran Mawar, London, UK


Malam di Oxford Street, London, UK
Malam di Oxford Street, London, UK


Tower Bridge di Waktu Malam, London, UK
Tower Bridge di Waktu Malam, London, UK


Malam di atas Tower Bridge, London, UK
Malam di atas Tower Bridge, London, UK


Malam di Piccadilly Circus, London, UK
Malam di Piccadilly Circus, London, UK


Big Ben di Waktu Malam, London, UK
Big Ben di Waktu Malam, London, UK


Percikan firework, London Eye, London, UK
Percikan firework, London Eye, London, UK

Keesokannye, kiteorg pusing2 London utk hari kedue. Pertama skali, kiteorg ke Buckingham Palace. Ianya adalah kediaman rasmi Queen of England. Seterusnya, kiteorg ke Leicester Square & China Town yg terletak berdekatan antara satu sama lain. Leicester Square ni adalah pusat hiburan yg famous di London di mana terdapatnye banyak nightclubs & cinemas. Kat Leicester Square ni jugak terdapat satu kedai souvenir yg mempunyai cuckoo clock yg besar. Setiap satu jam, cuckoo clock tu akan berbunyi. Agak menarik jugak la. Kat pintu masuk kedai tu ade tulis ‘SWITZERLAND’. Aku pun taktau ape significantnye. Hehe. China Town pulak adalah kawasan di mana terdapatnye banyak kedai2 yg dimiliki oleh org2 Cina kat London. Kemudiannye, kiteorg pergi ke Trafalgar Square yg menjadi tempat rekreasi pelancong2 & jugak Londoners yg turut menjadi tempat burung2 merpati mencari makanan. Heheh. Lokasi terakhir kiteorg utk hari ni ialah Madame Tussaud’s & Planetarium. Madame Tussaud’s adalah wax museum yg terkenal di London. Kerja2 membuat patung lilin ni dimulakan oleh pompuan yg bername Madame Tussaud pd tahun 1835. Skarang ni, dlm museum tu, ade banyak patung2 raja2, politicians, celebrities & ahli2 sukan dunia yg diperbuat dari lilin. Nampak seakan2 real. Berbaloi jugak la masuk walaupun harga tiketnye agak mahal iaitu £17. Banyak gile bergambar kat dlm tu. Berhampiran dgn Madame Tussaud’s adalah London Planetarium. Kiteorg boleh gunakan tiket Madame Tussaud’s utk masuk ke planetarium tu.

Buckingham Palace, London, UK
Buckingham Palace, London, UK


Depan Buckingham Palace, London, UK
Depan Buckingham Palace, London, UK


Leicester Square, London, UK
Leicester Square, London, UK


Souvenir Shop Switzerland kat Leicester Square, London, UK
Souvenir Shop Switzerland kat Leicester Square, London, UK


China Town, London, UK
China Town, London, UK


Trafalgar Square, London, UK
Trafalgar Square, London, UK


Trafalgar Square, London, UK
Trafalgar Square, London, UK


Trafalgar Square, London, UK
Trafalgar Square, London, UK


Merpati di Trafalgar Square, London, UK
Merpati di Trafalgar Square, London, UK


Madame Tussaud's and Planetarium, London, UK
Madame Tussaud's and Planetarium, London, UK


Dalam Madame Tussauds, London, UK
Dalam Madame Tussauds, London, UK


Dalam Madame Tussaud's, London, UK
Dalam Madame Tussauds, London, UK

Mlmnye, kiteorg makan kat kedai Cina Halal kat Bayswater. Tak berbaloi makan kat sini. Tak berape sedap. Sebelum makan, aku secare tibe2 mendapat sms dari Amer Syaker, member aku kat MRSM Taiping dulu yg kini study kat Oxford University. Die ade bersame dgn Nizam Hafiz yg jugak member aku kat MRSM Taiping yg kini study kat Chicago, US. Hafiz tanya sama ade boleh tak die bermalam kat rumah Apen mlm tu sbb die takde accommodation for that night sbb Amer terpakse balik Oxford mlm tu jugak. So, aku pun gi le jumpe dieorg kat tube station Paddington yg terletak berdekatan dgn tube station Bayswater utk jemput Hafiz. Dah lame gile tak jumpe si Amer tu. Sejak habis SPM 1999 le kot. 5 tahun beb. Si Hafiz tu aku dah jumpe dah beberape hari sebelum aku ke London. Die dtg Dublin. Lepak umah cousin die, Fazween, yg kebetulan budak kelas aku kat UCD. Hmm. Kecik btul dunie. Heheheh. Hafiz akan balik semule ke Chicago, US pd hari lusenye.

Bersama Nizam Hafiz & Amer Syaker
Bersama Nizam Hafiz & Amer Syaker

Hari ketigenye, kiteorg & Hafiz berpecah. Die pergi ke tempat2 yg die belum pergi & begitu jugak dgn kiteorg bertige. Mule2 skali, kiteorg ke Big Ben & Houses of Parliament. Bangunan ni adalah antara mercu tanda utama London. Houses of Parliament ni sebenarnye telah digunakan sejak kurun ke-16 lagi. Dah lame gile kan? Big Ben adalah clock tower yg bercantum dgn bangunan parliament tu. Ianya mempunyai loceng seberat 14 tonne. Berat gile. Heheh. Westminster Abbey yg dibina pada kurun ke-11 lagi terletak berdekatan dgn bangunan parliament tu. Ianya adalah simbol kuasa agama di England. Ianya jugak adalah gereja utama dan tertua di London. Upacara pertabalan & perkahwinan diraja dilakukan kat sini. London Eye terletak berdekatan dgn Big Ben & Houses of Parliament. Ianya adalah ferris wheel yg tertinggi di dunia. Pemandangan seluruh London boleh dilihat dgn menaikinye. Full turn ambik masa 30 minit. Tapi kiteorg tak naik la. Tiket mahal. Hehe. London Aquarium dekat je dgn London Eye. Tapi kiteorg tak masuk la. Malas. Lepas tu, kiteorg naik Underground Tube utk ke Tower of London, Tower Bridge, London Bridge & Monument. Kiteorg dah ke sini dah sewaktu mlm New Year. Tapi kali ni kiteorg nak bergambar pd waktu siang pulak. Tower of London ini dibina pd tahun 1097. Ianya digunakan sbg kediaman diraja, tempat menyimpan senjata, harta, dan juga penjara kpd musuh2 diraja. Kini, Tower of London dijadikan muzium yg turut menyimpan Crown Jewels. Kemudian, kami ke Tower Bridge yg terletak berhampiran dgn Tower of London. Tower Bridge siap dibina pd tahun 1894. Bridge ni sangat menarik kerana ianya boleh dibuka kpd laluan kapal 5 kali sehari. Kiteorg meniti bridge ni utk menyeberang River Thames.

Big Ben, London, UK
Big Ben, London, UK


Houses of Parliament, London, UK
Houses of Parliament, London, UK


Westminster Abbey, London, UK
Westminster Abbey, London, UK


London Eye, London, UK
London Eye, London, UK


Tower of London, London, UK
Tower of London, London, UK


Tower Bridge, London, UK
Tower Bridge, London, UK


Tower Bridge Dibuka Utk Laluan Kapal, London, UK
Tower Bridge Dibuka Utk Laluan Kapal, London, UK


Di Atas Tower Bridge, London, UK
Di Atas Tower Bridge, London, UK

Setelah itu, kiteorg berjalan menyusuri Queeswalk sampailah ke London Bridge. London Bridge ni takde ape yg best pun. Biase je. Taktau le sbb ape ianya dinamekan London Bridge. Kiteorg menyeberang semule River Thames ni dgn meniti London Bridge. Monument terletak berdekatan dgn London Bridge. Tak pasti sgt pasal sejarah Monument ni. Then, kiteorg ke St Paul’s Cathedral. Cathedral ni adalah antara cathedral yg terkenal kat London. Upacara pengkebumian Sir Winston Churchill pd tahun 1965 & perkahwinan Prince Charles & Princess Diana pd tahun 1981 dilakukan di sini. Domnya adalah kedua terbesar di dunia selepas St Peter’s di Rome. Kiteorg kemudiannye berjalan ke Millennium Bridge yg terletak kat depan St Paul’s Cathedral tu. Ianya dibina untuk menyambut millennium baru pd tahun 2000. Lepas tu, kiteorg pergi ke Hard Rock Cafe. Aku tak beli ape2 kat Hard Rock Cafe. Aku bukannye Hard Rock Cafe's collector pun. Malas le nak spend duit kat sini. Mahal nak mampus harge barang2 die. Hafizuddin je yg spend duit kat sini. Die belanje almost £40 kat sini. Gile ahh. Mlmnye, kiteorg makan kat kantin Malaysia Hall. Murah jugak la harga makanan2 kat sini. 3 lauk termasuk air sirap baru £4.30. Malaysia Hall ni baru je dipindahkan. Sebelum ni, Malaysia Hall terletak dekat dgn Marble Arch. Malaysia Hall yg baru ni terletak dekat dgn Bayswater, yg agak berdekatan jugak dgn MARA Hostel.

London Bridge, London, UK
London Bridge, London, UK


St Paul's Cathedral, London, UK
St Paul's Cathedral, London, UK


Perkahwinan Prince Charles & Princess Diana di St Paul's Cathedral, London, UK
Perkahwinan Prince Charles & Princess Diana di St Paul's Cathedral, London, UK


St Paul's Cathedral dari Millenium Bridge, London, UK
St Paul's Cathedral dari Millenium Bridge, London, UK


Hard Rock Cafe, London, UK
Hard Rock Cafe, London, UK

OK. Hari keempat, Hafizuddin pulak yg bawak jalan berpandukan buku London guide yg die baru beli semlm. Antara tempat2 yg kiteorg gi hari ni adelah National History Museum, Victoria & Albert Museum, Science Museum, Covent Garden Market, British Museum & due atau tige tempat lagi yg aku tak ingat namenye. Kiteorg tak lame dlm museum2 tu. Just bergambar kat depan & sempat spend mase 20 minit je dlm setiap museum kecuali Science Museum. Kiteorg just bergambar kat luar aje. Mlmnye, kiteorg makan dinner kat kantin Malaysia Hall lagi. Lepas makan, kiteorg gi Harrods. Pemilik Harrods ni adalah org Islam. Mungkin ramai yg tak tau. Hehe. Time tu kat Harrods tgh ade sale. So, aku pun beli le satu souvenir yg agak murah utk mak aku. Heheheh.

National History Museum, London, UK
National History Museum, London, UK


Covent Garden Market, London, UK
Covent Garden Market, London, UK


British Museum, London, UK
British Museum, London, UK


Harrods, London, UK
Harrods, London, UK

Hari kelimenye, kiteorg ke Greenwich utk ke Royal Observatory, tempat yg menjadi pengukur kepade longitude bumi dan jugak world time. Longitudenye adelah 0 degree. Tempatnye terletak kat atas bukit. Penat jugak la kiteorg mendaki. Tapi takde la tinggi sangat. Lepas tu, kiteorg ke London Dungeon, Shakespeare’s Globe Theatre, Westminster Cathedral, Victoria Bus Station, Tate Gallery & shopping souvenir kat Oxford Street. Banyak duit habis utk shopping souvenir. Tapi takpe la. Aku maybe takkan ke London lagi lepas ni. Heheeheh. Lepas shopping, kiteorg makan malam kat kantin Malaysia Hall utk kali ketige.

Royal Observatory Greenwich, London, UK
Royal Observatory Greenwich, London, UK


Royal Observatory Greenwich, London, UK
Royal Observatory Greenwich, London, UK


Royal Observatory Greenwich, London, UK
Royal Observatory Greenwich, London, UK


London Dungeon, London, UK
London Dungeon, London, UK


Shakespeare Globe Theatre, London, UK
Shakespeare Globe Theatre, London, UK

Pada hari terakhir kat London, kiteorg gi makan tgh kat kantin Malaysia Hall. Lepas makan, kiteorg gi bergambar kat Sherlock Holmes Museum & London Central Mosque. Kiteorg solat Zohor & Asar kat London Central Mosque sebelum ambik bus ke Stansted Airport. Dari Stansted Airport, kiteorg naik flight Ryanair utk kembali ke Dublin Airport.

Malaysia Hall, London, UK
Malaysia Hall, London, UK


London Central Mosque, London, UK
London Central Mosque, London, UK

So, tu le serba sedikit pengalaman aku kat London bersame2 dgn Hafizuddin & Rizal. So, makaceh banyak2 ye Apen sbb sudi tumpangkan aku & member2 aku kat hostel ko. Sorry sbb kiteorg tak sempat nak masak utk ko. Hekhekhek. Dtg le Dublin. Nanti aku masak spesel utk ko. :P

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP