SPRiNG iN NeW ZeaLaND - PaRT IV (AuCKLaND II)

>> Tuesday, November 12, 2013



Selepas menghabiskan masa hampir sejam di Sky Tower, aku meneruskan langkah untuk ke destinasi seterusnya iaitu Auckland Civic Theatre yang terletak di Queen Street. Auckland Civic Centre adalah sebuah movie theatre lama yang bercirikan senibina unik Moorish Revival. Bangunan ini siap dibina sepenuhnya & mula dibuka pada tahun 1929. Ia mempunyai kerusi penonton sebanyak 2,378. Ianya adalah antara bangunan-bangunan lama & warisan utama bandaraya Auckland. Bangunan Auckland Civic Theatre ini terdapat dalam salah satu scene di dalam filem King Kong keluaran tahun 2005 arahan pengarah dari New Zealand yang terkenal, iaitu Peter Jackson. Di dalam filem tersebut, bangunan ini digambarkan sebagai New York Theater dalam era 1920-an.

Auckland Civic Theatre, Auckland

Tidak jauh dari Auckland Civic Theatre, terletak sebuah bangunan cantik yang bercirikan senibina Italian Renaissance Revival, iaitu Auckland Town Hall. Ia adalah antara bangunan bersejarah di bandaraya Auckland yang mula digunakan sebagai pusat pentadbiran bandaraya ini sejak ianya siap dibina lagi pada tahun 1911. Bersebelahan dengan Auckland Town Hall adalah Aotea Square, large paved public area yang sering digunakan untuk upacara-upacara open-air concerts, gatherings, protest rallies dan sebagainya.

Auckland Town Hall, Auckland

Auckland Town Hall, Auckland

Aotea Square, Auckland

Aotea Square, Auckland

Aotea Square, Auckland

Aku kemudiannya berjalan menuju ke Albert Park, sebuah scenic park yang terletak di tengah-tengah bandaraya Auckland, bounded by Wellesley Street East, Princes Street, Bowen Avenue & Kitchener Street. Albert Park adalah sebuah taman yang cantik. Aku agak bertuah kerana datang ke sini ketika Musim Bunga. Maka dapatlah aku melihat pelbagai jenis bunga yang sedang mekar berkembang di dalam Albert Park ini. Cantik-cantik belaka semuanya. Di dalam taman ini juga terdapat fountain & statue Ratu Victoria yang diperbuat daripada gangsa. Tidak jauh dari Albert Park, terletak University of Auckland, universiti yang terbesar di seluruh New Zealand & juga merupakan universiti yang terbaik di negara ini. Ianya mula dibuka pada tahun 1883 & pada masa kini mempunyai lebih daripada 40,000 orang pelajar.

Albert Park, Auckland

Albert Park, Auckland

Albert Park, Auckland

Albert Park, Auckland

Albert Park, Auckland

Albert Park, Auckland

Albert Park, Auckland

Albert Park, Auckland

University of Auckland, Auckland

Ketika aku sedang berlegar-legar di persekitaran University of Auckland, hari sudah mulai senja. Matahari mula hendak melabuhkan tirainya. So, aku mengambil keputusan untuk pulang semula ke hostel tadi. Lagipun jam sudah menunjukkan pukul 7.00 petang. Pukul 8.00 malam nanti kawan aku, Raja akan menunggu aku di depan hostel untuk keluar makan malam bersama. So, aku pun cepat-cepat bergegas jalan kaki pulang ke hostel. Matahari melabuhkan tirainya di bumi Auckland sekitar pukul 7.40 petang pada hari itu. Pada waktu itu bumi Malaysia baru pukul 2.40 petang.

Setelah aku tiba di hostel, aku pun terus menyelesaikan baki wang penginapan hostel tu & kemudiannya terus check-in di bilik yang aku telah book. Aku ambil semula baggage aku yang aku letakkan di luggage room pagi tadi. Aku berkongsi bilik dengan 3 orang backpackers yang lain. Selepas mandi, aku pun terus turun ke bawah untuk menunggu kedatangan Raja. Beberapa minit selepas menunggu, kelibatnya sudah kelihatan. Aku lantas menegurnya. Hahaha. Dah lebih 3 tahun aku tak berjumpa dengannya. Makin berubah dah dia hasil daripada gym training yang sangat ketat. Makin sasa. Aku pulak makin berisi. Kihkihkih. Selepas bersalaman dengannya, aku dibawa berjalan kaki ke sebuah Mexican Restaurant untuk dinner sekali dengan apartment matesnya, pasangan suami isteri yang turut berkerja di hospital yang sama dengannya. Kiteorang akan berjumpa dengan dieorang kat restoran tu. Aku pada mulanya berasa segan kerana aku belum pernah berjumpa dengan dieorang berdua. Kalau boleh aku nak jumpa dieorang esok saja, bila aku dah stay kat apartment dieorang bertiga. Aku kan pemalu orangnya. Hihihih. Akan tetapi, Raja begitu gigih meyakinkan aku yang dieorang berdua itu sangat OK & sangat ramah. Dieorang berdua yang insist nak join sekali dinner malam tu. So, aku pun ikut je la. Takkan nak tolak kot.

Sepanjang perjalanan berjalan kaki ke Mexican Restaurant yang mengambil masa lebih kurang 15 minit tu, aku & Raja sempat catch up banyak cerita-cerita setelah 3 tahun tak berjumpa. Cerita-cerita lama pun dikorek sekali. Kiteorang ni memang kuat bergossip sebenarnya. Hahaha. Raja atau nama penuhnya Raja Azmin adalah rakan sekelas aku sewaktu belajar Perubatan di University College Dublin, Ireland dulu. Kiteorang berdua memang rapat. Selepas dia graduate pada tahun 2008, dia berkerja selama setahun di salah sebuah hospital di Ireland. Kemudian, dia menghantar permohonan untuk bekerja di New Zealand. Alhamdulillah, permohonannya diterima. So, pada tahun 2010, dia pun berpindah ke New Zealand & mula berkerja di hospital di bandaraya Hamilton sebelum berpindah ke Auckland pada tahun 2011. So far dia belum ada plan nak balik bekerja di Malaysia lagi. Mcm nak tinggal terus kat sana je. Hehehe.

Bila kami berdua tiba di Mexican Restaurant yang dimaksudkan, kami pun menunggu ketibaan couple dua orang tu. Lebih kurang selepas 10 minit menunggu sambil berborak-borak, dieorang berdua pun sampai. Raja terus memperkenalkan dieorang berdua kepada aku. Si isteri namanya Natalie, doktor registrar Paediatric (kanak-kanak) & si suami pulak namanya Elliot, doktor registrar Psychiatry. Natalie sebenarnya berasal dari Seychelles, negara kepulauan yang terletak di Lautan Hindi. Dia adalah daripada keturunan India. Dia dulu belajar Perubatan di University of Otago di Dunedin, South Island sebelum bekerja di Auckland. Sementara Elliot pulak adalah orang tempatan Auckland, New Zealand. Akan tetapi, keluarganya berasal dari Amerika Syarikat sebelum berhijrah ke New Zealand ketika dia masih kecil. Dia dulu belajar Perubatan di University of Auckland. Seperti yang Raja mentioned earlier, diaorang berdua ni memang ramah-tamah & kelakar. So, takde la aku rasa segan-silu & bosan. Hehehe. Banyak perkara yang kami bualkan. Memang best laa dapat berkenalan dengan dieorang, sambil dibelanja makan Mexican food. Heheheh. Aku & Raja order makanan yang halal dimakan, of course. Pegangan agama Islam tetap dipegang walau di mana kiteorang berada.

Lepas selesai makan, aku dibawa singgah ke apartment dieorang di The Docks yang terletak lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari Mexican Restaurant tadi. Saja je singgah so that awal pagi esok aku boleh terus angkat barang-barang aku ke apartment dieorang tanpa menyusahkan dieorang. Apartment dieorang agak selesa. Cuma semak sedikit sebab Natalie & Elliot baru sahaja balik dari percutian mereka di rumah Natalie di Seychelles 3 hari lepas. Lepas melihat-lihat apartment dieorang, aku pun terus balik ke hostel. Apabila tiba di hostel, aku menjadi bosan sebab malam masih muda. So, aku mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Viaduct Basin untuk bergambar malam di situ. Suasana malam di sekitar Viaduct Basin memang indah di waktu malam. Diserikan dengan panorama Sky Tower yang disinari cahaya berwarna pink pada malam itu. Warna Sky Tower pada waktu malam sering berubah-ubah mengikut tema. Aku tidak pasti apa pulak temanya ketika itu.

Panorama Sky Tower dari Viaduct Basin, Auckland

Panorama Sky Tower dari Viaduct Basin, Auckland

Lepas puas menikmati udara malam yang sememangnya amat sejuk di sekitar Viaduct Basin tu, aku pun terus pulang semula ke hostel untuk berehat. Waktu sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Akan tetapi, mata aku masih belum mengantuk lagi. Aku masih jetlag lagi nampaknya. Ye la. Malaysia pada waktu tu baru pukul 7.00 malam. Sleep cycle aku masih mengikut waktu Malaysia. So, camne nak rasa mengantuk? Hehehe. So, apa yang aku buat, aku lepak-lepak di hadapan satu bank berdekatan dengan hostel untuk surf internet memandangkan aku boleh log-in wifi secara free kat situ. Kat hostel, wifi NZ$3 per hour. Bazir duit aku je. Lebih kurang pukul 1.30 pagi, aku pun ambil keputusan untuk balik ke hostel memandangkan suhu sudah makin sejuk. Pada waktu tu, suhu dah mencecah 10 darjah celcius. Brrrrr. Aku baringkan diri aku atas katil & cuba lelapkan mata. Alhamdulillah, lebih kurang sejam lepas baring-baring, aku pun mula dibuai mimpi.

Bersambung...

6 buah komen:

Naramas Aman Wednesday, November 13, 2013 at 8:11:00 AM GMT+8  


Datang ke sini ketika Musim Bunga memang bertuah. Dapat lihat keindahan bunga-bunganya.

Saya pun jalan kaki saja masa ke sini dulu.

Time Traveller Saturday, November 16, 2013 at 9:07:00 AM GMT+8  

Kenapa saiz kambing tu besar macam lembu hahahaa...

Cantik tempat2 kat Auckland tu.. moga suatu hari nanti dapat ke sana jua :D

murahmurah shop Friday, December 13, 2013 at 10:55:00 AM GMT+8  

Baca cerita saudara ni, terus teruja nak travel :)

cara mengatasi nyeri leher dan bahu Friday, August 14, 2015 at 11:34:00 AM GMT+8  

.I really like the content in this website, are all new things and new lesson for us this very increase knowledge becomes more widely,

cara mengatasi nyeri leher dan bahu

cara mengatasi penyakit ispa pada anak Monday, October 26, 2015 at 2:19:00 PM GMT+8  

after reading the information turned out to be very interesting, continue continue gan
good luck

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP