aWaN NaNo...

>> Saturday, July 23, 2011



Lagu AWAN NANO nyanyian Hafiz ni sebenarnya dah beberapa bulan sudah ke udara di corong2 radio & jugak tv. Hati aku tiba2 je tertarik utk menyelami erti kata lirik lagu ni, lebih2 lagi lepas lagu ni dinobatkan sebagai LAGU TERBAIK MALAYSIA & juga KESELURUHAN dalam ANUGERAH PLANET MUZIK 2011 yg berlangsung minggu lepas di kota Singapura. Melodi lagu ini dicipta oleh komposer ternama yg amat aku minati, iaitu Datuk M. Nasir, sementara liriknya pula dihasilkan oleh penulis baru dalam dunia seni, iaitu Buddhi Hikayat.

Lirik lagu ni sebenarnya amat puitis & agak susah utk difahami kalau tidak dikaji sedalam-dalamnya. Apa yg dapat aku simpulkan drp lirik lagu ini ialah AWAN NANO itu boleh diumpamakan seperti kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Sebagai awan pelindung, walaupun hanya sebesar nano, si ayah tetap sentiasa memberi perlindungan kepada anaknya drp segala macam mala petaka. Itulah pengorbanan yg tak terhingga drp seorang ayah yg sampai bila2 tidak akan terbalas oleh si anak. Kasih sayangnya tiada banding & tiada taranya. Dan dia tidak mengharapkan apa2 balasan pun atas jasa2nya itu. Sedih pulak rasanya bila teringatkan betapa besarnya pengorbanan yg ayah aku lakukan selama 29 tahun aku hidup di muka bumi ni. Sampai ke mati tak akan terbalas jasa2nya.

Oleh itu, buat semua yg membaca entry ni, sayangilah ayah anda sementara mereka masih ada. Bak kata sebaris lirik daripada lagu ini, "kasih mereka tiada banding, setia tiada tara...". Akhir kata, selamat melayan video muzik lagu AWAN NANO nyanyian Hafiz yg aku selit kat bawah ni.


Aku bersama 'Awan Nano'ku


Hafiz & M. Nasir sewaktu menerima trofi Lagu Terbaik Keseluruhan dalam Anugerah Planet Muzik 2011




Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirku walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu


LAGU: M. NASIR
LIRIK: BUDDHI HIKAYAT





SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE


12 buah komen:

QuiNn ZhOuRa Saturday, July 23, 2011 at 4:09:00 PM GMT+8  

lagu ni memang best
tapi tak sangka pulak sampai menang lagu terbaik.

titan Saturday, July 23, 2011 at 7:21:00 PM GMT+8  

aku memang suka lagu awan nano nih. :)

tia Sunday, July 24, 2011 at 12:04:00 PM GMT+8  

jarang ada lagu puitis macam tu, video clip dia lagi.
lagi remarkable bila lagu tu keluar kat maharaja lawak. ada dua perasaan dengar lagu tu sedih dan gembira.

zida Sunday, July 24, 2011 at 7:31:00 PM GMT+8  

laaaa, memang tajuk dia awan nano ke? ingatkan dalam maharaja lawak tu dorang main2 je sebut awan nano nano ntah ape benda tu..


haahaa

tapi lagu ni memang best~

zmah Tuesday, July 26, 2011 at 1:40:00 PM GMT+8  

suka akak dengar lagu ni,,,,lalalaaaa

CikRangers (CR) Wednesday, July 27, 2011 at 9:55:00 AM GMT+8  

yeap..lagu ni memang beri maksud dan impak yg sgt2 mendalam..tgk vdeo clip dia pun dah leh paham maksud lagu tersebut..sayangilah dah hargailah jasa ayah dan ibu selagi dorang ada..mcm CR,even abah dah pergi 2 tahun,kasih syg beliau sentiasa ada dalam diri CR.. :)

Aleyn Thursday, July 28, 2011 at 2:04:00 PM GMT+8  

suka sangat lagu nih....

I luv my Abah very2 much!!!

abdul raziq Thursday, July 28, 2011 at 8:49:00 PM GMT+8  

sekarang kan dekat sekolah semua nyanyi lagu hafiz

arapink Tuesday, August 23, 2011 at 3:21:00 PM GMT+8  

kebetulan mase lagu ni mula keudara, abah kesayangan sy baru menemui Ilahi...sebab tu hingga ke hari ni bila dengar lagu ni, tak kira walau tengah memandu pasti air mata mengalir jua...

lagu ni sgt best

Anonymous Tuesday, December 27, 2011 at 3:17:00 AM GMT+8  

kalau perhatikan dan dalami lirik dia btul2, ada dua suara hati dalam lirik ni.. memula suara hati anak dia pastu baru suara hati ayahnya..

Anonymous Thursday, March 21, 2013 at 12:30:00 PM GMT+8  

http://technologiesuae.com/#rx many xanax bars kill you - fake xanax 2mg bars

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP