OK. Today is my last day in Medical Posting. Mcm tak percaya je yg aku dah habis posting ni after being extended for few months. Walaupun diextend, aku sebenarnya tak kisah sgt pun, sbb lagi byk benda yg aku boleh belajar. Lagipun, medical department adalah department yg paling banyak menampung pesakit, iaitu hampir separuh drp jumlah pesakit kat hospital. Terlalu byk pengalaman yg boleh diperolehi. Tak sia2.
Apa2 pun, aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kpd semua staff dalam Medical department (Ketua Jabatan, Specialists, Medical Officers, my dear HO colleagues & staff nurses). Terima kasih yg special aku ucapkan buat semua staff nurses, sbb dieorg la org2 yg paling rapat dgn housemen. Byk benda yg aku belajar drp dieorg. Mintak maaf la kalau selama ni aku ada terkasar bahasa ke ape ke. Kalau aku terkasar bahasa, itu tandanya aku tgh stress. Takde niat sebenarnya nak marah sesuka hati. Heheh. Sorry eh semua..
To all Medical Officers, specialists & Ketua Jabatan, thanx a lot guys for all the knowledge u've been giving me all this while. I wish u guys all the best in your future. May our paths cross again sometimes in the future.. And to all my fellow HO colleagues yg still dalam medical posting, selamat menempuh segala onak ranjau dalam medical ye. :)
Posting aku yg seterusnya ialah Orthopaedics. Hopefully I can get through it in 4 months without any trouble. Doa2kan ye. :)
SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE
OK. Dalam entry hari ni, aku nak sentuh sikit pasal drama series yg pada masa kini menjadi bualan ramai org. Tak lain tak bukan, drama series JUVANA yg disiarkan kat TV3 setiap hari Isnin jam 9.00 malam. Walaupun adakalanya aku terlepas menyaksikan episod2 drama series ni disebabkan jadual oncall, aku tidak melepaskan peluang utk menonton secara online di website malaymoviesfull.blogspot.com. Mana boleh miss beb!! Best gile kot crite ni.
Drama series ni mengisahkan tentang Daim yg dimasukkan ke dalam sekolah juvana atas tuduhan membunuh maknya sendiri. Kat dalam sekolah ni, dia terpaksa berhadapan dgn bermacam2 karenah pelajar2 yg rata2nya samseng & suka membuli terutamanya si Botak. Geram gile aku dgn si Botak tu. Rasa nak sekeh2 je kepala dia. Cikgu2 kat dalam sekolah ni jgk menghadapi macam2 dugaan utk mendidik bebudak ni, terutamanya Cikgu Zakiah, seorang cikgu kaunseling wanita yg dah lama bercita2 nak mengajar di sekolah juvana.
Anyway, tahniah & terima kasih kpd pengarah, penulis skrip, penerbit, pengarah, pelakon2 & kesemua yg menjayakan drama series ni. One of the best Malay drama series ever on tv. Diharapkan akan banyak lagilah drama2 Melayu yg berkualiti & mengandungi banyak mesej spt drama series Juvana ni. Lagu tema dia (Babak Terakhir nyanyian Drama Band) pun best jgk. Layaaan.. :)
Trailer JUVANA
SILA KLIK BANNER INI UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA KOLEKSI TRAVELOGUE
Ini sebenarnya adalah entry ulangan jugak. Maybe ada yg belum lagi membacanya. Saya je aku nak share sikit pengalaman travel aku kat salah sebuah negara rantau Balkan yg aku kunjungi 3 tahun yg lalu (Mei 2008). Negara tersebut tak lain tak bukan, negara yg diberi nama Bosnia & Herzegovina. It is one of the countries in Europe that I fell in love with bcoz of its people, nature & architecture.
Maybe ramai antara kita beranggapan bahawa negara Bosnia & Herzegovina ni tidak selamat utk dikunjungi kerana kesan sejarah peperangannya. Hmm. Aku tak nafikan, aku pun berperasaan mcm tu jugak dulu. Bosnia & Herzegovina selalunye dijadikan one of the last places that we would go. Tapi, selepas aku menjejakkan kaki aku di sana, aku mulai berasa yg anggapan kita semue selama ni salah sama sekali. Sepanjang aku berada di negara tersebut (bersendirian), aku tidak menghadapi sebarang masalah pun. Malah, org2nye sangatlah ramah & baik hati. Siap ada yg boleh berbahasa Melayu/Indonesia lagi. Hebat tak?? Kagum benar aku. Mereka menyanjung tinggi orang2 dari Malaysia. Mungkin sebab negara kita banyak membantu mereka sewaktu Perang Bosnia dahulu.
Penduduk negara ni yg berjumlah 4.5 juta org, terdiri drp 3 kaum etnik yg utama. Majoritinya adalah kaum etnik Bosniak, yg beragama Islam (48%). Yg selebihnya adalah kaum etnik Serb yg mengamalkan ajaran Kristian Orthodox (37%) & kaum etnik Croat yg mengamalkan ajaran Kristian Katholik (15%). Ianya menjadikan negara ini sbg satu2nya negara di Europe yg majoriti penduduknya beragama Islam. Islam telah berjaya berkembang mekar di bumi Bosnia & Herzegovina ni ketika ia berada di bawah kekuasaan Empayar Turki Uthmaniyah mulai tahun 1463 hinggalah ke tahun 1878. Kemudian, pd tahun 1878, ia jatuh ke tangan Empayar Austria-Hungary & terus berada di bawah pemerintahan empayar tersebut hingga ke tahun 1918 sewaktu Empayar Austria-Hungary mengalami kekalahan dlm Perang Dunia I. Selepas Perang Dunia I, Bosnia & Herzegovina berada di bawah naungan Kingdom of Yugoslavia yg kemudiannya menukarkan corak pemerintahan kpd Republik Sosialis selepas tamatnya Perang Dunia II iaitu mulai tahun 1945. Bosnia & Herzegovina akhirnya mencapai kemerdekaan drp Republik Yugoslavia pd thn 1992.
Islam pada mulanya amat kukuh di bumi Bosnia & Herzegovina ini. Namun, lama-kelamaan, ianya semakin pudar di bumi ini terutamanya selepas ia berada di bawah naungan Republik Yugoslavia (1945-1992) yg berfahaman Sosialis di mana umat Islam tidak dibenarkan mempraktikkan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, setelah peperangan yg berlaku sekitar tahun 1992-1995, umat Islam di negara ni semakin sedar akan kesilapan diaorg. Islam kembali disanjung. Dan kini, apa yg aku dapat lihat di bandar Sarajevo & Mostar, wanita2 yg bertudung agak ramai berbanding mereka yg tidak bertudung. Masjid2 pun sentiasa dipenuhi setiap waktu solat, tak kira lelaki mahupun perempuan. Sejuk hati aku tengok. Begitulah hakikatnya keadaan di bumi Bosnia & Herzegovina sekarang ni. Mungkin selama ni kita (termasuk aku) beranggapan yg dieorg ni sudah semakin sesat. Hakikatnya, anggapan kita teramatlah salah. Islam sememangnya semakin mekar di bumi Bosnia & Herzegovina.
Bercakap tentang alam semulajadi di negara ni pulak, aku sememangnya agak tergamam apabila melihat keindahan alam ciptaan Allah di bumi Bosnia & Herzegovina ni. Yg paling menarik perhatian aku adalah melihat sungai yg diberi nama Neretva yg mengalir melalui bandar Mostar. Airnya berwarna hijau & jernih. Subhanallah. Belum pernah aku melihat sungai yg berwarna sebegitu sepanjang aku hidup kat dunia ni.
Bandar Sarajevo & Mostar dipenuhi dgn bangunan2 yg berunsurkan senibina Islam. Masjid2 terpacak di sana sini. Senibina masjid2nya sama spt masjid2 di Turki. Sarajevo seolah2 spt mini Istanbul. Cantik sangat. Di Mostar, terdapat sebuah jambatan unik & bersejarah yg dibina merentasi Sungai Neretva yg diberi nama 'Stari Most' atau dalam Bahasa Melayunya, 'Jambatan Lama'. Jambatan ini sebenarnya siap dibina semula pd tahun 2004 setelah jambatan asal dirobohkan oleh tentera Croat pd thn 1993 sewaktu Perang Bosnia. Jambatan baru ini dibina semula menyerupai senibina jambatan asal yg telah dibina pd thn 1566 sewaktu zaman pemerintahan Sultan Empayar Turki Uthmaniyah yg bernama Sultan Suleyman al-Qanuni. Jambatan ini & kawasan sekitarnya kini tersenarai dalam salah satu UNESCO World Heritage Sites. Utk mengetahui maklumat yg lebih lanjut ttg sejarah Bosnia & Herzegovina & sejarah Stari Most di Mostar, sila view video2 di bhg bawah entri ini.
Oleh itu, aku highly recommend korang semue utk berkunjung ke bumi Bosnia & Herzegovina. Tak ramai org kita menjejakkan kaki ke sana kerana rasa paranoid dgn keadaan di sana. So, aku sarankan korang supaya buang perasaan tersebut. Aku guarantee, korang akan dilayan dgn baik oleh org2 sana. Dieorg sangat sukakan org2 Malaysia & mengalu2kan kedatangan kita semue. Dieorg kan saudara kita jugak. :)
p/s: Utk travelog penuh BOSNIA & HERZEGOVINA, sila klik kat link ni: JHAZKITARO'S TRAVELOG
p/s 2: Kat bhg bawah entri ni, aku selitkan jugak video clip & lirik lagu 'Lejla' nyanyian music band dari Bosnia & Herzegovina, Hari Mata Hari. Lagu ni pernah mewakili negara Bosnia & Herzegovina dalam Pertandingan Eurovision Song Contest 2006 di Athens, Greece & memenangi tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. It was one of the most popular songs in Mainland Europe back then.
Kedudukan Bosnia & Herzegovina dalam peta Europe
Peta Bosnia & Herzegovina
Stari Most (Old Bridge) pd waktu malam, Mostar
Stari Most (Old Bridge) pd waktu malam, Mostar
Karadzozbegova Mosque, Mostar
Perkuburan para syahidin Perang Bosnia bersebelahan Karadzozbegova Mosque, Mostar
Dalam Karadzozbegova Mosque, Mostar
Koski Mehmet Pasa Mosque, Mostar
Dalam Koski Mehmet Pasa Mosque, Mostar
Pemandangan Mostar dari atas menara Koski Mehmet Pasa Mosque
Pemandangan Mostar dari atas menara Koski Mehmet Pasa Mosque
Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar
Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar
Kawasan sekeliling Stari Most (Old Bridge), Mostar
Stari Most (Old Bridge), Mostar
Stari Most (Old Bridge), Mostar
Stari Most (Old Bridge), Mostar
Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar
Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar
Sungai Neretva yg berwarna hijau & jernih, Mostar
Stari Most (Old Bridge), Mostar
Stari Most (Old Bridge), Mostar
Sebuah lorong di Mostar
Bersama pemilik hostel & anak2nya, Mostar
Pigeon Square, Sarajevo
Pigeon Square, Sarajevo
Pigeon Square, Sarajevo
Emperor Mosque, Sarajevo
Latin Bridge, Sarajevo
Lokasi pembunuhan Archduke Franz Ferdinand yg menjadi sbb bermulanya Perang Dunia I, Sarajevo
Wanita2 bertudung, Sarajevo
Wanita2 bertudung, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Beberapa minit sebelum solat Zohor di Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Beberapa minit sebelum solat Zohor di Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Beberapa minit sebelum solat Zohor di Gazi-Husrevbey Mosque, Sarajevo
Dalam Gazi-Husrevbey Mosque selepas solat Zohor, Sarajevo
Ali Pasa Mosque, Sarajevo
Sungai Miljacka, Sarajevo
Academy of Fine Arts, Sarajevo
Pigeon Square pd waktu malam, Sarajevo
Pigeon Square pd waktu malam, Sarajevo
The Defense of Bosnia
Stari Most in Mostar (Part 1)
Stari Most in Mostar (Part 2)
Video Clip lagu Lejla, nyanyian Hari Mata Hari (official)
Video clip lagu Lejla, nyanyian Hari Mata Hari (live performance during Eurovision Song Contest 2006 in Athens, Greece)
LEJLA by HARI MATA HARI (3rd Place Eurovision Song Contest 2006)
Niz polje vjetar miriše (I can smell the wind down the meadow) I bol me prati kao sjena (And pain follows me like a shadow) Da l’ negdje za mnom uzdišeš? (Are you still somewhere longing for me?) Gdje si od mene sakrivena? (Where are you hidden from me?)
U kosu stavi ruzmarin (Put rosemary in your hair) I jedan cvijet kraj šadrvana (And a flower by the old fountain) Lejla, zar bi mogla ti drugog voljeti? (Layla, how could you love another?)
Ako te sutra zaprose (If tomorrow they ask for your hand) Znaj tamo neću biti ja (You should know I won't be there) Lako se tuge oproste (Sorrows are easily forgiven) Al’ samo ljubav nikada (But only love never is)
Zar bi mogla ti drugog voljeti? (How could you love another?)
Golube, moj golube (Dove, my dove) Nosi joj suze mjesto pjesme (Carry the tears to her instead of the song) Ja odlazim k’o da sam kriv (I’m leaving as if I was guilty) Što voljeh onu koju ne smijem (For loving the one I’m not allowed)
Golube, moj golube (Dove, my dove) Nosi joj suze mjesto pjesme (Carry the tears to her instead of the song) Odlazim k’o da sam kriv (I’m leaving as if I was guilty) Što voljeh tebe koju ne smijem (For loving the one I’m not allowed)
Buku pertama saya yang bertajuk TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH kini boleh dibeli secara online di website PELIMA MEDIA SDN BHD & kedai-kedai buku berhampiran
JHAZKITARO
'HAKCIPTA TERPELIHARA'
Setiap artikel & gambar yang tersiar di blog Aku Sebutir Pasir adalah bertujuan untuk dikongsi bersama. Pembaca bebas menyalin & menyebarkan mana-mana artikel atau gambar yang terdapat di sini. Namun, alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Dan pembaca sama sekali tidak dibenarkan menggunakan mana-mana artikel atau gambar di blog ini untuk tujuan komersil tanpa mendapat keizinan daripada penulis blog terlebih dahulu
Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; Kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (Surah Al-'Ankabut: Ayat 20)
SILA KLIK BANNER DI ATAS UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA TRAVELOGUE & UNTUK MELIHAT KOLEKSI GAMBAR
WORLD: visited 54 countries (Australia, Austria, Belgium, Bosnia & Herzegovina, Brunei Darussalam, Bulgaria, Cambodia, China, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Indonesia, Ireland, Italy, Jordan, Laos, Latvia, Lebanon, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Monaco, Morocco, Netherlands, New Zealand, Norway, Philippines, Poland, Portugal, Romania, Singapore, Slovakia, Slovenia, South Korea, Spain, Sweden, Switzerland, Syria, Taiwan, Thailand, Turkey, United Kingdom, Vietnam & Vatican)
EUROPE: visited 36 countries (Austria, Belgium, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Monaco, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden, Switzerland, Turkey, United Kingdom & Vatican)