KeMBaLi Ke MaLaYSia BuaT SeLaMa-LaMaNYa

>> Wednesday, June 09, 2010



Alhamdulillah. Aku telah meninggalkan bumi Dublin buat selama-lamanya tepat pada pukul 3.50 petang waktu tempatan Ireland pada hari Sabtu lepas (5 Jun 2010) & selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport tepat jam 5.30 petang waktu tempatan Malaysia pada hari Ahad lepas (6 Jun 2010).

Aku sendiri tak dapat menggambarkan bagaimana perasaan aku meninggalkan bumi Dublin, bumi Ireland & bumi Eropah buat selama-lamanya. Hampir 8 tahun lamanya aku berada di sana. Terlalu banyak memori suka duka yang telah aku lalui. Dan terlalu banyak kenalan yang telah aku kenali. Semuanya itu sudah tentu akan terpahat dalam lembaran sejarah hidup aku sehingga ke akhir hayat aku. Bumi Dublin & bumi Ireland akan selalu berada di sudut yang istimewa dalam hati aku.


Selamat Tinggal Bumi Ireland & Bumi Dublin


Selamat Tinggal Bumi Eropah

Di bawah ini aku selitkan gambar-gambar saat-saat terakhir aku di Dublin Airport sebelum berlepas ke London & seterusnya ke Kuala Lumpur. Jutaan terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada adik-adik junior yang aku sayangi yang pernah menjadi housemates aku, iaitu Asrih, Thani, Amir, Syahir, Shamil & Abu Bakr kerana sudi menemani pemergian aku di Airport. Terharu rasanya. Walaupun airmata aku tak menitis, tetapi hati aku tetap sebak saat aku meninggalkan korang semua. Moga kita akan berjumpa lagi di Malaysia nanti. Bagi rakan-rakan & junior-junior lain yang masih lagi berjuang di bumi Ireland amnya & bumi Dublin khasnya, teruskan perjuangan kalian semua. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di tanahair tercinta. :)


Bersama Abu Bakr, Asrih & Thani di Dublin Airport


Bersama Shamil, Amir, Thani & Syahir di Dublin Airport


Bersama Shamil, Amir, Thani, Asrih & Syahir di Dublin Airport


Bersama Shamil, Amir, Thani, Asrih & Abu Bakr di Dublin Airport

21 buah komen:

cik ian@aH Lian~ Wednesday, June 9, 2010 at 8:56:00 AM GMT+8  

okay2,
akan open table sabtu ni.
saper yang banje?

sitinur Wednesday, June 9, 2010 at 9:41:00 AM GMT+8  

lamanya 8 tahun..selamat pulang dan berbakti pada keluarga :)

anwar azhari Thursday, June 10, 2010 at 3:51:00 AM GMT+8  

sebutir pasir yang dibentuk menjadi sejongkol emas, dan kini dia kembali ke tanah air.

Selamat Berjuang~!!!

mohdandmeriam Thursday, June 10, 2010 at 9:28:00 PM GMT+8  

salam dr.jhaz..selamat kembali dan bertugas dimalaysia..kena posting kat mana..jangan lupa tulis pengalaman kerja pula...

anon suria Friday, June 11, 2010 at 9:58:00 PM GMT+8  

slamat kembali....n berkhidmat kepada negara.

srar Sunday, June 13, 2010 at 7:55:00 PM GMT+8  

back for good..TAHNIAH~selamat berkhidmat~

"MULAN" Monday, June 14, 2010 at 1:09:00 PM GMT+8  

"kepada warganegara Malaysia, selamat pulang ke tanahair.." kata seorang lead stewardess (dalam mimpi) kepada penumpang pesawat itu..

cinta terindah Monday, June 14, 2010 at 5:37:00 PM GMT+8  

wlcm home...
n slmt berbakti utk tnh air pla...

PINATBATE Monday, June 14, 2010 at 9:49:00 PM GMT+8  

Selamat kembali mencurah bakti Dr Jhaz..

Anonymous Tuesday, June 15, 2010 at 5:05:00 AM GMT+8  

jhaz, nape blog safwanhusaini tu dah takde?

Blog Anuar Kamaruddin™ Tuesday, June 15, 2010 at 6:20:00 PM GMT+8  

owh...ni geng kepochi yg bincangkan tajuk yg serupa tu kan dok? hihihihi :D

Anonymous Tuesday, June 22, 2010 at 3:28:00 PM GMT+8  

WELCOME HOME JHAZ,but please dont say goodbyes to any country.muslims must musafir and write all their lives.
keep on writing!

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP