NeXT TRiP (PuLau JaWa, iNDoNeSia)
>> Tuesday, June 15, 2010
Aku sekarang ni sedang sibuk merangka plan utk destinasi pengembaraan yang seterusnya, iaitu Pulau Jawa, Indonesia. Hotel-hotel penginapan baru sahaja ditempah. Pengembaraan kali ni disertai oleh 3 orang lagi rakan aku, iaitu Acab, Syahir & Shafiq Ayman. Idea utk mengembara di Pulau Jawa ini dicetuskan oleh saudara Acab & Syahir. Terima kasih aku ucapkan kepada mereka berdua kerana sudi mempelawa aku utk mengikuti pengembaraan ini bersama. Aku sebenarnya dah lama menyimpan hasrat utk ke Indonesia, terutamanya Pulau Jawa.
Pengembaraan kami berempat ini akan dimulakan pada hari Isnin hadapan, bersamaan dengan 21 Jun 2010. Kami berempat akan menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Jakarta. Pesawat tersebut dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LCCT) pada pukul 7.00 pagi waktu tempatan Malaysia & dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta pada pukul 8.05 pagi waktu tempatan Indonesia Barat.
Kami berempat akan berkelana di pulau tersebut selama 9 hari, iaitu dari tarikh 21 Jun 2010 sehingga ke tarikh 29 Jun 2010. Empat buah bandar bakal kami jejaki, iaitu JAKARTA (2 hari), BANDUNG (3 hari), YOGYAKARTA (2 hari) & SURABAYA (2 hari). Penerbangan pulang kami adalah pada tarikh 29 Jun 2010 dari Surabaya ke Kuala Lumpur. Penerbangan Air Asia kami dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pada pukul 8.20 malam waktu tempatan Indonesia Barat & dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LCCT) pada pukul 11.55 malam waktu tempatan Malaysia. Walau bagaimanapun, Shafiq Ayman terpaksa pulang ke Kuala Lumpur dari Surabaya sehari awal, iaitu pada tarikh 28 Jun 2010 atas urusan kerja.
Penerbangan Air Asia KL-Jakarta & Surabaya-KL
Peta pengembaraan di Pulau Jawa, Indonesia
Diharapkan pengembaraan kami berempat ini akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Moga pengembaraan kami diberkati oleh-Nya. Diharapkan kalian semua sudi mendoakan. :)
Read more...