LuaHaN HaTi

>> Thursday, May 14, 2009



Mak aku pernah berkata, rezeki seseorang tu Allah SWT yang tentukan. Kadangkala, rezeki seseorang itu datang awal, kadangkala ianya datang lambat. Semua tu terletak kat kehendak Allah SWT. Kita sebagai hamba-Nya tak ada sekelumit pun hak untuk menentukan bila rezeki kita akan sampai. Apa yang kita perlu lakukan adalah mencuba sedaya upaya untuk mencarinya. Tak akan berubah nasib sesuatu kaum itu selagi mereka sendiri tidak mahu mengubahnya.

Mak aku jugak pernah berkata, kalau doa seseorang hamba Allah SWT itu tak termakbul, mungkin ada sebabnya mengapa Allah SWT tidak memakbulkan doa hamba-Nya itu. Mungkin Allah SWT ada perancangan yang lebih baik untuknya atau mungkin Dia hanya ingin menguji kesabaran hamba-Nya itu. Orang2 yang selalu diuji oleh Allah SWT adalah orang2 yang disayangi oleh-Nya.

Kata-kata mak aku itulah yang dapat menguatkan semangat aku apabila aku mendapat keputusan yang agak mengecewakan minggu lepas. Aku sekali lagi gagal dalam percubaan kali ke-3 untuk mendapat gelaran ‘doktor’. Sedih sangat rasanya.

Mungkin ramai yang tak tahu cerita sebenar di sebalik kegagalan aku. Jadi, baik aku ceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Macam ni ceritanya. Exam utk Final Year Medicine kat university aku terbahagi kpd 2 peringkat iaitu peringkat pertama (Obstetrics & Gynaecology, Paediatrics & Psychiatry) & peringkat ke-2 (Medicine & Surgery). Pada bulan December 2007, aku & rakan2 sekelas menduduki exam peringkat pertama yg merangkumi 3 subjek seperti yg disebut kat atas. Akan tetapi, aku hanya berjaya lulus dalam satu subjek saja, iaitu Psychiatry. Aku gagal dalam 2 lagi subjek & aku perlu menduduki kedua2nya semula dalam bulan April 2008 nanti dalam exam peringkat ke-2, iaitu bersama2 dgn subjek Medicine & Surgery.

Jadi, sewaktu exam peringkat ke-2 pada bulan April 2008, selain subjek Medicine & Surgery, aku juga turut dibebani dgn subjek Obstetrics & Gynaecology & Paediatrics. Beban yg aku perlu tanggung terlalu berat bagi aku. Itulah yang menjadi punca utama kegagalan aku. Aku gagal dalam keempat2 subjek sewaktu exam bulan April 2008. Ini menyebabkan aku tak dapat bergraduasi bersama2 dgn rakan2 sekelas aku yg lain. Aku sangat2 kecewa waktu tu. Aku mengambil keputusan utk tidak balik ke Malaysia sewaktu Summer, dgn semangat utk study utk exam ulangan bulan November 2008 nanti.

Mungkin disebabkan kurangnya tutorial & hanya belajar sendiri di rumah tanpa banyak melakukan practice kat hospital, aku sekali lagi menemui kegagalan dalam keempat2 subjek dalam exam ulangan bulan November 2008. Aku sekali lagi kecewa yg teramat sangat. Aku terasa seperti aku telah menghabiskan masa setahun aku dgn penuh sia2.

Lepas kegagalan utk kali ke-2, aku mempunyai keazaman yg tinggi utk mencuba lagi utk exam yg akan datang, iaitu pada bulan April 2009 nanti. Dari bulan Januari hingga bulan April 2009, aku join batch junior aku dalam tutorial2 & lecture2 diaorg. Aku tak mahu gagal lagi buat kali ke-3. Namun, Allah SWT jugaklah yang Maha Berkuasa & Maha Mengetahui. Aku sekali lagi gagal utk mendapat gelaran ‘doktor’.

Akan tetapi, pada kali ini aku sangat2 bersyukur kerana usaha aku selama 4 bulan ini tidaklah sia2 belaka kerana aku berjaya lulus dalam 2 daripada 4 subjek tersebut, iaitu Obstetrics & Gynaecology & Paediatrics. Aku hanya gagal dalam subjek Medicine & Surgery. Jadi, aku hanya perlu mengulangi 2 subjek tu saja dalam exam bulan November 2009 nanti. Alhamdulillah. Sekurang2nya, kurang sikit beban yg perlu aku tanggung. Lepas ni diharapkan aku dpt menumpukan lebih perhatian dlm kedua2 subjek tu. Tak macam sebelum ni, di mana aku terpaksa menumpukan perhatian aku dalam 4 subjek, yang sememangnya amat membebankan. Aku rasa bebanan 4 subjeklah yg menjadi punca utama kegagalan aku selama ni. Diharapkan dgn kurangnya beban yg perlu ditanggung dalam exam bulan November 2009 nanti, aku akan dapat lulus dgn baik & seterusnya mendapat gelaran ‘doktor’ spt yang aku cita-citakan selama ni. Amin.

Kadangkala aku terasa malu dgn kawan2 yg lain termasuklah junior2 aku di Dublin. Dieorg dgn mudah saja boleh lulus. Aku pulak asyik gagal walau berulangkali mencuba. Banyak kali jugak aku mengalami ‘nervous breakdown’ terutamanya dalam bulan April 2009, iaitu sewaktu aku menduduki exam utk keempat2 subjek tu. Kalau nak diikutkan hati, rasa seperti nak berhenti belajar Medicine & terus balik ke Malaysia utk cari kerja lain yg tak ada kaitan dgn Medicine sbb aku betul2 dah penat dah belajar Medicine ni. Akan tetapi, kata2 mak aku spt yg aku sebut di perenggan pertama & kedualah yg menjadi kata2 semangat utk aku terus berjuang. Aku bersyukur kerana mempunyai parents yang memahami. Rakan2 jugak banyak membantu. Tanpa dieorg semua, tak mungkin aku akan dapat bertahan sampai sekarang ni. Mendengar zikir2 munajat & ayat2 suci Al-Quran jugak dapat menenangkan hati aku sewaktu aku mengalami 'nervous breakdown'. Seriously, ianya sangat2 membantu.

Aku jugak kadangkala terasa seperti tak layak utk menjadi role model kpd sapa2. Kpd pembaca2 blog & adik2 yg belajar Medicine, aku ingin memintak maaf banyak2. Aku mungkin bukan role model yg korang cari. Aku mungkin boleh menjadi role model kerana kesabaran aku & kecekalan aku utk terus berjuang walaupun byk kali menemui kegagalan. Tetapi, aku bukanlah role model yg baik utk diikuti dalam pelajaran kerana kegagalan demi kegagalan aku dalam exam yang aku duduki.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa punca utama kegagalan aku adalah disebabkan hobi aku yg suka berjalan sana-sini. Buat pengetahuan kalian semua, hobi aku tersebut sikit pun tak memberi kesan kpd pelajaran aku. Aku hanya berjalan sewaktu cuti panjang sahaja. Tak pernah langsung aku berjalan sewaktu sessi akademik sedang berlangsung. Oleh itu, aku harap tak ada pihak yg tersalah anggapan. Sebenarnya, kalau korang nak tau, hobi aku berjalan2 melihat negara org byk memberi aku pengalaman & byk mengajar aku erti kesabaran. Dan kalau tak silap aku, org yg berjalan2 melihat muka bumi Allah akan mendapat besar ganjaran pahalanya.

Jadi, itulah serba sedikit luahan perasaan aku. Aku mintak maaf kerana entri aku kali ni mungkin agak panjang & membosankan utk dibaca. Tapi, aku hanya sekadar ingin meluahkan apa yg terpendam dalam hati aku selama ni. Aku mungkin nampak gembira di luaran, tapi di dalam hati aku hanya Allah SWT saja yang tahu. Aku paling kasihan sekali melihat parents aku yg tak putus2 berdoa agar aku akan dapat pulang ke tanahair dgn ijazah kedoktoran. Aku tak mahu menghampakan harapan dieorg. InsyaAllah, aku akan mencuba sedaya-upaya yang termampu utk mendapatkan ijazah tersebut. Aku berharap kalian semua jugak sudi mendoakan aku.

Aku akan pulang ke Malaysia pada tarikh 5 June nanti & aku akan pulang semula ke tanah Ireland beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri. Dah 7 tahun aku tidak beraya bersama2 dgn family kat Malaysia. Tak sabar nak menunggu raya. Heheh. Dan insyaAllah, dalam masa lebih kurang sebulan dua ini, aku akan cuba habiskan dahulu travelogue2 aku yg masih banyak tertangguh sebelum aku menumpukan perhatian terhadap exam yang akan datang bulan November nanti. Selepas selesai kesemua travelogue tersebut, aku akan post dalam blog Aku Sebutir Pasir utk dibaca oleh kalian semua.

Itu sajalah buat kali ni. Tunggu entri baru sehari dua lagi. :)

p/s: Kat bawah ni aku selitkan video klip sebuah lagu yg bertajuk 'Believe', nyanyian Dima Bilan. Lagu ni turut memberi semangat kpd aku utk terus berjuang & tak berputus asa. Lirik lagu ni penuh dgn unsur2 motivasi.




DIMA BILAN - BELIEVE

Even when the thunder and storm begins
I'll be standing strong like a tree in the wind
Nothing's gonna move this mountain or change my direction

I'm falling off the sky and I'm all alone
The courage that's inside is gonna break my fall
Nothing's gonna dim my light within

But if I keep going on
It will never be impossible
Not today

Coz I got something to believe in
As long as I'm breathing
There is not a limit to what I can dream

Coz I got something to believe in
Mission to keep climbing
Nothing else can stop me if I just believe
And I believe in me

Even when the world tries to pull me down
Tell me that I can't, try to turn me around
I won't let them put my fire out

But if I keep going on
It will never be impossible
Not today

Coz I got something to believe in
As long as I'm breathing
There is not a limit to what I can dream

Coz I got something to believe in
Mission to keep climbing
Nothing else can stop me if I just believe
And I believe...

I can do it all
Open every door
Turn unthinkable to reality
You see, I can do it all and more

Believe in
As long as I'm breathing
There is not a limit to what I can dream

Believe in
Mission to keep climbing
Nothing else can stop me if I just believe
And I believe in me


46 buah komen:

Anonymous Thursday, May 14, 2009 at 3:12:00 AM GMT+8  

salam jhaz..
insyaAllah ade hikmah atas ape yg berlaku.
anyway, nak ucapkan all the best utk yg akan dtg.
good luck!

nurul Thursday, May 14, 2009 at 3:28:00 AM GMT+8  

semoga terus tabah. never give up. kejayaan tu akan dtg, Insya-Allah.

wish u the very best for ur future undertaking :)

nikmun Thursday, May 14, 2009 at 3:37:00 AM GMT+8  

salam,

teruskan usaha jhaz! insya allah u r half way there! sikit je lagi...

Anonymous Thursday, May 14, 2009 at 4:13:00 AM GMT+8  

hey jhaz, fyzal here. Ohhh....panjang betul entry kau kali ni...

Jap...pls. Pls ignore whatever people say about u. They dont know the story...seriously...just ignore them all.

Aku buat party eurovision mlm esok. Dtg la.aku ajak nurse kat sini...

Maybe friday ni aku off. Jom g tgk wyg. ?

Aku tgh oncal ni. Patient ni dok pulun sembang on the phone dok ckp bahasa gaelic...

Unknown Thursday, May 14, 2009 at 4:22:00 AM GMT+8  

Salam Jhaz...

Saya teramat faham dengan apa yang anda lalui...saya juga pernah lalui kegagalan demi kegagalan sewaktu di Malaysia dulu...memang perit,tapi percayalah,ada kejayaan serta tawa riang yang menanti anda nanti...

teruslah bersabar serta kuatkan semangat...

Jhaz,jangan pernah berasa malu dengan kegagalan...kegagalan mengajar kita erti kuat,sabar dan tabah...kegagalan juga,buat kita lebih serta benar2 menghargai anugerah serta rezeki yang bakal Allah SWT berikan kelak...Apa yang mak Jhaz katakan tu,semuanya betul belaka...saya teramat percaya bahawa,Allah SWT itu tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang maha berat,jika hambanya itu tidak dapat menghadapi atau memikul ujian tersebut...Jadi anda sebenarnya orang2 yang dipilih Allah kerana anda kuat untuk menghadapi ujian dariNya...Apapun, syukur alhamdulillah,serta saya ucapkan tahniah diatas kejayaan 2 paper exam itu...Saya yakin anda akan berjaya dengan lebih cemerlang utk 2 lagi exam paper pada November 2009 nanti...terus kuatkan semangat Jhaz...jangan mudah menyerah kalah...Percayalah,ada sinar kejayaan yang menanti anda disebalik kegagalan yang pernah dilalui itu...

Saya sentiasa doakan kejayaan anda...:-)

Selamat pulang ke Malaysia...semoga selamat sampai ke tanah air nanti...

Salam dr Lancashire :-)

Audra Peter Thursday, May 14, 2009 at 4:49:00 AM GMT+8  

Jhaz... you've always been a very patient and calm person.. so don't give up because of several failures. You're much stronger than that.

You know what? From a positive point of view, you'll have so much more theoratical knowledge compared to all the rest who scraped through years before.. and that, my friend, is going to make you a better prepared doctor.

So take this experience as a challenge Jhaz and don't give up. You'll make a great doctor!!! I totally believe in that.

Anonymous Thursday, May 14, 2009 at 5:47:00 AM GMT+8  

salam.

insyaAllah kami semua mendoakan. bak kata sorg PG kat dublin ni, bila kita repeat kita ingat lebih kuat daripada orang lain, dan walaupun ini ayat cliche, tapi ayat ni memang betul. Semuanya ada hikmah:)

percayala, ramai org yang kagum atas semangat dan kesabaran anda. di antara menghormati kejayaan seseorang dan mengagumi kesabaran dan kecekalan seseorang. part no 2 lagi tinggi. sebab Allah kata apakah kita dikira masuk syurga selagi kita belum diuji. kira tiket masuk syurga jugalah tu

tabah dan thabat! jiayou!

doa kami mengiringi.

h a r i z, H Thursday, May 14, 2009 at 6:09:00 AM GMT+8  

rilex bro. ko datang sini minggu depan enjoy2 dan rileks2. tapi, nampak gaya cam kecantikan Jordan makin sikit demi sedikit berkurang dah, sebab gandum2 dan lalang dah start kering dah. 2,3 minggu lepas n sebelumnya lawa. hehe.

silversarina Thursday, May 14, 2009 at 6:28:00 AM GMT+8  

Salam,

Usah kecewa, kerana masih ada ruang untuk terus mencuba, memang belum ada rezeki untuk bergelar doktor, tapi percayalah segalanya berlaku atas kehendak Yang Maha Berkuasa . tenangkan fikiran dan berfikiran positif kearah kejayaan InsyaAllah.

Doa kami akan terus bersama Jhaz agar dipermudahkan segala urusan .Amin.

Nur Thursday, May 14, 2009 at 6:36:00 AM GMT+8  

Salam Jhaz

Akak teramat paham dengan apa yang jhaz lalui, maybe selama ni kita smooth sailing dalam academic line, so when it comes to the failure for the first time, kita gelabah dan agak gentar untuk mencuba kali kedua dan seterusnya.

Akak jua sangat paham dengan kesusahan untuk menjadi doc, Jhaz harus ingat, dan haruz percaya, dalam pemilihan para pelajar untuk diserap ke dalam bidang medic dan di hantar ke luar negara, korang adalah creams of the creams, the best among the best, so, jangan rasa rendah diri dengan kegagalan Jhaz, tau? You are still the best, and there is a reason why Allah swt put u in this line. Only Allah swt knows what lays ahead, so, maybe, in the future, u r one of the most prominent doctors in the world? :D

Chaiyo2', meh ah dtg Durham bebila...tgk plak castle and cathedral sini....hahahhaha

Maryam Thursday, May 14, 2009 at 6:45:00 AM GMT+8  

saya cuma nak kata: sayangnya Allah pada anda...

acabeire Thursday, May 14, 2009 at 9:13:00 AM GMT+8  

salam jhaz,
teruskan usaha
cekalkan hati

idola=idol
kita tak boleh ambil sesama manusia sebagai idol kita.
kalau role model ok
aku amik ko jadi role model aku ek?
role model suka2 melancong dan bercerita
hehe
kitorg tunggu ko jhaz
explore medicine betul2
kalau medicine bukan tempatnya, usahakan di tempat lain
aku nampak kekuatan ko di mana
:-)

ska Thursday, May 14, 2009 at 11:16:00 AM GMT+8  

jhaz,

kdg2 Allah has a 'funny' way of helping us out. sume yg berlaku mesti ada hikmahNya. so don't give up ye.. it's okay to having the nervous breakdown tu sometimes, biasalah.. kita ni manusia, ada perasaan.. tp jgn stress slalu sgt, nnt boleh sakit pulakk..

congrats ye sbb dh pass yg 2 subjek tu. n good luck utk 2 subjek lg. :) percayalah, after all the hard work + nervous breakdown + doa dr family & kwn2 + tawakal, awak akan berjaya jugak. n suatu hari nnt awak akan sgt sgt sgt menghargai kejayaan tu lps penat berusaha slama 7 tahun ni..

Allah itu maha adil. Dia takkan biarkan hambaNya gagal slame2nye...

Adlan Thursday, May 14, 2009 at 1:22:00 PM GMT+8  

Assalamualaikum Jhaz

Moga tabah dalam menempun cabaran dan ujianNya... InsyaAllah they will be rewarded... Our doa is always with u...

Congrats coz berjaya pass dalam subject2 yang lain dan all the best for the others bro... =)

Assalamualaikum
Adlan Z

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA Thursday, May 14, 2009 at 3:24:00 PM GMT+8  

Memang benar hidup ini diuji dengan dugaan dan ranjau berduri. Namun jika kita telah bersedia dengan TENANG, SABAR, IKHLAS & REDHA, yang pahit itulah penawar rupanya. Semakin diuji semakin terasa nikmatnya pula.

Siapa Sebenarnya Kita?

Sebelum memulakan seminar, Prof. Zahin mengeluarkan sehelai wang kertas bernilai RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya.

"Siapa nak duit ni?" tanya Prof Zahin..Semua peserta mengangkat tangan."Saya akan berikan duit ini kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu ". Prof Zahin meramas-ramas duit itu hingga renyuk.

Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ini lagi?"Hampir semua pesertanya mengangkat tangan. Prof Zahin mengangguk dan mencebikkan bibir.

"Okey apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM100 itu dicampakkan dan di tenyeh-tenyeh dengan kasutnya..Prof Zahin memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof Zahin. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pesertanya masih mengangkat tangan.

"Okay, apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa itu tadi?" tanya Prof Zahin lagi. Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Prof Zahin.

"Walau apapun yang saya lakukan pada duit ini, kamu tetap akan mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tidak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut.""RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak." kata Prof Zahin. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof Zahin mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup,setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tetapi walau apapun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi."

"Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarya kita?" jelas Prof Zahin.

Y u Z z 9071 Thursday, May 14, 2009 at 3:50:00 PM GMT+8  

kegagalan itu pemanis dan penawar suatu masa nanti...

wish u all the best...

mesti tak sabar nak makan ketupat+rendang air tangan mak kan...

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA Thursday, May 14, 2009 at 4:36:00 PM GMT+8  

Kita umpama tempayan yang retak tetapi telah disuratkan kegunaan kenapa retaknya tempayan kita itu... Selalu saya suka share kisah2 sebegini agar membantu kita untuk bersabar lagi ...

Tempayan Yang Retak

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?""Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kitaberjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Moral: Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA Thursday, May 14, 2009 at 4:38:00 PM GMT+8  

Yang mana satu diri mu ?

Lobak, Telur dan Serbuk Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuklainnya.

Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"
"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras.

Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Si anak tersenyum seketika, mencicipi kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.
"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?"

Moral: Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau adakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.

Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA Thursday, May 14, 2009 at 4:40:00 PM GMT+8  

Redha akan ketentuannya. Dia yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita

Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.

Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!
Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.

Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.
Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA Thursday, May 14, 2009 at 4:42:00 PM GMT+8  

BERSYUKURLAH WALAUPUN IANYA MASALAH

Hadiah Dari Ayah

Sehari sebelum saya berangkat ke kota, ayah memanggil saya ke pejabatnya. Saya agak hairan ketika itu, apatah lagi apabila ayah menyuruh saya masuk ke pejabatnya. Kami jarang sekali dibenarkan masuk ke pejabatnya, terutama sekali ketika ayah sedang sibuk menyiapkan bahan penulisan yang bakal dicetakkan di dalam kolumnya di sebuah akhbar tempatan.

"Ambil bungkusan ini dan buka hanya apabila kamu rasa benar-benar rasa buntu untuk menyelesaikan masalah kamu", kata ayah sambil menyerahkan sebuah bungkusan yang sederhana besar. Dan esoknya ayah menghantar saya hingga ke stesen bas dengan senyuman penuh makna.

Suatu hari, setelah hampir 3 bulan saya berada di kota, saya ditimpa satu masalah yang benar-benar membuat saya buntu dan hampir putus asa untuk menghadapinya. Saya teringatkan bungkusan yang ayah berikan dulu. Saya kira, inilah masanya untuk saya membuka rahsia yang tersirat di sebalik bungkusan tersebut.

Ternyata di dalam bungkusan itu terkandung sehelai sejadah lama, sehelai kain pelikat baru dan sebuah kompas penunjuk arah kiblat serta sekeping nota yang berbunyi :-

"Tiada namanya lautan jika ia tidak bergelora, tiada namanya bumi jika tidak ditimpa hujan dan tidak namanya kehidupan jika tiada masalah. Sebagaimana warna menyempurnakan lukisan, masalah pula adalah penyempurnaan kehidupan. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya kamu masih hidup dan Tuhan masih mengambil berat dengan kamu, kerana itu dianugerahkan olehNya masalah. Buat kamu menajamkan lagi akalmu.Tenang dan rapatkan kedua tangan menadah doa mohon petunjuk kepada Allah swt. Kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Saya terpana, ternyata ia adalah hadiah daripada datuk saya kepada ayah saya dan sekarang diwariskan kepada saya.Dan sejak dari hari itu, saya selalu mengucapkan syukur setiap kali saya dilanda masalah kerana saya tahu bahawa Tuhan masih mengambil berat akan saya.

Moral: Kita seringkali mengeluh setiap kali kita dilanda masalah. Malah seringkali kita menyalah Tuhan kerana ditimpa musibah tanpa kita sedar bahawa ternyata musibah itu bukan saja untuk menyedarkan kita dari lena tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.

Kita sebenarnya wajib bersyukur kerana setelah sekian lama dilimpahi nikmat, kita hanya diuji dengan sedikit musibah saja. Dan yang paling penting, kita masih lagi hidup, masih dapat memanjatkan doa dan memohon petunjuk dariNya,serta memohon ampun kepadaNya jika ada salah dan silap yang kita lakukan.

Kadang kala, musibah itu adalah peringatan untuk kita memuhasabahkan kembali diri kita tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang masih belum kita tunaikan.

nuna Thursday, May 14, 2009 at 6:13:00 PM GMT+8  

salam jhaz,
bkn rezki lagi..jgn give up eh?!

Anonymous Thursday, May 14, 2009 at 6:58:00 PM GMT+8  

Sebelah kaki je lagi Jhaz. Langkah terus.

Nanti dah grad, aku cadang ko kerja doktor dengan PBB ke, Relief Mission. Bekerja sambil mengembara. Memang sesuai untuk ko. Its in your blood...eheh.

-FahdRazy-

Aina@Azila Thursday, May 14, 2009 at 7:20:00 PM GMT+8  

Jhaz,
Hanya orang yg pernah gagal dapat menghargai erti kejayaan...

and Kak Aina agree sangat dengan FahdRazy - kerja dengan PBB or Relief Mission or Mercy sesuai dengan Jhaz....

FabulouswithAs Thursday, May 14, 2009 at 8:02:00 PM GMT+8  

salam jhaz..
everything that wont kill u can only make u stronger..rite?
goodluck jhaz..kalau saya,xtau mampu bertahan lg ke x..kagum that u r so tough...keep on going...

far from jordan..

:: Leeza Joe :: Thursday, May 14, 2009 at 9:08:00 PM GMT+8  

salam jhaz....
saye pon pernah kecewa..gagal...sebelum menemui kejayaan hidup hari ini....pasti suatu hari nanti jhaz akan ucap
"ade hikmah di sebalik kegagalan aku sebelum ini...."..

JULIE EZWIN aka ALYA ZARA Thursday, May 14, 2009 at 9:29:00 PM GMT+8  

Ramai yang sayangkan Jhaz ek... bertuah nya Jhaz ada ramai yang sudi nak berdoa sama2 untuk Jhaz...

Tenangkan diri dan kembali menyusun rentak mu.....

dIRa Thursday, May 14, 2009 at 9:38:00 PM GMT+8  

Salam Jhaz,

xusahlah berasa rendah diri... bersyukurlah ngan aper yg kamu ada sekarang...ada org yg lg truk ujiannya....keep up the gud work.. gluck final exam nnt :)

Abdul Munir Sanusi Friday, May 15, 2009 at 4:15:00 AM GMT+8  

all the best bro
bak kata akak saya


usaha sepahit hempedu
menghasilkan kejayaan semanis madu

moga ziarah ke jordan dpt kembalikan smgt juang
jumpa next week bro

salamat

Rifhan Friday, May 15, 2009 at 7:19:00 AM GMT+8  

...
Remember that you are perfect;
God makes no mistake.

zura aini Friday, May 15, 2009 at 8:29:00 AM GMT+8  

Alhamdulillah, masih ada peluang lagikan November 2009.

Gagal adalah permulaan untuk kejayaan. saya pun pernah rasa gelapnya dunia ni semasa gagal dulu, masa tu nak jadi Doktor je, rupanya ada ruang lain yang lebih luas yang Allah buka. memang kita ketinggalan daripada yang lain, tapi jalan yang kita lalui masih dipermudahkanNya dalam bentuk yang lain. Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada kebaikannya, hanya kita yang tak tahu apa kebaikan tersebut, hanya Allah s.w.t yang mengetahui segalanya.

Wish you all the best, di usia muda ni berjuanglah sehabis tenaga. InsyaAllah kejayaan menunggu anda. Fokus.....

Anonymous Friday, May 15, 2009 at 2:42:00 PM GMT+8  

Salam..

Jangan putus asa ya..
Setiap orang pasti akan merasa apa tu kegagalan...
So, jangan rasa rendah diri k..
Setiap dari kita ni ada rezeki dan bahagian masing-masing..Allah dah tetap dah semua-semua tu..

Apapun, usaha lagik k..
Good Luck!..:)

Sya Friday, May 15, 2009 at 3:19:00 PM GMT+8  

Belum ada rezeki lagik.. Alhamdullilah dah lulus sabjek 2 tu dan tinngal dua lagik, InsyaAllah kalau rezeki tak kemana.

Anonymous Friday, May 15, 2009 at 6:33:00 PM GMT+8  

salam..

go jhaz!!!
you can do it!!!

-awe, ex-trinity-

wan salmah Friday, May 15, 2009 at 9:46:00 PM GMT+8  

salam,
memang jhaz nampak 'berbeza' dgn doktor2 yg straight graduate, tapi, kalau jhaz renungkan kembali, pengalaman2 yg diperoleh oleh jhaz sepanjang pengajian jarang sangat diperoleh orang lain, betul tak?

saya percaya jika jhaz sudah menjadi doktor nanti, jhaz mempunyai sudut pandang yg lebih.. menjadi doktor bukan hanya sekadar perlukan ilmu, kemahiran. saya juga percaya jhaz akan menjadi doktor yg exellent nanti; pengalaman, kepahitan hidup, susah payah mendapatkan sesuatu buahnya sangat manis!

PINATBATE Saturday, May 16, 2009 at 8:07:00 PM GMT+8  

Jhaz..
doa kakak mengiringi anda agar terus tabah dan yakin berjuang..

ntahlantahla Wednesday, May 20, 2009 at 5:05:00 PM GMT+8  

walaupon saya xkenal saudara..

sy pon penah gagal jugak..

just jgn putus asa jek.. gagal atas paper exam ta bermakne anda gagal sebagai seorang manusia..



truskan berjuang.. insyaallah doa dan semangat kami yang mengenal erti kegigihan anda menyokong anda..

salam alaik..

Anonymous Monday, May 25, 2009 at 6:40:00 PM GMT+8  

lagu yang best!

-peminat lagu europe-

Anonymous Friday, May 29, 2009 at 2:40:00 PM GMT+8  

Saya silent reader jhaz for years yang selalu from time to time akan check your blog for updates of tempat2 yg jhaz visit, travel, etc. Saya juga seorang yg minat traveling and juga pernah bertemu kegagalan demi kegagalan dalam kehidupan saya. Wlbgmnpun, saya takkan kata 'i know how you feel and i understand' sebab semmgnya, saya tak kenal jhaz personally tp utk the pain, hardship, etc that we are faced with, saya percaya 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul' dan Allah SWT tidak akan menguji seseorang hambanya lebih daripada apa yang hambanya itu mampu memikul. Sometimes, kita rasa kita tak patut pun menghadapi ujian seberat itu, but we dont really know what's in store for us. But kita boleh belajar utk mengatasi dugaanNya.

Whether you realize it or not, hidup ini satu journey of its own, as long as you are living you are still pretty much traveling full time. Macam traveling, there's a reason why we pass by the same place so many times; maybe its a usual route locals and tourists take, maybe we got lost, maybe there's no other way to get there or maybe there's something about that place kita tak pernah amik tahu kepentingannya atau pengajaran yg kita selalu terlepas pandang. Im just saying, for each repetition that happens in life, there is strong personal lesson for us learn and take back home. Once we do take note and improve, we will move on to the next chapter/lesson/destination of life.

And it feels really good to finally be able to move on, even though for just a little. InsyaAllah bro, you are very close to becoming a Doc. Banyakkan Do'a kpdNya, and you will arrive to your dreams, soon. =)

armpsychic Monday, June 1, 2009 at 10:27:00 AM GMT+8  

askum saudara jhaz..ikhlas aku ckp..apa yg hang luahkan tu sggh terharu dan beri serba sdikit smngat utk aku berjuang dlm khidupan aku..bro, kita boleh kecewa dn sedih tetapi jgn putus asa coz orng mukmin tidak boleh putus asa..

aku dr amin Sunday, June 7, 2009 at 7:50:00 AM GMT+8  

kuat sungguh saudara. aku pun tak macam ni. walaubagaimanapun teruskan usaha dan cita cita anda. kerana dalam kajian kau, kegagalan itu adalah eksperimena hidup. orang yang tahu nak bereksperimen dan membuat hypotesis tentang hidup dia, aat the end dia akan mampu untuk survivwe. pengalam itu amat indah, lebih indah lagi andainya hany kita seorang yang pernah mengalaminya,. teruskan perjuanga, andai gagal, tambahlah koleksi pengalaman yang indah buat bekalan masa hadapan

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak Wednesday, June 10, 2009 at 9:07:00 AM GMT+8  

weyh..weyh...
ko jgnla putus ase ok?
takpe3..gagal tu kan perkare normal,as long as ko ade semangat nk cube lagi,ko belum lagi gagal tau,tau!
jgnlah down2 ok,semua tu dugaan je..ok! :)

Nooreena Saturday, June 13, 2009 at 7:31:00 PM GMT+8  

Kejayaan daripada hasil-hasil kegagalan lebih bermakna daripada kejayaan yang diperolehi semudah makan kacang. Cheers bro! :)

Hazia Friday, September 4, 2009 at 11:38:00 AM GMT+8  

Betul tu. Kejayaan selepas gagal berkali-kali akan lebih bermakna nanti. It builds a different set of skills altogether. It also toughens up your character.

Ambik la berkat bulan Ramadan ni untuk solat Hajat & berdoa banyak2. Insyaallah. If it's any consolation, kejayaan akademik tak menjamin kejayaan in the real world. My friends yg graduate 2nd class upper / on dean's list, etc ada yg tak dapat 1st job sebaik myself yg hanya lulus cukup2 makan ni. I pun masa tu fresh, takde pengalaman kerja langsung. Rezeki tuhan dah atur kan. All the best & continue traveling!:)

Anonymous Saturday, October 3, 2009 at 8:16:00 PM GMT+8  

Salam...semua tu adalah ujian daripada Allah. Hanya orang yang terpilih sahaja yang akan diuji kerana Allah Maha Mengetahui anda mampu menghadapi ujian tu dengan sabar. Syabas kerana anda telah berjaya menghadapi ujian tu dengan tabah dan sabar. Saya mendoakan anda akan berjaya dlm ujian-ujian yang seterusnya. Semoga anda berjaya menjadi seorang doktor yang beriman dan mengikut syariat islam

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP