EuRoViSioN SoNG CoNTeST 2009

>> Sunday, May 03, 2009



Demam Eurovision Song Contest sudah kembali. Walaupun ianya tidaklah sehebat World Cup, Euro Cup, Olympic Games ataupun Commonwealth Games, tapi ianya tetap menjadi antara acara tahunan yg paling banyak ditonton oleh seluruh penduduk dunia. Dianggarkan seramai 100-600 juta orang menyaksikan acara pertandingan ini setiap tahun. Selain ditayangkan di seluruh benua Europe, acara tahunan ini jugak turut ditayangkan di negara2 spt Australia, Canada, Egypt, Hong Kong, India, Jordan, New Zealand, South Korea & USA.

Eurovision Song Contest ni sebenarnya adalah acara tahunan yg dimulakan sejak tahun 1956 & disertai oleh ahli2 aktif European Broadcasting Union (EBU) yg merangkumi semua negara Europe berserta negara2 Afrika Utara iaitu Algeria, Egypt, Libya, Morocco, Tunisia & jugak negara2 Timur Mediterranean iaitu Israel, Jordan & Lebanon. Namun, buat masa sekarang, hanya negara Israel sahaja negara bukan dari benua Europe yg aktif menyertai pertandingan ni. Negara2 Afrika Utara & Timur Mediterranean yang lain memboikot pertandingan ini kerana penyertaan negara Israel.


Negara-negara ahli European Broadcasting Union (EBU)


Hijau: Negara-negara yg pernah bertanding sekurang-kurangnya sekali
Kuning: Negara-negara yg tidak pernah bertanding walaupun layak utk bertanding
Merah jambu: Pernah bercadang utk bertanding, tetapi akhirnya mengundur diri

Dalam pertandingan yg ditayangkan secara langsung ni, setiap negara yg bertanding akan memilih penyanyi & sebuah lagu utk dipertandingkan. Pemenang pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah undian dari pengundi dari negara2 yg bertanding (undian sms / panggilan telefon). Pengundi bebas mengundi mana2 lagu yg berkenan di hati asalkan ianya bukan lagu dari negara sendiri. Selepas semua lagu telah dipersembahkan, lintas langsung akan dibawa ke setiap negara yg menyertai pertandingan ini & keputusan pengundian negara tersebut akan diumumkan. Pemenang tempat pertama pertandingan ini seterusnya akan menjadi tuan rumah untuk pertandingan tahun hadapan & layak untuk terus ke final (berserta negara2 Big Four iaitu United Kingdom, France, Germany & Spain) tanpa bertanding di peringkat semifinal terlebih dahulu.

Setakat ini, negara yg paling banyak memenangi tempat pertama dalam Eurovision Song Contest adalah IRELAND, iaitu sebanyak 7 kali (1970, 1980, 1987, 1992, 1993, 1994 & 1996). Heheh. Bangga pulak rasanya.


Negara-negara yg pernah memenangi tempat pertama

Actually, aku start mengikuti pertandingan Eurovision Song Contest ni pd tahun 2004. Lepas tu, mmg tak pernah miss laa every year. Dah jadi mcm kewajipan pulak. Hahaha. Lagu2 yg dipertandingkan mmg agak unik. Itulah yg menjadikan aku tertarik utk mengikuti pertandingan ni setiap tahun. Antara lagu2 yg menjadi favourite aku sampai sekarang adalah:

For Real (Turkey 2004) (tempat ke-4)
A Chaque Pas (France 2004)
Believe Me (Russia 2004)
Stronger Every Minute (Cyprus 2004) (tempat ke-5)
Para Llenarme de Ti (Spain 2004) (tempat ke-10)
Wild Dance (Ukraine 2004) (tempat pertama)
Shake It (Greece 2004) (tempat ke-3)
Lane Moje (Serbia & Montenegro 2004) (tempat ke-2)
Angel (Malta 2005) (tempat ke-2)
Rimi Rimi Ley (Turkey 2005)
My Number One (Greece 2005) (tempat pertama)
The War Is Not Over (Latvia 2005) (tempat ke-5)
Without Your Love (Armenia 2006) (tempat ke-8)
Never Let You Go (Russia 2006) (tempat ke-2)
I Do (Malta 2006)
Lejla (Bosnia & Herzegovina 2006) (tempat ke-3)
Tornero (Romania 2006) (tempat ke-4)
Twist Of Love (Denmark 2006)
Congratulations (Iceland 2006)
No No Never (Germany 2006)
I Love You Mi Vida (Spain 2007)
Drama Queen (Denmark 2007)
On The Top Of The World (Netherlands 2007)
Valentine Lost (Iceland 2007)
Work You Magic (Belarus 2007) (tempat ke-6)
L’amour A La Francaise (France 2007)
Molitva (Serbia 2007) (tempat pertama)
Yassou Maria (Greece 2007) (tempat ke-7)
Flying The Flag For You (United Kingdom 2007)
Believe (Russia 2008) (tempat pertama)
Oro (Serbia 2008) (tempat ke-6)
Qele Qele (Armenia 2008) (tempat ke-4)

Tahun lepas, iaitu tahun 2008, negara Russia memenangi tempat pertama dengan lagu ‘Believe’ yg disampaikan oleh penyanyi yg bernama Dima Bilan. Oleh itu, pada tahun ini, negara Russia bakal menjadi tuan rumah bagi acara tahunan ini. Sebanyak 42 buah lagu dari 42 buah negara bakal bertanding, tetapi hanya 25 buah lagu sahaja yg akan dipilih utk bertanding di peringkat final nanti. Oleh itu, lagu2 tersebut, kecuali lagu2 dari negara Big Four (United Kingdom, Germany, France & Spain) & juga lagu dari negara tuan rumah, iaitu Russia perlu mengharungi peringkat Semifinal terlebih dahulu. Acara Semifinal akan diadakan secara langsung di Moscow sebanyak 2 kali, iaitu pada tarikh 12 & 14 May. Dalam Semifinal pertama (12 May), 18 buah lagu dari 18 buah negara akan dipertandingkan & hanya 10 buah lagu sahaja yang akan dipilih untuk ke final. Sementara itu, dalam Semifinal ke-2 (14 May), 19 buah lagi lagu dari 19 buah lagi negara akan dipertandingkan & hanya 10 buah lagu sahaja yang akan dipilih untuk ke final. Acara final akan diadakan secara langsung di tempat yg sama pada tarikh 16 May.

So, bagi sape2 yg berminat dgn bende2 alah mcm ni, jgn lupe saksikannya live kat TV masing2 (bagi mereka yg bermastautin di Europe & negara2 yg disebut di atas saje la ye.. Heheh) :)



Logo Eurovision Song Contest 2009


Negara-negara yg bertanding dalam Eurovision Song Contest tahun ini
Hijau: Negara-negara yg automatik ke final tanpa perlu mengharungi Semifinal (The Big Four + Tuan Rumah)
Biru: Negara-negara yg perlu mengharungi Semifinal
Kuning: Negara-negara yg pernah bertanding pd tahun2 sebelum ini, tetapi tidak bertanding pd tahun ini



Pemenang tempat pertama tahun lepas (RUSSIA: Dima Bilan - Believe)


7 buah komen:

Dzulfikri zulkiflE Sunday, May 3, 2009 at 10:23:00 PM GMT+8  

wah bro,beznye kalo blaja akt tmpat ko an..dpt tgk oversea nye cte,kat sni tgk drama mlayu jek..huhu

bro,layout bro cam de prob je..tanak tuka ke?

Nisahaz Sunday, May 3, 2009 at 10:53:00 PM GMT+8  

lagu believe by dima bilan tu sgt bes..
penah dgr sebelum ni...
lirik lagu tu menyuntik semangat! =p

H a r i z H Monday, May 4, 2009 at 11:33:00 PM GMT+8  

3 ke bawah tu sebijik cam Arab. music, geleknye, mukanya (mmg la sama). cuma bahasa je lain.

hanis Tuesday, May 12, 2009 at 10:41:00 PM GMT+8  

tq for sharing. -pelawat baru

Winfred Wednesday, November 23, 2011 at 5:43:00 PM GMT+8  

It cannot have effect as a matter of fact, that's exactly what I suppose.
computer voice generator | Riveria Maya | walk in clinic

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP